Friday, December 30, 2016

Minggu terakhir 2016

Alhamdulillah..

Actualli baru hari ni aku mampu menulis blog setelah seminggu senyap je..
Busy? Hmmm sikit2 lah..
Balik rumah dah tengah malam.. tak larat nak menaip.


Minggu ni penuh drama..
Cuma kesabaran diri je mampu buat aku bertahan.

Dalam masa ni, aku memang tengah fragile sebab belum pulih fulli tentang apa yang aku alami 6 weeks ago. A lots... tiada siapa tahu secara detail apa yang berlaku melainkan 3 orang je dan famili aku.

hmmmm.... Alhamdulillah..
Aku semakin sembuh dan bersemangat. Oncall 2 hari dah oleh survive.
Dulu, naik keje, oncall  sehari, esoknya aku collapse kot.. tidur memanjang.

Ada banyak perkara berlaku minggu ni.

Nov 27- Meeting Department.
-meeting ini mengimbas kembali 2016 dan juga plan masa depan.
-Waktu ni, bos aku mengizinkan aku tukar incharge HO kepada MO lain.
secara jujur... aku sedih juga ... hahah tapi aku yang minta sebab aku tak mahu HO aku semua menderita kena toucher.
Aku suka mengajar HO... tapi seems aku tengok mereka tak semangat menerima aku.. Maka, aku undur diri lah.. dah tiba masanya. Melepaskan tugas ni.

Ntah, bos setuju ke tak.. tapi aku sedikit merajuk dah nak incharge Ho sebab campur tangan orang lain dalam urusan didikan HO. Malah, terdapat mereka yang berperangai kurang sopan dan tidak berdisiplin.

Aku kena redha dan terus menasihati.. tapi aku belum mampu untuk cekal.

even, in ortho.. jika ur foot severely infected... u will decide to chop chop..



Nov 28 - Major OT day.

4 major cases.
Dua pesakit TKR.. aku tak dapat joiN!!! Sedih siut!
3rd case is spine..
-aku decide untuk join tanpa belas kasihan! Aku dah jaga pesakit dan aku dah settlekan payment semua. Mengapa aku tak layak join?

Masa ni.. ada tragedi sikit.. Big bos tegur kami.
Hmmmm.... RESPECT

tapi.. beliau benar! Kami yang silap. Seriusly .. kami ambil iktibar.


Ada yang menegur aku, "giler kuasa ke apa?? Join kes spine xambil kira orang lain.."

APAKAH??????? Aku halang ? atau kau yang tak ambil usaha nak join? AKu masih ingat ada manusia merampas alat operation di tangan aku ketika aku baru nak start operation.
I wont forget it!

tapi hakikatnya.. dia feveret bos... hahaha....
Malas nak layan..

Hidup mati aku kerana Ilahi.
Aku enjoy di segamat antaranya.. kerana aku ada seorang insan- yang sudi menjemput aku dengan payung yang dicarinya ketika hujan lebat Nov lalu... ketika aku terperangkap di challet yang paling jauh.

Jika dia seorang sahabat... dia memang sahabat yang sangat baik dan aku tak akan tinggalkan selamanya dunia akhirat... dalam doa aku selamanya.


Kerana beliau.. aku masih utuh berusaha menjadi anak didiknya! Biar parah usaha dan fizikal, asal beliau bangga memiliki anak buah yang cekal menghormatinya.

Trial Ride Ninja 30th Nov.


7pm... Sekejap lagi maghrib! Pergh... Isi minyak... aku terus pecut ke laut! hahahah..

Hari ini, aku balik kul 11am.
Semalam oncall... pagi ni aku janji nak buat BKA ..Janji kat diri aku.
Sebab member aku accident... Khalis... ONCALL dia hari ni diganti dengan mo lain.... member klate yang aku kenal..Member yang baik suka melayan kerenah aku yg macam budak2 ni.

So, pagi tadi.. 1st call busy, fitri .. 2nd call, daus  buat round ward.. Dato Subra plak datang ward...
Aku plak  baru je sampai rumah dari hospital (jarak 10minit drive), nak mandi setelah almost 24hour tak mandi.. semalam pun habis OT.. aku terus sambung kes.

tengah malam.. ada kes OPEN BOOK Pelvic Fracture.
Ext Fix je lah....
Simple je..

Pukul 3.30am.. baru aku lelapkan mata...

Terbangun kul 7.20am.. Subuh GAJAH hmmm..
Balik rumah kul 8am.. tetiba ada staff Ot mesej.. Dr nak buat op ke? BKA? amputasi kaki ..

" ok je.. 15 minit leh x? nak mandi.."

hahaha....Alhamdulillah..timing aku tepat.
Ngam2...

At the same time.. Dato subra pun buat round at my ward with my oncall colleague.
So, at least.. i helped them in OT..while 1st call busy settling case at ED..

Alhamdulillah...
BKA tu simple je...


Sampai BP...at 12.20pm..
Ngantuk juga.. tapi layan je... Lepas JUmaat, aku collapse!
Tidur sampai kul 6pm..ahahah

Pastu saja nak try naik moto ninja ke laut! Perghh Alhamdulillah.. Tangan kanan dah kurang sakit.. Cuma range of motion je belum fully recover.

6 weeks!
Aku mahu main bowling plak lepas ni!!
Teluk Wawasan Batu Pahat!

Jumaat! Nov 23

Alhamdulillah..

Ni kisah Jumaat 23hb November 2016.
Kami berjalan ke Melaca.. saja.. Follow up...

Pastu round mencari ayam mutiara dan itik...
Nak cerita apa pun dah xingat..

Cuma, nak diingatkan..
To be a Dr, jadilah manusia yang jujur dan ikhlas.
Jadilah Dr yang bijak..
Jangan sesekali jadi kurang bijak dan memalukan status Dr dengan skills yang cincai dan knowledge yang semberono!!

Ok2!! AKu study! now..ahha

Saturday, December 24, 2016

OT Khamis Dec 22

Kisah lalu yang aku suka nak simpan.

Alhamdulillah... aku masih ada kudrat menjadi seperti biasa.
Berdoa agar aku jadi lebih sasa dan bertenaga serta bersemangat.
Ingin menjadi Pakar Orthopaedik yang power ,gempak dan tawadhuk ...perghh poyo.

macam bos aku, se'gengster ' beliau.. He is awesome.
Kalaulah ramai yang betul2 kenal siapa dirinya.. pasti semua akan insafi hakikat diri mereka.
Bahawa perjalanan hidup yang berbeza bukan halangan untuk menjadikan kita insan yang lebih baik dan lebih bertanggungjawab.

Beliau nampak je GANAS dan GARANG... sikit2 tu memang lah ,kadang2 beliau di  level Gengster pun..hihi
tapi beliau tahu apa yang dilakukan. Kalau buat silap pun, beliau akui dan akan perbaiki.

Khamis lalu..
Aku minor OT.. ada 6 kes wei!!!!kul 1pm pling laju kot siap...
Banyak nyeee... tapi aku minta member aku cover.. Dr Ganesh! ahhaa baik je.
Tapi aku buat 1st case... macam tak ada harapan nak join MAJOR OT bos aku.. kes spine!! Kes TKR.. kes Ilizarov..

perghhh..
dah lah kes spine send to OT tanpa diberitahu.

KALAU dah rezeki, tak akan ke mana.
1. 6 pesakit minor OT... yang hadi 4. 1 done by me in 20 minit siap-excisoon biopsy.2 lagi Knee injection, 1 more patient, kitarang cancel operation in view of improving symptom. 2 lagi pesakit.. tak hadir.

jam 10.30am, kami ke Major OT. yes! harapan cerah!!

2. Kes Spine dah dipanggil sebenarnya, tapi tiada announcement di group HO-MO. So, aku tak akan tahu kes ni dihantar ke OT.. TAPI.. ada rep implant mesej aku.. dia jumpa bos Talib di pantry pukul 9.30am .. so, maksudnya, kes 1st dah habis(TKR case, 2nd case is spine 3rd is ilizarov.)

hmmm aku rasa bengang kenapa HO junior aku tak inform di group.
Alhamdulillah, aku diberitahu oleh rep implant tu secara indirectly..

3. Bila nak masuk kes spine. dah ada 2 MO incharge.. 2 specialist dan 1 consultant untuk buat ACDF ..cervical spine operation. hmmmm OK .. Dah penuh dah op field. Aku membantu position patient dan prepare marking kat neck.

Semuanya mengikut pengalaman yang aku belajar daripada big bos.. yeah!!
Aku yakin, dulu masa senior aku position... banyak yang diorang tak tahu buat pun, semuanya tunggu bos.. kali ni, big bos tinggalkan kami untuk position.. Beliau put his TRUST in us. Perghh terharu siut! ke aku yang perasan. Nasiblah.. yang penting... aku berjaya prepare patient..


so, aku yang dah pakai baju II ni... macam redha je tak dapat masuk..(muka mesti nampk cool tabah,dalam jiwa.... kecewa giler xdapaqt join)

tiba2 big bos masuk, dan aku pun... " ok bos.. dah marked level semua.. tinggal nak suture skin to green drep"

big bos " ok... xyah clip kain tu,suture je" ...Selepas beberapa langkah berjalan  melihat MO  dan specialist lain siap scrub.. He turned his face to me.. starring at me..

hmmmmmm... langkah terhenti dan jeling kat aku .. 5 secs. Bagi aku agak lama juga.

apa yang ko faham tetiba je bos ko jeling kat ko. tanpa sepatah kata.

" OK bos! Saya scrub sekarang!" jalan dengan terpinga-pinga. sebab aku rasa, aku perasan je kot yang bos nak aku scrub.. tapi... lantaklah.. ASSUMING big bos suruh aku scrub untuk kes beliau.

hahahaha...

Kalau dah rezeki tu ada, ia tetap akan ada untuk kita.

AKu dah berusaha untuk masuk kes hari ini... hmmmm aku try back up minor OT .. aku dah pastikan set implant settle dan payment settled. Cuma pesakit je aku tak sempat assess physical examination sebab sehari sebelum tu, aku habis OT dekat pukul 11pm... pesakit dah tidur...

hmmmm....paginya,, aku terlupa nak datang check pesakit sebab aku buat round ke ward lain .. dan terus ke minor OT sebab ada kes.

Alhamdulillah..
Aku bersyukur.. kerana aku tahu.. rupanya kehadiran aku di situ.. dihargai oleh orang yang izinkan saya scrub juga! SMART bos aku pakai baju scrub OT... sampai ke rumah!

perghh terharu giler lah jumpa hamba Allah yang memiliki jiwa humble macam ni.
dekat 30 tahun ni.. hanya beberapa je aku jumpa .... beliau paling lama aku temui.

Habis OT... dekat 8pm.. semua gerak balik..
Aku pun balik BP.. ngantukkk......

esok nak g melaka pula..jumaat..

Friday, December 23, 2016

December 11th, Balik Kampung Kluang

Alhamdulillah, aku masih dapat menulis.

Setelah sekian lama membeku idea dan rasa menulis.
Kerja dan keletihan.

Aku post oncall weekend 9 and 10th Dec.
Obviously penat.

Aku cabut awal lepas klinik ahad tu, kul 2.30pm, aku balik ke Batu Pahat sebab nak menziarahi Nenek kat Kluang! dan 6 bulan tak pergi menjenguk!! pergh!!

Ok.. aku keletihan sebenarnya... tapi sampai ke BP, adik kembar aku sambung drive ke Kluang..
Esok aku kerja.

Hmm ni pun aku pergi sebab kembar aku tanya, nak g ke tak kluang pukul 11am.. aku tengah tengok pesakit lagi.. last minute plan..

hmmm aku OK je... haha

Petang tak ada aktiviti apa, kes pun tak ada yang memerlukan khidmat aku.

Alhamdulillah... berjaya menemui nenek aku..hihih...
Nenek aku umur 90+, lupa2 sikit, tapi masih ingat cucu dia lagi..
Masa nak balik nenek pesan, " kirim salam kat mak mertua ea?"

perghhh... nenek dah pandai psychoo aku rupanya.. ahaha

Jumpa lagi nek! tahun depan lah..hihi

Monday, December 12, 2016

Sunday : 11 Dec oncall ....

Alhamdulillah.

Hari ni aku oncall.
Berdoa agar aku berjaya menjalani kerja dengan baik dan selamat.
Risau plak aku, sebab last week aku oncall 2 hari terus demam..

Hari ini hari OT full day..
Aku happi sebab big bos ada setelah sekian lama tak bersua.. hohoh..
Padahal seminggu lebih je..
haha... Dah 3 tahun aku kat sini, tapi aku rasa macam baru je bertemu bos aku.

Hari famili 4hb Nov lalu pun aku rasa macm dah lam berlalu, walhal baru je sebulan..
Ia hari yang aku rasa sangat best dalam 2016. Something yang aku rasa deep meaning...unexplainable.
Moment yang best.

Walaupun.. pada masa sama, ada insan just spit me out..enjoy her holiday with her frens.. hmmm..

Aku hanya nak berbual dengan bos pasal tangan kanan aku ... hmmm
Bos gelakkan aku plak sebab aku pakai splint.. hampeh tul.

Bos ingat aku light duty tak buat op,

Aku start bekerja day 15 post trauma, selepas off my cast..
ILN, plating.. k wire... nerve vessel repair?? semua dah buat....

Aku bagi tau bos that i started my jobs as usual.. ok lah.teruk.. Supination hanya 0-15degree je ni... ni pun agressive physio!

Aku akan terus berusaha dapat full ROM!
Aku tak akan give up!

Saturday, December 10, 2016

Dressing

hmmm mesti pelik... AKu selalu ambil dressing set ni kat ward... Staff nak guna...bukan jual pun.. .

hmmmm.. Benda ni yang buat aku lewat sampai ke tempat kerja 2 minggu ni.. haha..
Alhamdulillah, makin sembuh ..

hmmm.. Dah dekat sebulan ia berlalu.

Pengalaman kena Bius Penuh??

Perghhh....
Nanti aku cerita lah... dan apa berlaku selepas  operation..

Sadis..buat diri aku yang ambil risiko to be alone...
No regret..
I am survival! kah3... tapi manja giler lepas beberapa hari tu.. hahaha

Friday, December 9, 2016

Hujung minggu!

Alhamdulillah.. hujung minggu telah muncul lagi..

Target nak study satu topik... tapi target tak tercapai lagi.. adesh ,
Kerja pun dah kepenatan, balik je siap2 nak pergi masjid... pastu dinner.. dan terus lemau.. ngantuk..

Badan masih tak sekuat biasanya.. Masih demam sebab batuk dan selsema.
Tapi improving dah.

Rabu dan khamis lalu adalah hari OT.
Rabu tu, hari OT full... Kami round dulu...
Lepas round aku terus ke CAFE beli makanan sebab lapar..
Lepas beli aku ke bilik MO, aku letak makanan atas lantai carpet... dan terus baring tidur..
Kpala rasa berat.. lama aku tidur.. 12pm till 1pm.. perghh.. Maksudnya, tidur lagi penting dari makan.

Lepas settle lunch, aku ke OT. Tengok member buat op dengan bosses

Banyak gossip berlaku.. hmmmmm
As expected...

hmmm.. menanti besfren kami pulang dengan semangat.. hihih..
Janji aku pada beliau, aku akan pastikan MO semua dalam keadaan baik tiada masalah.

hmmm..
Aku join juga ILN femur..

esoknya khamis, aku join OT from 8am till 8pm..
NO claim!! Nothing even UPAH.... Ko tak dapat apa wei... Korang nak join x?
Ko dah power dah kes biasa je pun..

tapi yang incharge OT tu junior ko..
Aku JOIN kerana apa?
EVEN aku tak sure .. BADAN aku sendiri yang akan pergi ke OT melihat junior aku buat op... kalau rasa pelik, aku tegur... kalau tak sure, aku tolong...


Badan aku masih tak sedap lagi.... Selsema dan batuk masih ada tersisa.
Hari ni, memang aku ingat plan nak balik awal 3.30pm. Khamis.. Johor balik awal.

Tapi, nak tinggalkan junior buat kes bersendiri, adesh.... ada juga senior sikit dari mereka, tapi... aku risau kalau sangkut juga.

Actualli, kes LAST was INTERLOCKING NAIL of Femur.

Tangan kanan aku masih injured.. just 4 week post trauma..

Nak twist tangan tak boleh...
Hahaha... So, aku hanya boleh buat benda yang tak memerlukan kekuatan tangan kanan..

Serius... jauh beza kekuatan aku menggunakan tangan kiri...dengan bahu masih sprain lagi.

Jam 810pm, aku keluar OT... pakai brace tangan kanan..
Drive balik rumah.. dengan tangan aku sakit...

Pagi jumaat dengan hujan renyai ni.. masih sakit lagi..hahaha

plan nak g MAHA.. JOM!

Tuesday, December 6, 2016

Dec 4th till 6th Punye Citer


Alhamdulillah..

Sebenarnya ,aku balik Segamat 4th Dec tu .. pepagi buta.. 
Dressing aku je dekat 40 minit sebab buat sendiri dan struggle.. ahah
 So, aku gerak 6.30am.. sampai segamat 750am.. tapi melepak kat rumah sewa.. sampai hospital 8.07am.. hihihi.. Kantoi lewat.


Hari ini klinik..
Sempoi je.. Jam 1pm. settled semua kes..
tapi ada orang kata kami lembab????

big bos  "😎👍" ni je respon ... 

aku balas " aah,.slow ..sebab tangan cedera.. "
hmmm.. Xpaham aku... 1 jam je aku dengan member aku boleh tengok kes dekat 20 pesakit... diorang turun.. kes slow.. mana aku tau.. 

turun peak hour.. memang r.

Sebusy mana klinik..ada sorang Dr ni .. rilax je... " kuih2.. kuih.. banyak ni" tu je yang beliau cakap..
Disebabkan ketenangan beliau.. aku turut be cool dan behave. RESPECT.

Actualli... 
Hari ni juga, aku tercedera balik right wrist.. because 1 person yang ngok ngek.. main2 gurau.. so, spontaneous reflex aku menyebabkan tangan aku supinate.. IT's painful giler gaban!


Day 2 of work.. Dec 5th..
Hmmm Clinic Day and Semi-E op..

Aku tolong assist member aku buat kes..
tapi aku cakap.. something wrong happen .. NOF but not as u think.

nevermind... JUST DO IT!

member aku masukkan screw cantik dengan reduction yang cantik... tapi something happened.. 
aku d/w bos.. but he ordered something.. I did it well.. but.. they came and saw the xray and said.. " remove all of them.. "

we are so damn "krik3...krik3" 
... "OK bos.. we remove all of them"

Aku unscrub and blah!!! cewwah.. aku kluar oT sebab tak solat lagi..

So, diornag pun buat keje... 
hasilnya... STILL SAMA macam MO buat..
Ok.. Kami won!!

As i said! aku akan teruskan battle walaupun aku MO je.. Persaingan sihat!


Day 3..

Klinik Day... 
enjoy je...

Aku balik BP.. cari battery hanset member aku.. Alhamdulillah jumpa... boleh dia guna masa balik kelantan.

hmmm Minggu ni.. hambar.. hahaha bukan apa..
2 orang penting kat segamat tak ada.. Sorang bercuti... dan seorang lagi g meeting .. Tak best...
At least, ada mereka.. aku semangat! aura depa. hahaah..

Apapun berlaku.. tangan aku masih sangkut!!! Stresss.. 
op site still..... hmmmm...

Tuhanku.. Aku tiada apa untuk aku banggakan.. hanya kudrat yang ini aku pinjam dariMu.
Kau jagalah aku untuk berada dibawah naunganMU...
agar aku terus istiqamah menjaga saudaraku jua.

Saturday, December 3, 2016

MAHA 2016

Alhamdulillah..

Masih semangat aku.. masih bernyawa.
Jumaat 2 December 2016.
Adik aku geng trio aku.. ajak g MAHA.. layan je...Kami bertiga batuk2 dan demam sikit..

Jam 9am.. gerak.. 12pm sampai..
Best...tapi badan je tak berapa best
Bahu kiri sakit, tangan kanan sakit.. tekak sakit+batuk dan back muscle sakit2 sikit..
hmmm kaki je OK lagi .. Alhamdulillah.. Boleh jalan..


AKU,FORD and CAP.... Standard r... 


mesin ni, untuk suami yang bininya malas memasak atau jomblo happi yang suka masak banyak.... kot..
Kitarang naik bas dari satu stesen ke next and next.. Pedih tapak kaki wei kalaau berjalan kaki..
Ni tulang Dugong..
Dulu, kalau aku tak jadi Dr, aku jadi zoologist kot.. mengkaji haiwan2.. sebab aku ni kan introvert.. kawan ngan binatang je..
tapi bila aku jadi dr, betul..xramai kawan.. ramai NATE! hahaha gurau...
RESPECT ur fren.
Introvert vs extrovert ..nothing to be proud.. JUST be cool. and be yourself.. optimize ur ability and talent!
Ni dia map MAHA.. besau..
Adik aku...bag coklat..
ni aku xsetuju.... warnakan ayam..hmmm
trio
abang sado!


Kami pulang jam 4pm...
Alhamdulillah.. sampai rumah dekat 10pm..sebab melepak kedai makan..

Sempat  beli pokok :
-kundang (rm 45)
-Delima (rm 20)
-Sukun (rm20)
-Lemon (Rm 15)

harga yang aku rasa betullah tu.. pandai2 adjust lah .. aku ni.. malas nk tawar menawar... sebab aku tau.. diorang nak untuk juga...

Memang aku beli untuk aku jaga...

Aku selalu je monolog dalaman..

" JIKA UKHWAH tu terbina kukuh... sejauh mana dicampak.. setebal mana dinding menghalang.. sedalam mana terbenam.. kita tetap akan ada bersua. Ikhlas ukhwah kerana TUHAN tidak mampu dipisah oleh sesiapa melainkan DIA. Doa aku buatmu dan diriku moga kekal utuh berada pada paksi kebenaran TUHAN."

Photo : Imbasan


Ni hadiah relative kat aku kerana tolong assist TKR mak dia.. hoho.. diarang ingat aku umur 40 tahun... -_-'' adesh.... Aku OK je.. at least aku nampak machooo...
nov 24
Jomblo happi..


Feveret place!
Hidup mati aku... Ortho!
Aku nak jadi macam besfren aku kat segamat! kih3.. my big bos! superb!

Sekilas Perjalanan Minggu 1 Naik Kerja


Nov 28,
Aku naik kerja... OFF cast pagi ni.. Ingat nak jumpa bos kat klinik, tapi... aku jumpa kat ICU masa mereka round..

Tangan kanan kena rest for another 6 weeks... put on Themoplastic splint.

hmmmm... light duty kot!

Sebenarnya, hari ini akuy oncall OT, tapi aku minta member aku Khalis tolong back up.
hmmmm....

Tangan kanan aku masih sakit...tak boleh supinate.. nak tadah tangan tak boleh.. Tapi selesa lah sebab dah buka cast.

Nov 29.
Hari ini adalah kesinambungan oncall semalam..
Aku oncall bersama member aku tadi..

Biasalah, kalau aku oncall OT, kes memang melambak banyak dan complicated sikit cuma hari tu tak seteruk crush injury apa.. OK lah.. Boleh Survive.

Nov 30
Hari ini elektif OT.. ada 3 case.
Pagi ni.. aku dah start demam.. badan panas.. kepala pening.. Sebab tak cukup rest kot.
Tangan kanan masih sakit... bahu kiri sprain... dan post operative care lagi..adesh!!

Serius I was weaker in this few days.

pukul 4pm.. aku tidur kejap..sampai pukul 6.50pm.. asar aku dah nak habis.. Kepala pening lagi.. badan dah start shivering.. chills and rigor.
Ambil air sembahyang pastu lagi kuat menggigil..
Masa ni.. INSAF sangat...


Dah ambil panadol pun tak jalan.. Suara dan serak habis dan almost suara gone.
tapi malam ni.. dah janji nak lepak makan ikan patin ngan member..hahah
Buat2 muka sihat dan boleh jalan dengan dengan gagah.

Hmmmm... Lepas lepak.. balik rumah.. tak sempat nak basuh muka...mandi tak yah cakap.
Terbaring atas katil sampai ke pagi... panadol malam pun tak makan..
Sebab terlalu sejuk panas dan in pain..

fuhhh... xcukup rest kot.




Dec1.
Bangun pagi..demam dan kebah... Alhamdulillah..
Boleh mulakan round pagi dengan baik kot.. berpeluh2 masa round... walaupun tak panas.

lepas tu masuk OT join kes...

OK... apa je aku boleh buat.. assisting je..

Esok jumaat.. nak pergi MAHA... Serdang.Kena kuat!

Balik rumah dekat kul 7pm, terus balik BP.. sebab malam ni.. ada plan nak jumpa member..
Member sekolah.. member rapat juga..

hmmmm Tangan aku sakit.. pun boleh je buat kerja macam biasa... Ko? tangan tak sakit masih buat alasan... ??

hahaha gurau.
terima kasih member aku yang membantu tu.. DR Khalis. memang bagus membantu ketika aku tengah sakit...

Maybe ada yang assume aku malingering kot..
Sebab tu.. aku masih datang kerja.. buat kerja macam biasa..
repair nerve..vessels.. muscle.. tendon.. and whatsoever yang aku boleh buat...
demam ke x... aku tetap hadir..

i am strong man!!

pffff..... wanna be like him.. poyo spine surgeon.. kih2..