Tuesday, December 29, 2015

Tanjung Piai episod 2 25.12.2015

Hihihi.. Ni gambar kat Tanjung Piai.. Dalam hujan kami redah.. tiada siapa tahu air mata atau air hujan... cewwah..

hahaa xda maknanya.



Keropok lekor Tanjung Piai.. ada cheese.. teringat kolesterol aku yang tinggi..ahahah

Memang fevret aku dan famili...
Parents kirim untuk beli keropok lekor kat sini.. malangnya.. bila sampai kedai tersebut.. hanya tinggal sebungkus.
Hmmmm
Aku pun keluarkan bungkusan tu dan ambil makanan frozen lain.
Tiba2 datang seorang pak cik, abang kot... dia tanya " nak berapa keropok lekor?" secara perlahan dia tanya.
Pelanggan di situ ramai... tapi rezeki kami kot... Abang tu 'seludup' 2 bungkus lagi dari dapur memasak untuk dijual mentah kat aku. Alhamdulillah.
Terharu ...masih ada orang yang baik baik di dunia..
dalam dunia yang penuh dendam dan dengki.. orang baik baik ini masih ada.

Thanks bro.. Semoga Allah menjagamu..
Senggarang... budak ni ambil feel giler..



Machoo seyy


Lepas posing... makan kerang.. mak ai!!!

Sedap wei...
RM 6 je semamgkuk.. Ramai sangat pelanggan diorang..


ahahah Lepas kawin..

Before kawin..

Saturday, December 26, 2015

22.12.2015 - Jalan2..


Lagi.. cycling..
esok oncall...

hmmmm xda keje.... apa lagi..
keje banyak tertunda.. malam confirm tdo awal sebab kepenatan..

Ni kawasan sekitar rumah kami..

Tanjung Piai 2015 espisode 1







Alhamdulillah..


Mulanya cuti panjang 4 hari ini kami bercadang untuk ke PADANG BESAR!
tapi apakan daya.. cuti kami dispoiled....
Hmmm.. bukan rezeki kami.


Alhamdulillah.. oncall saat Hari Maulidurasul..
Esoknya.. Hari Kristmas... Post oncall
Aku bercadang mahu ke Tanjung Piai bersama adik kembar aku dan siterinya.

Adik yang sporting dan bagus.

Bergerak jam 11.30am. Hari Jumaat.
Kami memang bergerak terus dan solat JUmaat dalam perjalanan.. sengaja untuk membuktikan... JUmaat.. bukan penghalang....


Sampai di Tanjung Piai.. tapi singgah sebentar untuk menikmati juadah LUNCH>> Mee Tongkang.
Mee ala2 mee sup seafood.



Nampak tak annoucement tu. ... kecewa giler kot!! ahahah


17.12.2015- Redah Jalan Batu Badak Segamat


Alhamdulillah..
Inilah geng cycling yang aku ada kat Segamat...
Beli basikal dalam bulan Dicember 2014 kot... 
Lepas tu terdampar... ahahah
hmmm..

Hari ini, aku incharge OT.. Kes habis awal!!! Pukul 5pm dah habis.. pergh.. Bos T memang hebat!!
Apa lagi!! 
Enjoy!!

Berbasikal untuk kesihatan dan menguatkan stamina...
Maklumlah.. check Cholesterol dah tinggi..hmmm'
Stress pula..
InshaAllah.. selain jaga makan.. kena banyak exercise!

Kami mulanya plan nak ke Taman Yayasan.. dari Hospital Segamat.. terus ke Paya Pulai.. ke Jalan short cut Jalan Batu Badak... tembus ke Jalan Muar Tangkak tu... 
Sampai sana.. dah 650pm.. OK.. pak cik2 berumur sudah nampak kelibatnya .. nak ke masjid.
Anak muda?? ahahah main beskal!! 

hmmm

Saturday, December 19, 2015

15-16 December Berkursus Course Acute Cervical Injury MX





Alhamdulillah...

15hb December, Post 2nd call. Habis kes pukul 5 am sejak pagi 14hb lagi.. buat kes, rehat diselangi kes team dept lain.. dapat curi masa untuk makan, solat..
Kes melambak lambak sampai rasa dah nak collapse.. tipu je.. tak lah nak collapse..
Cuma banyak juga kes..

tidur dari pukul 5am+ sampai kul 645am.. Arghhhhh!!! ngantuknye...
Minum nescafee.. lega sikit mata.

Lepas morning passover, aku turun ke klinik..
Plan asal nak tidur jap..
tapi memandangkan kepala tak ngantuk sangat.. aku bertahan sampai team oncall n bosses habis round, baru aku ke pantry breakfast yang macam lunch.
12pm..hmmm 12.30 pm lepas makan.. aku terus drop ngantuk giler.. dengan pening kepala.. 
aku jalan ke bilik mo oncall, tidur selamba je sampai pukul 2.30pm.
Lepas tu, buat2 busy turun ke klinik lepas solat Zohor.
Settlekan claim oncall dan tunggu untuk CME.

OK!! CME cancell setelah 1jam menunggu...
Aku pecut balik rumah pukul 410pm ...sebab aku nak g masjid solat asar dan berkemas balik RUMAH!!! My hometown.. Esok nak g kursus.

Alhamdulillah.. aku ada adik kembar yang best!! supportive!
Dia tolong drive dari BP ke Sungai Buloh.


Ni ... Ladang Rusa... otw balik BP.. Line kat sini poor.. So bad till i cant send any signal via whassap..
Looked into the estate... wow.. so offroad. Hmmmm
Need 4x4 kot..to enter into it.
One day maybe.. nak tgok rusa dan to feel my 4x4 on the road.. that road.
Ni rumah.... abang long adik ipar aku.. Bapak macam hotel 5 bintang.. perghh.. menumpang tidur 3 jam.. Thanks.. With Karipap yang sedap.
Nampak tak Hospital Sungai Buloh tu... dengar cerita...... hmmmm

Session Halo Vest.

Course yang aku sertai.
Menarik... Cuma kena lebih banyak input dan praktikal.

hahaha.. Lepas course..
IKEA.. finally.. aku merasa ke sini.
Ni keje kitarang... hahahaha

Friday, December 18, 2015

Berbasikal Jamboree SRCC Bakree 12.12.2015

Sudah daftar sebulan lalu... RM 60 ..
Alhamdulillah.. Berjaya juga menyertai aktiviti berbasikal beramai-ramai.
600lebih peserta.
Cuaca bagus tapi selepas seminggu hujan membasahi bumi, track cycling agak basah dan becak.

Aku lepak di Hotel Kontena PPT Muar.
RM 125 bayarannya sebab weekend.

Ok lah..

Bergerak ke Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5 dalam jam 6.30am.
Breakfast roti je..

Aku bersama seorang member aku dari segamat dan 2 junior aku bertemu member muar.

Start at 8.30am.
Ada 3 check point.
Melalui bukit Nabir...then bukit Kuning..
Seriusly.. pemandangan best.. tapi aku tak sempat nak ambil shoot sebab keletihan dan focus berbasikal.

Kira mencabar juga... sebab backpain aku masih tak baik lagi dan start back pain lagi masa mendaki.
Ok, terasa numbness with tingling sensation over lower limbs... hmmm Cuak juga.

Melepasi check point pertama dalam 10km pertama.. Mak ai!!! Punya penat mengayuh.. Rasa macam dah berpuluh puluh KM. Disebabkan jalan berbukit dan panas...

mereka yang pecut sungguh mengagumkan..

aku mengayuh perlahan.. menunggu member yang ada  dibelakang ..
Aku pun xsekuat mana... hmmm hati berbelah bahagi.. nak pecut aku tunggu.
hihi

Akhirnya , member pun sampai.. kami bergerak sama...
Sampai ke penghujungnya.. cuma di penghujungnya, aku terus pecut untuk sampai awal, sebab dah tak larat.

Aku bertemu dengan seorang adik ini, darjah 5, 11 tahun.. pergh.. cycle selamba je..





Tak jauh mana pun 34km.. tapi penatnya macam berbatu batu cycling...





Ini pengalaman pertama berbasikal di Jamboree..

Ada member kata .. tak pernah lah berbasikal.. bagai.. tapi bila kat sini.. kayuh laju.. hihih agak lah kan.. manusia ni. siapa je yang jujur melainkan mereka yang kenal TUHAN..

Apapun, kami ke sini berniat untuk enjoy dan menambah pengalaman.. Tiada pun target nak bersaing.. 

Cuma untuk mengalahkan diri sendiri sahaja...


Alhamdulillah..

Alhamdulillah....
Alhamdulillah...

Hotel Kontena


Alhamdulillah..

11 December 2015, selepas asar, kami bergerak ke Muar untuk menyertai Jamboree Bakree.
2 basikal disumbat dalam kereta Saga aku, Muat je..

Pukul 7pm sampai di sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5 dan kami mengambil goodies untuk esok, termauk baju dan air mineral.

Solat maghrib di masjid berhampiran sebelum mencari rumah persinggahan. Plan ingin mencari homestay, tapi.. disebabkan member nak merasa rumah kontena.. or Hotel Kontena.. kami melepak di situ.

Bayaran.. RM 125 per 2 persons sebab weekend.
hmmmm Ok kot.

Ruang yang selesa.. 

Menarik sungguh Hotel ini.. PPT Pasir Gudang punya branch..
Cuma toilet dia ni lutcahaya dindingnya.. kena cover sikit kot kalau yang pemalu..ahaha


Tuesday, December 15, 2015

Kisah Minggu awal December

7 December 2015.. Perhimpunan Hospital Anjuran Ortho Dept.

Berkabung atas pemergian Tengku Jalil...
mak cik 'cleaner' yang masih tagging....
hmmmmm Alone.. ahahha

Teluk Wawasan... December 2015


5 Km je Teluk Waswasan ni.. xlah jauh.... hmmmm

Cycling on road yang  mendatar tak lah terlalu penat pun... untuk pro rider... ni mainan je kot... kira tak kluar peluh pun.. bagi aku.. ahaha berpeluh2 juga.