Saturday, November 30, 2013

Day 2 : Familia At Ayer Hitam

Alhamdulillah,

Hari kedua...bercuti.

Percutian kali ini memang aku nak tenangkan fikiran ... secara serius atas apa yang berlaku dalam 2 3 bulan ni.
Setiap manusia ada cabaran dan setiap cabaran bergantung pada seseorang bagaimana mahu menyelesaikan.
hmmm Best juga bila decided untuk bercuti. Alhamdulillah.. cool sikit.. dada rasa lapang dan otak rasa tenang.

Program hari ini, sempena Ekxpo kat Ayer Hitam,Expo pertanian!
Jeles melihat kembar aku g situ pastu bergambar dengan burung-burung yang comel.
hihi...
Masa kecil dulu, kitarang memang sekepala,
tanam pokok ,bertani sama-sama.
bela ayam , bela burung.. lastik burung...
bila besar minat terhadap alam masih kuat.
Best bila melihat hasil pertanian kat sini.

Yang aku geram, aku nak naik kuda, tapi seganlah ..eheheh
lagipun aku pakai baju kemeja,tak lasak lah.. kena control macho plak.hihih


sweet

Model Bajak Satu Malaysia.

Bergaya dengan sunglass baru beli semalam, secara tak langsungnya, aku pakai contact lences hari ini untuk bergaya.
Ray Ban.. Harganya RM 490... mahal gak, ingatkan 100+ ehehe sebab tengok kat FB..
Tapi,  disebabkan nak juga beli memandangkan mata aku tak larat menerima cahaya yang banyak bila travel, mudah mengantuk,, maka aku hadiahkan buat diri aku yang baik dan cemerlang ..eheh
Ray ban Sunglass for me, Jangan lupa perbaiki amal, ikhlaskan hati dan banyakkan solat malam!

InshaAllah.

Kembar aku.. lain giler..

Selepas snap je... buah nangka tu jatuh!! sigh...

gwiyomi

manja giler

cool

awesome

psychooo

Ni kuda 'kami'... esok nak beli lagi... nak mengembara dengan kuda plak.. ala2  Robin Hood! ok x?

Bersiap dalam pukul 8 am, tapi atas alasan  janji melayu, lambat 15 minit...sampai di Ayer hitam dalam jam 10am selepas berhenti breakfast.

Jalan-jalan dalam 2 jam... pastu balik.

Best!

Apa yang aku dapat,
1. Dapat enjoy melihat awek  opss, melihat flora dan fauna ehehe farmville katakan.
2. Dapat beli barang, yang penting dapat beli itik yang kat atas tu..
3. Dapat menggembirakan sepupu aku yang masih kecil dan bawa mak aku sekali jalan-jalan...

cukuplah rekod aktiviti hari ini.


esok?.....

Friday, November 29, 2013

Photo : Tazkirah Pagi Jumaat



Alhamdulillah, lega bila baca ayat tazkirah ni...
tenang dan bersemangat!

InshAllah.. perjalanan masih perlu diteruskan.

Hari pertama cuti , ada 4 hari lagi.. yeay!! MIA dari kerja..hahaha
Jom bercuti!

Sunday, November 24, 2013

Photomania



Sabtu... 23 November 2013
Seharian, aku tak sentuh buku... suratkhabar pun aku tak baca.
Seharian main DSLR aku... dan main bowling malamnya.
Tapi tengahri tu, sempat menghadiri majlis kawin kawan seHO dulu kat Hospital Muar.
Dr Rose Azreena. Baik dan 'kelakar'.
Finally... dah kawin juga.

Yeah....
Saja mogok tak study seharian..
paling teruk pun aku akan baca satu page buku... tapi memang tak sentuh langsung..ehehehe

Tangan kanan aku cedera kena scratched dengan kucing senior rumah aku. Putih namanya.
Kucing kesayangan abang aku.
Kucing tu tak puas ati dengan aku sebab leraikan pergaduhan dia dengan kucing jiran.
Tak pasal-pasal, dia gigit tangan aku sambil cakar tangan kanan aku menggunakan kaki keempat semuanya.
Pergh... sedap giler dia lepaskan geram.
Inilah,
hakikat kehidupan.
Adakala kita membantu orang..
tapi akhirnya orang itu backstab you dan 'hurt' you.
Rasa perit giler kena cakar tu,
tapi bila teringatkan kehidupan seharian...
sakit hati aku berjaya menenggelamkan sakit kat tangan tu,
sehinggalah malam selepas main bowling, tangan aku mula dah nak bengkak .
Cuak juga.. tapi based on experience.. tangan aku dah ada immunisasi tersendiri.. rasanya it will be ok.
Alhamdulillah.
Hari ini OK!!!
Boleh sepak orang. Boleh cuci dan menukang macam biasa. hmmm tak sabar nak belajar menjahit pula..

Yeah!
Kerana persahabatan kerana Allah.
Kerana hijrahnya kerana Allah.
Maafkan dan doakanlah saudaramu agar dia terus mendapat perlindungan.





Bukan cinta biasa....

Saturday, November 23, 2013

Photomania : Lepaking at Hentian Mahkota

Di sekelilingmu... ada cabaran dan dugaan.


Alhamdulillah....
Dapat juga ke sini lagi melihat alam.
Cuci mata melihat keagungan Ilahi.
Terasa tenang bila berjalan menuju ke penghujung jeti!
Terasa,
"Cukuplah aku hidup di dunia ini......" walaupun masih banyak dosa yang belum dimaafkan lagi,
dengan nilai pahala entah ada ataupun amalan tertolak..
hmmm
Tuhanku..


Petang semalam lepas Asar, kami bertiga... member sekampung dan memang selalu melepak kat tepi laut ni.
Sampai mak cik kat situ boleh cam kitarang
hihihi...


Satu Malaysia!!
Pfffft

model kat belakang tu poyo je... hihihi..

cantiknya di Langit Jingga...tersergam keindahan 







Muka macam arwah dia. So Smart!
So? no more photo ..... tapi yang kat bawah ni, gambar budak machoo! sorri to say...heehe

wah!!!! Boleh masuk TV tak? nak jadi hero , nak gak bersaing dengan Mr arrogant.. hak3..

Peace ! no War

well...

In the END..
bila kita ditentang, kita mengalah ..
Bila kita dihina... kita bersabar..
Bila kita dibuang, blah lah...

Yeah... suatu masa.
Ia pasti ada.
Suatu yang sukar difahami.
itulah TAKDIR dariNya.
Aku belajar untuk itu..
REDHA.

Friday, November 22, 2013

Jumaat 22 November 2013 : Malasnyeeee..... Cuti !!!

Papai... Kucing pemberian kawan sekerja... Katanya risau aku lonely kat Muar bila semua minta keluar Muar setelah tamat latihan Housemanship kat HPSF.
ceh... siut je...
Apapun, kucing ni smart!
Damnly, banyak improvement aku tengok.
Awal-awal datang kat rumah aku, muka 90% blur dan macam bodoh2 je.
Hari ini, pergh! dah boleh buli kucing senior aku.
Setakat panjat bumbung tengah panas pun boleh. Lasak giler!
Bijak!
Hasil training Tuannya.. eheheh


wat are u looking for?

ok. Posing mcm ni agak gempak x?


plis... stop shooting me..
ada kucing sebelah rumah!! awesome....

line so clear!
plis... plis.. wechat me!!!ihihi


Alhamdulillah,
Pagi Jumaat, masih bernafas..
hmmm
Menghitung dan menilai diri... banyaknya dosa-dosa...
bilalah diri ini mahu benar-benar menjaga diri dengan sebaiknya......

Ayat di atas adalah hadis yang membawa makna bagiku.
Ikhlas.
Kita merasa kepayahan dan bersungguh-sungguh membantu...
Yang akhirnya, mendapat kata-kata ,
"i will sue you"
"sorri, u dont help"

hmmmm.... sebagai pekerja penjawat awam... mungkin kita boleh chills dan cool dengan kata-kata sebegitu, sebab ia biasa.
akan tetapi, kalau ia datang dari orang yang rapat dengan kita?
hehehe tersentak juga jiwa raga.
tapi apakan daya...
Bila aku mengimbas balik, seorang gadis cun yang power melukis potret aku, selalu memberi kata-kata yang baik meskipun mendapat ayat-ayat kasar daripada model lukisannya sendiri.
Maka, aku pun boleh belajar menjadi seperti awek cun tu.
.... mana gadis tu pergi menyorok, katanya 27 hb ni nak balik....hmmm
i am waiting you!!!

Yeah... tak tau nak tulis apa... saja simpan gambar yang cantik ni.. siapa lagi yang ambil kalau bukan orang yang Macho ni. :P


Friday, November 15, 2013

sembang.mmmzZ...

alhamdulillah...


oncall back to back........
day 1.

aiseyman.... hari ni result UPSR keluar.. sepupu aku dapat 5A... awesome++++ hebat lah.
anak pk cik aku... pak cik aku jaga aku kat UsM kelantan macam anak dia.. 

heheheh... tapi aku plak busy xtau nak appreaciate him.... sigh...

busy lah sangat sampai boleh update blog.hik3.

update malam. xkan nk call mlm buta.

hmmm apapun..esok lah aku call.

my booster... oh my booster......

Sunday, November 10, 2013

Minyak Beku lagi.. photos!

Alhamdulillah...

Bercuti lagi!
Weekend holiday.


Yeah.... ketenangan di Minyak Beku...
Tebing laut yang best!
 
Pencinta alam..
Bagus lah pak cik ni.
Tengah khusyuk ambil gambar pokok kaktus, aku ambil gambar dia. Shot!






Hijau dan Merah

No komen.. Machoo+++
Baju tu yang machoo+++  sebenarnya.. hehe

Member sekolah lama..
My rival in my academic.. sampai form 3 je..
pas PMR, we seperated .. dia g MRSM.. aku keluar MRSM jasin balik ke sekolah lama.. SMKDO.. eheheh..
Yeah! aman!ahahah


Cikgu Chapik.
Baru keluar ward sebab infective diarrhea..ahahah.. siannyee.. hehe



Nampak kurus tapi perut boroi tu...
Agak3 boleh g Berperang tak? Jiwa penakut ni.. eheh
hmmm Jihad!!!





Gambar Gdx!
Saja letak gak... member dah shot.. appreaciate dia.

Compartment syndrome tu!


Oncall seterusnya khamis lepas ni.
Oncall di malam jumaat.. eheheh (soft voive)

Dari pagi sampai ke maghrib... 4 cases je... Yeay!!
Aku beritahu dr junior/dr pelatih oncal malam(HO).. aku akan datang lepas maghrib.

Maghrib.....
Wohohoh.. banyaknye kes ortho kat Kecemasan/A&E!!!

Aku pergi ke ward dan beritahu my HO..
" Banyak kes kita kat bawah tu...haha bersedia ye. Aku nak g makan dululah.. lapo r."

" ala.. jangan makan dulu.. kita clerk sama-sama.." ahaha saja plak nak aku teman dia clerk kes yang banyak..ahahah

" tak apa, lepas aku kenyang, aku tolong ko" ehehe aku pun g makan dengan aman.
Roti pisang 2.. nyum..nyumm..+ necsaffe. Need caffein to survive at this nite!!

Mood stress cooling down mengenangkan oncal isnin lalu yang sangat menyakitkan hati.

Balik ward.
Kes Compartment syndrome masuk..
Left Leg compartment syndrome.

Pakcik 70 tahun, tak merokok..
Kemalangan jam 6pm khamis.

Pak cik masuk je ward kami..
" hmmm.. boleh ambil blood terus dan send stat dulu, aku  check dan clerk sikit-sikit dulu. Tak sedap hati r."

Hmmm.. aku examine kaki pak cik tu... hmmmm no fracture... just bruises over  knee...
Arghh!!! Memang tak bagus punya petanda!

Need to call my nice specialist!

Called je... terus dia kata nak tengok patient.
Aku tak sedap hati sebab aku rasa artery involvement sebab distal part dah kebas dan dah pucat.. sejuk plak tu...pulse not really palpable..aku rasa pulse aku je.. Compare to opposite site..Obviously boleh palpate dengan kuat.

Setelah CT Angiogram dibuat.. masih tak conclusive...

Proceed with operation...

KK buat dengan aku sebab aku nak belajar. ahahah lembab betul aku.
Sekali boleh dapat bonus belajar vessel repair! Alhamdulillah.

Buat fasciotomy, tapi distal circulation still tak good.
Sah! the culprit was popliteal area... masih tense dan blood clot still there that gave tamponade effect on the injured artery.

Specialist masuk dan sama2 extend wound up to mid thigh..
evacuated the blood clot..
'spurting blood!!!"
Allahuakhbar! Big vessel injury!

fuhhh.. akhirnya repair dibuat...
step by step..
Yang menariknya...
Blood vessel pak cik ni masih cantik.

Hebat dia jaga vessel.
Tak merokok.

Jam 7am, selesai..

Alhamdulillah..teamwork.
Aku sangat keletihan sebab seharian tak sempat rehat lagi .... tidur sekejap lepas round pagi... sebelum solat jumaat..

Lepas solat jumaat, tidur di kuarter, ingatkan jam 230pm nak balik ward tengok kes..last2 bangun pukul 5pm.. ahahah yeay!! boleh balik kampung terus..
Siap-siap barang, terus g ward ambil bag dan thumb print.

On the way ke ward....

" Assalamulaikum." tiba-tiba suara mamat bangladesh terpacul di telinga aku.
Aku tersenyum mamat bangladesh yang sangat appreaciate pertolongan kami.. adesh..
Baguslah dia. Dia still ingat dan tak segan-segan tegur beri salam.
Respect sama you lah!
Semoga Allah merahmati dan memberi kesihatan yang baik pada kamu.

Terima kasih pada member aku ,KK.. Dah lah tolong aku stay sampai pagi, continue with oncall next day.. kesiannya. May Allah bless you,brother!

Saturday, November 9, 2013

Saman!!


Alhamdulillah....

Oncall isnin lalu.....................
Selamat berakhir dengan aman walaupun letih.

Macam biasa, kena oncal di ward Othopaedic, kenalah post case emergency(beritahu kes) ke OT(operation theatre/bilik bedah).

Ada beberapa kes,antaranya yang paling menarik perhatian, alleged cut by 'Pedang Samurai' with sustained deep laceration wound over hand with open fracture proximal phalange  bilatral  index finger.
'Diagnosis sarkastik' my bos..hahaha
Tak boleh blah nak melawak pepagi masa round.

Bleeding kat tangan dia boleh penuh semangkuk gak.. eheheh banyak sebab aku rasa ada artery involvement.

Lepas round, aku bersiap untuk post case.
Around 9 am, dan pesakit tu boleh buat operation around 9am gak ..ngam2 masanya.

Apa yang menjadi isu, sibuk mak ayah dan relatives nak masuk ward dan nak push kerja aku.

''Dr, tangan anak saya bleeding lah."

" Yes, saya tahu. Saya dan tengok dan baru tengok. Tunggulah dulu, kami dah balut."

Muka dia tak puas hati. Aku suruh dr junior tengokkan.
Hmmmm...
Aku prepare cepat dan post case ke OT.

Famili pesakit ni, damnly gelabah dan restless.
Muka tak puas hati.
"Dr. tak boleh ke cepat sikit. Darah banyak. Nyawa lagi penting!"

Cuba nak psychoo aku yang obviously aku jadi lebih garang bila aku oncal .

" Yes, i know. Paling cepat anak kamu boleh buat operation adalah 930am sebab kena puasa 6 jam. Dan sekarang kat bilik bedah ada kes emergency . Caeser. Ibu nak melahirkan anak melalui pembedahan. Kami tau. Tunggu lah. Nak masuk bilik bedah bukan kami yang decide. Dr bius. "

Tak ada nak berlembut dah dengan cara dia nak push... Seolah aku duduk main candy crush buat tak tau kat anak dia.

Aku review patient tu balik.
Aku remove all bandages dan redressing back. bleeding secured.
Memang ada artery cut! but. It is ok. Just compress je. Will be ok awaiting OT.

Tiba-tiba.. my junior dr, " Dr, pesakit tadi punya famili nak bawak pesakit ke private hospital"
" O.. ye ke? ... p ambil vital sign-tekanan darah semua. Kalau stabil. Boleh keluar hospital at own risk!"

Memang stabil lagi. Dan allow...

Sementara tengah tulis, ada suara.. " Thanks Dr" Suara berterima kasih yang penuh sarkastik dan seolah memberi mesej sesuatu yang akan berlaku.

"hmmm.." aku mengangguk tanpa memaling muka padanya.. just tanda 'protes' aku pada famili pesakit yang tak tahu sabar. We are Dr... and we know what we do! Plis be patient!

Selepas 15 minit....
Kecoh.
Yb bla.. bla... call pengarah tanya pasal pesakit kenapa tak buat operation...
" ooo.. ye ke?" aku buat-buat tertanya...
Malas layan sebab aku ada banyak pesakit lagi yang aku kena uruskan demi nyawa mereka berbanding melayan seorang pesakit yang familinya je yang gelabah. Aku rasa pesakit tu boleh sabar. Pesakit tu sendiri tak tahu yang dia tiba-tiba ditolak keluar ward oleh famili dia.
Kesian...

Pengarah called ward..
minta penjelasan.
Staff nurse jawab...
Aku tunggu kalau pengarah nak cakap sendiri dengan aku.
Dah seminggu senyap je.

Polis datang ke ward!
ceh.... siap report polis tuuuuu....
Siasat punya siasat...
"hmmm pesakit tu sebenarnya mabuk, dia yang mulakan pergaduhan. Akhirnya bergaduh dan masing-masing mencederakan pihak lawan. Dia yang kena teruk. Buat masa ni, kami akan siasat dua-dua pihak. "

Hmmmmm.... Nak gelak.. tak larat.. sebab malas nak gelak untuk orang yang seperti anjing yang tersepit. Ini peribahasa yang aku belajar yang paling sesuai untuk aku guna pada situasi ini. Aku tak kata depa anjing.. Aku cuma guna peribahasa.

Yeah.
Jangan sesekali memperlekeh usaha keras orang lain.
Yang dah struggle untuk kau dan tiba masa kau belot menghentam. Back stabber!
Orang yang dizalimi pasti dapat pembelaan dari Tuhan!

Alhamdulillah.
Tuhan selamatkan kami.

Terdiam famili pesakit tadi setelah pekung di dada tersebar luas.
Hati-hati bila deal dengan orang seperti kami.

We did our best for our patient.
Walaupun aku masih junior... but i will serve my best for my patient.InshaAllah.

Sakit kaki, demam, sakit belakang.. lapar, haus... ada pesakit tanya dr?
Fikirkanlah... dr tu manusia juga. bukan malaikat atau robot.
Respect each other!

Friday, November 1, 2013

Buku


Alhamdulillah,

lama tak baca buku secara serius.
Lama tak menulis secara profesional.

Ayat yang mahu ditulis pun macam mengada-ngada.
Sengaja buat ayat gedik2 untuk merekod suatu ketika dan keadaan.

One day, this blog has no more writer.
Hopefully, i can delete or close it prior it. InshaAllah.

My target now,

Buku Orthopaedic lah.... :

1. Manual of orthopaedic.
2. essential of orthopaedic.
3.???
4. ??

Baru letak dua aim buku yang simple untuk aku yang super duper junior dalam departemnt ni. Hampeh, baca pun tak sangat.

hmm...

Just to remind my self:
1. Belajarlah, tambah ilmu... kerana orang yang merasa dirinya pandai sentiasa mengherdik orang yang bodoh atau kurang ilmunya.


2. Tambahi pengalaman dan ilmu, semoga ilmu dan pengalaman mengangkat darjat kamu, semoga apa yang dikata itu bakal memberi bantuan pada siapa yang mendengar.

3. Orang yang dipandang sinis/hina/bodoh... kata-katanya tidak akan didengari oleh orang yang merasai dirinya hebat dan pandai... walaupun kata-kata kamu itu lebih bagus dan hebat berbanding kata-kata lulusan phd sekalipun. Inilah dunia.... ada masa kamu berasa ia tak adil. Tetapi hakikatnya itulah...

3. Orang