Sunday, February 21, 2016

Day 3 : 20hb februari 2016


Awal pagi, kami keluar check out.

Breakfast dan turun ke Lavendar Farm untuk beli barang2 : strawberi dan cenderhati.

Sempat singgah di Kea Farm... Pasar... Kat situ, aku beli pokok pudina.. ahahah.. Entah, aku minat pokok, rasa macam nak beli banyak pokok, tapi.... takut tak terjaga,,, :P

Plan nak singgah BOH tea Farm... tapi... tersesat,.

Kami kluar simpang Pulai dalam 12.30pm.. sempat melencong ke Kellie's Castle.
Tempat misteri yang aku tak pernah terfikir untuk melawatnya..

Bangunan usang dah penuh sejarah ini sangat gah di atas bukit.....
Binaan sungguh macam istana.. Rekaan ala-ala arabic atau india sikit disebabkan arkiteknya dari India juga..

Rekaan dalaman yang sungguh licik dengan lorong2 rahsia dan terowong. Siap ada binaan untuk lift hydrolik lagi..

Semua ini tak dapat direalisasikan kerana William Kellies Smith passed away due to complication of Pneumonia.. Lung Infection di Portugal...

Bangunan yang indah itu belum siap pun, terbengkalai kerana banyak faktor. Gossip mengatakan itu ini,, sejak dulu, orang tua2 kita dah pandai buat gossip tapi hari ini dikormesialkan jadi program Melodi.. Buzz.. bagai.. ahahah...

tetiba melaghooo...

Apapun, bangunan tu smart! Seharusnya, rakyat malaysia mencontohi rekaan bangunan tersebut untuk rekaan bangunan di bandar atau program pembanguanan.. baru nampak gempak!

Yeah! jam 9pm, sampai rumah.. sebab melepak makan di sabaq awor lu..hiihi...

Day 2 at Cameron Highland.


Yeah.. Subhanallah..
Sejuk air paip...ahahah...sebab heater tak berfungsi!!!! eh... dah betulkan malam tadi..
hahaha...

830am.. breakfast dulu.

9am.. kami menuju ke destinasi paling bawah sekali iaitu Lavender Farm..
Selepas itu, kami akan naik ke atas pula sampai ke hotel homestay kami.

Lavendar Farm:
RM 8 seorang, kanak2 Rm5.

Kat sini je aku rasa, ko boleh menikmati CH as 60%.. sebab taman bunga dah ada....Lavendar Farm...

Atas sekali, ada strawberry Farm..pick by your own. Freshy.. Rm 10 for 200mg.
PUAS HATI memilih..

TIPS :
- pilihlah buah masak ranum kalau nak makan terus.
-pilih buah yang hampir masak penuh, kalau nak simpan bawa balik.
- potong buah sampai tak ada tangkai sebab nak kurangkan berat...hihi trick.
- petik buah jangan besar2 sangat, kang nanti ada yang tak merasa pula.
- kalau nak beli buah strawberi yang dijual di CH, better... makan terus, tak payah nak simpan bagai. Kalau nak bawa balik, beli je strawberri kat TESCO, The Store.. tahan... Strawberi kat CH, ni kalau simpan lama, akan rosak.. JANGAN nak kata ...strawberri CH ni cair  bila bawa balik ke tanah rata... Kat homestay aku tu,semalam beli, pagi ni tengok, dah start tumbuh kulat.. ahaha tengokj pun scary.. moralnya..... Buah yang terlalu ranum tu, senang busuk bila sampai waktunya...hihi


Menikmati keindahan bunga lavendar, kekwa.... dan memetik buah strawberry.. Best!


Selepas itu, kami ke taman Bee Farm... nothing much ada kat sini... ada lah 'kotak2 lebah" boleh lah.... macam nak tak nak je jaga... "

Butterfly Farm... Ok, Best. Terjaga.
Cuma rama2  je banyak mati mungkin dah ajalnya... ahaha... banyak binatang di situ... Nampak terjaga...
Kumbang, kala jengking.. cicak... kura2.. ayam belanda pun ada.. :P


Then.... Solat Jumaat!! Kat masjid atas bukit! Best!

Menarik masjid ini.. kerana.. TIADA KIPAS tiada aircond. Hanya tingkap untuk ventilate udara luar ke dalam.. Sejuk..

Usai solat Jumaat.. rehat sebentar di rumah..

4pm, bergerak ke ladang Teh!

Bharat Tea Farm.
Best!

Indah pemandangannya....
bukit bukau yang penuh dengan ladang teh...

Sempat menikmati Masala tea. Apa tu? Teh yang rasa kayu manis rempah tu.. ahahaha.. bergelora dalam perut lepas minum.. tapi ok je.

Sebelum tu, sempat mendaki naik ke atas bukit puncak teah hill. Hihi ambil feel.

sampai 7pm, balik!!!
Sempat singgah di Brinchang Pasar Malam.. Hmmmm jualan sama je..

Buahan strawberri wajib ada..sayuran.. jagung, ubi...
baju dan cendermata.
Makanan fast food dan seangkatan dengan makan jualan pasar malam...

Dinner dalam bilik je...

18 -21 Februari 2016

Alhamdulillah...

Bersyukur aku diizinkan ilahi menikmati cuti untuk bermusafir di bumiNya yang indah.. merasai kelainan di tempat Tinggi Cameron Highland.

18 hb Februari 2016

Bangun awal pagi, berkemas.... kereta? Tak basuh sejak sebulan... Sempat lagi pergi kedai basuh .. Car wash is near to my house.. about 5 minutes. Ok lah.
Washed in and out.. Total Rm25. hmmmm

11.30am, set off from Batu Pahat to Cameron Highland. Guna Pagoh highway ...

Banyak jalan menuju ke CH. Ada yang guna Tapah... ada juga guna Simpang Pulai. Kami memilih jalan SImpang Pulai sebab katanya, jalan sini cantik dan kurang mengerikan.. Teringat dulu, jalan ke CH tu ,jalan kecil dan tepi gaung... Hoho scary....
Masa tu umur aku 18 tahun... sekarang?? Bertahun sungguh meninggalkan memori itu.

Masa itu aku terpilih ke CH.. hahah ALhamdulillah.. memang 'hadiah ' dari Tuhan... Gembira.
Sebab tak terlintas aku boleh terpilih ke CH. Siapa je aku masa tu.. budak introvert yang pendiam tak ada apa kelebihan...

Pergi ke CH untuk melihat hidupan di atas bukit memandangkan subject biologi berkenaan tumbuhan.. Best!!!

Alhamdulillah.

Dalam jam 6pm, sampai di kaki bukit , CH.. buka tingkap sikit.. " wah!! udara sejuk dah terasa." ahahah jakun giler..


Sampai lagi ke atas, kami buka tingkap, dan matikan aircond.. haha... Sejuk sudah.



Check in di Cameron Inn, Tanah Rata : 3 hari 2 malam payment was RM 360. Weekend charged is higher.
Homestay style.. Ok lah... BUt no really satisfy with some of the facilities,esp heater and wifi... towel pun,not well prepared... apapun, i am ok.. comfortable inside.


Malam 18hb tu, kami makan dinner di luar.. jalan-jalan di sekitar bandar Tanah Rata. Suasana hampir pudar dalam jam 9pm... Cuma ada sebaris kedai makan dan kedai kraf yang masih buka sampai lewat malam, di situ banyak kelibat mat saleh.. hihih...

Selepas kepenatan.... berjalan, kami balik ke rumah.. dan tidur untuk esok pula!

Thursday, February 18, 2016

17 February Rabu... Cuti yang Di'Kerja'kan

alhamdulillah,,,

Alhamdulillah , aku memiliki boss yang ada jiwa-jiwa kemanusian yang sangat baik, jiwa teammate, jiwa kekeluargaan.. hahaha

aku plan bercuti untuk ke Cameron Highland 18 hingga 20hb.... tapi aku mohon cuti 17 hb hingga 21.
Tapi terlewat apply.... 5 hari dari tarikh cuti.... aku apply guna e-hermis cuti... tapi bos tak respon... jadi aku isi form... tu pun aku dengar, staff nurse yang jaga borang... " awak minta cuti 17 hb ea? bos belum sign lagi..."

" hahaha ye ke? kenapa ea?"  aku pun tak tau kenapa boss tak beri aku cuti ek?
Kalau ikutkan statistik MO2 ortho yang kerja di department aku... nak cuti macam ikut sukati je.....itu yang aku terasa lah...


hmmmm.... OK .. rabu dan khamis tu sebenarnya hari full Operation day.. ada kes big bos. Kes spine.

Aku ternyata keletihan 17hb tu,semalam..
Awal pagi menghantar kawan aku ke Chaah untuk bekerja di KK, sebab semalamnya aku bawa dia ke segamat untuk berbasikal. Budak yang sampai ke Turki tapi nak ke Chaah kena berhantar.. ahaha Lesen kete tak ada... adesh....

8am.. sampai dihospital.......Buat kes pertama, Right Hip Thompson Hemiathroplasty. Alhamdulillah.. bos banyak mengajar... terharu.

InshaAllah... aku boleh tangkap dengan cepat.. Aku kan ank buah big boss yang power.. kah3...

" Poyo, kerek dan berlagak" hahahah itu motto nye...

Aku datang di Operation theatre... dah siap prepare patient, aku mesej boss.. Tapi bos macam buat dontknow je yang aku minta cuti semalam... ahahaha

Kes pertama settle , bos tak sebut pun pasal aku minta cuti.. OK..

Next case, Spine TLIF.... 2 level...
Aku OK je... 3 jam kes... Orang lain mungkin terasa lama.. tapi bagi aku... OK je dah... sebab seronok dapat buat!!! ahahah

Bos T memang best!
habis kes, aku collapse ..actually.. masa buat kes tu.. otak aku pening... sampai ada staff nurse kata aku menahan marah bila staff nurse salah ambil.,.... hahaha seriusly.. aku tak ada marah sesiapa melainkan HO aku tu je.. sebab dia termenung.. Itu je...

hahaha... sebab aku tau.. susah kes spine.....

Hmmmm... even MO pun belum tentu dapat assist dengan baik.....


Aku balik BP pukul 930pm sampai.. AKu mesej boss T.. " boss , saya minta izin cuti...."

" Harap bos T tak marah aku... aku need rest... hmmmm maaf...."

Sebab aku dah terasa aku menghalang Mo lain belajar kes spine dan kes big boss sebab mendominasi semua kes OT"

hari ni, aku ambil keputusan untuk rest dan cuti.. mengharap, ketiadaan aku, mereka boleh belajar dengan boss.Dan boss seronok bersama mereka juga... asyik aku je menyibuk....bosan juga tengok kan... tapi aku tak pernah bosan membantu bos T. ahahah Seronok!

Kalau bos T ada.... aku rasa semangat nak buat op.. sebab nanti dia psychoo suruh buat Operation  " lagi 30 minit kalau tak siap... tak tahulah!!" ahahah ok semua gelabah...

Beliau mengajar untuk buat op dengan cekap!

JOm bercuti!!
Selamat berOP bos!!

Saturday, February 6, 2016

Awal februari...

Riadah di Sungai Chodan...

Alhamdulillah.. terima kasih pada member aku yang boleh faham perangai giler aku...
Dia kirimkan gambar...
Aku rasa dia tau, aku memang suka gambar pemandangan.. pukul 3am, dia balas mesej..
Masa ni , aku tersedar dari lena sebab tak boleh tidur..semput dada.. dah 3 hari macam tu.. adesh... terasa sesak dada...
Layan mesej dia ..excited dia.. ahaha
Yang penting selamat kat negeri orang.. risau juga bila seharian dia senyap bila kitarang usik dalam group.. dia senyap....ahaha

Tu dia.... aku pun tak tau tempat apa... nampak cantik.. Dia pun dah pandai snap gambo.. ahaha...
Tu dia.. last thumb print kat Hospital Segamat.
Seronok dia meninggalkan hospital..
Itu yang dia idamkan selama 8 bulan..
Apa yang dia stress telah berjaya dikurangkan...

Harap dia OK....
Kami semua sedia membantu....  UKHWAH SELAMANYA...

Kambing yang 'hilang'

Add caption
kambing ini sudah tiada lagi nyawanya.. sedih juga akan kehilangan binatang peliharaan.. hmmm Atas kecuaian aku juga tidak memastikan binatang ini dalam keadaan baik.. hmmmm....

Ia mati selepas hari ke-3 melahirkan anaknya... uri tak habis keluar katanya.. AKu pun tak pasti sebab aku kerja dan oncall .. Tak dapat aku balik menjaga .. hmmmm

Dah lah deal dengan manusia yang tak mampu mewaraskan minda dan kematangan senioriti dalam hidupnya... biarlah ia berlalu..

Ada masa... kebijaksanaan itu dedifinisikan sebagai  biarkan masalah punah hancur meledak ke puncak , sebelum kita mengatur langkah menyelesaikannya demi menjimat masa dan tenaga dengan strategi yang bijak dan hebat.

Explore Felda Medoi : Just Do it

Alhamdulillah.. 
Di hujung bulan Januari, kami sempat melakukan aktiviti berbasikal bersama team tak rasmi.
MengEXPLORE jalan offroad.
Kami yang amatur dan tak tau apa2 saja meredah jalan mencuba rasa kekuatan dan  mengambil Feel cycling..

Memang best.

Petang itu 630pm, baru kami gerak secara rasminya dari rumah member aku tu, terlewat sebab tayar pancit.

Jalan trek baru yang aku tak pernah lalui..
Risau juga sebab dah lewat petang...

Sepanjang perjalanan yang berbukit, kami daki dengan sabar....
Alhamdulillah...
Yang paling best, aku dengan member aku yang aku bengang tu pun dah OK. ahaha.
Maklumlah, aku ni gangster sikit, kalau dah tengah marah memang berlarutan...Itu yang tak best.
Pengalaman yang menarik ketika ini.
1. Beberapa kali bertembung anjing ketika mendaki bukit... adesh.. bayangkan ko yang tengah struggle cycling climb up... tetiba ada anjing kat atas.. haiyoooo...
tapi anjing tu, melarikan diri sebab takut dengan kami kot.

2. Jalan keluar masih tak sure... tawakal kami bertiga.. berpatah balik, tidak mungkin kerana jalan semakin jauh dan berbukit tinggi..

Dalam perjalanan itu terjumpa beberapa orang indonesia yang sedang melakukan kerja. ENtah... Aku bertanya jalan keluar.. " terus aja.. nanti temui jambatan kecil, terus saja."
Kami terus sahaja dan melihat paip air sebagai penanda jalan keluar,

Terasa Allah membantu kami ... 740pm, masih dalam estate lagi.. Risau binatang buas...

Kami bertiga...

Expedisi kedua, seorang lagi bertambah.. nak mencuba jalan offroad katanya..
Nampak semput juga semua kali ini.. JUST Do IT.


Hahaha member 8 bulan di ortho yang aku selalu lepak.. 
Perangai pelik.. nak cakap orang pelik, aku pun sama juga..
hmmm.. 

Dia dah berpindah ke KK... hmmm dah tak ada member best kat ortho.. ahaha...
Bila diri ini seolah memegang bara.. maka... faham2 sahaja situasi aku.. PadaNya, aku berserah agar aku kuat dan mampu berjalan pantas!