Sunday, December 22, 2013

photomania : Minggu untuk bangkit!

Tahniah Dina ! Salah satu ahli group MMB yang sudah menamatkan zaman 'bujang'. Hoho...
Dia ni lah yang baik hati bagi kucing dua ekor kat aku. hehehe Tq

Happynye...
Aku plak, langsung tak sempat bergambar!

hi! 

Sharingan!

hihih... Khas buat Pelukis poyo yang tak mau2 balik tanahair.. Cepatlah balik, aku nak jumpa kamu!

Yeah! Inilah ayat-ayat yang terbaik yang aku suka dengar dan baca buat diri aku. Daripada ustaz Pahrol. Dia hebat!

Tulis : Stresss!

Alhamdulillah.

Dah lama tak menulis.. sebab?

Nak tulis tapi stuck... dah tulis, padam balik...
Nak post, internet broken plak..

alasan betui..

Dua minggu lepas.... GXM-post call-+ 2nd pine.


Ok... Aku baru je kena sound dengan bos sebab Garang Giler.
Hihihi... Walaupun, dia kata settle during meeting.. totally, my motivation down tahap dewa kot.Lepas kena sound of koslah aku damnly stress dan sedih. hehehe Nak jerit je " Wei, mangkuk hayun punya orang! Kau boleh ngadu kat bos plak! Siapa yang cari pasal dulu?!" Jeritan batin je... Ada lagi aku nak cakap, tapi tak mau lah tulis banyak-banyak kat sini, sebab blog aku ini mungkin dah kantoi kat warga tempat kerja aku.. hihih.. Junior lagi...
Kena sabar kalau nak jadi garang .

Ergh!! Bukanlah aku seorang yang garang..
Aku cuma mahu pastikan PESAKIT aku SELAMAT!

patient is my priority.

Depa ingat aku nak cakap propa mcm segelintir politician, cakap tak serupa bikin?

Dari kecil, aku diingatkan "Jangan jadi munafik! Jangan Cakap tak serupa bikin! Jangan bodoh sombong"

Kalaulah aku cari pasal, dah lama aku jerit depan depa from my 1st order. Sampai 3 kali arahan aku ingatkan... Aku cakap baik2... tapi, bila aku post call dengan tidur yang tak seberapa dan kerja banyak keletihan, cubalah respect dan faham.

Logiklah, kalau kau sendiri jolok sarang Tebuan, tak kan lah ko expect, tebuan bagi senyuman kat kau?
tak adanya... Kalau nasib baik, ko boleh hidup lagi.


Allahuakhbar.

Minggu yang penuh cabaran.
Banyak perkara yang di luar jangkaan yang menggugat kredibiliti aku. Wow!
Aku perlu bangkit dan kuatkan diri!

Inilah cabaran.
Nasib ada rakan sekerja yang best, tak kisahlah apa mcam perangai, tetapi mereka semuanya baik dan sangat menjaga satu sama lain !

Sunday, December 8, 2013

Sudah 13 tahun meninggalkan kerja ni.....

My kembar .... hahah Jangan terkejut.. Muka jauh beza.

Muka tak leh blah... ni nak kerja menukang ke nak jadi mando?? Nampak kekok tak aku?
Dah lama tak buat kerja kampung ni.. pegang sikit je, basuh tangan.. hihi dah terbiasa kat ward..ahaha

Nak buat kandang Pak Guard...opss Reban.
Aku tolong gak!!!!! ahahaha walaupun slow.. tapi aku tolong pegang gak!! kira ada sumbangan juga beb.


Mesti anak angsa kutuk kaw2 aku bila depa tengok aku kekok nak menukang!!! Siut je kan... eheheh
Tak pe, asal kau sihat membesar, jadi pak Guard yang bagus dan cemerlanG!
Nanti aku bagi hadiah best, kau nak apa? M16? ke meriam buluh? Aku boleh supply.. eheheh

Simple je Rebah
 Gambar di atas adalah antara aktiviti aku masa cuti 2 Disember lalu. Saja ambil cuti 5 hari.. Nak melepak kampung.. Nak merasa menukang dan merasa suasana kampung yang dah lama aku tinggalkan..

Best! Menukang dalam suasana sejuk dan hujan.. memang best!

Semua gambar tu explain apa yang aku dah buat ... cukuplah.


Yeah, gambar kat bawah ni, Gambar minggu lepas .... setelah 5 hari bercuti, aku naik kerja 3 hari je.. tup tuip... jumaat dah.. ahahaha...

Ini adalah Gambar meeting ICT bersama semua doktor Orthopaedic, my senior dan my bosses. Best!
Habis around 5 pm... habis meeting pecut balik BP!!!! Vroooooooooooooom!
Ni senior aku.. dulu kat HPSF.. now we are here. Segamat.
Dia baik +++ banyak ajar dan bantu aku.
Dia selalu back up aku atas perangai pelik aku kot.. behind me.. Baik giler dia.but sometimes, kesian gak sebab terpaksa melindungi aku daripada senior lain.
Aku ni degil dan kadang-kadang kurang ajar sikit..maklumlah bakat semula jadi.. hahah
kalau tak, tak kan lah abang aku suka-suka nak lempar kerusi kat aku ..hehehe
nasib aku aku ada genjutsu. pffft

Harap muka macam ustaz je aku ni, tapi perangai damnly macam hantu. Datang2 je sini, aku dah plan nak cari gaduh dengan department lain.. eheheh.. Gaduh manja je..

Semoga Allah merahmati dan memberi kebaikan pada dia di dunia dan akhirat. Semoga berjaya mendirikan rumahtangga dan bahagia hingga ke jannah Allah.Amiin.

team mates!! Tiap2 hari happy go lucky.. aku cuba untuk kurangkan keskemaan aku.. Depa best!

hahaha gambar bos masuk blog aku.. ! Bangga sey !

Photomania : Papai dan Comel setelah 3 bulan di Peseraiville

Hi!! Saya ni benih pokok lada baru.. hihi
tapi ada misai.


Hahaha kena buli dengan tuan dia, patutlah kena posing je ..kena kurung dalam kebun sayur, tak leh lari mana..
Apa boleh buat, sesi photoshoot. Kalau tak kurung, dia lari balik rumah! susah giler nak static posing.. ada je nak gerak2.

Yeah, sesi tamat. baru boleh dilepaskan.. hihihi

Sharingan! 2 faces... Comel.



Awesome.
New members.. Bising gak 2 ekor ni..

Apa boleh buat... inilah ahli baru Peseraiville.
Lama aku mencari specis ni.
RM 60 seekor. Alhamdulillah.. Ok lah harga tu.. Angsa ni pun dah besar, boleh berdikari hehehe..
Beli kat Ayir Hitam masa ekspo Pertanian.

Aku beli sebab aku nak dua ekor ni jaga rumah aku.. Angsa wei!
Bising dan garang, aku harap Angsa ni berjaya dilatih dibawah bimbingan my kami.hihi

Pak guard junior kami.
Rumah dah ada kucing sebagai Pak Guard..
Kebun belakang rumah je yang perlukan bantuan.

Sama-sama berusaha menjaga keamanan peseraiville.

Muar lagi...

sikit je lagi..... Pogoh




Alhamdulillah, dapat cuti weekend 3 hari.

Memang otak tak leh fokuslah kerja minggu lepas sebab tak sabar nak cuti!!
hahaha..

Tapi disebabkan kerja yang kena teliti dan fokus, memang kena struggle bila membuat keputusan agar pesakit yang dirawati tidak under treatment.
InshaAllah.

Jumaat, sesi meeting petang tamat near 5pm.. hohohoho..
Bestnyeeeee... 5 minit lagi, ambil bag dan terus balik KAMPUNG!!!!

Hujan berderai lagi....
Segamat kota yang memang terkenal dengan hujan dan banjir.
Cuak gak, tapi memandangkan hujan yang turun bukan 'killer rain' maka hati aku still boleh bertenang... walaupun risau juga sebab jalan area POGOH tu dah nak naik air.

Alhamdulillah 10 pm, sampai rumah setelah melepak makan di MUAR.



Hari Sabtu,
dari pagi sampai petang aku ada program di rumah mak cik aku untuk majlis Yasinan dan Khatan sepupu aku.

Malam sabtu ini aku bercadang nak main bowling.... tapi bila tanya member aku di Muar ni, dia busy plak waktu lain..

Maka, dengan bangganya dan selamba, aku tukar tarikh main bowling..ehehehe
Ahad malam.

As plan.
Sampai Muar untuk melepak di Old town .
Maghrib sekejap di Masjid biru.. my favourite place to melepak.

Jam 745pm, sampai rumah member yang dulunya my patient.
Saja aku follow up budak ni sampai hari ini.

Kagum dan sangat terharu atas perubahan yang ada dari masa ke semasa.
Sampai ada kala aku jeles bila Allah kurniakan hidayah padanya dan dia mampu jalani kehidupan yang jauh lebih baik walaupun dikelilingi dengan cabaran.

Yeah.

Knowledge is power.
the power of word also undenieable.

Itu dia....

"hari itu , aku bawak anak sedara kau p masjid biru seberang tu. tapi aku solat duduk... sebab kaki masih sakit. anak buat aku tu pun ikut.. ahahah ish.. aku tak jadi solat duduk takut dia keliru. So, aku gagahkan juga solat mcm orang tak sakit. "

Inilah dialog yang aku sangat suka dengar dan aku terharu dengan dia.
Suatu masa dulu, dia bukanlah kaki masjid dan solatnya juga tak lah terjaga sangat...

hmm disebabkan peringatan Allah, Allah uji dia dengan sakit .. Dia tersedar dan ingat Allah sampai hari ini.

Memang hidayah Allah Maha Hebat!

Sebab itulah, aku sanggup drive dari BP-Muar  untuk melepak kejap dengan budak ni yang sukar sebenarnya nak jumpa .
Aku jumpa budak ni sebab nak belajar macamana kehidupan selepas kehidupan di dunia...
Drive BP-Muar dengan mengantuk dan ambil makan minyak about RM 10... but ia semua tak kisah sebab DUIT BANYAK  menghormati dan persaudaraan Islam yang aku belajar.
Dia booster yang hebat.
Dia banyak bagi klue pada aku untuk membuat sesuatu anjakan dalam kehidupan aku yang klise.
Dia pesaing aku!
He wanna grab pHd.
I wanna grab Specialist ...tapi lama lagi.. sebb baru je dapat title sah jawatan..hihih...

Melepak di restoran apa ntah... tapi biasa gak lepak situ cuma tak tahu nama restoran apa..
Just order makan dinner, ikan siakap sweet sour  satu set... hmm habis melantak.

Semoga Allah memelihara, melindungi dan merahmatinya di dunia dan akhirat. Cabaran dia hebat. Begitu juga diriku. Amiin.


Around 10 pm, aku balik BP! Mengantuk... beberapa kali tersengguk.. hehehe nasib tak terbabas. :P


Alhamdulillah,

Yeah! Baju beli online dah sampai!! hahaha

Buku menukang  pun sampai! Alhamdulillah.. semangat bila dapat.. baca??? hampeh... 



Sunday, December 1, 2013

Hari ke-3 : Jalan-jalan


Hari ketiga bercuti,

Tiada apa pun yang best... kalau orang lain bercuti,

" kau nak p mana cuti ni?"

Kebanyakan nama tempat yang kalau aku dengar, berapa lama lagi akan aku dapat menjejaki tempat tu..
Autralia,Itali...korea...kalau tak pun, p Indonesia,Singapore...

Kalau kat dalam negeri- Langkawi, KK... pergh...

Budget aku selalu lari je sebab aku lebih tertumpu pada benda lain.. hihihi..
Berjalan-jalan melancong bukan trend or my genetic.. susah juga.

One day.. or another.. Like One Direction said. hihih



Hari ini, aku dan kembar aku bersama isterinya, g ke Ayer Hitam -Ekspo Pertanian buat kali kedua bagi aku. Buat kembar aku, mungkin dah empat atau lima kali. Aisey...

Kali ini, aku datang untuk beli sepasang Angsa!!!

Kenapa angsa ?

Angsa bising!
Angsa 'jahat'!

Aku sengaja memilih untuk membela angsa adalah atas sebab kelebihannya..
Angsa akan  membesar dan saiznya boleh tahan juga... mulutnya bising sebelum apa-apa berlaku.
Sangat sesuai menjadi pak Guard rumah aku.

tapi kami beli angsa yang masih anak.. bising gak masa kecik-kecik ni.

InshaAllah, semoga urusan berjalan tenang dan lancar.




Maha suci Engkau Ya Allah, tiada daya bagiku mengharungi ujianMu... melainkan atas kudrat yang kau kirimkan padaku.

Saturday, November 30, 2013

Day 2 : Familia At Ayer Hitam

Alhamdulillah,

Hari kedua...bercuti.

Percutian kali ini memang aku nak tenangkan fikiran ... secara serius atas apa yang berlaku dalam 2 3 bulan ni.
Setiap manusia ada cabaran dan setiap cabaran bergantung pada seseorang bagaimana mahu menyelesaikan.
hmmm Best juga bila decided untuk bercuti. Alhamdulillah.. cool sikit.. dada rasa lapang dan otak rasa tenang.

Program hari ini, sempena Ekxpo kat Ayer Hitam,Expo pertanian!
Jeles melihat kembar aku g situ pastu bergambar dengan burung-burung yang comel.
hihi...
Masa kecil dulu, kitarang memang sekepala,
tanam pokok ,bertani sama-sama.
bela ayam , bela burung.. lastik burung...
bila besar minat terhadap alam masih kuat.
Best bila melihat hasil pertanian kat sini.

Yang aku geram, aku nak naik kuda, tapi seganlah ..eheheh
lagipun aku pakai baju kemeja,tak lasak lah.. kena control macho plak.hihih


sweet

Model Bajak Satu Malaysia.

Bergaya dengan sunglass baru beli semalam, secara tak langsungnya, aku pakai contact lences hari ini untuk bergaya.
Ray Ban.. Harganya RM 490... mahal gak, ingatkan 100+ ehehe sebab tengok kat FB..
Tapi,  disebabkan nak juga beli memandangkan mata aku tak larat menerima cahaya yang banyak bila travel, mudah mengantuk,, maka aku hadiahkan buat diri aku yang baik dan cemerlang ..eheh
Ray ban Sunglass for me, Jangan lupa perbaiki amal, ikhlaskan hati dan banyakkan solat malam!

InshaAllah.

Kembar aku.. lain giler..

Selepas snap je... buah nangka tu jatuh!! sigh...

gwiyomi

manja giler

cool

awesome

psychooo

Ni kuda 'kami'... esok nak beli lagi... nak mengembara dengan kuda plak.. ala2  Robin Hood! ok x?

Bersiap dalam pukul 8 am, tapi atas alasan  janji melayu, lambat 15 minit...sampai di Ayer hitam dalam jam 10am selepas berhenti breakfast.

Jalan-jalan dalam 2 jam... pastu balik.

Best!

Apa yang aku dapat,
1. Dapat enjoy melihat awek  opss, melihat flora dan fauna ehehe farmville katakan.
2. Dapat beli barang, yang penting dapat beli itik yang kat atas tu..
3. Dapat menggembirakan sepupu aku yang masih kecil dan bawa mak aku sekali jalan-jalan...

cukuplah rekod aktiviti hari ini.


esok?.....

Friday, November 29, 2013

Photo : Tazkirah Pagi Jumaat



Alhamdulillah, lega bila baca ayat tazkirah ni...
tenang dan bersemangat!

InshAllah.. perjalanan masih perlu diteruskan.

Hari pertama cuti , ada 4 hari lagi.. yeay!! MIA dari kerja..hahaha
Jom bercuti!

Sunday, November 24, 2013

Photomania



Sabtu... 23 November 2013
Seharian, aku tak sentuh buku... suratkhabar pun aku tak baca.
Seharian main DSLR aku... dan main bowling malamnya.
Tapi tengahri tu, sempat menghadiri majlis kawin kawan seHO dulu kat Hospital Muar.
Dr Rose Azreena. Baik dan 'kelakar'.
Finally... dah kawin juga.

Yeah....
Saja mogok tak study seharian..
paling teruk pun aku akan baca satu page buku... tapi memang tak sentuh langsung..ehehehe

Tangan kanan aku cedera kena scratched dengan kucing senior rumah aku. Putih namanya.
Kucing kesayangan abang aku.
Kucing tu tak puas ati dengan aku sebab leraikan pergaduhan dia dengan kucing jiran.
Tak pasal-pasal, dia gigit tangan aku sambil cakar tangan kanan aku menggunakan kaki keempat semuanya.
Pergh... sedap giler dia lepaskan geram.
Inilah,
hakikat kehidupan.
Adakala kita membantu orang..
tapi akhirnya orang itu backstab you dan 'hurt' you.
Rasa perit giler kena cakar tu,
tapi bila teringatkan kehidupan seharian...
sakit hati aku berjaya menenggelamkan sakit kat tangan tu,
sehinggalah malam selepas main bowling, tangan aku mula dah nak bengkak .
Cuak juga.. tapi based on experience.. tangan aku dah ada immunisasi tersendiri.. rasanya it will be ok.
Alhamdulillah.
Hari ini OK!!!
Boleh sepak orang. Boleh cuci dan menukang macam biasa. hmmm tak sabar nak belajar menjahit pula..

Yeah!
Kerana persahabatan kerana Allah.
Kerana hijrahnya kerana Allah.
Maafkan dan doakanlah saudaramu agar dia terus mendapat perlindungan.





Bukan cinta biasa....

Saturday, November 23, 2013

Photomania : Lepaking at Hentian Mahkota

Di sekelilingmu... ada cabaran dan dugaan.


Alhamdulillah....
Dapat juga ke sini lagi melihat alam.
Cuci mata melihat keagungan Ilahi.
Terasa tenang bila berjalan menuju ke penghujung jeti!
Terasa,
"Cukuplah aku hidup di dunia ini......" walaupun masih banyak dosa yang belum dimaafkan lagi,
dengan nilai pahala entah ada ataupun amalan tertolak..
hmmm
Tuhanku..


Petang semalam lepas Asar, kami bertiga... member sekampung dan memang selalu melepak kat tepi laut ni.
Sampai mak cik kat situ boleh cam kitarang
hihihi...


Satu Malaysia!!
Pfffft

model kat belakang tu poyo je... hihihi..

cantiknya di Langit Jingga...tersergam keindahan 







Muka macam arwah dia. So Smart!
So? no more photo ..... tapi yang kat bawah ni, gambar budak machoo! sorri to say...heehe

wah!!!! Boleh masuk TV tak? nak jadi hero , nak gak bersaing dengan Mr arrogant.. hak3..

Peace ! no War

well...

In the END..
bila kita ditentang, kita mengalah ..
Bila kita dihina... kita bersabar..
Bila kita dibuang, blah lah...

Yeah... suatu masa.
Ia pasti ada.
Suatu yang sukar difahami.
itulah TAKDIR dariNya.
Aku belajar untuk itu..
REDHA.