Saturday, June 28, 2014

28hb June : Sehari Sebelumnya Ramadhan.


Alhamdulillah...

Minggu awal Ramadhan... dapat cuti!!!

Alhamdulillah.... yeah.. akhirnya... ingin saja ambil cuti berehat setelah 2 minggu dihempas oncall yang amat penat juga. Stress kerja itu biasa... cara nak kurangkannya adalah dengan melihat alam...Laut.

Segamat, mana ada laut.

JDT menang, 26hb June kitarang semua cuti!
Memang best cuti kali ini. 4 hari pergh..

Jumaat, siapkan jadual HO, maklumlah, dapat amanat dari bos untuk incharge HO.. adesh...
Besar amanah tu buat JUNIOR Mo yang sangat poyo macam aku ni.hihi

Kerja pending banyak lagi ini.

SABTU, 28 Jun.
Jumpa member yang aku pun tak berapa kenal. Ingin lepak di Minyak Beku Batu Pahat, tapi aku tukar plan, cari Durian di Segamat.. From BP to Segamat! hihih.

D24 RM 6 sekilo. Sedap. Isi tebal dan best.


Aku ada plan dengan member hospital nak makan Durian lagi next week.hihi.. Hopefully, JANJI ditepati bukan dicapati. Kalau tak jadi pun x apa. Xda Rezeki.

hihi.. Yeah..Lepas Tarawikh... melantak durian. pergh.

Budak ni aku adik member aku.. ntah tetiba je kenal dalam FB. Beza setahun je. Satu sekolah.. Tapi tak pernah jumpa. Aku ajak p segamat je terus teman aku cari Durian.

Yeah

Masjid Bandar Putra..

Member sekampung.

Friday, June 27, 2014

PhotoZ

Gambar ni so SMART! memang gempak!
cantik giler.

Nampak sangat LAUT Teluk Wawasan tu sangat cantik... hakikatnya berlumpur.

HO Ortho.. HOHO
Lukisan operation ... orang dah macam gambar kartun budak getah je...
Nak gelak aku.. hihihi

Budget ada genetik benggal je kucing kampung...

Bubur kacang hijau Durian.. Hadiah buat penduduk kampung selepas majlis Bacaan Tahlil malam tadi 26hb June

Diari Minggu lalu










Alhamdulillah..

18 Jun 2014 : Muar Update Trauma

Kursus ken abayar RM100
Agak kecewa dengan gerak kerja... kurang gah!
Bayaran RM 100 tapi tak ada nametag.. nothing special.

Content ceramah agak kurang menambat minda untuk terus diambil faedahnya.. hmmm

Halway.. aku cabut ke Batu Pahat.
My grandmother admitted due to CCF.



Seperti biasa..
Ini kerja aku.. suka membelasah orang..
dulu aku suka sparing dengan HO... aku membebel itu ini esp Ho baru... (Budget aku ni hebat sangat kot).
Aku siap datang malam2 ke ward untuk tengok mereka buat apa sambil update all my patient in my ward.

all my HO ortho... Hihihi Depa baik.. aku je macam apa ntah.. EMO suka marah2.. hihi nasiblah depa ni tak report kat YB mana2.. kalau lah.. ntah apa lah nasib YB tu.. opsss hihih

Sunday, June 8, 2014

Pendakian Gunung Ledang


Alhamdulillah,
Jumaat lalu, 6 Jun 2014, perancangan untuk ke Gunung Ledang Bermula.
Sebenarnya, ini merupakan rezeki yang aku dapat sebab dulu ada kawan ajak join mendaki, tapi aku tak dapat join sebab kena kerja dan cuti tak boleh extend lama. Hmm agak kecewa juga. Tiba-tiba, minggu lepas, bos aku Mr Ezrat ajak mendaki Gunung Ledang sebab 2 member aku cancel sebab ada hal. So, aku yang so excited… memang tak panjang berfikir, terus join.

Alhamdulillah.
Memang taka da persiapan!
Serius.
Berat aku anggaran 74-78kg.. Overweight sikit.
Tak suka bersenam.
Stamina… slow juga…

Apa akan terjadi bila aku mendaki nanti??
Aku sengaja bawa bag berat sikit. Hihi nak test badan punya stamina.

5hb,June… baru terhegeh-hegeh nak beli kasut, rain coat dan torchlight.

Misi bermula.
6June… Selepas solat Jumaat , aku baru nak berkemas.
At 5pm, baru bergerak…

Hujan lebat membuka tirai misi kami.


Jam 6pm.
Kami tiba di Pintu B Ledang.
Menginap di chalet, RM 220 one night.

Barbeque.




Hoho.. muka excited nak mendaki... selfie...



Lakonan buat kerja.. Bbq.. Set Fire!



hohoho

7 June- Sabtu.
Breakfast…..
8am- Taklimat.
815am Bergerak.

Ada 7 check point.
Checkpoint 1- Bukit semput.
Aku terlalu rush naik…. Terasa semput. Hyperventilate!!! Almost Gave up! Nak turun!!!!!
sweating+++ Pergh!
Mampukah aku sampai ke puncak?


Yeye je abang Ranger ni cerita.. aku ingat KFC je.. hhihi...

Yeah.. My Team!

Kabur!! nak post gak!

Tunggu Puteri gunung ledang.. hihih lambatnye nak turun...

Kasut baru.. bau kedai lagi!! Adidas! for Hiking.. memang berbaloi.. cengkaman memang superb!

Bonzai hill.. memang best! Sebab kat sinilah kaki aku cramp kedua belah kakiku.. ceh... 
 Check point 2
Perjalanan diteruskan.. aku semakin letih dan berat bergerak.
Just do it! Jalan slow… berhenti… jalan.. berhenti… REGENERATE energy!
Hanya Tuhan yang tahu betapa aku tak larat nak teruskan.

Check point 3-
....

... malas nak cerita...........
...........



Check point 6- Bukit Bonzai
Memang cramp kedua belah kaki…. Inilah kesan pendakian ke bukit bonsai. Sangat mencabar otot.

Tapi yang best… Pokok bonsai kat sini sangat cantik.


check point 7- KFC
Yeah! Inilah yang aku mahukan.. mendaki dengan tali atas batu… Pergh, kalau pempuan boleh buat.. aku mestilah boleh! Hahaah

Around 230pm sampai puncak… pergh…ada 8 tangga sebelum naik ke puncak.
hmmmmm…. Letih.

Tiba di atas.. Solat Zuhur…
Tak ingat apa2 bila sampai atas..
Hanya fikir, aku nak bergambar dan turun dengan cepat. Nak balik rehat.

Pendakian menuruni Ledang ambil masa 3 jam. Ok lah..
Hujan lebat.
Bekalan air diTop-up di sungai  berdekatan.. pergh.. sejuk giler air tu.. Sedap!!

Jalan penuh air.. lecak.Memang best.
Kaki plak dah terasa melecet…hmmmm sakit.
Tapi, kesakitan hati melebihi sakit di kaki.hhihi


Alhamdulillah, 7pm sampai di bawah.

World lah!! Thanks Allah.


Budget Macho! Hati menangis.. macamana nak turun ni!!! tak larat! ahhaha air pun dah nak habis.

Awesome

Skyfall


water for life

pewwit..