Sunday, December 30, 2012

Jalan ke Tanjung Piai


hiasan je..

Poyo..

dont say anything... still machooo.. kah2..

partially true...

hmmmm maha suci dalam penciptaanNya.

a thousand dreams , i still believe....

Alhamdulillah,

Sabtu lalu, 29hb Disember... bercadang mahu ke Tanjung Paiai buat kali kedua. Mengantuk. Inilah yang mampu aku katakan setiap kali waktu cuti... ahhaha.. tapi apakan daya, perancangan mesti diteruskan!

Pagi sebelum pergi sempat lagi makan pagi bersama rakan sebelum bertolak pukul 10.30am. hmmm Dua jam lebih gak nak sampai. hmmm. perjalanan pergi tiada masalah... Cuma yang aku cuak adalah masa balik, mesti aku keletihan.. ehehhe..

Sempat berjalan-jalan satu famili kecuali abang aku je yang tak ikut sebab ada kerja...hmmmm.. makan-makan dan balik.

Balik rumah dengan struggle melawan ngantuk...!! argh aku rasa melawan ngantuk sesuatu yang menyeksakan berbanding tak makan.. Tidur lagi best dari makan! ahahahah tapi apakan daya, dalam kereta aku ada ibu dan adik aku.. dua kereta.. ahaha sedap 'giler' depa tidur.. Tak puas hati betui... aku kena struggle drive.. ahahah...

Apapun, next destinasinya? Belum ada idea lagi nak drive ke mana...hmmm. any idea?

PadaMu Tuhan , ku bersujud.

Thursday, December 27, 2012

Sembang Syukur



 Tiada daya bagiku hanya kudrat yang engkau berikan.

Segala pujian hanya untukMu.



Alhamdulillah, selesai kerja... rancang mahu ke Tanjung Agas , dekat masjid untuk ambil gambar. Shoot cuci mata sekali.. ahaha ayat jahat! Cuci mata melihat alam ciptaan Tuhan. Husnuzan lah sikit.

Kalau setakat cuci mata tengok awek-awek...hmmm tak payah risau, setiap hari depan mata, setiap hari tempat kerja penuh dengan golongan model yang merasakan dirinya model terhangat. Memperagakan pakaian dan solekan. Gedix!

Ia amat meluatkan.

Ia amat merosakkan dan menyusahkan!!

Kemusnahan yang dilakukan oleh golongan ini tidak juga sedikit atau banyak, hakikatnya amat dan teramat besar kemusnahannya sehingga membabitkan keturunan dan akhirat masa depannya. Sengal! Kerana cinta dan layanan yang baik, wanita jatuh hati dan sedia terkorban.

Depan wanita mereka kata , " Lelaki memang jahat, menggoda wanita. "
Hakikatnya, " siapa yang menggoda siapa?" Kau pakai pakaian seksi, ko pakai minyak wangi macam petrol baunya, lepas tu, ko nak salahkan lelaki?"


Bila ditanya, wanita yang bersalin anak luar nikah.... " Kau ni kena rogol ke apa? ke suka sama suka?" Disebabkan kau bawah umur, kena report polis...

Mereka menjawab " hmmm... tak payahlah report polis. Kami rancang nak kawin lepas pantang saya ni. "
* mereka *- maksudnya ramailah orang macam ni kat hospital...
*kami rancang* -maksudnya seks suka sama suka. hmmm

Ramai anak gadis yang sudi menyerahkan dirinya pada lelaki rupanya.. bukan kena rogol beb! hahahah.. punya semangat salahkan lelaki, hakikatnya.. salah sendiri.. Tak perlulah lelaki jadi samseng nak puaskan nafsu, hanya berlagak macho dan lemah lembut(bukan sotong lah).. sampai masa, umpan berjaya menawan mangsa tanpa dipaksa. hmmmm EASY!! Dunia hari ini.... Hati lemah.

Nak dikatakan cerita benar... dah sampai umur  30 tahun pun ada yang mengandung anak luar nikah. sampai 4 orang anak pun!

Remaja umur 16 tahun sudah dua kali mengandung!! perghh mantap seyy.. Giler! bila nak lahirkan anak... call bapak..hmmm tak dapat, bapak pergi  laut cari siput!...

Anak sendiri nak bersalin kat hospital, mak ayah tak tahu? Ke tak ambil tahu, ke buat-buat tak tahu.. ke tahu tapi... biasalah, nak bersalin, biarlah doktor yang uruskan. HOTAK lu!!...

hmmmm.. Sedap je biarkan anak sendiri mengandung dengan sperma HARAM! Ingat doktor kat hospital hamba kau nak settlekan masalah dan kesengalan kau? Laknat Allah itu pasti wei buat mereka yang melanggar arahan ALLAH ! Siap sedialah !

Di mana jati diri?
ISLAM agama mereka... tapi,  bangsa yang mewarisi agama.. amat payah mahu mentafsirkan ketulusan agamanya. hmmm.. Islam tapi pegangannya belum tentu.

Kebanyakan anak perempuan yang mengandung anak luar nikah datangnya daripada ahli keluarga yang bermasalah. Bila tanya, mak ayah sudah bercerai. tinggal dengan mak cik...hmmm macam-macam.
Aku tak salahkan wanita sahaja. Lelaki juga berperanan menyelesaikan masalah ini.

Saling ingat mengingati.
Hakikatnya, bila kita tegur... " hmmmm alamak, ustaz sudah sampai lah.."

Bila nampak perempuan tudung labuh.. mereka katakan, " ustazah! apa khabar?" ayat-ayat sindiran muncul.
* menyampah aku.

Tapi, melayan golongan yang suka perli ini memang menyakitkan... Serangan balas hanya senyuman sahaja tanda kita tetap dengan pendirian. Jangan mengalah dan jangan dikalahkan dalam usaha menasihati. Ia merugikan.

Manusia yang suka menjatuhkan kita, dengki dan suka melihat kita jatuh amat sensitif dan amat geram bila mangsanya masih tersenyum bila dalam kesusahan seolah mangsanya tidak mengalami apa-apa. Ini yang aku fahamlah. Sebab aku pun kadang-kadang jahat juga.. ahaha * baikkah aku? ahahah...

 Cukuplah tu melontar suara yang tengah stress ini!!

Moralnya, :

1. Senyum dalam apa jua keadaan.  Jangan disebabkan masalah diri, kita menghukum orang lain! Ini tidak adil!

2. Sentiasa berusaha menasihati.
3. Jagalah keluarga anda.
4. Sedarilah, diri kita juga jahil dulu kala.. Ajarilah orang lain yang juga tidak tahu sepertimana kita mahukan orang lain ajar kita dengan baik. Senyum walaupun stress! ahahah

Melencong cerita....

Hari ini, aku bersemangat nak shoot gambar kat tepi sungai!! Canon 650D sedia menembak!

ON !.... opsss kat skrin . " NO MEMORY CARD".... what???

Adeshhh.! kalaulah rumah aku sebelah kereta je...dah lama aku ambil terus. Hmmmm.. so, ini je lah gambar yang aku dapat ambil guna kamera hanset aku.
I-city kat Muar lagi best sebab dekat dengan masjid dan tak perlu bayar.... dekat dengan sungai... Indah!

SMART lah!! I LIKE MUAR! macam I LIKE Kelantan! ahaha

Sunday, December 23, 2012

Ujian... menguji dan teruji



Lapar... Ingat Tuhan, Dialah yang memberi rezeki dan di mana rezeki kita pun hari ini kita tak akan dapat tahu selagi ia sudah selesai.

hmmmm...

Kehidupan...

Bagaimana untuk menghadapi hari muka kalau kita tidak mempersiapkan diri dengan kekuatan... ingin membina rumah indah , bangunan bertingkat tinggi, tapi tapak konkrit hanya beberapa batang pohon bakau sebagai ceracak??? mana cukup wei.... Kalau kau bina twin tower hari ini siap, malam nanti, wartawan mesti datang sebab nak masukkan berita kejayaan kau membina twin tower atas ceracak bakau yang menemui kegagalan dalam beberapa jam/minit... huhu.. logiklah sikit.

hmmm... Bila diuji, kita menangis... bila kita ditegur, kita tak puas hati.
Bila dinasihatkan, kita menafikan kelemahan....
Bila diingatkan, kita rasa kita tahu everything ...

Dah pandai...
Dah hebat..
Dah alim...
Dah faham ...

hmmmm... Jika kau bersikap demikian... maka setakat itu sahaja level kau dulu kini dan selamanya...

Bila kita ingin menjaga batas agama dengan sedaya upayanya, kita akan diuji..... diuji, harta, wanita, duit, masa dan sebagainya... hakikatnya, biarlah Tuhan yang menilainya. Dia lebih tahu apa yang lebih layak untuk kita.


coretan beebrapa minit, sebelum nak pergi mencari sarapan!!! jom makan.  Tenangkan jiwa.

Friday, December 21, 2012

Photog : Trial Canon EOS 650D

Alhamdulillah.... Maha Suci Tuhan daripada segala kekurangan.

Hmmmm.. Arghh!! salah beli kamera lah!! ahahah.. 60D jadi 650 D!!!

eheheh rilax sudah... Dah beli dah pun.. ahhaah

Just play with this camera. Dont worry.

Yang penting pemiliknya tahu nak olah gambar.Alhamdulillah. At least aku nampak specialist O&G pun guna kamera yang sama kot... heehhe


Inilah kerja bergambar dengan model yang tak meminta sesen pun. Alhamdulillah.




my favourite food at Parit Simin- Perhentian Mahkota. masa lepak2..


wow... smart lah bangau ni lepak cari makan sorang2..

Besau giler bangau ni...


tenang...


Kasih Ibu.....



dedebunga....

bebaskan aku dari cengkaman dunia ...

Wednesday, December 19, 2012

Sembang :Hari ini dalam sejarah!

Alhamdulillah...

Hari ini gaji masuk, bermula pagi buta.. tak lah pagi sangat sebab lepas bangun pagi, lepak baca apa yang patut, lepas beberapa ketika.. tertidur... huhu... Mandi  dan terus sarapan, tak sempat nak menjenguk kambing kat belakang rumah, terus pergi ke bandar sebelum jalan sibuk... keluar duit terus bayar apa yang patut!

hmmmmm... selesai!

"cik, kambing kat belakang tu memang ada yang kecik ea?" beritahu seorang budak kecil ,jiran kami yang masih baru darjah 1 kot, kepada abang aku.

" kambing kecik memang ada kat belakang tu." terang abang aku kepada budak kecil itu sambil menunjukkan saiz kambing itu dengan tangannya..

" eh, bukan kecik macam tu... ada yang lagi kecik lagi." Kata  budak kecil itu dengan rasa tak puas hati.

" ye ke?" abang aku dah pelik. Dia pun bergegas ke kandang.

hmmm.. Dah 'bersalin' kambing ni rupanya. Alhamdulillah. Kurang tanggungan ibu kambing ini menahan berat kandungan lalu. hmmm. Semoga Allah jadikan kami orang yang bersyukur.

Apa yang mampu aku katakan. Segala pujian hanya padaMu.

Usaha kami dalam bidang ini yang bersumberkan modal yang minimum demi menghidupkan sunnah, semoga ia terus hidup dan diberkati.

Petang ini juga, aku bertekad mahu beli sebuah kamera. Sudah lama tak bermain dalam dunia photography. Rindu sebab bila ada kamera... aku akan bergerak ke pelusuk bumi yang sunyi dan tenang. Mengambil gambar alam. Ia indah dan tenang. mendekatkan jiwa yang gundah kepada penciptanya. Ia memberi sejuta kegembiraan dalam dunia yang penuh gelisah.

Walaupun sudah memiliki kamera DSLR model EOS 650d... tapi aku masih tak mahir lagi.. hii... sebenarnya tersilap beli, ingatkan nak beli EOS 60D... tapi tak pe, DSLR ni pun ok juga, dalam budget lagi. so, Optimize yang ada. yang penting, kita belajar mengasah bakat!! (ada bakat ke?? heheheh...)

Alhamdulillah.

Tuesday, December 18, 2012

Ujian bukanlah sia-sia...


Maha suci allah .
Segala pujian hanya padaMu yang memberi segala kurniaan dalam nyata dan tidak. Sesungguhnya keadilanMu sangat besar nikmatnya sehingga ia membuatkan hambaMu malu kerana keengkaran dalam mentaatiMu dan sering merungut kerana sedikit ujian yang hakikatnya semua itu adalah bekalan masa depan. Ujian yang merupakan nikmat masa depan.

 Hari ini seorang doktor muda dimarahi oleh seorang senior kerana kesilapannya memberi dose ubat. Ketika itu, kesilapannya hanya dalam kertas list ubat sahaja yang baru ditulis dan belum diberi ubatnya pada pesakit..tetapi disedari oleh senior bahawa  doktor muda itu tersilap tulis. s\c tramal 100mg TDS(3 kali). (kerana kebiasaannya untuk pesakit yang tengah mengalami sakit yang agak kuat, dose 100 mg tds/3x or 50mg qid/4 kali akan diberi... )

"Hey crazy boy!kamu tahu pesakit ini ada penyakit buah pinggang? Maksimum dose untuk pesakit buah pinggang 100mg per day. Setiap pesakit buah pinggang wajib kamu teliti setiap ubat. Jangan main bantai je. Patient die and you also die! " Herdik senior dr.

Doktor muda yang baru sahaja bekerja sudah kena marah kaw3 .

Dia mungkin sedih kerana dimalukan depan pesakit. Dia juga sedih kerana dimarahi dengan begitu dahsyat kerana kesilapannya yang mungkin boleh dimaafkan kerana baru bekerja. Mengapa aku yang kena marah? Mengapa aku buat silap? Mengapa tidak ada orang beritahu aku sebelum ini? Inilah persoalan yang timbul mengganggu ketenangan di dalam lubuk hati. Hmmm... biarkan rungutan itu berlalu, pahatkan di jiwa agar teguh bersangka baik pada Allah.

 Hakikatnya....
Jika difahami..
Doktor muda ini akan mendapat banyak faedah dan hikmah jika dia terus berusaha membaiki dirinya.

1. Dia akan tau setiap pesakit buah pinggang mestilah diperhatikan dos ubatnya. Ubat untuk pesakit buah pinggang berbeza.

2. Ubat tramal untuk pesakit buah pinggang tahap akhir yang dipraktikkan di hospitalnya hanya 50mg bd sahaja.

3. Dia akan dapat fahami bahawa senior memiliki gaya bahasa dan tingkah laku yang berbeza berbanding dirinya. Maka, dia kenalah berusaha memahami dan menjauhi sifat mazmumah agar suasana yang sebegitu mampu diubah kepada yang lebih baik.

5. Setiap kemarahan, dimalukan depan pesakit membuatkan jiwanya lebih kental dan perasaan sentiasa perfect dapat direndahkan. Jadinya, jiwanya akan lebih mudah menerima kelemahan diri dan sedia berusaha menjadi lebih baik.

6. Kesilapannya salah tulis dos telah dikesan awal dan pesakit terselamat daripada dos yang agak tinggi. Dia terselamat daripada kesilapan yang mungkin memudharatkan pesakit.

7. Para jururawat dan kawan-kawan yang lain juga, yang memerhatikannya jika mereka turut memahami kesilapan dan mengambil iktibar, maka hikmahnya juga besar.
* akan tetapi, pekerja hari ini lebih suka bergossip berbanding belajar daripada kesilapan orang lain. Mereka ini sentiasa merasa sempurna kerana tak pernah kena marah. Hakikatnya, apa yang mereka tahu? apa yang mereka belajar?? Hmmm

 Inilah ujian Allah yang lebih banyak hikmahnya berbanding sedikit keperitan hati yang sentiasa penuh dengan EGO.

Belajar daripada kesilapan diri dan orang lain. Ingatlah kita juga pernah melakukan dan mungkin akan melakukan kesilapan. Kurangkan kesilapan dengan belajar daripada pengalaman diri mahupun orang lain.

Tuesday, December 11, 2012

Sembang-sembang biasa...


Salam sejahtera atas kalian semua, semoga kita dalam lindungi rahmat Ilahi.

Maha suci Allah yang menciptakan langit dan bumi yang memahami hati setiap hambaNya yang lemah yang sentiasa memohon segala bantuan .

Hidup di muka bumi ini bukanlah mudah... setiap hari adalah cabaran.

Sebelum kita memulakan hari ini, pernahkan kita terfikir... " Bagaimana agaknya cara kematian kita? Penyakit? Kemalangan? Lemas ke? Kena bunuh ke? Berjihad ke? Sakit jantung ke? Mati dalam husnulkhatimah ke?".... Seram bila bercakap tentang kematian... Tapi itulah hakikat kehidupan yang kita kena sedar.


Ada yang memiliki ilmu dan bakat, lantas memanfaatkan untuk agama, sanggup bermusafir ke sana ke mari untuk menabur dan berkongsi ilmu yang ada .

Kita? hmmmm.. apa yang kita ada pun kita tak tahu.hmmmm...

Kalau kerja kerajaan, kerja balik..kerja... balik.. makan  minum.. kerja... balik... tidur..

Masjid? Quran..? Jiran? Saudara kita? Sedekah ? .... entahlah.. susah juga nak bahagikan masa bila jadual kerja yang sangat menguji dan 'beban' kerja yang sangat menguji.

Apapun, sebagai seorang yang sudah bekerja.. pengalaman yang masih mentah ini sangat banyak mengajar aku untuk tidak berhenti belajar dan mengajar juga.

Maklumlah, siapa hamba ini tanpa tunjuk ajar orang di sekitar sama ada yang wujud dan yang tak nampak tetapi muncul dalam hidup melalui dunia maya.... hmmmm tiada yang mustahil.

Pernah suatu ketika , aku bangun pagi seawal 5.15am... terus siap pergi kerja, sampai tempat kerja terus memulakan kerja sepantas yang aku mampu walaupun aku tahu, aku tak mampu bertahan lama bangun sewal itu jikalau ia terus menerus. Saat bekerja dalam bulan ramadhan, beban kerja boleh aku katakan tangan tak boleh lekang daripada pen dan kertas. kaki sentiasa bergerak. Terasa pedih dan perit lutut dan tapak kaki kerana lamanya bergerak dan geseran . Kasut yang ada pun terpaksa aku fikirkan untuk beli yang baru agar tapaknya lebih lembut bila dipijak agak tapak kaki tidak terlalu bisa menahan beban badan.

Akal dan minda sentiasa bergerak dalam mengantuk untuk memastikan semua tugasan berjalan dengan lancar. Dalam sibuk itu, usaha kita melaksanakan tanggungjawab, ada pula yang mahu mencelah untuk melempiaskan berangnya dan menambah beban yang tidan sepatutnya. "Sang Senior! Jadilah manusia yang hebat dan mampu mengawal amarah, bukannya hebat itu dengan melempias kemarahan pada orang lain!"

Peluh badan mencurah kerana sumber tenaga digunakan semaksimanya. Panas ruang tempat kerja menambah kepayahan. Waktu berbuka hampir tiba, pesanan makanan sempat dibuat melalui telefon dan sampai masa, aku terus keluar ke Cafe untuk mengambilnya. Makanan diletakkan di dalam bilik makan, dan sambung kerja. Beban kerja masih banyak sehinggalah waktu berbuka, hanya sempat makan dengan kunyahan pantas.... solat dan kembali ke tempat kerja. Waktu solat yang sangat terkejar-kejar kerana suasana tempat kerja yang amat menguji kita sebagai umat Islam. Aku tertanya-tanya, mengapakah aku berada dalam keadaan sebegini sedangkan aku bekerja dengan kebanyakan umat Islam tetapi dalam ruang tempat yang kebanyakan orang atasannya bukan Islam. Ia rumit. Kekecewaan itu pasti! Kecewa dengan saudara aku sendiri yang sudah memiliki kuasa tetapi hambar menempuh dunia kerana mengejar harapan sendiri tanpa menghiraukan orang lain. SEBULAN RAMADHAN aku sebegini.... menangis aku kerana hilangnya nikmat ramadhan... syawal...dan bulan-bulan haji lalu.. Hmmmmm.. Pengalaman bekerja dalam bumi negara ISLAM hari ini. Inilah hakikatnya. Sampai bila? Entahlah.

Aku tidak kisah siapa kamu, tukang sapu sampah ke? Tukang kebun ke? Pengembala lembu? Kambing?  Doktor? Specialist? Pengarah?... aku hanya tahu, kita semua adalah sama di sisi tuhan, yang membezakan kita hanyalah ketaqwaan kita pada Allah.

Berusahalah menghormati orang lain, tak kira tua muda. Berusaha menjaga agama.... Jaga Allah, pasti Allah menjaga kita . Allah maha adil

Hari ini, aku telah terlepas dari kongkongan tempat kerja yang dahsyat itu. Walaupun aku di'ancam ' untuk diletakkan di situ selama beberapa bulan lagi, namun, atas penilaian orang yang lebih layak dan lebih berkuasa, aku bebas kerana tiada alasan untuk aku berada di situ lebih lama lagi walaupun diberi surat amaran dengan alasan yang sangat goyah.

Aku pernah email kepada Boss, ucap terima kasih kerana melepaskan aku walaupun aku sedar aku hanya seorang insan lemah yang masih kena belajar lagi terutamanya dalam bidang ini...ehehe

Fadzli,

You tried and you have improved over the 4/12 here.
However you need to be aware there are certain areas of deficiency in your knowledge.  But as long as you continue to strive to improve yourself, you should be fine.
Yes, improve one's weakness and polish one's strengths.  Well said.

Yia 

Lafaz Alhamdulillah, itulah ucapan yang aku 'tak mampu' hendak ucapkan kerana terlalu malu aku sebagai hambaNya yang lalai selama 4 bulan , tetapi diberi bantuan  melepasi tempat kerja yang sangat dahsyat itu. Tuhan lebih mengetahui doa aku agar aku dapat menjaga solat aku, ibadat aku dan tanggungjawab aku  terhadap diri,dan yang lain.  Doa aku dan juga doa sahabat serta saudara aku yang lain. Terima kasih.

Sunday, December 2, 2012

Syukurku...

Alhamdulillah..

Ucapan pertama yang wajib aku lafazkan atas kurniaNya padaku..

hmmm..

Mengenangkan dua hari raya tahun ini aku tidak dapat sambut secara 100%, terasa hilang  ramadhan dan korban tahun ini....

Ramadhan yang indah telah di'korbankan untuk melaksanakan tugas di ward yang sentiasa sesak dengan pesakit dan ragam manusia lain yang menambahkan bebanan yang tidak sepatutnya ditambah.

Malah , korban tahun ini juga hanya mampu kirim duit saja tanpa bersama bersusah payah mengagihkan daging. Indah suasana yang sepatutnya berlaku tetapi ia tidak berlaku. Semuanya atas takdir Tuhan.

Hmmm Teruskan perjalanan dan fahami mengapa Tuhan berikan sedemikian. Itu lebih baik daripada terus menatap kesedihan.

Masa itu sudah berlalu dan tidak akan berlaku lagi.

Maka, teruskan perjalanan. Rancang kehidupan hari muka!

Hari ini, aku bertukar ward... ward yang melihat kelahiran bayi yang banyak..... Peliharalah kami dalam limpah kurniaMu . Lindungilah kami daripada kezaliman orang yang zalim. Tambahilah ilmu dan pengalaman umat IslamMu ini Ya Tuhanku Yang Maha Agung.