Sunday, January 31, 2016

23 Hb January : Kawin Reza and Adel at PD

Aku ke PD hari ini dengan drive sendiri.... bertolak jam 830am.. mengantuk juga...ahaha
hmmmm sempat melepak di Pantai Port Dickson yang indah...


Jiwang sikit...


Member sekampung.. jadi teman borak.

Member aku kat segamat ...ubah plan last minit.. ahahah sebab konflik hari tu..ahahah siut tul.. rasa nak sekel je budak tu... :P
Ni cendol yang dikatakan best oleh member aku ni ...ahahah aku cari balik cendol tu...ahahah
Sama je..


tu dia pengantin..ahahah
dengan junior aku yang tengah ambil berkat..ahaha

Funride IOI Segamat 24 January


Alhamdulillah.. dapat menulis cerita lapuk ni..
Seingat aku... Masa ni aku drive dari BP ke Segamat.. pecut giler sebab dah terlewat.
Cuti Thaipusam, kami manfaatkan dengan berbasikal... Bagus betul kan..

member aku yang tengah ni, aku yang tengah berkonflik dengan dia pun dah berbaik sebab aktiviti berbasikal ni.
Rasa kejam giler bila member lepak sama,aku buat bodo hampir 2 minggu.. bila aku tengah bengang... memang EVIL lah jadinya...  Bos ke.. siapa ke.. YB ke... lantak r... memang aku tak pandang pun... Memang dahsyat kot aku punya keganasan.. ahaha
Gangster.

Alhamdulillah..
Yang keruh kini jernih kembali. ahahah

Fun ride ni about 7km.. tak berpeluh langsung..

jadi kami petang itu, berbasikal lagi ke jalan2 yang lagi mencabar... Alhamdulillah..

Ni member cycling kitarang kat Segamat..
Rakan gossip... ahahah

Saturday, January 16, 2016

15 January 2016 : JUmaat

Panadol 2 biji ... MO anaesth bagi masa aku tengah baring kat kerusi sofa OT sebab menunggu kes caeser habis. Pening dah nak habis cuma sakit belakang plak...

Oncall 12 hb lalu..hihihi



Alhamdulillah... 15 hb pagi ini aku sempat balik ke BP setelah kepeanatan semalam.
Hujan lebat Jumaat petang ini.
Aku dan kembar aku plan nak cari anak kambing biri2
Area Sungai Sarang Buaya...

Ini rumput makanan kambing.. hmmm dalam otak aku ni macam macam fikir projek nak buat.. cuma bajet dan kos je xda..hmmmmm



yeah... tu dia.. adik aku and tuan tanah..



pekena teh o and ubi kayu.. pergh.. lepas hujan.. menarik juga..





Indah.... andai aku memiliki tempat sebegini.. indah... Melihat langit di tebing sungai... dengan ternakan berjalan di tebing... bau segar udara.. Allahuakhbar...

hmmmmm..... 

Catatan Awal 2016 dan oncall

...Seminggu tak menulis.. menulis pun waktu weekend.
Tak perasan aku minggu lepas aku oncall stretch oncall 3 hari.. Siut!

hmmm bengang pun tak guna... dah terpampang lama wassap..

Penat? Tak payah cakap...
1st call aku punyalah giler weiiiiiiii.... patient collapse..

Itu pun aku terserempak dengan patient yang dah nak collapse.
Hidup aku masa oncall, selagi aku tak boleh pastikan patient semua stabil.. maka aku akan jalan-jalan dalam ward sampai aku puas ati.. barulah aku berehat.. nak tidur ke apa ..

Hari itu, patient sorang ini, nampak pelik, menggigil dan weak.
GM stat 3.7.. temperature 38.

Tacypnic..

Under ortho for ankle abscess tapi tak lah teruk sampai meleleh busuk.. baru sikit je...

Check punya check...hmmmm
Lung generailised rhonchi dan Renal kong already..

OK. Refer lah yang patut...

hmmmm.......

Esoknya.. aku oncall OT.. Kes melambak aku kumpul di ward... esoknya aku buat pula..ahahah
dari pagi sampai 2am.. balik bersama hantu hantu puaka malam.. Ho junior dilarang join sebab aku tengah bengang dengan diorang yang banyak cikadak. Aku penat... bila banyak sangat songel.. aku malas layan ..aku prefer buat sorang.. unless kes yang memerlukan lebih dari sorang punya tenaga kerja.. ahahha .. Jiwa ego masih kuat lagi.. ahahah

JUmaat hari ini.14 Jan... kepenatan....
Semalam tolong big bos, Bos T.. spine bos..ahahah
Best. Bos bagus dan sangat baik mengjar.. tapi malas study..ahahah

" eh.. fazli... kenapa tak scrub? Bos tengok fadzli.. dia xmau scrub?" bos specialist baru setahun tu kenakan aku..

" aah. kenapa ustad tak mau scrub?" bos T pun menambah...Bos T  panggil aku ustad... teringat arwah atok aku yang panggil aku Pali.. dia sorang je yang panggil aku Pali
" nanti ko duduk sebelah aku....  buat ngan aku" perghh.. terharu ada bos yang baik bersama aku kat Segamat ni.hahaha


Aku bukan tak mahu masuk...tapi sebab dah ramai Mo yang nak masuk.. so, aku tak lah scrub.. aku tolong position patient je....

Maklumlah.. dulu junior HO pernah tegur.. " dr fadzli memang akan masuk semua kes spine ea?"

aku tersipu sipu menyatakan , " sebab senior tak ada, nak position patient tu susah dan banyak ebnda kena pepare.. since aku free.. aku akan tolong2 je sampai juniro mahir.... kalau bos suruh masuk, aku masuk.. tapi biasanya bos akan jeling2 kat aku untuk masuk juga... hahah... Senior dah banyak keluar g master dan pindah."

Aku pun habiskan kes spine till 6pm.. followed by kes plating tibia... end up with backpain and very pening kepala..... nasib ada makan panadol orang lain bagi.

Aku minum air setin beli kat 7E... pastu collapse.. solat pukul 4am..  Allahuakhbar.. Betapa looser nyee aku..

Thursday, January 7, 2016

Aku hanya Sang Pemerhati Untuk Aku fikirkan

Alhamdulillah...
Tuhanku masih meminjamkan nyawa untuk aku bernafas...


Sejak dua menjak ini... terasa tak best..
Berselisih faham dengan member rapat .. walaupun masih tak kenal mana secara mendalam tapi dah banyak yang kami gerak bersama.. join aktiviti apa2 pun senang nak deal.

Tapi.. apa boleh buat..
Ada masa .. kita kena faham, kena tenang..
Lebih baik diam dari bersuara..
Lebih baik tegur dari berdiam

Sahabat itu tetap ada walau terpisah sejauh langit sekalipun..
Jika ia sahabat.. ia tetap ada..
Begitu sebaliknya.
Tuhan yang memberi takdir..
Kita terima dengan redha..
JANGAN MENYALAHKAN KELEMAHAN DIRI untuk mengelak dari bertemu REALITI,
Mengakulah bahawa DIRI sendiri itu SELFISH dan BONGKAK,
kerana pengakuan kau membawa keinsafan ,
sebaliknya, penafian kau hanya menambah punah  dengan jiwa ego dan kehidupan dalam dunia sendirikau!


hmmmm...
Ubah topik..

Catatan di FB yang sudah beberapa hari aku tulis....
Mengisahkan seorang pemuda yang selalu ke MASJID...
Sudah berkeluarga.

Aku macam biasa, suka memerhatikan keadaan di sekitar.
Jamaah masjid.

Yup... Aku ke masjid untuk menjaga diri aku yang liar...
Di sinilah tempat aku tunduk pada ILahi... melembutkan hati yang gundah..

Sepanjang hari.. ada beberapa jamaah yang selalu aku lihat.. ada yang jarang2 muncul dan yang tak muncul2 juga ada.

Aku kagum dengan seorang pemuda itu... dari aspek ketaatan dia datang ke MASJID.
Dia pendiam dari riak wajahnya..
merendah diri dan serius.

Kisah 1:


Zohor itu..
Semalam zohor..
Jamaah solat macam tak seperti biasa..
Ada sorang yg xdtg lagi.. maybe ambil anak hbis sekolah kot.
Hbis jamaah.. nampk dia dtg dengan baju melayu merah  dan kain pelekat...kemas..tapi terlewat...
Rambut kelihatan masih basah ..mandi sebelum solat menjaga kebersihan.
Bersungguh dia datang untuk solat zohor berjamaah walaupun terlewat ke masjid.
Muka sedikit kecewa atas kelewatannya.
Kita?
Bersungguh mencari alasan untuk tak ke masjid ...dan tak berjamaah.
Kakitangan kerajaan tak leh kluar time waktu bekerja..alasan..oh alasan kononnya.
Hmmm
Hmmmmm..

Kisah 2:
Maghrib itu...
Aku menunggang motor 125z... pergh best ...menuju ke masjid melalui jalan lain dari biasanya.
Usai solat maghrib..
Aku pun menunggang sekali lagi balik menuju ke rumah pula.
Bertembung dengan seorang bapa membawa anaknya 2 orang. Memakai jubah kecil keduanya. Nampak alim.
Mereka bergerak balik dahulu.. aku mengekori kemudiannya.
Malam gelap sesekali disuluhi lampu jalan yang agak terang..
Hmmm motor yang selalu ditunggangi itu tidak berlampu. Hanya sesekali lampu brek je kelihatan..
Aku tidak tahu status ekonomi mereka.
Tapi yang aku faham.. dalam kegelapan itu ada CAHAYA yang menyuluh seorang bapa membawa anaknya mengabdikan diri di rumah Ilahi.
Hebat.
CAHAYA yang membuat aku mengerti nilai ikhlas pengorbanan insan lain yang tidak kita ketahui dalam senyapnya.
Rahmati Ilahi melimpah atas mereka.



Siapapun beliau... kehidupannya memberi aku kefahaman akan erti sebuah pengorbanan dan ketaatan..

Wednesday, January 6, 2016

Berbasikal Kolam Air Panas Gersik


Member berbasikal
Seperti instinct aku.... dia bakal berpindah dalam masa terdekat..
Maka hari ini 6th January... aku menulis.. Ia berlaku...
Gerak hati tidak menipu..




26hb December...2015
Kami berbasikal ke KOlam Air Panas, Gersik...Semerah.
Alhamdulillah...
Aku cuma pening je sikit..tapi aku OK.

Tapi.. tika ini... aku rasa member aku sudah seperti 6 bulan lalu.. tidak seperti biasanya...
Ia memberi satu petanda... ia datang dan ia akan pergi.. pergi berpisah..hihih

Aku OK je.. takdir pertemuan ada pisahnya.
Good LUck Bro.. 
Terima kasih kerana mengajar aku personaliti ko yang jarang dijumpai..
Terima kasih jadi member lepak...
Thanks atas kerjasama..
Terima kasih untuk semuanya.
Allah rahmati kami..

Early January 2016

HO ortho tengah menyiapkan deco tahun 2016


Bos aku... 


Bos T suruh aku buat..

hmmm Seram.. ahahah
Total Knee replacement

Terima kasih bos benarkan saya  belajar buat. Thanks!!!

Majlis Perpisahan Dr Fatin Afifa

NI dia bos aku.. hensem bergaya... Garang tapi baik hati...
Nampak baju oren hitam itu.. anak buah dia yang ngengada.. hahah

Merasmikan bilik meeting baru..
Bijak bos!


Saja post gambar ni..

DR fatin Afifa... rakan seperjuangan di ortho sejak setahun.. kecik je.. 
baik dan suka bergossip dengan dia.
Dia belajar dari masa ke semasa tanpa segan mengakui kelemahan.. tak macam aku.. xtau.. tapi berlagak..ahahah..
Kagum dengan dia.
Akhirnya memiliki cahaya mata dan beralih ke Pathology.. HKL..
Good LUck.
Catatan 30 December 2015.