Thursday, January 22, 2015

My Ortho Team :Sport day

Alhamdulillah..

Berjaya membantu boss Ortho Sport day.
Alhamdulillah.

Banyak belajar.
Harap dapat buat nota hari ini sebelum terlupa.

InshaAllah.
Semoga aku jadi insan specialist yang terbaik buat semua.

Saturday, January 17, 2015

Minggu meletihkan..

Awal januari...

minggu meletihkan 2minggu.. berhempas pulas as senior guy among junior group...
berterusan.... kerja.. bersama pesakit yang mencurah memenuhi ward.

hmmm xboleh komen panjang lebar... nanti kena stalk susah.

Apapun, apa yang menarik?

Weekend  16-17 sahaja ...
dapat makan bersama famili.
dan shoot gambar.

Saturday, January 3, 2015

Bertemu Jua Dengan Cikguku....

Hari ini 3 Hb Januari 2015.

Alhamdulillah.. setelah hampir setahun tak bertemu ... hampir mahu saja melupakan apa yang telah dilalui jalan-jalan lama....Ingin fokus ke hadapan.

Namun, apakan daya... pencetus daya tujahan memerlukan aku melangkah kebelakang untuk memberi pecutan mara ke depan.

Hari ini, aku tetiba decided want to see my 'best' teacher .
Seminggu lalu, beliau called aku ketika aku oncall. Bertanya khabar.
Lama menghilang, tetiba bertanya khabar.... hmmmm aku pun tak tahu mengapa..
Menghargai jasa dan menghormati beliau adalah insan yang aku sanjungi sejak sekolah dahulu kerana sifat dan kebaikannya... Aku memberitahu aku akan balik bercuti weekend ini dan boleh jumpa beliau.

Alhamdulillah... hari ini berjaya menemuinya.
Sempat lunch di sini..... hihihi

Terima kasih cikgu. ! Semoga Allah merahmati beliau!
Guru Sains... macam ustaz. Hebat.. Kagum. Anda sesuatu yang kita tak akan tahu dan kita biarkan ia berlaku kerana suatu kebaikan. Alhamdulillah.


Friday, January 2, 2015

Makan malam.. waiter dan aku.

Alhamdulillah...

Berjaya menulis lagi dan lagi...

Nak cerita apa?

Untuk makan malam, aku selalu melepak di sebuah kedai makan... yang terdiri daripada orang Kelantan.
Sedap dan cool. Ada TV... ahaha macam kat rumah xda TV kan.. Aku bukan selalu tengok TV pun... So, bila ada TV, tengok je lah...

Tiada yang menarik sangat pun nak cerita...

Tapi boleh dikatakan.. kedai ini menjadi kantin or dapur  aku setiap hari. Hahaha..
Makan minum kat sini... selagi tak tuutp, maka... aku akan datang sini.

Diorang peramah.. cuma aku je yang pendiam.
.. bila aku fikirkan... mereka ada yang dah kawin dan ada yang masih bujang.
Berapa gaji sehari mereka dapat?
Alhamdulillah.. kedai mereka ini maju. Alhamdulillah.

.... Berapa upah sehari mereka dapat...
Jika aku dulu, kerja sebagai waiter dari jam 8am- 10pm..... Upah RM 25. hik3.. Menangis x?
Aku tak kisah pun...walaupun :
-aku kena berbasikal about 15-20 minit ke tempat kerja... pagi-pagi dan balik malam buta... selama 2 bulan lebih.
-tapak kaki dan lutut letih jerih....

Ok lah.. enjoy kerja.... sebab matlamat aku adalah untuk :
- membaiki tahap keyakinan aku.
-Membaiki kemahiran komunikasi aku.
- Memberi pendedahan pada dunia
- melatih diri duduk jauh dari famili.

Sebulan aku dapat 25x 25 =RM 625.. Apa yang aku boleh beli?

Jika hari ini, aku bekerja di klinik , sejam RM 45. Dalam masa 10 jam aku kerja RM 450. Kalau aku kerja 2 hari sebanyak 20 jam... aku dapat RM 900 melebihi kerja aku dulu.

Ini kerana jawatan yang aku ada dan kelulusan yang menyokongnya.

Tapi.... aku masih merasa banyak lagi keperluan aku perlukan.

Cuba aku bayangkan... aku sebagai pekerja di restoran hari ini....... bagaimana diri aku?
Andai gaji naik RM 50 sehari... mungkin gaji aku RM 1500.00 cincai sebulan.
RM 1500.... dalam sekali sapu habis saja.. untuk bayar duit kereta, sewa itu ini, bil... makan.. minyak dan keperluan lain....

Ya Allah, hebatnya insan yang memiliki kerja biasa tetapi sentiasa cukup pada diri mereka.
Bahagia mereka kerana syukur mereka padaMu.
Tenang mereka kerana tidak merungut.

Mereka yang kerja biasa, bisa berkahwin, menyara anak-anak yang bukan seorang dua...
Dengar cerita... untuk belanja anak sekolah... hampir seribu habis.

hmmmm.... kena jimat dan sabar serta merasa cukup atas nikmat yang Allah kurniakan. Usaha gigih! Pasti Berjaya.

Semoga yang baik mendapat rahmat Ilahi. Jagalah hati-hati kami agar sentiasa adaMu di dalam diri kami.