Saturday, July 27, 2013

Photo : situ sini

You are not alone.

too bright

fair

dryness

empty

frozen

18 Ramadhan... shot with my phone and dslr... cycling pagi-pagi dengan tak mandi terus ke tanah lapang berdekatan semata-mata nak shoot gambar setelah lama tak bermain dengan kamera. haha.. macamana nak pandai.. asyik main-main je.

Nilai sebuah perubahan yang dipilih...




Alhamdulillah.
Syukurku padaMu yang sentiasa membuatkan aku tenang kerana adaMu.




Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Melainkan mereka yang beramal soleh. Berpesan -pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.



Aku teringat kisah di dalam sebuah buku penulis : Pahrol Mohd Juoi : Angguk,Geleng.

Sebuah cerita pendek mengenai..

Seorang Tua dan seorang anak muda di sebuah pantai.
Suatu hari, berlaku hujan ribut dan ombak besar. Habis seluruh kampung rosak dilanyak oleh ribut tersebut.
Tidak kurang juga lautan.. kelihatan beribu-ribu ketam terdampar di persisiran pantai.
Anak muda melihat seorang tua di tepi pantai mengutip ketam tersebut dan membalingnya ke lautan...

" Awat pelik sangat pak cik ni ? Kenapa lah rajin beno dia nak buang ketam tu ke laut? Kalau macam tu... sampai tahun 2020  lah siap keje memungut ketam tu? Banyak kot , bukan seguni dua, ini dah boleh buat kenduri setahun makan ketam je." Ayat sarkastik budak muda yang kurang memahami tujuan pak cik tersebut.

Anak muda itu mendekati pak cik.

''Pak cik , ketam kat pantai ni banyak. Tak penat ke?"

Pak cik tersenyum dan menjawab, " Memang banyak, tapi selagi pak cik mampu, pak cik akan tolong."

Anak muda semakin pening. " Biar betul. Banyak giler kot. Tak akan larat lah pak cik nak pungut ketam ni dan buang ke laut. Pak cik kan dah tua. rehatlah di rumah."

" Pak cik tau pak cik tak akan larat dan tak akan mampu  menyelematkan semuanya."

Anak muda terus menjawab " Habis tu mengapa masih mahu memungut ketam ni lagi?"

Pak cik itu tersenyum dan berkata " Inilah yang membezakan kita. Kau lihat beribu ketam terdampar di persisiran pantai. Esok kau akan lihat.. semuanya akan mati kerana  semua ketam itu tidak dapat bernafas seperti sepatutnya. Akan tetapi jika aku memungut dan membalingnya ke lautan, peluang ketam ini untuk hidup lebih besar. "

Pak cik menarik nafas panjang keletihan..

" Benar, aku tak akan mampu menyelamatkan semua. tapi... Lihatlah betapa besar perbezaan antara HIDUP dan MATI. Aku berusaha untuk memberi 'HIDUP'' pada ketam ini sedaya upaya aku. Kerana aku tahu usaha aku walaupun aku menyelematkan seekor ketam, tapi nilai yang aku mampu ubah adalah sangat besar iaitu antara hidup dan mati. Itulah sebabnya aku terus berusaha. Mungkin suatu hari ketam-ketam ini menjadi rezeki buat aku,engkau,anak-anak masa depan. Tiada siapa yang tahu. Betul tak?


Orang Tua terus memberi nasihat...

" Di dalam kehidupan ini, adalah mulia jika mampu memberi 'kehidupan' pada yang lain. Kita tak akan mampu buat atau tolong semua orang tetapi kita pilihlah yang mana kita mampu. "

Bukankah ada hadis rasulullah yang mengatakan , " orang yang paling disayangi Allah adalah orang yang banyak memberi manfaat kepada yang lain, dan sebaik-baik amalan adalah kegembiraan yang kita suntikkan pada orang lain atau kita melepaskan kesusahannya... "

Siapa kita di sisiNya?

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu)." [Surah al-Hujurat, ayat 13]


May Allah bless you.
Alhamdulillah,

Masih lagi mampu untuk aku menulis di sini.
Hampir seminggu lamanya tidak berjaya meneruskan niat untuk mencatat apa-apa isu di blog sendiri . Idea tersekat agaknya.

Alhamdulillah. Hari ini 26 hb Julai 2013, tamatlah aku sebagai Houseman Officer di HPSF.
Mengakhiri dunia HO dalam posting Anaesthesiology. Best! Banyak pengalaman dan banyak ilmu ditimba. Di sinilah aku dapat berinteraksi dengan senior secara bebas tanpa ada sekatan HO-MO yang begitu ketara. Kita semua sepasukan. Specialist juga sangat mengambil berat. Menjaga kami seumpama menatang minyak yang penuh. Semoga Tuhan Merahmati mereka!



Siapa kita di sisiNya?

Kita melihat tukang cuci/cleaner sedang melakukan kerja. Apa reaksi kita jika kita ketika itu adalah seorang pegawai atasan?

Kita melihat seorang peminta sedekah bersila di tepi jalan meminta simpati dan wang untuk meneruskan sara hidup. Ketika itu, kita adalah pegawai atasan atau berjawatan besar?

Jika kita seorang doktor, menemui seorang pesakit yang mengidap HIV/Hepatitis B/C  sedang merana. Kita bertanyakan punca penyakitnya itu daripada aktiviti apakah? Disebabkan berkongsi jarum dadah, hubungan seks, pernah kena masuk darah ke atau disebabkan yang lain? Akhirnya pesakit mengakui punca penyakitnya adalah disebabkan sikap buruknya...
Sebagai doktor, kita membenci mereka ini dan mengutuk keras.

Ini adalah normal. Kita manusia biasa bukan malaikat atau wali.

Isunya, kita adalah doktor muslim.
Pesakit muslim adalah tanggungjawab kita.

Peluang untuk kita melakukan amal itu luas . Cumanya , mahu atau tidak.

Sama ada kita terus menjadi pengkritik dan pengumpat tegar atau seorang yang mampu mengubah dunianya.. itu terpulang pada keputusan yang kita ambil.

Tuhan mentakdirkan kita bertemu dengannya. Namun, keputusan untuk bertindak adalah bergantung pada kita sendiri untuk memikirkannya. Itulah sebabnya kita diberikan akal.

Jika kita mengetahui suatu keburukan atau aib seseorang itu, kita lebih suka untuk mengutuk dan terus mengumpat tentang aib tersebut. Ia nampak tidak berdosa kerana itulah sifat kebanyakan manusia hari ini. Alah bisa tegal biasa.

Suatu saat, aku sebagai seorang  muslim merenung dalam suatu sudut ketika mendengar orang lain berkata-kata tentang suatu keburukan orang lain. Ada masa, aku pun sama juga. Kita manusia yang selalu alpa dan sering melakukan kesilapan.

Hakikat sebenarnya,

Adakah kita terselamat daripada diaibkan?
Jika kawan kita berani mengatakan tentang aib orang lain di depan kita, adakah kita boleh yakin 100% bahawa kita akan terselamat daripada diaibkan olehnya dihadapan rakan kita yang lain? Pastinya suatu keraguan besar.

Aku duduk diam.
Mengharap agar segala kesilapan dan aib sendiri dilindungi oleh Tuhan.

Bayangkan, ketika kita sedang sakit, kita seolah menyerahkan diri kita pada doktor dan staff nurse mahukan staff hospital.  Ketika itu, aib kita akan terbongkar kerana keadaan kita yang kurang sihat. Aurat dan kisah kita akan dinilai untuk mencari punca penyakit.

Konklusinya akan dibuat dan mereka yang terlibat juga ramai. Risiko kisah kita untuk tersebar juga besar.

Ketika ini, hanya semangat dalam diri pesakit itu perlu ada. Tawakal dan doa  agar Tuhan menjaga aib itu amat penting.
Malu pada orang lain jika aib tersebar!
Malu pada Tuhan kerana kebodohan kita memilih jalan.

Sebagai staff perubatan, kita WAJIB menjaga aib pesakit kita dan terus membantu seoptimum boleh.





Hayati kisah seorang pelacur dan seekor anjing:
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu” (Riwayat al-Bukhari).


Rahmat Allah itu luas. Dia maha adil. Adakah kita yakin yang kita akan masuk syurga kerana jawatan kita? Adakah Tuhan tidak akan memaafkan kesilapan orang yang kita aibkan setelah dia bertaubat dengan seikhlasnya? Tiada siapa yang tahu.

Makanya, hormati dan saling mengingati. Usah bersangka buruk dan usah memandang sinis orang lain yang telah terlanjur. Sama-sama mengingati. Sama-sama memohon rahmat Ilahi!

p/s: Semoga Allah merahmati insan yang berbuat baik padaku terutama pelukis hebat itu. Semoga Allah memberi kekuatan padanya untuk terus menempuh hari muka.


Saturday, July 20, 2013

Catatan : Oncall OT last kot!


Alhamdulillah.

Tamat 1/3 bulan ramadhan....
Aku oncall OT 19 Julai dengan Bro Z. hahaha Again.
Well, this bro sangatlah 'scary' . Apapun dia banyak berubah . Alhamdulillah.


Apapun, oncall aku di OT ok je. as usual. Best! I like OT.

But , the problem is, my next posting is Medical... yang xda surgical based!!!!
Aku tak suka medical... tapi apakan daya, Allah Maha Adil.
Dia tak akan membiarkan aku sendiri....
I will try my hard to get Ortho Dept !

I wanna be Orthopaedic Surgeon! InshaAllah.

Pagi at 5am, bro Z ni pergi tengok kes untuk masuk OT.. tapi aku tak tau pun sebab dia pergi dengan Ho ICU.. ahahah.. kesian my colleague. Aku dok tidur lagi masa tu.. bangun 5:20am, baru nak gelabah cari air, nak sahur.. eheheh..

Alhamdulillah, kawan aku memang sporting je.. ICU pun tak busy. Alhamdulillah. Adil.

Konklusinya. Alhamdulillah... Aku menemui insan-insan yang membuatkan aku enjoy with my life direct or indirectly...
OT

Monday, July 15, 2013

15 Julai Ramadhan ke 6

Alhamdulillah.

Setelah tamat kerja pagi ini, post oncall, aku dan rakan sekerja pergi ke bilik seminar untuk mengikuti kelas/CME.

Tamat CME aku terus balik rumah dan mandi ..heheeh tak mandi lagi ..

Datang balik hospital untuk berjumpa dengan Bos untuk viva... tapi posphone esok hari.
Adesh.. maka, pukul 11.20 am, aku bergegas balik ke Batu Pahat untuk bertemu my favourite Cikgu Sains, Cikgu Abu Ani Syawal . Dia ditahan di ward medical Hospital Sultanah Nora Ismail or Hospital  Batu Pahat.
Aku ajak member juga, tapi semua busy... apakan daya, just pergi saja.

Pening juga masuk hospital BP ni.. adesh...
Dah berapa kali terlajak jalan.

Bertemu dengan cikgu hanya 5-8 minit paling lama.. ehehe berbanding jumlah masa perjalanan about 60 minutes dan risky sebab bawa kereta macam lipas kodong.. Nasib lah.. cikgu punya pasal.. sebab tak expect ada masa lapang lagi selepas hari ini since jadual agak packed.. entah pelik juga susunan jadual kali ini.. aku punya respon :Hmmmmm...Hmmmm...


Apapun berlaku.. aku tiba di HBP at 1235H. Alhamdulillah. .. tapi jam 2pm aku ada kelas CME lagi.

Makanya, aku terus call mak cik aku yang bekerja di sini untuk mendapatkan info yang lebih tepat. Mudah sikit nak cari. Alhamdulillah.

Akhirnya bertemu. Cikgu nampak sihat dan mungkin dia tak ada apa2 yang nak dirisaukan. Alhamdulillah.

After 5 minutes, aku terus minta diri dan pecut ke Muar.. fuhhh.. Inilah kerja giler aku hari ini, ramadhan 6.

hmmmm.. melakukan sesuatu melampaui batas kebiasaan.
Kalau kita mahu lakukan, maka tiada siapa mampu halang.

Monday, July 8, 2013

Salam Ramadhan

Gambar lama dah ni... Teluk Wawasan. My Peseraiville.
Jeti itu pun dah tak ada.... Lautan dan ketenangan.. ada masa laut pun bergelora mengamuk menghempas tebing memecahkan ketenangan .

Apapun, Ramadhan.... dan kesudahannya..? Sebuah tanda tanya. Kita sama atau lebih baik atau semakin jauh padaNya? kita yang memilih...

Friday, July 5, 2013

people always lie!!


Astagfirullahalazim.. ampuni dosa-dosaku.

Aku berbual dengan member sekerja.

" Manusia suka menipu! Aku membenci makhluk yang suka menipu. Selalu berlakon baik depan kita dan mengutuk di belakang!"

" memang hakikat dunia macam tu. about 50%.....manusia kat dunia ni suka menipu. Manusia menipu pun akan cakap benda yang sama, aku tak suka orang yang menipu.  "

"errkk..."

senyap...
" hahahhaha, siut je ko. Perli aku ke?"

" ahahah.. tak adalah. Its ok"
" Apa yang ok? it is not OK wei."

hmmm... persoalan yang tergantung dalam hidup aku..

1. Bagaimana orang yang boleh bergelak ketawa depan kita dan bergurau.. tetapi dalam masa yang sama , kita mendapatinya mereka mengumpat rakan kita yang lain?
Adakah kita terselamat daripada menerima nasib yang sama?
Adakah kita juga bakal menjadi bahan umpat?

2. Aku keliru, manusia boleh berlakon baik depan bos, depan rakan-rakannya yang lain... tetapi menikam kita ketika kita tidak ada apa-apa?

hmmm.. inilah realiti?

3. mereka tahu diri kau itu siapa... mereka rasa diri mereka itu memiliki kuasa, mereka menggunakan dengan jayanya demi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Naik suara marah kerana orang bawah silap melakukan kerja.
Memberi hukuman sebab orang bawah tersilap membuat keputusan.

Bayangkan, jika ahli keluarganya yang menjadi tempat bahan marah.. nak ke? Tak mahu bukan?

4.... dah xlarat lah nak tulis.. stress giler nak fahami sifat manusia.

macamlah aku bukan manusia kan.. ehhehe...


Apapun, life is not easy...

to be continued one day.. or will be end here.. :)

Thursday, July 4, 2013

Photos : Reminder




in the end...

Khas reminder for you ... and myself.

Rindu Untuk Mencatat

 Gambar yang susah nak dapat.. esp nak shoot dua ekor burung layang2 ni yang kecil dan jauh.. punyalah struggle aku nak shoot...  nasib burung ni murah hati untuk bergambar..


Alhamdulillah...

Akhirnya masih aku mampu menulis lagi di sini.
Lama gak aku tak menulis di blog yang merekod perjalanan aku.

Bila nak menulis, asyik tak da mood.. letih pun ada...

Banyak aku simpan dalam FB dan juga gambar.. Let all the memori hidden in my photos.


KANTOI!

eheheh.. blog aku ni kena stalk juga by someone yang terserempak kat sini. hehehe..
hmmmm... its OK.
Segan pun ada.
Blog peribadi kot...khuatir jadi bahan cerita dan perbualan tentang isi blog ni.


Apapun, aku tawakal pada Allah.


To my frens yang asyik kena 'buli' dengan aku. Aku selalu lari dari group wassap Zamrud Galaxy aku.. ahaha.. Aku yakin, one of you will read this entry. Arigatogozaimas.
Cuma, reasons aku quit adalah sebab :
1.  Aku tak mampu nak respon yang baik tentang apa yang korang bincangkan. Maka, apa guna aku involve.
2. Sometimes, aku x leh masuk dengan gaya dan topik yang korang bincangkan. Walaupun ada kala ia sangat melaghookan, aku dah beri nasihat untuk tidak melebihi batas.. tapi jika kalian masih berterusan mencabar pendirian aku... Maaf, aku tak mampu nak melawan, aku give up lah. Sebab aku tak ada daya lagi untuk melawan, aku tiada apa yang baik, tapi itu bukan alasan untuk aku terus hanyut dengan benda laghoo..

3. Bak kata kamu dan kebanyakan orang, ayat aku ni menyakitkan hati. Adalah lebih baik aku senyap. Daripada senyap, better aku keluar je. Betul x? Tak kan nak jadi tunggul. Lagipun, aku ni pantang di stimulate, mesti mengamuk la... hahaha. Lagipun, banyak respon aku, disalah tafsirkan... aku nak bergurau, tapi orang kata aku kutuk dan hina. Aku salah type, orang kata aku tipu dan saja nak cover. adeshhh.. letih wei... So, berada dalam situasi yang serba tak kena. Baik aku blah kot. eheheh

4. The last reasons mungkin aku kena senyapkan.. ahahah.. reasons keempat adalah yang paling kuat. ehehe.

Aku kena tegur sejak dua menjak ni aku terlalu sensitif . Hmmm.. perasan gak.
Mungkin sebab letih dan tak larat kot ... kerja.. dan aktiviti lain yang sangat berat.