Sunday, September 29, 2013

Cuti Hujung Minggu : Eventful

Alhamdulillah.

Jumaat lepas, 27 hb September.
Seharian dalam bilik bedah untuk join my pakar buat pembedahan Total Knee Replacement(TKR). ehehehe..
Maklumlah, sehari sebelum tu kena tegur sebab aku just observe depa buat TKR tu. Actually, aku just nak ambil feel dulu dan observe mcmana nak buat TKR and at the same time aku nak belajar benda basic lain dulu. TKR kot.. high five giler bagi new MO macam aku..

Best!
Akhirnya operation siap kul 7 lebih,semua sekali list.

Bersiaplah aku memecut ke MUar---->then baru ke Batu Pahat.
Sempat makan malam kat Muar sementara nak ke BP, ingat nak jumpa member kat muar singgah ambil buah pulasan... tapi dia dah keluar rumah. Slow sangat bawa kereta.. eheheh kesian dia tunggu. :P

Hari Sabtu,

Pepagi buta dah ke bandar  bayar bil yang sepatutnya..
Petang ni, aku melepak dengan member Muar yang dah plan seminggu lalu.
Mulanya nak makan kat elephant bean ,Wetex Muar. tapi... ' tak mau r. Dekat sangat'
aku bawa kereta menuju ke Parit Jawa, makan asam pedas.. ehhehe..
baru best. Lepas makan boleh shoot gambar laut.

Cerita paling lawak petang ni..
DSLR aku.. dah sampai Muar, baru aku teringat memori card kat dalam komputer rumah BP.
hahaah.. Inilah akhirnya, aku memiliki dua memory card.
Sampai Muar. Aku beli lagi satu.

About 4pm, aku sent mesej kat member aku, hmm no respon...
mesej tak sampai?
Tidur lah ni.. hanset off.
Tak kan cancel kot.. lotiiih den drive dri BP dengan mengantuk ni.. ahah
Aku just bagi salam dan hmmmm memang dia tengah syook tidur. ahah

5 minit bersiap..
Tada! Keluar rumah pakai kopiah putih!
Pergh, terbakar aku. Tercabar juga.
Dia faham yang aku akan bawa dia ke masjid sebab dia tahu aku sengaja jumpa pukul 4 untuk bawak dia ke masjid solat berjamaah asar bersama-sama.
Alhamdulillah.
Senyum.
Tapi...benar-benar kagum dengan perubahan dia.
Semoga Allah melindungi dia yang dalam suatu ujian yang amat besar.

I am here to help him and myself too.
I am helping for those who are sincerely accept my hand.

Aku tak melarikan diri ke mana-mana.
Remind me jika aku terlupa.

Melepak sampai maghrib.. Solat di Masjid Jamik Parit Bakar...
hmmm banyak juga perkara yang dapat aku bincang .
Perbincangan untuk menerangkan suatu keadaan .

Masing-masing ada target dan impian.
Semoga urusan dan target tercapai dengan sempurna.




Tiga ekor burung.... satu dan dua.... Yeah... Simbolik...

Apapun, pemandangan petang ini memang best.
Aku mengajak dan 'menculik' member aku ke Parit Jawa untuk melepak makan asam pedas. Saja. Malas melepak area Muar... esp bandar. Kasi stress hilang melihat alam.

Ha! Khusyuk main hanset.. aku khusyuk main kamera...
Dah nak maghrib.... 

Sphinx .....
comel.

Budak hensem.. pfft.!! Sori terpuji diri sendiri.

Thanks+++ ambil gambar aku yang aku boleh publish kat blog. Puas ati. heheh walopun tukang ambil main snap xtengok pun gambar hasilnya.. ahahah melawok betul.
Lain kali, boleh shoot lagi!

Masa melapak, aku buka FB...
Dapat mesej " Apa yang kamu buat jika mengetahui esok adalah hari terakhir kamu?"

hmmmm.... nak jawab macamana ye? Aku tak tahu nak jawab macamana sebab soalan ni aku jawab sebagai seorang insan awam.

" Aku buat macam biasa je. Dah nak mati.. mati lah."

Sebab.... Apa yang aku nak buat lagi, sedangkan setiap hari, aku struggle habis-habisan untuk menjaga diri demi mencapai dan mendapatkan rahmat Ilahi. Jika esok hari akhirku... Nak optimize apa lagi? Aku dah maksimum.... Inilah penerangan jawapan aku yang nampak macam bergurau.

Yeah!! esok keje!!!

Wednesday, September 25, 2013

Catatan : Minggu


Alhamdulillah.

Setelah puas minggu lepas bertemu member sekolah dan member sekampung.
Naik kerja dengan penuh semangat.
Ok stop! Ayat tipu.

Biasa je.

Risau juga menghadapi saat kerja. Orthopaedic... banyak yang aku tak tau...
Banyak yang perlu aku study..
operation?
Damn! banyaknyeee...
setiap pesakit datang dengan pelbagai fracture dan luka...
konsepnya mungkin sama tetapi cara untuk menyelesaikannya agak tricky buat Mo baru macam aku.

Inilah dunia medical.

Nak cerita kisah seorang pesakit ni, hahaha nak kritik sikit.
" Jangan merasa bangga dengan apa yang kita ada atau siapa kita, tetapi berbanggalah jika kita mampu mempertimbangkan pandangan  orang lain. "

Pesakit itu mengadu sakit kaki.
Bila kita plan untuk cucuk sikit ambil sample, dia marah sebab dulu dia pernah kena cucuk kaki yang sama dan menyebabkan kakinya kecik sebelah.

What the H*^%$....!!

Lepas tu buat muka sinis dan senyuman sinis yang kononnya manjalah sangat.

Aku examine kakinya...
"Pak cik, kaki pak cik ni kecik sebab otot kaki pak cik ni lembik dan kurang guna.
Mungkin sebab kaki pak cik ni sakit, jadi kaki sebelah yang banyak guna. Ini menyebabkan kaki pak cik kecil sebelah."

Pak cik ni senyum sinis macam nak tergelak.

" ko kata aku tak banyak keje. Aku kerja buruh"
Dengan nada sinis dan senyum gelak yang agak BONGKAK!

Aku lagilah nak gelak guling-guling dengan badan yang kurus dan otot yang lembik mengaku hebat.
U can lie others but not a doctor! Or u can lie a dr but not to lie to urself. Your body will expalin who you are!

Ok. Xpe. Serius!
Aku memandang HO. OK , sukatilah. Just manage his pain. What he want to do, buat r. Kita JUST control his pain!

aku blah. Aku baran! Aku tak akan melayan manusia bongkak sebab aku lagi bongkak dari mereka.
No poin to help people who are already refuse our help.


Habis pasal topic kerja... cerita pasal Muar...

Alhamdulillah....
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..


setelah 6 bulan, aku masih bertemu pesakit yang pernah aku rawat di ICU HPSF.
Banyak perubahan budak ni.
fizikal yang sihat dan mengada-ngada nak kuruskan badan.
agama yang semakin mantap,
semangat yang makin baik.
Aku plak tercabar dengan perubahan dia yang sangat positif.

jeles pun ada.

hmmm tapi, pesakit ini baik hati dan cool.
Semoga Allah merahmatinya dan terus memberinya kekuatan mengharungi kehidupan di dunia dan akhirat. Moga rahmat dan sayangnya memberi kekuatan dan kesihatan yang baik padanya.

Tak semua hijrah itu berterusan..
tak semua yang kuat agama itu akan terus bertahan....

Kita hanya berdoa.
Moga Allah menjaga kita dan orang yang kita sayang.

Habis cerita Muar, cerita home town plak.. BP!

Minggu ini juga, mak aku tak sihat. Tapi, just called her.. She said she's getting better. Just less energetic... may be tak cukup makan.. i am still worry her..hmm Homesick giler!!!

apapun.. Semoga Allah memberikan kesihatan yang terbaik buat ibuku dan keluarga. Mohon rahmat limpah kurniaanNya dalam menjaga keluargaku dunia dan akhirat.


habis cerita hometown.. cerita alam maya plak..

Lee Liu Zhen.. mana agaknya budak ni menyorokkan diri??
Bila boleh jumpa kamu?
Nak belajar melukis ni !!
Semoga kamu terus sihat,terus kuat dan hebat sepertimana kata-kata kamu.
Perjuangan kamu tak habis lagi.


Ok. settled. any issue? no more.. nak tidur...
Sambung menulis weekend nanti lah! bye!

Sunday, September 22, 2013

My First Booster in my Life



Alhamdulillah.
Tuhan masih mengizinkan aku bernafas dan memiliki insan-insan yang aku kasihi.
InshaAllah, masa yang ada akan aku optimumkan untuk kebaikan bersama.


Cerita tentang lebih kurang 11 tahun lalu iaitu kira-kira tahun 2001.
Aku baru tingkatan 2.
Ketika ini kalau aku bermula suatu perubahan mungkin tronx013 jadi tronx014.huhu..

Seawal 13 tahun, aku baru berjinak-jinak dengan surau... punyalah takut nak datang kat surau sebab dengar kata orang kampung, ada seorang dua kat surau tu yang tak suka budak-budak...
tapi.. aku datang juga dengan kembar dan adik aku. Naik basikal baru kami..ehehe punyalah semangat.

tapi akhirnya tinggal aku sorang je ke surau sebab:
1. Adik aku dah masuk asrama sekolah agama.
2. Kembar aku merajuk sebab diperli kaw2 kat surau. * orang nak g surau, ko perli.. orang buat maksiat.. ko buat tak tau.. punyalah HELL perangai kau. Itu kisah 11 tahun lalu... sampai sekarang kembar aku kurang bersemangat... tapi dia OK je kalau ajak.. 

Suatu hari, sebuah keluarga baru datang ke kampung aku dan duduk di lorong di hadapan rumah aku. 
Keluarga yang agak mewah juga .Beberapa minggu pertama mereka selalu ke surau untuk bertemu masyarakat. hmmm masa tu lah baru aku tau siapa mereka.

tapi among mereka, ada dua orang brothers yang selalu datang surau. adik-adik dia yang lain masih kecil lagi..

Aku kagum dengan dua orang brothers ni. 

Mahu kenal seseorang tu rajin ke surau atau tak... lihat pattern dia ke surau/masjid.
Jika mereka pergi masjid waktu maghrib/isyak...hmmm itu belum kukuh sangat hati dia..itu normal r tradisi orang melayu...
Tapi kalau dia pergi waktu zohor/asar/Subuh... Awesome! Memang hebat! InshaAllah, dia memang 'kaki Masjid'.

Makanya... dua brothers ni memang kaki masjid.

Nak pendekkan cerita....
aku lebih kagum dengan salah seorang brother ni. Pelajar KUITHO. Pendiam dan serius.Akhlak nampak baik.

Suatu petang, jam sudah hampir waktu maghrib. Aku pun bergerak menaiki basikal ke Surau..Baru keluar dari halaman, aku berselisih dengan brother ni dengan motor Yamaha S2 dia. Motor dia agak kuat gak bunyi. 

aku terdetik yang dia mungkin tak sempat ke surau sebab dah terlewat sangat ni, mana sempat nak kemas.

Aku underestimated dia.

Dia datang solat berjamaah maghrib tu! Hebat! Aku kagum dan tercabar!
Dia memang power dalam menjaga agama dan solat.

Lepas maghrib kami pun balik  sementara menanti isyak.
Tapi malam tu, dia tak solat isyak di kampung. Balik Kolej kot sebab nampak dia bawak bag macam nak ke kelas ketika aku keluar nak ke surau lebih awal isyak itu. Kebetulan yang mungkin memberi aku suatu penjelasan.

esoknya , aku tak jumpa dia lagi..

dan dua hari selepas itu, aku dapat berita.. yang dia telah meninggal dunia kena bunuh! Jenazahnya ditemui sudah berbau.



Rumour kata dia terlibat join curi motor. Dalam pergelutan tu, dia terbunuh oleh seorang penjual burger yang tersasar pisau ke perutnya. Maksudnya, peritiwa pembunuhan selepas kali terakhir aku melihat dia malam itu. 

Damn! 11 tahun aku mencurigai 'fakta' bagaimana abang yang rajin ke masjid ini terbunuh. 
Aku tak percaya seorang yang sangat hebat menjaga solat di masjid boleh terlibat dengan kegiatan mencuri selepas menunaikan solat berjamaah . *Lagi beberapa minit nak azan pun dia boleh bersiap untuk solat berjamah kot!

Berita itu, membuatkan aku sedih juga. Sebab dia 'pesaing' aku untuk jadi kaki masjid dan jadi lebih baik. Sampai hari ini, aku tidak lupa kebaikan yang dia ajar indirectly. Dia memang memberi impak mendalam dalam hidup aku tentang agama.

Akhirnya, kisah sebenar telah aku perolehi malam tadi sepertimana aku ceritakan dalam entry sebelum ini.

Rupanya,

Malam itu, dia cuba mengejar pencuri motor yang cuba mencuri tetapi dia bersama dua rakannya terperangkap dalam sekumpulan pencuri yang telah berselindung di suatu kawasan. Dia berkorban menyelamatkan dua rakannya itu dan mengarahkan mereka pergi. Dia seorang yang dibelasah dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir malam itu.

Terharu dengan pengorbanan seorang pemuda yang rajin ke rumah Allah.
Tiada siapa yang membetulkan rumours dan keadaan tu. Semua mengkhabarkan berita kematian dia sebagai seorang yang jahat. Tetapi hati aku berdegil mengatakan dia seorang pemuda yang baik dan rajin ke masjid!

Akhirnya, aku betul! Selepas 11 tahun.
Hakikat sebenar.. Hanya Allah yang tahu.

Semoga rohnya, dirahmati Allah.
Al-Fathihah buat MKA.

Generasi keluarganya, adik-adik dia pun sudah mengikuti jejak langkah abang dia. Rajin ke surau/masjid. Bagus. Semoga keluarga mereka ini dilimpahi rahmat Ilahi atas usaha membaiki diri dari masa ke semas.

Ayah dia lecturer math, pernah offer nak ajar aku Math kalau aku tak faham... tapi, masa sekolah dulu, aku susah nak failed Math.. dan selalu score A... so, aku tak ada alasan nak jumpa ayah dia minta ajar.. ahahah... Maaf, ayat poyo je.. kisah 10 tahun lalu diungkit dah lapok untuk dibangga.. dont wori. Hari ini aku bodoh Math dah. Sampai hari ini, aku masih mendapat tahu, yang pak cik ni/ayah brother ni selalu memuji aku dan dia juga pernah memuji aku di Surau di depan orang kampung awal tahun ini. 

AWESOME!!! bangga giler.  hihihi...

Bukan untuk bangga apa pun, aku bangga sebab dia naikkan nama aku. Seorang yang tiada apa-apa tetapi hari ini aku dah dikira berjaya mendapat gelaran seorang doktor dan aku masih menjadikan diri sebagai seorang yang selalu ke masjid.InshaAllah.

Ia tamparan buat jiran baru dan lama juga yang mewah dan berharta. Terutamanya golongan profesional. 
Kewujudan aku sempoi,  but i am a dr. 
Aku boleh naik basikal ke masjid,


Aku bergaul dengan budak-budak..
Aku bergaul dengan golongan pekebun orang kerja kampung.
aku buat apa yang orang lain buat...
Walaupun aku juga dalam golongan profesional.
Kerana aku membenci perangai manusia yang merasa dirinya adalah Tuhan selepas memiliki kekayaan dan kebijaksanaan yang seciput itu. 



Aku nyatakan ini bukan untuk suatu yang menunjuk.. sebab aku tau dengan jelas, 
RIAK, UJUB dan TAKABBUR adalah dosa manusia yang menolak semua amal ibadah.

Apa yang aku nyatakan, adalah, inilah apa yang aku belajar daripada seorang pemuda yang rajin ke masjid yang aku ceritakan tadi.



My first booster in my life.

 

photos : Bunga di halaman rumah.




Photo : Jaga kata-kata.

Aku tersentak bila member aku menegur aku sama ada direct or indirect.. hubungan dengan manusia kalau tak dijaga masuk ke neraka juga.

Yeah... Aku terima dengan hati yang sedih kerana kekurangan aku dalam ibadah aku dan ilmuku.

hmmmmm...tapi.. aku tetap akan berusaha.






Hari ini : Makanan Di Taja

Alhamdulillah....

Dari pagi sampai ke malam aku ditaja makanan.."

Pagi :

Kawan di Hospital Muar yang sudah tamat posting Medical, nak ajak makan ..belanja makan..
Alhamdulillah.. belanja sate breakfast.. hhooho.. sedap giler!




Petang :
Makan mee racun dengan kawan-kawan sekampung.
Ok lah... depa ajak, aku join je.
Tak banyak perbualan sebab  mereka berbual pasal bidang kerja mereka iaitu guru.
Hihih... aku tak tahu nak cakap apa pasal bidang tu sebab aku rasa soal sistem pendidikan ni, hmmmm nak bising-bising kat luar tak ada perubahan pun unless u decide to make it serius and u struggle to change the world. tapi susah....


Actually, aku tak lunch lagi sebab perut masih penuh.
Sebelum makan mee racun +sate petang ni, sempat aku menjamah Itik Masak rempah, kembar dan isterinya masak. Hebat! Sedap!

Malam,lepas isyak...

Ada member sekampung. Junior...
Sebenarnya, dia anak seorang lecturer yang aku kagum sebab perubahan yang dialaminya. Hebat.
Budak ni baru tahun 1 medical school.
Tak sangka plak boleh lepak makan malam ni sebab dia dah 'terjanji' nak belanja makan..

Hahaha.. aku pi bawak ke PIZZA Hut. BP MALL.
melantak satu hari ni.

Alhamdulillah.. banyak sungguh rezeki hari ini. Namun, aku juga kena banyakkan memberi juga... Allah beri pada kita, kita kenalah bersyukur.

Cerita punya cerita... banyak rahsia tersingkap.

Yang tak boleh blah, boleh plak dia cakap.... aku ini sumber inspirasi dia.
Terkesima aku dibuatnya.

hmmm sebab apa ye?
Aku dah lam penuh dengan kelemahan dan kejahilan..
Tak kisahlah..
Jika ada ternampak kebaikan dari aku, maka ambillah..
tapi jika ada silap, tegurlah aku.
Aku bukan apa-apa....
Aku belajar dari kalian juga.

Aku juga sempat bertanya pasal persoalan yang aku tertanya-tanya sejak 11 tahun lalu.. iaitu bagaimana pemergian arwah abang dia. hmmm Aku kagum dengan arwah abang dia. He was my booster too...menguatkan aku untuk jadi manusia yang rajin solat berjamaah di masjid. tapi... akhirnya, persaingan itu sudah berhenti. Semoga Allah rahmatinya. Aku yakin, Allah pasti menjaganya di alam barzakh kerana kebaikannya.



Alhamdulillah...
Seminggu lalu... banyak berita yang amat berat aku jalani.
Aku juga merisaukan pesakit aku seorang ini yang aku kenal dan sentiasa follow up dia di Hospital Muar... hmm risau akan kesihatnnya... Pesakit 'manja' dan GDX. ergh! Geram. Harap-harap dia tak lalu sini... kalau lalu kat sini, nasiblah... aku nak jotos kepala dia.
Tak semua pesakit aku follow up detail tapi.. disebabkan aku menemuinya dalam situasi yang amat beerti kerana TAKDIR untuk suatu peringatan besar. Maka, aku yakin itu semua adalah takdir Tuhan ,pertemuan kerana Allah dan amanahNya. Maka, aku harungi satu persatu cabaran...

Apa kesudahannya... aku pun tak tahu...

Aku cuma berusaha dan berdoa agar Allah menjaganya dan membawanya ke jalanNya ...begitu juga diriku yang lemah ini.
Pesakit yang selalu kita jaga, lama-lama dah jadi macam member sendiri.. tapi, pesakit ni memang peramah++ , baik hati dan ikhlas.(kot?).. haha.. Siapakah dia?? Tak payah tahu.. Tak penting.
Paling penting adalah menyelamatkan diri kita dan juga orang yang kita sayangi.

Seterusnya, seorang pelukis hebat yang menjanjikan untuk start treatment after Raya Haji dan mengajar aku melukis... I am awaiting you!!! Berusaha keras untuk terus sihat!




High cholesterol diet!
huhu... makan mee je.. saja mintak gear box tu... tapi xsedut lemak pun... loya je rasa nanti..

Saturday, September 21, 2013

Photos : Papai And Comel

Sudah sebulan dapat kucing free ni..

Alhamdulillah....
Siap kena perli dengan keluarga pemberi kucing ni. Perli gurau kot ..

" Muka nampak ganas, tapi minat kucing gak.. jiwa lembut rupanya. "

Hmmmm... Nak komen apa ye? Aku tak leh cakap apa-apa. Just Senyum.
Aduhai...

Nak minat motor besar.. tapi belum mampu lagi.. suatu masa.
Lagipun kucing ni manja dan seronok dapat kacau depa.

Kali ni xmau posing macam dulu... kasi member aku plak... 

hmmm.. 

Mata must mengancam look at the sky!

we will grow up together yeah! Dont leave me ! Starlight!

Mengantuk dah... bye!

Tuesday, September 17, 2013

catatan : Dah Lewat

Alhamdulillah..

Tuhan Maha Mendengar.

Aku buat pertama kalinya membuat locum kat Segamat.. Adesh...
Banyak yang aku tak tahu dan banyak ekna belajar...Alhamdulillah... Dia selalu ada.

Sebenarnya, banyak yang aku nak tulis  tetapi memandangkan sesetengah cerita itu biarlah rahsia, maka ... biarlah ia rahsia... Harap ia terkubur bersama jasad yang semakin dekat menghampiri saat itu..

Aku harap, aku sempat menyimpan password dan suatu masa ketika aku belum sempat untuk menutup semua maklumat.. akan ada seseorang yang akan bantu menutup semuanya... ehehe

Menulis macam nak mati je kan.. entahlah...
Dosa masih bertimbun...
Kebaikan pun masih jauh dipinggir paras selamat..kot.

hmmm...
Harap Tuhanku menjaga diriku ,aibku dan mengambil aku sebaik suatu pengakhiran.
Semoga apa yang tercatat dan tertulis yang menerangkan aku di dunia ini bakal memberi suatu kebaikan pada orang lain... Jika aku tertulis sebagai sesuatu yang menyakiti atau memberi suatu laknat pada orang lain, aku mengharap Tuhanku , melenyapkan segalanya tentangku agar aku tidak menyakiti orang lain. dan juga.. orang lain tidak berdosa atas amarahnya padaku.

Semoga kebahagian dan ketenangan dimiliki oleh seluruh insan yang pernah aku temui.

Rahmati mereka Ya Allah.. merekalah yang membantu aku untuk menjadi indan yang lebih baik dari semalam.

Saturday, September 14, 2013

Sembang-sembang : imbasan.



Alhamdulillah...

Masih lagi aku dikurniakan kekuatan untuk menghadapi cabaran di dunia ini...
Walaupun sudah lumpuh untuk bertahan menghadapi tetapi kasihNya telah membuatkan aku percaya setiap TAKDIRnya.

Terima kasih pada semua. Thanks my good booster. Silently helping me direct or indirectly. Boleh belanja baskin robin one day!

This blog.... lama tak dikemaskinikan... inshaAllah.. Akan aku kemaskinikan balik.

Yeah.

Ortho vs medical???

Pelik je sebab tak semua orang suka medical. Gilerrrr kot admission. Macam hujan lebat... Kalau nasib baik, memang hujan lebat ditambah ribut petir lah kat medical ni...huh!

Aku serius di medical dulu sementara menanti tempat posting ..sama ada kekal Muar atau dicampak.hmm. Nasib aku tak dicampak ke MERSING! fuhhh...

Tak dapat bayangkan aku jika kena di Mersing! Scary!
haaha...

Alhamdulillah.. Segamat!

Semasa di medical, aku dah start menanam impian untuk membuat beberapa misi demi menyelesaikan suatu problem besar masyarakat. kononnya..... sebab aku tau jika aku berjaya stay di Muar... maka aku kena stay di MEDICAL about 1 years +++...

Maka aku gunakan masa itu untuk menimba ilmu dan membuat pelbagai program.. Tapi....hmmmm mungkin ada yang lagi penting dan lagi utama yang aku kena buat.

Misi itu aku simpan lagi... jika panjang umur maka aku akan modified ia sebagai program yang mesti great! hehehe.. teringat MSFT- program motivasi yang baru menapak tetapi medapat bantuan besar daripada PPD KB yang akhirnya menjulang nama group ini lebih hebat daripada nama persatuan yang menubuhkannya.

poyo je ayat ni. Semuanya atas bantuan semua yang bersusah payah menaikkan nama MSFT. Aku as pengarah hanya tau mengarah je..ahhaha.....



It is Ok.
Berbalik pada cerita asal... jika aku mampu memberi ubat yang terbaik akan aku bagi pada kawan aku sorang yang sakit tu, tapi... ia tak ada yang lebih berkesan melainkan bergantung pada ubatan yang ada.
Samalah dengan seorang pelukis yang hebat yang kononnya sihat,tetapi degil menolak treatment. hmmmm... entahlah... masing-masing memiliki alasan yang tersendiri.

aimless journey... hmmm only for you,Allah.
guide me ya Allah.

Allah tak pernah kejam..

To help my frens... banyak cara.

Mendoakannya juga suatu usaha yang tak terperi baik juga. Kuasa DOA amat hebat..... aku akui.
Aku imani.

Tuhanku, bantulah hambaMU ini ketika dalam senang dan susah semoga aku tidak terlupa mengingatiMu walau sesaat sekalipun.

Peliharalah insan-insan yang telah banyak memberi aku kekuatan dan memberi aku kebaikan.

Friday, September 13, 2013

ortho kun~!


Orthopaedic..

Kenapa aku nak sangat jadi Ortho Surgeon?

hmmm... Clueless bila HOD/boss tanya...

Boleh tak nak jawab : saja je bos. Hahah

Alasan sebenar : Aku tak tahu nak jadi apa. Tapi since aku pernah ada gagal orthopaedic dan banyak peristiwa menarik dan mengingatkan aku tentang ortho, aku memilih ortho.

hmmm... Tak kuat sungguh alasan aku. Minat?
Ok je.. masuk ortho aku rasa ia bidang yang sesuai dengan aku dan personaliti aku yang tak suka gelabah macam medical. sebab aku lebih gelabah. Dan Ortho ni mudah sikit management dia.. kot!! huhu!

Apapun, aku dalam department ini....hmmmmmmm

Banyak peristiwa menarik yang aku nak tulis kat sini.. nak bagi tajuk, AKU DAN SENIOR. ahahah tapi aku tak akan cerita kot memandangkan khuatir ada spy masuk ke sini.... Yeah!

I am a stalker juga.... but, not apply to all person lah.. lotih den..

At this moment.... tak stalk anybody...
Retired.

Apapun... Just do it!

Homesicknye nak balik PESERAIVILLE!!!
nak jumpa kucing aku!

Tuesday, September 10, 2013

Hari ke-9 : Segamat Lagi


Alhamdulillah...


Hmmm... Adesh, ramai pula yang suspicious saya deactivate FB.

Ramai?? Hihi xtau.. saja buat statement macam artis lelaki paling popular. hihihi

Apapun, aku sama je seperti dulu...
Suka sakat orang, suka dengki orang dan suka poyo ...

Cuma yang membezakan... aku dah tak ada FB yang membawa maksud....

" Fb adalah suatu tempat yang paling best untuk mengenali siapa orang lain pada dunia kita. Fb adalah perisian yang aku idamkan untuk aku guna sejak kecil lagi. Tak kisahlah apa pun perisian... tetapi Fb adalah antara yang terbaik. Kamu ...dia, mereka ... dan aku. Walaupun kita semua terpisah jauh.... FB bakal menyatukan kita.... walupun kita terpisah agenda politik selagi kita kawan di FB, kita tetap akan bertemu... tetapi jika kita terpisah dengan FB... ia belum bermakna kita terpisah juga. Kita mungkin boleh bersatu hati juga. Apapun..... ia sukar untuk ditafsirkan.... kerana FB lagi mudah. Hidup penuh teka-teki. Bukan aku mengatakan Fb adalah 'tauhid' kita tetapi ia suatu permainan yang sangat hebat!! Damnly hebat!"

Maka, jika aku stop FB.

Ia menjelaskan apa yang aku mahu dan dah decided.

Hopefully, aku tak activate FB lagi at the moment. Biarlah Rahsia.

Cewwah.

Hari ini, aku nak publish.. beberapa gambar yang aku buat dan dapat dari instagram dan dalam email.


Ni gambar aku buat..  13 ... Ia nombor favourite aku. Ia nombor yang mengingatkan aku tentang kehidupan aku... dan terjumpa juga pesakit yang dilahirkan 13 jan. then, aku bg gambar ni kat dia. Saja... hik3.. Gdx.

Wow!! Pizza! kantoi doktor tak jaga makan!!! Lapar Gileeeerrr !! aku tak lunch hari ni sebab nak tunggu pizza ni.. ehehe Aku kena belanja makan ortho famili!! HOD xda.. eheheh

This is my new frens.. ada lagi seekor. Ia kucing hadiah dari member. Aku pun bersyukur, seolah Tuhan mendengar rintihan aku yang mencari-cari kucing yang best dan gebu.. Dia bagi warna ni dan jenis ni.. Ia kucing buangan je asalnya... Jumpa di pasar dan akhirnya membiak dan melahirkan waris seperti di atas.
Kawan aku bagi dengan rela hati???? Wow! menangis aku dapat kucing freee.. heheheh.. Sebab itulah aku jaga dia dengan baik... Alhamdulillah. Allah berikan juga. Thanks semua mendoakan aku juga. :)
p/s: gambar ni aku delete setelah aku post di wechat sebab mungkin ia tak significan pada orang lain, tapi ia mungkin significan bagi aku. 100%

Ada masa kita melakukan 100%  or even more than that to help or to make others happy... they may or never know how hard our effort...It is OK. Just do it.

Yang penting semua orang gembira. Ia cukup bagi aku!

Ni ada staff nurse ward 7 HPSF bagi. Thanks...

InshaAllah, aku akan improve my zikir dan ingat Allah.

Allah Maha mendengar.
Allah sentiasa ada.
Selalu berdoa termasuklah ketika menaiki kenderaan.
p/s: antara pesanan member aku.

Ni gambar yang baru aku terima.... Thanks...
If you know me... you may or may not come to me.
I am not as perfect as you know me...or even worse or even cruel than the reality....
hmmm Apapun, thanks..
aaBest at this situation..

If  I am there..
If I can request.....

Inginku tarik satu nafas panjang untuk satu kehidupan terakhirku di situ... untuk bertemu Tuhaku.

tapi aku tahu, Tuhanku Tak IZINkan kata-kata ini.
Aku akui.

Just, do it!
Allah always by myside.

Allah will help me.
Dia tak pernah mengecewakanku walaupun sekali!


Monday, September 9, 2013

Hari ini : Trouble is a good friend



Tiada daya bagiku melainkan daripadaNya.

Alhamdulillah.

Mengimbau saat aku tamat menjadi HO, dan akhirnya aku bergelar MO ... dimasukkan ke dept Medical.
Saat gembira bergelar MO...
Tapi ia sementara kerana aku terpaksa bekerja di dept yang paling aku benci.

Aku berusaha untuk masuk ke dept Ortho Muar, tapi seolah tak dilayan... Aku dicampak ke dept Medical!
sigh....... tertekan juga aku.

Apakan daya.

Dalam masa yang sama, aku memohon JKNJ untuk stay Muar disebabkan mereka kata Ho yang ingin stay setelah tamat .. boleh je..

sebulan juga menanti keputusan tanpa rasa ragu-ragu kerana kawan aku dapat stay..
Ya, hakikatnya... Muar mungkin tempat aku.

Entahlah, sekali lagi aku dicampak.. Aku kena ke Segamat Hospital.

Allahuakhbar. Banyak usaha dan plan aku di sini...
Anatara yang paling besar adalah nak tolong merawat seorang pesakit aku yang duduk di Muar ni.
Tapi apakan daya.. Aku pun ingin belajar dripada kes dia.
Banyak aku tak tahu.
Ingatkan usaha aku ini mampu untuk membantu dia, tapi aku rasa mungkin sikap aku too harsh in treating him.. it is better if he get the best treatment from the best people/Dr. First class Dr for first class patient.

I am not even 2nd class Dr pun.. hihi..

Inilah takdirnya...

Aku teringat kata guruku... " Jika Allah kata itu rezeki kamu, maka, tiada siapa akan dapat halangi."
" Jika ia bukan milik kamu, jika itu bukan untuk kamu, buatlah apa saja... semuanya itu bukan milik kamu. Kamu kena yakin dengan takdir! "

Jika dia memang sahabat kita.. ia tak akan lari mana... tapi jika ia bukan.. maka buat macamana pun ia bukan sesiapa pada kita.

ini ayat contohlah...

hmmm cuma hari ini... aku terkilan..
Awal pagi buta dah tersalah cakap, member aku dah tertekan..hmmm xtaulah aku nak kata apa...

Pagi-pagi pergi kerja....terdengar rumour yang MO kat ortho department ni dah terlalu ramai... dan rasanya indirect mesej to me untuk menyingkirkan aku dari this department..

DAMN!! bertubi-tubi aku terasa dicampak sana sini... hina giler.... ini yang nyata... dan yang terselindung lagi.. adesh...

Tak larat untuk bertahan...
beratnya.... Ia nampak ringan bagi yang lain, tapi ia terlalu berat oada aku kerana aku bukan kamu dan kamu bukan aku.

hmmm.. sigh.............


Redha. Usaha!

Alhamdulillah....

Aku Deactivated FB hari ini.
Fuhh... may be sementara... may be selamanya...
Wassap plak xleh nak off... sebab kerja memerlukannya...
Wechat.. mcm boleh je.. tapi nanti dulu lah..
Instagram.... hmm boleh juga off..

Tak mengapalah.. Aku activate blog ++ aku saja.... Welcome back Tronx013! Fahamilah hakikat kehidupanmu.

Harap, perjalanan aku  terus di catat di sini dan bukan di FB yang terlalu ramai orang yang ingin mencapub! huk3... rasanya di sini aman.

Mengasingkan diri.... daripada membuat gangguan.

Yeah! Teruskan perjalanan!

p/s: risau suatu masa aku dah xda.. siapa pula nak off kan FB-Wassap-wechat-instagram ..and probably this blog..

Aku harap, aku dapat eliminate everythings sebelum aku menghilang selamanya!!!! InshaAllah.
If ada peluang nak ucap pada semua sebelum akhir saat itu just wanna say " Kalian hebat, maafkan aku atas segala yang aku lakukan dan sesungguhnya tiada apa masalah kalian dalam hidupku. "

Cewwah... sedih giler ayat.

Saja practise buat ayat sedih dalam ward 7 Hospital Segamat.bye

Code :Segamat II


Alhamdulillah...
Masih teras nyawa di dalam jasad ini...

bilalah jasad ini akan terpisah...
bilalah dunia baru ingin muncul untuk aku menapak lanjut...

Tiada daya bagi aku melainkan padaMu.

Tuhanku, lindungi  mereka daripada azab seksamu...
Lindungi mereka daripada kejahatan dunia...
Peliharalah mereka dan masukkan mereka dalam kalangan insan yang kau redhai.
Selamatkanlah mereka.....


hmmm... 9 Sept..
Bermula awal pagi...

removal..MHIwSP

then.. removal yang bakal berlaku..

Ortho juga mungkin menambah pengisian berita untuk aku.

Just redha!

no more...

Everylittle things ...no Ok.

Just smile...

Sunday, September 8, 2013

Perahu Kertas





Ini perahu kertas yang aku buat secara nak cepat... hmmm kertas tu pun aku ambil dalam file adik aku yang dah berlapok.

Kisah masa kecil...

Aku selalu buat perahu kertas dan juga sampan..
Setiap kali hujan, memang benda ni yang akan aku buat..
Main hujan dan hanyutkan perahu kertas dalam parit ....
mengharap ia bergerak dan meneruskan perjalanan...
tapi.. ada yang sangkut dan ada yang tenggelam...

yang paling best bila ada perahu kertas yang aku ikat dengan ikan puyu menggunakan benang!
heheh aku lepaskan ikan puyu tu atas kawasan tanah yang banjir dan cetek kemudian melihat gelagat ikan itu membawa perahu kertas aku ke hulu dan ke hilir..
ehheeh.. So smart! membuli binatang... maklumlah, nak beli kapal control tu mahal sangat.. tu yang aku gunakan ikan puyu sebagai haiwan tunggangan.. :P

Semalam 7 Sept 2013, aku shot kucing2 aku.. dalam masa yang sama.. aku pun main perahu kertas ni juga.

Buat perahu kertas dan main dalam tempayan..

Aku perhatikan... ia bergerak mengelilingi tempayan bila angin bertiup... pusing dan pusing...
Dalam masa yang sama.. air meresap ..

Akhirnya ia tenggelam.


Begitu juga dengan kehidupan... Seumpama perahu kertas.

Hidup sementara tetapi kita punyai destinasi sendiri.
Kita pula  lemah dan mudah diperdaya oleh banyak perkara.

Maka persiapan kita mesti bagus agar anasir jahat tidak mengganggu perjalanan kita yang akhirnya menyebabkan kita hanyut dan tenggelam sebelum sampai ke destinasi kita.

InshaAllah.. Allah always by ourside!

Kucing Segamat! Yeah... : Aksi Gedix

Cat Walk OK!!! hihihi.. smart x?
Jangan fokus sangat kat aku, takut terpelecok plak.. segan r...

ada gaya Harimau Terukir di Bintang x? hihih Ish apsal lagu Yuna plak ni..

Papai :wei... member kat sebelah.. kita member forever kan??...
comel : hmmm tak sure r?
Papai : Apsal plak xsure? Yes or no je pun...
Comel : haha rilax sudah...

amacam? ok x?

siut je!!

Saturday, September 7, 2013

Segamat ! Aku di sini! Episod 1


Alhamdulillah ,
3 september lalu aku sudah mendaftarkan diri ke Hospital Segamat!

Mulanya sedih juga bila kena tukar ke sini....

Why??
A lots of reasons.....

But, Tuhan lebih mngetahui siapa dan apa yang aku perlukan....
Aku SAYANG ALLAH. Allah Maha MENYAYANGI.
hmmm tapi.. aku masih hambanya yang lemah dalam menjadi hambanya yang baik...


Segamat!

Sebelum 3 hb sept.

2 hari sebelum itu, aku dah berjinak-jibak bermain jalan yang berliku ke Segamat melalui jalan MUAR_ SEGAMAT.

Punyalah banyak selekoh yang membuatkan aku nak muntah...
Tapi seriously, i like it.. tak mengantuk.. fokus mesti ada. Best dan mencabar!

Aku stay dengan Specialist Ortho.. selamba tak??
hahahah.. bos aku wei....

Punyalah manja MO baru dia...
hmmm baik layanan dia..
segan plak aku...

Tapi sampai bila nak stay dengan dia pun aku xsure.. hahaha....

Alhamdulillah...

Aku dah berjaya menapakkan diri dalam department ORTHo !!!!