Sunday, February 24, 2013

Layang-layang Dunia 230213




macho giler wei! ... baju tu mahal tu.








like this!




dont try to enlarge this photo! :P finally.. setelah 3-4 tahun lebih berkomunikasi melalui dunia maya, terserempak dalam perjalanan.. Inilah hakikat perjalanan. hmmm.. kebetulan yang dirancang dan terancang.

Monday, February 18, 2013

Koleksi Gambar









Sahabatku...
Hadirmu saat aku memerlukan,
Kehilangamu suatu yang aku paling benci,
kau datang memberi sejuta ketenangan,'
mengajar aku lebih dekat pada Tuhan,
hilangmu juga terus memberi kesan,
menanam rasa untuk  memahami suatu hakikat,
sahabat itu HANYA KERANA ALLAH.
kerana engkau telah pergi ke suatu tempat yang mungkin tak akan kutemui lagi,
semoga Allah rahmati kamu sekalian.
Indahnya aku memiliki sahabat seperti kamu.

Thanks Allah.

Wednesday, February 13, 2013

Dialog Saje.. ;P


Mana tauke tudung ni ?

Aku bertanya pada akak2 di kaunter untuk membeli tudung yang dijual.
eheheh Niat macam nak beli ...


Akak tu menunjukkan tudung . Ha! macam ni lah tudung ni...

Aku cakap " Tudung ni macam DR Mastura pakai ke?(Pakar Sakit Puan)"

Akak tu jawab " erk... tak perasan plak"

Hehehe aku merujuk pada Dr Mastura sebab tudung yang dia pakai labuh  'giler'. Muslimah kot!!

Akak yang lain bgtau, " nak beli untuk girlfren ke?"

Aku jawab " A'aah.!"

Akak tu jawab lagi , " Belilah yang mahal lagi. Yang macam fareeda  ke?"

Aku jawab " Girfren saya pakai purdah. Xsesuai lah nak pakai macam tu "

Akak-akak semua " erkk....hmmm oooo... " tergamam...

Aku tergelak sambil tersenyum 'mengenakan' aka-akak seperti biasa.. ahahah aku happy go lucky, suka bergurau sambil kenakan. Buat suspen sampai depa geram. :P

Ok lah. Esok cuti!!!! Boleh cari awek pakai purdah!!! opsss maksiat!

Bangun pagi, banyakkan ibadat!

Thursday, February 7, 2013

Logo Tronx013

Terima kasih pada pencipta logo ini. Logo yang telah diabadikan pada 4 baju pertama aku.. ehehe Xsempat bergambar lagi  dengan baju baru! :P


Apapun, logo yang simple dan nampak smart bagi aku lah.. :)

Saja mahu memiliki baju dengan 'cop' logo sendiri untuk menyakinkan diri... I can survive. I can stand together!  Just do it!


hhehehe dah mengantuk pula time tengah semangat nak menulis.. Apapun, HANYA PADAMU TUHAN, ku pohon segala rahmat.

Aku ada kerana Engkau MAHA MENCIPTA DAN MAHA MENGASIHANI.


Wednesday, February 6, 2013

Hidup kalau nak senang susah lah wei!



Alhamdulillah.

hmm Aku tergerak mengimbau saat lampau. Dulu aku selalu berkata, " kenapa perlu ada perubahan! kenapa perlu ubah pemimpin? sekarang hidup aman, tak ada perang, kenapa mahu bergaduh dan wujudkan peperangan?"

Kisah 10 tahun dulu.......

Akhirnya aku faham....

Sampai sekarang tak ada pun perang dalam  Malaysia kerana perbezaan pendapat dan perang yang ada hanyalah 'perang politik'.

Mengapa ada 'perang politik?'

Kerana wujudnya tidak puas hati? Mesti ada yang menzalimi.. Itu realiti!

Aku memerhatikan alam...bakau.
Bila alam tenang, lautan tenang.. pepohon bakau membiak dengan baik, akar ceracak tumbuh dan membesar dengan kuat.....

Sampai suatu saat, ombak besar berlaku.....

Pepohon bakau ini ,bisa membentengi alam dan daratan daripada dihempas ombak besar.. Kerana adanya akar dan batang pokok yang kuat. Inilah persediaan alam menghadapi saat getir.

Manusia?

Saat aman... JOM kita ENJOY!!!! .... fifi suka!! aduhai.... terlena dibuai kemewahan dan kesenangan...

Akhirnya, keamanan yang dikecapi melemahkan diri sendiri. Kemudiannya menyalahkan golongan yang cuba membawa perubahan dalam masyarakat dengan mengatakan mereka adalah punca kemusnahan... Sedangkan, kau sendiri tak pernah nak ambil tahu! Rasuah! Penipuan! Judi dan jenayah semakin berleluasa!!

Itulah realitinya...

Aku memerhatikan lagi.... ayam -ayam di kampung.. Seekor ibu ayam dan anak-anaknya.
Ibu ayam sangat protective terhadap sedikit ancaman, habis kena belasah. Walaupun biawak yang lebih besar daripadanya, habis dikejar. Bila anaknya dicederakan, ibu ayam terpinga-pinga seolah tak tentu arah 'menangisi ' kehilangan anaknya.. Itulah ibu. Kasih sayangnya bukan setakat di situ. Ibu ayam ini mengajar anaknya ,sambil memberi makan, sambil mendisiplinkan anaknya. Ibu ayam akan mengais kuat-kuat sampai keluar isi bumi/tanah.. keadaan ini akan menggalakkan anak-anaknya- excited untuk mencari makanan. Dalam masa sama, anak ayam yang kecik belajar untuk mengais. Hari demi hari... Anaknya bijak berdikari mencari makanan.

Manusia....? anak disuap.. bila besar, sanggup ibu berpanas melindungi anaknya. bila dah besar, anaknya nak apa, semua bagi... Its OK. Anak merajuk, mak pujuk! its OK. Anak nak kereta mak beli, anak nak komputer ,mak beli lagi.

Semua ditaja....Sampai bila? Bayangkan semua anak-anak di muka bumi dididik macam ini.. siapa yang akan jadi bapa dan ibu yang protective masa depan? ahahahha... tapi Tuhan maha adil, ada yang berperangai buruk dan ada yang baik.....

Sebab itu kita kena sedar cepat, kita dalam kelompok mana?

Sebelum kita menjadi makluk perosak!

Ok lah!..................rehat!

Sunday, February 3, 2013

Harap dan mengharap...



Ampunilah dosa-dosaku...

hmmm Jangan mahu salahkan orang lain! Ini konsepnya.

Jangan mahu menuduh orang lain! Ini kenyataan kelemahan diri.

Jangan mahu membalas dendam! Ini kebisaan sifat orang Melayu.

Hakikatnya, sedari siapa kita di muka bumi Allah. Jika kekecewaan diri atas pilihan sendiri, tetapi mahu membenci orang lain, ia suatu yang sia-sia. Mungkin  kau bebas! Mungkin kau akan tenang sebab kau ada alasan mahu menyalahkan orang lain. Sedangkan, hakikatnya.... Kau yang tersilap langkah!

hmmm Apapun, aku mohon maaf atas silap kata, tingkah laku. Aku tidak meletak apa-apa harapan dalam komunikasi aku dengan  sesiapa melainkan seseorang yang Tuhan tetapkan padaku.  Ia adalah rahsia yang amat rahsia. Tidak ada siapa mampu menjejakinya melainkan..Dia.

Ok lah! Selamat mengahdapi hari muka. Usah membuat hasutan dan memburukkan diri aku, kerana aku tidak ada apa-apa. Sia-sia, kalau sekadar nak balas dendam, tak ada gunanya sebab aku memang selalu bergelumang dengan dendam orang.  Berhentilah dan banyakkan sedekah.

Friday, February 1, 2013

Cerita : Nelayan

2 Nelayan berbicara dan di depannya seorang tua yang sedang berehat. Melihat lautan luas berombak.

Memandangkan keduanya baru saja berkahwin, maka perbualannya pasal keluargalah:

Bro Z : Bro Li, esok-esok kalau ko dapat anak, apa yang kau akan buat memandangkan kita bekerja sebagai nelayan?

Bro Li :hmmm.. Aku mahu anak aku membesar dengan baik. Aku mahu berikan dia ikan yang paling baik setiap hari agar dia membesar dengan cerdas, pandai dan boleh menguasai bidang pertanian ini ... Kau pula, apa kau nak buat?

Bo Z : hmmmm... Aku pun samalah. Harap-harap, nanti dia belajar pandai-pandai, boleh dapat biasiswa pergi melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI, USM ke? eheh. Aku suka kalau anak aku ke USM. Cita-cita aku yang tak kesampaian.. eheh

Pak Cik Tua mencelah , " eh, kamu tak tanya aku ke?"

Bro Li : pak cik mendengar perbualan kami juga ke? heheeh.. angan-angan pak cik. Kami ni baru kawin. 

Pak cik Tua : Kalau aku ada anak. Aku mahu dia belajar bagaimana mahu mendapatkan ikan yang baik. Aku akan ajar cara memancing dan memukat. Daripada asas sehinggalah kepada ilmu yang rumit.Dalam masa yang sama, aku pastikan dia memiliki pemikiran yang merdeka. Merdeka daripada pemikiran yang selalu bergantung pada orang lain. Namun, dalam masa yang sama, aku mahu dia sedar akan kewujudan insan lain dalam setiap kejayaannya.

Bro Li dan Bro Z terdiam. Hmmm kata-kata orang tua itu menampar pendirian dan cara pemikiran dia selama ini.

Bro Li (tak puas hati) : Macamana nak ajar anak 2-3 tahun memancing? Tak pasal-pasal masuk Akhbar , " Mati Lemas,Bapa Dera anak 2 tahun Memancing" . Apalah pak cik ni!!!

Pak cik Tua : (tersenyum). Hmmm Siapa suruh kamu dera anak. Daripada masuk akhbar tajuk macam tu, baik kamu masukkan diri kamu dalam berita " Bapa Berwawasan, Impikan Anak Berkepimpinan Sejak Kecil" Ha! Kan sedap bunyinya.( Jauh di sudut hatinya,hmm liat sungguh hati budak muda ini mahu menerima teguran. ) Tugas bapa amat berat. Saya tahu kamu menyayangi anak kamu, tetapi sayang kamu jangan sampai menjerat anak kamu sehingga dia menjadi ayamdalam kandang. Bila dilepaskan, tidak tahu mencari makanan. Akhirnya mati kelaparan sedangkan rezeki melimpah ruah di sisinya. Bandingkan ayam kampung yang bebas. Hidupnya cergas,lincah dan mampu mengadaptasi dengan segala perubahan.

Bro Li tersentak. Entah kata-kata itu mampu menyedarkannya atau tidak, tiada siapa yang mampu tahu. Hanya dia yang mampu berubah. 

Orang tua itu berhujah lagi ," Hari ini ramai manusia yang membaca kisah ini, tau akan ilmu dan pengalaman itu penting, tetapi mereka masih di takuk lama, kerana PEMIKIRAN mereka terjajah tanpa mereka sedari. Mereka cuba menafikannya, tetapi mereka tidak sedar . Tanyalah pada diri sendiri , " dalam masa 10 tahun, apa perubahan yang kau dapat? Ilmu? Pengalaman? Kemewahan? Jangan bandingkan kau dengan jiran-jiran kau,sebab mereka mungkin sepemikiran dengan kau, tetapi cuba kau bandingkan dengan mereka yang merdeka akal fikirannya. Bagaiman kehidupannya, anak-anaknya?hmmm... Bagaimana mampu dijumpai insan yang merdeka itu? Mereka adalah orang-orang yang tidak menjadikan harta sebagai pencetus tetapi menjadikan agama sebagai pegangan untuk terus berjaya. 

Selamat Membaca! "MASA UNTUK SUATU PERUBAHAN"

tronx013....p/s: mode cerita kanak-kanak untuk bapa-bapa di luar sana. :)

" Rambutku untuk dia"

Alhamdulillah. Maish bernyawa aku.

dan masih terasa kalut sedikit dalam otak memikirkan 'situasi' yang agak rumit. Walaupun cuti sudah dirasai.... memandangkan jadual berikutnya amat berat!!!!

Hmmmm.. Apapun, jiwa yang tengah membara ini perlu dikawal agar ia tidak menzalimi insan yang tidak sepatutnya dan tidak menzalimi insan yang perlu dizalimi juga.. eheheh..

Kalau dibenarkan untuk menjerit, aku akan tidur sekarang!! tenangkan fikiran.. ehehe Tersalah pilih pilihan. :P

Beberapa hari lepas aku melawat seorang pesakit.

" Kak datang sini sebab apa?"

" oh, saya tumpah darah sikit tadi masa buat sarapan pagi."
" pukul berapa?"

" 4.30am"
" Awalnya, suami pergi kerja pukul berapa?"

" Pukul 6 pagi."

Melihat tudungnya yang agak pelik,  aku menegurnya " Kak punya tudung tu nampak macam kopiah. ke special "

" ye ke? ni anak tudung. "

" ooo.. unik sikit. Tak apa. Macam- macam jenis la ni. "
" hmmm.. Itulah, akak tak mau buka tudung ni. Rambut akak hanya untuk suami sahaja. Tadi saya disuruh buka tudung kalau tak selesa, tapi saya tak mau sebab ia aurat saya"

" Errk??(siapa yang suruh tu!!!! aku dah panas ni.  Boleh plak ko suruh perempuan dedah aurat.!!). Tak apa kak, Jangan ikut kata dia. Akak pakai tudung dan jaga aurat kak"

Aku berlalu dan menamatkan perbualan seketika itu demi urusan lain.


Hati aku membara kemarahan dengan suasana yang amat menyedihkan. Islam dipandang sinis pada mata manusia hari ini dan di sini!!

Kenapa?

Mencabar untuk aku yang sendiri untu MENGISLAMKAN suasana.

Tiada daya aku melainkan kudrat dariMU , Tuhanku.

Ayat akak tadi " Rambutku hanya untuk suamiku" Pergh!! Macam ayat-ayat cinta seyy!