Saturday, March 25, 2017

Sabtu : SEGAMAT VS BP

Sabtu...
March 25th

Lagi beberapa hari je nak exam.. aku rasa G*** U* untuk meneruskan perjuangan.. tapi... Apa yang aku lakukan ini adalah usaha aku menambahkan ilmu aku sebelum aku menduduki master nanti jika diberi peluang.

Aku mahu ilmu aku terus bertambah dan kukuh as a Dr dan hebat menjadi Orthopedik Surgeon ..dihormati dan disanjungi kerana akhlak, ilmu dan kredibiliti.
InshaAllah.


hmmmm

Pagi ni, 4am... " kambing kat belakang bising lah.. jom tengok.." Mak aku kejutkan aku yang sedang lena dibuai mimpi menakutkan.. Ntah.. mimpi apakah yang aku tengah hadapi.. Seolah aku dibebani hukuman dan aku diburu oleh makhluk untuk dihukum.. Perghh Scary siut. Kali ni, aku tak mampu kawal mimpi aku sebab seluruh badan aku masih tak kuat lagi..
Masih tertekan sedikit dengan emosi dan fizikal.

hmmm... Apapun.. Aku bersyukur..

8.30am. Aku bertolak ke Segamat untuk beberapa  perkara...
Ambil Darah pesakit memandangkan tiada respon dari junior yang bekerja semalam. Maka aku tekad datang ke wad untuk ambil blood sendiri.

Keduanya, nak ambil ubat..
Ubat demam member sekampung aku dan juga ubat EMLA dari pharmacy Segamat.

Aku sampai jam 9.45am. Pesakit aku pun sampai 9.40 am ..Ok lah.
Sempat ambil darah pesakit yang baik ni.
Seriusly.. Muka baik dan bagus je .
Aku tolong ambil blood memandangkan aku ni dah berkurun tak ambil darah.. agak kekok plak nak ambil.. Walhal.. set Line branula sempoi macam power..hihih...

jauh nye no.. tapi.. tak ada orang dah masa ni.. Aku sorang je.. Xsampai 10 minit pun tunggu.. laju je..


Lepas ambil blood.. Aku turun ke pharmacy ambil ubat demam dan terus ke Pharmacy segamat sebelah hospital beli EMLA yang aku tempah..

Kemudiannya, aku balik ke BP.

Sampai Bp jam 11.45am. ALhamdulillah..
Total perjalanan... 3 jam 15 minit je masa aktiviti pagi ni.
Kalau aku tak bagitau mak aku yang aku ke Segamat.. mesti dia xtau pun..
aku rasa segamat macam sebelah je rumah..
hihi ni semua sebab bos aku nye perangai lah.. Melaka Segamat macam sebelah je..

Mengantuk juga..
12.45pm.. Pergi kenduri kawin..
Ok, aku dah penat juga ni.. study kejap je.. pastu aku collapse tertidur.

Petang ni ..
Aku bagi kawan aku nye ubatan dan tolong mak aku kupas keledek nak buat KERIA GULA MELAKA.




Keledek putih.. sesuai untuk kuih keria katanya..

Ntah.. Aku ikut je nasihat mereka.. sebab bukan aku yang buat.

Friday, March 24, 2017

Photo : Tenang

jeti Parit Simin....


Cerita minggu lalu : 3rd week of March

Alhamdulillah..

Seminggu sudah berlalu.. 18 Hb March...

Minggu ni agak penat sikit sebab oncall berderet.

Ahad : 1st call

Isnin : Elective OT -Passive Call

Selasa : 2nd call
Hari ini busy, sebab klinik dan kes emergency sangat banyak , ada 8 kes, tapi 6 kes je yang berjaya posted.. Yang berjaya buat adalah 4 kes sahaja..

Mula kes lewat petang, Ilizarov kes untuk Infected DCP tibia yang dulu aku tolong buat member aku nye kes. Aku agak agressive hari ni. Memang arahan aku macam tentera.

Klinik habis 3pm.. Banyak juga kes... dan aku tak sempat nak berehat kumpul tenaga memandangkan aku juga berusaha untuk habiskan kes di klinik.

hmmmm.. So, habis klinik je,kes emergency sudah dipanggil.

Mereka ajak makan LUNCH di kedai ayam penyek..
xsempat join.

Kes Ilizarov settled.
Big bos ada join sama.. terharu beliau stay with us ..making our operation more happier and more effective.

Cantik reduction and wound look nicer.

Paling terharu.. we can perform solat berjamaah Maghrib.. hihi Big bos tepuk bahu join solat berjamaah,Alhamdulillah..

Pastu.. we have dinner at pantry together.. team. " ustad, jom makan.. jangan melawan.."

" tapi bos... kes...."

"Jom! jangan melawan".. Bos sambung balik ayat.
Aku pun join dan janji makan dalam masa 10 minit.. He call his specialist at OT A ,kes sudah diinduce..  Jom makan sekali. Padahal, aku rasa he called his psecialist to join us dinner... so that, aku boleh makan sekali tanpa rasa bersalah... ahah Bijak giler bos aku ni..

hmmm nama pun protege nakal beliau.. mesti lah boleh read his mind.. hahaha

But.. seriusly..

Aku terharu dan aku berterima kasih ada beliau.

Kalau diberi pilihan untuk " bertemu dengan beliau atau tak di dunia ni.."

Aku akan pilih TAK sebab aku tak mahu kenal dan aku tahu , akan ada perpisahan selepas pertemuan.

Hakikatnya.. Hidup dah berlaku.

Walaupun suatu masa kita semua terpisah.. Ukhwah adalah selamanya.
Ia meredup dan memberi tenang dalam jiwa yang kacau.


Kes bersambungan, kes kedua... habis jam 10pm..

ke-3: BKA settel jam 12am+

kes ke-4 .. K wire kaki.. Habis jam 3.30am.. perghh..

Aku buat kes ke 4 nisangat slow sebab dah lemau.. dan sangat hati-hati dengan energy yang semakin berkurang. Alhamdulillah settled.

HO aku yang membantu pun, aku minta dia keluar selepas k-wire dah siap.. yang lain, aku uruskan sendiri.. Sebab aku tahu..semua kepenatan..


Rabu : Post call.... tapi kes malam tadi habis pukul 4am,
Pagi mandi jam 7.45am.. round dan tdo jap selepas round.
still tak cukup sebab pening masih terasa.

Lapau menanti big bos ajak makan.. sampailah jam 1pm.. kami decided g makan lunch dan beritahu bos.. kami makan dulu... hihih... Rupanya bos dah makan dah.. cehhhh..

Banyak darama kat ward.. Tapi.. lantak lah.. malas layan.
Simple thing jadi complicated...

..Jam 5pm.. Aku tertidur di bilik MO oncall Hosp Segamat yang permai ni..
" tdo jap lah.. jap lagi bangun solat asar.."

Aku bangun je 8.20pm.. Maghrib ke ni? 8 minit je tggal..
Rushing solat maghrib.. Habis je.. dah isyak

Aku balik ke rumah dan mandi ..bersiap untuk balik BP..
tetiba.. Khalis, member aku mesej.. Jom join debride ankle.Post TA repair. Kes yang aku nak join sekali.. sebab kes ni payah sikit.

AKu memang akan join kes dia kalau aku rasa aku boleh membantu.

Rupanya,kes ni dipanggil last sekali.. ceh... Kul 1 baru induce.. habis jam 3am lebih baru siap..
Aku balik rumah pagi-pagi ni..esok balik BP..

Again.. tidur lewat lagi..tak sempat qada tidur pun..
Esok plan nak menziarahi neenk di Kluang juga...

APC.. Anugerah penilaian cemerlang!
Bos bagi aku juga.
Tapi... Aku macam berat hati je menerima sebab 2016 adalah tahun aku paling tak menyerlah sebab aku malas..

tapi diberi APC... Maaf lah bos kalau saya tak g ambil.. hihihi.
Terima kasih atas penghargaan tu.

Saya tetap sedia setia berkhidmat!

Saturday, March 18, 2017

Teluk Wawasan 2017- Cycling

Semalam...Jumaat.
Hujung minggu kembali lagi dan hari ini Sabtu ..mengakhirinya.

Alhamdulillah..
Khamis lalu, sempat bersama menghabiskan kes yang aku sangat minat..
Athroplasty.... Total Knee Replacement, Total Hip replacement dan juga Spine-TLIF...

Seronok join..
Lagi seronok bila Surgeon idola ramai cakap.. " i am hepi to see u in the room(Op Theathre)".
Perghhh.. terharu giler kot..

Aku yang semanagt nak masuk OT bila hari khamis..
Rasanya semua orang tahu aku memang menyemak kat OT bila khamis..
Sebab hari tu, big bos ada buat kes.. Kena tolong..
Sebelum nak tolong, ko mesti power dan study kes..
kalau tak, tak membantulah..
JOIN ot sekadar join sahaja..

Kisah aku jadi asistant tetap bos ni bukanlah disenangi orang.. Ramai je yang ingin menjadi dan mahu assist big bos.

Boleh je..

Spine case.
MA yang selalu assist cabut awal sebab ada emergency.
O'ooo.... AKu macam... OK, this is my time to replace him and i am a Dr supposely has no problem to handle this op..

Pengalaman menjadi assistant Spine case sepanjang 3 tahun lebih banyak membantu.
Alhamdulillah.
Boleh je manage.. dengan lancar..
Aku yakin dan ia berjaya di atur!
hebatlah! Cekap juga aku rupanya hable Spine instrument walaupun kalut.. hahaha
Angkat bakul sendiri.

Aku cemburu sebab aku tak dapat assist bos..biasanya aku akan duduk sebelah bos Talib untuk assist spine case beliau..
tapi siapa akan jaga instrument... orang company pun tak pandai sangat...

Ada suara yang mengutuk aku macam duduk saja2 tak buat apa..
Hmmm aku ni dah lama kerja assist spine bos..
Semuanya aku dah bereskan sebelum bos Talib minta.
Good Observer!
Protege beliau mesti hebat macam beliau!!

Thanks bos!

Maaf lah... pada yang menziarahi blog ni..
Aku tak muak2 cerita pasal bos aku yang power..

At least aku tak cerita pasal aku sangat.. ahahah..

JUMAAT<>

Petang itu.. aku tekad mengayuh basikal setelah hampir 4 bulan berhenti mengayuh.. Boroi perut!
ke Teluk WAWASAN aku kejar.

Alhamdulillah berjaya.

Right wrist still have pain.. but tolerable lah.. no require analgesic pun.. REst pun ok..

Rindu aku melihat lautan.. lama tak g sini.


14 March-Shoulder Update Muar ,HPSF

Rindu aku akan hospital ni.. tempat aku memulakan kerjaya aku...
Hospital yang aku idam untuk kembali 16 tahun dulu dan aku tekad kembali untuk menjadi specialist di sini...Kalau Bos Talib ada sekali pun best... Bos T ni.. kalau lepak sama... memang best .. Rasa kehilangan kot kalau xnampak bos seminggu.

Aku teringat pengorbanan beliau.. Sanggup kehilangan Yuran Course beribu demi menajaga department... Terharu aku....
Ni member aku dulu masa HO. 2017.. kita bertemu kembali di course ni..

Tidak ada cerita pasal course pun..

Aku datang ke HPSF 6.30am dan sampai aorund 7.55am... Ok lah...
Kursus bermula dengan cceramah dari Sport Surgeon Mr Razip dan kawan-kawannya.
Best tapi laju juga nak sedut ilmu.

Sesi praktikal mereka agak menarik tapi too spesifik pada sport surgeon and surgery je kot.. Kitarang tak dapat pun nak praktikkan...

EnjoY!

Sahabat....2017



.... Alhamdulillah....

Masih mampu aku berdiri di sini.. menulis dan terus menelaah ilmu Tuhan yang MAHA AGUNG.. luas sungguh ilmuNya...

Menangis aku setiap menelaah sebab memori kecil ini tidak bisa memuat lautan ilmu yang tak pernah aku fikiri masuk melekat... tapi terpaksa dilekatkan dengan teguh untuk meniti impian masa depan...


Hmmmm... AKu baru sahaja diuji dengan dugaan yang bertimpa-timpa.....
Setelah banjir besar melanda Segamat.. Rumah aku tenggelam...
Alhamdulillah.. ramai yang membantu..
Sahabat-sahabat aku ... dan kawan rapat yang aku sungguh rapat memang datang membantu walaupun aku sendiri tahu dirinya sukar untuk keluar melakukan aktiviti sosial..
Baru aku sedar... Tuhan memberi sahabat yang benar untuk kita yang ikhlas menjaga ukhwah...

Gelombang kedua datang..banjir hampir berlaku di kawasan aku.. Alhamdulillah.. Kawasan aku selamat daripada banjir.

Dalam masa sama... Aku mengalami demam panas.. satu badan sakit..
Seminggu aku sakit teruk.. sehingga bos aku melarang aku join kes di hospital.

Belum sempat nak sembuh, kereta aku dilanggar orang ketika park di MASJID.. Solat Jumaat yang ketika itu, hujan LEBAT melanda dan sangat sukar bergerak.. AKu gagahkan diri ke masjid dengan badan yang sakit. Bila balik ke Rumah.. nampak kemek di bumper depan..
Jiwa hancur juga memikirkan kos baik pulih..

1.3K.... kosnya..


Ujian demi ujian..

Aku bakal menduduki peperiksaan.. Jadual ONCALL aku bulan ni, tidak payah aku ulas.. Seolah jadual yang bersungguh aku untuk oncall.. Cabaran aku ambil!

AKu yakin.. MASA milik ALLAH.
Dia bisa memberi kelebihan pada sesiapa yang DIA mahukan..
Aku YAKIN padaNYA.

Dalam banyak ujian ini.. sahabat banyak memberi kata-kata semanagt dan sedia mendengar..

Walaupun.. ruang waktu bekerja sudah semakin hambar dan tegang dengan attitude berbeda.. Aku masih sempoi menerima keadaan arus perubahan.. Manusia yang hadir tidak sama.

Apa yang penting! USAHA memajukan diri dan Cekal!

Sunday, March 12, 2017

SMART!

You look SMART and SMART!

Kagum dengan hebatnya Tuan.. tapi aku lagi kagum bila bertemu Tuan bukan di hospital.
Moment paling best masa beraya di rumah tuan.. lepaking about 2 hour walaupun tengah ONCALL..
Cabaran yang aku ambil dan sempoinya aku ...

Disebabkan Tuan.. respect.. aku sedia bekorban kerana ukhwah!

Hahaha.. ayat drama dan poyo..

well well ...

Suatu masa kita semua terpisah.. yang tinggal hanya kenangan..
At least.. aku berusaha untuk melakar sebanyak yang indah sebelum saat tu berlaku.. dan mungkin ia semakin hampir.. Aku pun tak tahu.

March 9- Sport Day Ortho dan Lepaking


Alhamdulillah...

Dari bulan lepas aku memburu sport Day ni.. Actualli, badan aku tak berapa sihat lagi, esp back pain aku dan keletihan yang masih bersisa.. Badan aku tak sedap langsung..

Aku booking SPort Day ni untuk incharge... Alhamdulillah..Sempat habiskan bersama Mr Fuad.
Hmm Awal pagi datang kerja, aku terus bagi barang kat atas tu pada tuannya..

hmmm terus ke OT untuk buat kes.
Alhamdulillah settled semuanya.
Kes dan Implant settled.. Payment settled.

Habis kes dekat pukul 8pm..
Masa balik tu kantoi pakai baju santai ke OT sebab aku tak round ward... hahah
Malam ni plak.. aku menunggu adik aku bawa kereta aku yg sedang direpair tu..
RM 1300 wei.. menangis aku.. duit dah kerok2..baru jumpa..

Kitarang lepak kat Ngeteh Cafee..Taman Yayasan.

Sambil makan itik salai.. Pergh!! Mak aku masak sedap siut! Makan ngan lempeng!

Saturday, March 4, 2017

ranger aku dah Cedera March 3rd




.... mencari 'generasi ' berakhlak seperti 'gelandangan' dalam video..SEJATI Faizal Tahir..

Langgar kereta tak sengaja pun ditendang.. bukan kemek macam kereta aku pun... dia tetap sabar...
Minggu lalu, tercicir sekeping duit RM10 di ATM machine ,hanya dibelakang aku, aku toleh duit itu kemudiannya diambil oleh seorang Pak cik, dan terus masuk ke dalam poketnya kerana keyakinan dia bahawa DUIT itu adalah Rezki dari Langit. Dia yakin tiada manusia melihatnya...sedangkan aku di depannya,mungkin spec aku arahnya ke lain... ketika mahu menegur.. ada suara, " Abah, ni duit abah tadi kita keluarkan "
Tak jadi tegur.... depan anak-anaknya yang sedang memanggil 'idola' hidupnya. Insan yang memerah keringat membesarkan mereka. Hakikatnya...
Ada kala manusia kagum dengan IDOLA sehingga menafi kelemahan....SALAH.
Ada pula Idola itu... berpesan agar 'ambil yang baik, yang buruk itu jangan ikut.. kerana aku manusia juga. ..TERBAIK!
Halal ! Hadiah buat pak cik kerana menjaga anak yang masih menghormati Pak cik sampai ke Tua. Sebab aku pun percaya... rezeki wang yang aku ada bukan 100% adalah milik aku juga. Ia akan pergi kepada yang empunya.
Yakin itu penting. 
Sabar itu juga penting.
Redha .



Hmmmm kemek...
Lepas balik solat asar... aku terpandang...bumper depan.. kenapa tak simetri line, sekali pandang kau tak akan perasan pun,  dekat lampu.. Sebab aku rasa, ni kete Ford kot.. mesti cantik.. Aku patah balik dan melihat sisi kiri dan kanan.. agak terkejut...kemek!
Sedih pun ada.. geram tetap ada.. Aku suspek VAn yang langgar masa park solat Jumaat tengahari semalam..
Langgar dan blah..
Kagum dengan keberanian dia dengan TUHAN...
Harga nak betulkan cecah RM1.3k.. menangis.. kau bekerja keras... habis duit untuk kerosakan yang dibuat oleh manusia lain.
Semoga TUHAN berikan yang terbaik buat aku ..
Yeah.. masih TABAH aku menanggung ujian bertimpa-timpa kali ni.

Demam teruk dan sakit badan belum pulih... Kes yang aku usaha nak buat, pun diganggu orang lain... Rumah plak diacah banjir dengan hujan lebat di Segamat...hmmmm... Benar Dugaan!

serius, tak tertanggung ...
Now... hanya mampu duduk diam.....termenung... sebab badan tak sihat sangat nak meneruskan kerja AHAD ni.. adesh...

Need rest well..
Kalau sakit... masih update blog. pe citer?
Tak payah halang aku.. aku hanya akan stop kerja harian aku bila aku tak ada daya..
Aku demam teruk pun, aku g kerja.. Aku hanya MC bila aku tak mampu duduk langsung sebab sakit badan dan pening...
Kau, badan sihat pun 4.59pm.. dah kat depan thumb print machine.. pe kes??
Member kau kerja keras buat kes... kau tak fikir pun..

Badminton dan Futsal Kisah minggu lalu..

Cabaran diambil.. main badminton pakai jean dan croc.. Habis melecet...serius pedih.. hahaha
Hmmm futsal... Best, tapi kena main ngan member yg ngam kot baru best... ahah sebab tak pandai lah nak sepak.. kih3..

March 2 punya cerita

Alhamdulillah...

Khamis ini, pagi ini, aku bangun... badan dah macam Ok. Demam dah tak ada kot.. May be sebab dah makan Panadol pukul 5am... hihi

Mulakan kes hari ini dengan semangat! Ada 5 cases dan 1 kes semalam. Aku target untuk buat K nailing dan aku pun dah deal dengan orang yang booking Kes tu. Namun, apakan daya... biasalah kerja dengan pakar-pakar dan senior-senior yang ramai. Kena bertolak ansur , kita dah junior lagi. Chill je...

Alhamdulillah. Aku masih diberi kehidupan.
Hmmmm... badan  aku mula rasa pelik tengahari ni..

Suara dah berubah.
Muka aku actualli dah start puffi sikit..sembab.
Aku tak perasan.. cuma nampak gemuk sikit...Maybe makan banyak.. haha
Aku ni, kalau tak makan dua hari je.. badan dah nampak kurus balik.. cepat je kurus.


Day 5 fever actualli.
Kes ke-4, aku kena 'halau' dengan bos. Hmmmm... banyak kali kena suruh unscrub.
Hinggalah, big bos masuk dan menolak aku ke luar gelanggang dan ambil alih tempat aku... hmmm..
aku silent je.... Sebab kecewa dengan prestasi diri yang makin merosot..
Makin ditatang, makin fragile..

Makin aku jaga kesihatan.... makin lemah diri..

hmmmmm.....

Hujan lebat masih di luar ... Sejuk.
Demam aku makin nyata...
Risau banjir lagi pun ada.

hmmmm...

Big bos bagi arahan yang betul.

btw.. aku keluar OT dan terus isikan borang nota op dan belikan makanan.. Meredah hujan lebat!
hmmmm...
Never give UP.


Bos panggil aku kat pantri suruh makan makanan aku beli tu...
Bos macam tau je aku tak makan makanan aku beli tu..
" apalah kau  ni.. beli makanan untuk orang.. pastu ko tak makan."

hmmm...Dah tengah tak OK.. Makan pun tak selera... Lagipun tengah mogok kena halau.. hmm
Nak JOIN tapi tak larat.. Nak duduk luar bosan..

Sampai kes terakhir.. Habis pukul 11pm kot..
Sedih giler tak dapat tolong habiskan kes...
Sebenarnya, aku menggantikan member aku untuk hari ni... yang sakit tapi actualli, aku pun sakit.. hahaah

Aku excited sangat kot macam jadi soothing effect kat diri...

epistaxis malam ni sebab sinusitis aku quite bad.
Augmentin 625mg BD taken as 1st dose malam ni..
Blood taken.. FBC normal.. 2 kali bai kena cucuk by senior HO..
Aku minta tolongt Adel bini REza. hahaha..
Kacau dia di ED.
Siut tul... susah sangat ke vein aku ni? Kalau lah denggi?? AKu rasa... habislah.. menjerit aku kesakitan.

Aku sempat balik ke rumah malam ni kemas rumah prepare untuk banjir...
Ambil ubat dan kembali ke MO rum.. tidur semalam..



Alhamdulillah.. hari ini I am getting better...

Wednesday, March 1, 2017

Locum Saturday Feb 25





Alhamdulillah...
Selesai sudah tugasan hari tu..

Hari ni.. Locum Saturday dengan specialist ortho buat 3 kes. Near 1pm.. settled cases..
Quite penat..ok lah.

Aku went back to BP because at 5pm.. i have plan to meet my schoolmate at his house.. n lepak at BP mall..

Seriusly lepaking till 10pm.. Giler.. exhausetd aku.
Balik rumah nak study.. tapi kejap je..

next day.. developed URTI symptom..
26th... Fever .. chill and rigor.. and it worsened by back pain.. myalgia and athralgia.. I am ok kot for day 1 fever..

Day 2 Fever... i cant even sit for a minit pun.. pain and pain and dizziness.. so i surrender.. Apply off from big boss..

hmmm so dissapointed with my body.. so weak and so easy to lose.. apa lah...
But.. my decision was fair. My body need some rest.
Ko boleh tipu dengan orang bahawa orang kata kau tak beekrja keras ..
tapi.. TUHAN nampak dan badan kau yang bekerja keras..
Ia memikul beban penat dan letih.. Maka.. suatu masa.. tak tertanggung.. ia kalah pada kesakitan.. Ia perlu rehat.. Maka.. Hormati HAK BADAN sendiri juga.

dari jam 8am.. sampai 7pm.. aku terbaring sahaja.. bagun untuk mandi dan makan sekejap.. sangat penat dan pening...

Hari ni.. Day 3 Fever.. Aku ok kot... InshaAllah.
Hari ni.. big bos round .. OK lah.. rushing to Meeting with new pengarah.. hmmm
Tak best bos xda makan pagi macam biasa.
hmmm ntah...