Monday, November 30, 2015

Member itu ini...


Nilai persahabatan..

kalau nak diikutkan... ciri2 yang bagus tu.. makanya, sampai ke mati, ko tak akan menerima  sesiapa..

Bak kata orang " Kita mulakan dengan kebaikan... maka, yang positif akan terus berkembang."

Apalah nilai seorang sahabat...
Jika melarikan diri bila bertembung...
cuba untuk tidak bersua bila ada pertemuan...
apa guna sahabat.. jika adanya, bukan ada dirinya... terperangkap dengan keadaan.
Terlepas genggaman, melari meninggalkan.


hmmmm....

Pernah kena marah dengan parents sebab aku terlalu 'agungkan' member aku.
Bukan kerana parents tak setuju, tetapi mereka risau anaknya terlalu menyusahkan diri untuk member yang belum tentu menghargai pengorbanan.

hmmmm....

Ikhlas... Rasulullah ajari aku.

Biar jauh bermusafir untuk menemui sahabatku... bersusah.. Asalkan... sahabat aku OK. hihih Ayat nak poyo.
INgat drive kereta tu tak penat ke? Hilang fokus, masuk hutan kereta ko... kalaulah hutan.. kalau sungai depan ko? Hampeh...

Hmmmm.. tak ramai...
Yup.. Sahabat yang mengingatkan kita untuk agama... sahabat yang mengingatkan kita atas kelalaian kita... sahabat yang menegur kita keranan kelalaian kita.. kecuaian kita..
Tak ramai...
Aku rasa seolah ia hanya teori semata.. tak wujud dan hanya palsu .. Sahabat umpama robot yang diprogramkan... Kebaikan palsu yang tiada roh dalam kelakuannya.

hmmmmTRUST.
Susah memiliki dan memberi.
Kita mungkin bercakap lebat tentang itu ini .. hebatnya kita.. tapi dipenghujungnya.. orang yang kita percaya itu, tengah korek hidung dan menguap..
OK.. Tak dengar atau buat2 mendengar..
At least buat2 dengar memberi repson untuk menjaga hati..

Hahaha.. Bagi respon pun pelik..

Aku sensitif sikit bab respon ni.. Kalau aku rasa yang mendengar seolah terpaksa mendengar.. Aku berhenti berbual topik itu dan mengubah haluan.

Paling best.. aku blah je.. la la la... Layan diri .. blogging dan study.. ahahah


Ilmu itu milik Tuhan...
Kebijaksanaan adalah anugerah Ilahi.

Dialah.. tempat aku ada... padaNYa aku bersujud....

Sunday, November 29, 2015

OPen book Fracture.. lagi.. hmmmm


Alhamdulillah...
hari hari berlalu banyak cabarannya..


 27 hb lalu aku 2nd call, jaga OT lagi..  

Awal pagi datang 8am+..

" dr, skull tong patient tu dislodged"

hmmmm... mood aku mula spoil sebab kononnya nak buat round laju tetiba tersekat kat procedure. Maklumlah hari jumaat.


eleh, hari tu bukan nak sangat buat skull tong .. asyik tak dapat chance.
Kes cercival facet dislocation is rare. This year got few cases... cuma aku je yang tak berpeluang melakukannya. Dulu, aku dah pesan , kalau nak start procedure, inform kat group sebab  kes tu jarang2 berlaku... dan aku pun tak pernah nak buat. Tapi.. malang sekali.. aku tak dapat tengok, inikan pula nak buat.

Minggu lepas, ada kes lagi, OK aku tau aku tak dapat nak buat... sebab ada junior yang eagerly nak buat.

Hmmm cuma, bagi aku.. untuk procedure.. Klinikal skill mesti power.. disamping knowledge ko pun kena power baru lah kejayaan procedure tu berpihak at your side. 

OK,kisah lalu.. biarkan... Fokus pada kisah hari ini.
Aku pun bersedia untuk membuat procedure tersebut... Alhamdulillah..
atas bantuan junior2.. berjaya disempurnakan.

Habis procedure, aku sempurnakan round. 

Hmmm masa nak pergi makan breakfast, ada kes OPEN BOOK PELVIC FRACTURE.
ok.... aku kena buat Ext fix lagi... Memandangkan kes tak stabil.. kami buat Ext ix di ED.. This was my first Ext fix at bedside. Pergh... Mantap... 

Biasanya aku buat ext Fix kat OT. Tu pun buat dengan slow motion.hihi...

Aku memang WOW... Mantap giler,
AKu buat belah kanan, bos aku buat belah kiri dengan 1st call junior aku.

NI merupakan OPEN BOOK kes kedua dalam seminggu ni. Seperti dijangkakan.. Kes OPEN BOOK Pelvic Fracture. akan datang berkembar, 

Sungguh kagum dengan cabaran buat aku kali ini.

Tuhan suruh belajar tu !! Aku masih tidur lagi.. maklumlah.. kes berat2 ni.. kena  kerja lebih.. bila kerja lebih.. sakit badan.. tidur awal.


BAdan dah lemau...

Apapun, aku hargai setiap apa yang berlaku... ada hikmah.
Tak kisah secikai mana pengalaman ini pada pandangan orang.. namun, bagi aku.. Tuhan yang beri.. aku terima!




Saturday, November 28, 2015

Coopper... Santai



Yeah!... Ni dia gamba dengan member... Pergh... comel giler kereta ni.
Ok, actually, badan 'sasa' aku menyebabkan aku struggle nak masuk kereta ni.. dan juga nak kluar.

Saja mencuba rasa kereta ni.

OK, Hari KHAMIS.... OT ORTHO Full Day!!!
Apa lagi.. cabut ke OT. Tolong bos!! ahahah

Ada banyak kes bes.. Spine... TKR..
aku pilih spine... ahahah.. Sebab nak kasi member aku rehat post call.
hmmm
Esok oncall lagi.
Seriusly... Berdiri dekat 3 jam lebih memang mencabar tapi.... lutut kiri yang dah sakit.. menambah cabaran.

C. Celebrex!! ahahah

Friday, November 27, 2015

Diari semasa...

Yeza!!


24 Nov.. Oncall lagi.. esok.. hmmm cover minor Ot lagi.. JUst Do It.

hmmmm Hari ini, akreditasi hospital.
Cuak giler.. tapi aku tetap nak update blog aku, pukul 1pm, suka ati aku nak buat apa.. resting time.


25 Hb.. Akreditasi last day.. Dengar crita Orthopaedic Team dapat pujian.. ahahaha.. Seingat aku.. dulu, department kami kena kutuk dengan dept lain kaw2... tapi bila akreditasi.. eh.. eh.. orang lain puji.. hmmm...  Nampak sangat ...
Orthopaedik team.. OK je... We serve our best for our patient...
tapi selalu je kena hentam.. Tak paham.. Buat kes sampai lewat malam...  dah lah lama giler.. kes susah... guna tenaga nak fix tulang tulang... hmmmmm.. Ingat senang? hahaha


26 hb...Tak oncall... buat kes spine dengan bos. Bos T best. Banyak belajar.. Siapalah aku.. MO cikai je pun.. nak jadi lebih pandai kena banyak belajar.. Itulah target aku... Kes spine habis pukul 7pm... KO nak cakap apa? Doktor malas?? Orang satu johor balik 3.30pm kot.... Aku tak oncall .. tak da kaitan dengan OT.. datang join OT buat kes dengan bos... Belum pernah merasa balik 3.30pm lagi setakat ini ..sebab banyak tolong kes kat OT.

Jadi, silalah respect para staff Hospital. Ada yang lagi banyak bekorban demi pesakit  ...cuma mereka tak nampakkan diri je..

27 Hb.. Oncall

Sunday, November 22, 2015

Pink Run Segamat


Alhamdulillah..

Bangun pagi , selepas solat subuh, terus breakfast..
730am, dah nak gerak ke Dataran. Join Pink Run for Breast Cancer awareness..

Bayaran RM 30.. Ok je.

Anjuran Surgical Team Hospital Segamat.
Dapat baju free warna pink tu.. tapi rasanya pakai sekali tu je kot.. tu pun cover2.. Tak suka warna pink.. 

Sekali datang dataran.. Pergh.. Peserta banyak yang mat2 joggers dan nampak sorang mamat KENYA .. ntah dari ceruk mana... hahah
Diorang ni nak lari for awareness or nak duit.... OK, budak lembab lari ni kena senyap.. 
hahah lari tak mahu, jalan 8km je.. ahahah..
HMmm tapi itulah persoalan aku pada diri aku, apa tujuan run ini andai ia berjaya ditunaikan... impaknya??
-PENAT
-Yang menang dapat hadiah.. yang habis 10km, dapat medal and sijil at least
-Dapat makan.
-Dapat selfie
-dapat update blog..ahah.


hmmmmm 820am, bergerak!!! LAri......... 1km+ je.. pastu jalan2..
Perut sebu lah, makan banyak.. actually tak lah makan banyak, tapi perut slow digest..
Muscle thigh quadricep.. start spasm... Kepala denyut kepanasan.. ahahah
Nampak sangat, malas exercise.. ahahah 
Aku dah hadam Celebrex sebiji dengan myonal... sebab tak mo bagi alasan tu semua.. tapi serius.. berat 80kg+ kalau lari memang tak best.. ahahah terasa berat.. Macam penguin..
So, aku decide, Brisk walk je.. 
Aku plan nak balik BP lagi.. esok oncall... hmmmstretch oncall lagi...
hmmm Energy kena simpan.
Bila fikir balik...  Tuhan aturkan indah buat kita. Mengapa kita tak mampu lari kuat seperti mereka.. laju giler.. 
1. Kena plan pupuk diri bersukan selalu untuk kesihatan dan stamina.
2. Jaga pemakanan untuk kesihatan.
3. Hari ini, jangan lasak sangat.. sebab post call dan esok ada oncall lagi.
4. Enjoy your day.

Seronok jumpa member2 lama .. tak lah member lama.. junior ex ho ortho.. hahaha..
budak lakinya dah ke mana.. pasif sungguh..
sambung gossip dengan diorg..

Aku dah tak berminat nak cerita pasal tempat kerja sangat di sini.. memandangkan  isu2 blog sini dijaja.. Tak selesa sungguh bila buat bahan jenaka apa yang ada dalam perjalanan hidup aku. 

Serius plak. hahah..

Apa yang menarik :
1. Aku mengenal siapa orang disekitar kita...
2. Tak semua yang ada itu ada.. 
3. Tapi aku respect pada orang yang cakap... " fokus pada yang ada dan ada... mereka tak akan lupakan."

Balik rumah dalam kul 12.40pm... rehat... 
azan zuhur kedengaran...
malas...
" Pink run ko join.. azan. ko malas.."
OK!! AKu terus mandi cepat2 dan ke masjid!! 
3pm.. tertdo sampai ke asar... hampeh...


Tu dia.. nasib tak jadi faizal tahir.. haha pink tu
medal finisher...
wow.. 
Nampak tak... semua semnagat.. aku siap main hanset lagi masa dilepaskan ... sebab tak dengar pun apa2... tetiba 'GO"... aptb...
tu dia idham.. budak misteri ..hahahha
dengan geng kita2 je. hahah
hahahah
surrender!
wdhwjdh

Monday, November 16, 2015

Sabar!


Alhamdulillah..

Hari ni.. Aku incharge OT Elektif..

Kes pertama :  Buat Screw Fix Medial Condyle.

Kes Kedua ILN Femur.

Hmmmm.. Masa kes pertama, entah stress semacam aku.. sebab bila buat kes, ramai je yang masuk.... tapi macam tak berapa nak berfungsi..

Tak tahu aku nak cakap apa... Baik aku buat dua orang je..

Tu kot yang aku stress... Pandang dan terkebil kebil... sekadar memenuhi keperluan.
Bila tegur.. Angguk.. tak tahu sama ada faham atau sekadar angguk.. hmmm

Teguran yang mungkin tak berkesan pada jiwa yang merasa besar.
Memerlukan orang 'Besar' untuk menegur baru mahu berubah. hmmmm


Kes ni simple, tapi disebabkan stress, jadi lambat sikit.. hampeh tui!


Bila dah nak habis.. aku suruh panggil kes seterusnya..
Tetiba kes lain yang dipanggil iaiatu ILN Femur.
What!!!
Kes yang dah didiskus pagi lagi tapi saat nak panggil next case dalam pukul 1.30pm baru aku noted!!
Siut betul!!
Belajar untuk menghirmati teammate.. IF, kalau ko rasa ini cara kau yang betul atau orang lain tak kisah.. TERPULANG pada diri masing2, kalau ENGKAU!! tanya aku soal kes ini..

AKu akan kata " Sungguh TERUK attitude yang membiarkan orang lain tak tahu kes sehingga saat terakhir kes mahu dipanggil. Sedangkan kes sudah dibincang awal berjam jam.. dan kau ada ONLINE. Sungguh TERUK . "

Hahhaha.. Tapi kalau orang lain tak kisah.. IKUT korang lah..
Sebab aku ni bukan orang yang TAK ADA COMMON SENSE. AKu belajar teamwork dan not be selfish!


Hmmm mood aku memang swing giler...
Tengok Xray Femur.. hancur  juga shaft femur tu..


Alhamdulillah.. kes selesai..

Moral hari ini, Cool and rilax!

Sunday, November 15, 2015

Sembang2 je : JOm makan.. hihi


Jom makan?

" oh.. saya ada pesakit lagi nak tengok. "
" oh, saya dah makan. Kenyang lagi."
" Hmmm.. tak apa lah."

Ini antara alasan aku bila diajak makan luar ketika bekerja oleh rakan sekerja. Bukan menolak rezeki, tapi untuk makan luar di waktu bekerja, aku tak suka jadikan ia sebagai habit. Sesekali tu OK lah untuk buat pertemuan atau meeting sekerja. Tapi kalau almost tiap2 hari untuk setakat LUNCH or breakfast.. AKu tak minat sebab aku ada prinsip.

Biasalah, tak semua orang akan setuju dengan prinsip kita.
Kalau rasa tak suka, biarkanlah aku. Aku tak rugi apa2.. Korang pun tak habis duit sebab aku makan ni, bukan yang murah2, selera aku high taste, sebab mak aku masak sedap sangat..

Sebab tu aku sanggup menolak makan kat hotel untuk balik kampung, makan masakan mak aku.
Walaupun, bila balik kampung.. buka tudung saji.. " Argh!!!! tak ada makanan dah? Tinggal ikan kering je."

Hahaah.. Masa tu mulalah buat muka stress.

" Masakan lempeng boleh x? " ahhahaha...
Asalkan, mak aku yang masak.. Semua sedap.


Well.... bila akhir ini.. banyak sangat kerenah.. Aku dah mula malas nak layan.
Fokus pada tujuan MENGAPA AKU DI SINI?!

Niat.

INshaALLAH.. Aku akan berusaha keras untuk menjadi lebih baik dari hari semalam.

Paling EVIL  , kalau rakan sekerja ajak makan, " Tak mahu lah. Tengah keje".
Diorang kutuk aku tunjuk mahal bagai.

YUP... Makan adalah saat untuk mengembalikan tenaga yang hilang. Tak best makan dalam keadaan stress atau terpaksa.

Kalau aku tak suka.. Aku blah..hahaha...atau paling teruk, aku halau. hihihi

Saturday, November 14, 2015

Diari minggu lepas...


11 November... Aku 2nd Call. Oncall jaga dewan bedah buat kes operation.
Bermula round pukul 8am.. slow round memandangkan aku perlu menyemak kes pesakit satu per satu sambil mengajar Ho. Aku perlu check kes dengan betul.

Pesan aku pada HO:

" If you dont know.. just say : I dont know. Dont Lie!!"
Menipu membahayakan pesakit. Banyak benda akan terjadi atas suatu penipuan.

Sebab itu aku pantang junior menipu. Sebab doktor deal dengan nyawa.

around, 9.30am, kes aku dah dipanggil... ini merupakan kes semalam yang tak habis lagi. Jadi aku kena habiskan kes tertunda.

Satu kes siap, aku keluar bilik bedah dan sambung round ward.
Alhamdulillah.. habis round ke ward Paediatric.

Tengok hanset, " kes emergency ready to push to OT"
hmmmm.. AKu rushing to caffe.. ahaha Sebab lapar giler.... Lagipun, kes tu tengah bersiap.. cincai pun, 30 minit baru settle bius. Makan 10-15 minit je.

Ok, ada 4 cases in total tertunda, tapi ada satu patient AOR, mahu keluar ward sebab nak pergi rawatan luar. OK. Kes berkurang satu.

Tapi!!! Kes  yang 3 tu,cukup menyebabakan aku stay di OT sampai pukul 12am. Selepas breakfast, sampailah malam. Makan minum aku adalah air nescaffe/kopi di pantri OT.

Pukul 12am+aku ajak member  aku makan.. Usai makan, aku jadi bingung sekejap sebab terlalu pening...


ESOK??? AKu incharge Elektif OT pula.. Full DAY! bermaksud, dari pukul 8am hingga 5pm lah kot..

12 NOVEMBER 2015.....Marathon OT.
Kali ini, aku buat OT elektif pula.. Alhamdulillah, malam tidur pukul 1am lebih sikit.. Sempat Bangun pukul 6 lebih, mandi dan terus ke tempat kerja. Beli sarapan sikit.. hihih..

Kes pertama, buat Humerus plating... Cuma bukan aku yang buat, tapi member aku buat...
Hmmmm... AKu biasalah, tak suka jadi assistant.. tapi " To be a good surgeon, u need to be a good assistant!"

Well.. Bab assist ni, aku sudah kuasai.. hihihi.. Maklumlah.. bekerja keras masa senior aku ada dulu.. semua OT day, aku join... menyibuk.. start from A to Z. Dari persediaan pesakit di ward... airlock... bius, position patient.. intra op..dressing dan post op review.. semua aku mahirkan ..

Sebab masa itu, aku tahu, suatu hari, senior aku akan tinggalkan aku.
Dalam 3 bulan pertama, aku sudah mampu prepare patient for TKR, ILN femur dan banyak lagi.
Usaha keras tu sampai aku menulis nota selepas operations.

Macam budak sekolah... tapi apakan daya.. otak aku mudah lupa.. hihi..
Op notes selepas operations pun aku suka buat bersama HO.

Kes kedua, kes bos.. dan kes ketiga, kes level kitarang.. MO Level.. tapi Member senior aku nak buat. OK.
Aku assist je..

PENAT ..Jangan ditanya, backpain tak leh tipu.. Nak sujud solat ke  duduk antara dua sujud punyalah sakit. Menguap tak leh control dah..



13 November 2015... OK!
Aku tak Oncall.. ingat nak balik awal 330pm.. Nak g warm up .. sebab 14 hb ,esoknya aku nak berbasikal ke Taka Melur.

tapi... masuk kes kedua, Big Bos nak buat.. Bos datang dan suruh MO scrub.. hmmm semua buat2 busy prepare patient.. OK! Aku scrub dan yang lain prepare patient.

Selepas scrub.... Aku pun mulakan kerja..
hmmmmm.. Ada beberapa preparation yang tak settle sempurna.
Sebab tu aku suka prepare patient sendiri kalau kes OT aku..
LAst2, aku kena sound sebab tak prepare patient, padahal, OBVIOUSLY , aku pergi scrub dulu .. bukan aku yang prepare kot..
Memandangkan.. badan aku dah penat.. AKu cool je.minta PPK betulkan katil, Simple je.

Tiada isu besar pun, cuma aku nak pesan kat diri aku.. Berusaha belajar dari mereka yang berpengalaman dan yang lebih tahu. Jangan asyik mengelak dan menyalahkan orang lain je untuk merasa selamat. Tak lama pun teknik ini bertahan!

AKu tetap yakin, aku mampu jadi lebih baik dari hari ini!!

Kes OT habis pukul 6.30pm kot.. Alhamdulillah.. Seronok buat kes dengan Big Bos!!! hahaha

14hb November.. AKu berbasikal!

15hb November... AKu tak pergi Course Pain at Melaka!
Sebab, aku tak mahu pergi. AKu nak Rilax dan Aku nak Balik Kampung!! Tengok Famili.. Tengok Laut! Makan Pisang Goreng.. Makan kuih.. Bukannya makan makanan HOTEL, tidur di katil empuk dan study berecon sejuk.. Cukuplah tilam lembut, kipas murah dengan beratap zink.

Cukup membuatkan aku lebih lasak dari hari semalam.


Biarlah... Orang kata kursus untuk tambahkan ILMU.. tapi perlu mereka ingat...
ILMU tak singgah pada OTAK yang lemah dan tak SIHAT.


Kau boleh melepak berjam-jam beramai -ramai.. tapi belum tentu kau boleh setia bersama buat kerja sampai lewat malam secara rela!

STAMINA dan Ketenangan itu penting!

Jaga TUHAN....Jaga AGAMA.

XPDC Cycling Ke Taka Melur 13 November 2015



Alhamdulillah.
Niat Utama adalah berbasikal  ke Taka Melur untuk menguatkan stamina dan menikmati keindahan alam.
Pergi dengan member.. enjoy je..
walaupun esok ada kursus kat Melaka.. aku tetap nak buat aktiviti ini dan esok aku tak mahu pergi kursus anjuran Pfizer sebab aku nak balik kampung jumpa parents.
Kenapa nak wajibkan???
Kenapa nak psychoo?
Ada hotel?? Ada dinner?
Rumah beratap dan lauk sardin pun aku tak kisah...

Matlamat hidup aku jelas dan aku akan buat apa yang aku dah rancang.
AKu tak suka orang kacau hidup aku.
Jangan nak kawal hidup aku dengan sesuatu yang aku tak selesa.

hahahah... merapu sikit.

Plan nak ke Taka Melur dah dirancang sebulan lalu selepas kejayaan kami ke Jeram Tinggii, Jementah..Alhamdulillah.. bulan 10 lalu.

Plan nak pergi dalam pukul 7am... tapi disebabakan aku yang buat masalah... hampeh... Pam tayar basikal tapi makin pancit...
Rupanya tube pam dah patah... sebab tu udara tak masuk.
Alhamdulillah.. Berjaya di perbaiki dalam masa kurang 5 minit.


810am , gerak ke kedai makan dulu.. aku tak lapar, tapi member aku kelaparan.. dia nak makan nasi dagang.. aku layan je.

Disebabkan breakfast tadi.. aku agak sebu juga.
Sarapan kami ditaja oleh rakan sekerja, staff nurse ward 8 yang budiman..Terima kasih.

Taka Melur.
Jarak dari hospital Segamat ke sana adalah 40KM.
Cincai 2 jam lebih cycling kalau bawak 18-25km/h

Cabaran :
1. Panas...
2. Anjing banyak bersepah..
3. Jalan berbukit bukau.. tinggi juga.. Lotih. Memerlukan kekuatan otot Quadricep yang mantap!!
4.Stamina masih tak power...
5. Hujan lebat ...perghhh..

Perjalanan rasmi bermula... 830am.
Baru 4km dah terasa penat... macam 10 km.. sebab jalan berbukit.. lotih.
   
Perjalanan bermula dri rumah.. hmm Hospital Segamat sampai ke Labis. Jalan berbukit yang  tak pernah habis. Perghh... Sangat mencabar.
Otot Quadricep in our thigh.. sangat tertekan.. pergh!! Bila mengayuh, mendaki jalan berbukit, rasa macam nak sorong je,Ada masa tu terasa basikal ni bergerak ke belakang ke ke depan.. dengan kenderaan berat ,lori balak, lori kontena yang sangat banyak dan laju melalui jalan ke Labis ini.
Kena berhati-hati bila cycling jalan ini.
Setiap 5 minit, cycling, aku akan toleh kebelakang.. tengok member aku. Actually, tak sampai 5 minit pun aku dah toleh, takut dia collapse ke, cuaca agak panas, dia tak pakai topi, takut dapat heat stroke plak.

Setiap 10km kami berehat sebentar.
Speed average 18-25km/h.
Aku sempat telan T Myonal 50mg stat sebelum cycling sebab pagi2 lagi kaki aku dah spasm area hamstring muscle, masa bangun subuh.

First check Point kat Masjid Tenang..
Fuhhh... Alhamdulillah. 
Sempat telah air mineral..
Nasi kerabu yang aku makan mungkin dah separuh terbakar kot.. ahah..
Kat masjid ni, aku sempat dengan TAzkirah dari ustaz :
" Ibadath kita mungkin sah tapi pahala dan barakah mungkin tiada jika duit yang kita gunakan untuk beribadath itu tidak halal atau bercampur dengan maksiat. "


Member skema yang bercitacita tinggi nak kalahkan member dia kat Muar dalam acara berbasikal.


Selepas itu, bustop ... last check point kat kedai runcit air panas.. sebab nak top up air..

2nd check point... sebelah kubur je.. ahahhaha... Rehat sekejap.. Sambil update FB.

Cuaca panas.. buat tekak kering dan kepala gedegang!...ahaha

Akhirnya, dalam pukul 1045am,...
Sampai ke Simpang  Jalan Taka Melur..
Perjalanan ke Taka Melur melalui Kolam Air Panas, Labis. Tapi aku tak singgah sebab tak menarik pun..ahahah.. Dulu dah pernha pergi.
Jalannya penuh dengan pokok getah dan sejuk mata memandang.
Sesekali bertembung dengan penoreh getah yang sedang menunggang motorsikal membawa tong getah. Baunya kuat.
Ada juga kelibat uncle chinese, melihat kami berbasikal, tersenyum dan menunjukkan 'Thumb up!" hahahha...
Semangat terus nak cycling.

Selepas menuruni pekan Air Panas,tu... kami melalui medan selera untuk persinggahan makan minum sesiapa yang mahu mengalas perut.. Ini target kami masa balik nanti.
5 minit perjalanan.. kami nampak simpang kecil jalan spesifik menuju ke Taka Melur.
Nampak juga signboard ke Masjid. ALhamdulillah. Tak jauh Masjid.
Solat Jumaat mudah je.

Ni area hutan dah ni... hihi
Simpang ke Taka Melur dengan Jalan hutan tapi bertar! Terbaik lah.


Jam 11.20am... Agak2 1km je ke air terjun, tapi bila cycling.. macam dekat 2km lebih je.. sampai 1150am.
Alhamdulillah.. Sampai juga kat air terjn tu.. 
Sejuk mata memandang... Udara nyaman.. Segar.
Sempat bermandi manda..
Usai berehat...kami berkemas.
Masa berkemas pulang.. hujan renyai-renyai pula. 

Sepanjang perjalann kami ke Taka Melur.. Jalan penuh dengan Pohon Getah.. Hijau .. sesekali bau busuk getah mengiri kami.. I am Ok
Barulah best. Teringat Cerpen Sehijau Warna Daun. hihi..
Jalan sunyi macam biasa... kadang tu seram juga.
tapi disebabkan ada kenderaan lalu lalang.. esp orang asli kat situ, kami terasa safe sikit.

Kawasan mandi tu ada 2 pondok kecil,... dan satu pondok besar untuk baring2 beramai ramai..kot.
Kemudahan tandas pun ada.. cuma daun je yang bersepah.. Tandas nampak bersih juga lah.. OK lah.. ahahah

12.45pm... Kami gerak ke masjid. Terlewat sikit sebab hujan  baru nak teduh.
Alhamdulillah.. sempat berjamaah Solat Jumaat.

Berehat sampai pukul 2pm di masjid.
OTW balik singgah kat kedai makan untuk LUNCH.
Lauk asam pedas+ kupang.. Tauke kedai tu punya peramah... Tauke Kedai Medan Selera  Area Taka Melur..Dia tanya kami dari mana. Aku cakap dari Hospital Segamat.. Terus dapat tangkap yang kitarang kerja MO. hmmm.. ok. Rupanya dia kerja lama sini. Anak dia pun nak kerja doktor tapi menganggur 3-6 bulan sebab ada masalah sikit.

Balik ke Segamat.. Pak cik Tunjukkan Jalan Short Cut.
Jalan tu adalah simpang kanan  kat Kedai RUncit Air Panas tu.. 
Kemudian... terus sampai jumpa masjid Kg Sawah Baru... ada simpang ke kiri.. dan terus je.. Alhamdulillah.. Jumpa Jalan Keluar. ke Tenang... Jalan Besar.Nampak sign board Pusat Menjual Getah *&^&* .. Lupa nama dia. hahah..

Short Cut ni.. hmmm. Jalannya sangat berbukit curam.. tapi best bila downhill.. rasa macam naik papan luncur.. ahaha..
Banyak anjing juga.. Tapi , bila bertembung anjing, muka mesti ganas... Baru anjing cuak.
Tu belum Monyet yang tetiba muncul... beramai ramai. Nasib aku sergah diorang lari, kalau tak.. hmmmm.. Aku risau member aku kat belakang tu.. anjing.. monyet.. kucing ...semua dia takut.. 
Nak bawa laju pun, kena fikir member kat belakang. Tak boleh pentingkan diri sendiri. 

Sampai jalan besar, kami berehat di bustop. Langit biru... mendung.
Sempat bermesej dengan staff hospital.. diorang nampak kami tengah cycling.. ada juga yang nampak kami tengah melepak di bustop tu. hahah..

Udara sejuk bertiup ke muka.. Kilat guruh dah makin rancak.
Kereta dari Labis ke Segamat dah basah kuyup  walaupun tempat kami tak hujan.
Aku pun bergerak balik.. tapi.. tak sempat nak memecut pun, hujan lebat selebatnya.. Jalan penuh air.
Kilat guruh makin kuat.
Cuak juga.
Kesejukan...
Alhamdulillah... boleh rilax jap.. Kaki pun dah penat.
Member aku pun berehat sambil berborak pasal kursus esosk mungkin dia tak pergi.
hmmm.. Hujan dah dekat sejam.. 
Dekat 530pm, baru kami sampai rumah..
Basuh basikal... dan rehat sekejap.
Mandi, solat Asar..
Tunggu maghrib dan lepak makan kat kedai..sambil gossip. hahah


Moral of the story:
JUST DO IT!



Tu dia... Indah
pewwit... berendam tu.. kah3..

Tengah2 tu cetek giler..


sama je .. nak bergambar punya pasal.. ahaha
Selagi tak Jumpa Pagar elktrik ni.. jangan harap nak jumpa Taka Melur.
In Total... 78km ke Taka Melur..pergi dan balik.. OK.

Sedang aku menaip entry ni, aku actually baru terbangun balik dari tidur... sambung menulis..Kami tangan esp elbow.. sakit giler...


Apapun , bersyukur.. Tuhan izinkan kami berbasikal ke sana.

Monday, November 9, 2015

8 November 2015

Lemepng Pisang.. Perghh

Ni dekat NGETEH cafee kat Taman Yayasan.. Jalan ke Kuantan tu... Aku suka konsep makanan santai ngeteh tu.. cengkodok, lempeng , pisang goreng..

Sebab aku ni budak kampung.. makanan macam tu memang feveret..

Aku xsuka layan secrete recipe.. western bagai tu... hmmm xbest.. ahahah

kasi aku lempeng dengan susu pekat manis.. aku layan je.. Tak payah nak g secrete recipe bagai tu.


Sempat bergossip pasal HO, junior kitarang..
hahaha.. Cerita mereka rahsia  kot..
Sebaik sekurang kelemahan.
Terima mereka sebagai rakan sekerja!

JUST DO IT!
Almari Sampai juga semalam..
Alhamdulillah..

Almari untuk makan.. dan juga almari untuk rak buku..
Semangat sikit nak study.. ahahah
Baru nampak macam rumah...
Cuma nak cari tukang peneman hidup je lambat lagi kot.. hahaha
enjoy lu.. hahahah

Hermis Punya Pasal




Alhamdulillah..
punya konfiden level tahap ke langit, aku ingatkan aku dah settle ehermis aku.. rupanya aku tak buat lagi bab latihan ni.. aku siapkan SKT je.. cipan tul.

Bila tengok balik.. hmmmm memang lupa.. maklumlah, dulu buat manual.. lupa.

Aku g je pejabat, nasiblah orang office ni baik2.. encik amri yang xda kaitan pun datang membantu.. kah3.. sengal giler aku.. memang hmmmm apapun tak boleh.. bab tulang aku sedia membantu.

Minat...

Dapat mesej dari bos aku suruh siapakan hari ni juga, hahaha so, cabut dari klinik dan terus siapakan..
Sengaja mia dari clinic..
balik klinik, hampeh, patient still ramai giler... pecutan demi pecutan...
dah nak habis, aku cabut lagi ke ward print soalan offtagging HO.

Nampak tak aku buka blog aku, sebab nak tengok aktiviti aku tahun 2015.. ahahah penting giler blog bagi aku..

Saturday, November 7, 2015

Awal November Punya Citer

Bos T punya Birthday 3rd Nov.. Ingatkan tak mo celebrate.. Nasib dia sporting... dah masuk bilik..... tapi tak siap prepare lagi, kita suruh dia kluar balik dan berlakon ketuk pintu balik.. ahahah.
"Suprise!!!" yang tak surprise sangat.. haha..
Masa ni, aku oncall.. Nasiblah bos ada meeting kat Hospital... Boleh aku celebrate sama2.

After CME..DFU.
hmmm.. on the same day.. Banyaknya ilmu yang aku dah lupa.. hari ini terasa mahu buat nota agar ilmu tak lari jauh..hahah Ingat ilmu tu kambing ke apa?? nak lari2

Gasping sebab udara xcukup nak maintain boroi perut... Sedut udara kasi perut more boroi..haha

Terjumpa mamat indon kat belakang tu...
Ukhwah...kena rantai.. kah3.. Well... Ni parking SUKA ATI gua..
Singgah kat kedai perabot nak beli almari n meja makan.. last2 beli almari buku dan almari dapur yang ada meja makan.. nampak menarik.. hihi..
Duit terbang lagi...hmmmmmmm.......
Dah lah aku duduk tepi lantai tu nak rehat sementara pukul 10am.. lagi 10 minit je lagi ..
Kena sapu dengan mamat pekerja kedai ni.. Siut betul.. OK, aku tau tu kerja dia dan kedai dia. tapi... beritahu lah dia NAK menyapu tu, tau2 je debu naik ke muka.. perghhhh... Sabar2.. hahah
Pukul 10am, aku masuk kedai dia... nampak dia duk lepak tunggu customer.. Hmmmm.....
Macam2 perangai orang Malaysia ni... eh..eh.. macam aku mamat bangla plak nak kutuk segelintir rakyat Malaysia.
OK!! Wefie... Bos tengah buat 2nd TKR.. ahahah datang2 nak tunjuk muka je... sebab 2nd TKR dah nak habis.. tapi..hmmmmmm....  3rd TKR kena join. Budak sebelah lari g driving class... tinggal aku dan member aku lagi sorang.
4th and 5th cases, aku kena join!!!! Hooray!! Hari khamis ini yang aku plan nak thumb print pukul 3.31pm... tak berjaya..
Pukul 7pm, baru habis OT... cincai 730pm baru kluar OT.
Pukul 9pm , siap dinner bagai.. dan collapse tidur lepas mandi... ahahah terbongkang sampai pagi...
Balik kampung esoknya..
Lotih....... konon2nya.

Inilah kehidupan sebagai seorang doktor di Jabatan Orthopaedic.
Tak sekaya mana.. tak seenjoy mana..
Ramai  yang merasa orthopaedic itu RILAX...
hakikatnya... teamwork yang diperlukan itu menguji common sense kita untuk  tolong atau tidak.

Aku memuji junior aku dulu yang sangat bagus membantu aku tak kira masa...sampai hari ini pun mereka masih baik..
dan hari ini, muncul batch yang sangat proaktif dan bagus.
" doktor, nak suture? doktor , nak buat?plisss" hahah..
ada dua junior yang sama grad university yang sama perangai... bagus.

Apapun... nak jadi doktor yang bagus, kena banyak ilmu dan pengalaman..
Attitude kena bagus..
Jangan EMO macam aku.. kah3..
Apapuntakboleh..
well.... Apapun yang berlaku...... JUST DO IT!
Membaiki kelemahan diri..
Menggilap bakat yang ada!