Wednesday, September 30, 2015

Sembang kencang je... oncall mood.

Alhamdulillah..

30 hb.. hari ini aku oncal lagi..
update blog time oncall memang rare case. well well well... budak nakal... apa boleh buat.

Pagi ni round kat ward agak senyap sikit aku.. sebab aku  tak berapa tau kes sangat kat ward. 2 hari lalu tak round.. incharge clinic, kes yang aku tau pun, bos dah tau.. just nak tengok kes.

Ntah, rasa tak best plak hari ini..
Aku rasa bersalah plak  dengan bos T for unknown reasons.. mungkin sebab kuat melawan kot dengan colleague.. hahaha.. Asyik mempertikaikan managment or decisions..

hmmm .. Aku berpijak di bumi nyata.
Aku tau siapa aku..  MO baru 2 tahun di orthopaedic, banyak yang tak tahu..
hmmmm..
Aku hanya menyampaikan pendapat dan the best opinion since aku dah jumpa kes yang sama sebelum ni.

Alwez, disalah ertikan .. katanya aku mo yang suka kritik dan OTAK kosong.

hahah..

I am OK.
All iz well...

JUST DO IT.

So, buatlah keputusan.. aku ok je.. Sekali aku bagi pandangan.... kalau nak reject, ikut r. Sebab aku bukan MO yang tak berfikir setiap keputusan... jiwa aku jiwa yang suka  bertanya why why why...for the best decision. Cuma.. ada masa, kita kena akur sebab kita tak ada kuasa besar . Tu je.


Semalam.. exam HO end of posting..
Konklusinya.. kalau aku nak cakap.... hmmm....

aku lebih kagum dengan batch sebelum ni sebab batch sebelum ni aku jaga from the beginning ... Tu je.. kali ni..

Aku harap.... Aku lebih adil dan lebih effective  mengurus kehidupan diri dan menjalankan tanggungjawab.

Dalam menjaga Ho.. banyak halangan..

1. arahan tak dipatuhi seperti yang diarahkan.
2. banyak kelepasan yang diberi sampai yang tak qualify pun boleh offtagging.. too easy.. susah nak kawal...

apapun.. mereka dipantau rapi.

mereka ingat mudah menjaga Ho.. mudah mungkin kalau mereka sedar siapa diri mereka.

hmmm xda idea dah nak tulis sebenarnya.. saja tulis.. sebab nak kasi otak berfikir.

Monday, September 28, 2015

sembang je..

Alhamdulillah..

2 hari oncall. tamat.. Lotih..mengantuk..

Isu yang hangat nak diperkatakan?

Jerebu? hmm Sakit sudah tekak aku ... setiap hari. Aku ni bab udara tak segar ni sangat sensitif. Mudah down... selsema lah.. runny nose r.

IPU yang dah tak sihat..

Plan nak g berbasikal ke Air terjun.. perghh.. Semoga berjalan lancar.

Nak cerita juga pasal kerja.. tapi gossip hangit.

Moralnya:
1. Respect others.
2. Bila buat keputusan tu, jangan eh.. eh.. eh.. tukar2.. Pening giler orang lain. Be more precise.
3. Tenang.
4. Syumul
5. Bila ditegur.. kena muhasabah.

Reminder.

Lepas kerja hari ni, aku ke Ngeteh Caffe Taman Yayasan, kedai tutup. Makan kat myra ariana.. Sedap! Lama tak lepak kat kedai abe.. member xda kat situ.. ahahh.. jadi... lepak tempat baru.

Friday, September 25, 2015

Korban Cin Ta.. hik2


24 Sept...

Settled. Aku ajak member sekerja join sekali. Alhamdulillah.. Semoga Tuhan menerima ibadath kami.

Jadikan kami dari kalangan hambaNya yang bersyukur.

Upah Korban Tu Tak Boleh?


Alhamdulillah...

Selesai ibadah korban.... semalam.

Hmmmm.. Lotih juga walaupun tak buat kerja sangat...
hmmmm.....


Bila ibadath korban dibuat... pasti ada desas desus terdengar masa penyembelihan dibuat.

" Yang tu aku nak ea.. aku dah bawak bag plastik ni, nanti ko isi bahagian ekor tu untuk aku."

" dik, mata , lidah ekor dan biji ***** tu, ko masuk kat sini (sambil tunjuk plastik merah ), yang tu aku nak bagi kat tukang sembelih.. tak bagi dia nanti, payah kita. masam sepanjang tahun. "

" Ok! aku nak cop kaki satu boleh x??? plis?? "

" dik, ni upah RM 200 untuk ko dan kawan2 ea. Terima kasih sebab tolong pak cik lapah daging."

Apa hukumnya, mengambil bahagian korban untuk diri sendiri? Daging korban ditempah awal2 untuk special request dari tukang sembelih? Tukang lapah? Juga.. apa hukum atau status upah melapah daging korban?

Bukankah ia suatu ibadath ikhlas untuk diberikan kepada orang miskin..dan selayaknya??"
Tapi kenapa atau apa logik upah ??

Sebab penat? Sebab dah bersusah payah.. busuk...
Kalau tak mampu beramal, jangan buat sebab Ibadath Korban tak perlu dicampur dengan unsur pergaduhan, ungkit mengungkit atau isu upah... Ia ibadath atas dasar SEDIA BERKORBAN (IKHLAS)

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10153639531112990?fref=nf&pnref=story

Link kat atas ni boleh menjelaskan dengan tepat.


Thursday, September 24, 2015

#Durianchondongikanpatin


Alhamdulillah,
23hb September.. GRAND 'WaLk Around' settled..
Walaupun ada teguran dari Big bos.. sebab cervical collar pasang tak betul, walaupun bukan kes aku, tapi teguran dia, sangat tepat dan WAJIB diambil tindakan.

Pesakit meletak sepenuh kepercayaan kepada doktor dan staff nurse , tapi kita tak serius menjaga amanah. Khianati? Wajarkah?

Sebab itulah, kena berusaha menajag amanah dengan  baik.


Hmmm.. hari ini operation ada 3, tapi aku join yang kedua saja. memandangkan ada tugas kecil lain. Ada procedure di ward.

hmmm pukul 5pm, aku dan member ke Durian Chondong  untuk makan ikan patin.

Bergerak dari HOSPITAL. Abour 30 minutes lah.
Kedai tu buka 630pm kot...

ikut jalan pogoh ke Bukit kepung..
Sebelum sampai balai polis Bukit Kepung yang sebelah sungai tu, ada simpang ke Tangkak, ada juga nama Durian chondong on d way ke Tangkak.. tapi ok lah..

Just go straight...till see Kubur Cina, dan slow down.. Sebab nak cari Offroad yang ada pondok nak runtuh.

Jalan sebelah kanan...ambil masa 5-10 minutes  menuje ke Gerai makan tersebut.


Nilah ..offroad sangat tu.. 







Pokok Terung diakatakan pokok ganja..

otw ke gerai...



Sampai...



Jamuan.. Ikan patin pais+pucuk paku pakis+ Sotong =RM 76 termasuk air nescaffe dan air teh tarik + 2 air kotak.
Ok lah...
Sedap Ikan Patin tu..

kalau aku bagi 3,5 Bintang... ahahaha Kedekut. :P

Esok nak melapah daging lembu pula.
Harap masih ada tenaga. InshaAllah.

Wednesday, September 23, 2015

... Sembang2....



Dalam hidup...
Usah bongkak... terutamanya bila ada sedikit pangkat dan harta...

Cerita kerja ni malas nak aku catat di sini, tapi.. secara general.

Pernah sautu masa aku melihat pesakit, mak cik yang sakit sendi lutut, yang menghantarnya anak lelakinya.. nampak smart lah sikit.. Look "educated"

hmmmm.. aku akan mulakan perbicaraan, " mak cik , datang dengan anak lah ni ye?"
sambil memandang bro tu... reasons:
- nak tau siapa yang berdiri tercongok kat tepi tu...
- nak tau gaya dia sebelum diskusi bermula.

Hmmm.. Memang nampak arrogant giler. Buat tak tahu je bila mak cik tu tunjukkan , " aah.. datang dengan anak ni."

hmmm Aku as usual, suka je start my own postulation.

Ada orang tak suka,.... ada yang tak kisah, tapi aku suka dan aku kisah...
Sebab itu my own way to manage people yang wujud disekeliling aku...
Ia berdasarkan personaliti aku yang suka cari gaduh, suka emo, suka dan mudah stress...

So, hmmmm JUST settle mak cik ni ASAP... dan say goodbye.

No further diskusi... Sebab tak mahu mak cik ni menjadi alasan bro tu stress menunggu lama .

Konklusinya... HORMATI sesiapa yang ada disekeliling kita.
JAGA HAK mereka.
JANGAN bongkak dengan apa yang kita ada.
HARTA? WANG? dan PANGKAT? .... aku tak pandang tu semua..
Ko nak belanja kereta sebiji? NAk belanja aku makan?
Ko nak bagi apa?

IA tak semudah orang kebanyakan yang kau jumpa... Sebab aku tak pandang harta ..pangkat .. duit...  tapi aku pandang ATTITUDE .. Kesungguhan dan kejujuran.

Common sense tu perlu digilap....

Common sense itu... tanda kau menghargai siapa orang di sisi kamu.

mengarut sudah....

Bowling aku.. makin teruk.. ahahaha ok bye.

Friday, September 18, 2015

Sembang lebih plak!!

Alhamdulillah...


Hari Jumaat 18 hb... hohoo..post oncall OT

Ada kes aku yang tertangguh semalam tak buat lagi.. jam 8am+, datang ward... tengok2 sekeliling.. new cases ...saja...

tiba2 kes aku panggil.. Diorang assume aku yang oncall.. pfffft... asal aku lalu je.. mesti kena panggil.. dah menyibuk kat ward, confirm kena panggil.. hmmmm....

Tapi memang pagi2 lagi aku nak join OT kes hand tu, nak belajar, how to repair and debride properly...hmmmmmmm.....Ok lah....
New things, using tendon to tendon... to replace and mapping...hmmm

OT Time!!!
---- ni cerita kasi simpan dalam akal dan hati... jangan bagitau sesiapa melainkan orang yang kita percaya je... hihihi... Hik3..  Gossip2 hangit-------

Lepas kes siap...kluar bilik OT... eh.. kul 145pm,.. kantoi tak pergi Solat Jumaat..hmmmmm......
Solat berjamaah dengan member je kat OT..

Hmmm g makan lunch kat cafe...

pastu datang ward balik.... tengok kes esok...

Hmmmm....  Paku oh paku...

Well well well..

Blah to BP!!!
Vrooooooooooooom... Perjalanan indah bersama alam.. Hijau pemandangan kebun, ladang... best.. Jalan sunyi je... Walaupun nampak seram.. tapi... best sebab alam semulajadi... Hebat.. Mendekatkan aku dengan Sang Pencipta.

Kalaulah ada tanah besar dan boleh buat taman binatang dan pokok2 yang terancang.. perghhhh.. mesti best..

Buat tasik.... ada pulau tengah2 dan buat rumah ... ada sampan perghhh.. OFF telefon dan internet....
melepak dengan famili kat tengah kehijauan alam.
Merapu......... imaginasi.


just wanna to Say....

Ilmu itu milik Tuhan.. Dia boleh tarik bila2 masa dan boleh beri bila2 masa.

Thursday, September 17, 2015

Saja tulis

Alhamdulillah...

Seminggu tak menulis...

nak je tulis, tapi tengah stress, malas nak tulis, cuak merapu...dan gossip terkeluar kat blog dan akhirnya sampai pada telinga mangsa.. hmmm.. xbest.


16 September 2015.. Hari Malaysia.
Buat apa je?
Buat KPI yang hmmmm pening gak sebab tugasan tu dah lama tau cuma nak kumpul tu, malas sungguh... sebab kena start dari awal . Bos suka bagi tugasan yang mencabar ..ahaha

Lepak2 1 segamat jumpa HO aku yang sedang melepak di Old Town.. perghhhh... best giler...
hahaha...
1s sebab member nak buat tinted hanset Samsung Note 4 baru dia.. hmmmm
Nafsu nak beli hanset membuak je.. tapi kena simpan duit.. ahaha boros sungguh aku.


14-15 Sept.
Hari Clinic.. entah rasa tak best.. tu je..
I am ok je.. cuma xbest sebab kerja buat file meja tak siap lagi dengan tugasan lain yang melambak..


Alhamdulillah.. la ni.. dah settle almost near habis.. hopefulli... kot..

Semoga yang ada tetap ada selamanya.
Semoga ukhwah kekal selamanya.. walaupun orang memerli dengan word tersebut... apa boleh buat.. ikhals bertemu ikhlas. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Friday, September 11, 2015

7 September : Cycling...

Basikal baru tu!!! Hilang beskal...dia beli baru... Memang penting basikal dalam hidup budak tu...
TRINX.. hohoo


Lama tak berbasikal.... Alhamdulillah/. INdah melihat keindahan Segamat.

Taman jogging area secrete recipe.. OK lah! Best!

Diari 9-10 Sept

9 and 10 September...
Dua2 hari ini 2nd oncall...

Masa berlalu pantas..

10 Hb... Aku demam balik.. Sinusitis.. hmm Headache, myalgia.. arthalgia... chill and rigor...
hmmmm on and off.. PCM pun xjalan...

Kes Op yang last.. Thompson Hemiarthroplasty... Sungguh apa yang terfikir berlaku.
Walaupun badan tak sedap, just help bos buat OT.. sebab kes Emergency aku cancel.

hmmmm... Memang terkena tamparan hebat bila menjawab soalan bos dengan berterabur.. Hhohoho.. hastag SENTAP.. ahahah..

nak kata sedih.. sedih gak.. nak kata tak ambil hati.. tipu.
Yup, teguran itu perlu diambil kira dan diinsafi.

JUST be SMARTER!

InshaAllah.. Allah akan bantu.

Be a good person.. be a good surgeon!

Malam ni.. ada patient collapse.. MI... tak dapat diselamatkan hmmm sadis juga.. sebab aku pun tak optimize diri untuk CPR.. aku buat 1 cycle je sebab badan tak larat nak CPR... Juniro aku je yang banyak CPR..

Thanks+++

Apapun, aku wajib membaiki dan menambah baik kecekapan recuss. InshaAllah.

Photo : Segamat 5th September

Busten Segamat
Melepak dengan member yang baru balik dari KL.. naik ketapi je..
Saja je datang ke 1S.. Ingatkan nak buat teaching dengan HO, tapi bila mesej HO.. " Ada apa dr mesej? Nak ajak makan ea?"
hmmm hahah .. " Ooo.. hmm Ok je.."
Tanya Ho busy ke x sebab nak buat teaching.. last2 g makan..ahahah

hmmmmm... Alang2 g Makan,, jumpa member We' kat 1s. Malam xda bas, teksi kena bayar.. So, alang2 nak g makan.. ambil member sekali.
Hujan malam tu.. so..hmmm Just 1 round.

Thursday, September 3, 2015

Makna kehidupan Daripada Siapa yang berada Di sisi.

hmmmm..

Suatu hakikat perjalanan...

Blog ini diberi nama... kerana ia suatu catatan perjalanan... mengenali kehidupan daripada sang manusia yang bermula dengan kosong.. serba serbi.

Meneliti gerak geri manusia lain untuk mencorak kain putih kehidupan agar ia setanding dengan yang lain mengikut kemampuannya..

Untuk hari ini , baru aku faham...

" Manusia itu berkumpul dan teguh bersama atas suatu persamaan pada hati dan pemikiran. Ia sukar bersama pada yang selain darinya. Hmmmm... Ia berputar pada paksinya. Sejauh mana dicampak.. ia akan kembali pada magnet yang tercipta untuk bersama. "

Maka, berbahagialah pada mereka yang memiliki persamaan menjunjung niat ikhlas pada YANG MAHA ESA.

Thanks ALLAH.
aku tetap adaMU.

Cermin diri dan kenali diri

Maafkan aku Wahai Sang Pencipta Diri ini...

Lahir aku di bumi ini atas JANJI aku padaMu.....
Dalam sedar aku selalu melupai...


hmmmm... Merenung kisah lampau ketika aku masih di alam MEDICAL STUDENT.. Semangat aku berkobar.. untuk membantu saudara aku di Palestine...bla.. bla.. dan nak turut sama membantu sesiapa saja.. Sebagai insan yang bakal bergelar doktor suatu masa.


Tapi... bila suatu insiden ini berlaku, aku terus berfikir... BENARKAH apa yang aku laungkan? Atau tipu belaka...

Suatu hari, Lecturer aku, HAND Surgeon.. mengajar topic mengenai hand. Peripheral nerve.
Macam biasa... budak2 macam aku ni, memang slow sikit nak impress.. Basic tu tau lah sikit..
Bila kelas start bermula, pelbagai soalan bertubi-tubi diberikan.. Dah tahun ke-4. Soalan anatomi dah lupa... hmmmm.. Lecturer aku bengang...

" Kamu semua berkobar-kobar nak pergi berperang, pakai baju palestine.. menjerit , bertakbir, dan berhujah untuk membantu sedara Seislam yang dizalimi... tapi apa yang kamu ada, dipertanggungjawab atas kamu, kamu tak ambil peduli. Kamu tak serius terhadap apa yang diamanahkan. Kamu memandang enteng. Bagaimana kamu mahu membantu mereka kalau kamu tak ada ilmu? Tak ada kepakaran? Tak ada pengalaman? atau kamu nak tolong dan mati katak??"

Lebih kurang kata-kata beliau yang lebih kurang maksudnya.

Tersentak aku ketika itu.. dan terus ingat sampai hari ini.

Sehingga hari ini, walaupun aku tak sehebat rakan aku yang lain, yang termampu aku.. menjaga junior aku yang berpotensi dan yang juga ada kelemahan.. memberi tunjuk mereka agar mereka menjadi insan lebih baik dari hari sebelumnya.

Mungkin suatu masa, mereka akan dapat membantu insan-insan lain...

Yup.. AMANAH.
Dulu, aku melari dari masalah... mungkin hari ini juga ada... tapi kesedaran untuk berdepan dengan masalah itu terus kukuh.. Walau apa jua cabaran..mahu atau tidak..berdepan dengan penuh sabar dan belajar.

Menambah ilmu. mengasah kemahiran...
Resam padi... makin berisi makin tawaduk...
Resam lalang... makin berisi makin teguh berdiri menyemai bakti dan kebaikan... (hihihi..)
Terus membantu!

Wednesday, September 2, 2015

Potret


Hebat...

hmmm.. Selamat Hari Lahir pada pelukis gambar di atas.

Maaf menyusahkan kamu untuk meneka  gambar dan melukis gambar yang paling aku suka dalam entry bulan 6 2015. Walaupun aku tak tahu gambar mana yang kamu teka.. tapi hmmm dah terlukis sudah gambarnya.. hmmm..

Tiada apa yang mampu disembunyikan. ternyata apa yang nyata. Member yang baik adalah member yang baik... Hmmm Takdir Tuhan.. adalah ketetapan terbaik. Syukur dan redha. Tenang dan berjuang.. Berusaha membaiki diri...

Salam hari kelahiran buat kali kedua selepas suatu ketiadaan. Semoga cita-cita dan harapan tercapai untuk sebuah harapan di dunia menuju Ilahi.