Thursday, June 27, 2013

Kawan dalam perjalanan



Alhamdulillah...


Semalam aku belajar  english.saja nak alihkan perhatian diri dari dunia sendiri. ceh!

Aku : Farhan, boleh tak ko buat ayat best . tadi aku ada buat ayat poyo " iit is better to be alone than stay with people who not appreciate you.
Macmana nak buat ayat yang best sikit?


Farhan : " to be alone is better than being with others who dont consider us as part of them."

Aku  : Ok thanks.

Dialog yang diedit tapi maklumatnya sama.
Saja je nak buat ayat menDEMOTIVATEkan diri. ehehe.. Ayat jahat.  venom is poison. but venom also the solution.

Dalam dunia ini, ada benda yang mustahil dan ada benda yang mustahil juga tapi boleh menjadi realiti.
Takdir ada yang kekal tak berubah dan ada yang boleh diubah. 

Begitu juga ayat di atas. 

Aku cuba untuk mengubahnya tapi seakan ia 'cursed ' yang amat hebat.

Tapi, bak kata orang .. " dont stop believn"

hmmmm... 
Apa kan daya... Teruskan perjalanan.. seolah aimless journey but still having aim which still unclear. Why i am still here? Why I am still doing this and this... ?
Hanya Allah yang tahu... kenapa aku masih di sini.
Jika aku tak diperlukan lagi, pastinya rezeki aku sudah habis dan aku tidak ada di sini lagi.
Yang penting... mengapa masih bernyawa.. mungkin ia adalah peluang-peluang terakhirku bertaubat daripada segala doa.

" ASUHLAH DIRI UNTUK MENUJUNYA"

Selagi nyawa masih di badan, 
aku harap, aku dapat mengoptimumkan 'saham-saham' dunia yang mampu aku lakukan.
"sesungguhnya aku lakukan semua pada kalian bukan kerana 'saham-saham akhiratku', tapi aku lakukan semua kerana aku ada dalam diri kamu dan kamu ada dalam diri aku. Cuma belajar mengikhlaskan hati aku yang sudah hitam dengan sifat-sifat mazmudah yang hidup subur dalam hidup aku. Kini untuk menghidupkan sifat mahmudah pula. Biarlah saham-saham itu Allah yang nilai. 

Aku hanya seorang insan yang tiada apa di sisiNYA.

Kawan, sahabat dan saudara..
Mereka datang dan pergi.


Sesungguhnya aku masih ingat seorang brother yang banyak ambil berat tentang aku semakin dia sakit. Dia yang telah meninggal dunia, meninggalkan isteri dan seorang anaknya. Brother yang amat baik. 
In Orthopaedic posting.

Mungkinkah kerana dia, aku memilih Orthopaedic posting?
Hahaha.. Definitely YES!
Jarang aku memberitahu rahsia setiap pemilihan aku.

tapi kali ni , saja nak share di sini.

Bila kita menghormati seseorang, kita akan melakukan sesuatu tanda respect dia. Tiada masalah bagi manusia aimless macam aku. Other people can decide for me indirectly.

Ya,
Orthopaedic ...
deal with bone is better than deal with people.
hati tiada hati dan perasaan. 
Walaupun orthopaedic nampak busy, tapi InshaAllah, aku akan berusaha untuk menguasainya. INSHAALLAH.

Sebenarnya, belum tentu lagi dapat department mana lepas ini. 
Aku apply ortho dan mungkin jika apa pun berlaku, aku akan cari ortho juga! 
Tak peduli ! Baru machoo! Ortho tu..


hmmm..
Dalam sunyi malam, terasa ingin kembali padaNYA, hati yang masih bergelumang dengan dosa inikah ingin kembali padaNYA? Hinanya ...




Maafkan aku Ya Allah kerana aku menzalimi diri.
Menzalimi diri kerana selalu meminta sesuatu yang bukan sepatutnya.
Maafkan aku kerana meminta-minta . Kerana aku insan lemah  dan tiada daya, padaMu sahaja tadahan doa hamba hina ini meminta-minta. Kerana aku yakin padaMu saja seluruh harapan aku akan didengar. Kerana Kau berjanji akan mendengar setiap detik hati dan setiap rahsia hati yang aku sorokkan dan yang aku nyatakan.

Ampuni aku Ya Allah.




Monday, June 24, 2013

Santai : Aku dan pesakit I

Alhamdulillah.

Masih aku bernafas dalam dunia ini.
Walaupun jerebu merosakkan kesegaran udara bandar Muar ku...
Namun, aku tetap bersyukur kerana aku masih boleh bernafas.

Allahuakhbar... boleh terasa sesaknya nafas ketika ini..
Terasa diri sudah tua pula.. dari Batu Pahat yang lebih bersih udara.. tiba-tiba keluar kereta balik Muar, hmmm
tersedak bau asap jerebu. hmm Nafas seolah sempit pula.. tapi tak lah seteruk pesakit asthma..
Bagi aku, aku sendiri terasa dah nampak diri ini sudah berumur.. walaupun umur masih muda, tapi badan sudah membesar tak seperti zaman kanak2 yang aku sendiri bermain dalam asap, dalam fogging nyamuk... hari ini, aku tak tahan dah... Lemas.

Bercerita tentang pesakit..

Banyak motivasi yang aku perolehi daripada mereka.

Seorang pesakit muda yang aku kenali, walaupun hidupnya sudah hampir tertutup kerana penyakitnya atas kesilapan lalu.. namun, dia tetap kuat melangkah mencapai cita-cita.

Aku menyanjungi insan ini.
Aku kenal dia pun kerana detik hati aku untuk membantu dia bangkit daripada jatuhnya.
Ya,
Andai aku jatuh, aku pastinya mengharap aku dibantu.
Sebenarnya, hati aku terasa bila orang mengatanya.. Mengapa orang mengata insan yang dalam SAKIT. Pesakit ini dah lah terbeban dengan penyakit, kita pula menambah beban yang tak sepatutnya. Mengapa?
Maka, sejak itulah hati yang lemah ini, gagahkan untuk berusaha menaikkan semangat dia.

I know the risks..
but, i will proceed with my plan.
Dia adalah saudara seislamku.

Hari itu,
dia jatuh..
Maka, aku bantu dia untuk terus bangkit dan berjalan.
Aku tak kenal pun melainkan dia adalah saudara seislamku..

bagi aku, saudara seislamku,
dia ada dalam diriku,"
diriku ada dalam dirinya.

Hari ini,
Dia sudah jauh berubah hopefully.
Aku mengahrapkan dia terus kuat .
Aku mengharap padaMu agar dia diberi perlindungan dan diberi pertolongan ,
Janganlah Engkau sesatkan kami sesudah engkau berikan hidayah.

Pesakit ini banyak memberi motivasi padaku,
mungkin dia tak tahu, tapi indirectly, dia banyak memberi suatu yang aku cari di dunia dalam menujuNya.

Sesungguhnya perkara yang nampak kecil itu , besar impaknya.

dedaun yang kecil itu, bila ia disatukan akan menjadikan ranting-ranting dan dahan yang besar nampak gah sebagai POHON BESAR YANG SUBUR.

May Allah bless you , my brother!

Sunday, June 23, 2013

Photo : Di pertengahan Syaaban

Kumbang di kebun...

Aku rasa dekat 15 kali aku shot gambar kupu-kupu ni... sampailah jarak terdekat aku boleh ambil... lenguh kaki aku..
Alhamdulillah, dia statik bersabar dengan kerenah aku.

bila kupu-kupu mempercayi bahawa ia tidak dalam bahaya.. maka dia tetap di situ melihat alam.

adaptasi lagu Rabbani.

Matahari , Lokasi at Peseraiville. Jam 8+am.

Lokasi : Peseraiville.
First time ambil gambar bulan. eheheh using my new dslr yang dah berbulan beli.
Alhamdulillah,
Akhirnya dapat juga aku mengambil gambar dan edit.

Photo khas dan photo yang aku hasilkan adalah untuk semua.

Semoga Allah memberi kekuatan pada kita yang ingin menuju padaNya.

Malam ni 15 Syaaban. Nisfu syaaban.... Ayuh, pertingkatkan ibadah malam ini dan seterusnya.. semoga hari ini menjadi pencetus amal-amal kebaikan kita pada masa depan.... Teruskan usaha dan terus mengharap redhaNya.

Thursday, June 20, 2013

Just do it!

Alhamdulillah..

Aku masih di sini.

sesungguhnya tiada daya bagi aku.
Matlamat aku hanya padaMu.
Meskipun hinaan,cercaan,
meskipun langkah hanya sendiri,
meskipun ujian dan cabaran terus menerus,

Aku tetap melangkah padaMu.
Biar jiwa kerdil ini merangkak sekalipun,
walaupun perlahan...
Namun, aku tetap menuju Mu.
Aku tetap dengan apa yang aku katakan seperti dulu.
Allah, Ya Tuhanku.
Sesungguhnya,aku menzalimi diriku.
tiada lagi daya bagiku.. hanya padaMu aku serahkan diri.
Ampuni aku.

Photo : Edited Photos : Hadirmu

Ayat-ayat dalam gambar ni, aku ambil daripada pict yang member aku bagi. Ayat-ayat yang best. Jadi aku simpan dalam photo aku. Hmmm.. Ini je cara aku menghargai pemberian orang.. Aku kan pelupa... yeah, kadang2 sengaja buat2 lupa..

Live with full of the strategies..
Kalau tak ada strategy tu... memang tak syook lah hidup seharian.. tu yang nampak aku selalu menguap je.. kebosanan.. ehehe.. Kalau aku tengah 'terjal' tu.. maksudnya... strategy aku tengah berjalan lah dengan baik.
Peace!

p/s: Actually, aku buat gambar helang ni as background pict hanset aku.. bila aku tengok je.. uit? Why this eagle crying? Look like he crying alone.. hmmm.. tersilap main warna aku itu expressi sebenar. Wallahualam. Original photo lukisan xlah nampak sangat..apapun. mungkin lukisan amatur ini terkadang menyimpan banyak rahsia buat pelukisnya. sometimes.
Lukisan bukan lah perlu hebat2 untuk menyampaikan mesej, tapi cukup ia jujur dalam berkarya.
Alhamdulillah...

Masih dan masih bernafas hari ini.
Pernahkah kamu merasa kesesakan? Nafas dan lemas. cukup sekali ia membuatkan kita terus ingat Tuhan.
Namun, jika kesesakan itu berlaku almost setiap hari?
Adakah ia nikmat atau azab?
Mengingatkan kau tentang hidup dan mati setiap hari.

hmmmm..
Dr akan kata kita tengah stress.
Bomoh kata kena hempap 'hantu'
Bagi aku... Its OK. Boleh aku ingat Allah setiap hari sebelum tidur. Mungkin terlupa baca doa.
Entah... sejak 16 tahun aku selalu je ada problem nak going to sleep.
Sesak. but its Ok. i am still alive. Tapi.. kalau dah sampai ajal, nak buat macamana kan.
history of trauma? hmmm macam ada trauma over my chest... hehehe.. long time ago.. i think it began from that time... may be....

Bila dah tidur, nak bangun plak masalah. Dugaan betul. Badan di'dodoi' suruh tidur lagi dan lagi.

hmmmm... dah besar umur sebegini, kenalah cepat2 kuat dan berubah. Sebelum nyawa terhenti.. tingkatkan ibadah , perbaiki kelemahan diri.

siapalah kita di sisi Tuhan.
Di sisi manusia pun kita hina... inikan di sisi Tuhan yang Maha Agung.
Kerdilnya diri.

Tuesday, June 18, 2013

Karya : Ketenangan

Gambar ini adalah phon-pohon di Teluk Wawasan Batu Pahat.

Hmmm tempat yang penuh kenangan peribadi.. Sebab aku selalu ke sini untuk melihat alamnya.

Selalunya aku datang waktu pagi-pagi kalau tak mahu dikacau.. waktu ini, jarang ada orang. Hanya aku dan Dia.

Seronok bila berada di 'hujung dunia yang aku rasa aku hanya adaNya.

Seolah umurku sudah tiada detik lagi. tapi umur tidak ada siapa tahu di mana hujungnya.
hmmm...

Gambar photo ini aku hasilkan untuk mengingatkan aku , juga sahabat-sahabat aku .
Semoga Allah melindungi aku juga kalian dalam perjalanan hidup ini.

Monday, June 17, 2013

Photos : Koleksi

150613 - Adik yang muncul di hujung jeti Selat Melaka ni.. ehehe

Jom join bergambar dengan aku.

"nak jadi apa?"
"bomba?"

Sebab apa?
" sebab bomba selamatkan orang"

ye ke? doktor pun selamat kan orang?
" aaa...aa..hmmm doktor selamatkan pesakit!!"
"hmmm adik... pesakit kan orang juga.."
adik tersengeh-sengeh je

"polis pun selamat kan orang? boleh pegang pistol. bang! bang! macho gak! "
" eheheh..(terdiam adik ni.. tersenyum)"

p/s: malas nak layan bro sorang ni asyik membebel! hahaha.. sape suruh join aku amik gambar.

Terima kasih budak comel ! you made my profile pict more colourful with your yellow shirt! just smile!

Burung layang-layang... thanks both of you yang stay for a few seconds..  Walaupun kamu kecil, tapi kehidupan kamu sangat besar dalam memberi kehidupan dalam hidupku. Indah ciptaan Allah.

..... di penghujung dunia.... Aku ingatkan jeti yang aku TULIS di penghujung dunia...
Hari ini... telah dipanjangkan..jeti diupgrade. maka makin panjang..

Seolah memberitahu padaku.. hidup ini telah diberi peluang untuk diteruskan perjalanan.. Just do it! struggle to achieve it!

ni lukisan yang sama seperti di bawah... 4 ikan.. saja simbolik 4 orang adik beradik dengan  1 set of twin.. eheheh.. Smart!

Dah lama lukisan ni.. Terkenang zaman sekolah dulu. Aku tak ada permainan apa melainkan melukis dan naik basikal. Member? hmmmm jauh.. lagipun, depa tak suka nak ajak aku kot dulu sebab aku budak skema yang always SAY NO. aku nak study.. ahaha may be kot. Kesengalan lampau dalam bermsyarakat.


Dalam gambar ni ada tulisan Xtron... hihi aku rasa, inilah lukisan yang paling lama kot.. dah 13 tahun ke? May be.. almost.. dan daripada lukisan inilah terciptanya nama TRONX013..  Nama yang macho aku cipta untuk menyamar. huh..

Kenapa bangau? Entah.. sebab  gambar bangau ni ada dalam lukisan yang aku jumpa dalam kad  chinese new year.. The Art of Chinese Painting.. just try je.. 

14 Jun 2013 .. Hari blood bank sedunia kot. Saja derma darah. Lama tak derma..

Seram juga derma darah ni.  Nasib bleeder tukang cucuk tu hebat dan vein blood vessel aku macho boleh visible dengan baik.

Alhamdulillah. Sempat juga... selepas kerja siap, terus je cabut g derma darah. 

derma darah juga.. menanti giliran...


P/s: Semoga aku menjadi manusia yang lebih baik dari semalam.. inshAllah.

Karya : Helang Macho


Alhamdulillah.

Hari ini selesai kerja pagi tadi selepas oncall semalam yang ok lah. Best juga sebab banyak belajar dan banyak buat procedure.

Alhamdulillah.
Minggu ini aku mahu berehat daripada memikirkan sesuatu yang out of  reality.. too much to imagine.. too much.. My mind sooo sloww to use imagination versus reality.. always compete each other.
Hmmm pririotize !

Hmm soal hidup memang ada kepentingan. Tapi soal responsibility adalah keutamaan.

Alhamdulillah, semuanya hampir stabil .

Petang ini saja melukis lukis ala2 chinese art mixed javanese art.  Maka jadilah Helang yang nampak macho, tak garang langsung. Asyik tengah stress, p lukis.. manalah nak semangat hasilnya.

Apapun.

Tuhanku mentakdirkan sesuatu sangat hebat. Dia Maha mengetahui.

Sesungguhnya aku berserah padaNYA. Aku tiada daya untuk meneruskan langkah tanpa kudratnya. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui tiap detik hati-hatik yang membisikkan pertolongan sepanjang hayatnya.
lukisan ini diedit ++ .. sengaja di pecahkan pecahan warnanya... Just do it!

Thursday, June 13, 2013

Mood lah



Apa kita lakukan untuk orang kita hormati dan sanjungi?

Apa yang kita lakukan untuk orang-orang kita sayangi?

Hmmm. keluarga,mak ayah, adik abang... saudara mara.. sahabat?
hmmm.. entahlah.

Tak ada daya nak tulis apa-apa.. walaupun idea datang mencurah, bila blog dibuka.. terhenti serta merta. Adesh!

ia bermakna... mood sudah hilang dan hari-hari yang berat masih ada...

Tuesday, June 11, 2013

Karya : Doa Menaiki Kenderaan



as usual... hanya lakaran simple dan permainan warna saja mampu aku  lakukan...amatur ++

Alhamdulillah,

hari ini masih dapat aku berlatih melukis untuk menjadi pelukis potretku yang hebat itu.
Bila agaknya aku dapat jumpa pelukis tersebut yang masih 'poyo' untuk memunculkan dirinya.

hmmm... Semoga Allah memberi kesihatan dan rahmatnya atas kamu dan keluarga kamu.






Alhamdulillah... dalam stress aku masih dapat mengawal keadaan.
Nak mewarna.. walaupun tak ada mood.. Just lukis.


alhamdulillah, siap juga... huh... saja mengisi masa lapang!  tak lah  free , tapi saja je nak lukis.. nak hilangkan stress. :)


Memang edit kaw2 kasi lukisan yang tak berapa macho jadi lebih cool dan mantap.. ahaha.. better lah.
Tapi paling penting... Mesej dan apa yang aku nak sampaikan.

Doa dan harapan.. 


 Doa menaiki kenderaan ini adalah pesanan yang aku sering lupa untuk amalkan.. Biarlah sekecil mana pun nasihat, ia tetap bermakna.. kerana ia datangnya daripada Allah.


Apapun, aku masih tidak dapat menjadi sehebat pelukis potret aku lagi .. jauh ketinggalan. Melukis adalah hobi untuk menyedapkan hati yang minat arts dan lukisan.

Kepada sahabatku Lee Liau Zhen and MHI.. Thanks alots for your kindness.
Semoga kalian Allah berikan perlindungan dan keberkatan dalam kehidupan sepanjang hayat mahupun kehidupan selepas dunia. Semoga Allah berikan kesihatan yang terbaik buat kalian. Semoga aku juga mendapat perlindungan dah rahmatnya jua.
Terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan insan-insan ini.

terima kasih juga pada sahabat yang ada dalam nyata dan diam. maaf jika aku tidak menyempurnakan tanggungjawab aku sebagai sahabat yang baik. Aku manusia yang tiada apa cuma pendirian untuk terus menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. InshaAllah.

Sunday, June 9, 2013

Hari-hari yang berat


Tiada daya bagiku... hanya padaMu aku serahkan diriku.

Allah.. allah. hanya padaMu aku mohon kemaafan.
Hanya padaMu aku minta sebuah ketenangan dan sebuah keyakinan..

Hanya padaMu aku mohon sebuah kekuatan.
HambaMu ini tidak ada daya lagi melainkan bergantung harap padaMu.

Friday, June 7, 2013

Karya : Lukisan dalam kata-katanya

Aku dan mereka yang sentiasa aku akan ingat. hmmm..

penuh bilik aku dengan lukisan dia... huh... Hebat!

Lepas tu kena belajar melukis plak! mana sempat.. aku bab ambil gambar ok lagi, bab lukis ..lembab la..

Teluk Wawasan.

Setelah diedit lawa2 sikit.. :P

Pelukis profesional.... Membalas lukisan amatur aku di atas. ceh! power giler.


Merpatiku
Biarkan merpati itu terbang bebas
jangan sangkarkan ia
jika ia terbang..biarkan ia terbang tinggi-tinggi
berikan kebebasan padanya
biarkan ia terbang bebas
terbang dengan riangnya
cuma...
temani burung itu
walaupun dari jauh
perhatikan ia
jangan biarkan ia jatuh
jangan biarkan ia terluka
jangan biarkan burung itu tak berdaya untuk terbang
terbang tinggi-tinggi dan jauh
jika burung itu terluka
segera ubatinya
jika ia dalam kesedihan dan menangis
sapukan airmatanya dengan lembut
hiburkan hatinya
damaikan perasaannya
percayalah..
jika burung itu pulang jua
pulang kepangkuanmu
itu tandanya
burung itu masih...dan tetap sayang padamu..

jika ia hilang kepangkuan asalnya,
redha kepada Tuhanku, aku akui.
Tiada daya mampu kulakukan,
hanya padaMu..
aku letakkan seluruh jiwa ragaku..
kerana aku, apa yang ada,
adalah kurnian daripadaMu.

Monday, June 3, 2013

Borak Malam ini 3 June 2013

Alhamdulillah,

Maha suci engkau dalam penciptaanMu.

Benar, takdir itu hebat!
Aku hanya insan kecil yang selalu meminta-minta....


Tuhanku.
setiap hari pasti ada ujian..
namun, kau tetap akan menggembirakan hati-hati yang dalam kesedihan...
kerana Engkau Maha Memahami.



Yeah!
Hari ini, balik kerja, terus tidur.. best!
Hilang stress...

Bangun je, ingat nak ajak member lepak makan-makan petang.. tapi member kat Muar dah kat KL.
So, aku balik BP!
Katanya ada baju raya yg di pos!

Pergh... SMART!

hmmm berapa harganya?hmmm

Balik Muar BP lalu jalan Bakri.. memang cunn la.. jalan yang best giler untuk main.. Tak mengantuk langusng!

Lori banyak dan berselekoh..eheheh.. best what!

Semasa perjalanan, melihat langit dengan awan yang cun, Subhanallah.
Terpandang kebun yang terbakar dan nampak macam padang jarak padang terkukur... fuhh.. inikah akhirat nanti? Takutnya.....

Sampai di rumah, aku minum sebentar sebelum melepak ke Teluk Wawasan !

Pelik aku melihat... sentiasa ada orang melihat lautan..
Mengapa orang melihat laut yang berlumpur? Melihat ombak memukul tebing?
Dah la paya bakau yang tak ada apa-apa?

Aku pun ke situ juga? ehehe.

Hmmm.. Itulah... bila melihat ciptaan Tuhan, kita melihat kebesarannya DIRECT!
Bila kita melihat keagungannya secara terus, hati kita akan tenang kerana merasai keagungannya melalui ciptaannya.

Dalam keindahan alam, langit biru disinari mentari petang..ia menyimpan seribu makna bagi manusia yang inginkan suatu ketenangan. Ia rumit tetapi ia ada.


Terima kasih pada pemberi baju melayu. Tq!

Saturday, June 1, 2013

Photo :1 Jun 2013 Bertemu My Best Science Cikgu!


Cikgu Abu Ani AAS...





Alhamdulillah, akhirnya, berjaya juga nak bergambar dengan my 'idol' masa form 3 dulu. Cikgu ni mengajar sains, dia nampak macam ustaz sebab pakai kopiah putih dan selalu bagi tazkirah. Aku suka bila dapat bertemu dengan dia sebab jiwa aku akan tenang. Heheh aura orang soleh. Dulu masa zaman sekolah.

Bagaimana aku kembali rapat dengan cikgu aku ini setelah hampir 10 tahun meninggalkan sekolah... Last dia mengajar ketika aku form 3. Memang dah lama lah.

Suatu hari, tanpa aku fikir, dapat call dari seseorang yang aku tak tahu siapa.. Masa tu, aku di USM Kubang Kerian , Kelantan. Kelantan beb! Jauh tu..
Utara vs Selatan.

Rupanya yang call tu, Cikgu Abu Ani. My favourite cikgu yang aku kagumi tetapi aku tak pernah fikir nak rapat macam sekarang. Cuma aku berdoa, semoga suatu hari aku dapat bersua dan menjadi insan hebat sepertinya.

Hmm rasa doa insan kerdil suatu ketika dahulu dimakbulkan. Alhamdulillah. Allah Maha Mendengar bisikan hati insan yang selalu menyembunyikan sesuatu yang dirasakan mustahil. Mungkin ia doa sahabat aku, orang-orang yang aku tak tau sering mendoakan aku juga....Terima kasih.

Aku terkejut ketika mendapat panggilan daripada cikgu yang aku rasa ia AMAT MUSTAHIL!
Bagaimana cikgu di Batu Pahat boleh sampai di Kelantan??!

Cikgu aku kata dia kat USM Kubang Kerian. Aku tak tahu, memorinya masih ada nama aku untuk dia berusaha keras mencari aku ketika itu. Terima kasih ya Allah. Terima kasih guruku.
hmmm. Hebat kuasa Tuhan.

Kami bertemu di cafe dan ketika itu aku kebetulan tiada kelas apa-apa. Alhamdulillah. Kalau ada kelas pun, aku akan ponteng!! eheheh.... Guru kesayangan aku datang tu! heeheh

At the same time, he wanted to meet my senior too, Kak Suraya, but she not free at that moment. May be, xda rezeki. ehehe. Busy kot..

Semoga Allah memberkahi cikgu Abu Ani Syawal untuk seluruh hidupnya. Amiin.
Masukanlah dia dalam golongan insan-insan yang mendapat perlindungan dan kasih sayangMu ,Ya Allah. Begitu juga diriku. 


Arigatogozaimas , to all my friends yang nak join aku jumpa cikgu kita semua.
Esok Majlis perkahwinan anaknya, hehehe tak sempat nak tanya details.
Esok aku kerja. Tak sempat nak join. harap, kawan-kawan aku akan memeriahkan suasana.

Smart x? hihihi.. kopiah ditaja khas!

Sabaq Aworr! My favourite place to makan-makan with my friends. Big space.. big money to spend also.. ahaha tapi semalam.. dibelanja!!



Add caption



Orthopaedic!

I will make sure, one day.. i will get to use that 'angkasawan' suit to do TKR by myself and my colleuge! InsyaAllah.
Wanna be Orthopaedic surgeon!

Akhirnya... Dapat gak ayat yang best untuk aku tulis walaupun ia ayat yang simple dan pernah digunakan.. tapi ia ayat antidote dan booster juga!

Alhamdulillah.. to all my friends.. May Allah protect you and guide you to Jannah!
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik pada sahabatku sekalian terutamanya yang sedang bersusaha keras mengharunginya (ANL, MHI .. Aku akan selalu mendoakan kalian! inshaAllah.)
MAy Allah bless you and me too.
InshaAllah. Allah always by our side.

Ini interpretasi pelukis misteri , komen tentang lukisan 'tadika ' aku..
" kasihan, burung yang kamu lukis itu, ia sangat ingin terbang tetapi ia penat mengepak, tapi tetap tidak boleh. Salahnya burung itu, bukan dia tidak boleh terbang, tetapi ia tidak mahu melepas bebanan yang dia bawa. dan bukan juga dia mahu melepas tapi kerana sangat berat untuk melepaskan kerana dia tak yakin."

p/s: Kepada pelukis misteri, kamu memang hebat menginterpretasi sehingga kau mampu muncul dalam kisah 13 tahun lalu.