Friday, July 31, 2015

Photo Gedixlicious : Tiru aksi selfie adik bongsu!



So... yang aman adik bongsu... ??? hmmm pandai2 r cari....

nampak sangat poyo je dengan cap OT selfie... hihihi.. nasib r.. dah niat nak gdxilicious masa keje juga aku post tiru gaya aksi adik aku tu .. hahah...

saja...  xda keje.. sementara menunggu kes dibius...

nak melayan diri yang tengah stress sebenarnya.. ada banyak cara.. ada masa , kita divert fikiran kita kepada famili kita balik.. ahhaha... sebab mereka ada walau apa jua keadaan..

orite.. salam malam.

Alasan untuk private ..hmmm


" Kata-kata boleh membunuh.. Hati-hati"

hmmmmm... Bukan kata daripada manusia biasa.. ia pesanan rasulullah ..
hmmmmm.. Banyak manusia yang masuk ke neraka kerana mulut.


Ada kala aku off kan FB dan privatekan blog...

Yup.. masa tengah stress+++++++... Ini yang aku akan buat... sebab tak mahu tulisan aku dibaca oleh orang.. Biarkan ia private...

Aku khuatir, hasil tulisan aku membunuh banyak orang...
Bila aku menulis, aku biarkan ia terekod dalam blog atau fb... tanpa dilihat...
Bila diri dan cool... aku akan baca balik... kalau ok, aku akan publish.. kalau tak..hmmm simpan je atau edit..

Maaf, pada pelawat yang jenguk ke sini.

Aku ni manusia biasa je.
Tiada keistimewaan apa2 ..
tiada kereta mewah..rumah beratap zink yang selalunya ada titis air menemani tika hujan lebat..
tiada frozen environment inside my house... semuanya berkipas saja..
tiada gaya hidup mewah.. tiada aktiviti yang best seperti kebanyakan member aku..
tak tahu main bola.. xtau main games..  tak tengok wayang..
melainkan.. suka melawan.. suka menyakiti orang...
ia bukan membosankan tapi merimaskan....
hmmm,,,, Macam pohon kaktus..

Menyerap air untuk hidup jauh ke dasar tanah mencari bekalan membesar.. Kepayahan yang amat sukar.. Membesar sebagai pohon berduri.. melarang sesiapa mendekati..pasti disakiti.. bila disentuh.. pecah dahannya kerana terlalu rapuh dinding pohonnya.

hmmmmm.... Semoga suatu masa.. diri kan menjadi pohon rendang yang berbuah lebat menghiasi taman kehidupan.. memeriahkan suasana dan menenangkan sang hiba.

Hihi...

Ayuh... teruskan perbaiki diri.

Tak semua boleh menerima.. tak semua menolak..
Hargai apa yang ada.. Yang tiada, doakan mereka.

Yang ada tetap ada pada JANJINYA. TRUST your frens,
hmmmm... U.S.

8am 31.07.2015

...Alhamdulillah....

Oncall tamat...

fuhh... aku ambil cuti ahad ni..tapi.. diakhiri oncall dengan khabar yang amat tak sedap.. cabaran betul... 2 hb... ntah.. tiba2 je beritahu team leader.. aku nak off that day. alasan??
sebab big bos xda, xbest keje... nak rehatkan minda.. nak lepak lama kat rumah..ahahah

Ada yang tak puas ati aku review kes lambat. hahah..
review kes 3am versus about 7am... This is orthopaedic.
Bukan aku melengah... sepanjang kerja, aku antara orang yang paling cepat tengok referral.. cuma malam tadi, aku terlelap balik lepas dapat referral sampai tak terbangun till 6am. Kes stable . Kalau tak stable pun, aku bukan boleh buat Op stat.hmmm.. entahlah weyyyhhh..

InshAllah. Next time aku berusaha untuk improve stamina agar lebih tahan lasak kerja 24 hour tanpa tidur tanpa tergugat pertimbangan dalam keputusan rawatan semasa oncall.. Hohoho

Ward 3.
hmmmm oK. houseman aku..hmmmmmmm.... kecewa juga bila tengok plan budak ni. rasa nak hmmmm... hahah..

Ada masa kita gelak sama.. ada masa kita kerja kena tekun dan serius.
Bagaimana kita bekerja... bagaimana kita bekerja untuk pesakit dan untuk memberi terbaik agar nama baik member kita pun terjaga..sebagai team leader semasa bekerja. hmmm....
Aku kalau aku baik dengan senior aku, aku akan pastikan aku tak akan menyusahkan dia dan sentiasa impress dia... bukan nak mengampu, tapi nak hargai kebaikan dia. Bak kata orang, orang yang baik tu selalunya tak lah lama dalam pertemuan kita. Ia seumpama purnama yang datang seketika dan akan menghilang.. tapi keindahan bulan tetap ada .. cuma yang jelasnya ada waktunya.

Aku sebagai senior budak2 ni dalam kerja.. selalu memberi teguran dan arahan yang sangat detail.. tapi agak gengster kot... brutal..Sebab... aku tak mampu nak ajar banyak dengan ilmu tinggi.. tapi aku ajar mereka agar menjadi doktor yang selamat dan effective ... hmmm junior oh junior.. Yup .. aku pun banyak kali kena tegur  itu dan ini.. banyak je tak tahu...nampak je aku ni bodo2 buat tak tahu.. tapi balik rumah study kot... hihih study lepas update facebook dan blog.. hihi


Ada masa... kita tak perlu menyatakan niat kita dan tujuan mengapa kita berbuat sedemikian...
Fahamilah dengan mata hati dan akal sendiri... mengapa ia ditakdirkan sebegitu...
hmmmm... tak kan lah kalau benci sangat... lepas marah dan mengamuk... orang tu belanja makan... hmmm...


Jumpa budak yang aku tak mo jumpa sebab bengang dengan budak ni.hmmmm...
Tuhan lebih faham apa yang kita tak faham.
Aku sengaja panggil dia nak tau siapa incharge patient..
pantang panggil...
Asyik loyar buruk budak ni...
hmmm... alhamdulillah...ok je aku bila deal dengan budak ni.. ingatkan aku poyo stress macam biasa. hik2.. xleh2 berlakon macam dulu.. sebab budak ni dah kenal aku sangat... hmmm..
boleh plak dia lepak sama  buat review kes yang lambat aku tengok ..join sama.... menyibuk tul.. ada je nak mencapub ..hmmm

tapi....

Semoga apa yang dirancang berjaya bro dengan suksess!
Doakan sahabat2 mu juga.

Kisah 8am....?

Jam ... 759am...

" Kau kat ne?" ni mesej aku..

" DR kat ne?".. serentak dapat mesej..

hmmmmm. Janji yang ditepati... OK. Dia punctual... aku pun.
Ia getir... sebab perjanjian seterusnya...

" No more mesej as previous since dia dah ada barrier sendiri.. soon..."
Ok.
Buku perjanjian diberi jam 8am.. tapi buka pada hari ahad.!

orite...

OK.. aku redha saja.. Tenang.
Bersyukur aku masih diterima oleh orang lain.. hihihi..
Assumptions alwez kill.

pagi2 lagi , budak ni dah repeat ayat feveret aku tu.....hmmmmmm.....
Agreed.

Study jom! Jadi insan berilmu.. jika tak setaraf sijil.. kita tetap akan maju dengan ilmu dan pengalaman.. Tuhan akan angkat darjat insna berilmu. Itu janjinya.




... sketch book.

Jam jam terakhir...

Lagi tujuh jam... mata terpandang jam dinding 1.15am..

Hmmmm..
Maksudnya?

Ada perjanjian besar aku dengan orang yang selalu aku jumpa dalam alam maya.hmmm..

8am esok jumpa dan dia serahkan  sketch book...aku.

Masa tu... no more mesej... to her.
Hmmmm

Dunia ko... seoalah member rapat yg ko kenal... tapi kerana ko terhantuk kepala.. cerebral concussion..

Ko hilang ingatan.. dan ko xkenal sesiapa.hmmm

Itulah ibaratnya..
Bila selalu berborak dan kongsi pngalaman... tiba2..terhenti
...hmmmm...

Skrip drama habis. Tamat.

"Eleh... nanti keluar season baru..."
Mmber aku buat lawak..

"Tak kot rasanya.. skrip tu untuk satu cerita. Ia berakhir dengan indah. Hmmm seorang yang baik bertemu yg baik... semoga takdir mereka terus indah ceria tanpa kekacauan.itu lebih utama."

......bagi aku... break d habit.. sangat kaw sakit atim

Tapi.. kerana respect dan mmber. No problem.

Jika dia lalu di sini atau teman hidup dia lalu sini... " semoga yang terbaik buat kalian. Be humble dan jaga Allah.. Allah akan menjagamu..
"

Wednesday, July 29, 2015

Nilai sebuah nasihat...atau nilai siapa kita pada orang..

ada kala terfikir siapa kita... dan nilai kita pada orang di sisi kita..

1. bila bertanya... apa jawapannya?
2. bila minta bantuan... apa respon...
3. bila kita memberi nasihat.. apakah yang diamati?

nasihat yang sama... dari orang yang berbeza... tapi impaknya berbeza.. hmmm..

inilah dunia..

salam malam..

Tuesday, July 28, 2015

Gambo + komen

Ia ada.. tapi jarang dilihat dan diketahui... Tapi ia menyokong kuat pada siapa yang ia pegang.... Yang penting... ia xbackstab pada siapa yg ia pegang... IG...
PCL- posterior cruciate ligament... antara ligament terpenting untuk lutut kita...

Macam biasa... rutin bila tak oncall.. melayan dan memanfaat ruang masa di klinik .... Jika 4 bulan lalu.. semangat nak lepak klinik sebab lepak makan sama2 dengan geng yang sekepala... bergossip.. lepas buat kerja.

Stress kerja terkurang sikit bila masing2 kluarkan cerita ... pastu gelak..
Kali ini.. datang klinik... bukan tak semangat.. cuma teringat semangat 4 bulan lalu tu lain je..
Kali ini lebih serius dan lebih SERIUS... hmmmm.. ntah tak tahu kenapa.. bila sudah ada bisikan yang kedengaran tidak menyenangkan... hati pun tak syook..
tapi.. kerana nafkah buat suatu perjalanan.. AKU teruskan perjalanan dengan tekad perubahan diri kepada yang lebih baik dari hari sebelumnya...
Insafi kesilapan lalu.





hmmmm... Sedap.
Inilah pulut yang dijanji oleh member yang dah belikan buat  kali kedua mungkin atau ketiga... hmmm Mohon maaf menyusahkan diri kalian..
Yup.. memang aku suka pulut based juga... asalkan bukan nasi.
actually.. manisan memang aku layan habis.. entah bila aku akan didiagnose DM aku pun tak tahu..
masa tu.. mata sudah tak nampak melihat dunia...
haus tersekat air yang tandus terhad...kerana ginjal sudah rosak..
luka yang kebas tapi menyeksakan...
hmmmm....
andai 'hati'  ada saraf... aku harap saraf di hati yang kebas dulu ...hihih ayat nak jiwang plak.

hmmmm.. kat 1segamat... sedap juga.. layan..
member nak makan sangat kedai ni... xda kete.. xda motor.. hari pun hujan.. jalan becak...
just drive sekali bawa dia ke sana..

hmmm... macam kenal tulisan tarikh....hmmm tapi...tulis summary bukankah ho tu..... Oooohh.. teringat masa HO buat summary ni.. panjang giler dan complicated.....aku yang semak balik... dan top up yang perlu...

apapun.. terima kasih atas pertolongan...
jasa bakti dan ukhwah diberi suatu ketika itu...
hahah.. kalaulah singgah... atau dipaksa singgah..
tu je nak bgtau.
hmmmm... confirm tulisan aku...
tetiba je budak ni masuk line kacau...

hmmmm layan je....pusing2.... jalan cerita.. tak leh lari dari dua orang budak ni..
blog jiran sebelah .. harap diam dan jangan gelak bila blog ni.. ko dah stalk..hihihi..

hari ini aku buka lah blog...



Kena soal Rule no 3?

... berbual dalam mesej...

tiba2 kena soal balik....
Rule no 3?

......
Salah...
........
salah...
....last chance!!
(tengok balik old mesej.....jumpa pun... hmmm terasa insaf bila baca rule no 3)
TRUST your fren..

hmmmmmmm... sebenarnya.. hari ini banyak je benda berlaku.. yang buatkan aku tertekan sampai banyak benda aku lupa.
letak kunci ke barang.. aku lupa..

YUp even Tarikh hari ini Aku lupa....hmmmmm..
MasyaAllah... hebta sungguh kuasaMU...

Mohon kemaafan aku padaMu..
melupakan Engkau yang memberi aku nafas kehidupan merasa dunia yang penuh ketidak adilan ini... dan hanya padaMu aku merasa Maha AdilNya engkau padaku.

Hikmah buat diri.

Alhamdulillah...

masih bernafas aku ... masih aku ada ingatan untukMu...
walaupun terasa otak sedikit melayang....hmmm letak barang pun dah mula lupa2... macam tak fokus..

Entahlah... dah start balik kot..hmmmmm...

InshaAllah... Just do it!

Kisah aku buat kes Op lewat siap tu rupanya ada yang tak puas ati sampai kesinambungan.. hmmmm

Apa yang tak kena ye...

Entahlah.. Tak puas ati sebab siap lewat?

Yang aku tak paham..
1. Kalau ko rasa aku lembab... tak payah  panggil kes.
2. Kalau ko rasa ko nak buat juga.. ask bos aku buat.. kalau dia nak lah..

hmmmmm.. seingat aku.. pernah je buat kes sampai 5 jam dengan bos.. satu procedure.
Sebab tu.. Jangan nak burukkan surgeon. Buat operation ni bukan macam buat kek..
Kalau ko rasa malas... ko stop dan buang.. esok buat balik yang baru..

Ni nyawa dan harga manusia..

Aku berdepan dan memberi khidmat yang terbaik  untuk pesakit aku.. Dah lah tenaga dah berkurangan.. kes tu mencabar sebab badan besar...

Datang2 cari pasal.. psychooo..

just a words " So??" .. ko dah melenting... then.... macamana nak hadapi dengan ayat2 aku seterusnya..


Kau nak hantar orang bantai aku? hmmmm...
boleh mereka tu menerima ayat2 aku... ayat2 dari hati yang tak ada receptor belas kasihan???
Kau pasti nak bertembung dengan aku??
Kau yakin kau tak akan menyesal?

Kau fikir aku takut hilang kuasa? Pangkat? Wang?

Aku hidup tak memandang WANG.. tak cair dengan kuasa.. tak terpedaya dengan janji dan keseronokan...

Aku memandang serius pada amanah dan redha Ilahi.


hmmmm... bila vicious cycle kembali dan kembali...
memandang siapa di sisi memberi sokongan... hihi...

hmmmmmm.... U.s............
mereka... masing2 bertembung ujian juga...
Jangan bebani sahabat2 yang ada dengan bebanan yang tak sepatutnya.....
Doakanlah pengakhiran yang terbaik buat diri dan  kita semua..
Bagaimana kita mahu  menjadi sahabat yang kuat andai sering mengadu dan mengharap sokongan dari sahabat tanpa berusaha sendiri..hmmmmm..


Konklusinya...

1. Mulai saat ini.. jangan buat sesuatu yang boleh menambah rumitkan keadaan.
2. Kalau tengah bengang .. datang seorang yang menambah bengang.. DIAM dan buatlah kerja dengan fokus kerana itu yang terbaik.
3. Rehatkan lidah... dan kuncilah kata-kata dalam amarah kau kerana kau belum mampu memberi kata-kata yang tidak melukakan hati orang.
4. Teruskan usaha...
5. Jagalah ukhwahmu tanda penghargaan kau pada mereka yang wujud memberi warna keindahan dalam perjalanan. Meskipun.. ia terhenti pada suatu titik kepastian suatu perpisahan.

Stop berlagak wahai diri sendiri.

hmmmm...


Nasihat..

Jika ego dan sombong aku.. dulu.

selalu menolak teguran dari orang biasa dan kebanyakan.. hanya orang yang bagus je aku terima..


Hakikatnya... aku silap besar. Teguran itu dari Tuhan.
Aku wajib terima...


Bila aku sedar... aku terima nasihat dari sesiapa sahaja ... cuma kadar kelajuan nak hadam tu bergantung pada diri semasa memahami apa yang dinasihatkan....hmmmm sebab aku ni manusia.. ada ego dan perasaan yang susah difahami.


Yup.. ada masa kita beri nasihat.. tak dipandang pun sebab mereka yang dinasihati.. kononya merasa hebat dari kita.. Hakikatnya... hmmm

Entah.. bior je lah..

Bila kepayahan menimpa.... orang yang ego ini.. sukar menerima kata-kata nasihat dari orang biasa... hmmm macam aku dulu... sedangkan orang biasa tu punyalah bertubi2 memberi kata-kata semangat dengan kesungguhan... hakikatnya.. ia tak beri apa2...
Ibarat seekor pipit membawa sesudu air memadam api yang membakar Ibrahim.
Usaha yang sangat tak masuk akal..

tapi... jika manusia yang dijadikan idola.. atau best person.. even mengeluarkan sebutir perkataan atau huruf.. Ia bisa mengubati luka yang tak terselam dalamnya dalam sekelip mata.. Perghhh...

betapa hina Sang Ikhlas bila berdepan dengan Sang idolanya/best person....hmmmm

Jika itu hukum manusia... memang tak masuk akal.tapi ..ia wujud dengan galaknya...

TAPI.. Tuhanku.. melihat setiap usaha IKHLAS hambanya.. Dialah yang Maha Mendengar..
Dialah yang menjaga aku....

Janganlah Dikau sesatkan aku sesudah Engkau memberi hidayah padaku....


Terima kasih Allah.. atas jagamu padaku...

Monday, July 27, 2015

Selfie : Jangan nak poyo!!!

a fragile heart man.. yang tengok kamera.. bukan aku.. ahahahah
machooo giler... hihih...  lapo wei... telan sebiji burger.. tak tahan.. tapi baru je makan almond london 10 ketul agaknya... pagi tadi...



hmmmmmmm..... makan dengan HO.... hmmmm  semua mengimbau memori ... sebab aku break the rule mo sebelum ni.. aku lebih rapat dengan HO dri MO.... sebab aku jaga HO.. ahahah... macam famili.. bila marah.. rasa stress balik ... 

Kisah OT 26 Julai..

Semalam..

26 July..

Ok banyak keje terbengkalai!!!
hmmmm......

medical report!!! homework..hmm

aku kena join elektif OT...
hmmmmmmmmmm... agak lah performance aku..hmmm banyak kena improve!!

Bila suasana kerja yang banyak bermuka2 .. susah nak buat sesuatu ...kerja akan jadi complicated..

Dalam satu kapal, tak leh banyak nakhoda. Karam kapal!

OK... bila cerita OT.. aku tak leh lari dari cerita best assistant aku.. hohoo..
kepada blog jiran yang suka stalk.... jangan gelak2.. hihi. mungkin dia akan terbaca entry ni kalau... aku dah unprivate tak lama lagi... tengok lah sehari dua lagi...

hahah.. bila tengah buat operation.. susah nak settle.. mulalah emo.. NEED my best assistant.. masa tu aku teringat orang2( sorang je kot) yang banyak membantu kes operation aku.. adik mana ko pergi?? hiihi... budak2 ni gelar adik aku... (bila ingat sorang tu. teringat gefren dia yg gdx sikit tu.. bila ingat mereka.. terus teringat semua lima2 yang sangat komited )...

mereka orang yang aku rasa ada.. poyo je ayat.

hmmmm... hidup kita perlukan tak ramai orang untuk berjalan...  beberapa pun sudah cukup untuk bergerak demi..sebuah hakikat kehidupan....

Bila last case ada konflik!!!
hmmmm lagi menangis aku  yang sedang kepenatan.... penat bertarung tenaga habis buat kes interlocking pesakit yang agak semangat... dan bertarung stress...hmmmm member oh member.... kalaulah  ..hmmmm...  stress menghadapi orang2 bermuka2....

Bila tengah penat.. mcm ni.. orang bertanya.. apsal tak siap lagi?
agak2.. ko jawab apa?

aku jawab .. "so???"... hmmm panas giler dengar...

hoho penat giler..

.......

Bila stress giler......................... aku sanggup balik BP jumpa ibu aku... jumpa ayah aku..
balik rumah.. tengok muka pun jadilah.. hihi.. tak cakap  sangat pun..
tapi request.. " nak nasi lemak boleh tak esok subuh nak bawak balik segamat?"
Mak aku tau.. aku suka bawa makanan  untuk kawan2 aku.. tapi malu nak bagitau..

hihihihi.. manja giler... (+gedix)

dalam jiwa tengah stress... nak cerita pun... nanti mak aku risau sebab nanti dia fikir itu ini.. just balik Kampung.. tunjuk muka cool... main2 dengan kucing semua...
buli kucing2 semua..

hmmmm....

Kes pembedahan aku habis kul 8pm lebih.. ada yang tak puas ati,... ok just simpan kisahnya.. hmmmm


aku bertolak ke BP kul 940pm.. sampai dalam kul 11pm... kot.. sekejap je..  letih.. sungguh!


hmmm wahai geng2 kita je... semoga sukses semua. Jangan lupa MO kerek tu.
hmmm...

Sunday, July 26, 2015

KFC dan Pulut Mangga



Ampunilah dosa hambaMu yang dhaif dalam memahai kehidupan dan syukur...
masih lemah dalam menelaah makna ikhlas.

Semalam... oncall 1st.
siapa je yang tak tahu... bila aku 1st call.. sangat superb stress...
hmmmm.... aku sendiri takut menghadapi diri aku.
macam ada rasukan dalam diri yang dibuat2 mungkin...
tapi seriusly.. aku lebih seram dengan diri aku.


Semua serba tak kena...
manakan boleh pokok bergoyang kalau tak ada apa yang menggoncang..hmm
Mengapa mahu menyalahkan jika sendiri yang buat salah..
Bila ditegur, cepat berubah dan be effective..
itulah fungsi aku untuk kamu semua..

Rupanya, masa semalam tu ada dua orang yang nak belanja aku makan..
1st.. orang tu dah belikan aku KFC sekali sebab dia berbuka puasa KFC... tapi dia simpan kat dalam kete. Dia tak jadi bagi sebab aku scary sangat. hmmmmm
Membazir betul..

2nd. Pulut Mangga.. hmmm budak ni tak baca blog diari picisan pun. Meluat kot. hik3.. tapi aku lagi feel safe kalau dia tak baca..hahah boleh kutuk dia. hik3.

entah bila akan aku buka blog ni....baru je private..
Budak tu belikan aku pulut mangga dan mahu berikan pada aku bersama bag...
tapi.. mood aku 1st call ni spoil..
" dr, nak pulangkan bag (bersama pulut mangga)?"

" aku tak mahu bag tu lagi( tak tahu plak dia nak bagi pulut mangga) "

hmmmmm... aku dah pesan.. kalau nak cakap direct je... kalau nak bagi.. direct je.. tak payah berkias.. nanti aku spoil..hmmmm

memang keadaan jadi rumit ketika itu.....
hmmm entahlah.....
bila aku nampak dia keluar break the rules...
alasannya....tapi......hmmmmm

aku pun tak faham......
mood aku ni senang giler berubah..
heartless personality jadi prominant..
aku akan layan orang lain jadi stranger.. tak tahu kenapa.

orang yang agak baik dengan aku....klo terasa tertipu tu..agak stress.....
hmmmmm
apapun... aku tak boleh berlebihan..
hmm tak semua sempurna.

Just teruskan perjalanan..
Yang ada tetap ada.
Yang tak ada biarkanlah.
Hargai yang ada.

Yup!

Teruskan perjalanan......
Jangan toleh ke belakang....
teruskan membaiki kelemahan diri.
u.s.

Friday, July 24, 2015

BSE vs HO .. march 2015...



dulu...5 bulan lalu...

aku yang dalam usaha perjuangan mengambil Basic Science exam.. berjuang setiap hari study!
Aku tau aku tak sehebat mana.. sebab itu aku berusaha keras...

tapi.... march. akan ada HO baru sampai.....
hmmmm..

aku dh mula pening dan tak tahu apa yang akan berlaku.. rasa happy sebab ada HO yang akan tolong kerja di ward.


March tiba... aku diamanahkan untuk menjaga semua Ho.

hadirnya aku......dengan lagak kerek bagi mereka.
memberi sedikit tekanan pada mereka...
ada yang stress..
ada yang mengutuk belakang...
ada yang makin interested to know who am i.

hmmm kisah lalu.

BSE exam... hmmm Yes! Aku terlupa strategi.
hadirnya 10 Ho itu menyebabkan aku stucked!
Semua Ho tu xda senior untuk mengajar mereka tentang ward work.. adesh!!!!!

Hampir setiap hari aku datang ke ward mengajar mereka... hmmmmmm...
Happy sebab dapat mengajar... tapi BSE aku.. lupakan..


sampai suatu masa.. aku teringat balik BSE aku xcukup preparation.

hmmmm.. aku duduk diam je dan termenung.. nak teruskan atau drop je...
duit RM 800 dah bayar..

"kau fikir HO ke BSE ko?"
kalau aku fikir HO, ho akan dapat belajar cepat dan kerja effective dan senang bekerja .. tak stress..
tapi duit ko melayang... rm 800 tu.. banyak tu..

Kalau fikir BSE... confirm HO tak cekap.. banyak MO stress dan bengang dan finally.. ko yg stress..

hmmm.. entah..
tiba2 Tuhan kurniakan aku satu UKHWAH.. yang entah aku pun tak faham antara HO yang ada tu...
Walaupun pada mulanya aku dah berjanji tak akan berkawan rapat dengan sesiapa kat sini.. memandangkan sejarah lama kena backstab dengan member... dan diherdik. hmmm

tapi.. ketika ini.. aku tiba2 terbuka nak memulakan semangat baru jumpa member.
Teringat dengan kata2 member " tak yah rapat sangat dengan HO.. berpada2"....

hmmmmm mungkin dia cakap betul.. aku pun xpasti..hmmm
Aku hanya manusia biasa.. tak pandai menilai tepat soal kehidupan.

Akhir bulan 3... aku masih tak ada decision .. nak BSE atau let it go.

stress nye... HO pun masih banyak perlu diajar.
antara banyak HO tu.. ada beberapa yang selalu aku ajar dan aku 'buli'.
Nampak attitude nye baik...
Ikut arahan...
Yup... Bila ikut arahan.. Belum bermakna dia mengikut dengan sepenuhnya hati.
kerana terpaksa? Kerana ingin memenuhi kemahuan superior...
kerana tak mahu panjang cerita....
yang IKHLAS... itu sukar...

April.. aku decided.. STOP STUDY!!! Let it go! NO BSE. prioritize HO.
Kerna kawan2 yang baik yang baru aku temui.... aku rasa tak rugi kalau aku fokus pada mereka.

Ya. Itu kata2 aku bila aku ambil keputusan.

Tapi..... hukum alam..
Aku berfikir semula..

Ikhlas itu tak minta dibalas.
Bagaimana jika suatu masa kawan-kawan kau tu tak ada buat ko? Ukhwan selamanya itu tak wujud lagi?

hmmm... Hati aku terus bertarung menelaah makna IKHLAS.
Ya, aku gugurkan BSE kerana fokus pada HO.. Jika mereka itu kawan-kawan aku.. pada takdirNYa.. maka tiada siapa mampu menghalangnya.. Jika bukan.. tak mengapa. Itu yang terbaik. Sesungguhnya aku sudah berusaha keras untuk menjadi member mereka yang terbaik.. dan aku merasa mereka member yang baik. usaha keras aku mungkin biasa bagi orang lain.. tapi itu sahaja yang mampu aku lakukan....


sekarang sudah 5 bulan...
mereka sudah berlalu..

Setiap amalan bermula dengan niat....
Ikhlas memang diuji.
Lemahnya hati dan diri bila diuji.......


Bulan akhir mereka di department aku... pun dah tak best rasa.. hihi..
sensitif sikit aku bab perpisahan ni.. hihihi..
Sebab tu aku tak suka pertemuan..

hmmmm..

cipan tul.. stress aku... hahahah.

Tuhan tunjukkan satu persatu...
yang tiada akan tiada.. yang ada akan ada...

3/5..... Ada hutang 2 lagi


Alhamdulillah...

23 Julai... OT habis awal!!  Mulanya plan nak breakfast kat Secrete recipe.... tapi, otw ke sana.. dapat mesej... Kes OT dah panggil..ahahah Opssss.. kantoi makan luar..
(suka ati r nak makan mana  kan.)

member aku " Tuhan tolong ko mudahkan kerja sebab was2 kat secret recipe."
hahaha.. pandai dia berseloroh.

Kes habis ..
maka plan nak Balik BP tercapai! InshaAllah..
Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan aku  hari ini.


Dua biji kek... untuk seorang ahli Geng Kita2 je.. hahaha...

Aku tempah sate juga... minta member belikan.. xlarat nak pergi banyak tempat dalam satu masa..hahah..
Yg penting Sate Kambing..ahahah...

Nak makan kek oreo.. tapi dah kena paw bawa balik oleh tuan besday gurl.. ahaha.. xpe lah.. beli sendiri lah.. lain kali..hihih

meriah...

Janji nak tulis ayat ni... tapi aku tak puasti..sebab aku nak tulis U.S juga...  hahah
janji aku nak belanja kek untuk semua budak ni 5 orang.. ahahah...

Boeta baru sampai....
Alhamdulillah... aku  ingat dia xdpat dtg malam ni... tu yg aku suggest buat kat sini... sebab... kalau dia xdtg.. boleh bagi kat ward... dekat sikit..

Geng2 kita Je yang dah 5 bulan bersama...
Semoga terus utuh dan kukuh ukhwah kalian.
Teruskan perjuangan!
Teruskan perjalanan.... dengan bekalan yang dikutip dari hari ke hari!
Semoga impian hidup dan impian akhirat kalian tercapai dengan redha Ilahi.

Jumpa lagi suatu masa lagi..
next round echah and boeta... Harap aku dapat completekan target aku.......
U.S....

x center.. sebab berat sebelah kiri.. tunnggu pemberat sebelah kanan tak sampai.. kalau dah sampai.. gambar jadi mcm kat atas tu.. ahahah.. maaf boeta.. kutuk ko.. kih3


kek ni sama dengan kek birthday aku.. ahaha sebab xda pilihan  lain.. ampun....

hmmmmm...

" kenapa kata U.s deleted?" tegur seorang member pompuan ni... hmmmm..
" dr nampak frust, dan tertekan.... tak macam biasa. pandang pun xmau bila saya cakap dengan dr. nape?"

1st.... aku kepenatan drive 2 jam lebih.. ahahah
2nd..... aku rasa dia tau alasannya.... YUP... sesuatu yang ada sudah tiada. Hihih.. Not a  big issue . Tapi isue besar bagi aku yang menjaga  setiap apa yang aku ada dan aku TRUST.

pagi tadi tadi bos aku ada komen pasal aku , tak sure dari mana dia kaji aku.

" ustad ni  tak semua orang boleh masuk  dengan dia... hanya orang tertentu yang ada kuncinya boleh buka pintu masuk ke territory dia. "

aku diam je bila bos aku tu cakap.. sebab dia cakap tu tepat.. dan aku kagum.. Bos T boleh jauh mentafsir aku...hmmmmmm...

Bila orang yang ko rapat ... buat xtau  bila ko nak communicate...suddenly..
barrier tu wujud...

hmmmm... aku manusia biasa kot..
terasa giler.

Tapi.... Tuhan mencipta ujian.. mencipta takdir...

redha... dan belajar menerima apa yang Allah kurniakan pada kita.
Buatlah macamana.. JIKA tuhan kata, ia bukan untuk kamu.. maka tiada siapa yang mampu berikan ia pada kau...

Bukankah kita selalu meminta yang terbaik... Maka, terimalah setiap takdirnya.. Ia terbaik buat kita.


Majlis tu ... tamat dengan baik.. dan aku ditegur sebab mcm rush..nak balik...

hihihi.. kantoi... budak ni memang pandai interprete aku dan gerak geri aku dikritik setiap satu.

sebab tu aku cabut lari awal, sebelum banyak lagi kena kritik dan rahsia terbongkar..hihi...


budak ni, yang pertama membolosi wall of egoism aku... sebab dia pandai terjah.. walaupun aku tau dia sengaja masuk territory aku tanpa diundang.. dan aku rasa dia safe orangnya.

budak pintar ..ada imej.. :P

pernah kena gurau dgn dia " if i choose u...."

dan .. soalan tu, aku dah prepare jawapnnya masa 1st week pertemuan dengan dia... " hmmm aku dah ada.... dan aku rasa, ada yang lebih baik dari aku untukko yang perangai sama dengan aku dan lebih berkelayakan untuk kau. "

akhirnya... jawpaan itu digunakan pada hari itu.. 4 bulan simpan..... ahahah....
Alhamdulillah...  harapan tu nampak cerah kesudahannya...

drama pun semakin mengakhiri skripnya...

semalam dia pesan...

"yg xda tu biarkan je eh. yang ada akan tetap ada"

hmmmm.... hihihi aku terus tidur bila baca... sebab tak mahu hadam ayat2 blog dia. :P Gurau.
hahaha... Kelakar betul.. desperate tul dia interprete aku mencari member.. cipan tul...hik3...

I am ok.

Dia and geng trio dia memang bagus... tapi one day.. in few month... yang ada akan diambil oleh yang tiada... hmmm..

Semoga berjalan sempurna dan tercapai impian kalian.

Harapan aku juga untuk both of u berjaya!

Orite!

rehat..............................................................hmmmm...

Monday, July 20, 2015

Photo : Permaidani


Hmmm.... Bila dengar lagu ni.. hmmm
Indah juga lirik lagunya...

Hmmmm....

Aku tengah tak semangat beberapa bulan ni.. down yang unknown origin..
Adesh... nak buat anjakan paradigma!!!

Nak memecut tahap pecutan yang tak memandang kebelakang....
tapi aku risaukan kawan-kawan aku juga yang masih baru di sini... Yup.. aku yakin pada mereka... cuma risau aku .. tak boleh aku nafikan dan kawal.
Ia mungkin ujian dan mungkin lumrah sebagai rakan seperjuangan... hmmmm..
Ntah.. tak tahu..

atau amanah...

Apapun.. yang terbaik untuk kalian dan buat diriku juga.

Tuhanku.... ampunilah hambaMu ini yang sering kali alpa dalam pencarian makrifatMu....

Photo : Imbauan sehari dua...

hmmmm... Sedap.
Tapi tak pasti boleh dapat lagi atau tak lepas ni...hmmm.. 

Housemate masa zaman Ho.
macam bapak2 perangai dia....
Dia selalu balik kampung, jarang jumpa waktu cuti..
selalu tanya khabar sampai hari ini... walaopun dah dua tahun tak jumpa.
Respect!
Member dia semua tak berapa rapat dengan dia sebab dia ni tegas dan garang... 
hmmmmm... bila nak bagi durian JUlai ni??? hahahah

Cucu degil..hik2..

Hohoho.... gedixlisious...


Hmmmm .....

Hohohoh... Bajet je.. Kesian dia makan lewat malam.. xfresh lagi makanan tu.. hmmm Harap2 semua happy dengan jamuan. Maaf kalau ada yang tak berapa menyenangkan.. hihihi...
Hmmm.. Parents aku yang buat.. aku tak pandai..
aptb.. sigh.....

 Makan biskut depan TV.. Nampak tak Tv tu dah rosak.. memang rosak.. hihih....

Ulang Tayang..hihihi...

Gambar ni... terindah.
Tenang melihat lautan... hmmmm..
Buat pertama kali menjejak kaki di bumi tersebut... dengan insan-insan yang aku hormati dan rapat...
seikhlasnya.... tak menyangka impian nak lepak sama itu tercapai...
hanya berdoa suatu masa aku boleh join geng diorang melepak/beriadah sama...
Cuti aku beri serentak buat mereka..hmmm
Mereka mengajak juga aku join sama.. terharu masih ada yang respect... setelah dibalun oleh aku masa kerja.
hmmmm.... yup...
Bila kerja aku adalah officer.
Bila habis waktu.. aku insan biasa.. Jangan panggil aku dengan pangkat.. sebab aku inginkan ikhlas kalian untuk aku harungi kehiudpan....

hmmmm Jeles giler... hahaha
tapi... gembira mereka masih bersatu...
sengaja depa post kat FB kasi aku panas... ahahah

gambar curi dari blog jiran..

hmmmm.. gaya sapa ek??
Gaya MO yang kerek tu kot... hahahah..  pandai tul mimik orang...
ada masa lapang ea?

hmmmmmm....


ok.. tamat......

Tiada istimewa hari ini.... hanyalah aku dah start keje pada Raya Ke-4.
excited...

tapi... bangun lewat ge keje.. gerak dari BP 630am.. apa lagi!!! Vrooooooooooooomm.. memecut giler gaban!
Nasib boleh sampai keje punctual. hahah


Sunday, July 19, 2015

Janji Syawal ini

Aku ingat dengan sepenuhnya bahawa ada orang janji ingin bertemu aku Syawal ini.

Aku ingat dan aku menunggu hingga saat hujung syawal berakhir!

Raya Ke-2 : 2015


Alhamduillah.

Pukul 2am, sempat bangun dan terbangun nak tolong masak-masak jamuan hari raya buat kawan-kawan kat Hospital Segamat.

Alhamdulillah.. sempat tolong sikit sebelum collapse...untuk sebab-sebab tertentu..
Aku potong tempe yang simple, mak aku dah siap siang bawang besar habis...
Aku potong tauhu plak...  lepastu....   z.Z.Z...

Kejam betul... hmmm terasa bersalah kat parents.
Pukul 6am terbangun lagi.. GELABAH!!! as usual....
Ingat nak tidur sekejap.. tapi dah terlewat.. hmmmm... Badan memang dah exhausted... kot.

Tengok2, ayah aku dan terbaring kat tepi dapur beralaskan tikar...hmmmmmmm
Ni terpaksalah aku convert Jamuan ni jadi macam catering untuk jamuan..
Kira aku beli makanan ni agar berbaloi kepenatan mereka.

Hmmmmm....Apalah nak jadi dengan anak sorang ni. Asyik minta tolong mak masak je...

Makanan ready untuk dibungkus!
Pukul 730am, siap semuanya.

Bergerak ke Segamat dalam 1 jam 15 minit... tak bawa laju sangat pun... cuma kereta tak banyak..

Tujuan asal : nak makan bersama member 5 orang tu dan update cerita masing2.. hmmm

tapi bila sampai, jumpa sorang je , yang lain tengah kerja dan ada yang kat rumah lagi..

Jadi, NIAT kena ubah.. hihi Ikhlaskan hati.
Nak ikhlas pun citer ke? hihih..

Aku beri jamuan untuk ward 7 ,ward 8 dan sedikit ke OT juga...
hmmm dalam hati aku nak bagi kat seorang staff yang sangat bagus pada aku... dan Hmmm Terbukti TUhan Maha Mendengar.. dia bekerja dan dia orang pertama aku jumpa di tempatnya. Hebat!
Kuasa Tuhan memang Maha Hebat.

mungkin ada yang nak korek siapa dia.. hihih.. xpayahlah.. tak penting pun. Kat akhirat je lah... kalau nak tau sangat.


dan.. seorang HO surgical, berbangsa chinese... beragama kristian... tapi perangai macam melayu sikit.. Budak ni masa kat ortho dulu, selalu join buka puasa kitarang sebab tak ramai HO...
Budak yang menghormati aku  sampai ke hari ini.

Selepas makanan di hantar ke OT, misi seterusnya, pencarian HO surgical tu... hmmm keluar OT je... dari jauh nampak baju kuning dia tu..hmmm  Alhamdulillah, kerja dipermudahkan dan sempurna.

Memang nak stalk member kat medical juga.... bagi makanan.. tapi cuak plak kalau staff sana tertanya MO ortho siap bagi makanan kat Ho tertentu je...hmmmm

Saja nak tengok mereka bekerja.. alang2 datang dari "tak jauh sangat''... Bp je pun..
hmmmm Belum rezeki lagi... Doakan mereka lagi penting dari memenuhi kehendak sendiri.

adat berkawan.... itu kena fahami..warnanya berbeza, ada yang boleh match, ada yang menolak, ada yang menambah baik atau sebaliknya.. Kena bersedia dan bijak menanganinya...

Alhamdulillah...
Bertemu dengan seorang member yang sudi tolong angkat makanan tu pun dah cukup bagus.
Hmmmm.. member untuk beberapa bulan je lagi. hihih (Kalau dia baca, mesti kena marah). Hakikatnya.. hmmmmm... Semoga apa yang dirancang berjaya dengan baik. Aku tetap menyokong kalian sampai terluput memori dari Yang Maha Esa atau luputnya nyawa dari jasad. InshaAllah.. (ayat tak boleh blah.. )... hmmmmmm..

"Perfume baru??"

" YUP!!! Baru beli.. perfume yang buat mak aku pening dalam kereta.. hmmm  rasa bersalah plak pakai... tapi hari ini pakai juga sebab perfume lama tertinggal kat Segamat."


Secara puratanya.. mereka happy dengan makanan jamuan.. dan aku beserta famili aku pun dah kepenatan.
Balik BP, aku tidur sampai nak dekat Zohor. Hantar makanan je pun, penat..hahah..

Raya kedua beraya rumah mak cik je sebelah petang.. Nothing special..

Hmm tutup cerita semalam..


"Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah
bersabda: 
"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa 

diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada 

didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa 
            untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan 
 
                     berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama". 


(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)



Friday, July 17, 2015

Laghooo : Tetiba




Hmmmm.. Lagu ni banyak kali ulang... nak faham ...

Ooo.. ok. hmmmm....

Faham.

Day 1 : 1st Syawal.... 2015



Alhamdulillah...


Hmmm....
Bila duduk sejenak.... banyak benda difikirkan..

1. Bila nak start study??
2. Kerja banyak tak siap lagi...... report.. hmmm kursus.... hmmmm..
3. hmmmmm

No 1 dan 2 pun dah serabut... hihihi...


Apapun, day 1.. enjoy...


Last Day Ramadhan : DCP Radius aku Bantai!!!



Alhamdulillah...

Masa berlalu pantas....

Semalam punya cerita....
Lepas sahur bertolak ke Segamat...

Kenapa???? Dah cuti kot...

Tujuan utama nak ambil kawan aku beraya kat kampung dia.. Parit Sulong je.. Satu jalan... Tolong dia je jadi taxi free..

Jadi, gunakan alasan nak buat kes OT macam biasa lah.....hihihi..
Alang2 dah datang Segamat.. aku memonopoli buat kes DCP Radius...

Hmmmmm.. sebab time constraint..... Just Do it!

At the same time... aku angkut barang2 yang tersisa kat rumah....

Alhamdulillah sempat bergambar kat Ward.



Ingat nak jumpa member yang sangat baik .... tapi kes lambat habis... hmmmmm...
Kawan-kawan yang lain akan pulang ke kampung.... hmmm
ada juga yang balik....bp....
Semoga Selamat Sejahtera semuanya.


Hmmmmm.....



Balik BP balik.. pukul 530pm.. lambat sejam sebab sesak jalan.


Last p Cameron masa 2005... hihi tu pun sebab terpilih kat Matriz Johor dulu sebab ada orang suggest aku  punya nama mamandangkan dia tau aku budak cemerlang SPM kononya... watever lah.. asalkan aku dapat p sana...

memang aku study giler2 kot masa nak p sana... memang best!!

ni kebun belakang rumah aku.. Bendiland.

Lepas berbuka..... solat maghrib.. aku collapse...tertidur... sampai pukul 1145pm...

dahsyatnya....tidur... hmmm sebab kepenatan tahap teruk
Mohon ampun pada parents aku...
bangun2 je tidur perut senak pula semacam gastric (gastric yang pernah aku rasa lepas makan painkiller setahun lalu...) Terbaring lagi kat atas sofa depan rumah..hmmm...

Nampak sangat aku malas dan main hanset..ahahahah....
Tak apalah.. alang2 orang dah assume aku manusia malas.. mo malas dan terjal... staff yang degil... so.. Just be calm and be smart!

Pagi Raya.. Alhamdulillah...

Tak ramai.... tapi aku happy sebab tahun ini tak membazir.. Pakai baju lama. hahah..
Merasai nikmat bersyukur dan tak membazir..

Mana tau tahun ini tahun2 akhir hidup kita... tiada siapa tahu...
Paling tidak.. aku dah buat yang terbaik menjadi manusia yang lebih baik dari hari sebelumnya..
Tahun ini... tiada perasaan dendam...
tiada rasa banyak sangat membazir... perbelanjaan yang untuk semua...walaupun berbuka puasa agak mewah..ahahah..

Harap... usaha membaiki diri terus berjaya mendahului diri.
Harap akhlak aku terus diperbaiki.. tidak menyusahkan orang..
tak menyakiti orang lagi.. tak memaksa orang ...

Just follow the flow...redha!

Berbuat baik pada semua.... manusia... binatang.. tumbuhan dan alam...

Hakikat kehidupan.. Tuhan tidak akan menzalimi kita..

Dia Maha Mendengar suara hati...Jika tidak, bagaimana aku sudah memiliki banyak apa yang aku bisikkan dalam hati... dari sekecil perkara kepada sebesar perkara....
Walaupun... aku tahu... makbulnya itu bukan dari aku.. mungkin doa Sang para murabbi yang mendoakan aku jua dalam senyap dan diamnya..

Arigatogozaimas..

Insan kerdil mohon kemaafan..
Selamat Hari Raya..
Selamat meneruskan perjalanan musafir menuju Ilahi!
hahahah.. Sama plak dengan boeta..
next month beli lain lah.. ahahahacukup 12 botol.. stop... ahahah alasan nakbeli banyak minyak wangi.. ahahah..
tapi best juga pakai minyak wangi yg berkualiti.. tahan lama.. xlah stress bau badan.. ahahah ortho kot.. keje sikit .. peluh je banyak

kantoi!
Konon-konon nak bergambao depan TV.... buka Tv pun tak tahu...
" boleh bukakakn x?"
" ko ambil remote putih tu.... tekan je..."
hmmmm... " nah! apa kata ko buka? hahaha"
" ko nak tengok tv apa?"

" Tv 3 pun ok..." hmmmmm ada channel lagi best ke? ntah... layan je..asal aku dapat snap depan tv cukup r.. ahhaha

Merasai de feeling of makan depan tv..ahahah
 t
tak agak2 betul2 kucing duaekor ni... bajet je



hmmmmm awal2 je semanagt... sampai day 2 pun tak guna lagi ni... jom buat air..ahahah



harga  rm 350....ok lah... membazir di waktu raya.. ahaha

layan angsa buat bising.... hihihihi... kat kampung xda orang nak dibuli.. so.. buli kambing.. ayam..kucing. angsa.. :P

best! aku buka puasa makan sampai separuh botol tanpa sedar.... :P

sampai update blog.. masih kosong je sampul ni.... hmmm.... malas nak isi.

Ikhlas...

Hmmmm...

Raya 1st....

Terlena aku lpas maghrib sampai tgh mlam ni...

Nasib terbangun untuk isyak.
Hmmmm.... xsempat nk tolong kmas rumah... collapsed dah.

Hmmmmm......

Pertemuan bersyarat...

Bila bekerja kena ikhlas...
Dalam bersahabat kena ikhlas..

Ajari orang lain dgn sungguh2 bila kerja..
Jgn mngungkit.
Dihargai atau x..bukan ukuran.
Hmmmm

Kesungguhan ko akan diuji...
Bila ia pergi tanpa memandang siapa kau.

ikhlas itu juga diuji....

Tanggungjawab mngajar dan urusan peribadi jangan dicampur....

Sengsara nanti....

Semoga hati Tenang...bersamaNya.

Thursday, July 16, 2015

Hari hari di akhir Ramadhan...

Alhamdulillah...
Curi masa update blog..

14 July...

Hari ini Selasa, CME xda.. Offtag Exam...hmmmmm
Selesai, ada dua orang yang failed... tapi... aku tersilap umum.. Sorang tu yang pass dengan baik  pun kena failed.. Hahah..Fey of fey...

Ini lawak.. sampai depress dia..  Kesian..
Nasib tak terjun bangunan...

Big bos.....lalu...
" Ustad, jumpa di Hatten buka puasa nanti"

" InshaAllah bos," sambil tabik kat boss... Adesh.. Bos dah marah + warning tu..

Ramai yang beranggapan aku menolak majlis buka puasa anjuran company sesuka hati .. berlagak dan.... kerek...

Mengapa?

1. Aku lebih suka berbuka puasa dengan kawan-kawan / famili yang rapat kerana buka puasa adalah saat yang paling seronok dan saat doa dimakbulkan.

Kalau berbuka puasa dengan company.. p hotel... dan otw ke sana dalam kete dan...hmmmmmmm...
Mewah memang mewah... tapi... Aku tak pandang kemewahan sebab dalam diri aku... KeTENANGan itu lebih bernilai daripada segalanya...

2.  Majlis berbuka time aku oncall... macamana nak join.. -_-'' pastu aku kena balun.. sebab tak join.. AMANAH oncall tu besar...

3. Aku menolak majlis berbuka puasa company sebab aku nak kurangkan BIAS pada company tu...
4, Kalau berbuka di hotel mesti lewat balik... nanti penat.. malas nak beribadath..hmmmm.. tarawikh entah mana... hmmmmm

Alhamdulillah... Majlis berbuka puasa di Hatten Hotel berjaya aku tunaikan..

Maaf Bos T.. Saya tetap ada bersama team bos! No worries. Saya tetap sokong bos! Tak terluak pun sedikit ... cuma ada masa saya lebih suka buat keputusan sendiri juga after office hour.. hihihi.. :P

esp dalam dua bulan ni.. hati tak best sikit...

sebab saya manusia biasa.





15 July......

Malas betul pagi ini... hmmmmm

Kemas rumah dan halaman.. hmmmm still bersepah.. Gave up!
Jom blah balik BP!!!

Kul 12pm sampai BP... ceeehhh... buat gelabah ke dapur... tengok ayah aku tengah potong tempe..
 " meh,bagi  b** potong tempe."  Ayah aku pun bagi je...

hmmmmm monolog.. " macamana nak potong ek???  adeshhhh.... tu lah  xobserve tadi.."

aku pun ambil sample tempe yang dah di potong.. agak2 sizenya dan potong ikut logik.! Yesza! Just Do it. Succeedddd!!



Next?? Kisar udang kering lah...ayah aku suruh...adeshhhhhh....

"mak, mana pengisar??  Nak kisar macamana ek?"

hmmmmmm.. failed..hmmmmmmm...

" Cari sendiri kat tingkat tu"

hmmmmm.... tak jumpa pun.. padahal pengisar depan mata je.. -_-''
Ok.. Kisar punya kisar sampai lumat.. kot... Yakin tu penting..

Next, Potong bawang!!

Hohohoh.... Snap satu and post IG...


hmmmm....Bos buat kes spine.. aku cabut lari...ahahah

Tetiba terasa pedih jari.. ooo.. dah terluka jari aku.. Adeshhh.. ganas betul buat kerja...

hmmmm...

2.30pm... G shopping.... nilah saat paling best.. lari dari dapur!!! hahaha...

hmmmm....beli mesin buat Jus Buah.. hohoo... mimpi apa ntah.. ni semua gara2 pengaruh geng kita2 je.. suka minum air buah.. aku pun layan je...
pada sudut berbeza, banyak khasiat juga.. Tu yang aku fikir aku nak beli.. boleh guna kat rumah..

asyik nescaffe.. milo je.. hmmm

Bertanya member kat Segamat dah Offtag katanya.. Alhamdulillah.. Baguslah mereka boleh balik awal.. siap p shushi king.. perghhh!! Jeles betul.

Tengok gambar mereka gathering.. teringat percutian kat PD.. hihi..
Mereka best! dan. sangat baik.

Semoga mereka terus bersatu hingga akhirnya....u.s...hmmmm.



Aku berbuka di Peseraiville.... dengan famili..hihi.. Terbaik!









Siap juga... ngantuk dah ni..



Kuih raya dari PD.. Jom makan....