Sunday, December 14, 2014

13 Dicember 2014

Poyo





Bukit Bendera....


Batu Feringgi


Inilah... pelancongan di Malaysia penutup tahun ini.

Penang.....
Bukit Bendera,
Batu Feringgi...
Bandar- Jeruk Madu Pak Ali.

Kursus Kangar

Alhamdulillah..

11-12Dicember join kursus orang hebat -Kursusathroplastykangar.. adesh..
High five gilerr..

Stress aku.

Bertolak kul 10am, 10hb.... sampai around 7.30pm...
Tol pergi habis dekat RM 100 juga.. Minya pun RM 90-100.

Alhamdulillah..

Banyak pendedahan yang aku dapat tahu..
Memang hebat... Pakar!

Persediaan aku menjadi seperti mereka terlampau jauh!
Even basic pun masih layu.. adeshhhhh..

Teruskan usaha!
Kuih ni memang sedap!!! Perghh... 


Ni lah.... dia..

Budak ni memang malas dan degil.... Nampak skema tapi hampeh...  

Smart

Tggal kenangan je.. buah xda...

Inside lebih indah.

Manis giler.....

Tuesday, December 9, 2014

Ujian Dan Dugaan

Alhamdulillah...

masih dapat merasai nikmat kehidupan...
Aku suka korek rahsia orang .... untuk aku fahami dan memnyusun puzzle kehidupan..

Bukan untuk melagakan, tapi untuk memberi pedoman...

Melihat riak wajah yang cool , happy... tak bermakna ia seindah zahirnya.

Hebat rakan ini, suami isteri yang memiliki watak yang baik dan tabah. Tenang.
Kagum..

Dia pernah menghadapi keadaan kekurangan darah... sehingga denyutan jantung terlampau laju .. menyeksa jantungnya sendiri..

bukan sekali dua.... mungkin berkali...
Hari ini, diuji benda lain pula tika anak2 sedang membesar....

Ingin menjalani operation lain..

Semoga Allah rahmati mereka sekeluarga.

Saturday, December 6, 2014

5 Dicember Muara Sungai Muar

Semalam saja try nasib memancing di Muara Sungai Muar after Jumaat Pray.

RM 5 Bayaran per entry at Marina Restoran... Ok lah..
Ramai juga yang mencuba nasib di situ..

Lautan yang surut semakin naik.. air yang keladak menjadi biru.. Indah.

Tapi yang peliknya... Ikan tak mau menjamah...

Semua pemancing agak sedikit kecewa... tapi semua menunjukkan muka cool dan tabah.

Aku dah lama tak memancing... dekat 5 tahun... last memancing bersama member  di Tok Bali Kelantan.
Itu last trip!
Sebab.. kemalangan.. ahahah

Aku fall on the beuty soft thing which 'it' was my fren body. ahhaha

Muara Sungai MUAR.. Indah

Gala Nite 3 Dicember

Nothing special...

Kena incharge GIMIC and the deco ..

Alhamdulillah settled

Aku tak involve pun gimic.. sadis kerana xmampu dan tak berbakat dalam seni persembahan.. haha
member yang buat semuanya.. susu lembu, sapi dapat nama.. Hopefully, mereka mendapat nama atas bakat diorang.

Gala nite untuk menyambut orang pencen dan anugerah orang terpilih.
Bagi aku, makanan kat VIP biasa je... :P

Aku balik rumah, rasa nak makan lagi kat restoran.. hahaha

Friday, December 5, 2014

29 Nov 2014 : Pakar Turun Padang

Lokasi : Gelang Chi&*@(*

nampak macam tak familiar.. nampak jauh.. tapi dekat je..
Lokasi yang sangat strategik, masuk je jalan, kita akan menemui rumah sebiji.... pokok-pokok.. pokok ..pokok... rumah sebiji lagi.. pokok... pokok... pokok-pokok... pokok-pokok... rumah...
SANGAT STRATEGIK.

Apa rasional mengadakan program di sini.. opss.. lupa, nama pun padang, padang mana ada rumah.. kan ada belalalng ngan rumput.

Sarkastik je.. so sorry..

Pendaftaran yang ramai, tapi jumlah target people entah berapa orang..
Ramai staff hospital daripada penduduk.

Tak LOGIK!

Aku lihat setiap pasukan hospital memberi usaha yang keras dan jitu untuk menjayakan program ini melainkan TEAM ORTHOPAEDIC.. ahahah Semangat asap je..

Sakit?? Kaki?
Kalau sakit sangat, datang klinik kami, kita buat xray dan check betul2. hihih
Simple but effective.

Inilah kami.
Sedih... usaha keras team lain hanya untuk berapa kerat sahaja penduduk kampung.. sangat tak berbaloi.
Mungkin mereka happy..
Bagi aku... I am not so HAPPY.

Staff Hospital ada prestij yang mesti dijaga.
Dan program ini sudah berkali cancel sebelumnya.


Hmmmmm.. Alhamdulillah, selesai..
Setibanya VVIP, majlis bermula di dewan, aku berkemas dan balik rumah.
Maaf, kerana ucapan VIP/VVIP banyak berkisar pasal POLITIK pro -Kerajaan, sedangkan program Pakar TURUN PADANG pun tak terurus atas OBJEKTIF yang dirancang dan diwartakan!

So, sorry.. Aku datang untuk berkhidmat pada rakyat Malaysia dalam bidang aku. Bukan bersama mempolitikkan program.

Ia jelas dan sangat JELAS.
Kalau tak berpuas ati.. Maaf ye.. Bahasa aku tahap longkang loji najis. Kalau tak tahan, boleh berambus dari sini. Sini, bukan tempat machai atau boneka.

Diari :24 Nov SUNATHON 2014

Alhamdulillah, masih dalam 2014...

diberi kepercayaan untuk menyertai program SUNATHON....
Walaupun sudah setahun lalu... BOS surgical Mr H masih ingat aku lagi.. So, pusing2 macamana asyik highlight aku as orang yang ada pengalaman.. hmmm setahun bro, lama tu ...

Pagi tu juga.... aku ada meeting dengan keluarga pesakit yang buat complain pasal MINOR OT.. hoohohoh.
12 November 2014. Itulah kesnya...
Surat dia? hahaha...

AKu paling respect, bos aku!
Beliau tau aku dapat surat komplain... tapi aku dapat tahu sehari awal. hihi.. Dia lagi sekali terkejut aku dapat berita lagi awal. ahahah kesian bos T.. ahahah.. aku dah advance dari dia.

Beliau tak tanya aku sebutir habuk pun pasal kes tu sampailah saat meeting dengan keluarga pesakit.
Dalam pukul 11am, meeting bermula..

.... hmmm...
Selepas 20 minit, aku dan staff lain dipanggil masuk,"
damai...

salam.. dan bersurai.

Tu je.. hihihhi

Al-kisahnya.... aku tak buat masalah, so, siapa yang timbulkan masalah yang selesaikan sendiri.
Aku tak ada nak over-over sangat.. BENGANG itu biasa as normal humanbeing.

Good luck!

Selepas isu ini, kembali ke Sunathon! Settled.

Hooray!!

Friday, November 14, 2014

MA yg Baik hati

Pernah suatu ketika dahulu, beberapa bulan lalu.. sept? Oct? hihi Xingat lah..
aku oncall dewan Bedah… 2nd Call.
Buat pembedahan kes emergency… contohnya, tulang patah bersama luka yang tercemar, kena potong dengan parang…

Suatu hari,
banyak kes emergency.. aku rasa, hari itu hanya kes Orthopaedic je.
Sehingga lewat malam, last case:
kes ke 8 agaknya….

Start kul 2am..
Tiada pembantu.
Kes : Kena potoh dengan kaca sehingga terpotong tendon.

Seorang Medical Assistant yang senior juga dekat 10 tahun kerja menyapa:
“ Bos, sorang ke malam ni? Taka da doctor pelatih tolong ke?”

“ Aah, sorang je lah.. xpe, buat je. Just Do IT!”

MA ni jaga mesin anaesthesia/bius,rekod blood pressure..dan lain-lain.
Cuma malam tu, ada staff lebih.
Biasanya juga, ada doctor pelatih (HO) yang tolong kes emergency jika rumit.
Memandangkan, ward busy, dan HO tersebut mesti keletihan.. aku tak panggil minta tolong.

“ Bos, nak saya tolong ke? Dah lama tak assist op. Dekat 8 tahun dah ni..”

Aku tergamam juga.. 8 tahun tak pernah assist operation sebab sudah kena bertugas di bahagian bius, tapi hari ini terdetik mahu bantu aku….

Terharu amat besar.
Rasa tuhan beri kekuatan, pertolongan….
Aku seriously dah tak larat…….
Sangat penat…
Alhamdulillah, ada pertolongan dari rakan sekerja.

Sukar….
Namun, bantuan dari mereka meringankan bebanan yang terasa.
Semoga Tuhan memberi rahmat dalam seluruh kehidupan beliau yang ikhlas membantu aku.Amiin.

Thursday, November 13, 2014

10 November 2014 : Vascular Trauma Update dan Diarinya

Alhamdulillah.

9 hb adalah hari Ahad, hari Operation untuk Team Ortho!
Pagi, busy round... tengahari I decided to join my fren's Elective Op.
my aim was :
- to perform screw fix and ILN tibia.

a little bit guilty in view of, this OT 'belong to my senior and junior too. So, if i do those operation, actually my junior fren wont get to learn and perform it. hmmmmm

Minta izin, just do it! Seriously!

Alhamdulillah!






Kes ILN... Alhamdulillah.. target tercapai!




I can finish both operation before 5pm!!! hahahah
So NICE, my fren also happy because OT finish early..
Boleh tengok wayang wei!

Peserta..


November 10th ,


                             

Vascular Trauma Update At Hospital Segamat.
Fee RM 50.. makanan best!


Yo! That guy, Mr Syed Alwi, Vascular Surgeon..

tiba2 sewaktu menunggu majlis penutup.. He walk around.. then, at my area... dia menyapa aku, tanya nama sambil menghulurkan tangan salam.
Aiya!!
Yup, i am Mo, Ortho paedic Mo. My bos Mr T.
huhuhu..
Macamana boleh kantoi... suddenly dia boleh catch MO Ortho tersesat dalam course ni.
My aim was to learn vessel repair ..ahahah that time.. tapi xda dalam silibus.. ceh.. ahaha
He is a nice.
hopefully, nice to others dan once we refer case to him..
Scary to deal with suregeon!
telan air liyoq banyaq2... seram wei...
Siapalah kita.. esp masa HO.. rasa macam anjing kurap je layanan aku dapat. :P



Apapun, semuanya best.
Vascular surgeon.. perghh...
Tak lama lagi, February 2014, HSAJB akan ada Vascular Surgeon. Perghh.. no need to refer HKL.
Mr Syed Alwi.

Pukul 5pm, settled kursus.

Mr Hasn! Machoo.. Vascular trained surgeon. Memang mantap...

Walaupun bukan ortho yang manage kes vascular, tapi, knowledge tentang Vascular sangat crucial as a doc to know about ...

This new doppler for me..  hihih Segamat katakan..
November 11: Locum.
Alhamdulillah.. Ini juga salah satu sumber pendapatan sampingan untuk membantu aku 'enjoy' hik3.. Tak adalah, duit poket tepi untuk beli pape yang patut.

Locum bagi aku penting untuk open my mind to the world of medical. banyak kes yang aku tak tahu.
Las2, jumpa pesakit aku yang lari dari hospital sebab takut masuk ward.
Apa boleh buat... orang tak mahu buat operation, kita tak boleh nak paksa, yang merana mereka sendiri.
Aku hanya menasihati sedaya upaya dan jika menolak.. Itu terpulang.


Nov 12:
Habis locum 6am..
hanset tertinggal di klinik, berpatah balik .
Lepas subuh, tidur jap..
hampeh, 750am bangun!
8.05am siap... 810am... sampai hospital dengan machonya... jalan terus ke MINOR OT.. hik3..
Thumb print!!!! buat2 tak tahu...

8 cases minor OT.
Perghhh... lotih wei..
Senyap....fokus dan serius je OT aku.

Sebab letih.ahahah

Biasanya aku buat bising, tapi hari ni memang senyap je...


Siap pukul 2.10pm.. Nasib siap cepat seperti yang dijangka memandangkan aku tambah satu kes lain disebabkan aku nak buat kes tambahan di ward. Tapi, aku terpaksa cover Minor OT for today.. then, kes jadi 8 in total.


Seedless Grape.... symbol of true forgiveness.. pergh..
Kisah anggur tak berbiji...
pukul 4pm.... aku tak tahan dah lapau giler tak makan since breakfast sebab hbis locum terus ke Minor OT dan 8 cases settled... energy dah kempis...

Aku ke kedai Hospital Mart, beli roti dan ke pantry.. Wallauweih.. makan sikit..
tiba-tiba ada staff datang bawak .... ni bukan rasuah tapi kak minta maaf.
hahaha
" I am Ok, nothing wrong.. Settled lah.."
Cover machoo..
Saya xda apa2 nak marah2 orang. Saya memang panas baran dan tindakan saya tak akan membakar orang lain, tapi memberi bahang sakit je"
That mean... aku tak akan tengking dan tak akan belasah... tapi cara aku ract to the situation sangat menyakitkan. Itulah bahayanya panas baran dalam diri aku.
psychooo.

Apa boleh buat. Terlatih sampai jadi mahaguru PSYCHOOO. :P
Ok lah.. jom makan!

Pukul 515pm, thumb print OUT!
hahaha boleh plak.. tadi buat tak tahu.

Melepak ngan member Batu Anam..

Malamnya buat Logbook Privileging... kena sound dengan bos sebab lambat hanto..
1 jam jee bertahan.. kul 10pm... dah terbongkang tidur..
Susahlah weeeeeiiii... tak suka tengok kotak2, kena isi tarikh... kena type masuk kotak2.. perghHhh!!
Otak letih dan mengantuk...

Aku rasa, kalau jadi kerani sekolah ni, mati aku... kerja dari januari sampai dicember tak buat.

November 13, at 915pm... Logbook sent!

Balik kampung dengan MY GT!

Saturday, November 8, 2014

7 November 2014 Basikal Vs Angah

Talon 27.5 3 Giant

Angah

Baru nak membesar
Alhamdulillah... 8am 7November 2014... Completed my oncall.

6 November aku oncall Bilik Bedah /OT
Gaji buta 2nd call. Operation xda langsung.. sebab team lain yang memonopoli.
hmmm.. meskipun begitu, aku masih merajinkan diri ke ward.

Alhamdulillah, ada kes masuk... luka kaki dengan tendon cut!!!
Yeszaa! Aku buat dengan houseman aku. Repaired done.

balik rumah kul 12am dan tidur.

petang 6 November, sempat aku ke kedai basikal.... mengambil basikal yang aku dah order seminggu lalu.
hihi panas juga hati ini sebab kedai ni tak update barang.. Apa boleh buat, aku jenis panas baran. Akan tetapi, aku tak adalah nak marah2, just sedikit panas je bila cakap.

Basikal yang aku beli.. Beharga RM 2980.00 bersama barang2 Keperluannya.
Tujuannya :
- nak mengembalikan aktiviti berbasikal yang lama aku tinggalkan.
-Mengingatkan aku akan usaha kerasa zaman lampau dengan berbasikal ke sekolah dan ke masjid. Itu permulaan perjalananku.
-to develop stamina.
-To learn new skills, activities.

kali ini basikal dibeli bukan untuk ke Masjid.. maklumlah... basikal mahal ni... kena jaga betul2.. takut kena rembat je.




7 Nov, Jumaat... selepas Jumaat.
Kambing aku namanya ANGAH telah diputuskan untuk dijual.
Dah 2 Tahun bela... Alhamdulillah.. dah tiba masanya.

Tujuan bela kambing untuk menternak dan berniaga. Inilah masanya. PadaMu kami bergantung.. padaMu kami berserah.

Saturday, November 1, 2014

1 November 2014





Alhamdulillah....


Sabtu.
Hari ini sahabat baik, capik buat majlis kawin di kampung sebelah kampung aku je.
Wah.... Hadiah dah beli.
TV SONY 40 inch RM 1250 .00. Hasil terkumpul duit sumbangan rakan2...


Jumaat.
Semalam p Kota Tinggi, Bujang Firefly Restaurant . Restoran terapung.
Ambil pakej makanan RM110.00 . Memang berbaloi untuk makan 5 orang.

Ketam,ikan, udang ,sotong ,sayur dan tomyam...
Banyak juga.. tu pun hampir tak habis.

Jauh perjalanan... indah moment.


Hmmmm....

14 November pula.. ada Kursus kat UM.. Surgical Exposure Course.
My boss asked me to go.. hmmm actually, got seen this notice but payment rm 500.00 .hihi
abaikan je..

Since my boss ask to apply, sent message alr... but unfortunately.. Fulled seat. OK. thanks!

Thursday, October 30, 2014

Coretan semasa

Alhamdulillah...

Khamis... 30 Oct...
Post 2nd call.. allahuakbar.. semalam sungguh mencabar.

Aku dapat kes paediatric, closed supracondylar right humerus fracture....for open reduction and k-wire.

hmmmm Argh!!!!!
Stress giler.
Pagi tu , sakit perut, tak habis round ward....
So, aku tak tau pula last ward ada kes emergency...mentally not prepared.

Dapat call, " Dr, patient dah di OT"

mesej pun masuk " Patient ko dah lama kat OT"

Argh!!! Kejam giler teamwork macam ni.. lantak r.
Be cool. Jangan mengamuk.

As usual.. once aku tengah marah.. all the bloodstream become so rigid including all my aura.
SERIUS giler...

position settled.

My Boss allow me to settled op!!! best giler dapat supervised by him!!
Aku skin to skin under his supervision...pergh!!
Aku rasa, my senior pun akan tergugat!! hahaaha
Alhamdulillah.!



Ini kisah semalam.....

pagi ni, bangun tidur dalam 5 jam.. ok lah..
Bila berselisih dengan rakan lain yang menghormati kita dengan baik, terasa..  THANKS GOD for your MAHA MENGASIHANI. Dialah Tuhan Yang Maha Agung.

Semoga kebaikan mereka Tuhan balas dengan rahmatNya.

bukan memandang negatif... tapi, we can feel the sincererity in frenship..

Kita bertemu orang yang suka kutuk orang lain, dan kita boleh bayangkan betapa dia juga bakal mengutuk kita....


Inilah kehidupan.

Wednesday, October 22, 2014

Kursus Spine HSIJB 17-18 Oct 2014

Kursus Spine Trauma di HSIJB pada 17- 18hb


Alhamdulillah..
berjalan lancar...dan sempurna.

Aku sangat mengamati kursus ini dan sangat seronok kerana apa yang aku tertanya-tanya dapat jawaban walaupun tak sesempurna jawaban yang aku akan amati kerana kecetekan ilmu aku, tapi ia cukup bermakna buat aku yang masih muda dalam bidang orthopaedic.

Spine Course.

My big Bos... MR T..

" Maaf, saya akan bercakap dalam bahasa Melayu atau manglish sebab bahasa English saya tak power."

Ayat yang sungguh sarcastic dan sangat WOW!
Aku terasa juga kerana my poor english.. hik3..
But... I am OK because em trying hard since young to improve my english..
people alwez say, " aku tak power pun english.. aku orang kampung juga"
But, once i investigate their environment... hmmmm famili educated, high tech home facilities-ada komputer, astro dan bla-bla.... "
Those things will enhance your language actually -indirectly..

Let it go..


Boss T memang Best !!Tu je comment aku.

Pukul 5am, aku bertolak ke HSIJB dan sampai pukul  730am ..breakfast..
Selepas kursus...baru cari Hotel- Avista Ria.. RM98/nite.. HOhoho hotel budget giler.. hahahaha
Aku nak tidur masjid je..eheheh


It is OK.


Best.. Day 2..
Active session.. banyak dapat belajar daripada workshop..
how and how..

why and why...

Kul 1pm.. cabut!!!!

Hujan lebat mengiringi... perjalanan balik Segamat!

NOTA : Rasuah versus Hadiah by Prof MAZA (COPY and PASTE)


https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10152861338212990
* Aku copy nota tazkirah Prof MAZA untuk aku jadikan blog ini sebagai nota aku sendiri.


MEMBEZAKAN ANTARA RASUAH DAN HADIAH
Soalan: Kepada Dr MAZA, saya berniaga tender kerajaan dan ingin memohon penjelasan Dr. Apakah perbezaan diantara rasuah dan hadiah? Kadang kala syarikat saya menghadiahkan sesuatu kepada pegawai yg terbabit sebagai tanda terima kasih walaupun hadiah itu tidak diminta oleh pegawai berkenaan. Adakah ini rasuah atau hadiah? Bagaimana pula jika memberi hamper sempena hari raya? Saya rasa macam kadang kala kita menyembunyikan rasuah dengan perkataan pemberian ikhlas. Harap Dr tolong huraikan.
Farid Ahmad, KL
Jawapan Dr MAZA: Sikap saudara yang berhati-hati tentang urusan rezeki atau sumber pendapatan dalam kehidupan ini amatlah dipuji. Ini satu tanda adanya nilai kesolehan dalam jiwa. Malang sekali di zaman kini, ramai yang kurang peduli soal halal dan haram hasil pendapatan yang diperolehinya. Soalan saudara asasnya mengenai perbezaan antara hadiah dan rasuah. Persoalan ini dibincang oleh para ulama sejak dahulu kerana bab ini sering disalahgunakan. Ramai yang mengambil kesempatan dengan permainan istilah yang seperti ini. Ada yang cuma menghalalkan rasuah dengan diberi nama hadiah. Saya jawab berdasarkan noktah-noktah berikut:
1. Adanya perbezaan antara rasuah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan “apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. (lihat:, 22/220) Adapun hadiah adalah pemberian atas sebab suka atau sayang tanpa sebarang tuntutan atau ganjaran balas yang disyaratkan. Al-Imam al-Mawardi merumuskan “rasuah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, hadiah pula apa yang disumbang tanpa sebarang balasan”. Ertinya, pemberi rasuah mengharapkan sesuatu balasan yang dia tidak dapat memperolehinya tanpa sogokan tersebut. Dengan pemberian tersebut menyebabkan ada pihak lain yang dizalimi haknya; samada dihilangkan, atau dikurang, atau dilambat atau akan ada pihak yang dikenakan suatu tindakan yang tidak adil. Maka, rasuah merupakan pemberian bersyarat, sementara hadiah bukan pemberian bersyarat dan tidak menyebabkan kezaliman kepada pihak lain. Rasuah dikeji oleh Islam, sementara hadiah digalakkan.
2. Berdasarkan kepada penjelasan di atas, maka orang yang paling dapat mengesan sesuatu pemberian itu rasuah atau hadiah ialah pemberi itu sendiri. Hanya dia yang tahu bagi setiap pemberian yang dihulurkan. Adakah dia mengharapkan sesuatu pada masa tersebut, atau pada masa hadapan dari pihak yang diberikan, sedangkan apa yang harapkan itu dia tidak layak memperolehinya sedemikian rupa? Selepas itu, pihak yang mengambil juga amat mengetahui bahawa pemberian itu memberikan kesan kepada urusannya atau tidak. Adakah pemberian tersebut akan menyebabkan dia terasa untuk akan membalas ‘budi’ pihak berkenaan dengan memberikan kepadanya apa yang bukan haknya, atau menzalimi hak orang lain? Sabda Nabi s.a.w:
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
“Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat” (Riwayat al-Bukhari).
3. Ertinya, jika pemberian itu atas dasar persahabatan yang tiada kaitan sama sekali dengan jawatan dan kedudukan yang dipegang, maka itu adalah hadiah. Jika ia diberikan kerana jawatan dan kedudukan yang boleh memutuskan sesuatu hak, maka itu adalah rasuah. Perkara ini pernah diingatkan oleh Nabi s.a.w mengenai pegawai atau petugas kerajaan yang mengambil hadiah yang kononnya diberikan kepada mereka. Sabda Nabi s.a.w:
فَمَا بَالُ العَامِلِ نَسْتَعْمِلُهُ، فَيَأْتِينَا فَيَقُولُ: هَذَا مِنْ عَمَلِكُمْ، وَهَذَا أُهْدِيَ لِي، أَفَلاَ قَعَدَ فِي بَيْتِ أَبِيهِ وَأُمِّهِ فَنَظَرَ: هَلْ يُهْدَى لَهُ أَمْ لاَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، لاَ يَغُلُّ أَحَدُكُمْ مِنْهَا شَيْئًا إِلَّا جَاءَ بِهِ يَوْمَ القِيَامَةِ يَحْمِلُهُ عَلَى عُنُقِهِ
“Apa jadi dengan pegawai yang kita utuskan, kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu, ini bahagian aku. Silakan dia duduk di rumah ayah dan ibunya, lalu tunggu adakah akan diberikan hadiah kepadanya atau tidak?! Demi Allah, dia (pegawai berkenaan) tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu atas tengkoknya.” (Riwayat al-Bukhari).
Maka, seseorang penguasa atau pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipegangnya atau tidak. Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu adalah rasuah. Kesan itu samada secara langsung atau secara tidak langsung. Jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah. Ini seperti kita memberikan hadiah kepada sahabat kita sekalipun dia seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan. Namun pemberian itu bukan kerana atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah.
4. Rasuah boleh muncul dalam berbagai bentuk; samada harta atau manfaat tertentu yang diberi atau dijanjikan. Juga dengan rasuah hak pihak lain itu boleh dicemari atau dizalimi dalam pelbagai cara. Ini seperti pemberian itu akan menyebabkan disegerakan urusan kita, sehingga menyebabkan terlewatnya urusan pihak lain. Atau jika dalam bentuk persaingan tender seperti zaman sekarang, pemberian rasuah boleh menafikan hak pihak lain untuk dinilai, atau menghapuskan persaingan yang adil antara pihak-pihak yang terlibat. Rasuah juga boleh menzalimi majikan seperti pegawai mengabaikan kualiti kerja disebabkan habuan yang disuap. Juga rasuah juga boleh menyebabkan ada pihak yang akan dihukum secara tidak adil. Firman Allah:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
(maksudnya) “dan janganlah kamu makan (mengambil) harta antara kamu dengan cara yang batil, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Surah al-Baqarah, ayat 188)
5. Rasuah atas nama hadiah boleh merosakkan rakyat dan negara. Lihat sahaja negara seperti Mesir yang setiap kerja yang sepatutnya berjalan dengan baik terbengkalai kerana setiap urusan akan menuntut wang saguhati atau tips. Bermula dari driver bas di Airport Kaherah sehinggalah ke pihak-pihak yang lebih atas. Apabila keadaan ini berlaku orang miskin susah hendak berurusan kerana mereka tidak mampu memberikan ‘hadiah’ kepada pegawai-pegawai yang bertugas. Kualiti kerja menjadi rosak. Perasaan tanggungjawab terhadap tugas diukur dengan hadiah yang pernah diberikan atau yang akan diberikan. Maka rasuah merangkumi kesalahan berbohong dan khianat.
6. Adapun pemberian untuk mengelakkan kezaliman seperti memberikan suapan kepada sesuatu pihak bagi melepaskan diri dari kezaliman atau memperolehi hak yang sepatutnya. Ini seperti merasuah petugas kepada penguasa yang zalim demi melepas sesuatu kezaliman kepada diri sendiri atau pihak tertentu, atau mengembalikan sesuatu hak yang diambil dengan cara yang zalim, maka Dr. Al-Qaradawi berpendapat bahawa jika keadaan seperti itu berlaku, seseorang hendaklah berusaha dengan cara yang tidak merasuah sesiapa. Namun jika tiada jalan dan terpaksa, maka dosa tersebut ditanggung oleh pihak yang mengambilnya, tidak atas pihak yang memberikan suapan tersebut (lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m.s 300, Beirut: al-Maktab al-Islami).
7. Perbuatan rasuah adalah dosa yang besar. Sabda Nabi s.a.w:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي
“Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai sahih).
Apa tidaknya, rasuah boleh meruntuh keseluruhan sistem keadilan dalam sesebuah masyarakat. Kata Saidina Ali bin Abi Talib:
فَإِنَّهُ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلكُمْ أَنَّهُمْ مَنَعُوا الْحَقَّ حَتَّى اُشْتُرِيَ ، وَبَسَطُوا الْجَوْرَ حَتَّى اُفْتُدِيَ
“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201. Beirut: Muasasah al-Risalah).
8. Hadiah yang ikhlas adalah digalakkan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w:
تَهَادُوا تَحَابُّوا
“Berilah hadiah nanti kamu akan sayang menyayangi” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).
Ya, hadiah yang jujur kepada sahabat atau bakal pasangan hidup akan menimbul kenangan dan ingatan. Kasih-sayang tanpa kepentingan itu amat tinggi nilainya dalam kehidupan insan. Hadiah satu jalan mengeratkan hubungan antara kita atas kejujuran dan keikhlasan jiwa

Wednesday, October 15, 2014

Angin Ahmar

Wah...
Ramai yang cuak pasal penyakit ni...

Kalau orang medic kata " Stroke" or hemiplegia, paralegia... quadriplegia...

Yang penting, badan pesakit sudah lemah dan tak mampu nak bergerak normal.
Segala pergerakan terbatas sampai adanya, nak makan pun kena guna tube...


Pagi tadi, aku berjalan menuju tempat kerja.. terserempak dengan pesakit stroke yang baru lepas physio.

" Susahnye jadi pesakit stroke... hidup menyusahkan orang lain,sedih...."

Siapa yang sudi membantu? Siapa yang sudi bekorban?

Itulah persoalannya...
Tiap-tiap hari nak kena mandikan.. nak kena cebukkan najis... itu ini.. payah..
bau busuk...
nak kasi makan minum..
kalau demam lagi lah susah..

2-4 jam sekali nak kena pusing2 kan badan..
kalau tak.. habis badan kena bedsore. luka sana sini.

Kalau luka biasa tak apa... ni kalau dah bernanah... adesh.. bau semerbak satu rumah..

Bohonglah kalau diri tak mengalami kepayahan... Semua itu denial saja..
Susah nak jaga pesakit ini... tapi
Jika kita cool , kita dapat belajar banyak..


Inilah apa yang dialami oleh keluarga yang ada pesakit stroke..


Tuhan Maha Agung....Maha Berkuasa...

Ujiannya besar... Nikmatnya juga besar...


Bersabarlah siapa yang diuji..
Jaga diri sebelum terseksa dan menyeksa orang lain....

Sunday, October 5, 2014

Hari Raya Qurban

Alhamdulillah...

Ada masa sesuatu itu dibiarkan....
persoalan dibiarkan tanpa jawapan...
tanah dibiarkan berlalang....


Inilah kehidupan....


5 hb Oct ... Solat sunnath Hari Raya Aidiladha.
Bersyukur... tahun ini famili masih meneruskan ibadah qurban.
Lembu seekor disembelih di Parit Pasir Panjang...Sri Gading.
Best, peramah tuan lembu situ.

Lembunya pun gemuk2 belaka.
terasa nak cepatkan je projek....tapi kenalah sabar dan kenalah ada strategi yang bagus.


Melapah.. dan mengagihkan....
Alhamdulillah...






3 Oct 2014



Alhamdulillah..

Lama juga menahan diri menulis di sini..
Letih..
stress pun ada dengan perangai manusia... mencipta peraturan, tetapi mengingkari.. perangai sebiji macam puak Zionis.

abaikan......

Apa yang JELAS, aku ada apa yang aku tujukan...
aku ada jalan yang JELAS.


3oct... aku bersama kembar dan isterinya bertolak ke Muadzam dan ke Kuantan....
Jam 3.30pm terus balik setelah selesai tugasan...
Hasrat nak join Operation dengan big boss... kes besar, aku takut terperangkap... lantas aku hanya melihat dari luar saja.. sadisnya...

Apapun yang berlaku, maafkan aku bos.. heheh.. tak dapat join Op.
Aku rugi...

Perjalanan yang best!
Enjoy... walaupun sekejap.. tapi best..


Mengapa aku mahu ke Kuantan?
Aku nak melihat LAUT saja .... tu je... Teluk Cempedak.
Segamat mana ada laut... 

Indah... tenang....


yeah!



Add caption

prrriiit!!!!


Saturday, September 20, 2014

Kawan Baik Kawin...

Alhamdulillah..

Selamat dan sempurna majlis pernikahan kawan sama2 membesar...

hehe... xda apa nak dikongsi di sini.. Biar yang tertulis tersimpan ...
Yang tersimpan digenggam erat hingga akhirnya.


Semoga rahmat Allah melindungi pasangan ini.. Syafiq dan Shima.... Cabaran kalian pasti berganda.. Never give up! Allah ada bersamamu.


Saturday, August 30, 2014

Numbers vs aksara


Broken giler guna perkataan English + Melayu..

But this photo so meaningful..

ATTITUDE..

Friday, August 29, 2014

29 Ogos 2014 - Batal Percutian Ke Kelantan

Alhamdulillah...
Segala pujian padaNya yang masih menjadikan aku hambaNya yang masih ingat pada pencipta.

Semingga sudah berlalu....
Sesi kali ini adalah jadual percutian untuk ke Kelantan.. 5 hari cuti aku ambil.. tapi..... batal kerana tak dapat sambutan daripada tonggak utama projek ni..hehehe

apa boleh buat... baru lepas raya.. banyak yang kena settlekan.. budget pun lari.

Aku pun tukar plan...

Day 1 semalam..pagi2 lagi hujan lebat... tapi sempat pergi Pasar Tani.. mak ayah nak beli orkid. pergh, borong habis.then.. buat2 rajin. buat nota orthopaedic... buat kerja report... dan paling syoook dapat Jogging kat Tasik Y Batu Pahat... petgnya
Day 2.. continous jog at Tasik Y again in the morning.. HOho. pastu pekena tek tarik , capati + roti pisang.. hihihi.. sia2 je exercise.. ahahah


Li is mine :150 tu.. perghh.. setelah 8 bulan aku mengidam markah mcm ni... 8 bulan lalu score aku paling teruk pun 120-130 je... seelpas tu terus jatuh tak sampai 100 pun... Tergamam 8 bulan risau kenapa score xmampu mencapai 100 pun... akhirnya, isnin lalu aku berjaya mengejar markah rekod aku..

Hopefully.. ia berterusan makin cemerlang..ahahah

Bagus pak cik ni.. sambil jual.. sambil study buku pasal orkid di Pasar tani Batu Pahat.

Tasik Y Batu Pahat... Taici vs Jog

mirror.
Ok... expedisi seterusnya....... hmmmmm