Tuesday, March 26, 2013

Mood baru

Alhamdulillah,

Terasa sesuatu yang hilang sejak dua menjak ini, entahlah apa yang hilang pun aku tak tahu.

Hmmm.. apapun, semoga apa yang berlaku pada diri ini, akan aku terus perbaiki untuk menjadi yang lebih baik. Untuk diri dan sesiapa yang berada di sekitar aku.

Esok, hari pertama masuk ward baru. Adeshhhh.. Bekerja  dalam suasana baru yang pastinya mencabar!! Tempoh masa di sini akan melengkapkan aku untuk bekerja dua tahun !

Ayuh! Semangat sikit!

Apapun yang berlaku dulu  adalah untuk kita belajar. Apa yang mendatang adalah untuk kita belajar.

Hari ini, aku dalam suasana yang agak tak 'lena' sebab terpaksa menempuhi alam baru, ANAESTHESIOLOGY. fuhhhhh.....!

Nafas panjang.

Tuhan meletakkan di sini.

Ada dua pilihan, A&E dan juga BIUS/Anaesthesiology.

Terfikirkah aku,mengapa tuhan meletakkan aku di sini? Sedangkan di A&E ada banyak tempat kosong  yang boleh aku masuk, manakala di bius pula sudah banyak Ho. Inilah ketentuan Tuhan. Untuk aku belajar!

DIA  tahu kelemahan dan kekuatan aku. Mengapa mahu merungut? Hmmm sebab aku insan lemah! Sampai bila mahu menjadi umat Islam yang lemah?

hmmm.. Yeah! InshaAllah, semoga perjalanan di alam pekerjaan ini membuatkan aku lebih cekap, lebih mantap, lebih berilmu dan lebih berkaliber menjadi seorang doktor dan pemimpin!

Grab the knowledge as much as possible!

Learn and learn!
Just do it!


InshaAllah, jika ini adalah ketentuannya, pasti ada bantuan daripadaNya. Aku percaya!

Aku di sini adalah amanah. Amanah!

Saturday, March 23, 2013

Terima kasih rakan-rakan sekerja!

Hari ini adalah hari terakhir bekerja di ward O&G yang merupakan ward yang paling banyak pengalaman aku cekup.

Di sini bermula suatu ukhwah yang aku sangat gembira menemuinya.

Yang pasti, suatu yang kita suka itu tidak akan kekal lama,

Ia hanya sementara, Ia menjadi suatu yang kita akan hargai kerana masa singkatnya ...

Ia juga sangat bernila kerana ia saat yang sukar ditemui dan menjadi harapan sebelum ini,

dan berakhir untuk suatu ketika yang sangat singkat.

Namun, ia memori yang akan berkekalan jika pertemuan dan perpisahan itu kerana Allah.

Jadikanlah kami hambaMu ya Allah yang bertemu dan berpisah keranaMu.

Maafkan aku atas salah silapku dalam pertemuan kami,
Kerana aku seorang hamba yang lemah,
panas dan ego selalu ada,
namun, semuanya adalah untuk kebaikan bersama,
menegur demi suatu perubahan yang lebih baik.

maafkan aku wahai sahabat sekalian.

Thursday, March 21, 2013

Potret Kehidupan



Dalam kehidupan,

Ada kala kita terpaksa memilih untuk meninggalkan untuk suatu ketika,

kerana itu lebih baik..

Apapun, ketetapan yang telah termaktub, kita laksanakan dengan sebaiknya, berusaha untuk terus baik!

Friday, March 15, 2013

Bila 'ugutan' itu bermula....





maka... aku lafazkan kata-kata yang memberikan suatu kekuatan yang tersimpan .



Pendapat itu bebas isinya. Cuma nilaian pendapat seseorang saja yang membezakan dengan yang lain.

Pertama sekali : Fahami erti demokrasi yang dilaungkan. Demokrasi atau demokrasi terjajah?

Keduanya : Apa maksud kita diberi otak di dalam kepala kita s
endiri yang memiliki kelebihan akal tersendiri dan hak menimba ilmu dan pengalaman dengan bimbingan Quran dan sunnah?

Ketiga : Apakah maksud manusia itu khalifah di muka bumi yang Allah tujukan pada kita? 

Keempat : Adakah doktor itu suatu pekerjaan yang menjadi robot kerajaan atau ia suatu amanah dalam takdir Tuhan yang meletakkan kita dalam suatu bidang untuk kita menerajuinya sebagai wadah pendekatan kepadaNYA mengikut kemampuan masing-masing. 

Kelima : Cukuplah bagi aku Allah yang memberi rezeki, DIA yang meletakkan aku sebagai seorang doktor, dan Dia juga mampu menarik balik 'doktor' itu dalam diri aku. Aku redha atas apa yang dilakukan atasku kerana aku yakin Allah Maha Mengetahui atas apa yang dilakukan. 

Jangan sesekali ugutan daripada Manusia itu menakutkan aku sehingga melebihi kepercayaan aku pada takdir Tuhan. 

Aku (berusaha untuk) YAKIN pada Janji Allah!

Tuesday, March 12, 2013

Kaya Karya Pelukis 'Misteri'









3 Karya Pelukis ini yang sungguh misteri.. hadir tanpa diketahui jejaknya............. hehehe.. Habis photo dalam blog jadi mangsa karya nya setelah diminta izin. ahahah rajinnya dan hebat! Kagum!

Bila boleh aku jumpa pelukis 'misteri ni?

Hanya Allah yang tahu,sebab aku pun nak bagi bagi sesuatu kat dia sebagai hadiah (anatara hadiah yang difikirkan.. panadol untuk seminggu? gauze? Syringe? nhmmm needle? .. MC?... mc xleh bg lg.. ahahah)

Friday, March 1, 2013

Ujian Untuk suatu Ilmu yang 'kau' pinta



Kita sering berdoa... " Tuhanku, berikanlah aku kekuatan, ilmu kebijaksaan"

Namun, tatkala kita diuji... kita merungut, " kenapa tuhanku menguji aku sebegini? Aku tidak mampu menahan beban ini!"

Hakikatnya, 'beban' itu adalah ujian. Ujian untuk kita tempuhi untuk mempelajari suatu ilmu yang kita minta.

Semalam,

Malam yang amat berat buat aku.. Bekerja di dewan bersalin. doktor, nurses, bidan dan jururawat pelatih yang agak hebat!

Kes pertama...
Menyambut kelahiran ini yang amat susah juga, tak begitu lancar  kelahiran bayinya. Tapi akhirnya semua stabil. Sampailah selepas uri/placenta dikeluarkan, ia seolah tak lengkap sebab ada lapisan yang tertinggal. Aku pun mengeluarkan darah yang tertinggal dan sisanya. Namun, kelihatan darah seolah memancut banyak. Ish! Pelik, adakah rahim sudah mengecut? Aku tak rasa sangat sebab pakai glove dan berlapik kain . hmmm Aku meminta rakan merasakan. Katanya tak berapa mengecut, aku meminta untuk start ubat dan mengurut rahim agar ia mengecut dan pendarahan stop. Ia nampaknya tak berjaya,rahim dah dapat dirasai... ia mungkin pendarahan dalaman. Aku memanggil senior dan specialist. Hmmm masalah ini selesai setelah pemeriksaan lanjut.

cabaran tak terhenti di sini. Apabila ibu di bilik sebelahnya pula menunjukkan jantung baby tak berapa cantik tapi masih dikira OK. Semasa proses melahirkan anak, ibu ini tidak memiliki kekuatan yang baik. Mind setnya " boleh tak bedah je?"

Bila ibu yang nak melahirkan anak telah ada terdetik nak buat pembedahan, memang kemungkinan besar pergi bedah sangat besar!

Ia menyakitkan hati buat doktor dan 'anak' yang mungkin mewarisi 'kelemahan' ibunya. Mudah GIVE UP! Baby terpaksa dibantu dengan alat untuk dilahirkan.hmmmmm

Next...

Ibu yang seterusnya... Anak kedua bakal dilahirkan.

hmmmm.. Kawan aku ingin menyambut. Aku melihat kandungannya agak besar. Aku sedia saja pakai glove untuk proses menyelamatkan baby jika lemas. Maklumlah baby besar akan mudah lemas.

Teruskan kak, lahirkan baby!

Kepala baby keluar, kawan aku cuba tarik! Tak mampu..... baby sudah nak biru.. Aku pantang melihat baby biru sikit!

Aku ambil alih dengan sarung tangan clean je, terus tarik baby keluar! Pergh!! susah! baby besar ni..inilah detik hatiku. InshaAllah, Allah akan tolong. itu saja doaku pada Dia setiap saat.

Fuhhhhh.. Akhirnya baby keluar! Timbang... 4.3Kg.hmmm besar baby ni. hmmmm Bila expect baby besar kenalah anticipate bahunya tersangkut,kenalah guna teknik yang sesuai.. eheheh... Senyap2.

Masa bekerja di dewan bersalin sudah hampir tamat..... lagi sejam lagi. Tapi kena juga sambut baby.
Baby terakhir waktu ini berjaya keluar. Namun, beberapa saat selepas dia menangis, senyap.. aik? Kenapa senyap? Aku dah pelik.... hmmmm  flat....

Aku angkat terus dan recuss bersama rakan2. Alhamdulillah selamat atas bantuan semua.


Inilah pelajaran dalam satu malam!

Letih.... dan amat menguji.

Pengalamana untuk aku belajar.


Maaf kalau ada yang xfaham.