Sunday, October 20, 2013

Photos : Duniawi

Ya Allah,
Peliharalah kami di dunia ini agar kami tidak hanyut menjauhiMu.
Kukuhkanlah hati-hati kami padaMu.

Saturday, October 19, 2013

Photos : Papai






Manja +++

Photos : KL 13-14 Oct Happy Feet!








Pergh... ni baru model terbaik ! Thanks sebab puji diri sendiri.

Terima kasih pada photographer aku. :P

Alhamdulillah.
Aku sangat terharu dan gembira, syukur atas kurniaan Tuhan kerana dapat sampai di sini .
Bukan kerana aku tak mampu pergi sendiri... tapi kerana aku dibawa oleh orang yang sangat aku respect. My booster. Garang +++. :P

Wednesday, October 16, 2013

Diari Jalan Cerita : Raya Haji 2013 Yeay!

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


Aku merancang untuk ambil cuti 5 hari raya haji.
Merancang cuti start 12 hb till 16 hb Oktober sebab nak rehat sementara..

Aku plan untuk ke KL dan beraya di kampung. Ini adalah aims utama cuti kali ini.

Tujuan ke KL :
1. Beli buku medic - Surgical approach and fracture surgery.
2. Jalan-jalan melihat perkembangan KL.
3. Bertemu member yang smart.
4. Belajar drive sebab aku lembab hafal jalan.



Actually, aku segan giler nak minta tolong kawan aku tu nak minta guide kat KL.
tapi... aku cakap gak sebab aku nak beli buku medic walaupun boleh beli buku tu online, tapi aku bagitau yang aku dah ambil cuti dan nak jalan-jalan ke KL.

hahah... ada perselisihan faham juga 3 hari sebelum ke KL ni sebab terlebih gurau. Hmm Rasa macam dah tak da harapan nak ke KL jalan-jalan sebab aku tak ada sedara yang kenal kat situ. Hanya member tu je yang aku biasa jumpa kat Muar yang ada di KL.

Apapun, akhirnya dia Ok je.. ntahlah.
ada masa mood kita swing.

12 hb oktober :

Hari untuk bersiap sedia . Beli barang keperluan bermusafir.
tapi pagi itu aku bersama rakan sekolah lama makan sarapan di Muar -sate +++
hmmm sangat tak sihat.

Aku beritahu mak aku yang aku nak ke KL esok pagi pukul 7am.
Mak aku Ok je tapi riak muka tak confiden langsung dengan aku sebab aku ni lembab pasal jalan dan tak pernah jalan jauh.

13 Oktober.
Aku cool je.. sebab aku ada GPS untuk guided aku.
 Tepat 7am... impressed giler. Punctual!
Aku gerak ke Muar dulu.

GPS!!!


Ambil barang kawan aku untuk dibawa ke KL.



Sampai Bandar Putra exit.. haha kena marah sebab tak ikut arahan keluar kat Kajang.
Sampai Kajang, aku tersesat kat Bandar Utama.
hmmmm Sepatutnya Bandar Teknologi.

Sampai saja di rumah member, aku terus rehat.
Alhamdulillah.
Lepak jap..

Petang tu, kawan aku bawa ke KLCC..
Awesome!
Lama giler tak gi sini.

Member aku belanja makan.
Aku kagum dengan kawan aku sebab datang KLCC pun dah dekat pukul 4pm.
" Nak bawa aku g mana?" aku blurred sebab aku tak tau KLCC ni ada apa yang menarik sebenarnya..
Aku bukan kaki shopping, kaki wayang or kaki makan... so, aku xtau nak buat apa.
" kita g Surau dulu, solat asar dulu."
Aku sengaja tak jama'kan solat sebab nak sama-sama solat berjamaah kat masjid. Mudah gerak.
Kelebihan bermusafir yang aku tak ambil sebab aku mahukan sesuatu yang lebih baik berlaku. Hopefully.
Alhamdulillah.
Aku memanjat kesyukuran pada Allah kerana telah menjaga sahabat aku itu. Suatu ketika dulu dia hanyut. Tapi... hari ini, dia yang banyak membawa aku ke masjid dan surau bila tiba waktunya tanpa aku yang ajaknya dulu.
Aku pernah ajak suatu ketika dulu, tetapi dia refused. Tak bersedia lagi.
Bila ramadhan lalu, hatinya terbuka untuk solat tarwaikh bersama di masjid Biru Muar.
Allah Maha Besar.
Hampir 7 bulan kenal.... banyak perubahan aku lihat pada dia.
Hebat kuasa Tuhan.

KLCC... sesi bergambar je lah kerjanya...








Lepas tu, g makan...
hmmm xsedap sangat ayam goreng ni.. muak.. huhu..

Maghrib di Surau KLCC.


Look out Point ,KL

Look Out Point kat Bukit Tinjau kot... hihi
Melepak di sini.
Pergh! Mantap!


Balik... keletihan...

14 Oktober...
Bangun!!
Sediakan sandwich, nak breakfast dan bawa ke Air Terjun Tekala
Ingat nak g Empangan Semenyih.. tapi jalan ditutup sebab tanah runtuh.
Punyalah risau kawan aku.. ahaha walaupun aku dah convincekan dia ..it is ok.. Just do it!



Sedap giler dapat makan Sandwich..
Picnic yangbetul2 picnic..
haha.. aku simple je..
G jalan-jalan ke kawasan alam, mana ada bawa makanan . Hanya Camera je.

Kawan aku best giler mandi.. aku...
Shoot alam sekitar! Snap!
*maaf, gambar mandi tak ada kat sini.. eheheh.. Ini bukan blog Mangga Magazine..or blog muskulin. hak3.

Tak larat nak mendaki tinggi.. InshaAllah.. Kat level yang kami pilih ,Ok.

Tamat melepak sini, kami ke KL untuk beli buku.

ini dia....


Baju mahal tu !!
Dua buah buku yang mahal juga... sigh...
Melayang duit..Inilah pelaburan...


G2000 : nah! Baju yang Smart dan cool!.
Aku pakai seluar yang masih lembab lalu sungai kat air terjun tu.. huhu.. Nasib lah..
Beli dalam masa 5 minit je. Terus blah.. Laju giler.


Selesai... aku terus balik rumah kawan aku dan berkemas.
Kami balik beraya ..

aku lembab hafal jalan sampai member aku bengang dengan aku.
Dan aku dapat rasakan betapa payahnya dan bengang cikgu mengajar orang yang lambat... dan perasaan insan yang lembab.
hmmm.. damnly, aku demotivated.
senyap saja perjalanan pulang.


15 oktober
Korban...
sembelih di Sri Gading...
aku agihkan ke kawan-kawan dan juga member di Muar.
huhu...
ingatkan nak bagi kawan-kawan lain.. tapi ntahlah.. xda mood nk masuk HPSF.

Inilah lembu korban kami... Garang giler!
Kesilapan... penyembelihan terbuka sangat sampai lembu lain nampak.. sedih ma..
Yeah!~

Tangisan kawan lembu yang dikorbankan... sedihnya.
Haiwan pun menangis...
hmmmm 

awesome!





Kawan kat Muar...
tiba-tiba ajak g lepak.
lepak di Elephant Bean dan Masjid biru as planned.
hmmmm..
Sekali lagi aku kagum.

" nanti kita g .."  ini mesej tergantung..
"G mana?"Aku tanya..
" G elephant bean kat wetex,pastu g masjid biru asar kat situ." Dia pun panggil masjid biru. hihi..

Alhamdulillah... Aku kagum. Akhirnya, dia benar-benar kuat. InshaAllah.


busy hari ini.

Aku masih keletihan lagi...
ditambah dengan tak ada motivasi dah....

16 oktober...
bersiap balik segamat!!!!!
Settled update blog!
vroooom !

Friday, October 4, 2013

Oncal lah plak!

Alhamdulillah...

hari ini oncal... tapi saja nak menaip.
Rindu nak membebel dalam blog sendiri..

Hmmm

Banyak juga yang berlaku dalam minggu ni..

kena tanya soalan antara hidup dan mati?
Kena tanya soalan pasal soal masa depan?
Kena psychoo dengan senior lah...
kena marah lah...

Yang penting, aku tengah sakit kepala masa oncal ni.. may be from my sinusitis kot.. heheh..
kalau belajar, one of the source of infection of meningitis..is from sinusitis.

Cuak gak bila teringat fakta tu.
Meningitis ma!!
Otak dan selaput otak kena jangkitan kuman...
nyawa confrimlah terancam, kalau survive alhamdulillah..

hehehe.. saja nak cuakkan diri.

hmmm

Yeah.
Takdir Tuhan dan ketetapannya.
Aku hanya bertawakal padaMu dengan seluruh kudrat yang kau pinjamkan.
Thanks Allah.

Tuesday, October 1, 2013

Nasihat Buat Penasihat (Diriku)

Alhamdulillah..

Hari ini sangat mengantuk...
Tapi... aku  gagahkan diri... Tak larat aku untuk bekerja.
Habis klinik terus join Operation.
Operation plak habis pukul 630pm..mak ai!! hancur raancangan...
Sebab malam pukul 8 pm aku nak buat locum.
Nak kumpul duit beli buku Orthopaedic..ahaha
Surgical Approach!
hmmmmm sadisnya... orang mesti ingat doktor ni kaya dan bla..bla...
Aku? Siapa aku?
Aku adalah manusia sama seperti semua .. mungkin jawatan berbeza sebab itulah rezeki dan amanah dari Tuhan.

Akal kita berbeza dan iada siapa tahu tahap kehebatan akan kita ...  cuma hukum dunia.. menghadkan kehebatan akal melalui peperiksaan.

dan hari ini , qualiti akal berdasarkan kertas peperiksaan tidak menjamin masa depan..
Lihatlah Bill Gates... seorang yang tak berapa cemerlang tetapi berjaya menggajikan orang bijak pandai..
Inilah dunia.

Hanya pada Mu aku serahkan jiwa dan ragaku.

Aku menerima banyak nasihat terutamanya bila  kau mengenali seorang pesakit yang masih dalam study nya, banyak juga nasihat daripada orang lain yang aku kumpulkan...
antaranya..

1. Jangan terlalu push bila menasihati orang . Ia akan menusuk dan menyakitkan hati yang ingin membuat suatu perubahan.

2. Jaga kata-kata, dan jangan berkata sesuatu yang tidak perlu yang akhirnya menyakiti orang lain.

3. Be mature dan jangan nak mudah sensitif.
4 Membenarkan orang lain untuk mengatur langkahnya.
5.Jangan pentingkan diri.
6 Sentiasa menjaga hak dan keinginan orang lain.
7. Kuatkan semangat untuk terus menghadapi hidup.
8 Percaya pada sahabat! InshaAllah.

Antara tamparan hebat yang aku terima....

Ini saja yang ingin aku tuliskan... memandangkan aku ingin berpuasa daripada banyak memberi komen. haha..

Khuatir juga aku mati dalam keadaan aku lalai atau menyakiti orang lain..
Ya Allah, matikan aku dalam suatu pengakhiran yang sebaik-baik pengakhiran. Amiin.
Salam.