Wednesday, February 22, 2017

Kata sembang feb 22 2017


Ampunilah dosa hambamu ini Tuhan..

Perit dan sakit juga mengahrungi hari-hari muka... hmmm Backpain+right wrist pain dengan pain over scars... Bapak r...

Dah jadi analgesic dependent ...

Hari ini, aku rasa tak best sikit.... sebab rasa macam diri langsung xdipercayai oleh orang yang aku rasa aku super respect padanya..

Siapa lah aku kot.. orang biasa je.. Tak ada apa yang boleh dibangga sangat..
Hmmm Melangkah aku hanya untuk membina kekuatan dalam diri aku.. Aku tak mahu aku menjadi beban pada orang lain kerana kelemahan aku... Aku bukan penagih simpati cuma aku suka ventilate problem pada orang yang aku trust je...hmmm....


Apapun, ventilate dalam DOA lebih bahagia kerana ikhlas kita padaNya... pasti Dia ada menjaga kita.

Sunday, February 19, 2017

Kisah Gagak dan Nuri




hmmmm... Dalam maksud cerita ni..
Cerita ni daripada manusia yang aku respect dan  mungkin sepanjang hayat aku , aku akan kagum dengan beliau.... memiliki watak yang aku mahukan ada pada diri aku tapi aku belum capai lagi..

Humble, merendah diri... sempoi , tidak pentingkan diri... good teamwork  dan POWER.. walaupun kerek pada manusia yang berlagak hebat, tapi membantu golongan teraniaya.

Tengahari tu aku dah makan dengan khalis, kemudiannya, beliau makan bersama rakan lain. Aku diajak.. aku enggan join sebab oncall dan tengah tengok kes.
" Maaf tak dapat join"

" Ajak makan pun xnak" Beliau respon..
Aku tambah " maaf .. saya ni membosankan.. bla. bla.. "

Pastu, kena sound.. hahaha
Paling tidaknya.. masih ada orang yang sudi ingatkan aku perihal ni..

hmmmm adesh.. aku bayangkan aku masih budak-budak lagi mendengar kisah binatang untuk dijadikan tauladan..

Tauladan yang hebat...

Nak buat buku kanak-kanak guna kisah ini lah.. Jadi projek aku 2017.. hahah...  Nice! 

Saturday, February 18, 2017

Birthday Mak aku

Alhamdulillah...

Balik dari Melaka... lewat juga sampai rumah... Lepas Jumaat Pray.. kat Pagoh pecut balik.
Lapar juga.

Hari ini plan nak sambut birthday mak aku.
Pergh belanja dekat 600 juga.. hahah Giler lah..

Hadiah dengan belanja makan sekali.. sesekali...
hmmmm.... layan je..

Pukul 4pm.. terus ke BP mall cari hadiah.. PRESSURE COOKER.
Kek plak g kat parit raja, tempah...
Sate dan Sup Kambing kat Parit Sulong....

Serius, penat berjalan sana sini ...nak pastikan menu malam ni.special.
Alhamdulillah.. mak cik-mak cik aku sporting datang..

Terima kasih semua...

Cuma adik aku je yang tak datang..





Diari minggu ke-2 Februari

Alhamdulillah..

12hb Februari
Hari ini aku menggantikan member aku in OT elektif.. Katanya dia ada tugasan luar..
hmmm.. AKu lagi suka join OT.

Memandangkan aku tak ada JADUAL untuk elektif bulan ni, maka... aku dinasihatkan untuk JOIN mana2 OT...

Ayat yang diberi sungguh SARCASTIK... tapi aku harap, dia tak menyesal memberi kata-kata itu pada aku... Sebab, ........ hihih...

Ok, aku rasa, inilah peluang aku JOIN OT mengikut kehendak aku...kih3.. Siapa suruh tak bagi OT, kan aku dah buat jadual aku...

Kes kali ini... Pelvic Fracture 2nd Round. Kes ni payah sebab pesakit besar dan developed PE plak post op.. Tapi dah stable.. ALhamdulillah...

Kes settled dengan baik......


Feb 13, Monday.
Hari ini, klinik...
Banyak pesakit tapi kes OT dipanggil awal 10.30am+.. so kes tu agak hmmm payah buat junior yang masih tak biasa buat....

DCP tibia+ iliac Bone Grafting..

OK, aku dikecam oleh bos aku..
tapi Big Bos pun macam tak agree aku join sekali kes tu sebab klinik tak cukup MO.

hmmmmmm... Susah aku nak terangkan...
Banyak xsemestinya effective.. sikit tak semestinya... slow.

hmmmm.. Maka, aku turun ke klinik untuk meneruskan klinik cases..

End up... kes tadi sangkut.. dan aku terus naik tanpa minta izin big bos...hmm Serius aku rasa bersalah..

Tapi aku slow talked to him.. Alhamdulillah.. Beliau bagi nasihat dan teguran yang baik2.. hmm..
Siap kena tegur.. " saya tahu kamu marah saya sebab tak bagi kamu join kes tadi."
Aku superb sensitif punya orang.... Aku tak akan belot pada orang yang berbuat baik pada aku...Malah aku sanggup berusaha bekorban untuk sahabat2 aku...


InshaAllah.

Hari ni.. eventful..
tapi.. Aku terkesan dengan ayat big bos aku... ia belum berakhir.....

Feb 14
Aku ONCALL..
1x CPR
kes plak bertalu datang... lotih den...

Feb 15
... Kes berterusan..
Alhamdulillah... Mo dapat buat kes...

Feb 16..
Aku menyibuk OT sampai ke akhir OT...

Aku tak dapat pun duit claims OT pun..
Aku tak ada dalam jadual minggu ni langsung...
Aku dapat penat je... dapat marah.. dapat stress...

Hahah.. Big bos pesan.. TUHAN ada melihat kerja kita.
Walaupun aku kepenatan.. serius.. badan aku sakit teruk kot.. pagi2 cramp back muscle..kaki..

Tapi sebab nak tolong member aku nak buat kes, aku join je semua kes dia sebab nak bagi keyakinan kat bos, that i will consult him/mo junior buat kes..

Konon2 dah senior.

AKu nak ambil exam April ni.. kena study juga.. tak ada masa dah.. semua masa yang ada adalah berehat dan tidur.. pegang buku pun boleh tertidur terus... xsampai satu para pun... tau2 bangun dan 4 jam tidur.. tu pun dah tak larat study.. tidur balik..

My big bos.. is our Hero. Inspire us to be more stronger...
Baru aku dengar pengakuan yang bos tak sihat.. demam.. untuk first time..
Risau juga aku sebab banyak kes beliau...

Disebabkan tulah, aku tak akan berputus asa untuk jadi kuat..
Beliau senyap je..walaupun demam..

Hari ini, beliau ajar MO lain.... buat kes. ada 2 kes.
Tapi aku sempat join 1 kes je.. tu pun selamba je join nak belajar.. hahah
Alhamdulillah. beliau tak 'halau'...

Maaf.. blog ini diari aku... menceritakan perjalanan aku di hospital je.. Sebab itulah kehidupan aku di hari bekerja.... Hujung minggu baru boleh menulis.

Friday, February 10, 2017

Kelantan Jan 27-28-29-30


Alhamdulillah...

3 jam meredah banjir... setelah bangun dari tidur semalaman buat kes sifu aku... berbadan masih sakit... tekad drive blik bp.

kelantan... jauh dan penat.
bila sampai sini... pantailah tempat idaman aku...

Menginap di rumah pak cik...
sampai dalam pukul 12am... perghgg dari 11am ..penat2..


Kelantan II

Tu dia lauk pauk majlis kawin...



Muka bangun tidur....penat giler..sakit badan lagi..
Akok fresh
Baju All Black... best!
Aku harap..big bos aku dtg sini...tengok kelantan dan aku tunggu apa bos cakap pasal negeri kesayangan aku ni selepas johor dan perlis..hihi

Team Talib 2017

" ish budak2 ni" sound Pak Talib.. keh3... ahahah main2 plak.. bapak tengah adjust patient pelvic, kitarang wefie.. Maklumlah nak buka 2 team.. Serabut sikit.. Big bos adjust patient je ikut kemahuan beliau.... hihi Kitarang manalah tau position patient yang pelik2.. maka balajarlah daripada beliau..

Hmmmm Kali ni, kes ni tak boleh proceed hbis sebab too long procedure...2nd round... hmm

Bos looked so stress and serius dekat end of surgery.. Looked he so exhausted..
Aku pun seriusly... kaki aku kebas giler.... lutut aku dah start sakit dan muscle thigh aku alwez cramp bangun pagi.. hmmm...

hmmm Tapi, kalau nak dibandingkan dengan bos aku.. Beliau lagi penat .. nak drive balik ke Melaka..
Salute him.

Puding Roti on 3rd Feb

Sedap giler... by my good and nice HO..
Plik dan kelako.. selalu je aku buli dia.. ahaha

Semoga dia jadi Good and Safe DR.

feveret puding .. Nice and sedap.. aku suka lah.. orang lain xtau lah.. :P

Kisah 24hb : Meredah Banjir untuk SPine Case

Alhamdulillah...

Subhanallah....

Masih ingat lagikah kita 24hb January lalu..... Segamat dilanda banjir... Baru kita semua berasa aman setelah 2016 menutup tirai, kononnya 10 tahun Bah di Segamat tidak berlaku.. rupanya,perkiraan kita tersilap.. kita masih di dalam 10 tahun lagi.. Akhirnya... Hujan turun dengan lebat dan berterusan 3 hari.. Diorang kata start malam Anugerah Juara Lagu.. kah3... Aku masa ni di BP, Subuh balik ke Segamat... memang hujan lebat teramat dan amat membimbangkan.. tapi tak terfikir aku bahawa hari itu bermula ujian besar untuk Segamat.

Panjang kisah hari 24 hb Jan.
27hb plak aku kena ke Kelantan..bercuti..

Pagi,itu 24hb... aku dari hospital balik ke rumah.. terdengar suara mengatakan banyak kawasan dan banjir.. Jiran aku call aku.. " kamu tak balik ke?"
Aku dah seriau bila jiran aku call time hujan2 ni.. Memang ramalan aku bahawa kawasan rrumah aku itu akan dinaiki air tepat... Jiran pesan, jalan belakang short cut yang biasa aku lalui itu dah tak boleh lalui.. Actually, aku dah nak laluinya, tapi banyak kereta berpatah balik.. air naik...
Jalan tutup.. tinggal 1 jalan utama dan jalan tepi kereta api...
Aku berkemas... 2jam di rumah.. Sakit juga badan selepas berkemas.. Sempat mesej big bos aku minta izin kemas rumah...Jiran aku siap bagi bag plastik, kayu untuk susun barang atas almari.

Dalam pukul 10am+ aku gerak kerja.. Sampai pukul 1pm, aku minta kawan aku teman alihkan motorsikal plak.. Khalis, member yang selalu tolong aku..Member Mo aku yang sealiran kot pemahaman tentang kehidupan.. faham erti adil dan kuasa serta Pahala dosa. Kagum.
Trip kedua ni berjaya...

trip ke 3... Failed.
Aku sekali lagi ke rumah.. namun jalan dah ditutup kerana air dah penuh... daripada 2 lorong jalan jadi 4 lane... dalam masa xsampai 5 minit.. Semua gelabah dan pentingkan diri.. Aku berpatah balik.. Malas aku nak bersesak menuju ke rumah kalau aku tersangkut di pertengahan banjir...

" Hujan juga makhluk Tuhan..... mengapa engkau tak mahu berhenti mengasihani kami?? Kami sengsara kali ini... "
RIntihan yang aku selalu katakan..

Tengahari itu... semua program dibatalkan.. Big bos kesayangan ramai dah cabut balik ke Melaka.. hahah..

Bijak! Hahah Kelakar betul bos aku bila aku bagi mesej, nak alihkan motor-balik ke rumah jap... Beliau terus bersiap balik..

Esok Rabu,kes Spine.. SET tak Sampai.. hampeh!
Katanya sangkut kat Jambatan Segamat.. Lambat hantar.




" Biar CANCEL disebabkan BANJIR bukan disebabkan SET TAK READY!"
inilah motto aku hari tu.. Tekad aku untuk pastikan esok punya kes berjalan lancar...
Aku siap offer ambil bos aku kat Melaka kalau kereta tak lepas.. Penat pun penat lah asalkan kes esok berjalan.. Kesian kat Patient.. Ramai dan banyak lagi tertunda.

Semangat x? hahahah

Inilah semangat yang tersisa aku ada.. tiada yang boleh aku banggakan melainkan segelumit semangat yang aku genggam membara hingga hari ini.
Bekorban!

Aku harungi jalan Labis ke Jementah.. disebabkan jalan ke bandar dah tenggelam.
Segamat, Labis---- Bukit Kepong dan Jementah..

Ajaibnya...
Segamat sudah tenggelam dalam pukul 3pm rasanya...

Kalau nak tau... Jalan dalam gambar di bawah ni.. lengkugan 'C' tu... masa kitarang lalu... air kat tepi jalan je.. Hujan renyai je..
" Kita kena cepat ni, kalau lambat, takut air naik.." Aku pesan kat kawan aku.
Masa ni, aku khalis,dan hakim. Best.. naik kete besar.. ahha
Jalan ni antara Jalan yang tenggelam teruk masa banjir.

Next, laluan kami ke bukit kepong.. ada satu jalan lurus ke Bukit kepong.. Jalan rendah yang selalu ditenggelami banjir..

Alhamdulillah... Kami merentasi banjir dengan selamat dan ambil set bersama orang company..
Dalam perjalanan, big bos aku.. bertanya khabar.. Alhamdulillah.. terharu aku ada orang ambil berat juga saat aku bersusah ni..
Tapi.. beliau mesti tak tahu bahawa aku tengah tolong beliau untuk ambil set ni bersama rakan Mo lain merisikokan diri untuk kes beliau esok.. hihi

Tuhan je aku harap berikan aku RAHMATNYA...IKHLAS.. aku buat untuk beribadah.
Kalau aku buat untuk kipas bos... pasti dah lama aku give up..sebab aku tak sedap badan dan seluruh badan aku kepenatan...Bekerja sampai lewat malam balik.. tolong kawan buat kes... hmmmm
Big aku pun ajar.. buat kerja as a dr kena ikhlas dan sedia berkhidmat.

Miracles Happened...

2 jalan yang aku sebutkan tadi.. Tenggelam teruk pada hari kedua hingga hari ke 5 banjir di Segamat.
Kerana aku tak tahu jalan tu adalah jalan rendah, maka aku redah tanpa memikirkan ia bakal tenggelam.. Aku lupa jalan tu jalan rendah dan memang kawasan banjir.

Hebat sungguh kuasa TAWAKAL. Ikhlas.
PadaMu aku bersujud memohon bantuan!

AKu bertanya pada JKR SEGAMAT..

Rajin betul JKR layan aku..





rumah aku kat belakang bumbung biru tu je.. Air naik paras peha juga dalam rumah aku... hmm ALhamdulillah.. Selesai dah berkemas..

Ketika ni... keadaan rumah aku?? Aku pun tak sure... Aku kembali ke rumah aku setelah hari ke dua banjir ..tu pun lepas pukul 9pm ..lepas balik kerja... Sebab sibuk kerja di hospital... .. Nak balik pun bukan boleh buat apa.. baik rest kat hosp... chill2 je...

Saturday, February 4, 2017

Februari 3rd : Kemas Rumah at Day 10 Post Banjir (PhotoZ)

Alhamdulillah.. seimbas lalu...

Rumah yang dah siap kemas... licin tak?Air naik paras lutut dalam rumah...



Yeah!!
Adik ni.. comel gielr...
Dulu pernah datang rumah member aku pakai helmet.. Adik ni muka dia berkerut dan tenung je muka aku sebab dia xtau siapa yang datang rumah dia naik motor..
Bila buka helmet... terus dia senyum happi... Macam ko melihat manusia yang bertemu setelah lama tak jumpa dan ingin dia bertemu kembali.. Macam tu wajah ikhlas budak kecik ni.. hahaha Can feel it? haha
Setebal mana lumpur sampai tak nampak lantai... macam tu juga aku kena bersihkan jua...
Geng pagi Segamat.. Gu kacik aku yang datang memantu.. lagi2 yang sorang tu... bukan senang tau nak bawa dia keluar dari rumah.. tiba2 dia datang membantu aku.. Perghh.. dulu aku sakit pun ,dia datang tolong bawa aku g makan minum.. Both of them.. Adik kembar aku tak yah citer.. dari dalam rahim dia asyik tolong aku... ahah
2nd last part... Dapur... last sekali lantai depan rumah... Ikut strategy kami... hihihi... Nasib aku dah settlekan tandas dan bathroom.. Ok lah.. Selesa sikit..

Sebenarnya segan member datang rumah aku yang bersepah...

Jiran aku cakap... sikit je sampah ? Hahah rumah bujang... banyak pun, botol air dan tin je.. sebab tak masak. :P


Apapun, semoga Allah selamatkan  kita semua dari azab dunia dan seksaan neraka...Amiin.

Friday, February 3, 2017

Februari 3rd : Kemas Rumah at Day 10 Post Banjir

Alhamdulillah...

bangun awal pagi untuk berkemas ke Rumah dari bilik MO oncall.. hmm memang rasa xsedap je bila lepak lama2 sini as mangsa banjir.. ahahah

Hmmm..

Tiba2 ada kes best, Spine.. menarik cuma aku tak tahu apa kesudahannya....

Pukul 8.30am, aku start kemas rumah sendiri dulu.. dalam pukul 11am, adik aku sampai bersama wife dia dan mak aku.. Kebetulan Member aku Khalis pun sampai.. Serta Capik.. Hmmm

Lumpur dalam rumah tak lah setebal mana pun, tapi dah kering.
Jiran depan pun membantu dengan memberi pinjam Water Jet.. perghh best. Jiran sebelah memang sentiasa membantu.. ahaha aku je yang Loooooseeer...!

Alatan mengemas,aku beli malam semalamnya bersama member... hahah..
Semangat.. tapi tak tahu sangat nak kemas macamana..

Aku sampai di rumah, aku terus cuci bilik air dan toilet. Selesa sikit...

Pastu, aku kemas barang-barang yang boleh aku angkut sendiri sebelum barang besar untuk dialihkan dengan member. Sepatutnya mula di tempat tinggi ke rendah.. tapi aku tak tahu mana aras ketinggian lantai rumah.

Kami start di ruang tamu , bilik dan terus ke dapur...

Hmmm Almari dan perabot kayu... banyak rosak...

Letih tu tak payah cerita..+ sakit badan lagi.. ahaha

Banyak belanja untuk berkemas. T-T

hmmmmm.... dah lah claim xmasukk.. serabut siut.. Oncall aku kena sabo.. Pirrrrah!!! Aku akan ingat!!!

Kadang-kala stress dan kehidupan kena lalui juga.. sabar je .. Tenang.
Hmmmmm......

Dalam 4.30pm.. siap dah.. Berehat sebentar untuk solat Jumaat tengahari tu.
Aku ke Hospital untuk tengok kes spine tu lagi.. dan request CT...

Aku xtau apa kesudahan kisah ni.. dan aku harap, ia akan menjadi pengajaran buat aku jika aku tersilap langkah.. dan aku akan terus berusaha save my patient!

Thursday, February 2, 2017

Feb 2,2017 : Gu Kacik

Alhamdulillah..

Khamis merupakan OT full day Ortho seperti biasa.
Aku free... so, since aku tak ada jadual elective, maka aku akan masuk OP apa saja dan bila2 saja.
Hari ni, kes scoliosis dan beberapa kes seperti biasa.

Target aku Scoliosis.
Since aku ni mangsa banjir... maka, aku tidur di Bilik MO oncall lagi.
Pagi lagi aku breakfast sebelum mandi ke OT. hihi

Alhamdulillah.. banyak belajar.
Pesakit ini decide nak buat sebab deformity badannya makin serius..
Untuk kes ni, memerlukan Neuromonitoring.
Nak join kes ni, kenalah study kes dan teori part.
Aku bertanya izin pada big bos dan member aku juga.
Alhamdulillah.. big boss izinkan.. Yahooooo!!!

Start jam 9am dan berkahir  dalam 1pm+
Junior aku dah tak larat.. AKu ok je.. laam kot 4 jam berdiri.
Aku tak perasan pun dah 4 jam.. Yang aku tau, aku  nak assist op sampai siap.

Big bos bagi peluang aku tolong.. Terharu aku! Siap dipuji buat op nampak lebih kemas dan cantik soft tissue handling! perghhh... Aku kan nak kalahkan big boss.. so, aku mesti power !

Gurau je... hahah..

Aku memang prepare diri aku untuk kes scoliosis ni.
Lama xjoin...kes ni pun jarang...

So, aku tak akan lepaskan peluang ni.


Last dose ubat yang tersisa... arghh!! Habislah.. hihi..
Ia tak sekuat mana untuk menyembuh sakit yang superficial
yeah! Kes habis...
Gambor Scolisosis correction kat TV


Hari ni berakhir lebih indah.. seronok melihat bos pun selesaikan kes dengan baik... Cuma ada lah kes perli memerli macam biasa. Aku lebih UTAMAKAN orang yang banyak memanfaatkan kewujudan aku di sini.. Thanks Mr MBW