Monday, August 31, 2015

Photo : Kelantan ku


Best melihat orang menjaring.... Teringat masa kecik aku sedaya upaya berkubang dalam semua parit di sekitar rumah... Nak tangkap ikan semua... nak bela ikan semua dan nak tengok ikan ikan tu semua tu berenang dalam air...  Dalam diri.. aku mahu keindahan alam itu ada dalam hidup aku...
hakikatnya.. hari ini baru aku sedar.. perbuatan aku itu hanya mementingkan diri..
Aku mengongkong kehidupan makhluk lain demi kemahuan diri...
Seumpama hidup.... Aku kena menghormati orang lain jua.. tak boleh memaksa.. tak boleh mengarah ikut arahan telunjuk diri.. Kejam...

Rumput.... lalang... ditiup ke kanan.. ke kananlah ia..
Hmmmm.. Tiada siapa hiraukan ia..

Tapi.. aku suka ambil gambar lalang.. Sebab ia indah.. Diabaikan oleh semua orang... tapi hadirnya menampakkan wujudnya dunia .... Biar ia diabaikan.. aku tetap abadikan dalam photo blog aku..hihi..

Dalam hidup... ada golongan yang dipinggirkan.. kerana dianggap tiada nilai.. tiada kepentingan.. maklumlah.. harta tiada... ilmu kurang... pengaruh tiada... siapa yang mahu berkawan??
Ini lumrah...dunia.

Tapi JANJI ILahi... Dia memandang taqwa.. cukup bagi aku untuk faham....

Alhamdulillah...... Melihat paddy field... best!

"Common Sense "

Alhamdulillah...

Syukur  aku masih berpeluang bermuhasabah diri.
hmmmm...

Hari ke-3 Bercuti... Aku pergi ke Rantau Panjang dan setelah shopping sakan.. baju je kot sikit je.. hihi.. Kami lunch di rumah. JIMAT.

Pak cik aku dah penuhkan Peti ais dia dengan ikan dan seafood.
Ketam  2 bungkus , ikan kerapu, jenahak, tenggiri  dan sotong... Semuanya fresh!!
Serius, 3 hari kat sini, makan seafood je.. Ketam masak asyik tak habis2 je stok.. aku tak sure berapa besar bungkusan plastik ketam yang pak cik aku kata 2 bungkus.. Sampai aku cakap " Perut aku dah penuh... Ketam semalam pun masih terapung dalam perut ni. " Betapa banyak aku makan.. hmmm..

Layanan pak cik aku menyambut tetamu sangat bagus.

Masa makan tu, aku memerhati sepupu aku.. umur baru 14 tahun, dia makan bersama.. Bila start makan ketam, dia makan perlahan lahan sebab pakai brace gigi..
Tiba-tiba dia menghilang.

" yus pergi ambil mangkuk tu" Aku menyatakan bila semua bertanya ke mana sepupu aku tu pergi. Aku buat hipotesis aku sendiri berdasarkan penelitian aku.

Tepat. Sepupu aku bawa 2 mangkuk.
" eh, kenapa bawa dua mangkuk ?"

Dia jalan dan terus meletakkan satu mangkuk depan aku dan berkata " mangkuk untuk isi kulit ketam" Loghat klate dia yang biasa pekat...
Aku memerhatikan dia  je. Kagum sebab dia boleh berfikir untuk orang lain.
Common sense.
Dia mampu fikir untuk orang lain yang memerlukan apa yang dia perlukan. Hebat.
Tak mementingkan diri sendiri.
Mungkin ayah dia didik dengan baik dan persekitaran dia yang sangat bagus  dalam proses mematangkan diri dia.
hmmmm
Simple je.. Hanya memberi mangkuk untuk isi kulit ketam je, tapi impaknya memberi info bahawa sepupu aku ini memiliki common sense yang bagus.

Usai makan..
Kami pergi ke halaman rumah untuk minum air kelapa.
Pak cik aku belah kelapa, sepupu aku tuang air dalam jug. Aku, pula... ambil isi kelapa.
Sampai 6 biji lebih kot habis.
Kemudian, pak cik aku.. memberi aku sebiji kelapa untuk minum,
" kena minum direct mendongak ni. hahah kan best kalau ada straw."

Sepupu aku berjalan ke kereta ayah  dia dan ambil straw minuman yang tersimpan dan memberi pada aku.
"pergh.. budak ni. Bagus giler."

Cepat je faham apa yang orang lain fikirkan dan mahukan. hmmm..
Dunia hari ini... hmmm Common sense sudah pudar. Masing2 mementingkan diri. Tak ramai yang memikirkan orang lain.

hmmmmmm.... apapun..
aku tau.. sepanjang aku bekerja.. aku temui kawan-kawan yang pelbagai.
Cuma yang menarik perhatian, member-member yang rapat..
Walaupun mereka ni acuh tak acuh sangat mungkin sebab janggal.. tapi aku respect mereka ada teamwork dan common sense yang lebih baik daripada yang lain. Semoga orang-orang yang baik ini menerajui kehidupan ini.

Yang ada tetap ada....




gomo klate gomo

Day 3 :Rantau Panjang

Jelawat... Kawasan dalam daerah Bachok. Indah sawah padi yang menghijau.. Setelah hampir setahun lalu  Kelantan di landa banjir besar
Pagi2 lagi.. Melepak di pantai Irama... Sebelum ke Sawah padi..aku ke pantai dulu.. Ambil feel laut.. :P

Plan hari ini :

Pagi : Pantai Irama , Sawah padi.

Tengahari : Rantau Panjang.

Petang : Lunch+ Ziarah Rumah Tok Ayah..

Malam : Dinner Nasi Kukus.. dan rehat.. 


Lepas brakfast.. Kai ke Rantau Panjang.. Selfie dulu baru shopping... Panas terik juga kat sini... Terasa nak pitam pun ada...ahahah.. Aku cari baju t shirt je.. Susah giler nak cari sebab aku cari T shirt yang ada ciri ciri tertentu.. sebab tu aku sanggup jalan berjam cari shirt aku...

Kali ini.. rantau panjang lebih kemas dan teratur. Tak macam dulu... sesak dalam khemah  yang panas dan sempit.. Hari ini mereka sudah ada bangunan sendiri..

Cuma.... produk mereka ni nampak tak sistematik... banyak tapi sama je setiap kedai.. hmmmm
Petang .. lepas lunch.. Baham kelapa muda.. Sedap giler.. Aku scoop isi kelapa guna kulit kelapa.. memang traditional lah.. Teringat masa kecik dulu.... Makan isi kelapa tak yah guna sudu... memang survival..

Dah besar.... alhamdulillah.. masih mengenali siapa diri..
Alhamdulillah...
Ni rumah Tok ayah.. hmmmm... Selalu je Tok ayah ni tanya pasal aku.. aku plak.. lupakan dia.. ahaha.. Tok ayah ni ayah mertua pak cik aku.. tapi rasa macam atuk aku sendiri.. Masa aku belajar di Klate.. dia selalu tanya aku.. ntah.. rasa rapat plak.. chemistry...  Apapun, " gemuk la ni" hmmmm.... OK.. Faham2 je lah.. kena start diet balik. ahahah... Alah... aku gemuk sebab malas study.. kalau study.. InshaAllah.. kurus.. Tak caye.. Jom study!  
USM.. Kubang kerian.. ahahha.. Stalk kejap je.. lalu dan patah balik.. saja merindui USM.. xda sape yang aku nak lawat kat situ.. So, aku tengok dari luar dan.....hmmmm

Sunday, August 30, 2015

Day 2: Kuantan----- Bachok

Breakfast.. Kuantan... Vroooommm!!
Indah... pemandangan Alam.. teringat Ilahi.
Maha Agung Tuhan.
Sampai Bachok kul 110pm.. Ngam2 nak solat Jumaat.. Kitarang melepak atas pagar sementara tunggu adik (adik sebenar..hihi ) yang belum kluar masjid.
Masjid Pantai Irama..selepas selesai solat Jumaat.... memang berdepan dengan pantai..

hmmmm Ok.. Gebus..
3 of us. hahaha... Playing kite.. wefie tu...ahhaha
Bachookkkkk!! Pantai Irama.. Dah macam pasar.. Sepanang pantai tu.. penuh dengan orang... Menikmati keindahan alam..
Ada banana boat.. memang best.. hmmmm...
Most of them.. Malay..entah2 100% yang melepak pantai ini.. melayu..ahaha.. Tak nampak langsung bangsa lain.

ice cream..
Sedap gak..
hmmm Wakaf Che Yeh.. Ok lah.. Kalau nak beli baju ke apa..
Aku just jalan2 je.. cuci mata..

Batik pun ada...
Aku pilih untuk ke Rantau Panjang esok......

Saturday, August 29, 2015

See u again..

Setiap pertemuan...ia suatu takdir.. mungkin kebetulan... mungkin tak sengaja...
Hakikatnya.. ia suatu ketetapan...
Pertemuan bersyarat, perpisahan itu pasti..hmmmmm....
Indah suatu pertemuan pada insan yang baik2..
Tapi... insan yang baik baik itu tak lama...
Ia realiti... yang perangai buruk dan jelik itu yang selalunya akan stay lama... hmmm tak faham..

Sampai suatu point, pertemuan akan terpisah....
Matlamat yang berbeza...hmmmm...
adakah kita akan bertemu lagi?
bila? Berapa lama?

hehehe.. itulah yang aku persoalkan.. sebab aku ni jenis yang sensitif.. tak suka perpisahan yang memeranjat.hmmm
apa boleh buat.
Takdir Tuhan. Akur.
Kita akan bertemu di akhirat atas alasan.. kita pernah bersua di bumi ini..

Ukhwah selamanya... Itulah tanda persahabatan kita.
Tanda aku akan mengingati orang yang berlaku baik pada aku...
Melihat... jalan intersect.. teringat kata-kata member aku.. " kami tetap ada... tiada tak semestinya tak ada. Ukhwah selamanya. Suatu masa, bila line intersect.. kita akan bertemu kembali."

hmmmmm... terima kasih pada  member2 yang baik hati. Masih aku teringat lagi mereka.. ahaha.. Fresh...
Walaupun suatu masa ia akan fade away..
Biarlah saat aku kuat ingatan ini terus mengingati dan mendoakan masing2..

Dan.. saat ini juga.. member baru kenal. Dr S. sudah plan mahu berpindah.hmmmm....

Aku? Terus give up nak ajar dan diskusi tentang pengalaman aku di ortho kat dia...
Sebab aku rasa dia yang boleh serasi dengan cara aku....tapi
Dia decided untuk pindah ke KK..hmmmm..
Tak guna nak ajar detail kalau ia tak diguna...hmmm... Entah lah.. aku faham.. suasana hari ini tak seperti dulu... suasana yang amat pelik.. Suasana yang menentang suatu perubahan dan mengekang ... Jangan sesekali mempertikai ayat2 aku di sini kerana ini blog aku. Sebab aku tak akan menjawab sebarang persoalan ini sampai mati!

Mulanya, aku tegur lah.. " Tak guna lari dari masalah... tak guna berasa 'aman' hidup tanpa ada sebarang cabaran,, untuk berapa lama? Ko rasa kat orthopaedik , ko kurang menyerlah.. terus ko gave up.. Itu alasan ko. Bukan ke takdir ko untuk ko belajar di sini? tapi kau memberontak.. sebab ko tak yakin dan ko rasa melarikan diri lebih selamat dan aman."

Dia suka masuk screw,plating.. semua.. tapi....hmmm....

Agak kasar juga teguran aku.... tapi itulah kehendak dia. Dia mahukan kerja yang happy dan tenang.
Maka, menghormati keputusan dia lebih utama.

Tak guna berada di sini, tapi otak dan hati tak ada. Bekerja macam mayat.. Xda roh dan sambil lewa.

hmmmmm... Apapun... Semoga berjaya..

Friday, August 28, 2015

Day 1 - 27 August..




Alhamdulillah.. Lepas  passover  kes, kul 10am, aku balik ke rumah.. Adik aku (adik sebenar-kembar aku) ahahah... baru je nak bertolak dalam pukul 11am. hmmmm..

Dia drive slow sikit.. so, ambil masa about 2 hour.. So, dalam masa 2 jam ni, aku decide nak buat perabot yang aku beli  ..at least meja dan  kerusi kotak..hmmm
Alhamdulillah selesai.

Masa ni, bos aku tengah buat kes SPINE.hmmm Mesti bengang je sebab aku cabut. Bukan nak lari, tapi ini je masa yang kami famili ada untuk melawat pak cik kat pantai timur ini..
Maafkan aku bos. hmmm Aku excited je nak tolong kes bos..i mean, big bos. Very tegas bos. ahaha

adik aku sampai kul 1pm... aku masih mengemas rumah pula.. lap lantai.. lap itu ini.. sapu rumah.. Baju??? Tak siap..
Terus mandi dan berkemas.
Kul 2pm.. aku bergerak ke Kuantan... seeblum menuju ke Kelantan.

Semoga penghuni rumah menjaga rumah kami dengan baik. InshaAllah.

TC... Indah lautan.. Alhamdulillah.. senang melihat...

Kami singgah ke rumah mak cik  untuk bermalam.. OK lah... Post Call.. memang mengantuk..

Malam ini juga aku siapkan jadual junior HO.. Sebab 29hb.. tarikh habis.. Harap semua selamat menajalani kerja dengan baik.

Hmmmmm.. ada masa aku rasa kejam melihat perangai aku terhadap junior.. Tapi... lagi kejam.. jika aku berdiam dan mereka terus dalam kesalahan dan terus bodoh memahami erti tanggungjawab, erti teamwork dan keselamatan bersama.

Gambo untuk minggu lepas... 22 till 27 August

budak ni ..Ikmal.. Mencapub.. Padahal si Fey yang semangat nak ambil gambo.. pfft...
Hihi... Motor Ninje je.. xda apa yang special..

hmmmm ni masa 23 hb rasanya.... Kes Radial nerve cut ..we did nerve transfer...Sural Nerve.. Saja mencapub.
hmmm... pening juga nak buat perabot ni.. Macam buat jigsaw puzzle.

No more logo VO group. hahaha I am free... from any biker group... Sticker tu aku buang on 25 August lepas kena remove from wassap group.. ahhaha.. I am OK.. No big issue..

Kenangan ... VO Group.

25 and 26 August punya citer..


25 Ogos....
AKu mengamuk kat seorang junior aku..
Keje tak habis, tak proper.. buat kerja sambil lewa... Tak pasti , tapi tak  mahu tanya... hmmm
LYrica and zinnat!!!


26 Ogos..

Vroooom.. 250 Ninja man..
start round dengan mood swing sikit sebab big bos macam tak best.. Ntah.. apa nak jadi.. aku pun tak sure.. Nampak macam big boss merindukan someone (MO feveret dia kot) hahaha aku rasa lah.. hihih.. No komen.

Life must go on.


Masa round? apa jadi?
Member seperjuangan nak g KK..hmmmmm
" tadi aku bagitau bos aku nak g kk" Member aku tu bagitau aku dengan muka excited.
Kontra dengan aku... tetiba aku stress dan tak best sebab tetiba dia decide macam tu.. Hmmmm.. Last 2 weeks ada juga dia cakap nak pindah, tapi.... dia tak sure... Tetiba pagi ini.. dia decide dan tekad beritahu bos. Hmmmm..

Apa boleh buat... Teruskan perjalanan dengan apa yang dia inginkan.
Jika itu yang dia happy. Hahah.

hmmmm....

Masa round di ward...

Jumpa adik .

" beli baju satu percuma satu ea? Baju sama dengan adik je?"
Bos aku tegur. Adik??? Dr R..
Junior Ikmal psychooooo plak.. " bos pun sama cakap adik dr ea? hahaha" .... -_-'' ... Hmmm Kata sakit urti.. tapi nak juga kenakan aku.

AKu tak yah cakap... Sakit tekak ke.. tak sakit ke.. Ada suara ke.. xda suara ke.. Bab kenakan orang.. mesti diteruskan..

Hahaha.. Kelako r tak ada suara nak cakap.. Hahah..


Oncall.. aku dan Syazwan...
Setiap kes kena join sama.....Ok je.3rd case is K wire for Closed Fracture Lisfranc ..perghh.. menangis tu nak buat.. Kul 12am dah..

" Wan, aku dah tak larat ni..kes bertubi-tubi masuk ni... ko nak buat juga ke? hmm kalau ko nak buat, aku join je lah..." Mengeluh aku sebab dah tak larat..ahahah.

" Buat je lah.. kesian patient nanti tertangguh lagi esok.. esok OT full"
hmmmm...

Tetiba... Ada kes emergency Obstetric.. Hooorey!! Kes ortho cancel.. Alhamdulillah.
Dapat berehat aku malam tu..


Esoknya 27hb Ogos.. Nak g bercuti lepas passover.

Apapun.... hmmmm belajar untuk menghormati keputusan orang lain. Jangan paksa dan berikan dorongan . Kita tetap bersahabat selamanya jika niat itu kekal ada.








Monday, August 24, 2015

URTI + Oncall

Alhamdulillah....
Masih diberi ujian tanda aku masih diberi peluang untuk menebus kesilapan.. Tuhan masih memberi peringatan pada aku yang selalu alpa...

Jumaat.... sabtu
Sakit kepala.. tapi tak sure kenapa.. Bahagian kiri kepala berdenyut.. Tak ada symptom sinusitis pun.
Lepas seharian makan Panadol, symptom xresolve.

Parents kat kampung... pun batuk2 dan sakit tekak..hmmmm
Sabtu petang... Start symptom dah.. sakit tekak... sinusitis.. Kepala confirm berdenyut.

Balik ke Segamat petang Sabtu.. Malamnya... aku dah janji nak ajar Dr junior..hmmm.....
OK lah..

Saja restart balik sparing..

Since kena kutuk dengan bos aku pasal aku banyak songel sangat, tapi OTak KOSONG.. pergh...
Kalau aku dulu, aku sedih... tapi kutukan yang diterima dalam GROUP WASSAP dengan big boss ada. hmmmm..

" Thanks.. Good Advices."

Just Be Cool.
Ini Dunia... Tuhan bisa melakukan apa saja je... Aku hambaNya.. aku berusaha menjadi yang lebih baik... hmmmmm


Sunday... OT, Kes pembedahan.. banyak... tapi aku join  kes spine je sebab.... Sinusitis aku dah melarat.. selsema aku makin teruk... Tekak sakit.... Badan panas... tapi terkawal.. Panadol 8 jam sekali... compliance... sebab takut tak boleh buat kerja..

Hari ini... Isnin.. pagi.. Suara dah tak da..
Sakit dan perit... tekak.

hmmmm.... tapi sempat review pesakit di klinik, aku guna khidmat dr junior.. aku tukang tulis.. hahah.. suara dah xda.. bisik2 je..
Segan..ahaha..

Tetiba ada jumpa seorang mak cik dengan seorang anak lelaki.. datang untuk check luka kaki...

" Kau tak keje ke?" Aku bertanya pada pemuda yang menolak kerusi roda mak dia ke dalam bilik pemeriksaan..Bahasa aku nampak kasar sikit.. sebab  ini teknik aku untuk berkomunikasi dengan lelaki versus lelaki... nampak kasar , baru machoo.. Tak kekok. Tapi teori ni aku nye teori..  hahah.. Ikut suka ati aku r.

" Tak keje. Jaga mak"

" ooo..".. hmmm aku pun check luka mak dia.. Cantik dan bersih. Pandai jaga. MAk cik tu cakap, anak dia ni yang dressing .. Rajin.

" Luka macamana Dr? " Tanya pemuda tu kat aku.. hmmm..

" Ok. Cantik, lagi sikit je nak tutup.. Dressing macam biasa. ok lah ni".. Kagum dengan jagaan anak mak cik ni. Sungguh2 buat.. hasilnya bagus.

Sambung.....

" Habis tu, pendapatan sara diri macamana?" Aku tak puas ati, macamana dia dapat duit sara diri. Muka dia tenang je... Tak nampak stress.. Best giler hidup macam tu.  Tenang.

Aku... hampeh.. stress memanjang.. Tak puas ati, gossip dan kutuk2.. Dia ni.. muka cool.. rilax..

"... lepas jaga mak, cuci luka.. saya g keje kampung. Menukang ke apa. Ikut orang panggil lah."

" Oooo.. hmmmm" AKu masih tak berpuas ati dengan jawapan tu.. tapi disebabkan suara dah tak ada.. Tekak sakit... hmmm Perbualan terhenti di situ.. Surat dressing diberi dan kad TCA juga aku beri.

Alhamdulillah.. Semoga Allah merahmati pemudah yang budiman tersebut. Masih ada insan berhati mulia. Menjaga ibunya tanpa mengira dirinya.. hmmmm

Semoga aku mampu mencontohi sifat mulia beliau.


Oncall dengan demam... sakit kepala...sakit tekak.. memang mencabar...


p/s: Ini tak.. baru sakit belakang post gym.. dah MC keje.. apa lah.. lembik tul.. ahahah.. OK. bye. Salam.. hihih




Saturday, August 22, 2015

Jaane Nahin.. Denge Tujhe... tajuk lagu



3 Idiots...

Hahaha... Baru tengok 2 minggu lalu..hihihi.... Kena paksa dengan member.. Tak tahu, pesal apa kena tengok citer hindustan ni..

Finally, tengok juga...
Samapi 145am... nak habiskan.. ahhaah Best juga sebab banyak komedi. :P

Lepas 3 Idiots, aku tengok cerita PK.


Dulu.. aku tengok citer Mann.. ahahha.. tu je yang aku ingat sebab tertengok TV zaman sekolah.. hihi... satu2 nye cerita hisdustan yang aku tengok sepenhnya..

even cerita kush2 hota hei tu pun,.. aku tak tengok sangat pun.. xsuka shahrukhkhan.. hahaha.... Sebab? Entah..

hmmmm.....

Lupa nak list down...

3 Idiots... menerangkan.. seorang yang penuh minat dan usaha.. menjadikan dia matang dan cerdik dalam kehidupannya.. walaupun hidupnya tak sekaya orang lain yang bermewah dengan harta...

Yup, dalam hidup.... dan lumrah hidup..
Kita mengejar dan mahu berkawan dengan orang yang cerdik pandai.. kaya raya... dan hebat.. berpengaruh...

berkawan untuk sesuatu.... hmmmm Ia tak lahir dari jiwa yang ikhlas.. tak mampu memberi impak yang mendalam dalam setiap apa yang kita berikan...


Apapun.. 3 Idiots.. memang banyak beri pengajaran..

Yang penting, kalau nak terjun... bangunan.. Terjun dari tingkat yang jauh lebih tinggi.. Jatuh, terus mati... So, tak yah refer aku untuk spinal shock! ahhahaha :P

Gurau...

Dalam ISLAM.... HARAM bunuh diri wahai Sahabatku.

2008 in 2015

Alhamdulillah..

20.Ogos.2015..
Hari ini, aku oncall OT... Ok lah.. 3 cases je.. since oncall dengan senior yang baik  dan memahami.. so, boleh rehat malam tu. Alhamdulillah..

Cuma tertarik untuk flashback kisah Potassium 3.3 versus 3.26... kisah 19hb OGOS..
Memang lah both numbers tu tak normal.. tapi bila present to member yang kerja sama.. beza 0.04 itu menjadi isu besar sampai kena call balik...
bukan aku, tapi member aku. Member aku tu punyalah baik dan dia sangat cool je. Kalau kena marah pun dia rilax je... tapi, bila kena call balik sebab ada yang tak puas ati  sebab member aku tu bundarkan 3.26 jadi 3.3... dia call balik member aku.
Hmmmm.. SANGGUP call sebab tak puas ati.... Personal problem dibawa masa kerja.. memang payah...
0.04 itu tak beri kesan apa pun.. kalau ko nak angka 3.3 sangat.. aku boleh repeat blood ... hmmmm aku boleh buat magic buat Potassium tu jadi normal.. hihihi...
Well... budak nakal biasanya banyak idea dan helah.. cuma... Hmmmm Kita berusaha untuk jadi baik.. Jadinya, kena behave.

Kisah berakhir bila member aku tu  tanya doktor yang tak puas ati tu " so, ko nak aku buat apa? Nak reject kes?"
Doktor tu terus letak telefon..
Conversation tu berlaku depan aku.. Hmmm Sungguh memalukan sikap macam tu... bukan sekali dua.. banyak kali...kisah tak puas ati dengan member aku tu..

Moralnya..
1. Bila deal dengan manusia berperangai pelik, kenalah bersedia dengan sebarang kemungkinan.
2. Jangan lawan dengan api dengan api.. dua2 terbakar, masalah tak settle.
3. Kena cekap dan lebih pandai , menambah ilmu dari masa ke semasa.
4. Bila ada kuasa.... jangan bongkak dan angkuh.. kerana Allah akan menarik kuasa ,kebijaksaan kita bila bila masa.
5. Berlaku baik tapi jangan sampai dipijak..
*member aku tu terpaksa bercakap TEGAS bila mendapat panggilan Tak puas ati tu.. kerana dalam keadaan penat dan busy malam tu, dapat panggilan yang tak puas ati sebab BEZA 0.04??? Siapa tak bengang.

Apapun, member aku termenung panjang malam tu sebab terasa kecik ati, terasa kecewa dan terasa pelik.. member seperjuangan sendiri buat dia macam tu...
" people change bro.... Rilax je.. Yang penting kita buat yang terbaik dalam hidup kita. Tak payah fikir sangat... Bila kita di atas, jangan jadi macam tu. Kita sama level... ud44... tapi berlagak macam ud54 tu.. tak patut kot...." hmmmm.


Birthday BOY... BOETA..

20hb OGOS... Syahid..
Aku nak request Mee Goreng dia masak.. dulu pernah dijemput datang rumah depa untuk berbuka puasa sama.. Syahid masak mee goreng.. Pergh Sedap.

tapi memandangkan dia keje pagi balik petang.. hmm tak jadi nak bagitau.. Aku belanja kek dan kfc je lah.. Kesian palk .. nak cari barang2 nak masak..

Semoga dia menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Jadi sahabat yang terbaik buat sahabatnya.. Menjadi doktor yang selamat, cekap dan soleh lebih baik dari hari sebelumnya. Semoga dia sihat sejahtera selalu selamanya...

hmmmmm Tak cukup member ni.. ada budak balik kampung... tak sampai2 lagi segamat.. ke dah sampai.. tapi tak mo datang?? hihihi... Budak poyo. hmmm
Husnuzhan... tak kisahlah.. Kita sambut majlis Boeta dengan siapa yang ada.
" Kita buat majlis tu dengan siapa yang ada je. Aku tak pasti yang lain boleh join sebab ada yang shift malam"
Itulah pesan aku kat Boeta sebab pemilihan tarikh tu yang best... dan aku rasa ada beberapa orang esp geng2 kita je tak akan datang for unknown reason..hmmm as expected.. Dua orang tak datang.. hmmm.. echah dan dr R.. :P hmmm

hmmm.. Aku jemput kawan2 Boeta juga dan member dari ortho dept..... meramaikan...
Kek tempah sebab xmau ambil dari secret recipe.. nak majukan perusahaan orang tempatan melayu pula..
Ni gambar curi... Hari ni kes SPORT Surgery.. rugi tak dapat join.. kalau join pun.. hmmmm dah penuh sebab MO incharge dah ada.. dengan bos 3 orang. hmmm.. ok lah.. tengok je dari jauh..

Selfie beramai2 ..  memang budak degil style.. Teringat masa kecik2.. bila orang tua tengah buat keje.. aku p buat kacau kat belakang.. Kalau famili tengah bercucuk tanam, kitarang pergi cangkul tanah cari cacing... kalau rajin, cangkul sampai jadi kolam.. hahah.. pastu, kena marah, kolam ditimbus atau jadi 'loji' pelupusan sampah.. ... hmmm tapi dah besar..  oklah berakal sikit.


Sofa.. dan almari baru. Harga separuh claim oncall..hmmmm habis duit.. Servic kete pun dah 600++.hmmm Tayar botak medially.. Patutlah bawa kete macam tak sedap je.. Siut betul siapa adjsut aligment and balance tayar kete aku.. Hmmm..
" Ada orang nak datang ke rumah dr?"
Tersentak sekejap kena tanya soalan tu sebab aku cerita aku beli sofa.
AKu beli sofa sebab ruang tamu tu kosong.. AKu nak create rumah tu macam rumah.. hahah..
Keduanya.. boleh aku lepak kat sofa tu.. tidur situ kalau bosan..
Aku juga takut mak cik pak cik aku datang segamat.. nak jenguk aku.. susah kalau kosong... hahah Mesti kena kutuk..
Smart r motor tu..
Boeta... Acap.. a fragile heart man-Fey... hahah.. Adel and yaya.. hmmmm Kek baki akhir  tu untuk budak poyo yang tak mo datang..keh3..



OK.. mission accomplished next OCT!

Wednesday, August 19, 2015

Learning Points......

Alhamdulillah...

hmmmm.. Banyak yang aku pelajari dua tiga hari ini.

1. Belajar untuk menunaikan JANJI.. walaupun diuji macamana.. JANJI tetap janji. Buruklah perangai dan hinalah orang yang memungkiri JANJI.

Janji U.S...hmmmm Saat yang aku takuti jika lupa....
Walaupun mereka telah pergi ke posting lain.. mereka adalah junior aku yang aku sangat rapat.. entah tetiba nak rapat dengan mereka. Takdir dari Yang MAHA ESA.. aku pun tak tahu.. Hanya berserah.

Mereka tetap ada... dan ada dalam hidup aku walaupun mereka telah pergi.. kerana mereka memberi kesan mendalam dalam hidup aku.. Tiada sebab aku melupakan jasa mereka.


2.  RESPECT.

Menghormati hak orang lain...
Jangan kacau orang.. jangan kacau tunang orang.  hmmmm jangan berlagak..
Jangan memalukan orang.


3. Bersyukur...

tadi dinner kat kedai abe.. hari ini 19.8.2015.. hmmm terpandang bro yang buat air tu.. hmmm rajin... berapa gaji dia? Hmmm.. Hidup berhari2 macam tu... Gaji aku mungkin jauh lebih besar.. tapi dia tetap senang meneruskan kerjanya..  Aku? Hmmm itu ini... ada je tak kena...

Pernahkah dia merungut tak cukup? hmmm ntah.. Harap... aku jadi manusia yang bersyukur dan rajin.

4. Fokus..
fokus menambah kekuatan memori. hmmm betulkah?

5. U.S

tadi Dr Annas datang ward aku.. hmmm dia nak bagi borang cuti.. tapi dia datang jumpa aku.. bgtau... borang ni.. kosong lagi... kena ho lain cop..
DR Annas, Ho junior yang baru habis posting Ortho. Ho yang rajin, bertanggungjawab.. Orang Kelantan.. Ayah dia sudah meninggal..hmmm...

Kat posting Ortho, dia balik kelantan sekali. Alhamdulillah.. Balik BP? Selalu..hmmm..

Walaupun tak serapat geng2 kita je.. tapi dia sangat baik. Menghormati aku.
Aku? Biasa r.. kalau tak kenakan orang memang tak sah.

Borang kosong dihulurkan juga walaupun dia akan ambil balik.. Entah kenapa dia tetiba datang ward aku... dan sengaja datang jumpa aku ... yang tengah kacau junior HO lain..hmmm...

" dah kosong ni, ko jumpa aku buat apa????" .. hahahah ayat ini yang aku akan keluarkan kalau dia HO baru... tapi tadi.. aku cakap..dengan nada cool je.. " Eh...hmmm tak pa lah.. ok je.. tapi kalau ko nak cop.. g lah cari Ho kat ward sebelah.. "


Dia pun pergi dan aku tunggu..

" Dr.. ini borangnya..." sapa dr Annas.

" Ooo.. thanks. Hmm Good luck!"Sebab dia nak ke posting paediatric.... hmmm

Dia pun senyum... pandang aku dan berlalu.. sambil lambai tangan..
tapi... buat kali kedua..
dia toleh belakang dan senyum lagi..  sampai hujung jalan.. dia toleh kali terakhir dan lambai sambil senyum.... hmmmm.. ok, Aku full of common sense dan 6th sense.
Jangan sorok  apa2 dengan aku.. confirm aku boleh detect... Itulah aku yang suka belajar hati manusia dan trick manusia..hmmm

Dia member yang bagus. Walaupun ada benda yang aku tak puas ati dengan dia.. tapi OK je.. Dia bagus. Menghargai kewujudan aku...

Sanggup belikan kuih AKOK dari kelantan untuk aku... terharu aku.... hmmmmm... Sanggup tu.
hmmm sedangkan member yang aku respect.. yang aku kirim barang pun.. mesej tak berbalas dan senyap.. padahal sentiasa wujud depan mata.. hmmm Seolah bercakap dengan dinding..

Sebab itulah orang kata.. " Hargai orang yang hargai kita .. Jangan mengadakan sesuatu yang tak ada untuk kita.. Jangan memaksa orang yang tak ada  itu untuk ia ada. "

tapi jangan berlaku kejam...

U.S... terima kasih Dr Annas.. for ur helps..

Aku tanya dia kat wassap.. " Kenapa pandang toleh belakang banyak kali masa lepas bagi borang?.. ko pandang siapa?"

Dia cuma reply " hehehe.... ntah".

Semoga dia jadi anak.. bapa dan pemimpin serta doktor yang bagus. Bila nak tambah anak? hahah


Cerita....lain..
hmmmm.. 3 idiots.. Cerita yang best juga..
Bila aku tengok babak last...Rachoo anak pekebun  Rumah Kaya raya tu,... menjadi seorang yang berjaya... aku tertarik dengan cara dia hargai kawan dia.. Rachoo menyimpan barang2 kawan dia.. beli buku produk kawan dia.. baca blog kawan dia.. simpan helmet kawan dia..

teringat aku.... Aku simpan buku yang member aku beli untuk passover, tapi aku curi 2 buah + pen yang dia bagi pinjam. ..aku juga simpan karja lukisan kat Sketch Book aku...

Sebab aku nak ada sesuatu yang mengingatkan aku tentang kebaikan mereka. Mereka member yang bagus.. semua juga.

hmmmmm....

Monday, August 17, 2015

Gambar je..

hmmmmm buku ni ada 4.. buku untuk passover.... beberapa bulan lalu..  2 je aku guna.. 2 lagi aku simpan...
Saja je.. Yup... memang ada back up jika buku tu habis..
tapi aku ambil je buat buku nota.
Tu pun pen sponsor... hmmm

Maaf.. buat harta sendiri.. :P
machooo sey...
Walaupun tak tertulis U.S.. tapi ikhlas bertemu ikhlas... akan menginkat silaturahim..
hmmm InshaAllah.

Sunday, August 16, 2015

Melihat Tanpa Melihat


Jangan resah...
Jangan gentar..
Tiada lagi keresahan...
Inilah peluang keindahan...

Heart raise up...

JUST do It!

Alhamdulillah.... setelah dua weekend terpaksa ONCALL.. huhu.. takut mood swing....
As usual... Setiap kali oncall akan sentiasa ingat pesan member agar jangan emo.. jangan kerek sangat..

So.. hmmmm....

Bila buat round... satu per satu pesakit... slow giler perjalanan..... sebab aku tengok satu per satu... sebab tak mahu missed benda.. tak mahu aku cuai... lagi satu nak ajar rakan sekerja..

Semalam 15hb.. hmmm hari yang penuh stress...

Member baik kerja sama..hmmm...
punyalah baik... tapi bab kerja... agak kecewa... Dulu pun dah tegur.. tapi... masih mensia-siakan TRUST.

hmmmm Mahu dikisahkan di sini.. tapi takut stress.. Biarkanlah. Hilang...

Member tak akan biarkan membernya dalam kecuaian..
Member tak akan biarkan membernya dalam kepayahan...
Saling menjaga.

sampai suatu masa. dia terpaksa decide.. lebih baik menegur sebelum terlewat agar membernya jadi lebih baik dan lebih cekap..walaupun.. impaknya.. dia mungkin dibenci kerana kekerekan...hmmm

Yup.. Aku memang kerek..
Biarlah aku kerek.. asal member aku jadi lebih baik dan lebih effective...

Jika mereka ada.. mereka akan ada.. Kalau tiada .. ia xda...


hmmmm... Semoga rakan2 yang memberi aku nasihat... kalian sentiasa menimba ILMU dan PENGALAMAN dengan baik dan cekap.. Jangan sia-siakan masa lapang dan senang.. Ia sementara..
Fikirkanlah..suatu masa.. bila kalian jadi MO.. siapa yang akan  decide buat pesakit ? Tak kan nak tanya je.. MALU dan MALU...sebab tak effective.. Belajar untuk jadi MATANG.. wahai sahabat sekerja aku... yang aku ambil berat... MELIHAT TANPA MELIHAT.

Saturday, August 15, 2015

jamuan raya HS 13.08.2015

Hospital Segamat..hmmmm
Hari ini ..full day OT.. lotih buat operation...hmmmm... xsempat buat deco.

tapi sempat jadi tkang cedok ice cream..

tapi yang paling best.. ada budak kena halau minta ice cream kat bos.. hihi.. kesian dia.. bajet nak bermesra dengan bos... tapi kena halau.. hmmmm tak adil betul orang tu layan mcm tu.. apa dah.
sabarlah wahai insan.

feveret....member..... hmmmm..


U.S


besday boy.. celebrate dengan bos semua. happy! tapi ada geng tu tak suka..sorry.. hmmm

syazwan... dengan besfren dia hihihi...