Thursday, May 30, 2013

lukis lagi...



Alhamdulillah, sempat lagi melukis dan main warna ...


Tapi.. xtau nak describe gambar ni..

tapi dari pagi tadi dok piki nak lukis gambar burung merpati yang sednag terbang!! hmmm

Apa aku nak tulis di atas kertas ni...?

Wednesday, May 29, 2013

Photos : Untukmu.. untukmu..



Pinky imah n my mak cik!

My sedara from Ayer hitam.. long time not see ma!

hmmmm... no komen.

                                             
Rajin giler..! Nak bagi upah, tapi xpalah.. dah keje kan..


Member smkdo yang hadir.

kawan emi.. hehehe.. alamak.. ada sorang kerja kat Muar plak! malunya  aku tak kenal!! ..ahahaah Maaf ye.. kalau nampak aku poyo je.. campak je sampah kat aku.. ahaha inshaAllah, aku akan tersedar bahawa hinanya aku pada pandangan Tuhan. Maaf ye!

my famili... gempak! akhirnya tercapai nak ambil gambar semua..  aku kira tujuh? Apsal tujuh bukan 6 ke? hmmmm.. rupanya ada orang baru.. adesh.. slow r.

Aku LIKE this pak cik ++.. Dia pensyarah Maktab Perguruan BP. Dia baik. Dia pernah  minta tolong aku angkat tanah  bina halaman rumah dia.. Heheh masa tu aku budak surau, tingkatan 2 kot. Dia tak tahu sangat siapa aku.. tapi aku suka penghijrahan dia atas suatu event besar iaitu pemergian anaknya. Sejak anaknya meninggal, dia berubah menjadi insan yang lebih baik. Aku kagum! Aku respect dia. cuma.. hari ini, mungkin dia sudah lupa budak yang tolong angkat tanah yang dapat upah 5 rial..ehehe aku reject masa tu if 5 rial itu upah, tapi dia kata duit raya! ahahah aku terima. Thanks.
Kagum dengan pakcik!

5 for fighting!! Cuak aku nak cari gaduh dengan mamat ni semua! Confirm kena belasah teruk. Tapi bila depan kamera,semua hampeh... 'jambu giler! hahaha

serius! hmmm... 
tetamu-tetamu menjamu selera... hmm katanya nasi dan lauk cemerlang.. hmmm ok lah tu.. asal kamu semua bahagia.
  

Angah
 


rumour has it!

Staff HSNI... hhehehe thanks alot datang ye!

member.. repeated photo..ahah

my pak cik and aunti... world lah..so good!



Doa 13 tahun lalu....


Alhamdulillah...

Aku pernah bertanya pada abang kepada kembar aku,
apakah impian wanita kamu?

Dia menjawab....

" aku mahukan wanita yang solehah.. semua lelaki mahukannya. Aku mahu menjaga setiap batas perhubungan aku dan dia... agar Tuhan memberkahi kami. Sepertinya rasulullah. Mungkin kita sukar bertemu tetapi sentiasa ada. yeah, mahukan wanita yang  molek pada pandangan mata dan akhlaknya. Memiliki pakaian yang cantik dan muslimah.

tapi... yang paling penting... dia memahami aku? siapa aku? dia mampu menghadapi sifat aku, perangai aku.. yang mungkin jauh berbeza dengan orang kebanyakan, yang sangat menyakitkan lebih sakit daripada orang biasa.. Siapakah yang mampu berdepan dengan sifat dan karekter aku?  Entahlah. Macam mustahil.

Jika wanita itu berpakaian cantik dan ber'purdah'.. pergh, aku lagi suka. Aku lebih suka wanita yang nampak muslimah dalam lagak modennya. Bermaksud, mampu mencabar dunia dengan menjaga seluruh hukum agama! "

Dahsyat cita-citanya..

Inilah perbualan 13 tahun lalu ketika khayalan menunggu pancing disambar ikan.

bila aku ditanya soal siapakah gadia idaman? aku hanya mampu menjawab... " nak aku sepak? mengada-ngada. Dan beritahukan banyak kali. "

Orite!

Tuesday, May 28, 2013

Berat Langkah kali ini...

Alhamdulillah...


tamat sudah lima hari bercuti..
5 hari yang sungguh bermakna.

Alhamdulillah.

Namun, tersentak aku bila kepercayaan aku telah digoyahkan kerana perkara yang tak sepatutnya.
Aku selalu menguji... ada kala sengaja aku biarkan benda-benda remeh itu di suatu tempat. Aku mahu lihat, bagaimana amanah seseorang itu.

Aku tak menyalahkan sesiapa kerana tak amanah, tetapi... aku mahu melihat, bagaimana dia bertanggungjawab dalam mendidik diri menjadi amanah.

Bila melakukan kesilapan, adakah dia mengaku? atau diam?

hmmm.. entahlah..

Aku hanya berharap, sahabat aku semua berjuang untuk terus menjadi lebih baik.. esp Zamrud Galaxy yang selalu buat aku sakit jiwa melayan depa.. tapi.. alhamdulillah, setiap perbualan di situ nampak mereka ada pegangan yang baik. Hebat!

Aku membesar bersama mereka.. rakan sekolah.. Dari MRSM, dua bulan.. aku sanggup keluar ... ceh.. padahal bukan sebab member pun, sebab aku nak tidur lama kat rumah je pun.. Kat MRSM,xdapat tidur lama.. ahahah

tak sharp kan!! saja.. ahaha
Alhamdulillah.
I love all my old frens and my new friend!

Majlis Perkahwinan Kembar 26 May 2013

Maaf pada yang saya tak menjemput atau yang terlupa.
Adanya sengaja tak menjemput kerana pasti tak akan dapat datang dan takut ia menyusahkan. Tak mengapa, ia sudah berlalu.
Maaf.

Hari itu adalah hari yang terbaik buat famili aku untuk julungnya mengadakan majlis yang agak besar. Ia memang best!

Happy  famili forever!

Alhamdulillah..  alhamdulillah.. alhamdulillah.

Ketika ini.. aku mensyukuri..
semuanya berjalan lancar.


Harapan ingin bersama keluarga ..satu keluarga dan seluruh keluarga tercapai.
tiada konflik besar berlaku mahupun kecil.
alhamdulillah.

Segala perancangan berjalan berjalan lancar.Alhamdulillah
Walaupun majlis ini aku letak sebagai majlis 3rd class, iaitu bukan bermaksud aku meremehkan statusnya, tetapi, aku merasakan majlis ini untuk semua tanpa ada batas pangkat... maka, ia menjemput sesiapa saja.
Apa yang penting, pemikiran 1st class.





Pandainya bergaya... ajar sikit je gaya.. terus pandai jadi model. ahha.. rasa happy pun ada. Tapi aku harap dia menjadi  insan solehah dari detik ini sampai akhirnya.

Ini  sahabat yang mencetus semangat aku untuk berblog!
5 tahun berlalu... kata-kata untuk datang ke Teluk Wawasan yang aku rasa mustahil suatu ketika dulu akhirnya  dimakbulkan Tuhan hari itu. Aku seolah terdiam.. HEBATnya 'kuasa' doa.
Sanggup datang dari JB dan sampai dalam pukul 5-6pm.. pergh. Terharu !
Alhamdulillah.


Ini sahabat/saudara aku di Muar. Seorang 'sahabat yang 'baru'

dikenali dan paling mencabar! haha.. A lot of things.
Budak or student phd tu. Bermatlamat tinggi dan organize!
Smart.. datang ke majlis dengan warna tema majlis.. ceh! tercabar. Datang dengan parents juga.. anak papa mama ..ehehe. Of kos bapak dia paling macho in this photo!
Nasib lah jumpa rumah kitarang ni, nak buat surprise sangat lah kan..ehehe.. but my GPS able to detect your location!


Sahabat itu kurniaan Tuhan. Sesungguhnya tidak perlu mencari seorang ustaz atau ahli ibadah.. tetapi cukuplah sahabat yang berusaha membaiki diri dan berhijrah menuju ke arah yang lebih baik dan mendapatkan redha Allah.
Yang paling penting, sahabat itu amanah dan jujur! trust in you. Jika tidak pun, dia berusaha untuk memiliki sifat terbaik.


"menerokai realiti dalam membina sebuah keyakinan melalui suatu hakikat perjalanan menujuMu... "
inilah tema kehidupan aku, setiap pilihan adalah realiti yang aku kena hadapi. Walaupun ia mendapat kritikan dan cemuhan,aku tetap akan teruskan selagi ia adalah jalan menuju tuhanku bersama saudaraku. Walaupun ia berat.. ia tetap suatu perjuangan!
Tuhanku membawa aku kepadaNya. Bagaimana aku mensyukurinya melainkan dengan membawa saudara,sahabatku juga menujuNya.
Hait!!! kapten tu! tq . :)


Rakan sekolah. Thanks! Yang baju merah tu... sangatlah rajin!! tak nampak kan warnanya.. ahah sebab aku rasa dia ikhlas... so, mana boleh tunjuk2.. ehehehe
Pergh!!! bersama sepupu.. mantap!
"Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), "Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya".

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Aku juga menanti dua lagi sahabat yang nak datang tetapi mengakhiri dengan tidak datang..hmmm.. dari Kelantan dan dari JB...hmmmm..

Aku hanya menjemput.. mana boleh paksa.

Apapun, aku mensyukuri kerana dua orang sahabat atau kenalan yang boleh dikatakan baru nak akrab sanggup hadir memeriahkan majlis kami walaupun bukan majlis aku... kalau majlis aku.. susahlah nak ambil gambar dengan mereka. Mesti aku miss banyak orang! 

InshaAllah, aku akan pastikan masa majlis aku.. photographer khas untuk mengambil gambar aku bersama rakan-rakan dan sahabat terbaik buat aku!!!! eheheheh... 

Mesti best la.. inshaAllah, kalau umur panjang dan Allah izinkan. 

Jika umur dan jasad tidak mengizinkan, aku redha! Allah meletakkan yang terbaik buat aku.

Allah memberi aku apa yang aku perlu.
Allah gembirakan aku saat aku memerlukannya.
Allah memberikan apa yang aku minta ... memberi saat aku sangat-sangat mengharap.
Dialah Tuhan yang membuatkan aku selalu malu padaNya kerana sering meminta-minta tetapi masih jauh membaiki amal ibadat. Ampuni hambaMu yang hina ini.

Ya Allah. Rahmati mereka semua.

Monday, May 27, 2013

Karya: Lukisan Free Dari Dunia Maya

mantap lukisan free ni..... bukan aku yang lukis... tapi yang penting, aku dah bagi lukisan ni pada pengantinnya..


26 hb May 2013... alhamdulillah. Settled.

Wednesday, May 22, 2013

Hari Yang Berat


Ampuni dosaku Wahai Tuhan Yang Sentiasa Memahami Hati hambanya.

Beberapa hari ini, ia terlalu berat.

terlalu berat sehingga ia mengganggu kehidupan dan fokus aku.
Hmmm.. lagak gaya macam cool, tapi ia berat sampai dah tak mampu nak menutup setiap berat beban yang aku sendiri tanggung. Melalui reaksi , melalui suara dan melalui kerja.. nampak something wrong.

Mungkin ia masalah yang ringan buat orang lain, tetapi sebagai manusia lemah dan baru menapak ke dunia realiti, ia sangat mencabar dan amat dahsyat cabarannya.

beberapa isu yang patut aku ambil ikhtibar :

1. Sentiasa memperbaik hubungan dengan manusia terutama yang berlainan jantina kerana ia sangat bahaya jika fitnah muncul.  Gossip.

Bahayanya jika ia berlarutan. Bahayanya juga bila cerita yang tidak berkaitan ditambah masuk.

2. Sentiasa menjaga kata-kata bila bersuara.
Cabaran buat aku yang memiliki kata-kata yang sangat menyakitkan bila suara keluar tika saat hati penuh amarah. Kata-kata pedih membelah hati yang tak 'berdosa'.
Hmmm.. Kalau dulu, aku boleh kata, " Jangan cari pasal dengan aku." senang kata, jangan jolok sarang tebuan.

tapi hari ini, " I need to change myself. " because... dont expect others to change themselves. Ia merumitkan if we expect and continue to expect bla...bla...

3. hmmm.. no idea.

Apapun yang berlaku, hari ini, aku fall sleep at 630pm as  my GCS suddenly dropped for certain reasons. Unconscious for 3 hours.. at 930pm , saw my hp clock.. 6? or 9? ... pusing2 jam.. alamak!! Jam 9 lebih dah! Allahuakhbar.. tak sempat nak merempit p masjid berjamaah. Dua waktu solat burnt.

qadha maghrib lah nampaknya.

Sempat dinner lepas solat dengan housemate.. fuhhh lapor ++..
Alhamdulillah, sempat makan juga hari ni. Yang penting hari ini tak ada sebutir nasi yang sempat aku jamah melainkan kuih/kek/biskut dan daging. hehe...  Its OK. Nasi is not my favourite pun, sebab sejak kecil prefer makan roti je.. cuma certain time need nasi  mungkin ia genetik anak Malaysia.

Well, apapun yang berlaku,

Aku berharap gossip/yang mungkin fitnah/ yang mungkin kisah yang ditokok tambah/ pembocoran amanah/ ... aku berharap Tuhanku.. Ya Allah lindungi kami daripada kejahatan duniawi. rahmati kami dan ampuni kami dalam menuju padaMu.

Monday, May 20, 2013

Lirik lagu yang best gak!

Ni adalah lirik yang best gak aku layan... ahhaha...

Tak ada keje, tak mahu study.... tak mahu buat benda yang berfaedah... makanya... layan lagu..
susah nak berhenti drpd dengar lagu,.. ish.. geram betul!!

Layan... these words :

Ada banyak cara Tuhan menghadirkan cinta

Mungkin engkau adalah salah satunya
Namun engkau datang di saat yang tidak tepat
Cintaku telah dimiliki

Inilah akhirnya harus ku akhiri
Sebelum cintamu semakin dalam
Maafkan diriku memilih setia
Walaupun kutahu cintamu lebih besar darinya

Maafkanlah diriku tak bisa bersamamu
Walau ku sadar tulusnya rasa cintamu
Takkan mungkin untuk membagi cinta tulusku
Dan aku memilih setia

Seribu kali logika untuk menolak
Tapi ku tak bisa bohongi hati kecilku
Bila saja diriku ini masih sendiri
Pasti ku kan memilih … kan memilih kamu


1st photo
Thanks.
Hmm masih aku simpan.. sebab tak tahu siapa pelukisnya.

Saturday, May 18, 2013

180513 Yb datang tu!~

Bergambar dengan YB Dun Semerah! YB Ismail.. eheheh Jiran sekampung.. Dia baik! Sempoi. Smart!
Always jumpa kat surau kampung... Dia baik lah yang penting. Tak sombong.

2x Tahniah aku sempat ucapkan semasa 1st time jumpa tadi dan sebelum dia balik. :P

Bangga seyy! Yb dtg majlis kitarang. :)
Dah macam bapak ngan anak lah plak aku tengok...

kat sini, memang bapak ngan anak! :P


Yezza!

Lotih nak type panjang lebar,walhal banyak idea la ni nak tulis.. biarlah rahsia.

p/s: Terima kasih Ya Allah, kau berikan aku sahabat-sahabat yang mampu mengajar aku erti suatu perjalanan.. Hidup bermatlamat!

17 May 2013

Tarikh keramat!

Kepada saudara kembar aku. Kembar tak seriras!


Semoga perkahwinan ini(EMI and EENA) membawa rahmat buat kamu dan kita sekeluarga.


Monday, May 13, 2013

Karya : PseudoSakura



Tak dapat pergi Jepun pun tak apa, bunga depan rumah pun dah macam pokok Sakura. :P

Semalam , ada kenduri di rumah, memecut aku ke rumah... adesh, lepas oncall, terus tidur.. keletihan.
Bangun tidur terus balik kampung. hmmmm

As usual, shot a few photos...


" Kekuatan bukannya lahir daripada sebuah kejayaan, kesungguhan dan usaha keras kita yang mencipta kekuatan. Bila kita melalui cabaran demi cabaran dan kita tidak mengalah, itulah defini kekuatan! "

Dont be sad ! La tahzan! hihihihi...

YEah! dush!!  Jahat x? In this film : act like poyo!

Friday, May 10, 2013

Catatan : Dihargai atau ...

Ini adalah antara hadiah daripada seorang pesakit yang aku turut terlibat dalam  menjaga.
Pergh, baik giler  pesakit muda ini. Boleh kata dari A-Z yang terlibat dalam merawatnya, dia akan bagi hadiah.
Kemurahan itu pasti Allah balas.
Dia bagi kain... hahah, aku pun diberi kain, aiseyy... nak bagi siapa ye? Awek aku setakat ini banyak lagi. Tunggu tinggal satu... baru boleh bagi. Settled.



Ini adalah kata-kata pesakit tersebut dalam kad yang diberi. Hmmm.. Nampak smart! So, aku copi.. just copi and paste.
Orang lemah BI, belajar dripada yg power.

Well...........
Tuhan menjadikan kita dengan sesuatu yang kita tak akan faham tanpa penelitian yang baik.
Maka, berusahalah memahami.

Aku pun tak berapa faham,
tapi.... tugas aku memahami.

Tuhan,
Sesungguhnya aku telah menzalimi diri.

Hari Terpecah rahsia


Alhamdulillah,

masih ada lagi sisa kehidupan dan rezeki hari ini.
Entah bila aku akan pergi, aku pun tak tahu.

Bukan give up dengan kehidupan tetapi khuatir diri belum cukup menghadapinya! Risau.

Ilmu di dada masih berkurang. tempoh dua minggu ini yang sungguh berat. Satu cabaran muncul, timbul cabaran baru lagi. Adesh... Lemahnya diri.

Yang selesai, kembali bermasalah. Yang bermasalah, makin bermasalah. hmmm

Yeah! Hari ini aku rasa slow sikit fungsi otak. Seolah jam di trafik minda aku.
Nampaknya kena recall balik ilmu yang aku belajar!!! Berkarat!

Setelah habis melihat pesakit di ward dengan bos, aku pun join makan tengahari bersama bos.
Satu persoalan demi persoalan Bos aku tanya .. sampai di giliran aku. hmmm
Aku terhonest plak! Adesh. Kantoi. Aku menggali kubur buat diri!! yesza!

Now, at this stage! regretful!
hmmmm.... Just go on!

Teruskan perjalanan.... is akan rumit. Ia akan menjadi mencabar.

Prepare for trouble, make it double!
Allah ada !

Thursday, May 9, 2013

rehat

ALHAMDULILLAH,

Masih lagi mampu menjadi waras setelah habis pilihanraya.. ahhaha

Giler punya GE 13. Rosak angka favourite aku disebabkan black out. Ok abaikan.

Hmmm.. dah dua minggu hati bergelumang dengan macam-macam keadaan.

Problem yang memang ada, problem just develop dan mencari problem.
Apapun masalah yang mendatang, ia memang rumit. Rumit buat hamba yang selemah aku. ehhe

hmmm..

Semalam habis kerja ,oncall sangatlah tak letih sebab cukup tidur. Sampai aku sendiri tak sanggup nak tidur lama-lama. Aku bangun dan jalan-jalan satu hospital mencari kerja kononnya. hahah.. poyo.

Hmmmm...
Petang, lepak makan kat elephan bean??? Bendalah apa? Huhu.. aku pun tak tahu sangat.. bila p kat wetex Muar, baru aku perasan ia ala-ala kopitiam, hmmmm layan je... makan dengan member. Free kot. :P
Thanks alot.
Cuma belum try makan baskin robin. huh.. Macam budak2 je.  adesh.. Xmacho langsung.

Well, today off.

hmm ingat nak jalan-jalan Muar naik kuda biru aku.. ahahah vroooom!!

thats all.

Monday, May 6, 2013

Karya : Dunia

Ikhlaskan hatiku

This photo dedicated to my 'member sekolahku'' yang memang tak akan jumpa nama sekolahnya.
Semoga kamu terus kuat menempuhi cabaran. Semoga sembuh daripada ujian yang amat berat. Semoga Allah menjagamu dunia dan akhirat!


All rite!

Tenangkan amarahku...

Thursday, May 2, 2013

Mula Hikmah Ini 020513D

Alhamdulillah..

Bila aku berjalan di lautan bakau di tanjung Piai, bertemu aku dengan signboard ni.

hmmm Hanya tersenyum kerana ia seolah suatu bisikan.
Hakikatnya , ia hanya suatu sukar.






Sampai suatu ketika dulu, pernah aku berfikir, mungkin orang pandai dan hebat itu ramai kawan-kawan?
usaha dan berusaha sampai mencapai suatu takat.
Masih sama...
Melihat orang biasa-biasa ,mungkin itu yang terbaik...
Kurangkan dan sederhana dan menghayati perjalanan. 
masih sama.

Bertahan, sehingga hari ini..
Terus berjalan...
Mungkin hari ini, aku kena berusaha menghayati suatu perkataan " putus asa''
Namun,
"Batas asaku.

Sesekali tidak dan selamanya tidak juga untuk berputus asa padaMU."

InshaAllah.

Ya Allah, ampuni aku atas kezaliman aku terhadap diriku sendiri dan kezaliman aku terhadap yang lain.
Bolehkah aku berhenti di sini ,ya Allah? Perjalanan ini...