Saturday, February 22, 2014

Vroom!

Member yang pernah kena tumbuk ..
member yang pernah kena piat..
member yang selalu dibuli dengan aku... anak guru besar tu.. ahahah
akhirnya..
la ni,. dah kerja..
sempoi.
member sekampung....
Sebab dia budak baik, kena buli dengan aku tak pernah report sesiapa...

Bagus betul.
Baik! 
Alhamdulillah..

22 Feb, cukup sebulan beli motor Ninja!

Yeah... banyak pengalaman menunggang motor ni.. Superbike junior ni.

hmmm Khamis lepas balik bercuti di kampung, cuti weekend, memang bawa motor... vrooom!
Boleh tahan gak pengalaman singkat tu.

Kat selekoh Pogoh ,hampir-hampir nak terbabas sebab bertembung dengan lori dan angin kuat.. Grrr!
Cool! Cool!
Stable dan pecut balik.

Musim superbike la ni..

Risau pasal keselamatan?
Risau khayal?

hmmm memang logik.

Sebab itu, aku beli superbike ni untuk sesuatu yang aku dah set. AKu harap ia semakin utuh!
Niat asal.

InshaAllah.

Semalam, aku terjatuhkan superbike aku.. mak Ai! Berat giler. 160kg+ kot... hmmm 16 kampit beras 10kg tu..

Malam tadi aku suruh member aku bawa,try.. hhihi berat katanya.. maklumlah.. baru nak main.
Aku cakap, ok je.. sebab dah biasa..
lagipun, aku baru je duduk atas Hayabusa.. bapak berat giler!
So, aku rasa motor aku ni ringan je..
tapi motor Lagenda aku yang dulu lagi teramat ringan.

Yeah.. Hari ini aku nak balik Segamat, esok kerja!
yeah!

Yeah!.. inilah member biker.. cool giler. Semuanya humble.... 

Sunday, February 16, 2014

Alhamdulillah...

Lama dah tak menulis apa-apa di sini..
hmmm..

Banyak benda best nak simpan di sini..

22 hb Januari lalu, aku beli Superbike!!! Kawasaki Ninja 250.
Nak dipendekkan cerita.. aku tak tahu apa-apa pasal Superbike. Poor knowledge.
Aku belajar naik motor yang ada clutch pun seminggu sebelum beli motor. Itu pun dua hari je yang kalau nak kira berapa jam... hanya 3 jam kot paling lama. Aku tak rasa pun sampai 3 jam sebab aku bawak motor pak cik aku, Yamaha Fz  pusing-pusing je dan balik. Sekejap giler.

Sebelum beli motor tu... aku ke Langkawi..
Balik dari Langkawi itu lah.. aku settlekan motor.

Hihihi disebabkan tak confiden nak bawak motor... aku suruh bro kedai hantar ke rumah motor. hihih

Alhamdulillah...
Aku bertemu Group Vo Segamat superbike yang best.
Harap-harap mereka menerima ke'lembapan' aku dalam dunia superbike.

Jalan biasa pun depa speed 120 kot... mak ai.. aku tertinggal kat belakang..hihih Laju giler.
AKu cuak giler nak menyelit dalam kesibukan jalan raya.. Memang aku cuak bila memandu atau naik motor di jalan yang banyak kereta.. sebab kereta di Malaysia ni susah nak bagi signal. Mereka pemandu yang merasakan orang lain  boleh baca kepala hotak dia. pffft.


Ni lah geng baru aku.. huhuhu..
Study Vs Motor. hampeh..

Inilah tujuan asal aku beli motor.. tapi... alang-alang beli motor... aku terus beli sebijik besar!
Nasib nak belajar motor .. aku bertemu Vo Group yang sempoi.
Semoga aku tidak melupakan siapa aku dan tujuan hidupku.

Melepak di Masjid Lenga...
Boleh plak, pak cik tabligh tanya.. aku keluar biasa berapa hari?
Biasa?? hihi aiseyman... saya tak biasa keluar pok cik.. adesh..
He was cool. Nice. Mesti geram je nak ride motor baru aku ni..tapi sebab kat masjid, dia pakai kain, tak leh lah try. Peace!
Sebab itu aku suka pakai seluar, boleh bergerak ke mana-mana dengan selesa.