Saturday, January 21, 2017

Jan 21 : Kata bukan dikota...


Ya Allah...
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini..
Dhaif dan tiada apa yang aku mampu lakukan untuk terus mendekati hati dan seluruh hidupku padaMU...
Makin bertapak maju langkah, makin aku rasa, aku menjauhimu... kerana kesibukan aku menelaah dunia dan kerja..makin aku kehilangan apa yang menjadi nyawa aku di sini...

hmmmm....
2016...Tahun yang bagi aku sungguh bermakna..

bertemu dengan orang yang memberi impak dalam hidup aku.. juga insan yang mencerca aku kerana salah faham ...Ia sejarah.. Mungkin kemaafan ada tapi ia berterusan menjadi parut dalam setiap lipatan sejarah masa aku.

" I treat you as my besfren"... Ayat yang paling aku tak percaya 2016.
Bagaimana pertemuan dengan manusia yang baru seketika boleh menjadi besfren atau kawan rapat?
Semudah ia dikata..semurah itu tiada harga istimewa.

Hmmmm...
Aku pernah bertemu dengan seorang member , junior aku.. tahun lepas.. baik dan masa dia datang ke department aku.. minggu pertama.. aku buli dia sebab nak tahu tahap kesabaran dia.. Dia punya kelemahan adalah balik kerja lewat dan tiada cuti.
Suatu hari tu, aku denda dia sebab benda kecil je..." Kau balik 12am dan esok kerja macam biasa"
Aku datang ke ward, aku jumpa dia .. Muka dia down..Entah berapa banyak kutukan dan makian yang dia cakap dalam hati dan dengan member dia.. aku pun, xtau.. Sebab dia ni budak sempoi dan introvert dengan dunia dia.

Tapi.. dia bagus bekerja dan bertanggungjawab dengan setiap kerja diberikan.

Bila tengok muka dia yang tengah down dalam pukul 9.30pm macam tulah.. " Woi, boleh tolong drive ke kedai makan tak ? Aku nak beli makanan untuk staff OT. Aku baru habis op ni"

" hmmm boleh Dr"..muka down dan sedih giler tak seperti wajah dia di posting sebelum ni. Hahah.. Kelakar pun ada tengok budak ni.

Tiba di restoran, " AKu belanja makan ko malam ni.. order je ko nak makan apa, no problem. Esok aku bagi ko cuti . Jangan risau. Sori, aku minta tolong ko drive beli makanan sebab aku dah tak larat ni. "

Dia punya seronok dapat cuti .. dan dapat lepak sekali makan dengan aku... Inilah 1st time kitarang melepak sebab aku dah nak collapse habiskan kes operation. Aku beritahu dia " Kalau ko ada problem or stress, boleh je beritahu aku, kalau aku boleh tolong, aku akan tolong. No hal. "

Masa ni, aku incharge Ho lagi..Incharge HO, benda yang paling aku suka sebab ia seperti mendidik anak murid. Kau akan lihat perkembangan mereka.

Selalu je ajak budak ni melepak sama sebab sekepala..memandang kehidupan dalam sudut yang hampir sama dan cara pemikiran yang agak sama.. cuma minat bekerja je berbeza. Surgical based vs Medical based.


2016 juga aku bertemu dengan insan hebat yang ada segalanya .. Harta pangkat pengaruh dan apa saja yang kau mahukan... tapi beliau tidak seperti yang apa yang dia sudah ada. Humble dan tenang.
Insan yang aku kagum sejak 2013... Dulu hanya mendengar nama je... sekrang ia di depan aku..

Insan yang lagaknya seperti seorang sahabat baik memiliki skills hebat dan bijak..

Aku seperti melukut di tepi gantang..
Bila bertemu ada masa terasa macam.. tak akan pipit mampu terbang bersama enggang...
Jauh sekali aku di sisi beliau.
Tapi aku yang tak faham jurang tu tak malu mengganggu dengan soalan dan pertanyaan ntah apa2. Nasiblah dilayan sampai ke hari ini.

Hmm Aku hanya MO chronic, tiada apa kebijaksaan.. cuma sijil MD saja yang mengiringi pekerjaan aku.... Ya Allah, bantulah aku menjadi seorang Dr surgeon yang bijak dan hebat suatu hari nanti dalam mencari keredhaanMu.

Insan hebat ini menjadi inspirasi aku untuk terus berusaha..
3 tahun aku di sini.. setiap masa aku berusaha memastikan semua pesakit nye dan especially his patient for op.. kena stabilize dan semuanya kena settle...implan, payment, antibiotic dan pre op assement...

Aku datang setiap malam... selepas pergi ke masjid atau selepas makan malam.. sambil aku mengajar Ho2 aku...

Tiada siapa bayar gaji aku.. usaha aku pun.. Ikhlas itu memang meletihkan jika difikirkan. Tapi dah nama nak belajar ikhlas, letih pun letih.. Asalkan pesakit dapat rawtaan yang optimum , dan surgeon dapat laksanakan tugas dengan baik, aku tak kisah....

Beliau juga pernah bekorban demi membantu aku.. beliau juga pernah bekorban down grade his status to help me to settle my personal problem..

Beliau memang manusia yang aku tak akan temui lagi kewujudannya selepas beliau. Maybe , dia seorang dalam berjuta orang yang aku temui. Kagum!

Aku harap, pertemuan dengan dua insan ini sampailah ke akhir hayat aku...dan kekal ukhwah ikhlas.Semoga Tuhan merahmati mereka ini..

Sahabat yang baik tidak akan muncul dengan mudah dan tak akan tercipta sahabat dengan kata-kata tanpa usaha keras tanda jujur ia membantu.

Aku simpan blog ini.. privatekan sementara waktu untuk ia berdiam seketika..
Maybe suatu masa... orang yang aku tuliskan ini membacanya.. dan tahu, dialah siapa yang aku katakan..  Terima kasih jasa kalian.. Tuhan sahaja yang mampu membalas ikhlas baik budi kalian.
You are so awesome ! Memberi impak yang bagus dalam hidup aku.

Jan 20 : Yeah , Weekend!

Melepak sini... Kantoi kena tegur... banyak kali g sini.. hahaha dalam IG melambak gambar masjid ni... Ntah.. aku suka masjid ni... Tenang je nampak dari luar.. 

Aku akan datang sini lagi.... :P

Setia aku ..hahaha



Awal pagi bangun , ke hospital...pass buku Anaesth kat member junior , pass pokok Garuda untuk member junior aku juga...

pastu ambil barang kat bilik ONCALL  selasa lalu.. bapak lama terperap kat bilik oncall... nampak x busy.. ahaha

Selepas settle semuanya, aku bergegas ke Melaka dalam jam 8am +
Alhamdulillah.. dengan Saga FLX mengimbau saat pertama kali aku ke Melaka untuk memulakan agenda aku..

Balik je,BP.. sampai lagi 5 minit Azan Zohor untuk solat Jumaat..
Alhamdulillah. Samapi dengan selamat.

CNY deco.. ntah... aku nampak orang yang biasa bersemangat... langsung tak bersemangat dan biasa-biasa aja.... hmmmm...
Tak best... u can deny... but we can feel it.
Deco on 17Jan.. my 1st call.. yang giler kental busy. haha

hmmmm...
Bersama our  emoman serta scaryman.. bos T. hmmmm 
Bila balik Kampung... inilah keje aku.. jalan-jalan belakng rumah tengok kambing... ayam.. burung2.... biawak ke apa saja yang melintas... best! Suasana aman!

Friday, January 20, 2017

Down ..down lagi...

..... ia seperti parut luka... sakitnya tetap ada... walaupun selepas good analgesic given..
Mengakhiri sebuah kesakitan dengan parut yang kekal ada sebagai INGATAN..
Ia sudah tidak sakit barangkali..
..dan parut tu juga mungkin menjadi lebih bermakna jika terlahir atas suatu pengorbanan"



Alhamdulillah...
Seminggu berlalu, oncall telah terlaksana..

Selasa, 1st Call. Jaga ward..
Perghhhh... Serius giler oncall ni... Tak larat aku menanggung kesibukan.
Polytrauma patient... patient collapse pukul 4pagi... dengan vomitus melimpah ruah.... Nasiblah boleh intubate...Alhamdulillah.

Tidur dalam 30 minut je kot.. entah lah..

Pagi Rabu Postcall.. tu aku dah nak collapse.. nak termuntah pun ada sebab lapar sangat dan pening.
Bau muntah patient pun masih teringat.

Round yang sangat slow... dan buat aku nak mual ..giler.. penat..
Aku cabut ke OT, jumpa big boss nak tanya susunan OT khamis..
Hmm kena tembak.. pasal blount Disease since ada kes tu... Habis mati aku.. Aku ingat nak breakfast kat dalam pantri.. Air aku buat 1/4 je aku minum dan aku terus keluar.. sebab rasa tak best..
Hahah.. Aku datang nak tanya susunan OT ...tapi macam kena sound je sebab tak tahu kes, OBVIOUSLY... Aku tak berapa tahu management Blount Disease tu sebab aku tak pernah jumpa kes tu..
Mood aku pun tak OK, aku penat tahap giler... bercakap pun slow dan xleh hadam.. tapi disebabkan member aku oncall tak tahu nak buat susunan OT esok.. aku tolong tanyakan kat bos.. lastly, aku kena .. hahah Dah biasa kena pun nasib macam ni.. Bak kata .... Ikhlas akan diuji..

Bengang? hahah aku balik MO room, oncall room.. Tidur terus sebab malas nak stress lama2.. TAK LARAT.


Mereka tak salah.. aku yang salah sebab tak berapa tahu kes.
Kena persiapkan diri dengan ilmu dan data yang lengkap sebelum bertemu dengan orang besar.
Kita ni..MO cikai je.. Melukut di tepi gantang.
Lainlah kalau ko tu bijak pandai ada cukup pakej.

hahaha.. Dunia ni tak adil kan???

Tuhan adil.. Sebab DIA lah..... aku masih mampu berjalan mengharungi apa yang terbentang laluan buat aku.... TAWAKAL dan REDHA.


Rabu...Malam tu ada Farewell Perpisahan Pengarah Hosp.
Aku tak mahu pergi... Tapi termesej bos.. dan kena tanya, KENAPA tak pergi?
Aku terus ubah decision-kena pergi.
Aku ajak Khalis..member klate.



Malam ni... aku plan nak makan kat PAYA PULAI ..ikan Patin..
Sebab tu aku suggest 1 meja je makan malam tu untuk Farewell..



Tapi malam tu, aku ingat Ortho team dapat 1 meja bersama.. rupanya berserakan.. hmm x best..
Big bos berucap dengan gaya selambar dan sangat deep..

Mulanya, ramai tak mau pergi dan ada yang diamkan diri.. assuming yang diamkan diri tu tak pergi, aku dan khalis terpaksa pergi untuk memastikan Big Bos tak marah.

Habis je sessi berucap, kami pun dijamu makanan.. tapi, aku dan khalis serta Mo lagi sorang terus ke Kedai Makan Ikan Patin Paya Pulai.
Sedap kot...
Plan nak study kes untuk elective malam ni.. tapi apakan daya... badan aku dah etrlalu penat .. Tak larat bertahan lewat malam nak ke Hospital.. Tak Larat.. AKu bimbang je aku demam balik..




                                          
Khamis, esoknya aku kena incharge ELECTIVE.


Hmmmm... Aku kena marah wei dengan big bos.
Hahaha... Ko rasa apa aku rasa masa kena marah dengan orang yang selalu aku assist dan selalu aku struggle untuk join OT beliau? Apa aku punya respon bila orang yang paling kau TRUST kat segamat ni, marah kau kerana tersilap step yang secara spontan terbuat....
orang di sekeliling mungkin terlompat-lompat gembira aku kena marah dengan bos.. Ialah.. manusia maksum yang diarang sangka tak pernah kena marah dengan bos katanya... sedangkan aku dah wujud sini sejak 3 tahun lamanya...


Kau rasa apa yang aku rasa?

Tak payahlah ditaip di sini.. Semua boleh tau apa yang akan aku rasa.
Sepanjang hidup aku as MO... aku pun ada feveret HO yang aku ajak assist OT aku...
Aim aku adalah untuk jadikan HO tu lebih impressive dari Ho lain dan nak dia lebih hebat.
Aku akan ajar dia dan pastikan dia tak melakukan kesilapan besar.. Aku cuba untuk menjaga maruah dia di depan orang lain jika berlaku sesuatu yang buat aku marah...

tapi macam biasa... harapan hanya harapan..
Apa yang aku mahukan juga tidak akan dapat dengan mudah..

Aku dapat bayangkan.. Di Segamat.. bumi bertuah buat aku sebab bertemu dengan big boss yang sempoi.... menerima aku sebagai MO beliau yang penuh kekurangan  ni.. Tidak mencela dan halau aku.. even yang lebih teruk pun beliau menerima dengan hati yang terbuka.

Bayangkan.. JIKA aku di tempat di UKM? UIA? hosp besar JB? Melaka?
Apa lah nasib aku nanti di sana.. bertemu dengan bos yang sangat pelik perangai?? dah lah aku ni kerdil je jawatan.. apa agaknya mereka akan buat? Tengking? Hina aku bila melakukan kesilapan... atau kecuaian.. sedangkan, tak silap pun akan di cari silap juga.. inikan jika aku melakukan big mistake?

Habis aku...

Cuma... aku risau.... APA yang akan aku respon pada mereka jika mereka berlaku ZALIM. Sebab AMARAH aku ni sangat dahsyat GARANGNYA....
Tidak gentar pada UGUTAN apa2 pun...
Giler kental aku menahan amarah aku... Makin aku sabar... Makin dahsyat style aku respon..

Apapun... aku berterima kasih atas tunjuk ajar orang yang aku respect dalam kerjaya aku ni. Aku tak akan lupa jasa beliau. Tak akan aku ubah JANJI aku pada beliau. Biarpun lambat dan sedikit yang progress... Aku tetap akan berusaha..

Aku bukan genius.. aku MO biasa je....

BSE lagi beberapa minggu je ni.. ntah.. study ke laut! Sempat lagi update blog... hahaha...















Wednesday, January 18, 2017

Jan 16 : Tak ada motivasi


Alhamdulillah..

Seawal jam 6am, aku bergerak dari BP ke Segamat. Hantar kereta servis.. So naik kereta Saga Flx aku.. Jauh beza. Berat JUGA STERENG  kete ni. Right wrist aku memang terasa sakit balik. Strereng berat..

Hmmmm... ngantuk lagi.. kuat tidurman.

Hari ni klinik.. OK je.
berjaya dengan cekap dan jayanya

hmmmm apa yang berlaku ia dah berlaku.. dan sedang berlaku...
Post op wound..many  scars.. very painful.. siut!
Dah 2 hari on celebrex.... grrrrr.... Siut r.. pain score kadang2 almost 4-5 kot.. giler kental!


Hari ni, dalam pukul 11am + aku rasa serabut otak.. aku naik ke Bilik MO oncall.. aku ambil wudhuk.. aku solat sunnat.. Ntah.. aku rasa down..

hmmm yelah... xtau.. apa yang aku fikirkan dan apa yang aku harapkan.

BSE dah nak dekat.. tapi aku tak habis study!! baca lupa baca lupa..
hmmmm  stress siut..

ada orang power2 tapi tak sudi nak ajar aku sangat...hmmmmm.. sebab aku degil sangat kot.. menyampah diorang.. aku pun kerek sangat.. ahhaha


Hari ni.. aku aku tak join OT... sebab kes simple.. aku dah tak larat...aku nak balik rumah dan berehat..!

down..down..



Alhamdulillah...

kali ini aku privatekan lagi blog ni.. sengaja nak diamkan dri..asingkan diri dari jadi bahan bacaan orang.. Mood aku tak bagus, dan aku tak mau orang lain baca blog ni ketika aku tengah mood tak best.. biarlah masa berlalu dan orang tak tahu apa yang berlaku.


hmmmm...
Nov 13 Aku jatuh basikal, simple je tapi menyebabkan bahu kiri aku sakit dan right wrist aku blocked.. tak boleh berfungsi langsung... Sakit gila bila nak pusing. Suap makan pun tak boleh... nak berkumur pun tak boleh.. Inikan nak drive...

hmmm.. Big bos suruh cast 2 week..
Bila cukup 2 minggu, aku terus buka 28hb ..Sebab tarikh tu aku Oncall dan 29hb pun sama. Jadi, aku memang terpaksa buka.

Aku memang pakat dengan member aku untuk tolong oncall waktu aku tu, since kes masa oncall tu memerlukan skills yang lebiih, maka aku pun join operation tu. Neurovascular injury with multiple tendon cut. So, member aku junior... slow sikit nak perform, aku join dan aku repair yang aku tau .

hmmmm Aku sebenarnya tak sabar nak buka cast sebab aku nak cepatkan physio tangan aku dan aku nak cepat sembuh.

Inilah aku : AKu nak belajar dengan orang yang paling aku respect dalam dunia aku masa di bilik bedah.. di Segamat ni. Someone yang buat aku semangat kembali balik bekerja setiap minggu di Segamat. AKu nak jadi assistant yang cekap masa operation beliau.

Yeah.. serius.. tangan aku sakit lagi pun aku dah join.
Sebab aku nak biasakan kerja. Tiada siapa pun nak dengar ko ngadu sakit.
Ia realiti yang aku kena tahu. Masa kecik pun, aku cakap aku sakit.. semua buat tak tahu..
TFCC injury... sedangkan kau dikelilingi pakar yang hebat untuk merawat.. end up.. ko treat sendiri diri ko...

Agressive physio.. daripada 0-10degree je sehinggalah aku mampu pusing hampir penuh range of motion.

Alhamdulillah...

Nasib orang kronik.. tak ada apa yang istimewa.. melukut di tepi gantang.. tiada siapa pun nak pandang..

Tapi.. DIALAH yang aku YAKIN bahawa... hidup aku diberi perancangan yang terbaik dan terhebat . AKu percaya padaNYA. Ampunilah dosa-dosa hambaMU ini ... JIka aku lalai.. jagalah aku ... jangan biarkan aku tersesat....

Friday, January 13, 2017

Khamis : Yesza!! Dapat buat Thompson lagi!



Alhamdulillah...

Pak Talib punye OT day..
Seronok giler lah... Khamis .
Hari penutup untuk waktu bekerja..
Bagi kami... Khamis ni selalu balik lewat malam.. sebab kes banyak.
Sama ada ko nak balik atau ko nak join OT.

Aku sepanjang 2016, rasanya tak  pernah nak balik awal... tak lebih 5 kali kot balik awal dari 4pm.. paling awal 4.30pm...


Seronok... dapat join OT major tu...
Bila join kerja orang yang kau respect dan beliau pun respect each others..
Aura kerja seronok.

Semalam.. awal-awal pagi.
smart Baju scrub big bos aku, blue black... dengan tertera " Muttalib MBW".
sebab aku memang suka baju gelap pun..

Nak juga tempah baju scrub yang nampak smart!

semua staff mcm excited je bila bos sampai.. u can see them..
hahah..
so beautiful aura and nice situation..
sebab aku powerful observer.... hihi


Kes habis silih berganti .. TKR.. SPine ..thompson Hip

Spine kes : Yeay!! Aku menang! Tak payah pakai ii pun! hohohoho...

Thompson Hip : Ni kes aku berjaya dapat buat!
Nak request ngan Pak Talib, tapi tak berani sebab ada buat salah... mood bos pun macam tak bagus je... ke aku yang sensitif.. ntah.. So, redha je...

" ustad, ko nak buat kan ?" Pak Talib spontan je cakap bila saja masuk membuka pintu OR.

" Boleh bos".. aku balas macam looser giler...bajet je .

Aku mulakan incision depan bos Talib.... dan semuanya  atas pantauan bos.. Seram tak payah citer... Disebabkan stress hormone.. aku hypoglycaemia.. AKu nye metabolism ni tinggi.... bila dah stress, bertambah tinggi metabolism..

sampai hypo aku, tangan menggigil sikit... dah lah bahu kiri sakit lagi.. tangan kanan wrist masih sakit juga.... tapi dah 2 bulan.. alhamdulillah.. my first big case perform depan bos.. bolehlah...

He tought me very well..
never touch my op site till he looked it was indicated...
Respect his leadership and trust in me.

1 hour and 10 minutes skin to skin. Alhamdulillah..

Yang paling best!
sepanjang kerja ni....2 bulan naik kerja.. Bos Talib tak akan tinggalkan athropalsty case or spine case till he close some layers.. Semalam.. lepas reduce implant.. bos dah unscrub...

Pergh!!!

Mantap giler trainning bos kat MO !

Tapi tak akan lah nak spoil his trust...kenalah study! Study rajin2...

Next case : Ilizarof
Last case aku... seronok main ring and screw..
banyak juga screws aku jatuhkan... sebab tangan kanan aku problem lagi.. Tak mampu buat fine task very well... Kurang sensitif...
Masuk screw jatuh.. masuk nut pun jatuh...

Apapun.. Terima kasih Tuan! Sifu aku yang power!
Memang tak akan aku lupa lah jasa baik beliau sampai mati.
Dah lah power.. bijak.. humble... low profile.. perghh sebijiik macam aku.. hihi..


Friday, January 6, 2017

Jan 6th : Lepak Minyak Beku


Alhamdulillah...

Akhirnya weekend juga.. rasa dah tak larat nak bekerja.. Whole week ni, went home at night..Penat badan masih ada lagi ni walaupun dah tidur semalaman ni.
Actualli, aku dah start tak sedap badan rabu lalu..
Khamis lepas,
enjoy.. actually, khamis hari yang paling aku suka sebab hari OT major..
tapi aku tak suka kalau aku oncall sebab masa tu round laju.. xbest. Semua nak cepat masuk OT.

Masa berlalu pantas..
Jika batch dulu... lepas round ward je, kami akan breakfast bersama dan datang OT tunjuk muka dan pukul3.30pm, semua dah lesap..

Tahun 2016... ia berubah.. aku sendiri rasa... tak makan pun tak apa asal aku dapat join OT tu...
sebab OT khamis ni macam nikmat tidur..
Tidur lebih indah dari makan..
Macam tu juga OT khamis.. lebih indah daripada makan.haha

Hari ni aku incharge OT.
Macam biasa... aku akan monopoli SPINE... sepertimana orang selar aku... hmmm Sorri.. Aku tetap buat kerja aku..
Silakan assist spine and makesure everything settle..
Sesiapa yang assist spine case akan menyesal masuk dan akan mengeluh lepas assist..
Seriusly... Dah lah ruang operation limited.. Kau nampak apa je? Unless.. ko punya bos baik hati nak tunjuk apa yang beliau buat tu..

Assist spine :
-penat kot pakai baju plumbum ii tu... berat . Dah lah kena expose dengan xray.
-Ruang kecil..tak nampak sangat..
-Nak assist ko kena jinjit dan cilok ruang nak buat sucktion semua tu..
-Nak assist ko kena tau step dan tau alatan yang pelik2 tu..
-Ko pun kena prepare patient position pre and post op.. Kau tau x?? Kalau tak tahu.. belajar lah dengan bos..
-Post op.. kena turn patient back on table..
* tangan aku sakit wei... sakit lagi... even dah 6 week..  tapi selagi ia tak sakit masa aku buat kerja. aku akan buat juga... sebab aku trust in myself! I CAN DO IT! walaupun hakikatnya aku ni MO lembab dan slow progress.. Tak kisah walau tak digemari.. tapi aku mahu kan pesakit aku dapat treatment the best from us.. from my respectful HOD... thats all..

Hanya di SEGAMAT hospital je kot..kau dapat peluang..Kalau kat hospital lain..
Entah2 kau tak dipandang pun...
BSE pun terkial2 nak study... master pun menggigil nak apply.. cakap berterabur..
Aku tak cemburu untuk member aku progress..... TUGAS aku hanya membantu bos aku untuk melaksanakan operation besar tu dengan lancar dan tenang...

hmmmmmm...... Tak syook... bila diri diselar.. Semalam kes spine? Aku awal2 dan mempersila sesiapa nak join.... xda plak nak join..hmmmm..

Dunia ni plik...
Nak beli kuih tadi  pun berebut.. datang lembab, datang2 menejrit " bang kuih tu seringgit!!! "
Bila dah sampai geng2 meroyan ni dan bangang membeli tak ada respect.. tak akan lah aku nak stay situ bersama kebanganagan golongan tu.. aku yang menunggu peniaga bersiap.. sampai dia dah ready...agak 20 minit juga.. akhirnya, aku blah gitu je.. sebab aku rasa, aku tak kebulur tanpa kuih tu.. tapi aku rela blah dari kelompok bangang tu daripada aku naik amarah aku kat situ!...
Pengalaman membeli di Pasar Malam hari ni.. Seriusly, aku memang tak sesuai membeli di pasar malam. Kuat MARAH... hahhaha...

Mentaliti masyarakat yang bajet bagus.. hakikatnya bagus dalam komen dan gossip je kot..

aku suka baju all black ni.. hahaha tak bayar lagi kat Khalis.. hihih...
Minyak beku!
ada plak yang mandi sini. tak tau ke ampai2 banyak kat sini.. tak pasal2 gatal kang.. susah..

adesh... manusia ni memang pelik.. 





 
Hari ni.. aku kepenatan.................. dan dah demam pun.. menaip blog ni pun.. sebab aku worri aku terlupa moment seminggu lalu.. ahaha.. ENJOY!

Tuesday, January 3, 2017

3rd January 2017 : Sembang je.


"Azam 2017...
Memperkemas skills jahitan,pertukangan, cucian dan dokumentasi serta memantapkan ilmu di dalam kotak kranial yang lebih impressive untuk menjadi pelapis tulang belakang organisasi pelarian dari sebuah kecacatan.
..baru nak update hari ni...
Sebab..xmo update azam aku yg impressive ni serentak dengan azam ngarut orang lain..hihi..
Jatuh status azam aku."




Alhamdulillah... hari ini aku 2nd call ... Ada 3 case.
Serius letih juga aku.. balik lewat malam je recently... hmmm
Cemburu juga tengok mereka dan move on..

Aku masih di sini..ahahah.. Sengaja aku memilih di sini.. Kerana aku ada agenda aku.. Kiranya, aku tak akan menyesal atas apa yang aku putuskan!

hmmm memang berjarak impian, tapi aku ada kehidupan aku.

hmmm.... HAri ni, serabut sikit, bila aku kena jaga ward sebelah, semalam ward lain hari ni ward lain... perghhhh giler otak nak jaga pesakit yang banyak dalam satu round.. Gilerlah kalau tak tertukar blood investigation result.. kadang2 ESR.. HB pun boleh tunggang langgang.. terpaksa semak balik confirm!!!

Bab turn page tu yang bos aku menyampah kalau tengok.. hmmm aku dah!!! arghhhh!!! xbest..


Tak Impressive langsung.. ahaha tapi semua orang macam tak perasan je..pelik2...


Clinic start lewat... " all MO turun clinic stat!!" perghh Bos aku mesej for d first time!!  kecewa aku... dan aku tak faham.... kenapa slow sangat klinik??? hmmmmm


Tak effective!
Geram gak.. sebab aku tak sempat passover dan terima passover kes nak buat operation.. dah kena turun klinik.. hmmm... tapi arahan bos aku kot!
Lembab sangat round.. terhegeh-hegeh... makanya... kenalah  marah. Membazir masa.


Tapi yang bestnya.. sebelum pukul 2pm.. dah habis klinik.. Yesza!

CME 3pm.. ALhamdulillah.. lama tak join CME.

Big bos ada... best giler dapat dengar ceramah .. tak sempat aku nak join habis, kes emergency dah panggil... terus cabut ke OT..

lepas tu, ada gossip sikit dan teguran bos.. hmmmm...

Kes aku habis kul 10pm.. Last BKA.. slow siut! Ntah.. lemau r...

ngantuk! Nak study pun. hmmmmm