Saturday, April 27, 2013

Karya : InshaAllah 2013



Location : Teluk Wawasan on 27 April 2013

Karya : 270413 Flora dan fauna











Hela Nafas

Allahuakhbar....

Hela nafasku...

hmmm.. Life is complicated.
Allahuakhbar. Berat juga ujian buat hamba ini. Terasa berat tetapi ia adalah ujian masing-masing. Bahagialah orang yang dapat menjalani ujian dengan tabah! Aku hanyalah insan kerdil yang selalu merungut dan ...

Hmmm.. Hari ini, baru sempat menulis.
Alhamdulillah.

Dah dekat sebulan, seorang member 'sekolah' aku ini masuk ke hospital.  Adesh, susah nak explain, bukan member sekolah pun tapi nak pendekkan cerita aku cakap je lah member sekolah. Maaflah membohongi semua. Aku terpaksa untuk memudahkan kerja.  Walaupun tak sesekolah tapi kita member 'sekolah'. Aduih.

hmm Apapaun,
Semoga Allah merahmatinya dan memberi kesihatan yang baik padanya. Memberi kekuatan dan kesihatan untuk menyempurnakan tanggungjawab dan impian dunia dan akhirat. InshaAllah.


Masalah satu masih dalam follow up.
Dalam masa sama, muncul masalah lain dari dua penjuru. Di mana harus aku tuju ,aku pun tak tahu. Yang aku tau.... diam saja. Do what you think better for you.

hmmm. Matlamat hidup.. cabaran pula.. hmmmm.. macam macam. Ortho? Anaesth? A&E? hmmm entahlah nak ambil mana ni!! ortho kot.. walaupun aku tak power, tapi Allah will help me. I believe !


Tuesday, April 23, 2013

KARYA : TERUSKAN PERJUANGAN KEHIDUPAN.



YOU ARE ONE OF MY BOOSTER !

SEMOGA ALLAH BERKAHI KAMU.
TERUSKAN PERJUANGAN MENEMPUHI UJIAN KESIHATAN!
DONT EVER GIVE UP ! JANGAN MATI SEBELUM AJAL!

ALLAH ADA BERSAMA KITA.

Ku berserah


Alhamdulillah, sempat menulis walaupun dah lewat malam.

Yeah! Mengantuk.

hmm.. cuma peringatan buat aku.

hadapi realiti, dan teguhi iman dengan amal.
Teruskan perjuangan. Keluarkan diri dari satu pemikiran yang membelenggu diri dari suatu kemajuan.

Ya Allah, ampuni dosa-dosaku jika amal ibdahku masih ada sisa-sisa kasihkan makhluk. Sesungguhnya, aku hanyalah hambaMu yang lemah. Aku mendamba cintaMu dan menyayangi orang-orang yang menujuMu.


Bantulah aku dalam menujuMu.

Sunday, April 21, 2013

Karya :Memburu Alam

Bunga bukan sekuntum , kumbang bukan seekor. Yes, dalam berkuntum kuntum bunga, satu kumbang pun aku tak jumpa... mana depa pergi? tak leh nak shoot gambar! hihi

Alhamdulillah....

Masih aku bernyawa hari ini untuk menulis, dapat juga aku habiskan kerja pagi ini...
Dapat bertemu sahabat-sahabat yang menceriakan hidup.
Dapat bertemu parents setelah pecut balik rumah tengahari ni, hmmm nasib sempat solat Zohor kat masjid  kg sendiri. Smartlah timing! eheh Dont try at  home again! hmmm.. Xbaik betul habit ni..hmm merempit ke masjid.

Hmmmm.. Alhamdulillah, lahir lagi baby kambing kami bela. Alhamdulillah.

Semoga Allah berkahi perusahaan kami. Semoga Allah membantu keluarga kami dalam usaha ini.

Hmmm hari ini, mood study hilang, totalli...sampai kini aku tak buka buku lagi. Otak bercelaru. Hmmm Macam ada sesuatu yang tak kena........

Yes...
Banyak yang aku fikirkan...
Ia amat berat.

hmmm..
Ada kala kita ingin membantu orang tapi masalah sendiri terabai...
tapi ini bukan alasan untuk membantu yang lain.
Bagi aku,
keikhlasan kita mengundang sejuta makna dalam penyelesaian masalah sendiri.
Tuhan Maha adil.
Dia memberi klu-klu yang kita akan faham kemudian hari.

Ada kala persahabatan itu indah,
ada kalanya ia diuji sepahitnya...
Namun,
Hadisnya jelas.



tetiba muncul makluk hijau ! can see that?
Hebat... Tumbuh di atas batu.

Peringatan untukmu dan juga diriku.

Friday, April 19, 2013

Dua bungkusan : Karyanya...

hmmmm,, Gambar dalam blog menjadi mangsa lukisannya. Terima kasih.

3 keping lukisan besar plak tu.. Mesti mahal kalau aku aku nak beli. Inikan pula dapat free... MashaAllah, pemurah sungguh insan ini.


Beberapa hari lalu, aku beri dua buah buku buat sahabat yang baru aku kenal. Walaupun dia mampu beli sendiri tapi pemberian lebih bermakna daripada membeli sendiri. Itu hakikatnya.

Hari ini, dua bungkusan sampai daripada seorang misteri ini. Siapakah dia... di manakah dia sebenar. Hmmm Hanya Allah yang tahu..

Alhamdulillah, Allah pertemukan aku dengan orang-orang yang baik,sahabat dan saudara yang baik. Semoga Allah rahmati mereka. Semoga aku belajar menjadi baik seperti mereka juga. inshaAllah.

Pagi ini dan lagu

Alhamdulillah,

Pagi-pagi lagi dah layan lagu Nasyid Opick : http://www.youtube.com/watch?v=qhV8nB7GbNE

Sekali pandang  diri aku, rasanya tak mustahil ramai yang akan cakap, aku mesti suka lagu Nasyid. Pengarah hospital pun pernah tegur aku macam muka orang2 nasyid. Realitinya, aku kenal raihan ,rabbani dan hijaz  secara superficial dan lagu-lagu popular saja. eheheh... Minat muzik tapi.... hari ini belajar untuk membataskannya sebab semakin lama belajar agama, semakin banyak yang aku kena jaga sebab lagu-lagu dan muzik banyak membawa kepada kelalaian jika tersilap langkah.

Yeah, memang giler lah senang cakap kalau dalam kereta aku xda dengar muzik. Mesti nak buka lah satu dua lagu.. ahaha.

"Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu"

Bila dengar bait-bait tu, terasa semangat untuk hidup. Hidup selalu diuji. Ada kala ujian membatalkan usaha untuk kita melakukan kebaikan yang lain. Hakikatnya, jika kita berniat untuk lakukan kebaikan, JUST DO IT, memang akan diuji  untuk melihat betapa kuatnya niat kita.

Dulu kini dan selamanya, masih juga layan lagu-lagu orang puteh.. linkin park, bruno.. hmm hari tu, ada seorang  budak sekolah agama tegur, 'Ganasnya pak cik ni"... dah lah panggil aku pak cik, pastu kutuk aku. haha..  hakikatnya... zon perubahan. Sabar ye anak muda, pak cik akan slow2 jadi orang soleh. PEACE!

Pagi ni lepak kampung,
Makan lontong di warong jap dan snap gambar ni. Yeah, kambing hitam. 'kesian dia' dengan gelaran dia. Bapak dia dah kena jual beberapa bulan lalu. comel je gelagat dia. Ini anak kambing yang baru lahir.. biasanya kalau aku dapat berita gembira, kambing beranak, aku balik BP terus dari Muar. Saja tengok... tapi kali ni, xsempat pula sebab kerja memanjang. Pagi ni baru ada kesempatan.






yeah. Jom study, terasa kosong dan banyak ilmu yang perlu aku timba lagi memandangkan aku ni bukanlah genius dan bukan seorang yang cepat tangkap. Kena usaha lebih.

InshAllah.



Thursday, April 18, 2013

Borak pagi : If, i am not a Dr?


Alhamdulillah, aku masih bernyawa hari ini.. pagi-pagi lagi dah update blog. Kerja tengari, hmmm so, sementara otak ni p exercise dalam kotak cranium, aku p update blog dulu, panaskan engine.. hehe

Semalam masa menanti kes pembedahan tulang, sempat aku type untuk tajuk :

"Jika Aku bukan Apa yang aku ada sekarang "

Hari ini aku ditakdirkan bekerja sebagai doktor. Alhamdulillah.
 Suatu pekerjaan dan juga amanah.
Mengapa aku kata pekerjaan dan amanah?

Pekerjaan sebab aku memerlukan untuk mendapatkan rezeki Tuhan. Samaada rezeki duit,pengalaman, dan sebagainya.

Amanah?
Sebab bidang ini bidang yang aku tak jangka dapat kerana banyak kelemahan yang aku ada, sepertimana aku pernah ceritakan dulu... Lemah bahasa english, poor communication skills, no confident, penakut.. Haha... Semuanya mengIMPossiblekan aku menjadi dr. Tapi Allah tetap berikan juga. Aku pun tak tahu.. Yang Aku tahu, Allah selalu menggembirakan hati aku dalam kesedihan . Dia selalu ada. Maka, aku di sini dengan mambawa amanah . Kerana Tuhan tahu aku mempu lakukan.

Sampai suatu ketika ,hidup seumpama mendayung sampan di lautan... Sukar mendapatkan klu.. Bergerak mengikut hati. Syukur padaNya aku menemui insan2 yang baik dan sentiasa mendoakan aku. Ketika itu, seumpama mendayung di tengah kegelapan malam yang disinari bintang yang memiliki buruj petanda dan bintik-bintik cahaya malam yang hadir memberi suatu harapan.  Itu pertolongan Tuhan.



Hari ini tiba masanya aku berbakti ...

Jika aku bukan doktor?
Mungkin aku seorang cikgu? cikgu agama kot,ustaz? ahah.... Cita-cita yang aku impikan bersesuaian dengan diri. Tapi itu pun kena kutuk dengan cikgu sebab result SPM bagus tapi tak pandai cakap. Hari ni, xpayah suruh cakap,aku tak benti nak bersyarah..ahahah...

 Jika bukan cikgu? Petani ?
Mungkin. Itu idaman aku. Bercita-cita memiliki sebuah ladang ternakan esp kambing..eheh ikut sunnah Nabi. Kambing binatang bijak. Itu yang aku faham. Hari ini aku dah berjaya mengubah persepsi keluarga, tanah sekangkang kera telah aku buktikan mampu menternak kambing secara kecilan dulu sementara mengumpul aset yang lebih besar. Sampai bila? Entahlah.... Actually, aku hanya bina aset buat famili, sebab ia bisnes jangka masa panjang. Andai aku tak ada...maka...ia ada. Menjadi aset famili...

Tapi... ketika memilih kursus pengajian dulu, aku lebih prefer menjadi researcher... sebab ia bersesuaian dengan character aku. tapi tergerak hati untuk memilih kursus yang paling maksimum mampu aku cuba... maka kursus Perubatan aku pilih.. USM-UKM-UM.. Aku dapat USM ! Aku tak se'homesick sangat pun dan terlalu sedih sepertimana aku kena masuk MRSM.. sebab kat USM aku bebas nak study dan tidur. Haha. tapi.... bila memilih kursus perubatan, aku dapati dunia aku telah ditawan oleh kuasa luar biasa yang mengubah diri aku. Segala kelemahan aku diperbaiki - Alhamdulillah. Bayangkan orang yang penakut dengan darah akhirnya terpaksa bergelumang dengan darah, orang yang tak tahu bercakap terpaksa bercakap... dan orang yang takda keyakinan dipaksa membina keyakinan.

Alhamdulillah.

Tapi.....



Andai aku bukan di sini?
Masih ada lagi ke rakan2? Sahabat?
kenalan yang hari ini bersama atas nama dan pangkat aku sebagai dr. Memanggil aku doc,dr..... Adakah mereka ada lagi?.... Huh... Sigh....

Pernah Rasulullah s.a.w. ditanya oleh para sahabat, “Apakah ciri-ciri seorang manusia yang boleh dijadikan sebagai teman yang baik? Baginda s.a.w. menjawab (dengan maksud), “Dia adalah teman yang bersama-sama membantu kita ketika mana kita mengingati Allah s.w.t. dan dia jugalah yang memberi peringatan kepada kita ketika mana kita alpa dan lalai dalam mengingati-Nya”.
Apapun kurniaan Tuhan, aku terima. Redha.

p/s: 8 April lalu, genap 26 tahun. Kembar aku dapat hadiah kasut mahal. Aku dapat apa? ahahaha.. Aku dapat wish je.. Sebab awek aku xda kot. ahahah..  Tapi mak aku kata nak belanja sate kalau aku balik BP, tapi tadi malam baru je makan, lepak sorang-sorang sementara menunggu waktu Isyak... ahahah... Lepas tu mak aku doakan aku dapat jodoh cepat..hmmmm no komen. :) Ni mesti kes kembar aku kawin 26 May ni.. aku plak yang menjadi mangsa keadaan, ramailah sedara mara yang serang balas.. " Kembar fadzli dah nak kawin ni, fadzli tu bila?" Adeshhh... Mana ci macam ni, boleh tukar soalan or kenyataan tak? Suggestion ayat aku... " Fadzli tu tak kawin lagi, kenapa kembar fadzli tu kawin awal?".. ayat ni sedap sikit walaupun realitinya... umur macam aku ni dah boleh ada anak satu dua.heeheh.. Peace!

Apapun... ucapan ulang tahun pun dah cukup. Terima kasih semua.

Hadiah daripada Allah 8 April lalu Maha Besar tafsiran dalam kehidupan aku. Alhamdulillah.


ini adalah gambar tengah dalam berat badan yang jatuh kepada 64 kg kot kalau tak silap.. Sangat kurus dan everything is loose... xsedap pakai baju.. tali pinggang memang wajib pakai la... longgar je seluar semua.

Saat ini adalah cuti baru tamat posting medical .. ward yang macam 'reban  ayam'' full house.. full with patient.. tengok muka aku pun tgh serabut... baru nk hidup balik setelah mengharungi ujian di posting yang dahsyat ... Allah juga penyelamat aku. Thanks Allah.

Wednesday, April 17, 2013

Kata-kata Hikmah : Cahaya Syurga


Ujian hidup adalah kasih sayang daripada Allah
semua hamba diuji dengan seadanya
tidak kira miskin ataupun kaya
akan mendapat mehnah yang selayaknya
tidak perlu berasa sedih hati dan berdukacita
terhadap kekurangan diri dan kejahilan yang ada
kerana Allah ingin menaik jati diri kehambaan
sebagai makanan iman santapan kerohanian
bersabarlah ketika diuji dengan berbagai cubaan
itu sebagai tanda Allah mengingati dan sayang.
Sayang Allah tidak terperi walau didatangi ujian yang memberatkan
semua itu kiffarah duniawi meringankan azab hari pembalasan..
orang yang sabar ganjarannya tinggi disisi Allah
pahala besar Syurga menanti di Yaumul Qiyamah
Banyakkan istigfar mohon keampunan
redha dan pasrahlah dengan ketentuan Tuhan
tiada suatu yang Allah jadikan dibumi Tuhan
melainkan disitu ada hikmah rahsia alam
bersabar dan bermuhasabahlah
ingatlah tugas kita sebagai khalifah
kuasa,pangkat serta gelaran yang ada ditangan
bukanlah untuk dimegah-megah dan dibangga-banggakan
sebaliknya itu adalah amanat dari Allah
yang bakal dipertanggungjawabkan dihari pembalasan
gunakanlah ia untuk mentaati suruhan Tuhan
agar kita selamat dari bencana dan musibah ujian
dan beroleh ketenangan dan kedamaian yang berpanjangan..
adakalanya air laut melambung kedaratan
adakalanya air sungai memenuhi ruangan taman dan jalanan
adakalanya gunung memecahkan batu berapi diperkampungan
adakalanya tanah mengeluarkan bebanan keruntuhan
semuanya ini adalah tanda kekuasaan Tuhan pencipta alam
semuanya berlaku mengikut kehendak Tuhan
dirancang sejak azali sebelum terciptanyaAlam
mungkin kita terlupa tujuan kehidupan insan
bahwa hidup dan mati adalah untuk Tuhan semesta alam
kemudian Allah beri tazkirah peringatan melalui bencana alam
agar kita sedar ingat dan kembali kepada Tuhan..

by : 'Mawar Hijau'

Tuesday, April 16, 2013

Karya Pelukis yang aku kagumi juga !





Ni Gambar yang aku ambil by kamera... 





dari asa yang tertinggal
dari hati yang berbekal
pagi ini..hanya aku yang tahu
mawar hijau mekar menakjubkan
angin riang menyayikan
embun galak menitiskan
nafas...masih hebat kuhela..
dan hari ini..masih lagi aku disini..saat ini..ketika ini..detik ini..


Komen pelukis pro terhadap karya aku   : Dealova

"kebetulan saya juga adamelukis mawar hijau..bagi saya cerita yg ingin disampaikan lebih penting dari imej yang ingin ditonjolkan,,,maksud yang tersirat(pengisian) didalam setiap cerita dalam lukisan perlu lebih baik dari gambar yang ingin dipersembahkan...kalau doktor tengok lebih banyak lukisan amatur..lukisan mereka simple..coret-coret je..tapi isinya kita boleh faham...lukisan boleh diibaratkan pesanan tanpa suara..suara tanpa rupa,..diam tapi berkata-kata...menyentuh tanpa merasai...kerana itu setiap lukisan sebenarnya tiada istilah budak tadika...kerana setiap lukisan walau orang lidi ianya tetap punyai cerita dan ada nilainya..macam kita tengok charlie chaplin...kita boleh ketawa hanya dengan melihat aksi walau tanpa suara....kerana yang penting adalah persembahan dan jalan cerita sesebuah karya itu.. "

Monday, April 15, 2013

Karya : Dealova

Masih bermain dengan berus warna... degil aku ini.. Arghh.. esok masuk OT-bilik bedah!! Study! InshaALLAH, lepas isyak ni.... inshaAllah. hait!

Tenang melukis dan mewarna... ia memerlukan kejujuran... selagi kita tak mampu jujur, ia akan dapat dilihat... Sebab itu , aku selalu melukis dengan cara aku untuk menilai diri yang selalu menipu diri.. eheheh.. :P

Mawar hijau...



they're just afraid of something they can't understand


Sunday, April 14, 2013

Karya : Cahaya Hati



"Ampunilah dosa-dosaku, dosa hambaMu yang selalu mengingkari arahanMu, Dosa hambaMu yang sering melanggar peraturan... mengharap sesuatu yang bukan sepatutnya. Ampunilah hambaMu ini, Ya Allah."

Berat nafas hari ini...
hmmmmm... menambah beban masa-masa yang ingin berlalu..
biarlah ia berlalu,
hakikatnya, semangat saja yang membara,
hati masih terikat,
akal mampu menipu memujuk hati,
hakikat hati tidak pernah tertipu, menyukarkan perjalanan...
Susah mana memujuk hati,
ada suatu yang membuatnya tenang..
bila mendengar kata-kata, "Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu"

Walaupun ia cuma lirik daripada terjemahan ayat-ayat daripada kalammu.... ia cukup menenangkan jiwa.

TuhanKu.

140413 bila diuji...

Alhamdulillah,

Masih bernyawa... masih aku diberi kekuatan untuk bersabar walaupun ujian datang seperti yang dijangka.

Yeah! Pagi-pagi lagi hati dicabar..... Hmmmm.. Nasib aku dalam latihan kesabaran, kalaulah aku ni tengah OFF bersabar, memang sedap r. huh................. Alahai, apalah sangat nikmat yang kau ada tu, bukan sepower mana pun. Tuhan menguji dengan sedikit pengalaman yang kau ada dan ilmu yang baru kau nak rasai, usahlah bongkak. Tergelak aku melihat orang yang bongkak dengan nikmat sementara... Dulu kau tu, bukanlah tahu pun, bila ada orang ajar dan kau dapat pengalaman, baru kau pelajari dan boleh menguruskannya. Moralnya, sedarlah diri....

yeah, apapun yang berlaku... Ia adalah pengajaran buat aku. Tekad untuk menjadi manusia yang lebih baik, jauh lebih baik daripada semalam dan hari ini.
InshaAllah.

Tiada siapa yang mampu mengubah diri kita melainkan kita yang berusaha sendiri memilih untuk berubah!
Tiada petua yang berkesan melainkan kekuatan dan kesungguhan sendiri.

Siapa tak mahu jadi baik dan lebih baik.. semuanya mahu. Cuma rasa give up, lemah selalu menjadi penghalang.

Aku sendiri tiada apa yang mampu aku bantu untuk orang lain melainkan usaha kecil,demi kebaikan bersama. Aku tahu, kuasa untuk berubah hanya pada pemilik badan. Kuasa memberi hidayah adalah Allah. Namun, sekecil-sekecil aku, sehina-hina aku, selemah-lemahnya aku... aku akan terus berusaha.

Kita semua bersaudara. Islam membuatkan kita semua ada suatu ikatan ... cuma , mungkin tak semua kita mampu bantu, tapi lakukan di mana kita rasa kita mampu.  Selebihnya , tawakal.

Saturday, April 13, 2013

Karya : Grenade


Senyum...

Layan lagu grenade tuuu.. ehehe.. lagho...

hmmm.. Aku pun xtau plak grenade is this...







Hmmm... dah lama xmelukis, bila dapat pegang berus, terus gatal nak mewarna, walaupun tak secantik mana,seperti karya insan seorang tu yang boleh lukis aku dengan mantap, tapi lukisan memberi banyak kenangan dan ia menenangkan jiwa.... hmmm.. poyo je kan.. hahah.. sometimes its' true.. partially true ...hmmm



Apapun, hari ini cuti! Tak study, tapi aku baca buku ni....entahlah, hati terasa tak tenang, jantung berdegup terasa sampai aku bermonolog, kuatnya degupan jantung.hmm Palpitation. hmmmm not really ..
Mungkin ia petanda sesuatu yang aku kena fahami. eheheh.. seramnya. :)


Terbaik

Friday, April 12, 2013

Tak Semua.....



Benar,

Tak semua kita mahu itu baik untuk kita,
Tak semua yang datang itu, buruk buat kita.

bersama kepayahan, ada kemudahan.


Kita dilahirkan dengan pelbagai kelemahan,
Memang ada banyak kekurangan,
Tapi semua kelemahan itu Allah telah beri kita panduan untuk kita perbaiki dan menerima dengan cara yang terbaik.

Quran dan sunnah.

Itulah panduannya.

Jangan kerana 'genetik' itu kita salahkan TUHAN. Tuhan menguji, kita kenalah berusaha. Memang payah, tapi berusahalah. Wahai diri.....

Gambar : Ketika Di Posting Bius.

Beza lelaki dan wanita... hahaha fokus bila ada teaching, bukan gossip.. ahahahha Gurau  je! Aku tengah berlakon  sementara bos tengah jawab telefon, aku sempat bergambar, bukan kerana tak hormat, tetapi kerana bos Cool dan untuk kenangan masa depan.

Suatu masa kita mungkin tiada lagi, may be this is for a memory.


Alhamdulillah,

ICU.... OT..... Bius... Anesthesiology....

Wah! hari ini sangat best sebab hari jumaat, esok cuti!!!

Hmmmm.. tapi ada je kisah best dan tak best. Yang penting, aku kena study dan study untuk baiki kelemahan!

Yakin!

Inilah gambar aku di bilik seminar.
Rakan sekerja yang best-best..... OK lah.. ada yang OK dan ada yang kurang. Itu biasa.

Yang penting, aku mahu menjadi manusia yang sentiasa membaiki diri dari masa ke semasa. INshaAllah.

Hmmmm dalam ward ini, selalu aku terfikir, bagaimana agaknya pesakit aku yang dah stabil keluar dari ICU.. rindu plak aku ni. eheh..

Apapun, Semoga Allah memberkahi mereka. Kita ada hambaNya.

Thursday, April 11, 2013

Hati Mereka...hmm


Tuhanku,

Ampunilah dosa kami.

Sepanjang kehidupan ini, dalam dua tahun ini, banyak pengalaman diperolehi.
Dunia doktor amat dahsyat impaknya dalam kehidupan aku. Bukan kerana pangkat atau gaji.

Muar Hospital.... menjadi tempat bersejarah bagiku.

Doktor adalah pekerjaan yang penuh dengan amanah!

Rahsia pesakit.
Hidup dan mati pesakit.
Pesakit dan keluarga.

Aku hanyalah seorang doktor pelatih biasa yang banyak lagi tak tahu.


Doktor atau bukan, kita semua adalah sama.
Kita mempunyai hati dan perasaan.

Nafsu adalah kekuatan yang sangat dahsyat dalam hati ini. Sama ada nafsu baik atau jahat. Bila ia berkuasa, maka diri kita akan ditumpaskan!


Kerja sebagai doktor banyak mengajar aku kisah manusia yang terperangkap dalam NAFSUnya sendiri.
Sedih dan hampa melihat saudara seislam aku hanyut dan rosak kerana nafsu.

Kes zina, hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa nikah sah tersangat lah biasa. Sampai ada yang aku jumpa sudah mengandung kali ke dua?? Anak luar nikah.

Malah, ada yang tak tau dia mengandung, dan datang ke hospital sebab perut sakit dan bila check, baby nak keluar dah. MasyaAllah,  dahsyat sungguh UMAT hari ini.
Mak ayah buat tak kisah saja. Malu hanya sementara. Seolah menganggap ia normal. hmmm


Aku pernah bertemu pesakit :seorang pesakit yang di  diagnose PCP-Pneumocystis carinii pneumonia (penyakit paru-paru berkuman yang biasanya dihidapi oleh pesakit yang sangat lemah imun sistem). Siasatan lanjut mendapati, pesakit ini menghidapi HIV.

Bila ditanya... apa punca jangkitan HIV, rupanya dia ada melakukan hubungan seks sejenis. Bukan satu dua kes saja... tapi banyak. Malah, ada juga melakukan hubungan dengan dua jantina berbeza.hmmm...Sedih. Lelaki Melayu ISLAM.... Saudaraku sekalian. hmmm bila waktu melawat, muncul pula kaum lelaki aneh berkelakuan perempuan datang dengan 'jamaahnya''. Baru aku sedar, betapa ramainya manusia yang mungkin memiliki nafsu sebegitu. Kahwin belum menentukan nafsu juga, kerana ada banyak kes yang dah kawin tetapi melakuakn hubungan terlarang.

Dimana kekuatan ? Hati terlalu lemah melayan nafsu.

Benteng utama telah hancur. Ibadah solat bagaimana? Bukankah solat itu penyelamat kita?
Memang dahsyat kuasa nafsu, tapi hanya kita yang mampu mengubah diri kita.

Ingatlah wahai saudaraku,
-Berusahalah untuk menumpaskan nafsu jahat itu.
-Jagalah solat.
- Perbanyakan zikir.
-berdoalah.

Tiada petua yang mujarab melainkan kita sendiri yang bertekad untuk berubah! Semua orang mampu berubah. NAk atau tidak je. Allah itu adil. Dia akan menguji, tetapi dia tidak akan sia-siakan kita dengan ujian!Yakinlah.

Tuhan memberi peringatan buat kita, bahawa hubungan HARAM memberi kesan yang amat dahsyat!
contohnya jangkitan HIV yang akhirnya menyebabkan AIDS.

Inilah kurniaan kerja sebagai doktor. Segala peringatan Tuhan beri dengan baik dan jelas.



Namun, cukupkah aku dalam membantu merawat penyakitnya tanpa membantu mereka untuk berjuang melawan kesilapannya?

Aku sendiri tertanya, aku sendiri tiada kekuatan untuk membantunya melainkan mendoakan mereka  agar ALLAH memberi kekuatan untuk terus berpegang pada tali Allah, menyedari diri yang lemah dan sedia berusaha menjadi umat Muhammad yang terbaik. Semoga Tuhan melindungi mereka daripada kesilapan lagi dan memeliharanya dunia dan akhirat.

Pesakit aku, bukan  sumbangan yang aku minta.. biarlah mereka melupakan aku sekalipun, tapi janganlah mereka melupakan Allah. Semoga Allah merahmati mereka.

Anda mampu berubah, inshaAllah. Tuhan menguji. Tuhan akan bantu. Percayalah.

Sejak kecil lagi, bila aku tiada keseorangan, ketakutan, aku selalu yakin, ALLAH sentiasa ada untuk membantu aku. Dalam tangisan aku, kerana lemah.. DIA selalu ada memberi kegembiraan dalam saat yang aku tidak mampu tafsirkan. Terima kasih Ya ALLAH mengurniakan peringatan dalam persaudaraan.

Yakin Hari Esok Lebih Baik



Syukur padaMu yang memberi nikmat suatu pertemuan,

Maafkan aku jika keterlaluan dalam suatu persaudaraan sehingga membenci suatu perpisahan.
Apapun yang berlaku, hari esok adalah lebih baik.

Tuhan menguji, harapan dan permintaan biarlah untukNya.

Allah maha Adil.

Walaupun kita merasakan ada kenangan indah suatu ketika dulu, tapi aku tetap yakin,esok lebih baik.
Jika diminta untuk berpatah balik ke belakang,masa lampau... cukuplah, aku tidak mahu... aku mahu meneruskan perjuangan aku di dunia.

hmmmmm... Yeah!


p/s: argh.. mengantuknya... masih tak terbalas oncall punya ngantuk.. sambung tidur! hahaha.. SOB lah plak malam ni.. adeshhhh.. SOB yang mencengkam dada.. but no other angina sx...haha. :)

Wednesday, April 10, 2013

Karya : Hijau Daun



Fuhhh... Mood nak kembali bermain warna air dah kembali.. ahahah.. walaupun tak sehebat pelukis profesional or amatur sekalipun, tapi aku tetap nak melukis juga. eheheh

Sebabnya, ia lukisan yang menyimpan pelbagai rahsia.

Dah berbulan-bulan aku beli warna air dan kertas/drawing book.. tapi tak ada kesempatan.

Apapun...  the spirit stays with you.............

hmmm Bila ada kelapangan, maka inilah kerja aku.. photo-lukis- jalan-jalan ke laut.. jalan-jalan ke lembah alam...hmmm tapi aktiviti melukis sudah jarang sebab aku sendiri tidak berapa hebat dan tak berapa ada kesempatan...

Yeah! Alhamdulillah. Berjaya juga menghasilkan karya sendiri...

Ward Bius ICU dan Aku

Alhamdulillah,

Setelah sekian lama aku tidak menulis apa-apa tentang kehidupan kerja aku, cuma beberapa hari ini, aku terasa ingin menulis.

Banyak kisah yang baik dan yang kurang senang aku di sini.

Hospital Muar! Doktor Fadzli ! Doktor Fadli ! doktor Fadeli ! Doktor Li ! macam macam panggilan dan ejaan... Semuanya kenangan.... dulu, hari ini dan mungkin masa depan.

Buat seketika ini, aku berada di ward Bius atau Anaethesiology ...Fuhhh.. Ward yang boleh dikatakan menakutkan sewaktu aku awal bekerja dulu.

Ward ini aku rasakan hanya untuk pekerja  yang hebat-hebat belaka. Tapi hari ini, aku dah menjejakinya. Hahah kira hebat gak la ni? ehehe.. Tak lah, kita semua sama.

Alhamdulillah, aku terasa banyak benda aku belajar di sini .

Setiap hari  ada diskusi tentang teori dan praktikal. Alhamdulillah. Otak aku akan sentiasa bergerak dan berfikir cerdas.

Berbanding di ward medikal, aku lebih tertumpu pada kerja, yang lebih memerlukan tenaga berbanding akal. Mengapa? Terlalu busy dengan ambil darah, buat itu ini, isi borang itu ini.. argh!! letih...

Fokus hari ini......

Aku di Ward ICU, Hospital Muar!  Bukan sebagai pesakit tetapi sebagai pekerja. hahaha.. Manalah tau, suatu hari, aku plak yang kena masuk sini sebagai pesakit, tiada siapa mampu menduga.

hmmm.. Apa yang aku belajar di ward ini:

First word for this posting (After completed day 1)  : Alhamdulillah.

1. Allah mengajar aku banyak benda, terutamanya erti sebuah persaudaraan.
2. Belajar untuk bercakap dan berdiskusi.
3. Belajar untuk Yakin.
4. Belajar teori medical.
5. Belajar berdikari.
6. Belajar mengenali kelemahan diri dan membaiki kelemahan segera.
dan... banyak lagi...

Oncall kedua hari ini.. letih sebenarnya aku. Sementara tunggu waktu Zohor, aku menulis untuk menghilangkan ngantuk. Tidur 2 jam malam tadi setelah siap kerja. Alhamdulillah, sempat berehat.

Teringat aku beberapa hari lalu, aku mengingatkan seorang pesakit " sakit pun, kita kena solat. Allah yang beri kita sakit, dia juga yang akan ambil balik." Pesakit di ICU, seorang pelajar Phd yang baru berumur  lebih kurang aku, 25-30 tahun.. hmmm tapi masalah kesihatannya menggugat jalan kehidupannya. Semoga dia terus sihat. Terserempak dua hari lalu, dia sudah mampu tersenyum segar. Alhamdulillah.
Ayat mengingatkan solat itu juga telah membuatkan aku untuk terus menjaga solat. Ia seolah menampar jiwa untuk terus menjaga ibadah. Bukan kerana aku menuduh dia tidak solat, tetapi ia sekadar peringatan untuk aku juga. Kita ada kelemahan masing-masing. Segala nasihat dan teguran datangnya daripada Allah.
sempat bergambar sebelum g kerja.. Jarang sekali ambil gambar masa  berpakaian uniform hahah.. Boleh plak pakai kopiah putih! Confirm kena pangkah! ahhaha tak pakai pun , orang panggil aku budak skema, ustaz lah.. walaupun perangai aku tak menggambarkan seorang yang skema dan ala-ala ustaz. hmmm.. mungkin aku antara orang yang pelik kot.. hehe tak dapat dinafikan. :)

" Apapun masalah kamu sekrang ini, kena kuatkan semangat. Teruskan kehidupan"
Ini juga pesanan buat pesakit ini yang aku rasa amat penting untuk dia menghadapi hari muka dengan keadaan penyakitnya. Terasa hati yang selalu mudah merungut dan berputus asa. Apapun, semoga pesanan buat pesakit itu juga adalah pesanan untuk aku juga. Tiada siapa yang mampu mengubah diri, sikap, kemahuan, nafsu dan segalanya , jika kita sendiri tidak tekad untuk melakukan suatu perubahan ke arah yang lebih baik dan ke jalan yang benar.  Ya! Pilihan di tangan kita!



Apapun, kisah di ward ICU ini sangat banyak yang menarik untuk dikongsikan, tapi ia tidak boleh diberi secara terbuka. Ia demi menjaga hak dan rahsia pesakit. Sebagai seorang doktor atau staff kesihatan, kami diberi kepercayaan. Tergamakkah aku untuk membuka aib pesakit aku kepada orang ramai sedangkan dia menaruh harapan kepercayaan pada aku?

Pesakit seumpama ahli keluarga sendiri, walaupun berlainan bangsa,agama sekalipun, mereka ada hak untuk dijaga!

Segala aib pesakit hendaklah kita simpan dengan baik. Bayangkan jika aib kita dijadikan bahan cerita? Malu bukan?

Semoga Allah memberkahi kebaikan yang kita lakukan. Sebagai seorang doktor junior, aku mendoakan pesakit aku semua kembali sihat dan terus kembali pada jalan kebenaran serta teguh menuju jalan Allah.Begitu juga diriku. Semoga kita semua menjadi doktor yang terbaik!
Balik kerja post oncall pertama aku di ward bius/anaesthesiology. Ward ICU. Fuhhh lega rasanya dapat balik rumah.. Ni aku bergambar di Hospital Batu Pahat, melawat kawan sakit. HPSF vs HBP./HSNI.

Terbaik!

Monday, April 8, 2013

Mood 'Malas'....



Arghhh.. lama giler tak pegang berus, water colour... adeshh.. tak biasa dah...

hmmmmm just santai melukis dan mewarna.... macam budak sekolah yang baru nak belajar meng'colour'.. hahah


Boss suruh study!! Aku p main-main. Esok kena soal tak tau jawab!! ahaha

Baik bos! Study jom!

hmmm  Sesak pula nafas tetiba dalam dua tiga minggu ni... entahlah.. macam ada sesuatu yang aku cari tapi tak jumpa... hmmmmm...

Belayar meneruskan kehidupan, tawakal. Tuhan memberi klu satu persatu... fahami.

Allah, Mengapa dadaku sesak seolah mendaki ke langitMU?
Berikanlah kuHidayahMU.
Ampunilah dosaku...

Fikiran yang bercampur baur. Allahuakhbar. Bila aku perlu membuat keputusan.

'' Doktor..." when your patient put his trust in you.

hmmmm.. InshaAllah.

Berapa lama lagi aku akan berada di Hospital Muar ini?.... masa dua tahun akan tamat tak berapa lama lagi...

Ingin stay di sini, tapi suasana sangat tak mengizinkan.. MUAR dan Kelantan banyak persamaan. Hanya Tuhan yang tahu rahsia di masa hadapanku.

Hari ini , aku dan mereka...

Dah tua dah... Umur 26 tahun dah! Sebaya lah kita! Selamat hari lahir kepada adik aku yang sudah menjejaki tangga umur 26 Tahun. Semoga tamat zaman bujang May ini ye dengan jayanya.


Alhamdulillah,
hari ini telah berlalu, kerja pun selesai untuk seketika.

Sudah hampir dua tahun belajar untuk menjadi seorang doktor yang terbaik.
Susah payah, hinaan,cercaan dan kritikan dijalani dengan penuh sabar, walaupun ada kalanya ia membaham pengumpan dan pencetusnya... Cukup mengajarkan erti suatu kehidupan.

Bidang yang aku fikirkan mustahil.
" doktor? Tak mungkin, aku tak ada duit yang banyak, aku tak fasih berbahasa Inggeris dan aku tak lah pandai mana. Lupakan saja. "

Inilah kata-kata aku suatu aku sekolah rendah dan awal sekolah menengah.
Akhirnya, ia menjadi bidang yang aku dapat hari ini.

Hanya Allah yang tahu. Complicated.

Hospital Muar adalah tempat permulaannya.
Di sini banyak sejarah dan banyak suka duka dan pelbagai perubahan dalam diri telah aku fahami. Banyak benda yang aku pelajari. Walaupun aku bukanlah doktor yang sehebat mana, tapi aku tetap mahu suatu perubahan ke arah yang lebih baik. Terima kasih kepada mereka yang sudi mengajar. Pesakit juga

Harapan seorang doktor, mahukan pesakitnya pulih segera.

Begitulah, perasaan aku juga ...

Sebentar tadi melihat seorang pesakit yang berumur lebih kurang sebaya telah kembali sihat, terasa seronok pula walaupun sebelum ini jarang untuk aku merasainya.

Pesakit yang mengalami masalah jangkitan paru-paru kerana sistem imunisasi yang lemah. Muda lagi. Tapi apa kan daya, penyakit telah menyerang.

Hari itu dia dimasukkan di ICU, aku sempat menjaganya. Ketika itu, sempat aku mengingatkan dia, " sakit pun kena solat ye. (sambil tersenyum tanda aku tak mampu melafazkan ayat nasihat kerana aku juga alpa). Tuhan yang bagi kita sakit. Kamu sekolah agama kan?( dengan niat, aku tak perlu lagi cakap panjang lebar, kerana pesakit ini memiliki ilmu agama yang mungkin jauh lebih baik berbanding aku). Ubat mesti kena makan. Untuk masa ini, kamu perlu kuat semangat! " Pesakit ini tersenyum . Aku hanya mengingatkan saja jika dia terlupa, jika dia solat, maka bahagia sungguh Rasulullah memiliki umat sepertinya. Semoga Allah memberi kekuatan padanya.

Melihat dia sudah mampu bernafas seperti biasa dan tersenyum, maka lega aku.

Apa yang penting, doa aku... untuk aku, dia dan semuanya.. Semoga Allah menjaga kita daripada tersasar dari landasan. Semoga Allah melindungi kita dan merahmati kita sebagai satu saudara . Amiin.


Yeah! esok oncall!

Anaesthesiology ! macam best! ahhaha banyak yang tak tahu dan banyak yang kena explore.

Walaupun aku doktor biasa, tapi aku akan berusaha untuk menjadi doktor yang lebih bersemangat membaiki segala kelemahan. Aku harap, semangat itu juga ada dalam semua pesakit yang aku temui ! Kuat semangat walaupun we have nothing  dan almost no hope! Just do it! Teruskan hidup!!! Menemui Allah dengan usaha kita menuju padaNYA.

Sunday, April 7, 2013

Karya : Indahnya Alam


Alhamdulillah,

Masih bernyawa aku di bumi Allah,
terasa takut  sebagai hamba Allah dengan umur yang ada , segala persiapan bertemu denganNya masih jauh kebelakang.

Apa yang aku siapkan untukNYA?

Seharian bekerja, sibuk dan penat.. ada kala ia melalaikan aku untuk mengingatiNYA.
Alhamdulillah, kepayahan seharian banyak memberi aku pedoman untuk sentiasa berharap.

Setiap hari bertemu pesakit, yang bermacam ragam.
Bertemu dengan perjalanan pesakit yang mungkin sama dengan diri ini,
bertemu dengan pelbagai perangai pesakit juga ahli keluarganya,
semuanya memberi aku suatu peringatan...

Tuhan Maha Adil,
Setiap peringatan diberi sebelum kita melakukan tindakan jika kita sedar,
Tuhan Maha Penyayang,
Rahmatnya selalu ada,

Alhamdulillah, kerjaya hari ini adalah amanah daripadaMu,
terima kasih atas nikmatMu.

... cuti minggu ini, masih lagi dalam keadaan yang tak berapa syook, sebab entahlah, ada beberapa perkara yang berlaku di hospital aku, sedikit sebanyak memberi aku klu-klu kehidupan dan memberi aku suatu peringatan untuk terus membaiki diri.

Hmmm.. Apapun yang berlaku, hidup mesti diteruskan. Belajar tetap belajar. Anaesthesiology! ICU! OT! argh.... seram sejuk je bila kena oncall. Sebab banyak tak tahu. Jadi, tips di sini, kalau tak tahu, sila bertanya! Chills! ahahah...

hmmm Benar. Itulah idea dalam kehidupan, tak tau , kenalah bertanya.


p/s:  Dah hobi berjalan-jalan melihat alam. Kamera pastinya alat terpenting dalam hidupku. Untuk merakam saat indah! Walaupun aku tahu, keindahan dunia tidak kekal. Pertemuan diakhiri dengan perpisahan. Mengapa perlu bertemu kalau kesudahannya terpisah? Ia menyakitkan. Tapi, itulah kehidupan. Nak sedapkan hati, semoga Allah menemukan kita semua di akhirat! InshaAllah.

Ya Allah, janganlah kau pesongkan hati kami sesudah engkau berikan kami hidayahMU.

Karya :Jendela

Nama karya atas ini : Jendela Jiwa Hakikat Kehidupan Tronx013

Aku tak tau plak ada nama pada karya ini, hmmm  baru tau. Dalam inbox FB tetiba ada dapat  hadiah istimewa ini. Entah sampai bila aku akan di'hantui ' dengan seorang misteri ini. hmmmm..

Apapun, cara persembahan karya kamu itu benar-benar aku kagum, Antara hijau dan biru... didasari kepingan papan.. nampak memori.

Ini perahu kertas yang aku baru je belajar nak buat.heheh.. Boleh  terima tak? hehehe aku tak power bab seni. Maaf. Ini pun tengok You  tube nak belajar seni. :)


Terima kasih.

Saturday, April 6, 2013

PadaMU Aku Berserah



Kehidupan,

tak semua perkara kita impikan kita akan dapat,
tak semua yang kita nak lakukan itu betul,

setiap langkah,
tawakal adalah keutamaan dalam mencari pedoman,
berdoa agar Tuhan akan membimbingi aku yang selalu buta dalam memahami erti sebuah kehidupan.

Tuhan,
benar janjimu,
benar adilMu.

cukup bagiku dengan sebuah pertemuan yang tidak dirancang,
cukup bagiku mengenali insan-insan hebat dalam menuju redhaMu,
mungkin mereka terlalu hebat,
mungkin ia suatu yang terlalu sukar difahami,
perjalanan kita menuju kepada yang sama,
namun, laluannya mungkin selalu berbeza,
atas alasan itu, kita semua boleh bertembung namun tidak searus.

kehidupan,
bila suatu hormat hilang,
bila sunyi bercambah subur dalam diri,
teguh hati mencari-cari...
ketika itu,
CahayaMu sentiasa ada dalam suatu kegelapan,
memberi arah kebenaran..
Mungkinkah ke situ yang kutuju atau masih terpisah jauh..

Tuhan,
bagaimana hati inginkan sesuatu,
begitu juga hati ini inginkan sahabat dan saudaraku sekalian menuju padaMu.
Berikanlah kami cahayaMu, berikanlah kami kekuatan memegang tali agamaMu.
kerana persaudaraan tercipta atas nama ISLAM,
aku sendiri tak sanggup kehilangan mereka dalam langkah menujuMU...

Tuhan,
bukakanlah pintu-pintu hati kami yang tidak terbuka untuk mengenaliMu,
selamatkanlah kami daripada ancaman duniawi yang meragut masa akhirat kami.

Ya Allah,
kerana suatu pertemuan itu amat bermakna,
kau rahmati mereka- mereka yang pernah aku temui,
kau curahi kurniaMu pada mereka agar mereka terus taat memegang agamaMu.

Ya, Allah.
kerana aku juga mahkluk hina yang teramat lemah,
bimbingiku padaMu sebagaimana kau menyelamatkan aku dalam duniaku selama ini.

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!

Smart x? heheeh.. Seramnya... dah berumur sebegini, masih jauh ketinggalan dalam persiapan diri menuju dunia hakiki!

Kepercayaan Yang Di'nodai'


Tajuk yang agak rumit.. tapi apa yang aku mahu sampaikan adalah simple saja.

Iaitu : Jangan sia-siakan kepercayaan.

Ia adalah amanah.

Terutamanya ketika kita bekerja.
Bidang kesihatan contohnya, pesakit amat percaya pada doktor, staff nurse dan sesiapa saja yang menjaganya. Namun, jika rahsianya dijadikan bahan cerita dari satu staff ke satu staff? dari doktor ke doktor yang lain, dari nurse ke nurse yang lain. hmmmmm... sampai pula pada manusia yang mulut kepoh, maka kisah rahsia pesakit itu akan tersebar luas. akhirnya, sampai balik kepada keluarga pesakit. Pesakit akan malu. Apa yang akan berlaku seterusnya? Bunuh diri? Saman?

Ini adalah impaknya.

Kerana itulah, kita sebagai pekerja kena amanah!

Adakah kita yakin, kita selalu sempurna? Entah-entah kita juga pernah bermasalah seperti itu. Mungkin bukan hari itu,mungkin masa depan. Tak siapa akan dapat menduga.

Pelbagai kisah pesakit selalu jadi bahan bualan , entahlah. ini lumrah alam pekerjaan. tapi.... aku tak suka. Ia amanah. Pesakit seumpama saudara kita juga jika mereka percaya pada kita.

Walaupun kita mungkin tidak dipercayai, tapi jangan jadikan diri kita untuk tidak berlaku amanah!
Buat baik pada semua manusia dan makhluk! InshaAllah.

code:MHeIIcPCP