Thursday, October 30, 2014

Coretan semasa

Alhamdulillah...

Khamis... 30 Oct...
Post 2nd call.. allahuakbar.. semalam sungguh mencabar.

Aku dapat kes paediatric, closed supracondylar right humerus fracture....for open reduction and k-wire.

hmmmm Argh!!!!!
Stress giler.
Pagi tu , sakit perut, tak habis round ward....
So, aku tak tau pula last ward ada kes emergency...mentally not prepared.

Dapat call, " Dr, patient dah di OT"

mesej pun masuk " Patient ko dah lama kat OT"

Argh!!! Kejam giler teamwork macam ni.. lantak r.
Be cool. Jangan mengamuk.

As usual.. once aku tengah marah.. all the bloodstream become so rigid including all my aura.
SERIUS giler...

position settled.

My Boss allow me to settled op!!! best giler dapat supervised by him!!
Aku skin to skin under his supervision...pergh!!
Aku rasa, my senior pun akan tergugat!! hahaaha
Alhamdulillah.!



Ini kisah semalam.....

pagi ni, bangun tidur dalam 5 jam.. ok lah..
Bila berselisih dengan rakan lain yang menghormati kita dengan baik, terasa..  THANKS GOD for your MAHA MENGASIHANI. Dialah Tuhan Yang Maha Agung.

Semoga kebaikan mereka Tuhan balas dengan rahmatNya.

bukan memandang negatif... tapi, we can feel the sincererity in frenship..

Kita bertemu orang yang suka kutuk orang lain, dan kita boleh bayangkan betapa dia juga bakal mengutuk kita....


Inilah kehidupan.

Wednesday, October 22, 2014

Kursus Spine HSIJB 17-18 Oct 2014

Kursus Spine Trauma di HSIJB pada 17- 18hb


Alhamdulillah..
berjalan lancar...dan sempurna.

Aku sangat mengamati kursus ini dan sangat seronok kerana apa yang aku tertanya-tanya dapat jawaban walaupun tak sesempurna jawaban yang aku akan amati kerana kecetekan ilmu aku, tapi ia cukup bermakna buat aku yang masih muda dalam bidang orthopaedic.

Spine Course.

My big Bos... MR T..

" Maaf, saya akan bercakap dalam bahasa Melayu atau manglish sebab bahasa English saya tak power."

Ayat yang sungguh sarcastic dan sangat WOW!
Aku terasa juga kerana my poor english.. hik3..
But... I am OK because em trying hard since young to improve my english..
people alwez say, " aku tak power pun english.. aku orang kampung juga"
But, once i investigate their environment... hmmmm famili educated, high tech home facilities-ada komputer, astro dan bla-bla.... "
Those things will enhance your language actually -indirectly..

Let it go..


Boss T memang Best !!Tu je comment aku.

Pukul 5am, aku bertolak ke HSIJB dan sampai pukul  730am ..breakfast..
Selepas kursus...baru cari Hotel- Avista Ria.. RM98/nite.. HOhoho hotel budget giler.. hahahaha
Aku nak tidur masjid je..eheheh


It is OK.


Best.. Day 2..
Active session.. banyak dapat belajar daripada workshop..
how and how..

why and why...

Kul 1pm.. cabut!!!!

Hujan lebat mengiringi... perjalanan balik Segamat!

NOTA : Rasuah versus Hadiah by Prof MAZA (COPY and PASTE)


https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10152861338212990
* Aku copy nota tazkirah Prof MAZA untuk aku jadikan blog ini sebagai nota aku sendiri.


MEMBEZAKAN ANTARA RASUAH DAN HADIAH
Soalan: Kepada Dr MAZA, saya berniaga tender kerajaan dan ingin memohon penjelasan Dr. Apakah perbezaan diantara rasuah dan hadiah? Kadang kala syarikat saya menghadiahkan sesuatu kepada pegawai yg terbabit sebagai tanda terima kasih walaupun hadiah itu tidak diminta oleh pegawai berkenaan. Adakah ini rasuah atau hadiah? Bagaimana pula jika memberi hamper sempena hari raya? Saya rasa macam kadang kala kita menyembunyikan rasuah dengan perkataan pemberian ikhlas. Harap Dr tolong huraikan.
Farid Ahmad, KL
Jawapan Dr MAZA: Sikap saudara yang berhati-hati tentang urusan rezeki atau sumber pendapatan dalam kehidupan ini amatlah dipuji. Ini satu tanda adanya nilai kesolehan dalam jiwa. Malang sekali di zaman kini, ramai yang kurang peduli soal halal dan haram hasil pendapatan yang diperolehinya. Soalan saudara asasnya mengenai perbezaan antara hadiah dan rasuah. Persoalan ini dibincang oleh para ulama sejak dahulu kerana bab ini sering disalahgunakan. Ramai yang mengambil kesempatan dengan permainan istilah yang seperti ini. Ada yang cuma menghalalkan rasuah dengan diberi nama hadiah. Saya jawab berdasarkan noktah-noktah berikut:
1. Adanya perbezaan antara rasuah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan “apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. (lihat:, 22/220) Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan. Al-Imam al-Mawardi merumuskan “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”. Ertinya, pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut. Dengan pemberian tersebut menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya; samada dihilangkan, atau dikurang, atau dilambat atau akan ada pihak yang dikenakan suatu tindakan yang tidak adil. Maka, rasuah merupakan pemberian bersyarat, sementara hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain. Rasuah dikeji oleh Islam, sementara hadiah digalakkan.
2. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka orang yang paling dapat mengesan sesuatu pemberian itu rasuah atau hadiah ialah pemberi itu sendiri. Hanya dia yang tahu bagi setiap pemberian yang dihulurkan. Adakah dia mengharapkan sesuatu pada masa tersebut, atau pada masa hadapan dari pihak yang diberikan, sedangkan apa yang harapkan itu dia tidak layak memperolehinya sedemikian rupa? Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas ‘budi’ pihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain? Sabda Nabi s.a.w:
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat” (Riwayat al-Bukhari).
3. Ertinya, jika pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka itu adalah hadiah. Jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah. Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w:
فَمَا بَالُ العَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ، فَيَأْتِينَا فَيَقُولُ: هَذَا مِنْ عَمَلِكُمْ، وَهَذَا أُهْدِيَ لِي، أَفَلاَ قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ: هَلْ يُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ يَغُلُّ أَحَدُكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ
“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).
Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung. Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.
4. Rasuah boleh muncul dalam berbagai bentuk; samada harta atau manfaat tertentu yang diberi atau dijanjikan. Juga dengan rasuah hak pihak lain itu boleh dicemari atau dizalimi dalam pelbagai cara. Ini seperti pemberian itu akan menyebabkan disegerakan urusan kita, sehingga menyebabkan terlewatnya urusan pihak lain. Atau jika dalam bentuk persaingan tender seperti zaman sekarang, pemberian rasuah boleh menafikan hak pihak lain untuk dinilai, atau menghapuskan persaingan yang adil antara pihak-pihak yang terlibat. Rasuah juga boleh menzalimi majikan seperti pegawai mengabaikan kualiti kerja disebabkan habuan yang disuap. Juga rasuah juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan dihukum secara tidak adil. Firman Allah:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
(maksudnya) “dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188)
5. Rasuah atas nama hadiah boleh merosakkan rakyat dan negara. Lihat sahaja negara seperti Mesir yang setiap kerja yang sepatutnya berjalan dengan baik terbengkalai kerana setiap urusan akan menuntut wang saguhati atau tips. Bermula dari driver bas di Airport Kaherah sehinggalah ke pihak-pihak yang lebih atas. Apabila keadaan ini berlaku orang miskin susah hendak berurusan kerana mereka tidak mampu memberikan ‘hadiah’ kepada pegawai-pegawai yang bertugas. Kualiti kerja menjadi rosak. Perasaan tanggungjawab terhadap tugas diukur dengan hadiah yang pernah diberikan atau yang akan diberikan. Maka rasuah merangkumi kesalahan berbohong dan khianat.
6. Adapun pemberian untuk mengelakkan kezaliman seperti memberikan suapan kepada sesuatu pihak bagi melepaskan diri dari kezaliman atau memperolehi hak yang sepatutnya. Ini seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim, maka Dr. Al-Qaradawi berpendapat bahawa jika keadaan seperti itu berlaku, seseorang hendaklah berusaha dengan cara yang tidak merasuah sesiapa. Namun jika tiada jalan dan terpaksa, maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut (lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s 300, Beirut: al-Maktab al-Islami).
7. Perbuatan rasuah adalah dosa yang besar. Sabda Nabi s.a.w:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي
“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih).
Apa tidaknya, rasuah boleh meruntuh keseluruhan sistem keadilan dalam sesebuah masyarakat. Kata Saidina Ali bin Abi Talib:
فَإِنَّهُ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلكُمْ أَنَّهُمْ مَنَعُوا الْحَقَّ حَتَّى اُشْتُرِيَ ، وَبَسَطُوا الْجَوْرَ حَتَّى اُفْتُدِيَ
“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201. Beirut: Muasasah al-Risalah).
8. Hadiah yang ikhlas adalah digalakkan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w:
تَهَادُوا تَحَابُّوا
“Berilah hadiah nanti kamu akan sayang menyayangi” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Ya, hadiah yang jujur kepada sahabat atau bakal pasangan hidup akan menimbul kenangan dan ingatan. Kasih-sayang tanpa kepentingan itu amat tinggi nilainya dalam kehidupan insan. Hadiah satu jalan mengeratkan hubungan antara kita atas kejujuran dan keikhlasan jiwa

Wednesday, October 15, 2014

Angin Ahmar

Wah...
Ramai yang cuak pasal penyakit ni...

Kalau orang medic kata " Stroke" or hemiplegia, paralegia... quadriplegia...

Yang penting, badan pesakit sudah lemah dan tak mampu nak bergerak normal.
Segala pergerakan terbatas sampai adanya, nak makan pun kena guna tube...


Pagi tadi, aku berjalan menuju tempat kerja.. terserempak dengan pesakit stroke yang baru lepas physio.

" Susahnye jadi pesakit stroke... hidup menyusahkan orang lain,sedih...."

Siapa yang sudi membantu? Siapa yang sudi bekorban?

Itulah persoalannya...
Tiap-tiap hari nak kena mandikan.. nak kena cebukkan najis... itu ini.. payah..
bau busuk...
nak kasi makan minum..
kalau demam lagi lah susah..

2-4 jam sekali nak kena pusing2 kan badan..
kalau tak.. habis badan kena bedsore. luka sana sini.

Kalau luka biasa tak apa... ni kalau dah bernanah... adesh.. bau semerbak satu rumah..

Bohonglah kalau diri tak mengalami kepayahan... Semua itu denial saja..
Susah nak jaga pesakit ini... tapi
Jika kita cool , kita dapat belajar banyak..


Inilah apa yang dialami oleh keluarga yang ada pesakit stroke..


Tuhan Maha Agung....Maha Berkuasa...

Ujiannya besar... Nikmatnya juga besar...


Bersabarlah siapa yang diuji..
Jaga diri sebelum terseksa dan menyeksa orang lain....

Sunday, October 5, 2014

Hari Raya Qurban

Alhamdulillah...

Ada masa sesuatu itu dibiarkan....
persoalan dibiarkan tanpa jawapan...
tanah dibiarkan berlalang....


Inilah kehidupan....


5 hb Oct ... Solat sunnath Hari Raya Aidiladha.
Bersyukur... tahun ini famili masih meneruskan ibadah qurban.
Lembu seekor disembelih di Parit Pasir Panjang...Sri Gading.
Best, peramah tuan lembu situ.

Lembunya pun gemuk2 belaka.
terasa nak cepatkan je projek....tapi kenalah sabar dan kenalah ada strategi yang bagus.


Melapah.. dan mengagihkan....
Alhamdulillah...






3 Oct 2014



Alhamdulillah..

Lama juga menahan diri menulis di sini..
Letih..
stress pun ada dengan perangai manusia... mencipta peraturan, tetapi mengingkari.. perangai sebiji macam puak Zionis.

abaikan......

Apa yang JELAS, aku ada apa yang aku tujukan...
aku ada jalan yang JELAS.


3oct... aku bersama kembar dan isterinya bertolak ke Muadzam dan ke Kuantan....
Jam 3.30pm terus balik setelah selesai tugasan...
Hasrat nak join Operation dengan big boss... kes besar, aku takut terperangkap... lantas aku hanya melihat dari luar saja.. sadisnya...

Apapun yang berlaku, maafkan aku bos.. heheh.. tak dapat join Op.
Aku rugi...

Perjalanan yang best!
Enjoy... walaupun sekejap.. tapi best..


Mengapa aku mahu ke Kuantan?
Aku nak melihat LAUT saja .... tu je... Teluk Cempedak.
Segamat mana ada laut... 

Indah... tenang....


yeah!



Add caption

prrriiit!!!!