Wednesday, April 29, 2015

Kau itu Aku

Tidak adil bagi kau,
Menghukum orang kerana kebenciankau.
Melayan kasar kerana mahu kau tidak dituruti..

Tidak adil bagi kau,
Mengasihi kerana kau mahu sesuatu..
Menyimpan lebih untuknya... kerana kau lebih menyayanginya.

Tidak adil bagi kau,
Meringan hukuman kerana kau menyukainya..
Tidak adil.

Biarlah kau berlapa... kerana sahabat kau berlapar juga.
Biarlah kau menahan  simpati dan empati pada malang yang menimpa sahabatkau.

Biarpun menolak...
Hingga akhirnya... aku hanya adaMu.
Kaulah Tuhan sang pemberi kasih sayang... PadaMu aku mohon...Kau jagalah hati-hati aku yang lemah dalam menempuhi jalanMu.

Jangan kau sesatkan aku sesudah kau berikan aku hidayahMu.

Soalan.....buat kamu.

Soalan buat sahabat yang aku kasihi.

Aku berikan kau:

Sebuah balang kaca🔮

Untuk kau isi dengan:
1.air
2. Pasir
3. Batu kerikil.
4. Batu besar.

Dan.. aku mahu, kau pilih yang mana kau mahu masukkan ke dalam balang tersebut?

Dan kenapa kau memilihnya sebagai no 1...no 2.. no 3.. or no 4?

Jika ko pilih masukkan air..pasir dulu..atau batu kerikil kecik dulu....

Ko akan mendapati...da beberapa batu besar  yg ko tak akan dapat masukkan ke dalam balang.

Sebab apa?
Sebb pasir sudah menggangu ruang..

Tapi...kalau ko memilih masukkan yang besar..

Kemudian batu kerikil....
Pasir dan air...

Kau akan dapati....
Batu kecil akan mencelah ruang batu besar...

Begitu juga pasir...menyelinap ruang... dan air memenuhi ruang tersisa.

Itulah analoginya...
Dalam kehidupan.... kau kena tau Priority!

Mengutamakan apa yang utama!
Merancang dan melaksanakan yang utama... diikuti yang utama tapi kurang penting ....dan seterusnya.

Semoga kita memahaminya.

Sunday, April 26, 2015

Bowling time! birthday Dr Adel

Alhamdulillah....

Suatu ketika dulu, program bowling anjuran Hospital Melaka ini telah menarik perhatian bos aku. Bos suruh kita hantar team.

Aku ketika itu memang excited je dan plan nak bawak 2 Ho aku join sama. Entah.. geng Ho kali ni best walaupun mereka semua junior lagi...
Apa yang terfikir ... ia menjadi realiti akhirnya... Subconscious mind .
Just redha.... Tuhan Maha Mendengar.... Ia sungguh menakutkan diri ini bila kemahuan yang kecil itu masih Tuhan makbulkan .. Complicated to explain.. tapi ia ada.

25hb April.. itulah masanya.
Aku bertiga ke MIBC near MITC.. agaknye lah kot...

Bab jalan naik kereta aku failed.. sebab tu aku plan aku nak join Ho aku... nasib mereka ni baik2 belaka dan tak berkira. Berbual-bual sehingga tak sempat tidur melelapkan mata yang lazimnya suka menutup dalam jarak perjalanan berjam ini.

Pagi itu,aku dari BP ke Segamat... 530am gerak dan sampai 630am.. cincai. Pecut habis!
Pecut punya pecut... ok, hanset tertinggal. Nasib hanset utama ada di sisi. Alhamdulillah.

Best.
Kawan-kawan HO yang sangat aku hormati dan aku kagumi latar belakang mereka. Hmmmm
Terasa kecil diri ini jika ingin dibandingkan dengan sejarah mereka.

Apa boleh buat, manusia mencari insan yang boleh memberi manfaat.. yang hebat, yang beharta dan yang bagus-bagus... nilai diri tak seindah yang diharap...
Redha,,,,

Seperti yang terucap " Kita tak mampu mengadakan yang tiada.... walaupun kita memiliki segalanya".

Ikhlas itu.. nilainya besar.. Kita boleh dapat apa yang kita mahukan dengan kuasa dan harta dan paksaan., tapi kita tak akan dapat nilai persahabatan yang ikhlas jika ia tiada dan hanya direka-reka.

Persahabatan... Ukhwah Selamanya!



Selepas penat bermain, kami terus lunch! Sebab confirm kalah teruk.. ahahah.. :P

Aku berterima kasih pada mereka yang membantu.. merasai nilai ukhwah yang ternyata dan kebaikan sudah cukup menginsafkan diri yang penuh kereka dan ego.
Semoga kebaikan berbalas rahmat Ilahi.
poyolicious.... antara....
Kebetulan yang kebetulan..
Tuhan aturkan 'kebetulan' untuk sia-siakah?
Saat itu.. ia untuk suatu penerangan..


Salah satu kereta itu adalah kereta milik junior aku..... terasa ..hati 'terasa'  terkesan... bila melihat kereta junior aku ada di situ... Ia tempat beribadah,... MASJID.  Dia budak yang baik. Semoga beliau istiqamah atas jalanNYA. Semoga segala perjalanan dan impiannya tercapai dalam lindungan RAHMAT ILAHI,..

hmmmm.. Rasa terharu bila kotak kek terbuka... tertulis TULISAN ini... ia sama seperti Kek sebelum ini..... Terkesan.... Ukhwah selamanya.....
Suatu pertemuan... dan menanti suatu perpisahan...
berpisah yang aku tak gemari... ia tetap akan datang menjemput...
Namun, atas ikhlas suatu perjalanan kita bersama... Ia kekal hingga akhirnya. Thanks kalian atas ingatanmu.


Friday, April 24, 2015

Post Call 24 April 2015



Alhamdulillah...

Semalam aku oncal menggantikan rakan sekerja yang tengah sarat mengandung. Bos mengHARAMkan dia oncal....

siapa nak oncal??? Nobody nobody but you!

Hmmmm... Khamis beb!! Siapa tak mahu balik awal.

Hmmm.. Just do it!
Nasiblah oncall malam dengan Ho yang best2... Semangat sikit ...
Junior pun junior asal mereka ada teamwork and never give up!

Nak cerita pasal Kek Besday Ho aku.. on next entry....

Nak cerita pasal aku and de geng! next entry.....

Nak cerita pasal aku EMO giler.... next entry..hik3...

Hari ini nak cerita yang aku balik oncall pukul 11.45am..
Sempat menghabiskan procedure yang aku tinggalkan...arghhh....

Assistant pun post call... terlena dia dibuai mimpi masa assist.. mesti dia bosan masa assist aku.
hmmmm...
hahah.. bab melawak best.. bab mengajar pun best..
bab xserius pun best..but EMo...hmmmm semua stress termasuk bos aku pun kena...

Apapun.... Semoga kita semua berjaya dalam hidup dunia akhirat.
Aku ada untuk agamaku.

Monday, April 13, 2015

Terkorban...mengorban...

Alhamdulillah....

7....8... 9... 10... 11hb....April. 5 hari cuti.

Day 1 cuti..
Aku stay segamat lagi.. celebrate besday in advanced....

Day 2.
Celebrate birthday dengan g memancing.. walaupun aku xdapat ikan hihi.. tak kisah. Just give a package to my twin to celebrate birthday dengan fishing.. akhirnya. Dia dapat juga ikan..hihi.

Day 3... 9 April.
Bos aku minta dtg ke hospital join operation.... bosan katanya x ramai MO.
Hihi... tengok kes menarik juga.  JOIN  je...hihi vrooooom pagi2 buta ke Segamat.

Kes elective hbis 7pm+ tapi.......

Ada kes Spine operation ..start at 8pm+ ..hbis pukul 11pm.....

Aku seronok join bos T n thos case. Banyak exposure... banyak ilmu dapat.
Walaupun tak sesempurna dr lain... ia cukup bagi aku.

Aku paksa rela HO malam.. junior dr join our ot. Bos T pun minta.. apa lagi..

Aku pun bagi mesej awal2 kat dia.. dr R.
Bgus2.. semangat nak assist .
Confirm pass ortho ..hihi.

Kes hbis pukul 11pm..
Aku dpt mesej dri adik bertanya bila nak blik... "jap lagi...."..2 jam kmudian.. tanya lagi... aku pun ckp "1 jam lagi" ...

Rupanya parent blikan kek.. ooo kononnya nak surprise... tpi...
Aku xsempat nk blik awal..
12am..pecut dri Segamat Bp.. kul 1am sampai.. memg vrooom.m..m. laju.

Blik2.. potong kek.hihi..
So sweet.

Ok.

2am...... tdo!!!!!

530am nk gerak ke HSIJB...
Mulanya dah gave up.. xlarat.
Tapi bos T minta wakil Segamat pergi.... hmmm semua buat2 busy.. n see the schedule.. aku yg cuti... so.. they ask me!!!... boleh ea??

Watever..
Aku xkisah.. just g je. Ada hikmahnya.

Day 4 n day 5..

Hsijb.. kursus sport injurt n rehab.

Wednesday, April 8, 2015

"Ukhwah Selamanya"





Yeah....

7 April.. 8.. 9.. 10..11... April.. aku ambil cuti..
Tapi 7 april aku masih di Segamat.. saja nak join CME.
At the same time... nak belanja kek  sempena birthday aku 8 April.


Mulanya, kek ni nak bagi HO je .. dah plan untuk letak di bilik HO  masa CME tengah ON.. tapi cancel sebab... macam tak meriah.hahah

CME start...
Big bos T ada.. dia tau my birthday esok.. may be from bos lain...hmmmm...


Kek pun dipotong... xsyook r.. Nak red velvet..hmmmm


"Ukhwah Selamanya"
khas buat my teammates.... gambar emoticon dan perkatannya... yang sengaja diletakkan. Biarlah ia dirahsiakan reasons nya.

Lilin xda..
hihihi aku tak tiup lilin..

Hmmmm... Lilin tak mampu nyalakan perkataan di atas kek tersebut...


Dalam Hidup...... tak semua yang kita ada mampu mengaADAkan yang tiada,

hmmmmm...

Thanks all my HO.
beli kek untuk diri sendiri memang drama.. hik3. well well well....

Saturday, April 4, 2015

"4 Bungkus Nasi Kerabu 2 Bungkus Nasi Dagang"

Ketika berbual dengan bos,

" Ni nasi kerabu semua ni, ko nak bawa balik ke Batu Pahat ke? "

Oncall khamis tu selepas di pagi jumaat. Jumaat cuti weekend.. So, aku akan balik kampung as usual.

" Tak lah."

Bos: " Habis tu nak buat apa?"

Aku : " Saya nak bagi HO yang tolong kita buat operation tadi "

Bos: " Banyaknye...?"

Aku : " Ye lah, tak kan lah sorang je HO makan... yang lain tengok.. Yang lain sekali juga lah, mereka pun HO saya, tolong saya masa oncall."

Bos: Habis tu, kalau setiap kali oncall, kau beli makanan untuk diorang?"

Aku : " tak lah, tengok lah masa tertentu..ahahah

Bos : " Aku ingat ko berhati KERING. Marah-marah HO macam apa... pastu biarkan mereka terguris. Ooo.. kira ada heart juga.

wallaweyh.. siut je bos aku fikir macam tu... hahah

Aku : " well, well well... " muka cover nampak hati ada taman..


.......sampai bila aku incharge HO.... sampai situlah HO apart of my life......
Bahasa aku sangat kasar... susah untuk mengukir kemanisan dalam kata-kata.. MUNGKIN suatu masa aku boleh menzahirkan keindahan.. bila hati tenang .

fuhhh... Life is so difficult.

Semoga mereka jadi yang terbaik.......hmmmmmmmm

Kisah "buli' New Junior

Alhamdulillah...

Seteleah berhempas pulas oncall Khamis lalu 2-3april... akhirnya..
Selepas round pagi, aku  terus ke OT untuk memulakan kes, rupanya kes tak panggil lagi.. ceh!
Semangat giler.

Kemudiannya, kes dari ICU untuk buat plating Humerus called, at the same time that patient underwent Trachy op.... So, surgical team first. Ortho as usual, jatuh tersingkir selepas trachy..heheh

Tunggu lama juga..... at last...

" DCP plating humerus later lah, patient not really stable at the moment. "

Ooo,, OK, Stable pt first.. I am OK.
huahuahua..... baru nak semangat..

Dari pukul 9am lebih itu aku lepak masuk OT dan ward melihat junior aku.. Junior aku itu adalah HO yang aku maksudkan....

Sudah diberi kepercayaan menjaga HO, jagalah apa yang terdaya. Jika saat meluput kudrat dan kuasa, itu saja yang menyekat aku untuk terus menjaga.

Mereka masih baru dalam dunia perubatan di tempat kerja.

Suatu hari itu, aku pernah meminta pertolongan seorang HO ini untuk masuk OT emergency, DR R,
Tagging lagi kot. Balik kul 10pm.

Tapi kes dipanggil dalam pukul 8pm++ rasanya.
Aku mesej dengan penuh sarcastic untuk panggil HO tersebut (rasa poyo je, at last rasa bersalah atas kejahatan diri)... Aku tak puas ati, dia boleh abaikan arahan MO/senior di bilik OT untuk assist junior lain buat kerja ward. Mana lagi penting??

Yeah....
Just Do IT .
Aku memulakan operation dengan tenang... tiada HO. Redha.hahaha Redha dalam stress sikit.


tetiba Dr R masuk..

" Yes, Kau nak apa?" Poyo lagi.. Kenakan junior.

Aku pun menyuruh dia bacakan tazkirah... Hadis pertama...
Setelah lama tak buat usrah, USRAH... di mana kau dan mereka????? Yeah, memilih yang terpilih. Itulah mereka.

Ya Rasulullah... Aku harap, aku tidak melupakan dikau .....Maafkan aku atas kelemahan aku.

Dr R membaca hadis tersebut mengikut paparan skrin hansetnya.
Semoga dia menjadi Dr yang baik, hebat dan cekap.


Aku pun suruh dia scrub sama membantu aku menghabiskan kes tersisa lagi...Thanks.


Berbalik kes oncal lalu, kes kedua...Start pukul 12AM.. malam2 buta! OMG... energy dah out sikit....
Kes boleh tahan mencabar.

Kes Ke-3..
Near amputation 3and 4th finger right hand. CIPAN!!!! berbeza dengan apa yang aku dapat.. STress aku! hahaha

" Bos! Boleh tak tidur ke? Bos, kata kalau kes hand, panggil bos kan??? ahhahaha Nasib lah, saya nak panggil bos juga.. hahah"

Aku gelak-gelak pagi2 buta mengacau bos .
Bila aku dah reach my limitation... sedih juga aku tak mampu lakukan... aku takut jika tersilap cut... PINK become blue.


Bos datang! Yeay!!! hahahah Ultramen datang! hahah

Kes siap pukul 7am+++...
Sebagai hukuman, belanja breakfast nasi kerabu kat bos. hahahaha

... sambungan..

Thursday, April 2, 2015

Photo : melaka at swiss garden

...hmmmm...

Operation xstart lagi...

Update before OT

Stress....

Hmmm astagfirullahalazim..
Ampuni dosa2 hambamu ini.

Semalam yang penuh stress..
Ntah lah....
Pantang bagi aku junior aku meringankan tanggungjawab.
Alasan untuk off .... sebab yang tak logik.

Tak kisahlah dia atau mereka tak suka aku sekalipun...nak kata aku jahat.

Redha.

Jika rasa aku tak layak menjaga mereka.. boleh beritahu bos.. aku buat kerja lain.

Yelah.. junior or senior... kami in teamwork.
Bekerjasama.
Kalau tak tahu....aku ajar apa yang aku tahu.. aku bukan genious.. aku bukan hebat...

Hanya mengajar apa yang aku tahu.
I am happy with them.
Seronok bekerja dgn junior sebb mereka baru... tiada permusuhan...tiada dendam.. tiada apa yg mereka tahu tentang kelemahan kita..keburukan kita..

Only for awhile.

Aku menghargai sahabat2 yang sama membesar... seburuk mana aku.. seteruk mana aku.. mereka masih ada di sisi membantu.. menegur aku.
Mereka memang hebat akhlaknya.

Sahabat itu...mereka yang ikhlas.
Bukan yang membiarkan kita dalam keburukan..
Bukan yang memberi kemewahan.

Hmmmmm.... lastly...

Mood bse exam.. totalli out!
Decided not to sit.
I am not ready at all.

Terasa kepala "berat" ...
Hmmmm...

Terasa umur meningkat.... nyawa pun semakin mengakhiri..
Bila? Di mana? ....

Wallahua'lam.