Monday, June 26, 2017

Syawal 1- June 25,2017

Alhamdulillah..

bukan mudah nak update blog ni..
tapi keperluan mengupdate blog ni dapat membantu aku menguatkan memori.. serius struggle nak recall.. kadang serabut bekerja dan menghadap masalah.. boleh lupa sesuatu perkara.. bila menaip... aku mampu recall..
tapi update pun kadang-kadang kelam kabut sebab tak ikut cronology.... cuma tulis tarikh je..

tapi yang ni, ikut tarikh.. hihi

Pagi raya agak hambar kerana rumah yang sepatutnya siap bercat..
Hmmmm sesi photography pun agak tak best....

Hmm hentam sajaalah..
But.. I am Happi.
Aku dah buat the best for my famili... my good frens and my carrier...
aku letih dan aku mahu kerehatan hari ni..
seriusly.. lepas hantar makanan ke Segamat..
aku tidur dari jam 5,30pm till 9pm.. unarousable... maghrib ke laut siut!
Kesan terlalu penat... selalu je akan terjadi macam ni.. aku tidur mati..sebab keletihan..




Smart gak landscape ni..ahahah




June 23- Jumaat dan June 24-Sehari sebelum raya

Alhamdulillah..
Selepas berbuka khamis lalu, kami terus ke Kajang untuk ziarah adik aku.. Malangnya, dia dah pindah dan alamat rumah dia disembunyikan.. perghh.. mantap!
Abaikan..
baik Fokus pada apa yang ada depan mata.

Selepas sahur, kami balik rumah dan singgah di Putrajaya.
jalan -jalan.






Balik je rumah.. aku terus set, nak buat landscape taman depan rumah.. tapi tak ada pengalaman dan tiada idea nak buat macamana.. Ia sebagai suatu projek kecil untuk aku .
Ia nampak simple dan picisan, tapi ia cukup besar bagi aku.

dalam pukul 10am, kami singgah di Nursery, Beli pokok...
Sampai rumah dalam pukul 11am.

Fasa pertama:
Bersihkan ruang halaman yang awalnya ada pasu orkid. dan susun batu untuk tapak landscape.
Dah macam kubur panjang..ahahah


Fasa kedua :
Beli lagi bunga dan bahan-bahan hiasan
Pergi ke Laut untuk cari kayu yang cantik untuk hiasan.
Banyak juga kayu yang cantik kat laut ni.. Teluk Wawasan.. dalam 15 minit dari rumah aku .. Ok lah.. Free.. tak payah bayar.. cuma kena melalui lumpur dan selut.. 

Kena sergah dengan nelayan kat situ :
" curi kayu ea?"

" tak adalah.. ambil kayu" aku balas selamba sambil gelak.

" hahaha.. ambil yang cantik-cantik buat hiasan" kata nelayan tu..

Tak sia-sia ada 4x4


Fasa ketiga :
Isi tanah dalam tapak 
Serius letih dan sakit belakang weiii


fasa keempat: 
Pagi Sabtu, beli pokok tambahan dan rumput carpet untuk tapak projek..

Fasa kelima :
Tanam semua pokok ikut design dalam kepala... selepas google.



Tak ada showmen ship pun... aku yang kena buat dan siapkan sebelum raya...
Sepupu aku ada juga tolong..

Serius, bukan mudah nak buat ni, teringat aku buat open reduction+k Wire femur yang aku buat sorang bersama staffnurse...now, aku cabar diri buat landscape sendiri..



Fasa keenam:
Letak spotlight... 100% siap dalam pukul 12am.. malam raya. Alhamdulillah.

Kos perbelanjaan.
-Batu bata -tak sure sebab aku gunakan baki buat rumah
-tanah -aku ambil tanah semaian bapak aku beli
-Pokok- Range RM 5- 60 (total -RM650)
-Batu dan Pasu -RM 100
-Spotlight+ wiring -RM200(termasuk lampu hiasan biru kat bumbung)
-Kayu hiasan (ambil kat laut..meredah belukar)
-Sabut -ambil dari stok tanaman sayur ayah aku.

Ikutkan landscape ni cecah RM 1000++ juga..sebab banyak barangan yang aku optimize dari simpanan di rumah.











Dekat berbuka puasa nak siapkan.. pas solat tarawikh.. aku sambung lagi projek ni...

Aku minta tolong adik aku pasang




Idea buat landscape ni.... aku pilih tahun ini sebab aku nak buat gazebo depan rumah, tapi masa tak cukup.. aku pun baru baik dari back pain sebenarnya..
few month ago, aku punya badan macam tak berapa optimize, Right Wrist TFCC injury pun masih tak OK dan selalu plak demam..

Alhamdulillah, puasa ni OK.

Maka, aku plan buat landscape je lah tahun ni.
Lagipun, ia macam projek yang impressive.

Selain aktiviti bakar lemang ketupat... yang klise setiap raya.. hiasi rumah dengan landscape adalah suatu benda yang agak impressive bagi aku.

Tahun ni, tak ada bakar lemang.. xda anyam ketupat..semua beli..
Sebab semua sibuk berkemas rumah.. baru siap bina rumah..
Hmm rumah pun tak habis cat!!!









Sunday, June 25, 2017

Me-NGOPI Cafe lagi

June 21:
Iftar bersama Geng Lepak.. aku capik dan Syahid...
Gerak dalam pukul 7pm... Berbuka dalam kereta dan solat maghrib dulu..
Alhamdulillah... Selesai...

Berbuka di Ngopi Cafe...
Makanan mewah kat situ.. Ikan Merah Asam Pedas Nyonya.... Sotong Telur Asin, Sotong Netsum, Brocoli , Beverage : Air Soda Herb dan Teh Tarik..

Total bayaran about Rm200+... hahaha.. Mahal sikit sebab makan Ikan Merah besar..

Nice!

Aku happi dan bersyukur memiliki geng lepak yang bagus dan boleh terima prnsip aku.
Berbual tentang idea dan kadang2 suasana kerja yang tak selalu memberi perkembangan dalam minda dan kehidupan.

Kitarang selalu sembang... gaya kerja dan suasana yang sangat melahirkan hamba dan firaun..
Memang tak best!


Hari yang sama,
Adik aku bawa kereta saga aku ke Segamat untuk tukar denagn kereta Ford Ranger aku,untuk diservis sambil bawa makanan mengunjung.

Tahun ni aku bagi kat kawan-kawan aku dan juga big bos aku.
Nice!.. Big bos aku plak jenis manusia yang menghargai pemberian.. memang makan pemberian kami dengan kesungguhan mengikut ceritanya...

Ni adalah hasil kerja untuk Open Fracture Segemntal Femur.... External Fixator+ TENS...
habis aku kena kecam sebab aku yang bagi idea TENS ni.. Daripada guna K wire, baik guna TENS..
Aku join kes ni pada hari ni RABU... Seronok sebab Pak Talib kasi aku insert TENS sebelah tu..
Alhamdulillah.

Aku sebenarnya minta cuti separuh hari, untuk balik BP servis kereta dan ambil makanan mengunjung.
Tapi disebabkan adik aku nak datang segamat.. aku pun cancel dan join kes ni.
Alhamdulillah. Menarik!

Ni adalah kes Supracondylar Femur Fracture on 21hb June... Hmmm kena tegur sebab direction tu k wire boleh diperbaiki.. Ok je. Alhamdulillah aku boleh improve.
btw... Kes ni, aku buat seorang diri bersama staff nurse je.
tiada HO inikan pula MO lain nak assist tak kisah senior mahupun junior.
I did it by myself.
Perghh serius.. Aku bagitau.. Boleh ke aku settlekan seorang diri? Fracture supracondylar Femur dan Fracture Tibia?
2 Hour and 20  minutes... finished my job.
hmmmmm... Staff in OT semuanya serius sebab khuatir aku EMO.. well.. semua tau aku ni jenis garang sikit.. emo dan serius.
hahaha... aku tau je, diorang tak suka... Yeah, nak kata aku sombong pun katakanlah..
Aku buat kerja aku... aku tak suka orang ambil kesempatan dan tak respect aku bila tengah beekrja sebab hubungan member2..
Di luar kerja.. kita berkawan.. semasa kerja.. kita kena ikut protocol.
Even, my good fren... kawan rapat aku.. bila bekerja.. dia akan formal... Document properly dan tidak menyusahkan aku atas urusan discussion.

bayangkan, ko yang setakat kawan biasa je... kenapa mahu kurang respect dan pijak kepala pula?
Bila berurusan dengan pesakit, tugas Dr berbeza.. segalanya.. semua tanggungan beban nyawa pada Dr.. maka ia besar AMANAH tu... tak boleh dibuat main.

inilah... yang aku belajar dari bos HOD aku.. Profesionalism.
Setinggi mana kita.. kena respect others.. tapi jangan sampai urusan kita diabaikan kerana baiknya kita melayan.. Ia suatu penindasan yang kejam secara halus.

June 22,
Hari terakhir bekerja sebelum raya..

Enjoy!!

Balik kampung pukul 6pm dan bersiap ke Kajang ambil adik aku...
Ok, adik aku dah pindah..

Hmmmm..kemana agaknya budak ni...






June 25 : Selamat Hari raya.

Semapat aku siapkan kad ni..

Ucapan Salam lebaran special pada kawan-kawan aku juga insan rapat bagi aku..

Entah ni... ada manusia yang sombong... 

Saturday, June 24, 2017

June 17 : Second Call

masa ni rajin giler melukis ......
Open Fracture....mangled limb

Basically.. this patient alleged MVA with polytrauma.. so bad injury... upper limbs and lower limb..
Difficult to manage but manageable..

ALhamdulillah..
Aku ingatkan Atery cut, but, luckily.. no veseel cut...

Aku tak join kes ni.. sebab bos aku masuk dan dengan Mo oncall OT.
Malas nak join sebab kes kat ward melambak dan banyak...
Tak larat..

So, aku simpan energy untuk esok...

Thursday, June 22, 2017

June 18-Sunday

Ni gambar aku offroad kat area Tebing Tinggi sementara datang ke Cafe Ngopi tu.. ada 30 minit sebelum berbuka.. maka aku jalan2 je...hahha NICE!

Alhamdulillah
june 18, aku postcall...penat gak.. sebab    pagi ni aku bangun tidur je dah pukul 8am..
tangan kanan aku kebas dan sakit ,kepala pening mengantuk... solat subuh gajah dah ni...

aku sambung tidur balik.. pukul 10am, aku mandi dan terus g kerja.
Klinik je pun..

Petang ni, aku plan nak berbuka puasa dengan member baik aku kat segamat.
Makanan di tempah. di NGOPI Cafe.

Pergh terbaik kot  makanan dia. Sedap.

Puas ti.

Minuman Herb Soda
+Teh Tarik

Makan,
Sotong Telur Asin.
Beef Stick
Aku makan udang sweet sour.
Yang lain2 sayur.
Total proce RM 100+ hihihi.. Mahal sikit.. but I am satisfied.
Alhamdulillah OK.

Member aku nak try makan.














Monday, June 19, 2017

Khamis :Sport Day


Alhamdulillah....

Pagi ini 15 June 2017... aku incharge Sport Day.
Mulanya aku bagi peluang pada kawan yang nak joint sport Day.. namun... tak semuanya berminat nak join, malahan ramai yang ambil cuti waktu ni...

By the way.. I am happi.. because today.. our case settled at 6pm.. so, i can go iftar with my good fren.. Alhamdulillah.

2 sport cases+ DCP femur bilateral + 1 ILN femur..
Alhamdulillah... settled.

Cuma aku agak bengang sedikit sebab DCP femur ambil masa lama untuk siap....Ntah... aku buat ngan staff nurse n Ho join in the middle... but next team, 3 MO... hmmmm... Maybe ramai ..so banyak berbual kot.. ahahha

Thanks pada member aku yang tolong buat tu..ahaha Ganesh.. ahah Nice fren.. tolong cover my oncall ...

Kami berbuka kat area Ngeteh Cafe...sebab dah penuh ,kami ke kedai berdekatan. Hujan lebat giler... balik je terus mandi.. solat di rumah je... tak larat..

esok oncall..

Actualli... malam semalamnya... ada mesej panjang sangat dari seorang yang aku salah faham .
Sangat terharu bila baca... sangat rasa bersalah bila salah faham..
hmm sebenarnya.. he hit my weak point twice.. so.. aku xleh cope.. aku mesej silently... but, he managed to explain very long and clearly.

That why, i adore him very much as my good leader!

Saturday, June 10, 2017

Kata-kata untuk si Pengata

Lama sudah blog ini bertapak... 2009,

sampai ke 2017...

Alhamdulillah,

rasa loya dan rasa menyampah pun ada kadanag2 bila baca balik hasil tulisan lalu..
ahhaah ini namanya progress,
nak tak nak kena hadam sejarah lama untuk menghasilkan masa depan yang lebih baik.


Hmmmm..
Aku sisipkan kisah aku di sini untuk aku ingat kembali perjalanan aku.
Aku ni mudah lupa... tapi aku sangat suka moment indah aku itu disimpan esp dalam bentuk gambar agar aku menghargainya.

Aku juga suka menceritakan tentang apa yang aku kagumi ,minat dan apa yang aku selalu buat.

Maaf pada tuan badan yang terlintas di sini dan mengetahui aku ada sembang pasalnya..hihi Aku hanya insan kerdil yang belajar dan kagum dengan sesiapa yang ada di sisi aku.

Aku bukan malaikat atau wali yang bisa memberi baik dan kesenangan pada yang lain.

Selamat kembali ke dunia maya wahai blog!

Aku harap, tiadalah si anjing-anjing yang menganjing cerita aku di sini.
tiada siapa yang jijik mengilai menghina apa yang aku tuliskan.

Maaf, kasar bahasa aku adalah lebih lembut jika dibandingkan dengan kebiadapan orang yang memperlekeh hasil kerja orang lain.

Ikan Patin Durian Chondong (Edisi Gambar Go-pro)

Durian Chondong,Muar

Berdekatan dengan Bukit Kepong.
Restoran Ikan Patin Pais yang sangat dikenali.

Antara menu yang disajikan:
-Ikan Patin Pais,
-Patin Goreng
-Patin Stim
-Sotong Goreng
-Sayur Pucuk Paku
-*Ayam kampung Goreng-special order kot.

Aku bersama dua rakan aku makan di sini...
ordered :
-Ikan Patin Pais
-Ikan Patin Stim
-Ikan Patin Goreng
-Sotong Goreng Tepung xmakan dan 1 bungkus


Air minuman ada disediakan dan layan diri..
Air sejuk filter water disediakan,ais juga ada.
Air panas untuk minuman 3in 1 pun ada.
Juga air botol dan air kotak disediakan.

Puas hati makan di sini.
Jumlah bayaran yang kami perlu bayar adalah RM 130.00 Lebih kurang lah...
Bagi kami , sorang RM40x3... Kira ok lah sebab kami memang melantak bukan dinner biasa2 sebab nak menikmati Patin tersebut.





Jeti Bukit Kepong,Muar


Bangunan Musium Bukit Kepong

Durian Chondong


Seram gak nak turun....

Kedai Makan..

Bukit Kepong...




Iftar bersama di Bukit Kepong


Alhamdulillah..

9th June 2017, " Jom buka sama durian chondong puasa ni. Lepas tarawikh, kita g lah makan situ. Solat kat masjid durian Chondong"
member baik aku selaku rakan travel aku ... Kenal setahun lalu march 2016, sebab jadi HO aku.
Nice and cool person.
Terharu siut jumpa manusia yang baik macam dia.
chill dan supportive.
Aku pernah sakit teruk.. dia tolong bawa aku untuk pergi makan dan... masa rumah aku banjir, dia datang tolong basuh.
Dia ni jenis orang yang sempoi, kalau bukan kawan atau orang yang tak rapat.. dia tak akan datang pun lepak sama.
Serius, aku tak expect pun dia datang tolong basuh rumah aku lepas banjir sebab kesian dia cuti bekerja as Ho kena bantu aku. Aku ajak2 ayam je..
Alahmdulillah.. dia datang dan terus membantu sampai hampir ke Zohor.

Aku datang dari BP jam 3.30pm.. santai je,sampai di Segamat.. sudah Jam 4.45pm..
Jumpa di Hospital jam 530pm..
Siut.. janji melayu tui budak2 ni.. ahahah

But I am Ok.. enjoy je..

Pukul 5.45pm, kami ke bazar Paya Pulai.
Alhamdulillah, berbuka di Jeti Bukit Kepong.
Berlatar belakang Sungai yang menjadi sejarah Hitam.
Alam indah dengan Mentari terbenam di depan mata kami. Subhanallah.

Aku bersyukur Tuhan kurniakan aku insan-insan seperti yang ada sekarang ini untuk sama ada dalam perjalanan hidup aku.
Menerima baik buruk aku.. kekurangan dan kelebihan tanpa suatu penghinaan.
Terima kasih...

Semoga aku kekal mendoakan kalian untuk Tuhan terus merahmati kalian!

hihih.. 




Berbuka katt tepi tempok je.. Sempoi..

Aku ..capik and Syahid..







Gambar blur ..saja nak letak juga sebab tauke kedai amikkan..ceh!