Saturday, August 31, 2013

MIA : untuk jadi driver VIP


Saja aku merekod kisah lucu dan kisah yang Awesome buat sejarah budak seskema aku.

MIA- Miss in action ! orang melayu kata... cabut lari dari kerja atau bahasa melayu yang sopan, curi tulang. Ntah apalah tulang plak yang nak dicuri. OPss.. Tak leh kritik bahasa melayu, nanti ke transfer Sabah Sarawak plak! hihihi..


CODE MHI : 19hb ambil darah.. lepak rumah.. settled.

22hb ada perjumpaan dengan doktor. Bukan aku, tetapi pesakit yang aku follow up. Saja je aku follow progression pesakit aku. Ngengada . Tapi apa boleh buat, dah terfollow up.

Bukan aku yang ia-ia sangat nak follow up, tapi hati dan pemikiran yang nak sangat tau apa yang akan berlaku next... next... and next....

Which patient? what type of disease he/she has? heheheh

Memandangkan ini blog aku dan bukan blog artis popular seperti Siti ,Yuna or Aizat or Linkin Park, maka aku nak rahsiakan semuanya.. hanya nak merekod jalan cerita agar suatu hari, aku mampu recall balik detik2 lucu aku masa kerja sebagai MO(junior je pun)di HPSF.

Memandangkan hari-hari terakhir aku di HPSF.. banyak kali MIA sebab stress dan saja je buat2 stress untuk memanfaatkan waktu bersama rakan-rakan termasuk HO yang seangkatan... tapi HOs yang ada semuanya terlalu junior untuk lepak2.. blur2 dan masih suci untuk diajak melepak. ceh.. senior yang nakal! hehehe.. MIA kitarang sebenarnya bila 2 jam kerja kat klinik, nak muntah, kitarang p A&E bersama MO oncall yang sejiwa raga dengan kitarang..ehehe kalau xda kes, kitarang lepak cafe je.. isi perut, dah hilang lapar.. p balik klinik.. kalau tak lapar, MIA g toilet, basuh muka.... jalan2 keliling bangunan ke, balik ward... hilangkan stress.. eheheh.. MIA yang berhikmah..

Aku kena jaga clinic MOPC.. tapi aku budak 'rajin' sikit lah.. datang awal Isnin datang 715am... esoknya 720am..esoknya macam biasa, bertambah lambat ..berkadar langsung dengan semangat.. hehehe..
actually, member sepasukan marah aku kalau aku datang awal..ehehe sebab depa datang sharp.. ehehe last2 aku terpengaruh.. ceh.. member aku tu semua perempuan..sebab satu batch MO junior, xda lelaki plak sebab patutnya ada, tetapi masalah kena extend posting.. telah memisahkan kami.. sedih..tsk tsk.. :P
Ayat poyo plak.

Aku datang awal untuk pergi ward dulu.Tengok kes. Patutnya tak payah pergi ward, just pergi MOPC je.. tapi, nak belajar punya pasal. Aku kan orang MELAYU ISLAM yang mahukan perubahan(sebab diri ini slow macam siput...hehe)
kena rajin sikit... baru boleh cepat pandai.. nak jadi pakar wei.. kenalah study lebih sikit..

Suatu hari tu... 22hb, member aku ada appointment dengan pakar! hmmm aku wassap dia, xrespon.. call tak jawab.. wei!!! bangun!!! tu pun tak jawab..HPSF vs rumah member, mana dengar pun aku jerit.
jam 940am.
suddenly, wassap... " sorri, dah lewat.. lain kalilah datang. "

aku tulis " no! datang je xkisah lambat.."

dia respon " xlarat"

aku tulis " ko tunggu, jap lagi aku sampai rumah ko! 10 minit lagi"

dia tulis " xpe lah..."

Aku tulis " aku on the way! ko tunggu !ok bye! " ... walaupun masa ni aku tengah tengok pesakit dan tengah ambil tekanan darah.. eheheh lawak betul. Aku plak yang kena jemput member aku jumpa pakar.. siut je budak ni.

dia respon lagi " ok, bye"

Aku...???? arghh!!! stress betul layan budak ni... complicated. Aku tak peduli.. aku dah settledkan banyak benda.. hari ni dia nak spoil plak... appointment ni pentg kot.. Antara hidup dan mati. Pergh. Gempak sey! :P



Jam pukul 10am... adesh.. lewat dah ni.. hujan plak tu...

Aku habiskan tengok pesakit tu.. dah pecut ke rumah member aku.
Member rapat di MUAR. Dia sakit, kenalah tolong... sebab aku mampu untuk tolong.. setakat MIA 20 minit untuk ambil pesakit like taxi driver.. small matter je.. sumbangan kecil ini apalah nilainya berbanding sumbangan yang member tu berikan pada kita. Entah2 dia mendoakan kebaikan kepada kita. Maka , secara lahiriah, kita kena buat baik semampu kita.

Biarlah Tuhan menilai usaha kita. Semoga kebaikan kita lakukan mampu mendidik kita jadi baik. Semoga ia juga dapat merapatkan ukhwah yang dibina.

Sampai rumah dia, aku terus jemput dia yang aku rasa  ?mandi ke budak ni? ahahha xpe...asalkan muka dia nampak macam dah mandi.. it is ok. ahaha ngok ngek betul.

Pecut!!!!! vroooom... ke HPSF...
Sampai ke hospital satu klinik ke satu klinik.. ambik ko.. degil sangat...
tapi sempat solat berjamaah zohor dengan dia. Alhamdulillah. Jauh kena jalan, dah lah dia tengah sakit.. kesiankesian.. eheheh... hanset dia kong plak .. nasib aku bawak 2 hanset.. kasi pinjam. nanti tak balik plak budak ni.

Settled. Mission kedua tercapai.. tetiba terus skipped mission kedua. sebab misi pertama adalah on 19hb.

Semuanya ada 3 misi.. misi ketiga....hmmmmm aku serahkan pada member aku. Sebab aku dah kena transfer ke Segamat!!! huahuahua.. sadisnyeee... tak sempat menyempurnakan misi.

Tapi aku yakin, dia mampu lakukan. Allah ada. Dialah yang membuka hatinya.

Ya Rasulullah... kasihmu pada umatmu besar....

GAGAL PETA

Alhamdulillah,

Masih panjang umur.

Selamat Menyambut Hari Merdeka!

hmmm 31 Ogos 2013. Hari ini plan untuk ke Segamat, saja survey. Plan nak p dengan member, tapi member busy last minit, makanya aku p sendiri drive seorang diri yang PASTInya akan FAILED MAPS!

Sampai Labis, no signboard?? Where is SEgamat???? no more.. OK! time untuk u turn... balik BP.
Memandangkan langit sudah gelap, aku pula tak makan sejak breakfast, jam pun dah pukul 5pm... adesh... lapar giler.

Walaupun hari ini agak stress , tapi sempat gak aku memulangkan laptop dan buku milik kawan aku. Huh..
Selepas pulangkan barang dia, aku pun balik rumah kat Sungai Abong, mengkaji peta ke Segamat, tapi tak bawa GPS. Maka.... nasiblah..
Pukul 3pm, aku gerak ke Segamat konon-kononnya.

Rasa nak muntah melalui jalan yang bersimpang siur, selekoh.. mak ai!
Rasa tertekan of koslah ada.. sedih+++
Aku memilih untuk MUAR, tapi kena pindah.. sadis kot!!!

Apapun... perjalanan seharian... GAGAL mencapai matlamat.

Dare to Fail. hmmm dah selalu sangat failed. hmmm sigh......


Apa pun yang berlaku, TUHANKU, ampuni daku atas dosa2ku.

Friday, August 30, 2013

New Story : Hijrah

Alhamdulillah...

Masih bernyawa lagi...

Terasa makin jauh diri pada amal ibadat kerana terlalu busy dengan tugasan duniawi.. adesh...
hmmm maklumlah bila fikiran tengah serabut.. mulalah jiwa memberontak!!!

Apapun, takdirnya dah nyata di depan mataku.

Aku kena pindah Hospital Segamat.

24 Ogos lalu... Oncall di Muar Hospital -muar bundle ward... pergh! seram giler kot sebab kena oncal solo , xde nak tagging oncal. Well! berjaya buat muka poyo dan tak gelabah! ahahah machoo sikit walopun ada kala terpaksa cari management dalam buku agar tak salah manage penyakit.. adesh.. banyak lagi yang kena improve dalam masa yang pendek... otak siput sedut.. ambil masa sikit lah kan. heheeh


25 Ogos : Best!!! sebab dapat 2 ekor kucing yang comel . Free... ia kacukan. tapi tak lah sedahsyat kucing Persian, or bla..bla... yang mahal.. cukup bagi aku kucing tu good attitude and comel.. ahahah  Attitude mesti ada , kalau x bagus kena extend.. siut je, cursed muar bundle !

26 Ogos, isnin.. malam tu melepak kat Parit jawa, makan asam pedas RM30 ikan merah part ekor. total RM42 termasuk sayur, telur dan air. Ok lah. ahahah tapi x habis sebab perut aku ni kecik sikit.. member aku plak yang semangat makan sampai berpeluh melayan asam pedas. hmmm settled!

27 Ogos. Nenek kat Kluang sakit... aku tau pun masa tengahari. Masa aku menyibuk kat A&E.. ahaha annoying giler bila 4 MO medical buat review kat sini untuk 1 kes je pun.. tak payah panggil HO.. eeheh Kitarang nak belajar konon2nya.. walaupun dalam masa sama nak MIA..eheheh MIA secara halal.. :P

28 Ogos... aku tau kena pindah Hosp Segamat!! Yeay!!!!! aku sedih++++. Tak dapat stay setelah berusaha keras! Ortho dept xdapat, stay muar pun x dapat.. Jeles juga ada rakan yang dapat stay. Hmmm cable? Watever lah. Antara penyebab aku sedih sebab banyak misi yang belum disempurnakan dan baru nak start. Tapi, aku harap misi tersebut akan terus berjalan... sempurna.. kerana cip sudah dimasukkan.. tinggal pengaktifan sendiri atau booster injection later. Wait and see...

29 Ogos. Semalam lah kan... balik BP.. Hari last keje!!!! Yeyay!!  Excited! sedih gak!tapi... bla.. bla..

30 Ogos.. Balik Muar pagi ni ada jamuan raya.... tunggulah gambar pape yang patut...

Xda mood lah nak cerita... ahahah.. stress lagi ni.

p/s: stress2 pun, dah membebel panjang giler dah.  pffft!

Ada kala kita just write to slow down our amarah inside. hmm manusia biasa, ada kala menggiler, ada masa iman mendiami ketenangan hati. Just pray and pray. May Allah help us forever! He will!

Wednesday, August 21, 2013

Karya : Incomplete

Using hanset camera.. X lah berapa cantik dengan dim light.. so sorry.. huhu..


Apapun.. inilah kerja aku bila tengah stress tak mau study...hmmmm

asyik stress je.. bila tak stress nye.. dan bila nak study....
bila plak nak pandai?????

Sunday, August 18, 2013

Marhaban 2013


Gambar poyo lakonan ... Terpaksa guna kekuatan DSLR aku untuk shoot photo dalam dim light. 


Alhamdulillah,

17 Ogos, semalam dapat menyertai marhaban Peseraiville. Biasanya marhaban sorang-sorang je sebab kat kampung ni, member jarang-jarang nak join marhaban sebab kerja dan ada kala malas nak join sebab tak ada member. Macam aku gak.. kadang-kadang malas... tapi aku pergi je untuk 'stalk' beberapa maklumat.. As usual lah.... i am not do nothing at certain area...  semuanya bertujuan walaupun sekadar nak melepaskan stress..


Hidup penuh dengan matlamat. Yeah! :P

Stalk lah sangat.. Aku join marhaban ini pun untuk aku mengenali masyarakat kampung yang sudah pelbagai latar belakang.

Jika 10 tahun dulu... orang kampung ini hanya terdiri daripada orang yang bekerja sebagai petani dan golongan profesional sangat sedikit.

Hari ini, sudah ramai, yang bergelar doktor, pegawai bla... bla... pun ramai..
Bila bercakap... " eh, join marhaban pun dah berpeluh, tak payah main golf lagi dah"
First time dengar, nak termuntah spontaneously... hihihihi golf? Golf tu sukan ke???? hahaha macam main budak-budak pempuan je... permainan orang kaya.. tak mencabar langsung untuk orang muda lah.

Tapi bila difikirkan, hmmm OK lah, yang bercakap tu, golongan dah berumur kot... May be sesuai. Depa pun banyak duit. Baguslah.
Whatever.

Hmmmm...

Aku melangkah perbualan dengan golongan muda.
Aku tanya mereka kerja apa... ada yang kerja kebun dan ada yang kerja kilang. Gaji? Around 500- 1000. Hmmmm tersentak aku. They still can smile and happy. Alhamdulillah. Mereka hebat!

Bersyukurlah kita dengan apa yang kita ada.

Malam 17 Ogos, giliran rumah aku sekeluarga. Apapun, OK lah. Malas nak komen panjang-panjang, nanti ada spy kampung buat cerita ntah apa-apa plak nanti. Payah nak explain lagi.. Nasib kes 2 tahun lalu selesai dengan mudah. IQ aku sudah matang rupanya dalam menyelesaikan masalah sedemikian.. eheheh tak sangka aku boleh selesaikan masalah kampung berkaitan aku dengan cepat dan selamat. Hmmmm.. Terima kasih pada kawan-kawan yang membantu dan parents aku yang sentiasa cool tak gelabah. Kalau lah abang aku tau kes itu.. aku rasa dah kena pancung siapa yang terlibat!... nasib... nasib...

Sekadar catatan buat aku untuk marhaban 2013.

Soo NICE!

Member sekampung lepak makan batso.... Sedap!

cerianya adik adik ni

Saturday, August 17, 2013

Catatan : Buku untuk suatu peringatan

Ia adalah petikan dalam buku penulis hebat. MKI.  Ia tersimpan petikan yang sangat memberi harapan buat aku dan sesiapa yang memahaminya.

Alhamdulillah,

biarlah apa jua ketetapan Tuhan padaku.... aku akan jalani dengan hati yang tenang. Biarlah amarah dan jiwa lemah diasuh untuk terus memehami erti ketetapan Tuhan.

Setiap keputusan kita...
Kesilapan kita....

Ia dah terjadi...

Ia dah berlalu...

komplikasinya di depan kita!
Akibatnya menyerang kita!

Masih kah kita mahu berpaling untuk mengherdik diri kita ?
Masihkah kita mahu melihat sejarah lalu untuk menyalahkan sesiapa yang perlu?
atau mengumpul tenaga untuk berdendam menambah kerumitan masalah kita?

Ia terpulang pada kita..
Kematangan kita menilai dan membuat keputusan.

At the moment.
Paling penting adalah menyelesaikan masalah yang ada.
ITU YANG UTAMA!

Rancang dan hadapi dengan tenang dan tawakal padaNya.
Tuhan pasti membantu!


Thursday, August 15, 2013

Catatan : Back stabber! Silap.. Back stabbers!



Ampuni dosa-dosaku Ya Allah.

Walaupun hati ini ingin berpura-pura depan insan-insan yang aku menyampah , tetapi iman dalam diri sering menyuntik hati agar terus ingat Tuhan yang menciptakan diri . Agar aku tidak seperti itu.

Hmmm bila ingin berdendam.. teringat Rasulullah yang sering tabah menghadapi 'musuh'nya. Musuhnya adalah umatnya.. Kerana sayangnya dia pada umat, baginda melayan 'musuh' itu seperti  insan yang disayanginya. Tolak ansur dan memaafkan. Akhlak baginda hebat.

Hanya titisan air mata keinsafan dalam diri mengalir tatkala mengingatkan betapa baiknya baginda.
Kerana hati ini sudah jauh dan membeku, aku sukar memiliki walaupun sebutir nilai murni baginda.
Biarlah sekecil mana pun permulaan percubaan mencontohi baginda, namun... aku tetap akan mengasuh hatiku agar taat padaNya dan taat pada rasulullah.

Tajuk nampak JAHAT...

Itulah permulaan yang ingin aku tuliskan, betapa sakitnya hati aku bila bertemu insan-insan yang bermuka.

Kerana PANGKAT aku dilihat....
Kerana HARTA aku dipandang...

suatu masa aku tiada itu semua.. siapa aku di sisi kamu?

Di hadapan aku kamu begini, tetapi di belakang aku?
Jangan menyangka, jika Kau boleh kutuk kawan aku didepan aku, kau akan menjaga maruah aku di belakang aku? Tak mungkin. Kau adalah apa yang kau lakukan didepan aku.

Hmmmmm.. Apapun, aku percaya... Tuhanku ada.. Dia pasti menjaga kami dengan baik dan terbaik jika kami YAKIN padaNYA. InshaAllah.

Apapun, selagi nyawa dikandung badan,
aku tetap menghargai siapa yang ada di sekelilingku...
Ingatkan aku jika aku terlupa.. aku pun manusia... aku pun banyak kelemahan..

Ada kala batasan dihad demi menjaga risiko komplikasi besar. Ia terpaksa.

Semoga Allah merahmati kalian semua.
Thanks+++

Semperit 'Audi' .. xda keje .. malam ni, selepas kena paksa beraya di rumah kawan sekerja... balik dah xda mood nak study..
apa lagi.. NAruto time!

Wednesday, August 14, 2013

Catatan : Hari selepas raya

Semoga Allah memberkahi pemberi hadiah ini . Memberi dia perlindungan dunia akhirat serta memberi kebahagian  sepanjang hidupnya. Semoga Allah juga melimpahi rahmat atasnya dan keluarganya agar terus kukuh menjadi keluarga yang diredhaiNya.

Alhamdulillah,

Hari selepas raya. Tak syook nye dah kerja! eheheh.. apakan daya.. Kena kerja demi mencari bersuap-suap nasi.. eheheh.. :P

Alhamdulillah, dah berumur macam ni still dapat duit raya daripada senior aku. ahhaah.. Bagus giler. Alasan dia, sebab tak kawin lagi... dan mungkin x matured lagi kot.. hihi..  JDT tu sampulnya.

Dapat kuih semprit dan kek kukus sekali. Pergh. Memang terbaik lah senior ni. macam nak sambut birthday plak.  Apapun, aku belum makan kek kukus lagi.. sebab baru berbuka puasa dan nak tidur dulu ni.. malam2 lah nanti aku try makan.. ingatkan senior aku ni buat.. rupanya beli.. patutlah berbungkus cantik semacam je. hmmm.... baru nak test air tangan dia yang hebat tu.. :P

Apapun, terima kasih +++

Hari ini, hari pertama kerja selepas raya.. hmmm.. Sangat stress sebab dah lupa banyak dose ubat.. makan kuih raya lebih sangat.. alasan ! hahaha.. malas punya budak.

JOm study baliK! maksudnya.. study sekarang! (selepas bangun tidur. :P )

Monday, August 12, 2013

Catatan : Suatu Masa



Alhamdulillah.

Tamat sudah hari raya lalu..
Cuti tinggal beberapa jam je lagi.

Cabaran selepas raya pasti berlipat kali ganda. Ilmu entah macamana entah.. adesh...


Apapun yang berlaku, JUST stop and think ! Think before we start the next step. Hmmm...

Aku layan movie : Ayat-ayat Cinta semalam.. Bapak r, cun giler kalau dapat awek purdah.. hihih.. Tapi apa kan daya... Hari ini, malas nak fikir lagi semua tu. Fokus pada matlamat utama dulu. Well, actually aku tertarik pada ayat banduan kepada Fahri  ketika Fahri dipenjarakan sementara kes dibicarakan:

" Jangan-jangan engkau solat sebab kau banyak masalah"

fuh.... terasa giler hati aku mendengar ayat dia. Rasa nak mengalir air mata kerana hati ini selalu melakukannya.. selalu mengadu dan mengadu pada Tuhan dalam solat bila ada banyak masalah.. sedangkan bila hidup gembira.. lalai... Nauzubillah.. Ampuni dosa-dosa hambaMu ini Ya Allah. Apapun yang berlaku.. aku masih bersyukur dapat mengingati Tuhan dalam saat yang tepat. Biarlah kepayahan itu mengasuh diri dan hati yang keras agar lama kelamaan ia semakin lembut untuk lebih baik dalam beribadat. Ikhlas menemui Tuhannya.


Sigh...
Ada masa aku terfikir..
Hidup ini sukar dan terasa betapa NERAKAnya dunia ini buat diriku. Bukan kerana aku ini penuh baik atau iman... tetapi aku tak mahu kebaikan yang kita harap hancur kerana ketidakpastian dalam dunia hari ini.
Iman yang penuh akan hilang dalam sekelip mata. Iman dan taqwa yang kita harap akan hancur lunyai kerana satu iktikad yang terpesong. Kaki masjid bisa menjadi kaki maksiat kerana nafsu .

Semuanya boleh berlaku dalam sekelip mata.

Manusia berubah!
Manusia juga sering menipu!
Manusia juga sering bertopeng dan bermuka-muka demi mencapai matlamatnya.

Siapa yang jujur?
Sukar ditemui.
Siapa yang mampu berlaku jujur?
Pasti ada.
Mereka adalah golongan yang mengenali dan merasai suatu keimanan pada Tuhannya.

Dia jujur padaNya.
bukan kesempurnaan pada dirinya, tetapi menyempurnakan kehidupannya dengan kebaikan.


Seperti seorang sahabat...
Seperti seorang saudara seIslam...
Bersusah payah demi saudaranya...
Berkorban demi saudaranya...
Masa yang ada diluang untuk saudaranya walaupun hanya sementara..

Berkorban harta mahupun wang demi menggembirakan saudaranya,
Sukar kita fahami,
ada ketika keikhlasan sahabat sehingga pengorbanannya tiada kita fikirkan,
sanggup mengambil risiko,
sanggup berlapar dan dahaga,
rela menunggu dan mengharap,
sering kali mendoakan dan mengharap pada Tuhannya ,
Moga Yang Maha Penyayang terus melindunginya,
Moga Yang Maha Mengasihani itu bisa membawa sahabatnya ke syurga teratas,
itu nilai suatu persahabatan yang sukar ditemui,
Dunia hari ini,
memadam realiti yang sepatutnya ada,
kerana sahabat itu..

apa yang ada diterima seadanya,
kerana suatu pertalian persahabatan..
Kejujuran yang diberikan...
Suatu ikatan yang diharapkan..
Suatu ukhwah yang ditanamkan..
kerana sayang dan kasih pada saudaranya..
bukan kerana dunia dan pembalasannya...
Mungkin kerana suatu pertemuan..
Takdir ketentuan Tuhan..
Kerana Yakin padaNya..
memilih untuk terus bersama atas suatu  persaudaraan.
Umpama Abu Bakar dan Rasulullah..
Pahit getir payah dan sengsara,
sujud dan tawaduk pada yang Esa..
Hati yang bersih tunduk pada yang satu..
limpah rahmat persahabatan melintasi zaman ke zaman,
teladan mulia kesetiaan seorang sahabat..
Itulah rahmat dan kekuatan Islam yang sebenar.
Bila hati disemai dan subur dengan agama Ilahi..
setiap denyut nadi pasti bersahut zikir,
mengakui kelemahan diri,
tiada daya,
tiada upaya,
Sesungguhnya aku selalu menzalimi diri...

PadaMu Tuhan, aku bersujud,
mengharap padaMu agar Kau bimbingiku pada jalan menujuMu.



Pelangi ni muncul masa mendung berlabuh 1 Syawal 8 August lalu... actually, nak ambil baju dalam kereta, tetiba muncul pelangi petang ni. Warnanya tak berapa obvious, tak prominent sangat sebab dah nak gelap. So, azan maghrib kedengaran.... ta da!!! Tukar baju je dan ambil wuduk, terus g Masjid! lalala... buat2 dah mandi. Sedentary lifestyle... dont expect badan berpeluh peluh sangat.. :P

hihi ni Gambar edit asal.. tapi lirik lagu ni aku edit dan letak dalam gambar ni yang obviously tak kena. Heheh tapi aku nak gak letak sebab ayat-ayat lirik lagu tu  poyo giler.
Orite.. Bruno Mars.. A grenade for yeah! :

Sunday, August 11, 2013

Photo : Moving Forward

Sumber ilham : Gambar budak yg comel.. Kata-kata yang penuh bersemangat untuk manusia seperti aku yang dah hampeh ni!! Ayuh! Bersemangat wahai pemilik jasad ini!
Ha! As usual, copy ayat yang best, buat gambar sendiri.. Langit petang di Peseraiville. 





Sepupu punya anak!  Aku punya anak belum datang Kluang lagi masa ni. Tak sempat nak ambil. :P

Allahuakbar. Kau Maha Besar dan Maha Agung. PadaMu aku bersujud dan meminta pertolongan.

Friday, August 9, 2013

Syawal in 2013

Alhamdulillah.

Dapat cuti raya!
Merindukan ramadan lalu yang sangat indah dalam kerja, dalam beribadah sebagai insan awam(insan biasa),serta dalam mengeratkan ukhwah sesama keluarga dan sahabat sekalian.

Persahabatan yang terbina sejak kecil,dari sekolah berbeza dengan persahabatan yang terbina baru beberapa bulan.

Namun, ia tidak membataskan untuk kita berlaku adil.

Hubungan antara kita ada batas. Dijaga untukl mengelakkan konflik. Bertolak ansur dan diam demi mengelak kekalutan lebih besar.

Apapun, enjoy raya ini! Semoga kita jadi lebih kuat! Hantu returned!






Sunday, August 4, 2013

Mengunjung Raya 2013







Alhamdulillah.

semalam 3 Ogos 2013, aku dan keluarga sempat mengunjung jiran dan sahabat.
Actually, tahun ni je yang lain sikit sebab kami awalkan program mengunjung.

Makanan seawal 3 pm dah siap untuk diedarkan. Sebab aku nak hantar ke Muar. eheheh. BP to Muar about 1 hour perjalanan tapi melalui sshortcut..about 40-45 minit je siang hari.. kalau tgh malam.. lagi cepat..30 minit dh sampai.. eheh memang pecut boleh terbang lah..

Ayam....

Apapun, makanan masakan mak aku memang worldlah! Aku yakin dengan kesedapan masakan mak aku. Aku sengaja berikan masakan tu pada kawan-kawan dan jiran yang belum merasakannya lagi..ehehe.. berkongsi.

Kawan aku kat Muar kata, anak buahnya habiskan all lauk ayam masak merah. Thats good.
Jiran aku kat kampung pun kata sedap.
Jiran yang lain, yang biasa dengan masakan mak aku ni, memang tak leh nak komen panjang lah.. kalau peniaga restoran atau kedai makan, mereka pasti tercabar... Cuma impian nak buka kedai makanan dulu terbantut sebab ada halangan besar.hmmm.. suatu masa.

Lauk yang kami masak :
1. ketupat segera.
2. Sambal kacang.
3. Sambang goreng jawa.
4. Rendang daging."
5 Ayam masak merah.

Yang menariknya, ketika masak ayam merah. Mak aku tersilap masuk sos tomato. sepatutnya sos cili. Ini semua disebabkan ayah aku sabotaj.. ahahah.. silap beli.

kasar betul hirisan lada aku..eheheh subotaj mak aku.. eheheh stress je mak aku tgk aku buat lada dia ni macam buat ulam lada. :P

Mak ayah aku tergelak.
hmmm aku plak yang stress.. habislah rasa lain.
tapi disebabkan mereka gelak kerana tersilap, aku pun..hmmm layan je.

Ayam masa merah jadi Ayam Masak Tomato.

Hebatnya mak aku, dia buat rempah baru dan pekatkan kuah baru untuk dicampurkan dalam masakan satu periuk besar ayam masak tomato tu agar ia menjadi seakan ayam masak merah. Wargh!! Dahsyat. Satu periuk tu berubah kerana resipi tambahan satu kuali. Hebat giler.

Masa berbuka, aku rasa..hmmm tak berbeza sangat lauk semua tu dengan masakan dulu. Masih hebat rasanya.


Yeah! Siap!
Kesimpulan yang aku nak katakan...

Bukan sedap atau mahal suatu pemberian itu kita utamakan, tetapi betapa ikhlas dan gigih seseroang itu berusaha untuk memberi. Sedap atau tak, itu tidak kisah. Hargai pemberian yang ikhlas .

Saturday, August 3, 2013

Alhamdulillah.


Syukur padaMu Tuhan.



26 Julai 2013: Hari terakhir aku sebagai HO.

29 Julai 2013 : Hari pertama aku sebagai MO. Posting : Medical. Impression : Posting Shock Syndrome! TRO Muar Bundle syndrome. Kegagalan menyertai Ortho! ahhaha...
Ini bukan suatu kegagalan, tapi ini adalah suatu perancangan hebat daripada Yang Maha Kuasa. Dia mengetahui diriku lebih daripada aku. Maka, aku just do it!!

2 Ogos 2013 : Habis seminggu kerja. Oh Yeah! Best juga sudah jadi MO sebab masa. Cuma bebanan Mo sangat dahsyat! Stresss giler banyak yang aku kena study dan kena mantapkan diri. Alhamdulillah, aku  masih memiliki semangat nak improvekan diri. InshaAllah. Moga Dia membantu aku.


3 Ogos 2013,Sabtu.

Hari ini aku plan untuk buat masak-masak dan mengunjung .... misi bermula hari ini.



Lama juga aku tidak menulis, nak je tulis cerita yang best-best... tapi biarlah rahsia. poyo! padahal, asal balik keje je asyik FB dan tidur. hihi study pun ntah mana. :P

Salam ramadhan!! opss.. dah nak raya dah... semua kata sedih... tapi aku nak kata.. Ramadhan kali ini penuh makna dan terbaik. Sebab aku tak mahu jadi manusia yang rugi kerana meratapi pemergian Ramadhan tanpa suatu perubahan. Alhamdulillah. Biarlah ia pergi kerana ia suatu kewajiban... kita teruskan perjalanan menempuhi hidup menemui pemilik sang masa.


smart gilerr !!