Wednesday, April 27, 2016

Minggu kena bantai ngan bos T

Alhamdulillah...

selesai program ke Taka Melur, kami bekerj aseperti biasa.

Alhamdulillah.. aku masih ada sahabat sahabat yang baik ... ada yang cool dan bagus.
AKu harap yang ada terus ada sehingga ke akhirnya.

Minggu ni, aku kena bantai ngan bos aku sebab malas nak apply master... malas  nak bercampur... bersosial..ahahha

Bos tegur aku yang suka sorokkan diri dari dunia realiti...

Manja kot..

Aku respect dengan bos, bos pandai menjaga hati aku bila nak tegur, dia cover..ahahah

tu je kot nak rekod,


Hari ni, 27 hb.. rabu.. 5 out of 6 cases OT aku hari ni settled dengan pantas at 630pm...
best dapat buat OT dengan lajunya.. ahah dan effective.. seronok.

tapi aku agak kejam.. bila terlalu mendominasi..

Saturday, April 23, 2016

Taka Melur 22 April 2016 : Geng- geng Basikal



Alhamdulillah.
Semalam berjaya merealisasikan program tak formal kami berbasikal ke Taka Melur.  
Jarak dari Hospital Ke Taka Melor about 40 km, tapi kami plan untuk halfway cycling ke Taka Melur je, Mulanya nak start dari Masjid Tenang, tapi kami ubah lagi dekat ke First Check point kami, simpang 3 Labis. 18km sahaja ke Taka Melor.

geng2 bus sekolah.. ahahah... semangat giler diorang join. 

Dekat je dengar, tapi mengikut pengalaman 5 bulan lalu, laluannya berbukit dan meletihkan.
Kami pergi ke sana  6 orang semuanya dan kereta sebuah yang dipandu wife member aku bersama anaknya sebagai marshall.. 

Kami start jam 4pm. 
3 orang antara kami adalah post call MO. yang sangat meletihkan.. aku pun habis kes 3am.. balik pagi jumaat semalam, terus tumbang.. balik drive ke rumah kepala dah pening..ahhahaha 2 hari oncall yang amat...meletihkan. Tapi alhamdulillah..

Kami bersama 5 buah kereta..
parking.
Secara teorinya, kami akan balik lewat malam...hahaah

Perjalanan mengambil masa satu jam setengah juga.
Cantik.


Inilah projek bulan April yang aku idamkan...ahahah

Next projek ke Ledang pula....INshaAllah.

sampai dah... capik landing bersama dell..
baby rayyan pun ada....
Kami solat asar di atas tar parking sebab kawasan yang free dan selesa.
Semua terjun ke air terjun tu, balik dengan baju basah kuyup.. nasiblah..
Aku ada bawa baju, tapi disebabkan semua basah,aku pun tak tukar. 
Setiakawan.

hmmmmm.....
Balik, makan sup kambing.. tapi kedai tu tak lah sesedap yang diceritakan.. 

Balik rumah, settlekan jadual HO, dah dekat kul 11pm..
sembang di wasap sampai kul 1am..ahahha pastu collapse!!! 







Geng budak sekolah.... macho man. hahah

Risau gak ada lepto.. tapi berenang dulu ke tepian, bersenang kemudian.. ahahah




Saturday, April 9, 2016

5th April : Lepak Masjid Zohor.. AO Basic Trauma berlepaslah


Tak ada nak tulis, cuma saja ambil gambar kasut ,selipar kat masjid..
Solat di Masjid tika Zohor.
Hmmmm... Sahabat ia datang dan pergi..
Sahabt itu kurniaan dari Ilahi...hmmmmm



Actually..

Aku yang awalnya tak terpilih menyertai AO basic Trauma Course yang yurannya Rm1k.. tiba2 mendapat email mengatakan aku berjaya dapat join... INI merupakan kesan 'push' by someone in my deprtment ...yang aku tak setuju.

Kalau tak terpilih.. sudah lah, jangan paksa orang lain menerima.
4 orang terpilih..
Aku rasa ia keterlaluan ramai sampai 4 orang, WHY?
Sedangkan arahan big boss tidak pernah mengizinkan 4 orang.

Aku kantoikan di wassap group untuk pengetahuan semua yang kami terpilih.
Rupanya, big boss tak maklum lagi.
" ONLY 2 Mo are  allowable."

Aku decide not to go!
Biar hilang rm 1k daripada aku menyakiti hati big bos aku yang banyak mengajar aku.
Aku menghormati beliau.. walaupun aku bukan Mo yang bagus bagi dia, but i am ok to be one of his MO yang patuh pada arhan.. InshaAllah.

Yeah... Hari pertama AO course, bos lain terkejut aku ada.. tapi mereka buat2 je kot, sebab aku punya kes ni dah lama tau.
Hari kedua,CME yang menarik..... walopun Ho present tak berapa best sebb tak tunjuk pada Mo presentation..

3rd AO day ..aku kena 2nd call
esoknya elective. ..

2nd April Putrajaya Bridge Night Ride

Alhamdulillah...
Aku datang dari BP ke Segamat pagi ini, semata-mata nak ek Putrajaya.. bersama member dari Kemelah.. Segamat.

Bertolak dari sini around 11.30am, sampai kat Putrajaya dalam 1.15pm.. ALhamulillah..
Menginap Hotel DI Tune Hotel, Rm100overnight.. Best!
Sampai je... berehat di katil empok terus tidur..30 minit je..
Sembang punya sembang... sudah pukul 6pm, mandi dan bersiap ke Dataran Istana Kehakiman,Putrajaya...


ambil gambar akak2.. ahahah kaunter pendaftaran dan goodies.. hohoh
Geng2 beskal..
2Mo 2 Ho..
Masa ni, kami kekurangan orang esp pempuan, sorang je.. dah lah post call... lastly, aku ambil keputusna untuk meminta pertolongan 1 ho aku.. Nasiblah...

Hidup mesti cekap!
Just Do It!
Muka skema memang susah nak tutup...ahahahah
Pergh..masjid besi!!



Dari Hotel!


Kami berbasikal dari jam 9pm sampai 10.30pm.. cycle slow je.. ahahah
Best!

Balik hotel... collapse!!!! hahaha esok pagi lepas subuh.. lepak2.. kul 8am lebih baru drive balik Segamat.

Alhamdulillah..
Seronok 'short vacation ' dengan geng beskal!

8TH April 2016




Alhamdulillah...
Sudah genap angka umur tahun 2016,
Sehari sebelum ni, habis kerja, ada orang bagi bungkusan kuih tart mahari, ooo hadiah birthday rupanya. Thank+++

Alhamdulillah...

Diari awal April:

2nd April: Putrajaya Bridge Night Ride

3rd April : Cuti balik dari Berbasikal 

4th April : Settlekan hal2 rumah last!

5th April : So exhausted, till i slept in oncall Mo room from 9pm till 6.30am.. ahahah initially, planned to do pre op assesment...becoz i have plan to join OT tomorrow.. but...somethg happen on the next day..

6th April : Kena ganti oncall! Hahah 2nd call.. hmmmmm Adesh, plan nak balik kampung, but, cancelled...

7th April : Elective OT too kena ganti...aisey.. tak apa, extra money!!!
ahahah



8th April, hari lahir aku.... bersama kembar aku... ok lah... ahahha
Jumaat, aku buat nota je.....

Petang lepas Zohor, aku kembali ke Segamat... 
member sekerja... berdebu lautan tanah....hoho
Janji dengan member untuk berbasikal 530pm. Member yang baru berjinak berbasikal... Aku sengaja sempoi datang ke segamat untuk teman dia berbasikal, kami bertiga meredah jalan2 offroad yang simple. ALhamdulillah..


Aku tak rasa, ada orang mampu buat apa yang aku buat, datang ke segamat dari Batu Pahat semata-mata untuk berbasikal saja dengan orang yang baru berjinak-jinak .. mesti tak ada thrill... tapi aku datang juga... ahahah... Sebab setiap keputusan aku ambil, aku dah fikirkan banyak benda.... lagipun, ada kisah, malaikat bertanya pada pemuda yang bermusafir ke suatu tempat jauh untuk bertemu rakannya saja.. tiada tujuan besar, sekadar mahu bertemu sahabat dia. Malaikat tersebut kagum dan mendoakan perjalanannya.. yang ikhlas menemui sahabatnya......

hahaha...  ni ha budak yang baru berjinak dengan beskal..ahaha junior aku...
Semangat dia berbasikal ni amat pelik.....aku layankan je ..


Apalah kebaikan yang aku dah buat... hanya sekecil pengorbanan je..


Usai berbasikal dlam pukul 730pm, kami ke masjid, solat berjamaah...
Selepas tu, makan ikan patin tempoyak di Myra Ariana... restodan makan yang best!
Sedap.

Member belanja makan...sebab birthday..haha

Balik ke BP,dalam kul 10.30pm, aku sampai di BP, ada jamuan di kampung rupanya..oook.


Ni kek yang ayah aku belikan.. sama je dengan tahun lepas... ahahah layan je.
Terima kasih atas peringatan pada kami...
Murah mahal..sedap atau tidak.. No problem,, yang penting usaha ikhlas,..Tuhan yang balas....

Ni juga merupakan hadiah dari kenalan blog/fb yang selalu menghantar tak henti.. tak pernah jumpa... tapi tetap memberi. Terima kasih.

Aku tak mampu nak bayar apa2 atas pemberian...