Friday, March 21, 2014

21 March 2014

Alhamdulillah....

Seminggu bekerja...
bulan march..... banyak kejutan..
adik bertunang...
kena pergi kursus !!! Kangar beb!!!
tak ada LOKUM???? Ada member nak bagi.... tapi time tak kena plak.. aku keeltihan ditambah badan tak sihat... aku bukan malas.. aku khuatir aku tidak memberi apa yang terbaik jika aku mengambil lokum tersebut.. pesakit mahukan yang terbaik, jika aku main cincai je.. kesian mereka...

Hari ini bergerak ke Kuantan! Banyak kali stop ..makan-makan-makan.. adesh. Kenyang perut.

Well, semalam aku minta houseman ward aku ambilkan darah aku! Yeah! Normal kolesterol, uric acid dan lainnya.. kecuali gula macam tak berapa cun plak.. normal tapi not in my target.ceh!


Semalam juga, jumpa biker ,member hospital.. sifu! hihi
melepak dari pukul 3pm till 330pm sementara tunggu waktu balik...

Pagi semalam juga aku belajar dan recall operation daripada SIFU! hihi senior yang kaw2 baik.
Senior sangat baik, aku je yang nakal dan degil..sigh.. apa nak jadi..!! hihi

Hujan lebat membasahi bumi segamat setelah tamat solat asar . Vroooom! balik BP!

Hari ini,Jumaat.. melepak ke Kuantan plak.... jeng...jeng...

Friday, March 7, 2014

March ini

Alhamdulillah,

Syukuri nikmat yang Allah kurniakan padaku...

Hmmmm... bulan ini sangat banyak aktiviti rupanya.
Aku tiada plan apa-apa pun sebelum ini. Tiba-tiba muncul pelbagai aktiviti yang sangat mengejutkan aku...

Nak ke majlis pertunangan adik aku...nak ke kurusus kat Utara...
program itu ini..

Yang penting aku enjoy!

Allahuakhbar!

Ustaz....
tiba-tiba nama ini melekat pada aku. Kenapa? Entahlah.. ini panggilan bos ortho aku kat sini. Segamat.
hmmm Aku punyalah sempoi... xdalah nak bersopan santun macam ustaz yang selalu pakai kopiah dan bahasanya baik.

Jauh beza aku dengan ustaz... cuma yang menjadi persamaan.. Janggut je.
Nampak machoo sikit dan nampak matang sikit bila ada janggut! hihihi.. sebab aku ni tak mature sikit. Nampak brutal tapi perangai budak2.

Ini kisah di tempat kerja.

Keluar dari kepompong tempat kerja..
Aku melepak dengan member biker.
Nama member aku ni, Halim.. hmmm berbual punya berbual..
dia panggil " ustaz, boleh try Versys tu".. " eh, doktor. maaf."
aku pun tersenyum je sebab... aku pun tak perasan yang dia panggil aku ustaz sebab kat tempat kerja pun depa panggil aku ustad.

sambung berbual " kalau ustad, bla.. bla.."
tersasul sampai 3 kali rasanya bro Halim ni panggil aku ustad.
Aku pun tak faham kenapa dia suka panggil aku ustaz, padahal dia tak kenal sangat aku ni.
Yang dia tahu, aku bukan kerja dalam bidang agama pun.hmmm..

mungkin aura pelik kot dia rasa yang mana aku sendiri tak rasa.

Mahu bangga? Untuk apa? melainkan untuk aku perbaiki diri aku.
Ikhlaskan hati.
Bersihkan hati.
Baiki bahasa
Jaga kelakuan.

Al maklum... bahasa aku ni boleh tahan gak.
first 2 month pun dah kena sound dengan bos aku. hihih..


Thanks

Dua tiga hari ini, aku melepak dengan member kerja aku.. makan malam... melepak..
hmmm
 tetiba kawan aku, dr T cakap kepada member aku yang satu lagi,dr K " You asyik bawa kawan-kawan you datang segamat join ortho." sambil gelak-gelak.

Dr K pun bagi respon, " Ok apa, u tengok (refer to aku) , bagus tak I pilih?(sambil tunjuk pada aku)"
Member aku ni Dr K ini juga yang bantu aku untuk dapatkan ortho dept dan juga membantu aku untuk dapatkan tempat tinggal walaupun menumpang.. at least now, i can survive..

Allahuakhbar! pertolongan Allah Maha Luas!

Aku tak akan mampu merasai semua ini melainkan ianya suatu perancangan HEBAT oleh Yang Maha Agung.

Terasa terharu juga bila orang memuji dan merasa puas ati bila aku di sini.

yeah! Dalam positif, ada negatifnya...
itu cabaran!

Aku ni jenis baran... itu yang aku khuatir.. suasana Ok jadi keruh.
Ya Allah, padaMu aku memohon pertolongan.....

Rahmati sahabat yang banyak membantuku ini. Peliharanya dunia dan akhiratnya. Amiin.
Thanks+++

Saturday, March 1, 2014

Photomania : February 2014










Cukuplah.... gambar.. potoz

Alhamdulillah... masih sempat menulis.
Hmmmm... Pening plak this week! Post 1 week kena bantai oncall back to back... dengan OT call yang sangat menguji physical.

Badan tak lasak sangat.... buat kerja sikit mulalah sakit badan...
Since young... bercita-cita nak buat aktiviti lasak.. panjat gunung, panjat batu/pokok bagai semua...
hmmm end up dengan fever+ myalgia. Inilah aku yang berimpian tinggi membantai badan.

Sometime mind can help body.
not sometime ...most of the time actually..

Alhamdulillah..
Takdirnya... orthopaedic menjadi bidang ku...

Sadisnya...
Kita tau.. tak semua akan senang dengan kita...
Kita tau... dalam banyak kebencian , ada yang menyinar sedia membantu.
Jika tiada sekalipun, pasti ada yang bertindak neutral.
So, lepak lah!

Alhamdulullah...
Aku masih diberi peluang untuk hidup...
Jika musim kering ini berterusan... sehingga 100 hari lagi.. empangan Semebrong akan kering juga.
Menanti hujan... menanti RahmatMu...

Yeah..
Kerja.. dunia kerja...
Fokus.
Ikhlas.
Tuntutlah Ilmu dan berusaha keras!

InshAllah.. Dia ada.
Dia akan membantu...Dia ada dan sentiasa ada!

Untuk keluargaku...
Untuk sahabatku...
Untuk pesakit-pesakitku....
Untuk agamaku....

Mampukah aku menyempurnakan sesempurnanya.... tanggungjawabku?