Friday, April 25, 2014

My Peseraiville 2014



Angah! ni nama dia.

Gagah dan manja.
Kalau berdiri dan mengamuk, bergegar bangunan ni...

Thursday, April 24, 2014

24 April 2014

Alhamdulillah..

Hari ini post oncall.. mabuk sikit! hahaha biasalah letih.

hari aku dapat tahu member aku masa kat Muar dulu dah start HAART therapy.. Ok good!

Hari ini juga, aku nak balik PESERAiville.
Masa bertolak balik.. 4pm.. dah nak asar.
Balik je terus.... Vrooommm..
Sampai suatu masa , aku berhenti di sebuah masjid.
Besar... tapi jamaah sorang! hek ele...
apa kes ni...

Ada seorang pak cik.. lepas azan.. terus solat sunnat..kot
aku pun wuduk dan masuk solat sunnat..

dah 15 minit dah ni... xstart solat jamaah .. pak cik ni psychoo giler.. buat xtau.
Alhamdulillah.. datangs eorang brother ni naik hilux!

At least ada member nak solat jemaah.
Bro ni masuk dan panggil pak cik solat sama..
tapi buat dek je.. masih duduk sorang diri..

pffft.. pehal pak cik ni.

Aku bangun dan nak start solat berjamaah dengan brother tu.. LANTAK lah ko pak cik.. ko nak duduk bertapa situ pun.. aku nak solat berjamaah dan blah!

Pertengahan solat!
pak cik ni tetiba bergerak matikan suis kipas, lampu masjid...
Mak ai! bengong ke apa pak cik ni?
Bengong2 pun naik kancil drive ke masjid  ni.. bahaya betul.

Selesai solat.. aku dan bro tu gossip pasal pak cik tu.. nasib lah tak dikunci dalam masjid tu..
hmmm ntah pape lah..

Ada kala aku punya hipotesis... " Orang yang selalu ke masjid yang berpakaian seragam mengikut adat akan berperangai pelik"

* sila minta penjelasan ayat aku  itu sebelum cari pasal dengan aku. hihi peace!

Saturday, April 12, 2014

Kursus 9 dan 10 April Melacca

Alhamdulillah,

Minggu ni kena pergi kursus  Wound care Management and Rehab. Post Amputation.
Melacca ManColl.

Ok lah...
Tapi bab yang last2 tu banyak sangat company yang bagi Talk, otak dah rasa konpious... sebab semua company nak menang dan nak produk depa digunakan....

Bagi aku....

Management should be depend on Staging...
Stage 1- nak buat apa?
Stage 2... 3.. 4...

Baru clear..

Pastu, company boleh masuk campur.. which stage nak yang sesuai.

Adesh.. ini tak, semua main bantai masuk.... semua jenis produk masuk dalam talk sampai.. xtau dah kegunaan yang sesuai...

seriusly, aku cabut 1 and 30minit terakhir sebelum penutup.. We are Johorean.. 3.30pm should habis kerja. So, decided to cabut. Maaf pada yang tak selesa dengan kenakalan kami.
Kursus punya matlamat dan wound management + post rehab already we learn in early morning.. supposely, not be a big problem if we leave majlis penutup.

Jahat.

sori.. Aku memang tak suka nak cabut... tapi ada plan lain yang memerlukan aku cabut awal dan sebelum nak cabut, aku pastikan matlamat dan tujuan aku di kursus ini tercapai dengan sempurna.

TAK GUNA jika menghadiri kursus dan sampai habis.... tapi just sekadar memenuhi kehendak dan ingin memuaskan hati penganjur...

Itu zaman budak sekolah... aku dah dewasa dan aku ada banyak perkara yang aku kena utamakan.

I decide for myself... not others!

Yeah!
Inshallah.. Ilmu akan dipraktikkan dalam merawat pesakit. Dont worri!

Friday, April 11, 2014

Photo : Macam-macam ada

Program pertanian di Dataran Batu Pahat... Ok lah.. tapi matlamat nak cari anak benih pokok yang subur dan bagus, tak berjaya di sini.. banyak yang tak berapa meyakinkan.. hihii cerewet!

testing Galaxy note 3.. perghhh.. memang tak mengecewakan... gambar still cun!

Tangkap lepas

when you believe....

cak!!

26-29 March - Kangar Kursus Pertama Ortho

Alhamdulillah,

26hb march.. bersiap untuk menuju ke Kangar. Seawal 9 am. Aku dan kembar serta isterinya. hihihi..
Biasalah, trio ni je yang akan melepak di satu Malaysia.

6pm+ sampailah kami di Kangar,dan check in Seri Malaysia Hotel.


Kursus Ankle and Foot Symposium ke-5 pada 27March.
Banyak lectures,congested giler otak nak hadam.

Terasa cetek giler ilmu dan banyak lagi kena belajar... aku.. Terasa nak struggle dan cukupkan ilmu baru ambil master! Harap2 keyakinan muncul lebih baik selepas banyak latihan dan kursus.

28hb, check out pukul 1pm. ceh...
Kena gerak keluar awal.. Solat jumaat.

Yang bestnya, solat Jumaat kat sini pelik.
Selepas azan Zohor, terus khutbah,xda azan kedua.
Lepas solat Jumaat, xda zikir kuat dan doa. Imam senyap dan semua zikir sendiri.

Aku? HOho.. Ok je. Tak ada masalah pun.. aku lagi selesa zikir senyap dan sendiri. Daripada Imam baca zikir dan semuanya imam baca... xleh nak tambah dan mengadu doa sendiri.. hihihi



Shopping di padang besar! Yeah!!!!

Balik around 7pm setelah shopping.. Siap-siap keluar Kangar.

Pukul 3am++ sampai rumah.. Aku kepeningan dan tidur!

Kursus Perlis March

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
alhamdulillah...

Pada 26 march lalu aku bertolak ke Kangar Perlis...
Menghadiri kursus NFATS -national foot and ankle trauma symposium

Kursus 27-28 March...


Dalam perjalan pergi... terjerat oleh dek AES kerana sebuah kereta yang macam cipan psychoo... dah amarah aku terkena jerat yang terpasang di depan.. hmmm... Tak perasan plak area AES kat situ.. memang pffft.!!
turn my sorrow....

Rolling in the deep!

tipu2 baca buku.. hihi panas giler here!

Yeah!! Ini dia...

Komen tentang kursus ini:

hmmm Sangat best perjalanan ke sini sebab aku drive! hihihi pergi je.. balik ..aku tak larat..

Kursus ni mantap oleh surgeon yang powerful and banyak experiences..
But!
practically... kurang sikit.. Case study tak banyak.. discussion juga tak banyak.. hihi..
Yang ada, cukup2 makan je untuk dibawa balik ilmunya.

If ada rezeki, i will participate again next year!




Kamehamiha!!