Friday, January 31, 2014

Post Onkal


Alhamdulillah...

Yeah! berjaya menulis...

Hari ini sangat berlainan..
Post 2nd oncal-Jaga OT-bilik bedah. Last case settled at 230am... tapi balik ward je ada kes 5th DIPJ dislocation.... New case.. So, apa lagi, aku minta HO siapkan medication... " jap dr, nak tulis."

my respon : pfffffffffffffffffffff....

Sukati ko lah.. kes dislocation kecik macam ni, ko bagi aku buat 2-3 minit je.. ko boleh tulis habis dan rehat..

tak pasal-pasal aku kena tunggu. haish.. sadis aku dengan rakan sekerja yang tak beri kerjasama.
Pukul 3pagi bro.. Kalau senior ko yang lain, dah tak da dah nak buat macam aku buat ni, malas nak layan dah kes simple... tapi aku kebetulan lalu ni, ko boleh buat tak tau.. banyak alasan.
Sangat mendukacita.

Lantak, aku buat sendiri. Siap. Aku pun blah..

Aku tolong member aku 1st cal yang jaga ward.. dah tolong aku, kesian plak nanti kena kacau  sebab ada new case.
So, aku settlekan semuanya.


Alhamdulillah, banyak aku belajar untuk oncal semalam.

Mengantuk..
Pagi ni, 8am aku terpacak depan pharmacy, tapi tak buka lagi sebab weekend bukan 9 am. adesh...
Aku p lepak cafe makan-makan dengan berborak dengan tauke .

915am.... ready!!! Vroooooooooooooooooooooooooommmm..
Ninja kawasaki 250cc memecut..hehehe tak pecut pun. 80km/h je average.

Itu pun dua kali mati..keh2... nasib tak busy jalan..
Aku tak leh feel lah pakai glove tebal tu... biasanya tak pakai.. la ni pakai rasa kekok..

10.15am.. Sampai BP- Peseraiville.
Alhamdulillah.

Malam ni ada besday party sepupu. Jom... prepare.

Friday, January 24, 2014

Photomania.. Langkawi...Day 1

Pantai Chenang

Kuala  Perlis Jeti

Dataran Lang



Pantai Chenang

Percutian Langkawi

Alhamdulillah, berjaya menulis di sini...
Banyak yang ingin ditulis, tetapi keadaan tidak  mengizinkan.

Percutian 14-19hb Januari.
Percutian yang sangat perfect!
request 2 hari cuti, aku dapat 6 hari. perghh.. memang penuh strategi.


Dua hari sebelum bercuti, aku demam teruk sampai aku beritahu bos aku yang aku cabut dari operation theatre sebab tak larat nak berdiri lama. Suhu badan makin naik, kepala pening, dan badan sangat sakit.

Aku lari ke bilik oncal dan tidur dari jam 3.30pm until 6pm lebih. hihihi..
Yeah, segar sikit..

14 hb kami bertolak ke Kedah... Alor Setar.
bertolak jam 3pm dan sampai rumah pak cik jam 12am. lebih kurang 9 jam dari Batu Pahat.
ok lah...
Aku yang drive tapi sampai je Kedah, aku pass kat kembar aku.. tak larat... badan sakit dan mata sangat tak awas sebab cahaya kereta terlalu meletihkan mata.

15 hb.....
Pagi-pagi breakfast dan bergerak ke Kuala Perlis ,jeti ke Langkawi...pada pukul 12pm.
Feri jam 130pm dan tiba di Langkawi jam 230pm.
-Homestay : Rm 650 + kereta Avanza.. hohoho.. Best giler!
-sampai di Langkawi... terus g dataran Langkawi
- Pantai Chenang

16 hb..
- menanti Pak cik sampai.... kami ke Muzium Mahsuri.
-Island Hoping: Pulau Beras Basah---> Pulau Harimau ---> Pulau Dayang Bunting.
- Dinner+shopping

17 hb
-cable car.
-shopping dan balik.
-Padang Besar dan shopping baju....

18 hb
- Vrooom balik BP!

19 hb balik Segamat!

Friday, January 3, 2014

Tulang

Awesome giler! Dua pakar sedang menjalankan pembedahan...

Saja kaburkan... mana boleh tunjuk semua.. hehehe

Ada 3 pakar!
A- Big bos.. Selalu panggil aku Ustad, not ustaz.. heehe aku pun tak tau apa criteria ustaz yang ada dalam diri aku. Walaupun, aku baru je kena sound sebab garang sangat dengan rakan sekerja. @#$%^&^ (memang aku tak puas ati teknik kotor orang yang cari pasal tu. tapi.... disebabkan patient aku selamat dan dah sihat! Aku biarkan kes tu! All my plan settled! I will be a great Dr!!! ) tapi banyak lagi lah kena balajar... adesh... slow la..

Big bos ni, sangat lah sempoi.. buat lawak dan lepak r.
but kepimpinan dia dalam memegang department dia.. memang sangat mengagumkan!

B- pakar ni big bos ingatkan kat aku agar banyak belajar daripada dia. Dia memang banyak soalan dan banyak ilmu yang nak dicurahkan... hmmmm.. Hebat! Kagum dengan kehebatan dia.
mentee big bos. Kalau dia jadi anak big boss... mesti dia jadi anak mas big bos. hehe
Hebat r!
Nak sedut ilmu banyak-banyak.... cuma skill aku ni kurang sikit nak berkomunikasi macam senior aku..adesh..
Aku selalu blur and stuck!hmmm

C- Pakar yang ni pun hebat juga... cuma dia tak banyak nak soal. Dia punya soalan jurnal based... Dia pakar yang Tegas dan Kemas. hahahah.. Memang scary lah kalau Ho round dengan dia. Tapi semua pakar baik +++.
Ketegasan dan ketelitian dia masa round buat aku lebih peka.

So, daripada ketiga-tiga pakar ini,
Nilai kehebatan mereka kalau diacu jadi suatu peribadi dalam diri aku...
pergh.. so Smart !

Jadi...
berusahalah menjadi seorang pakar yang sangat dihormati!