Tuesday, June 30, 2015

Good Luck Geng2 Kita Je

Alhamdulillah... cukup 4 bulan Ho batch tu tamatkan posting Orthopaedic.

Jangan lah nak cakap pasal mereka....
Mereka dah macam famili aku...

sama2 bekerja.. sama2 balik lewat.. sama2 cuti....
Sama2 kena marah.. sama2 back up...
sama2 sedih...hmmm
sama2 happi.. yang penting..

Semua cool dan menerima kelemahan dan kekuatan masing2.


Hari ini, 30 June.. Tamatlah mereka.

Pagi2 lagi, terjumpa Dr R.. adik. :P Gelaran sebab dia bawah setahun dan sangat komited dengan oncall aku... Walaupun aku susun jadual... dia tetap je rilax dengan jadual oncall yang aku bagi..

Kalau nak minta cuti pun, rasa takut2 nak minta.
Betapa respect seorang teammate pada yang lain..
Manalah aku tak 'bias' pada orang yang sangat baik. hihihi....


Apapun.. mereka meneruskan perjalanan..

Walaupun mereka pergi.. kita semua akan bertemu lagi jika UKHWAH Selamanya.......
'LINE AKAN INTERSECT' jua...

Kalian berlima akan tetap ada pada doa dan ingatan hamba Allah yang lemah ini....

mereka mengajar erti teamwork.. erti kekuatan ukhwah.. dan penghargaan....


Hmmmmmm....

InshaAllah.. posting seterusnya akan berjalan lancar!
Allah akan membantu hambaNya..
Jangan risau!



Sunday, June 28, 2015

26.6.2015 - BP Segamat- Geng Kita-kita saja.

Alhamdulillah..

26.6.2015.. post oncall OT..
Sebelum balik lepas subuh, sempat tolong buat CMR for Shoulder dislocation.
Alhamdulillah, berjaya .

815am... Vroom BP...
hmm.... 3 jam je ada untuk kemas rumah!

Aiseyman... Meja makan pula kecik.. xcukup untuk kawan-kawan yang datang dari Segamat..

Boleh pinjam meja kat dapur?hmmmm xpayah lah..

Aku ke bandar untuk cari meja makan... YEah!
Alhamdulillah, ada yangberkenan, nampak cun... bagi aku lah... hihi..
Harga RM1,400.00.. " Saya nak hari ini juga, hantar sbelum malam.. Sebab nak guna untuk dinner."

Tauke kedai macam terpaksa juga hantar walaupun awalnya, dia nak bagi alasan untuk hantar esok. Hohoho...

Set settled.

Kul 11am.. Allahuakhbar, mengantuk giler.
Vrooom Segamat balik sebab nak join kete member n tunjuk  jalan ke BP.

Ada masa terfikir.... sanggup je aku drive BP SGMT SGMT BP.. macam sebelah rumah je...
because of them.....hmmmm


Kitarang naik kereta ke BP selepas Solat Jumaat.

2 kereta...+1 kereta hmmmm...
tetiba je.

Aku segan dengan mereka takut mereka tak selesa dengan keadaan rumah aku yang panas dan agak kampung sangat. hmmmm...

Mohon maaf kawan-kawan jika tak selesa.
Terima kasih kerana datang ke rumah aku. hmmm


Susah bebeno nak adjust gambo ni... mamat belakang tu punyalah susah nak move to center... kena push to center..hmmm.. dah lah emo..
Mengata dulang...paku serpih.

Hohohoh.. Gelabah ... kena snap gambo.
febret Ho ..Good assistant masa OT oncall aku..
Bukan kerana genius... tapi kerana attitude yang menghormati dan sangat rajin.
Sedia menerima teguran.

Bila..... hari ini, pergi ke OT untuk melakukan kes di waktu oncall.. terasa pelik dan hmmmmm pula sebab selama 4 bulan, aku asyik buat kes dengan dia ... tetiba... masanya dia meninggalkan department. Kasi rehat pula...

Semoga berjaya Dr R.
U.S

Member seperjalanan.... mereka best!


Ni dia meja baru tu.. hahaha
Demi mereka?hahah
Ikhlas...hmmm?
Rasulullah mengajar aku untuk memuliakan tetamu...
mereka ini adalah rakan seperjuangan aku dan banyak membantu di tempat kerja aku.. apakah salah aku membelanjakan sedikit wang untuk menyambut kehadirannya.

Kalian sangat bagus!

Seronok melihat mereka masih boleh tersenyum...

muka poyo.. Boeta..

Dah tidur abang sorang ni.. Kepenatan... hmmmm

Muka control machoo...
Maaf jika ada kekurangan...
hmmmm....


Semoga ukhwah kita selamanya...
semoga kalian menjadi sahabatku selamanya yang terbaik..dan... semoga Allah membantu aku juga menjadi sahabat  yang terbaik buat kalian.


Wednesday, June 24, 2015

Persoalan...

Persoalan yang aku tak tahu nak jawab hari ini..

1. Bila aku yang sedang berborak... tiba-tiba diam... dan fokus.

hmmm... Bila aku tahu, this is not a good sign.. tapi at the same time, aku tak tahu nak buat apa melainkan terus diam dan fokus . Jangan paksa aku bercakap....

Kenapa? Aku tak tahu...

2. Bila dapat soalan, " best tak duduk rumah sewa sorang2?"

Sewa berapa?

bukan sewa atau facility yang aku ada... tapi... hmmmm...
Tak leh nak jawab..

3. Bila... aku dah tak mampu menafikan.. yang 'akward' dengan aku... dan perbezaan yang nyata.
Kenapa? Cursed kot...

Jinakkan hati... " Jangan mengadakan yang tiada buat kita.. Berlaku adil... Jangan kerana kemarahan kau berlaku zalim... Jangan kerana ko suka, ko bias. hmmm"

Ampuni dosa2 hambaMu ini...
Hambamu yang selalu alpa dan tidak bersyukur dengan setiap kurniaanMu..

Limpahi rahmat dan kasihMu pada mereka yang banyak membantuku.....sehingga mereka terlindung dari segala kejahatan dan terselamat menuju syurgaMU.

Refused Jamuan Hotel -1st Invitation..

Puasa.... sudah mengorak langkah ke 1/3 ramadhan beberapa hari lagi...

Hmmmm...

Ibadah dan tanggungjawab...

Puasa ke 6 sudah.
Sahur pula tertinggal...hmmm...


Hari ini bekerja seperti biasa.. Just Do It..

Kes pula ada satu.. tapi lewat dipanggil.. Alhamdulillah..

Hari ini, aku berbuka puasa dengan 5 orang Ho atau budak2 junior ..doktor muda.

Hari ini juga ada jamuan buka puasa dari company Bbraun di Equitorial Hotel... Melacca.
Mewah rasanya..
Dulu excited nak pergi makan hotel..

Tahun 2015...
aku menolak jamuan tersebut kerana :
1. AKu oncall, ada kes untuk dibuat.
2. Aku nak berbuka dengan member aku... yang 5 orang tu.

Aku tanya pada person incharge, boleh bawa 5 Ho tak join makan?

" maximum 4 orang sahaja"... responnya.

hmmmm... " ok."

Aku tanya salah seorang daripada mereka... " nak pergi tak?"

" tak mau lah.. nak buka dengan geng kita je.. kalau nak pergi, semua kena pergi."

hmmmmm.....
Ada orang cakap.. " why do u too bother with your HO... they r not even  apart of our dept.. hmm ok, they just a apart of our dept but for temporary je"..

Tersentak bila dengar ayat tu.

Kenapa aku bagi layanan baik pada certain HO je...
Hmmmm sebab mereka sahabat aku ..UKhuwah Selamanya.. Mereka rakan dalam team aku.
merasai apa yang rakan lain rasa...

Aku tidak membeli mereka dengan harta, jawatan atau kebijaksanaan atau sapa sahaja..
aku mengharap mereka ada kerana mereka itu ada.
aku harap... mereka ikhlas dan aku ikhlas jua.

aku harap.. mereka saling mendoakan dan aku juga mendoakan mereka..

Bila ikhlas bertemu ikhlas..
doa bertemu doa..

Rasulullah mengajar kita menghargai insan yang baik terhadap kita...
ikhlas.. tidak minta dibalas.

Yup, aku menolak jamuan berbuka di HOTEL kerana aku ingin berbuka sama dengan rakan2 aku...
biarlah ia seketika... tapi cukup bagi aku.. cara aku menghargai suatu pertemuan.

Semoga ikhlas kalian, allah limpahi rahmat atasmu.

Monday, June 22, 2015

22 June...

Alhamdulillah....
Permulaan oncal kembali..
Semangat oncall di bulan puasa..pergh. terbaik.
Hmmmmm...
Terasa macam tak leh study..
Jiwa tak tenteram plak...
Bila.. hmmm ada Ho yg masih sangkut dalam exam end of posting.
Walaupun aku bias... tapi.. aku tetap kena adil pada setiap rakan2 aku...juga sahabat seagama aku.
Walaupun keterjalan aku nyata menyakitkan hati orang..tapi aku pun ada hati untuk merasai kebencian orang terhadap aku juga... yang nyata dan tak nyata...
Hihi... ayat blog plak..hmmm
Gambo 1... kuiz dri aku untuk salah seorang member..
Gambo 2... hmmm bila kat klinik.. kerusi ni untuk ho yg selalu aku pilih join OT dan klinik sama2 sebab boleh breakfast sama2.....
hmmm... tapi dia..mereka... akan habis ortho beberapa hari lagi... hahah.. Gembira mereka berjaya melepasi ortho.. Harap mereka lebih matang!

Sedih senyap2.... Ukhuwah Selamanya wahai rakan seperjuanganku....

Saturday, June 20, 2015

Mewangilah sangat...

Alhamdulillah...

Hmmmm jumaat..lepas solat jumaat..
Plan nak tidur sekejap sebb malam nak stay up..

Tapi member mesej ajak p bandar.
Join sekali..sebab ingat nak beli kemeja...

Hmmm last2.. lalu kat perfume shop..

Nak tray ni..(sambil tunjuk kat kotak merah..HUGO.)

Hmmm ok kot.
Bape harga? Rm 296...

Hmmm ok.. bungkus r satu.

1st time beli perfume mahal..hoho..
Hmm.. bawak g masjid... hihi...
Niat nak jaga imej.. inshaAllah.

Friday, June 19, 2015

JUNE di Hujungnya...

Alhamdulillah..
Masih diizinkan untuk menulis...

Masih ada sisa kudrat menulisa catatan perjalanan...
Sebagai insan yang lemah... tak semua aku mampu untuk memuaskan hatinya... memandangkan diri ini penuh amarah...

JIka mereka ingin tahu..
Aku tak akan marah jika ia tidak melampaui batas aku ..
Selepas aku marah...
aku ingat apa yang aku marah..
Aku tau semua akan sakit.. semua akan menyimpan dendam dan amarah..
Hmmmm....

Sebab itu aku rela berdiam ..
pada rakan yang mengenali aku.. mereka akan cool saja.. Sebab mereka tahu.. aku marah sebab memang ada silap yang berlaku dan ia tidak boleh didiamkan kalau mahu menjadi lebih baik.


..............hmmmm..

Pernah suatu ketika , aku mengamuk sebab junior cuai. Sehingga aku suruh junior Shift pagi passover cases to Junior Ho malam... sebab aku takut aku lebih marah lagi.

Tapi... ada seorang HO junior ni, tak mahu balik..
" Kau tak menyesal ke tak passover? Kau nak stay juga?"
Dia senyum2 dan jawab dengan tenang tanda tak kisah balik lewat.
Jam pukul 10pm sudah. Dia masih rilax.

Apa yang dia fikirkan pun aku tak pasti.
Perangai dia buat aku terfikir untuk jadi lebih baik, kurang EMO, kurang marah2... dan lebih profesional.

Kagum dengan attitude HO ni. Bertanggungjawab.

Setiap kes petang tadi, dia present.. tau atau tak.. lengkap atau tak... tetap dia present.
Semoga Allah merahmati dan memberi ilmu yang banyak pada kau, Bro R.

hmmmm...

JUne mengakhiri..bukan kerana bulan.. tapi kerana aku juga kehilangan insan-insan yang banyak memberi pertolongan ketika bekerja... Geng kita-kita saja.
Juga febret Ho masa aku oncall dan juga ho febret di dewan bedah.

Terima kasih..
Aku tiada harta banyak untuk diberi..
Aku tiada ilmu banyak untuk dikongsi..

Aku hanya ada hati dan memori.. untuk terus menjaga ukhuwwah dari kalian dan mendoakan kalian selamanya.

INilah salah satu fungsi Blog aku.. wadah penghargaan yang aku tak mampu lafazkan bila bertentang muka.

Cukuplah , kata-kata di atas menggambarkan.. bahawa.. Kalian significan dalam hidup aku.
Thanks Allah......

Ramadhan 1 2015

Rabu , sebelum ramadhan...

Tarawikh pertama di Masjid Putra Segamat.. Nampak junior aku solat sama, tapi diorang tak perasan aku kot.

Usai solat, vroooooommm BP! hmmm lotih juga.... lepas oncall, sambung OT, operation kena buat juga sebab membantu junior buat.Alhamdulillah.. settled.

Pagi
Bersahur di BP.

OT Hospital Segamat... Jangan pandang rendah.. kes spine athroplasty pun ada buat.. TerbaiK!!



Ni staff OT bagi.. semalam.... Dia bali Klate... Masih ingat kat aku dah sampai Klate.. adeshh.. Segan!! :P

Ayam madu! Sedap.. tapi masih di PESERAIVILLE.... lagi best..  hihih...
Habis kulit ayam tu dibedal bro R.. dalam senyap..
hahah.. sedap kot makan kulit.. :P
tapi xsihat.. -_-'
Khamis,
Aku tak oncall.. Alhamdulillah.
tapi hari ini , aku bercadang nak bawa pulut dan santan untuk makan beramai dengan sahabat Junior di Segamat.

Ada kes Operation, Above Knee Amputation.. aku just datang for assist...hohoho..
tapi aku dari BP.. 1 jam 15 minit....perjalanan...

Pagi ini, aku pergi ke kedai untuk beli pulut, santan dan tapeware besar untuk menyimpan durian dalam kereta. hihi....bau kot..

Settled.

Jam 11am, pecut beli durian, mengharap kes AKA tu lambat panggil...
Sementara pulut tengah siap masak..
Tapi jam 1115am, dapat mesej, kes mungkin akan panggil dalam 1230pm..

OMG!!! Dah parking depan kedai durian ni!!!!!  adeshh..
Nak beli atau tidak... nak atau tak??

hmmmm....

start kete balik... dan terus pecut balik rumah....Kemas-kemas baju dan terus ke Segamat.

Perjalanan sunyi... Hujan di tengah perjalanan... sampai percikan lecak dari kereta bertentangan menutup pandangan cermin depan, hampir terbabas juga di selekoh.. Speed 100km/h masa hujan lebat tak berapa bagus untuk kereta Saga..hmmmm

1pm... aku sampai Segamat.. 1.05pm, aku dah ada di dalam Bilik Bedah.
Hmmmm.. " push pt!"
erkkk... belum sempat menarik nafas lega, terus start.... sebab diorang assume aku yang buat.

Surgoen dan HO pun xda lagi..hmmmm


Cuma... Aku semangat datang Segamat sebab MEREKA.
Berbuka bersama....

Menilai apa yang tersurat..
Jangan membuat andaian.. Assumptions always Kill.

Kes settled.. operations selesai dengan baik.

6pm, g Bazar... dengan GEng kita2 je.. Terbaik betul.
memang janji melayu betul budak duorang ni... boeta dan bro R..
Hampeh...hihi

Berbuka dan solat berjamaah sama. Alhamdulillah..
Tiada Yang LEBIH INDAH melainkan dapat bertemu dengan kalian ... Ukhuwwah Islamiyyah.
Jom teruskan kehidupan dan perjalanan!


Aku kepenatan... pecut balik kampung...
Makan durian pulut pula..

Macam best kan!! Memang best!
Suka pulut.. sebab nak membinasakan santan.. ahah gurau!
Suka durian...tapi bukan feberet.. sebab ia berbau...
Febret tetap buahan sitrus..hiihii

pastu.. tidur lena tak sedar2 sampai sahur.

Kepenatan!!!

Monday, June 15, 2015

Ikhlas itu susah...

Hmmmmm..

Ampuni dosa-dosa hambaMU ini..

Ikhlas...
Mengajar kita memberi tanpa meminta balasan..

Hanya Redha Allah.

Hmmm entahlah sejak dua menjak ini.. sensitif semacam je.. jiwa dah tua kot.. ke dah nak sampai ajal..hmmmm

Bila junior tanya ," Dr, kalau BP tinggi ... tapi... macamana nak buat?"
Punyalah aku bincang satu persatu dan bagi plan...

Lantas, dia jawab , " ooo ok.. thanks, tapi saya start ubat yang lain lah.. sebab hari tu, dr A ajar lain.. "

Haaha.. terasa tersentak sikit.. hmmm " la, penat je ajar.. hahha"
Saja gelak besar.. Apa boleh buat... apa yang aku diskusi itu seolah tak ada apa-apa langsung.. hanya omong-omong kosong.

Bila pelan dan arahan aku, ko pertikaikan... dan ko langsung tak endahkan apa yang aku katakan.
" Bos, plan operation ni nak buat debride saja or macamana?" tanya Junior dr pada Bos aku depan aku. Kes simple je.

" Ko ni, boleh tak tanya soalan mencabar sikit?"

"Sorri, Dr fadzli.. Dr R yang tanya...."

hmmmm... Bila dapat tahu macam tu.... hmmmm 'TRUST'.... hmmmm member sendiri pun tak percaya plan member... Aku tak bersijil tinggi... hihi..
Nak sedih2 pun, hakikatnya memang macam tu.... Orang tak pandang pada pangkat rendah..
Orang tak pandang manusia cikai, tak beharta...
Orang tak pandang manusia yang tiada rupa...
Orang Tak pandang, jiwa layu dan penakut..

Sehebat seorang sahabat.. meletak kepercayaan... seperti baby dilambung ke langit dan tersenyum girang pada ayahnya yang melambung manja... kerana anak itu percaya AYAHnya tak akan melepaskannya.

JUJUR pada diri...
Redha.. IKHLAS ...







Tuhanku, andai kau izinkan aku mendoakan sahabat aku itu sehingga akhir hayatku, akan aku doakan mereka yang banyak membantu aku ketika ini semasa berat tugas oncall dalam minggu-minggu lalu.
Semoga aku bisa menjadi sahabat kalian yang tidak akan lupa mendoakan kebajikan kalian... Biar aku dilupa, kalian tetap ada di dalam hati aku dan doa aku jua.. INshaAllah.

Saturday, June 13, 2015

Kerat atau Solat

Alhamdulillah...

Hari ini aku oncall OT...

Pukul 7pm, kes baru nak panggil...
Kes yang agak  besar sikit bagi aku..AKA.. hmmm

" pt for AKA dah g OT.. Jom tolong assist".

Dalam hati, hanya berdoa... Harap kes dapat disempurnakan dengan baik.
Terdetik dalam hati, " siapa HO yang nak assist aku ni...hmmm rasa xbest pula kalau buat AKA dengan HO lain... yang belum faham style aku... tapi... hmmm aku ni jenis memilih.."

Tengok2 wassap, " Ok dr"... Ho Dr R  respon. Shift keje 7pm dah habis, tapi dia join OT juga.
hmmm

Allahurabbi...

Kami berjamaah 3 orang sebelum memulakan operation. Solat Maghrib. Dr R jadi Imam.. sebab dia baik.. hihih... Mo yang selfish... jadi makmum.. hmmm

Semoga Allah berikan ilmu, pengalaman dan skills pada Dr R dengan lebih baik dari masa ke semasa kerana kami umat Islam, memerlukan doktor2 yang baik, cekap dan komited. Panjangkanlah umurnya dalam iman dan taqwa serta kesihatan yang baik.


Tiada yang mampu aku ucapkan.. Terima kasih pada dua Ho yang membantu aku hari ini.....

Friday, June 12, 2015

Sevo Oh Sevo

Alhamdulillah...

Hari ini.... Hari penuh drama betul.

OT dengan 2 cases je... tapi panjang kes tu.
Ada THR ,plating dan external fixations....Seorang pesakit tapi kes panjang.. Mencabar.

Macam biasa, HO Dr R yang aku minta tolong.. cuma hari ini aku rasa tak sedap ati je..
Pernah termimpi kena marah dengan Dr R " asyik minta aku tolong aku je".

hmmmmmm... terus muhasabah diri...

Antara HO yang aku suka minta tolong.... sebab aku dah train dari awal. Perangai pun dah faham, baik hati dan sangat rajin.

Itu pun.... ada yang puasti dengan budak ni. Gelabah sikit dan mudah stress Ho ni..  Hmm Mengata dulang paku serpih..hihi.

ISUNYA...
Adakah aku dah overused Ho aku ni?hmmmm

Overthinking.. Semoga Allah pelihara sahabat HO yang banyak memberi pertolongan.

9.6.2015 ...... lagi beberapa minit je azan maghrib berkumandang... hahaha masa ni... Orang tua bgtau.. jangan p laut.. hantu banyak... tapi time ni aku akan ke laut sebab tak ada orang dah kat sini. Best! Layan perasaan sorang2.. Memandang laut... Tenang.. hmmmm...Udara segar..hmmmmm....

opsss... Gambao tengah stalk dr R. hmmmm. guna insta boeta.. hihi.. ni budak2 ni paksa lah.. hmmm hampeh tul.. tiba2 dapat gambo ni tghari tadi.. hahah.. alang2 dapat, post kat blog.


Kena buli ... tendon repair.. hahaah Dr Syazu
Sampai... Aku terlupa bagitau bos, ada fracture yang kena fixed!!! Hmmmm.. Nasib bos T tak mengamuk! -_-'' Allahurabbi... Maafkanlah saya Bos.

Hmmmmm ini sebab kita buat 2 team.. Ni juga kesan aku tak join GRAND WARD ROUND semalam,,, kes tak dibincang secara baik.. dah semuanya macam tak perasan.

Bagi Bos T, kes tu senang je nak fix.. Hahah. Alhamdulillah.. Kes settled,



Kes kedua bermula....
Semuanya berjalan pantas....
Tak sempat nak makan... hanya minum air kotak pagi tadi, dan beberapa hirup nescaffe untuk hilang ngantuk.. Air Nescaffe panas sangat, xlarat nak minum habis

KFC oh KFC...
hmmmmm.. bau pun tak sempat...
Bos suruh makan, tapi patient dah on table.. Rasa kejam pula biar pesakit lama... jadi aku ready je.

Aku minta Ho Dr R makan dulu... Tak sempat nak bawa makan, sebab kes dah start.hmmm

Serius.. lepas OT.... Otak mengantuk .. mungkin sebab exposure gas sevo.... Hmmmm

Apapun, maaf atas ketidakselesaan dan kata-kata serta jika ada arahan kasar...

Tuesday, June 9, 2015

Belajar Menerima Takdir dan Hakikat Kehidupan



Maha suci Engkau...
menciptakan sebuah 'Hati' yang penuh  rahsia dan kuasa.

Yang sukar dikawal dan bisa membinasakan sesiapa sahaja.

Tuhanku...
Jadikanlah aku.... HambaMu yang taat padaMU.
Jagalah hatiku, agar aku tidak goyah dalam mengingatiMu.

Rasaku padaMU hanya sekadar hamba yang lemah menagih simpati dariMU.

Tuhanku..
amat sukar bagi hati... 'mengadakan sesuatu yang tiada buatku"
Jadikanlah aku hamba yang ikhlas...

Janganlah kau biarkan aku sesat sesudah engkau berikan aku hidayahMU.
peliharalah aku... dia dan mereka pada jalanMU.

Monday, June 8, 2015

Mortality Review!!! 8.6.2015

Alhamdulillah....

masih bernyawa lagi... kiraan nafas dan kudrat yang semakin hari semakin luluh dimamah usia...
Umur baru muda.. tak sampai 30an lagi pun.... tapi dah tak larat nak menanggung beban kehidupan yang sangat hebat... Cabaran kehidupan...

Hmmmmm... LLZ, tiba-tiba menghilang... Kemana dia pergi...
Tak pernah menemuinya...
selalu pula muncul orang yang tak diundang melintasi..

Hmmmmm... Suatu masa... jika ada.. maka ia ada..
Jika tiada, di suatu tempat yang Kau janjikan kita bertemu.

Mortality-2.30pm....
Bos T, bapa ortho aku kat Hospital Segamat. Insan yang aku hormat. Dia macam bapa kat sini.. dia tegas.


Tak present mana pun... kes simple..

Hari ini, aku saja join round pagi ward aku. Bos R order.
Lagipun, aku suka je round kes ward.

hmmmmm...
HO mahupun junior dr... ramai yang tak sihat.
Kesian pula aku tengok... tapi, macamana nak tolong pun aku tak tahu.. Hanya mendoakan sahaja....
Semoga mereka sihat sejahtera.

Hmmmm..

Beberapa hari menemui puasa.. Ramadhan.. Lemahnya hati..
Beberapa hari juga lagi, aku kehilangan HO2 yang aku sangat hormati.. Hhihihi
" Pertemuan itu bersyarat, perpisahan itu pasti"...

HO yang paling banyak aku 'buli'... aku mohon maaf.
HO yang paling banyak aku denda balik lewat, aku mohon maaf.
Ho yang aku booking assist operation aku... Aku mohon maaf...
Ho yang tolong belikan dinner aku, tanpa aku minta... aku mohon maaf.
Ho yang sedia balik lewat malam.. aku mohon maaf...
HO yang selalu sudi berjamaah solat bersama aku, aku ucap terima kasih.

Tiada yang layak bagi sebuah kebaikan yang ikhlas, melainkan Sang Pencipta yang memandang amalanmu itu, memberi rahmatnya atas ikhlasmu.

Dia mengetahui apa yang disembunyikan dan yang terjelas.

Dia tahu setiap bisik kata hati seorang hamba daif... ingin merasai sebuah ukhwah persahabatan dalam alam suasana di tempat baru..
 KurniaanNya dalam samar perjalanan di sini.

Terima kasih ....
Terima kasih Geng kita-kita je.

Alhamdulillah.....
Andai aku diberi izinnya, akan aku tetap mendoakan kalian selamanya...

Saturday, June 6, 2015

Port Dickson III

Terbaik... Ia suatu perancangan.. tapi Perancangan dan kurniaan Tuhan yang amat mengharukan.

Lautan...

Rumah member.. Bro R..Landscape yang cantik...

Port Dickson II


Jam 1230pm.. Checkout...

Pergi ke rumah Bro R.. Nak lunch kat situ... tapi solat jumaat dulu.
Dalam perjalanan yang entah sempat atau tak... sesampainya... Azan sudah bermula dan sempat kami dengari khutbah dan solat dengan sempurna. Alhamdulillah.

Lunch ..
Banyak lauk pauk disediakan.
Ayam masak sambal yang best!
Ada daging masak kicap, sayuran dan udang .
....
Makan biskut raya .. hmm sedap2 rasanya.
Patutlah rumah seindah usaha. hmmmm..
Beruntunglah...
Rezeki dari Ilahi... tak sombong , bahkan peramah dan murah hati pemilik dan penghuni rumahnya.

Usai lunch..
kami bergerak ke Rumah rakan sekerja yang baru seminggu bersalin.
Singgah di AEON big. Beli barang baby...

Pukul 645pm kot.. sampai di Semabok.. Jalan Bunga Raya..
Destinasinya.

Selesai... kami ke Alai Melaka.. Restoran Haji Musa..
Sedap katanya.
Meriah sungguh..
Alhamdulillah.

Balik ke Segamat dalam penat..
Bro R, memang hebat! Aku dah collapse kat belakang..
Serius tak larat....
Semoga ikhlasmu.. Allah kurniakan kebaikan dan rahmatNya.
Semoga apa yang dirancang dan bermula akan terus berputik indah meneruskan generasi baikmu.

Thanks Boeta sebagai ketua projek kali ini.
Walopun ada saka di situ.. kau tetap sempoi ..
Thanks atas tunjuk ajar.

Thanks pada yang lain...
Mengajak MO emo join sekali... sangat ajaib kat dunia.
Kalian terluka... tapi dendam dibuang .. ukhwah kau gagahkan binaannya.
mengapa masih memberi peluang pada insan yang kerap menyakitkan?

hmmmm.. inilah takdirNya.
tiada siapa yang tahu kenapa.. sampai bila.. dan bagaimana..

Ukhwah selamanya......wahai rakan-rakan.



Selfie .. xhabis2... Len kali nak beli Go-Pro r.. senang sikit. :P

Masa beli brgan  baby... jumpa iron man! pergh! bangga giler..

Melepak di rumah yang baru renovate..
Cantik landscape depan ni.. bersantaikan selipar tuan rumah... hohoh.. macam rumah sendiri je..

Us...ukhwah Selamanya...

Abang ngan adik... hmmm -_-''
member yang selalu kena bekerja keras tolong aku masa buat operation dan masa oncall.
Antara HO yang sangat komited... dan baik..sangat baik kot.
Rasa bersalah sebab banyak 'train' secara 'kasar'..
Hmmm walaupun niat nak member ini jadi seorang Dr yang sangat cekap,effective dan baik serta bertanggungjawab.

Tengok r senget2 ni.. malas nak edit.. 

Rilax r.. Jangan r sedih... Tegur sikit pun dah nak merajuk.. hmmm..
Hahah

housemate yang serasi.

Geng2 kita saja and aku..


Tu dia.... meriah lauk pauk...

Sambung dinner! perghh... perut diorang ni... ganas betul...
Boeta pelahap sekor kerapu..
Bro R habiskan kerang+ pari asam pedas..
Aku jamah sikit2 je.. tak larat....


Port Dickson : Glory Beach Resort (I)

Konklusi katanya.... PD + Ziarah Member Bersalin Melaka+ Alai Melaka for Dinner.
 5.6.2016
Plan last minutes..

2 kereta.. Group 1st.. gerak pukul 7pm..
Group kedua : gerak pukul 9pm + kot.. entahlah.. kesian mereka.
Tapi nasib ada dua driver yang sangat baik dan berdedikasi.

Malam.. tidur dengan tenang...

Subuh... terkial cari qiblat.. hihi..
Kain pelekat dibentang.. disusun ikut saf! Berjamaah kami.
Alhamdulillah.. Ingatkan sempoi group ini sampai solat pun tak mampu berjamaah..
Mereka rajin berjamaah juga.. Alhamdulillah..
Kurniaan Tuhan mengurniakan rakan-rakan yang baik akhlaknya.

Breakfast dan jalan-jalan di persisiran pantai..

Bergambar.



Subuh itu...
Jika boleh kulakarkan masa hadapan yang lebih indah menemui Sang Pencipta...
Just Do It!

Tadi nampak duyung.... mana ek? hmmmm... dah lemas kot.. :P


hmmm .. -_-'









hmmm....

hihihi... selfie sorang2... duorang fokus tgok laut... padahal tau je nak kena ambil gambo.. pfft.. poyo. :P


 



Alai Melaka... perghh.. terbaik..