Friday, October 30, 2015

Just do it! haha

Alhamdulillah...

Jerebu sudah menghampiri tamatnya atau dah settle pun..

2 hari lepas .. oncall tapi jaga kes Emergency je.
Apa yang menarik semalam.. bila ada satu pesakit paediatric, luka kaki dan memerlukan dijahit di dalam bilik bedah.

Alhamdulillah selesai.. cuma, ketika proses pembedahan tu, pesakit diletak dalam terlentang posisinya sedangkan luka di betis belakang?? ahahah

" A good surgeon can perform operations at any positions." Datin..

Perghh... sentap.

" Ok.. bos, no prob. Just do it!"
tu je respon aku...

Member aku ada yang expect dan menanti aku jawab " ... tapi saya bukan good surgeon."
hahaha.. apapun tak boleh...

Cabaran betul.


Semalam kes dua je.. Cepat habis. Tapi... aku jaga ward aku juga memandangkan kes bilik bedah dah settle.

Aku round ke ward membuat spot-check HO taggers.
Sparing dan polishing my skills and knowledge..

Cuma moral of the story dalam minggu ini :

1. Menghormati hak orang lain.
2. Tegas dalam pendirian.
3. Patuhi arahan ketua.
4. Berpada-pada dalam merasai nikmat pujian kerana jarang yang memuji dengan ikhlas bahkan ramai yang lumpuh kerana sepotong pujian.
5. Berusaha dan never give up...Just Do It!
6. Jangan lupa TUHAN dan INGATlah padaNYA.
7. Never backstab ur colleagues.

Wednesday, October 28, 2015

Tak ada apa pun..

27 Hb...

banyak benda yang aku bengangkan ketika kerja.. nak tau cerita..

member..

exoxtosis versus OA

Big Bos.

Ankle and prophylactic treatment.

OK..

Apapun, semalam.. aku buat kerja sendiri, jalan2 ke sungai Segamat jam 630pm, sorang2 menaiki moto Kawa Ninja aku.. tenang.. Alhamdulillah..

Monday, October 26, 2015

Sembang je : peskait kat klinik


Alhamdulillah...

setelah terbongkang kepenatan atas sofa ruang tamu.. dari jam 11pm malam semalam.. aku bekerja seperti biasa hari ini..

cuma hari ini, agak annoying bila benda kecik pun nak diperbesar besarkan.. xda isu dah ea? nak cari pasal??? tak paham... ntah pape...


Abaikan isu-isu remeh.. lets focus to d big one.

Aku tersentuh dengan seorang pesakit di klinik, sebulan lalu, dia mengalami industrial injury dengan  3 jari tangan dia patah. Masa tu, aku oncall, cuma kes tak dapat dibuat pada malam aku oncall, tapi aku pesan pada junior doktor untuk panggil aku jika kes tersebut dihantar ke dewan bedah.

Aku buat kes tu dan risau keadaan jarinya tu yang sudah hampir kebiruan tu.. hmmm. memandangkan kes k-wire... dan hand.. aku memang particular pada siapa yang buat op dan keadaan tangan pesakit. Jika jari dan xda harapan... aku xjoin operations, tapi kalau ada harapan.. aku akan tunjuk power.. keh3.. gurau.. aku akan tolong member buat op tu... agar pesakit selamat.

Alhamdulillah, settle operation, kes siap. Jarinya ok kecuali jari tengah yang nampak gelap sedikit.. tapi macam ada harapan.. hopefully....

esoknya aku check balik pesakit sehingga hari dia keluar ward.

Hari ini, aku bertemu dengan pesakit tersebut memandangkan aku pesan kepada ward... " to see me'.. hahah kerek giler.. hahaha


Alhamdulillah.. jarinya ok.
Cuma tulang belum sempurna... INshaAllah, jumpa lagi 3 minggu... harap ada perubahan positif.

Dia pesakit indonesia, isterinya di indonesia sangat risau keadaannya... dia juga sangat berpantang dalam makanan... hmmmm..

Apapun, dengan keadaan sekrang, hopefulli.. keadaannya bertambah baik.

Moralnya.. aku kena menggilap skills dan kekuatan ilmu dengan baiknya agar dapat menjadi insan yang lebih baik.

Friday, October 23, 2015

hmmm saja.

Workshop... Hmmm bukankah aku dah cadangkan untuk beri atau buat kelas plating dengan lebih baik iaitu kelas teori dan praktikal.. tapi.... hmmmmmm...  Just proceed with this workshop sahaja ...
nama pun cadangan.. xkan nak ikut plak... aku bukan bos pun..

hmmmm dah macam main masak2...
tapi disebabkan  bos aku .. bapak gengster ada buat teori sparing.. kah3.. aku turut tertembak!!!!
bapak  gengster. tu.. bos aku. dan diorang  gelar aku gengster .
gengster tu gelaran kat belakang aku oleh senior aku secara senyap2... ustad tu panggilan bos aku kat aku.. hmmm


saja... gambar ni machoo... ahahah

saja letak  gambo stalker blog aku.. akhirnya budak ni posting kat ward aku.. dah nak habis dah.. hmmmm..

aKU YANG TENGAH  makan roti bakar...hmmm
Aku memerhati semua yang ada.. dari sini ke hujung nun sana.

Ada yang bercerita tentang plan masa depan... semangat!! tapi bila kerja nampak stress seolah tidak mencermin apa yang dilafaz mungkin kerana tekanan yang ada membuatnya stress. Mungkin yang ada tidak di jiwanya.
Bagaimana mahu mencipta  imaginasi jika realiti tidak tertanggung badan dan mental?
hmmmm... Tak salah berimaginasi.. cuma pelik kerana imaginasi sahaja tapi tidak  sepadan dengan apa yang dihadapinya..
Keyakinan itu penting, tapi apalah keyakinan tanpa menerima teguran dan nasihat kerana terlalu merasa diri sempurna.. merasa teguran dan nasihat dari orang lain itu tidak sehebat dan tidak penting..
Bukankah setiap hari kau berdoa mahu jadi lebih baik?
Itulah datangnya teguran dan nasihat... atas permintaan sendiri.. tapi... diingkari atas ego.

Jalan... hmmm kelompok orang-orang hebat.. bercerita.. ntah.. aku pun tak berapa nak dengar tapi mereka happy bercerita.

hmmmm 

Sunday, October 18, 2015

OTW balik Segamat....Mula memikirkan..

Moral of the story...

1. Belajar bermusafir dengan kereta api pula.

Terima kasih pada member aku yang sedia melayan kerenah aku yang banyak tanya dan banyak tak tahu mengenai jalan dan sistem . Maklumlah, orang buta jalan ni susah sikit.

Bermula dari Segamat -Sg Petani-Butterworth-Pulau Pinang-YMCA at Jalan Macalister-Hospital P.P-PMC- Masjid Kapitan Keling-Artstreets-Kedai Jeruk Madu Pak Ali.

2. Mengenali budaya dan masyarakat luar.

dengan Hotel dah macam church walaupun di bumi Malaysia, anasir keagamaan masih berleluasa.. dendam agama lain itu berterusan sama ada nyata atau tidak.

Bangsa yang berbeza tidak menjadi isu bila orang cina ,india melayu bertemu.. Kita melayan sama.. walaupun ada yang terpalit rasa rasist, tapi tak siapa mampu meluahkan kerana kita sesama manusia...

Berbuat baik lebih tenang hasilnya.

3. Merasai kehidupan bermusafir dengan lebih mendalam.

Banyak benda berkenaan musafir ini..

Bagaimana nak memilih barang yang perlu sahaja dibawa...
Duit? Masa perjalanan...? Tiket? Hotel?

Yang paling best...
Disebabkan nak jimat duit dan mencabar diri, kami tidur je di stesen keretaapi.. Bukan baring atas kerusi, tapi atas lantai je.. Beralaskan baju kemeja semalam.. Baring di lantai lebih selesa dari atas kerusi yang menyakitkan..Kerusi kayu keras yang 90 degree tu.. perghhh.. Xpayah lah lah tidur atas tu..

4. Melihat kekuasaan Ilahi..
Pemandangan Indah.. alam itu memang tak dapat dinafikan...

Hebat.. tapi Segamat  nampak lebih natural... more look like Hutan.. hahah

5. Bila bermusafir, belajar bertawakal lebih dari yang biasa.
Belajar untuk sentiasa berharap.. berharap Tuhan memelihara kami dan keselamatan kami.

6. Memberi kesedaran bahawa Ilmu perubatan bukan sedikit.. SANGAT LUAS.. Ayuh dalaminya.....

Day 2 Kursus PFA at PMC

Day 2 course.
Alhamdulillah..
Bagus dan banyak yang aku belajar..
Diagnosis dan pesakit yang real.
Wow..  sangat menguji minda.
Sesi physical examination..
Memang sangat bagus..mngajar  examination secara tepat.

1230pm :Tamat.
Bersurai..
Tengah fikir macamana nak g solat jumaat .
Alhamdulillah.. mmber sudi menumpangkan kami.
Bukan setakat tumpang ke masjid.
Sempat juga nk beli jeruk madu pak ali.
detik hati sekecil macam tu phn Tuhan izinkan..
Hmmmm risau diri ini... dengsn jiwa yang lalai.. Tuhan berikan pertolongan demi pertolongan...
Jadikan aku dalam kalangan orang bersyukur.

Balik ke Hotel dalam pukul 4pm, melepak dalam bilik sampai maghrib.
Usai solat jamak taqdim.. kami berjalan kaki ke Hospital Pulau Pinang. Tujuan utama nak keluarkan duit .


Balik hotel dalam pukul 8.45pm... Kami tukar plan untuk keluar hotel dalam pukul 9pm, membazir bayaran hotel.. Kami tempah teksi sapu , bayaran rm 25 dari YMCA ke busten. Ok lah.. no problem.

Ni lah bible yang dibekalkan dalam setiap hotel kot... 

Menaiki Feri ke Seberang Perai, Georgetown. Tak payah bayar  rupanya Feri.. ahahah Jakun giler...


Sampai di Stesen bus, 10pm.. So, nak buat apa? Makan....

Selesai makan dalam pukul 11pm.. Otak dah penat dan mata kuyu....

we decided... JUST tidur kat stesen keretapi...
Tidur atas kerusi menunggu bersama mamat foreigner.... disebabkan surau semua ditutup dan tempat yang best semua ditutup... hmmmm

Aku dan member... tidur atas lantai je sebab kerusi yang ada sangat kecik dan tak sesuai untuk tidur...

Hmmm.. saja selfie stoking... on the floor..
Gelap gelita je stesen tu dalam pukul 12am... Cuma ada nyamuk dan suara2 dari anjing atau kenderaan yang lalu lalang. Sesekali keretapi melintas...
Hantu? Hmmm tunggu juga muncul.. tapi, xda plak

Tidur beralas baju kemeja semalam..hihihi.. Nyamuk dan gelap je yang menyaluti diri.. Ok lah...
beberapa kali segerombolan anjing liar membuat bising di kawasan tidur kami... sehingga mengejutkan member aku.. Bikin cuak je.. Member aku yang lena tidur terus terbangun...

Aku yang tengah ngantuk.... pantang dikacau... Anjing liar ke hapa.. aku terus bangun dan halau seolah aku yang paling berani.. Yang penting, aku boleh sambung tidur.

Anjing yang membuat bising beredar bila disergah... tapi masih tak berputus asa nak buat bising beberapa kali..

Pukul 545am,lampu dibuka dan kami ke surau.. Sempat mandi dan solat.

Alhamdulillah.

Menunggu dan menunggu kehadiran keretapi kami. Yeah!!!!
Pertama kali merasai tidur di atas lantai sementara menunggu 8am masa tiket keretaapi.

Jimat.'



Perjalanan kami bermula....





Benda pertama kami cari dalam keretapi ... Plug!! hhahaha Generasi Y betul...


Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan KTMB punya servis. Mungkin aku datang daripada kalangan orang biasa. Tak lah high class punya orang.. cuma bagi seorang yang cerewet dengan keselesaan, aku rasa, keretapi yang aku naik pergi dan pulang menyediakan perkhidmatan yang sangat selesa dan bagus. Staff atau pekerjanya juga yang baik dan tidak stress.

Faktor keselesaan seperti set tempat duduk yang cantik dan penyaman udara memberi impak dalam suasana kerja yang harmoni mungkin.

Nak marah pun tak jadi sebab sejuk sangat dah.. :P

Friday, October 16, 2015

Hari Pertama Kursus PFA at PMC

Alhamdulillah....

Hari pertama kursus berjalan lancar dan banyak info yang bagus aku perolehi.. Banyak ilmu mengenai Paediatric Foot And Ankle.

Aku dan member yang dari segamat ni, merupakan orang pertama daftar di PMC.. haha semangat giler.

Aku memang dah lama nak join kursus pasal paediatric ni, sebab banyak yang aku tak tahu.... tercapai juga hasrat.

Berkenalan dengan pakar ortho paed dan mendengar lectures daripada mereka..

Kena study dan teguhkan nota dalam diri agar suatu masa aku jadi pakar yang hebat.
Sekali dengar tajuk memang nampak payah, bila dengar satu persatu... perghhh... rasa nak rebus je buku kasi cepat masuk otak.. banyak gilerrr ilmu pelik2.. ahahah

Ada sesi practikal berkenaan ponsetti casting untuk pesakit CTEV selepas lunch hour.
Masa sesi ini, sempat belajar cara dan bagaimana untuk merawat CTEV .
Alhamdulillah.. Nota sudah disiapkan untuk diri.

Tamat kursus hari pertama dalam pukul 430pm.
Aku dan member aku, berjalan kaki 15 minit ke Hotel YMCA . Hotel yang macam church je.. siap ada bible dalam almari.. gambar dinding pun gambar salib.. Semua gambar tu aku turunkan dan biarkan dinding berhias kosong je.

Petang ni, kami merancang ke Masjid Kapitan India dan berjalan-jalan di situ.

Artstreet...

Solat maghrib dan isyak di masjid India tu... pastu balik ke Hotel..

Loteih....
Kami berjalan ke sana sini dengan berjalan kaki dan bas je..
jimat dan penat.. ahahah

ok...
Bersedia untuk Hari kedua kursus.


Gambar Melepak....
Akhirnya ....



Aku kagum dengan seorang auntie ni, tak pandai pun berbahasa melayu.. umur dah tua.. tak kisah.. tapi dia berniaga baju dan barang kraftangan... ahahah...
dia ambil baju size badan aku, dan bagi aku.. aku terus beli.. baik tak aku? hahaha aku beli bukan sebab kaya dan nak buang duit atau sebab simpati, tapi aku kagum dengan keyakinan dan usaha dia.
Just do it!
Dia happy.... pakai baju chinese style yang kemas dan rapi... semangat bekerja..

melayan kami macam pelancong luar walaupun orang tempatan...

bajet gedix





member aku yang nurd sikit... hik3

Masjid Kapitan Keling...





Thursday, October 15, 2015

Day 1 at Penang Precourse..

14 Hb.. Hari Pertama di Pulau Penang..

Menginap di YMCA... hmmm dah macam tinggal dalam church..
Bilik dihiasi dengan gambar salib dan ada bible dalam almari..

Baguslah usaha diorang ingat Tuhan... tapi tak selesa aku..
Aku tanggalkan semua gambar yang ada salib di dinding dan letak di tepi dinding...


Sewa ok lah.. tal mahal.. RM 110-140 mengikut hari public holiday.


Petang, aku mencari tempat makan... dan tempat berkursus..

Jumpa Penang Medical school... tapi nak lunch tak jumpa..
Kami google internet.. Jumpa...

Tapi kepenatan......hahah.. tidur semalaman..

Malamnya kami ke bandar.. menemui restoran cina.. dah susah nak jumap peniaga melayu...

Selepas melepak dinner, kami balik berjalan kaki juga dan study sikit2..

Hari Pertama Naik Keretapi

13 .Oct.2015.
Jam 5 pm.. vroooom went back home ...n prepare for the  trip tonight.
I asked Fey.. my junior to send us to railway station around 715pm..
Hmmm dengue pt kena buli.
Actually nk mntak ikmal..tpi..kje malam plak..hmm abu blik kg.
After mghrib.. bergerak ..
Nervous..1st time naik ketapi.





9.05pm.. sirent berbunyi..keretapi sudah tiba.

Hmmm aku ikut je member aku ni bersiap nak naik.
Dah naik...


Wah.. ada katil... plug nk charge battery hnset ada x??
Benda pertama yang kami buat, cari plug nak charge hanset..
tapi hampeh, tak jumpa.
Keretapi pun bergerak...

Aku yang nervous ni, hmmmm...

" bunyi berdesing tu, bunyi apa ea? Is it normal?"

" oo tu bunyi keretapi bergesel dengan landasan.. normal je" Member aku jawab dengan cool

" kenapa keretapi ni ada tujahan kedepan dan kadang2 tu kuat kadang-kadang tu tak kuat sangat? Normal ea?"

" ooo.. tu sebab keretapi kan ada gerabak.. bila laluan tu ada tinggi or turun bukit.. gerabak ke gerabak punya pergerakan yang tak sekata menyebabkan henjutan gerabak yang berlainan."

" Kenapa rasa keretapi ni senget? " Nak je tanya... pernah ke keretapi ni terbabas? seram pula.


" biasalah jalan tak sekata.. "
Teringat kisah bapa ngan burung murai.. Anak tanya soalan bodo2 pun, bapak dia jawab dengan sabar.. Hahah Sabar Sungguh member aku ni.. ahahha

Dah lah aku ni suka buli ... sakat orang.. tapi sensitif dan tak suka dibuli.


Malam masih awal.... jom tidur... zz.Z..

14.oct 8.15am.. arrived at Sg Petani.

Tiba di Sungai Petani.....Wah!!!

Naik bas dari Sg Petani ke Georgetown sebelum menaiki Feri ke Pulau Penang...








Feri.. Rm 1.20 je.. Murah giler.. Pakai Syiling...



Sunday, October 11, 2015

Ngengadalicious.



Ya Allah lindungi kami dari segala kesesatan, kezaliman...

Hmm Bekerja itu bukan mudah , lagi lagi kerja sebagai doktor....
Setiap hari berdepan dengan kes yang melibatkan nyawa.. ada yang mudah pada pandangan mata... tapi bila dikaji, kes sangat complicated.

Berat dan sukar bekerja itu kerana cabaran dan tekanan kerja..

Semua itu akan jadi indah dan mudah atau ringan jika memiliki sahabat kerja yang baik dan bekerjasama serta menghormati sesama kita.

Teringat  awal tahun ini bila aku memiliki team yang best... kawan kawan junior yang sangat bekerjasama... mereka baik dan sangat baik.

Mereka bekerjasama sampai aku sangat kagum.

aku yang incharge mereka pun siap bagi bonus cuti  ..ahhahaha...  Cuti beramai-ramai.

Hari ini berbeza.

Kalaulah aku boleh bersuara.. kalaulah aku boleh memberontak atau menghentam balik...

dah lama aku buat..

Cuma... aku kena jaga  prestij aku dan kepimpinan aku berdepan dengan makhluk yang sangat pelik di dunia ini.. memiliki hati tapi tiada sensitiviti .. memiliki akal tapi tiada ruang memikirkan hak orang lain. Memiliki perasaan tapi perasaan panas sahaja bukan tenang.. Entah berapa lama mereka sanggup hidup bergelumang dengan sifat sebegitu.

Siapa dan dimana mereka itu.. tak payah ditanya...

Aku tak mahu bermusuh dengan siapa.. kalau tak puas ati dengan aku.. Aku memang dah lama tak puasti!..

Cuma aku cool dan tunggu masa.

Ayat nak gempak... hahaha

Saja tulis ayat emo sebab lama tak menulis di blog..
tapi siapa yang kenal aku.... tak adanya ayat sia-sia keluar dari mulut melainkan ada 2 maksud.. satu direct, satu lagi sarcastic!! hihi

Friday, October 9, 2015

Kerana Pulut...


Ampunilah dosa-dosaku...

Kerana pulut... 
Suka makan pulut dengan kelapa muda+garam+ gula. Sebulan makan... tak lama lagi dapat kencing manis.hihih

Sebab nak masak tu, ibu aku selalu minta aku beli santan.. sebab, sedap masak pulut dengan santan.
Sebab pulut, santan binasa.. Sebab mulut , badan binasa.. hahah

Kisah dua tiga hari ini,

hahah.. bila amarah aku dicabar... memang jangan  harap kau tak terlepas dan terseksa jiwa raga.
hmmmm.. tapi bukanlah sesuka hati aku nak hentam.

Ada je staff yang kena tegur dengan aku sebab masih lambat dalam assist case walaupun dah berbulan... " kau tak akan pandai kalau kau tak nak belajar.. Belajarlah sungguh2"

Staff tu kecik ati dan menangis. 
Biasalah... ayat aku, nada aku , gaya aku... memang serius kerek.. 
Cuba ayat yang sama disampaikan oleh orang yang 'jambu'.... mesti tak terasa sangat.



Pastu, ada staff lain pujuk " kau tak yah nak nagis sangat, dia tu MO je... bukan pakar."

Betul2, aku ni MO je.. cikai nye mo.. xpandai mana pun... buat apa nak stress.... Rilax je.

Apapun, ayat teguran tu, bukan untuk kau je.. untuk aku perbaiki diri.
Aku tegur dia sebab terlalu lambat nak improve... macam tak fokus dan dan ada kesungguhan.

Sebab nanti kalau buat kes besar... THR, TKR... tak naye ke?

Member dia siap sound aku, " tak baik tegur macam tu?"
hmmmm... aku cuma cakap " kalau ko tengah sakit, ko akan makan ubat kan? ubat yang bagus, pahit giler. "


hmmmm.. apapun.. Improve diri sedayanya.. Jangan EGO wahai diri.. Untuk aku insafi juga!

Sunday, October 4, 2015

3rD Oct 2015




Alhamdulillah...
Selepas setengah hari berbasikal semalamnya, kami ke Seremban pula menaiki kereta  untuk memenuhi jemputan kawin Junior Dr team ortho kami.

Bos pesan belikan hadiah
Nanti kita kongsikan bersama...

Bertolak jam 10.30am.. tapi lepak breakfast kat stesen Petronas makan ice cream Conetto,, hahaha.. Melantak sampai jam 11am kat Lubok Batu je.

Bergerak ke seremban sampai pukul 1230 pm..
pecut dalam jerebu.. nasib lah kena ke tak speedtrap..

Shopping kat tesco beli hadiah.. hmmm banyak pilihan..
aku beli microwave je sebab membantu pasangan ni yang konon2 busy.
Aku pun beli alat elektrik gak.. ahahah.. :P
hmmm...

Usai, majlis kawin tu.. melepak kedai cendol yang 10 kali lagi sedap dari cendol kat Port Dickson.. katanya.. hmmm Yelaaaahh tu...

dah rasa. Ok lah.. Boleh tahan.
tapi Bp lagi best! ahahahh

tu budak yang bawa aku ke sini.. cendol.

bajet ayu.. pffft
Masa nak bergambar ni...  5 orang... eh.. panggil adik pengantin tu.cukup 6..
aku berseloroh " hahaha ganjil ea? nanti mati seorang.. " hampeh tul.. hahah kepercayaan lama masih ada.. hihi

nampak segak sangat macam polis tak pernah berkawad setahun.. ahahah

Friday, October 2, 2015

XPDC : Berbasikal ke Jeram Tinggi , Jementah , Segamat. 2Oktober Jumaat.


Maha suci Engkau..
Niat: membuat aktiviti sihat melihat alam  ciptaan Ilahi dengan menikmati pemandangan alam sepanjang perjalanan.
Di samping, menambah kekuatan stamina diri.

Jam 530 am, dah bangun, tapi tertidur balik sebenarnya sebab kes OT semalam habis lewat, tidur pun pukul 2am.

Siap sedia jam 640am. Janji 630am gerak, tapi member nak gerak kul 7am. It was ok. Lagi bagus.

Aku set perjalanan pada basikal aku setelah siap dipam tayarnya malam tadi.
Bawa bekalan air sebotol, bskut dan baju sebab khuatir nak solat Jumaat di perjalanan.

Ni gambar peta. 31Km je dari Hospital Segamat.
Idea berbasikal ini, member aku yang cadang since aku pun suka berbasikal juga.
Ada member yang sama hobi, layan je.
Stamina aku.. hmm macam biasa, suka last minit punya keje.

Gerak 730am... 




perjalanan sejuk... ditambah jerebu yang mula surut.
Langit kelihatan mendung walaupun jerebu menyibuk menghalang pandangan.
Angin sejuk cukup menjelaskan hari mendung.

tetiba budak menyelit kat belakang... hahaha

Sampai ke bandar segamat about 10 minutes je.. Laju juga pecutan tu.. 18-24km/h.
Kaki ok lagi.
Menuju ke Lubuk Batu.. Batu Badak... then, Batang Lesung..
Sampai ke area Jementah about 9am..
kantoi.. ternampak warung makan.. perut berbunyi  plak.. Singgah breakfast!hihi..




Check Peta balik.. Ok, sangat dekat dah.. 2.6km je lagi.


makan lu...
Selepas makan... hmmm..
terus mengayuh..
jumpa masjid Jementah di sebelah kiri.. dan simpang ke  Jeram Tinggi tu hanya beberapa puluh meter je di sebelah kanan.. tapi sebab berlagak pro,
mengayuh sampai terlajak 2km away.. hmmmm..  bazir masa je.

patah balik.. dan menuju ke Jeram Tinggi.





curam... sangat mencabar buat aku yang kaki bangku ni.. ahahah yang selalu duduk main motor je..

mamat indon mana ntah.. jumpa kat tepi jalan ni.. dia pun tolak beskal.. curam kata dia.. takut terbabas dalam gaung.. hihih
suka buang hingus kat depan aku.. siut tul...


ni mamat tadi... rupanya dia pun datang join  mandi.. Hujan2 pun nak mandi.. x faham aku. haha






Aku turun selamba je.. budak ni, siap sorong beskal.. hmmmm tak adventerous langsung...
Sign board Jeram Tinggi ni akan hilang pada hampir penghujung jalan..
Jalan di situ curam dan berbukit sesuai dengan nama. Sangat tinggi bukit tu sehingga aku terpaksa turun menolak basikal sebab takut terbabas menuruni bukit... dan menolak ke atas sebab basikal dah boleh reverse ke belakang sebab curam sangat. perghhh.. Rasa nak balik je..

Ok.. kat mana dah ni? Jalan makin sunyi.. makin curam.. Aku dan member decide " just proceed .. in 30 minutes, kalau tak jumpa.. patah balik."

Alhamdulillah.. jumpa!! Apalah. lagi sikit je rupanya.. JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA.


Lepak about 30 minutes..
Dalam hujan renyai2 kami melepak.. balik pun dalam keadaan hujan.. Jalan besar tak payah nak cakap, kereta lori macam hantu.. giler2 punya.

Balik rumah sampai kul 1pm. Azan kedengaran.. Rush... mandi. Sempat juga Solat Berjamaah Jumaat di Masjid. Alhamdulillah.

T Myonal sebiji.. dan minyak angin.. hahaha prophylaxis.sebelum cramp...



memang Jeram Tinggi.. Curam...


Sampai pukul 11 pm malam ni.. Peha aku kesakitan.. spasm.. ahahahah.. Sabar je r.. Harap.. pagi esok dah OK..complete rest in Bed..