Saturday, May 30, 2015

Locum Sabtu : OT

Alhamdulillah....

Semalam.. pak cik dari Klate balik Batu Pahat...

" Ada mana?"

" Tengah drive ni, kat bandar BP."

" Ooo.. Ni ada buah salak ni.. Khas bawa balik . Hari tu bob minta kan?"

"Wah! Salak in d house..Jap g bob balik."

Pak cik aku menjelaskan salak kat Klate dah nak habis musim, terpaksa pergi ke Pasir Mas dari Bachok untuk mencari Salak.

Sudahlah mahal sikit harganya sebab tak banyak orang jual dah...hmmm Tapi disebabkan aku yang minta, dia belikan juga.

Tak sangka pak cik aku masih ingat permintaan aku. Terharu.
hmmmm... Orang yang baik.. Semoga Allah kurniakan rahmatNya atas ikhlas perbuatan insan ini di dunia hingga akhiratnya.

Jam 525am.. Tersedar dari lena..Malam tadi, aku lewat tidur.
Melihat ibu dan ayah aku sedang masak... di dapur.
Aku meminta pertolongan ibu aku untuk masak nasi lemak, sebab aku homesick nak makan nasi lemak beliau... Alang-alang aku makan... aku ingat nak makan bersama member.

Dulu ibu aku selalu marah :
" Kau kalau kawan punya pasal, kau buat sungguh sungguh.. layan macam raja... Famili  sendiri , kau lupa... Ingatlah, famili adalah orang-orang yang akan bersama kau susah dan senang."

Inilah kata-kata ibu aku  ketika aku sekolah rendah lagi.. Bayangkan..... Akal dan jiwa mana yang akan faham ketika ini.....
tapi.. ia masing terngiang-ngiang sampai hari ini dalam diri aku. Betapa aku ambil berat tiap tutur kata orang di sekitar aku.

Yup, Famili 1st.... kawan no2.
*Ibu aku marah sangat aku dulu.. bukan untuk abaikan kawan, tapi untuk aku tau priority... Sebab aku terlalu berusaha gigih sampai menyusahkan diri sendiri kerana mahu jumpa kawan-kawan. Yeah.. sampai hari ini...hmmm.....



Tapi ... kawan yang bagus dah macam famili juga.. :P
Abaikan.. hihihi.
Memang terjal budak ni, suka menjawab.


Aku melihat periuk nasi, 530am... "Uit, masih bubur lagi ke? Air masih banyak.. kenapa tak siap lagi?" aku dah stress dah.. Sebab aku kena pergi Segamat paling lambat pun 630am..
Kalau 630am, aku boleh sampai Segamat dalam 730am+/- 15 minit.

Ibu aku dah risau kalau aku mengamuk dan marah2.. Hmmmm.. " Kalau tak sempat, nanti mintak tolong emi (kembar aku)."Ujarnya..

Azan..Subuh..

Solat dan mohon urusan hari ini dipermudahkan, " ... jika apa yang kami lakukan hari ini adalah rezeki sahabat2ku.. permudahkanlah dan sempurnakanlah. Aku mohon padaMu. Ampunilah daku, jika ada secebis niat yang tidak ikhlas dalam setiap perbuatan aku. Berikanlah aku kekuatan untuk melakukan kebaikan dalam ikhlas dan kesungguhan."

Usai solat Subuh, aku curi tengok periuk, " erkk.... Dah nasi dah. Cepatnya??? Memang cepat ke macam ni ke? "

SubhanaAllah...
Alhamdulillah... memang kuasa Tuhan.. dan memang rezeki mereka.
Aku ambil pinggan dan makan terus breakfas ni.. Sebelum pergi Ke Hospital.


Periuk nasi itu, aku baru Beli di Sen-Q semalam... semata-mata untuk memudahkan urusan masak-masak ibu aku. Harap aku tak menyusahkan ibu aku ketika penyediaan makanan ini.
Bahan-bahan , aku sediakan.... Dan aku kira ibu aku berniaga, dan aku beli semuanya dengan RM 100. Ok kot harga Nasi lemak satu periuk+ telur 10 biji+ 3 jenis sambal tumis+ timun.

Daripada aku beli kat luar, baik aku beli dengan ibu aku. Duit berbalik pada keluarga.

Kenapa aku suka sangat belanja my junior?
Mesti ada tertanya... Malaikat mungkin dah tahu.. kalau nak tau, tanyalah malaikat...
hmmmm...


Sampai dalam pukul 740am.. memang pecut...drive.,..
Dua kali bawa barang ni ke ward. Banyak barang.

Alhamdulillah.. kes yang kami buat hari ini pun.. sangat mencabar tapi enjoy.. ahahah Santai.

Pada masa sama... ada junior aku dah nak resign dari kerja.
Sebelum dia masuk ortho, aku dah puas tanya.... dan aku biarkan dia menjalani kerja di ortho tanpa pressure... tak pernah marah, tak pernah nak bagi test apa-apa.. tapi semalam, dia kata mahu stop!

Sebelum ini, aku dah berpesan padanya.. Jika kau tak reset your NIAT, kau akan akhiri di sini dalam beberapa ketika. Dia masih tak beri jawapan sama ada sudah perbetulkan niatnya..

Hari ini, jelas.... ia tertulis.

Nak buat macamana.. memang itu dia. Aku respect his decision.
tapi.. member2 aku seolah tak berpuas hati... seolah aku tak cakap apa.
Dia juga seolah terkejut.. bila aku tak kata apa-apa sangat bila hendak STOP keje..
Atau aku sudah GIVE UP..... hmmmmmm...
Cukuplah.. untuk memaksa...
Aku hanya menasihat secara persistant.. bukan nak memaksa.
tapi untuk kes ini, aku stop awal.. JIka ada yang sudi ingin mencuba.. dialukan.


Jam 215pm... Vroooooooooooooooom balik BP...
jam 340pm,... collapse.. tdooooo sampai ke asar! letih.....

Maafkan aku wahai rakan-rakan jika hadir aku hanya menyusahkan dan tidak membantu! Peace No War!






Friday, May 29, 2015

" Dont scold junior"? hmmmm....

Ampunilah dosa hambaMu ini..
Peliharalah ibu bapaku, diriku juga sahabatku....dunia dan akhiratnya.


Sengaja aku menulis ayat-ayat peringatan atau zikir agar setiap kali aku menulis aku tidak tersasar imannya...

Cuma pagi ini, aku tersentak dengan mesej rakan sekerja aku mengenai nasihat kepada juniornya.

"... be responsible,kind and sporting Mos in the future. Teach lot, and dont scold your juniors..."

Mulanya aku baca mesej ni.. ok, bab ayat kedua tu je yang aku tersentak.

Kenapa?

Teach lot : bagus.... bagaimana seorang ibu atau ayah mengajar anaknya? Bagaimana guru yang bagus mendidik anak muridnya? Bagaimana rasulullah mengajar kita? Bagaimana concern seorang sahabat terhadap sahabatnya yang lain dalam meniti kehidupan perjalanan yang berliku dan penuh cabaran?

Mengajar itu termasuklah nasihat.. teguran...
Belajar dari kesilapan ... Belajar berkali -kali.....

Dalam hidup sendiri,akui aku EGO, sombong dan keras kepala.....

Mahu menasihati orang lain, tapi diri sendiri tak mahu dengar nasihat orang.

Bila aku mesej sahabat-sahabat aku agar lebih peka, agar lebih baik performance dalam kerja dan hidup... semuanya akan balas: " Terima kasih atas nasihat".

Terima atau tidak biarlah...
Cuma aku terasa hina pada diri sendiri yang terjal dalam hidup. Keras kepala. Amarah superb!
Susah nak control.

"Teach lot, and dont scold your juniors..."
- Bila baca ayat ini... ia terlalu contra dengan ayat sebelum ini..
Ia melarang memarahi junior ketika mengajar.....

Yup, aku terasa dengan jelas .. sama ada bertujuan untuk menghentam aku atau tidak.. aku tidak lah risau sangat cuma ....kenapalah orang yang berpengalaman itu boleh melafazkan ayat-ayat yang tidak matang.


Mungkin benar katanya.. aku terfikir dan memikirkan... Apa yang aku kena baiki.

hmmmm...... -_-'

Dalam hidup!

NASIHAT atau Teguran..
- bermacam- macam teknik.

" Bila orang beri nasihat itu, dengarlah... jangan sampai orang give up untuk beri nasihat pada kau."
Boeta , kata-katanya kepada sahabat baiknya...

Kagum... Beruntung ada kawan yang matang dan sentiasa mengingatinya.
Saling memahami dan saling mengingati.

Ukhwah yang bagus. Semoga kalian kekal baik dan teguh bersahabat hingga akhirnya.

Benar!

Dalam hidup!

" Kesalahan yang kamu lakukan atau kecuaian yang dilakukan.. akan menerima dua respon dari orang lain , iaitu :
1. Kena tegur : sama ada secara baik, sarcastic,atau marah secara murka. Ia bergantung pada siapa yang kau temui.

2. Kau dibiarkan dalam kesalahan : Mungkin kerana nak jaga hati..sebab mereka sudah bosan dengan kau."


Hmmmmm.. Inilah kehidupan...

Menulis panjang... bila lah aku nak study... Basic science exam aku dah korbankan...
menangis sepanjang bulan...... buat pertama kali gave up dalam perjuangan..  :P

Ayat-ayat Poyo 2

Ampunilah dosa-dosa hambamu ini, yang lemah dalam setiap langkah...


Semalam , khamis..... Postcall... tapi oncall OT pula...
Seharian di OT dari pagi sampai ke malam...
tapi kes start petang dalam pukul 4pm... kot. Tak berapa nak ingat, sebab tengah pening dan sakit kepala mengenangkan 'kisah oncall' hihihi..

Stress dan semua stress....

Tengahari sempat Solat Zohor Berjamaah... Alhamdulillah...
Risau lama tak pergi ke Masjid....sebab oncall. Tapi, ada member2 yang baik boleh solat berjamaah sama2. Alhamdulillah..

Kalau tak stress masa hari sebelumnya, kan boleh solat berjamaah masa oncall. tiada penghalang dalam beribadat.. Cuma nak atau tak.

Kes ada 4 hari ini.

1st case: Below Knee Amputation.

Ramai teman-teman join. Terpaksa behave.
Biasanya, aku buat gelabah laju tapi disebabkan ada ramai kawan,aku slow sikit sebab takut serabut sangat.....

Di penutupnya, aku minta my HO buat T&S... lambat ke laju, aku nak juga my HO buat.
Dr R... Ho yang selalu jadi mangsa oncall aku.

Next 2nd case : Wound debridement  infected wound over shin.
 at 7pm+ tapi just lepas azan maghrib... To proceed???
Aku rela dibuang kerja dari dibenci Tuhan....
Solat didahulukan... Hanya 5-10minit je pun nak Solat maghrib..

Ada dialog best masa ni..

"Dr, sorang je ke tak ada assistant?(Houseman?)" kata seorang staff nurse yang selalu jadi geng borak di OT.

"Oo... hmmm.. Ada masa kita kena bersendirian. Belajar bersendirian" Aku menjawab dengan penuh tenang bersama muka jiwang. hihihi...

" Plis lah!! Jangan nak poyo sangat!!" Staff nurse semua gelak2...

Aku sendirian buat case tu tanpa HO.
Shift Ho baru je bertukar masa ni. Ho tadi dah balik.. ada keje dan plan lain . Yang malam... mungkin tak perasan...

Case 3 : Foot Abscess... for I&D

" Assalamulaikum dr"..

Eh, my Ho.. Dr Yaya tiba-tiba muncul untuk next kes.

Simple greet melembutkan amarah yang masih berbahang semalam. Bagus bahasa dan attitude.
Tiada dendam dan profesional.

Semoga yang terzahir hebat akhlaknya mendominasi masa depan.


\Case 4: Virtual Amputation.

Case settle.. Hopefulli Selamat pesakit aku ni..




Aku balik ke ward! Hypo................ lapo............................................... sangat.
Tangan dah start tremor.Ni sebab banyak sangat makan.. hihii ni lah jadinya. Ramadhan dah nak hadir menjemput kita.

Dapat mesej " Dr Fadzli, ada sate di pantri. jemput makan"

Mulanya, aku balik rumah makan luar... tapi aku patah balik ke Hospital selepas mandi.
Terdetik dalam hati :
1. Usaha ikhlas member mahu hantar makanan untuk kita, aku boleh ambil ringan saja?
2. Jangan terlalu ego , pentingkan diri sampai tak fikirkan hati orang lain.

Yup! Aku penat!

Aku datang ke hospital... aku tunggu rakan Ho lain untuk makan bersama... sampai 1pm+

Ada kes di wad.. Staff merungut, " Kenapa kes simple masuk malam -malam pukul 2pagi ni?"

Aku bagitau " Ada masa, Tuhan menguji kita dengan perkara simple untuk kita memahami erti suatu kehidupan.. Tuhan memberi ujian untuk memberi peluang kepada kita untuk melakukan lebih pahala dan bersabar untuk menambah pahal."


Aku beredar....pulang.. Tidur at 3am.....

Thursday, May 28, 2015

Photo: ayat2 poyo.

.... xsemua yg kita mahu kita akan dpt..
Kita hanya berdoa...

Stressss...... n silent.

Friday, May 22, 2015

Photo : ortho

Kenangan.....

Boeta.... budak smgat yg hmmmm... 
xpe.. kasi chance dia buat apa dia suka kat ortho.. hihihi...

Mr ezrat... biker tuuu...terpengaruh dgn aku dulu...hihi



Mr Z tgh yg terlndung... memg power... rajin study..

Nk rajin mcm dia juga r..
Rumah dah luas... boleh "reconstruct " mcm rumah aku sendiri..hihihi...


Photo Lagu : Kamelia

At Choncorde Hotel : 22nd May 2015...

Hmmmm..... Tak semua yang kita mahu kita akan dapat....
Tak semua yang kita ada ia ada..
ada xsemestinya menerima..
tiada tak semestinya suatu kehilangan..

Yang menerima.. Terima kasih...
Ukhwah Selamanya...

Dilema....
dunia oh dunia.....

Thursday, May 21, 2015

MOA 22-24 May 2014

Hohoho

Jam 1pm bergerak dari Segamat ke KL.. Best!! Layan budak ni... ultraman plak...
Aku tumpang member, Ammar Muizzudin. 




Aku tak dapat hadir full day.. hanya sehari pertama saja.. ruginyeee,..... hmmmm... apa yang bestnye??? ntah.... masa depan....

Oncall Lagi 20 May

Yeah! Alhamdulillah....

Hari ini aku oncall OT...
Tak lah banyak kes.

3 cases je...

Hari ini aku memang oncall dengan Ho pilihan je... Bias.
Hahah.. sampai bila aku nak bias?
Sampai mereka tak ada depan mata aku atau aku yang terhenti nadi.


Hari ini aku mengajar junior buat operation basic, mengharap suatu masa dia menjadi insan yang baik dan cekap dalam merawat kes orthopaedic...

suatu masa, mungkin dia yang merawat aku pula....

Aku cuma nak ucap TERIMA KASIH kerana junior Ho aku ini sanggup stay sampai lewat malam untuk membantu menghabiskan kes aku. 7 pm adalah waktu balik... dia sanggup stay sampai pukul 11pm.

Malah, rakan-rakan ho junior lain turut tunggu kami datang makan  kat kedai makan , melepak sekejap.

Hmmmmm..
Kami bukan alim... tapi kami harap kami mampu menjadi salah satu golongan yang mendapat lindungan di padang mahsyarMu....

kalian sangat hebat ukhwahnya....
Hebat dan banyak kelebihan ...hmmm...

Tuesday, May 19, 2015

photo : hunt for it

hidup dan mati

Post Call Story 18 May

Maha suci Engkau yang menjaga dan memelihara hati hamba-hambaMu.


3am+...... Aku ke bilik oncall setelah memastikan semua pesakit stabil  dan semua kerja Ho boleh settled sebelum berehat... Hopefulli mereka dapat rehat juga....

Kisah semalam berborak sampai pukul 2am...hihih..
Nasiblah, asal aku happy.
Lama tak lepak malam-malam dengan member.

18 May hari lahir salah seorang Ho ortho. Yang kami buat jamuan makan 14 May lalu.
POyo je...

nak beri ucapan  pun punyalah panjang... apapun,

" tiada hadiah seindah permata, hanya mampu janjiku Ukhwah Selamanya"

Yup.... Itu saja yang mampu aku beri kerana tiada harta emas permata, pangkat mahupun kebijaksanaan yang boleh diberi banyak...

Inilah aku.. penuh dengan kelemahan  dan ketidak percayaan pada diri..hihi..
too introvert... ia membunuh perlahan-lahan..

"pertemuan itu bersyarat, perpisahan itu pasti"......... tak suka ayat ini.....
Tak suka ayat yang kedua je..hihihi...
Biarlah pertemuan itu ada selama hanyat.... biar tak bersua lagi.. tapi dia, kau ...mereka ada di dalam hati dan doa!

Itulah erti UKHWAH SELAMANYA.

Itulah yang aku faham......
tapi.

di dunia..
tak semua yang kita mahu.. tak semua kita akan dapat..
cita-cita.. impian dan harapan...

begitu juga.. teman hidup...
sahabat..

Sahabat... tak boleh dipaksa adanya..
tak boleh memaksa ikhlasnya.
mereka hadir dalam kehadirannya...
adanya mereka kerana mereka ada.
Sahabat itu kekal dalam doa  biar terpisah tak bersua lagi.


..... 6.50am? 550am? Peningnya??
tiba-tiba hanset berbunyi : " Fadzli, nak buat cross knee joint macamana ek?"
" Allah, dia xstudy ke dulu kes ni? .... kan dah beritahu"

Recheck mesej... " patutlah dia tanya, mesej tak send!!! Astagfirullahalhazim... sangka buruk betul aku ini.. Just mesej mohon maaf. " Bisik hati yang baru tersedar dari tidur...

Solat Subuh jam 655am..lewat terbangun.. kepenatan. 
Pecut ke  rumah, mandi dan bersiap untuk buat operation bersama.

Pagi ini : ada kes External Fixtaion Tibia and Cross Knee Joint. Start awal... 7am, kes dah call... tapi start 730am.. Alhamdulillah.. sempat juga hadir ON-TIME


Alhamdulillah.. selesai dengan baik. Allah permudahkan dan sempurnakan tugas kami.
Banyak G-factor yang berlaku depan mata. Biarlah rahsia.

Hati tenang...

Dua lokasi berbeza.....
Lain pula cerita di ward.

Aku snap gambar bilik kat klinik aku... (gambar kerusi kosong)

Aku snap gambar and post to junior Dr Adel " xbest, adik xda.pfft" hahaha.
Biasanya jadual aku memang aku akan lepak dengan Ho yang aku selalu lepak.. lepas tengok kes beberapa... kitarang g breakfast sama.  Hari ini.... sorang-sorang..hmmmmm... macam tak best.
Perpisahan itu pasti..dari pertemuan yang bersyarat... (still xpaham.hmmmm)
Dr Adel, "Dr, ada gossip .... tapi janji jangan marah.. jangan buat apa-apa?"
*gossip adalah bahasa yang biasa kitarang guna untuk menjadikan isu-isu yang berlaku itu lebih teruja untuk dibincangkan atau diceritakan

"hmmm.... Janji .. Secara langsung aku janji tak buat apa-apa, tapi indirect aku tak pasti sebab aku tak mampu kawal my subconscious mind and my words."

Dr Adel :

"cerita pasal kes pelvic xray....hmmmm ada junior burukkan Dr .. Dia kata Dr malas nak turun ke department tu... Dia kata... bla.. bla... "

" Junior Dr tu tak puas hati dengan diagnosis Dr juga. Dia hasut Mo lain "

.... Aku mendengar dengan teliti...
sedih? Kecewa?.. Sikit-sikit tu ada kot..

" kan aku dah beritahu Dr Yaya semalam..... aku tak akan turun ke radio dept untuk minta xray tu.. kalau ko nak sangat, ko p minta lah.. Aku banyak keje lain.  hmmm

Tak puas hati dengan diagnosis aku? hmmmmm.. Hebatnya... Ok je. "

Dr Adel " Ha... marah r tu...??"

"ahahaha.. Ok je.. lotih sikit post call.."

"Tak habis lagi ni, lepas tu.. Bos datang... belum sempat budak tu nak burukkan dr Fadzli, Kitarang terus present case dan buat-buat busy isi borang.. dan terus present case-case seterusnya. Kelakar juga pagi tu sebab memang lawak. Pastu... ok je. Tiada isu besar pun. Benda simple , tapi nak dibesarkan. tak faham rasanya. "

Aku fikir dan fahami " Cuba kau beritahu budak tu, ko rasa  Dr Fadzli nak ikut arahan 'bodo' macam tu ke? Setakat turun xray.. merayu rayu untuk buat film.. kirim salam beb!"

Gurau...

Apapun...
Bila aku balik rumah dan berehat..

Terharu aku bila ada rakan-rakan sekerja yang berusaha keras membantu aku...
terharu mereka hadir dalam senyap, dalam nyata dan tak nyata memberi sokongan yang berterusan...
walaupun aku melayan mereka agak kasar dan terlalu kasar.

Tak mampu aku mengawal kekasaran kerana ia sudah menjadi darah daging aku...'membesar dengan penuh cabaran.. fitnah dan kutukan. Penindasan sang golongan yang berkuasa.

Yup.. hari ini.. kita sama membesar. Umurmu meningkat... kudratmu terbatas.
Aku sudah dewasa... pangkatku meningkat.. kudratku masih kuat..
Hidupku.. bukan sepertimu.. Bukan membalas DENDAM yang kau cipta!
Aku bangkit untuk mempertahan dan membela penindasan yang kau lakukan!
Biar pun, aku kasar dalam pembelaanku asal insan yang ada bersama aku itu, hebat dan cekap dalam pencaturan hidupnya.

agar mereka mampu menemui kehidupan dan menempuhi dengan pengalaman dan ilmu yang jelas .

Alhamdulillah....
Rakan sekerja yang sangat aku hormati, kamu dan kamu jua.


**pernah suatu ketika aku menegur seorang junior ni yang suka mengambil ringan arahan aku.. Aku je kot yang terasa sensitif sangat.....

" mengapa dia mengambil ringan apa yang aku minta dan arahan aku diambil sambil lewa?"Aku memberitahu seorang junior Dr ni melalu wassap sebab dia antara yang rapat dengan aku juga..

Junior Dr itu berkata di dalam wassap ,

"secara jujurnya..sebanyk mana dr ambil berat sebagai member kat dia.. sebanyak itu dia mengambil berat kat dr juga sebagai member...jangan risau.."

Ayat-ayat ini sangat terusik hati aku yang penuh EGO.

Aku seorang yang pentingkan diri sendiri.
Jika benar..ikhlasnya.. Mohon Yang Maha Esa membalas kebaikannya.....
Secara jujurnya juga.. Aku sangat gembira bertemu dengan mereka ini... pertemuan bersyarat, perpisahan itu pasti.... masih tak faham........ayat ni.

Monday, May 18, 2015

" Tak mau buat Xray pelvic tu..." dan oncall aku...

Alhamdulillah....

Masih ada sabar dalam diri....

Usai solat asar... doa ringkas...
tiba-tiba hanset berbunyi,

"Dr, radiographer tak mahu repeat Xray pelvic yang dr order?" Kata Dr Yaya...

Nafas dihela dan cuba tenangkan amarah.

"Kenapa tak mahu buat? Siapa dia yang tak mahu buat?"

Aku cuba dapatkan nama dan alasan yang dia beri untuk mengingkari arahan aku.
Maklumlah, amarah aku bila sudah menguasai diri....  jangan izinkan lidah aku berbicara dan peti suaranya  bergetar melainkan ia hanya menyakitkan hati-hati yang lemah.

Dr Yaya.. informed who and why...

" hmmm.. Hari ini, aku oncall.. Aku tak mahu apa-apa yang tak best berlaku.... Jadi, benda ini tak urgent, management is still the same at the moment, just be cool. Biarkan dia yang tak mahu buat xray tu. Aku tak mahu turun ke department dia untuk benda macam ni. Esok, repeat xray ni kalau bos nak. Just be cool! Kalau bos nak marah. Marah lah... sebab better than aku yang mengamuk hari ini untuk benda macam ini. "

Hmmmmm....

Simple, kalau xray tu kau buat.. keje settled.  Bukan aku order BODOH2.. Penting untuk beri full diagnosis patient tu dengan good evidence!

Sabar itu lagi penting!
Hari ini, penat dengan kes-kes yang agak banyak... sampai pukul 10pm... aku sudah terasa letih..
Rasa nak give up pun ada... tak larat dengan bebanan yang aku tak pasti datang dari arah mana.
Berat akal... berat hati.. berat badan... segalanya bergerak perlahan.....


Tapi, malam Oncall hari ini...
pelik.... junior-junior yang dah balik rumah.. datang melawat member dia yang kerja shift malam.
Walaupun mereka HO.... walaupun aku MO.. walaupun ada 'barrier'...
hehehe 'I am happy to see them'
Gembira melihat mereka bersepakat.
Cemburu dengan mereka yang rapat antara satu.
Cemburu dengan kekuatan persahabatan....

hmmmm.. terbaik untuk yang terbaik.
Semoga mereka menjadi sahabat yang sebaiknya hingga selamanya..

Kami berborak di pantri makan-makan sampai pukul 2am+..
Terasa mengantuk...
hmmm tapi.... kurniaan Tuhan.. ukhwah selamanya itu indah menafikan mata untuk berehat...
penat badan yang aku rungutkan hilang... stress juga terasa ringan.

Yup.. kerana sebuah pertemuan yang memberi rahmat dari Sang Maha Pencipta.
ARIGATOGOZAIMAS..

Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru 2015

Alhamdulillah.
Berjaya juga rejuvenate puisi 2010 aku. dulu...



Guruku... 
jasamu seumpama cahaya-cahaya yang hadir dalam setiap langkahku menuju Sang pencipta,
Aku kenali TUhanku....
Dia mencipta hatiku untuk terus menghargaimu.
Dia mencipta memori aku juga, untuk terus mengingatimu..
Kau insan terbaik...
Wahai guru.


Kek lagend! Ukhwah Selamanya




8.4.2015
Pencetus tulisan yang Indah dari kehidupan yang berbeza jalannya...

Kagum...
Mereka menerima ukhwah sebaiknya... mereka bersama...


Hadiah dan usaha bersama untuk yang ada.
Berapa lama kita hidup...
Tak ku tahui,,,

Harap catatan ini bisa merencanakan kefahaman erti suatu persahabatan tidak boleh dipaksa tapi boleh dibentuk.
"abang dan adik"

snap dari belakang.... Budak dengue hijau bawah ni! hihihi.. Adel. memang...
Perjuangan di medan kedoktoran masih JAUH! Jom tambahi ILMU!

memang best!


Diorang cakap " AKu mastermind semua HO"

hmmmmm.... benar atau tak?
Aku pun tak tau...


Aku garang,,,, emo... serabut.... gelabah....
Aku tak suka bising2....

tapi... mereka hadir dengan cool tanpa paksaan.... tq...

Pre Course : Training HO Tendon repair

Siput Pedas!

Mereka serius nak belajar...

Sanggup datang bersama belajar tendon repair!!! Alhamdulillah..

Terima kasih..
Aku ajar kamu semua... aku tambahi Ilmuku juga.
Tuhan kurniakan kefahaman untuk aku ilmu itu.. Mudah bila kursus Tendon repair tu nak faham...

Terima kasih kerana memberi peluang aku melakukan kebaikan.
Semoga Allah membalas rahmatNya tas kalian.

Jam 14.5.2015


Setelah memecut balik balik ke BP dri segamat .. sampai near 10pm++

Emak bagi bungkusan , katanya member sekolah bagi..
Tengok2 ..hmmm JAM.

Terima kasih banyak2.. Aku tak mampu nak balas barang yang sama...hmmm

" Nilai persahabatan lagi mahal" Agreed.
Thanks.

Jangan membazir bro...
Aku pakai jam RM 100 pun aku tak kisah...

Jamuan Makan Junior


Alhamdulillah... 14.5.2015, berjalan sempurna.

Hari ini adalah hari aku tak oncall, Cool!
Hari ini adalah SPort Day OT.. ada kes Mr Fuad... Rugi kalau tak tengok!

tapi.. pukul 10am, ada keje kat rumah.. kena balik rumah untuk service aircond.
11am + juga baru siap

12.30pm... nak buat discussion dengan  HO

1pm, dapat call-Air cond OK dah siap, boleh ambil?

120pm habis discussion and aku balik rumah sekejap...
* masa inilah ada seorang junior yang datang lambat mohon maaf sebab dia buat procedure.

Well, obviously, nampak macam aku marah kat dia dan aku blah.
Hihih, dua dalam satu.
If you are my HO.... aku buat macam tu.
If you are my colleague- Aku bagi chances.. Aku manusia biasa.
Dr A! Respect pada Janji dan Masa! Itu tips kejayaan sebagai seorang Dr.
Tegaskah? Ego? Kerek?

Bantai je lah... ada benarnya mungkin....

Personal Mesej given... mohon kekeliruan tadi selesai.

2pm, blik ke Hospital....
Join OT sebagai pemerhati je..hihi.. penuh dah kes tu.

aku tengok dengan semanagat untuk RECALL apa yang diajar oleh Mr Fuad. Best!

" USAHA TANPA JEMU TANGGA KEJAYAAN"

4pm, ajak member yang nak cabut keluar OT kes last, g makan sekali sebab dalam pukul 5pm... aku hendak berjumpa Tuan Rumah untuk agreement.

Lepaking kat Cafe dan solat berjamaah sekali!
Alhamdulillah.

Sisa2 masa di ortho biarlah penuh makna dengan kebaikan untuk teruskan perjalanan yang maish jauh!Gambatte!

Jam 6pm...

Jamuan Birthday Dr R 18.5.2015
'dilarang sambut tu xleh blah... sebenarnya boleh je paksa rela.."
Tapi.. kita menghormati pendirian orang lain.

Tak buat hari birthday, kita buat hari lain.. KEK mesti ada. Cheese cake! Terbaik!
Plan jadual dan plan semuanya berjalan lancar... Memang Mr PERFECT 10 lah.. :P

Tiba2.... ada yang xmau hadir... hmmmm.. bukan memaksa.. tapi menjemput.
Aku MO saja.. Sudah pukul 3.30pm. waktu bekerja tamat..
Aku tak boleh bagi ayat dalam mesej, takut dianggap ARAHAN... tak best..
Yang penting, semua yang hadir itulah mereka.

Terbaik buat yang terbaik.
Alhamdulillah.

Tuhan pemberi rahmat dan kasihNya.


Dalam menjalani kehidupan.. hargailah apa yang ada di depan mata sebelum ia hilang.
Terima kasih pada pembeli Cake Durian yang best! Arigatogozaimas!


Terima kasih semua..
Yang tak hadir... kerana busy, kami datang membantu....

Aku kembali ke ward untuk tolong mereka yang busy... OK lah.
Settled, kita ke surau, solat maghrib dulu dan sambung makan! hihi...

2nd round makan cake.!

*** Hari yang sama... aku dapat Siput Pedas!! 4 bungkus. Ward 8 staff belanja. hmmm


Boeta memang suka tunjuk gigi!

Geng kita-kita saja!

macho2..


3rd Cake..... Ukhwah Selamanya.... hmmmmm.....

kegedikan yang amat nyata....

Photo : Hand Trauma Update 2015 (Exclusive)



12-13 May 2015...

Aku indirectly terlibat....
Aku tolong incharge Tendon Repair Station je...
Cari kambing buat sup .. tendon aku guna untuk workshop ni...
Terbaik!

Keberkatan.. Ikhlasnya doa... Ikhlasnya tujuan...

Struggle!!!

ni kes masuk K wire, xmasuk2 sebab ketat.. ahahah

Berlagak power je...hihi

Ntah pape je budak duorang ni... apa yang Thumbs up aku pun xsure.. xda di tempat kejadian

Bos terpaksa berpeluh di dalam bilik ni.. Kesian.. aku pun sama.. Bau kambing lagi beb badan!

My feveret photo with my feveret team 

Rasyid Merajuk plak

hok ni gedik.







selfie??







Saturday, May 9, 2015

Sup Kambing Buat Rakan-rakan

Pagi ini 6.45am, bergerak ke Segamat... Vroooooom!
Naik kereta je.. Lambat gerak sebab malas-malas sebab tak keje. tiada apa yang nak dikejar.. hihi

Isi minyak dulu...........................
Pukul 12am, siap sup tu...
Boleh lah kot.. cukup untuk rakan-rakan junior aku.

Dalam perjalanan, teringat " Apakah niat aku melakukan semua ini?"

hmmmmm... diam dan diam.
Hanya aku dan Ilahi.
Sang malaikat sila berhenti menyingkap rahsia tersembunyi.


Dalam perjalanan yang penuh 'BEHAVE' sebab bawa Sup dalam bekas... takut tertumpah, punyalah slow and steady... selekoh pun punyalah sopan santun.. hmmmmm..

Hampir BERTEMBUNG!!!!

Seorang pakcik, menunggang motorsikal, slow dalam 40km/h rasanya... bawa di jalan lurus, ke kanan dan ke kiri ikut kehendak dia saja.

Dari jauh memerhati pergerakannya yang tak tetap...
Hati-hati dengan 'poor attitude rider ni''.

Hampir.... jarak dalam 10-20 0 meter je... tetiba motor yang ditunggang di kiri mendadak ke tengah tanpa apa sebarang signal mahupun tangan..

Semakin hampir, motor itu tak tentu arahnya makin mendekati tengah jalan.. aku dah sampai belakangnya dan dia semakin ketengah dan ingin membelok ke kanan...

aku melencong ke kanan dan terbabas!!!!!!!!!
Kelajuan aku hanya 60km/h je kali ini... Boleh stop dengan selamat ,hanset, buku ..semua tercampak ke depan... nasib makanan aku selamat.

Horn!!!! Tak danya nak aku bunyikan... Tiada GUNA untuk memberi pengajaran pada orang yang tak akan ambil PEDULI kesilapannya.

Menyusahkan!!! YUp! Menyusahkan orang lain (bukan menyusahkan aku) dengan poor attitude macam ni.

Kalaulah dia kena 'sauk' masa aku potong pak cik tu?? Entah kat mana pak cik tu pagi ni!

AKu terbabas dan DIAM!
Tarik nafas dan.... tafakur!
Ia sesuatu yang boleh diagak.. boleh dirancang... boleh diatasi...
Alhamdulillah, berjaya diATASI dengan terbaik! CUma aku saja yang terbabas ke tepi jalan seperti yang dijangkakan. OK, tepi aku parit yang boleh muat kereta saga aku ni. PUas ti?

Pak cik tu.. berhenti di belakang aku... dan melihat kenderaan aku.. memerhati dengan muka 'blur' mungkin...

Aku hanya melihat melalui cermin sisi sahaja.

Tarik nafas.... dan tekan minyak! Blah!
Aku tau AKU TAK BERSALAH!!!!
Buat apa nak minta maaf... dan buat apa nak menyimpan kemaafan pula. Settled.

Sebelum BARAN aku meletup kat situ... Aku drive saja....
Syukur pada Sang Pencipta.

Ini belum lagi binatang yang banyak melintas masa ke Segamat pagi ni.. Kucing, monyet, burung... menguji iman betul!


Haiiii... Pak cik pak cik.....

Sampai di bandar Segamat 745am... Singgah di 7E, beli roti dan air....
dan... angkut makanan ke ward tempat aku bekerja.

Then, 8.10am, bergerak balik BP!!! Vroooom... Alhamdulillah. 9.30am.. sampai dengan selamat...
Banyak sungguh lori ... hmmm..

Saja menaip kisah hari ini.
Mengapa?
Izinkan aku untuk belajar memahami maksud mesej entri sebelum ini.

Langkah - langkah yang tak berdebu


Sisa -sisa umur yang entah banyak lagi atau tinggal sekerat nafas.. Hanya Allah yang tahu.. Semoga tersimpan aib kita dan lindungan Tuhan Sang Maha Esa.. menjaga kita ke syurgaNya.

Friday, May 8, 2015

Tendon kambing!

Alhamdulillah....aku masih menaip...

3 hari lalu, aku minta tolong adik aku cari tukang sembelih kambing, untuk tahu kat mana boleh aku cari daging kambing untuk ambil urat tendon kambing tu..

Tapi.. adik aku salah interprete.. katanya, aku nak sembelih kambing aku kat kandang!!! arghhhh!
hahahah.. stress aku...hmm impaknya sampai buat orang lain tak faham.. haha


Jumaat... Sampai BP dalam pukul 9.05am.. Alhamdulillah..
Aku ajak adik aku, kembar real aku untuk mencari  urat tendon kambing untuk kursus Tendon Repair.

Well.... Akhirnya bertemu jua.
Berjaya!!!!

Aku snap gambar dan hantar ke wassap... member nampak dan komen ..
Adeshh.. rasa bersalah pula tunjuk.. " macam sedap je"
 macam nak masak sup kambing....

Aku.... plan nak masak sup kambing untuk member HO di Segamat.. Jarak sejam lebih je dari BP. No big problem...

Opss.. 1215pm..Rempah sup habis.
hmmm Xpelah...G bli jap...

Vrommm dengan Ninja 250cc  ke bandar....
Hujan di tengah perjalanan... basah kuyup.. hihihi terasa mencabar juga..
Teringat zaman sekolah... redah hujan je...

" Alamak, orang yang buat rempah tu dah balik lah..rehat"

O... ok. Xpe, nanti pukul 3pm + saya datang balik..

Aku pergi pasar balik untuk tambah daging kambing takut tak cukup untuk member kat segamat... tapi... semua dah tak ada.. LOgik lah dah tengahari.. hihi

bawak tangan kosong pergi.. balik rumah bawak air HUJAN kat baju.. hihihi....
hmmm.. Mencabar..
Teringat... " Ikhlas... Bukan sesuatu yang 'bodo2' ko boleh kecapi.. Kau akan diuji untuk menguji kebenaran IKHLAS kau tu"... inilah pesanan guru-guru aku ketika memahami erti ikhlas.

1pm... o'oooo... gelabah nk mandi...
Solat Jumaat dengan budak comel jiran sebelah rumah.. hahah Nak juga naik NINJA aku.. hihi.. punyalah behave aku bawa.. cover sopan. Hahah

Balik solat... Start buat Jadual HO.
Hmmmm pening2...
Satu per satu... check..

Jam pukul 3.30pm... hmmm.. G bandar balik...
Rempah sup dapat..

Lepas solat asar, siang urat tendon kambing tu....
Adesh.. pening giler!!
Makan tak pening... hmmmm... ntah lah.. dulu masa korban, aku siang daging lembu pun pening2.

Jam 7pm.. NAk p pasar malam pula... Nak g beli  ayam madu!!!!

Brother yang jual ayam madu  menyapa aku " dah habis tongkeng panggang, tengah masak ni.. xcukup 10 ni.. ahaha. "
Oh, dah hafal  ...Peramah.
Alhamdulillah. Orang yang baik semoga berbalas rahmat Ilahi.
Terasa balik kampung... ada juga orang-orang menyapa..

Maklumlah, pelanggan setiap, Ayam madu Peserai yang sedap. hmmmm..
Beli kepak pun jadilah... Terbaik!


Ok... perjalanan hari ini siap! Jadual Ho siap..
Update blog..
esok bawa sup kambing ke Segamat untuk member.. then vroom back.. Hopefulli , semuanya berjalan aman dan selamat.
Xyah gedix sangat!! ahaha

Feveret..... susu n roti .. cuma segan nak order... ahah

Kejekan.....