Monday, November 26, 2012

sambungan....

Alhamdulillah,

Hari terakhir aku di Medical posting...

TOTALLY blur!! datang dengan semangat untuk bekerja!! Datang awal !(awallah sangat sampai jam 6.15am kot...hihi orang yang tak pernah datang awal kat medical tapi konsistan mcm tu je... eheheh..)

Semanagt untuk bekerja sebab aku tak tahu hari ini adalah hari terakhir di Medical Posting sebab sebelum ni rasanya macam kena extend! Why not? Satu surat WARNING Letter telah menghancurkan rekod aku... Alasan surat itu : Kurang memberi tumpuan semasa menjalankan tugas. hihihi

Apakah perasaan aku ketika mendapat surat ni?
Apakah respon aku? Apa komen aku? Biarlah rahsia... ahhahah
Cuma yang menjadi tanda tanya...is.... who are the people responsible to create this letter!!! ahahah

Bila tengok siapa yang bagi, aku terus tersenyum ....

Abaikan surat tu.... fokus untuk hari ini.

Dah lah datang beekrja, kena review pesakit dan buat semua kerja ward, at the same time kena isikan log book dan dapatkan signature serta isi CPD.. semuanya mesti siap sebelum pukul 2pm. Pagi round dengan boss habis dalam pukul 10am... 11am, beres semua kerja ward yang penting... kul 11.30 mesti siapkan log book.. pukul 12 cari MO untuk tandatangan.. kul 1pm, balik rumah isi CPD kat internet rumah yang sentiasa laju dan aman....  kul 2pm, mesti sampai hospital dan pastikan dapat signature SISTER ward aku... dan 2.15 pm dah ready kat klinik nak jumpa boss.. Inilah plan yang Alhamdulillah berjalan dengan lancar seperti dirancang.

Dulu aku hanya bertawakal dan hari ini juga aku bertawaakal pada Tuhanku. Dia meletakkan aku di sini... dan dialah yang menentukan perjalanan aku. Aku berusaha merancang. Dialah yang menentukan yang terbaik. Organize! itulah temanya..... semua berjalan lancar.. Sampai ada boss kecik marah aku sebab aku tak isi CPD lagi masa minta sign markah exam.. ehehe Yang penting masa jumpa Boss besar CPD aku dah siap.. aku buat xtau je bila kena sound sebab aku totally baru tau pass viva aku pagi ini.. dan semuanya dalam perancangan teliti aku untuk kerja last minit ini.. Yang penting, kena buat mengikut turutan, kalau tak.. habis strategi aku hari ini....

Mengapa aku tak ambil kisah pasal VIVA aku?

Alasannya, i know myself more than others....
 Aku plan bercuti untuk konvo adik aku 23-25hb Nov. Masa tu aku adalah driver kereta sebab ayah aku baru balik kerja malam . Tak kan nak drive kot.... aku drive dari Batu Pahat ke Bachok Kelantan. Alhamdulillah. Berjaya.

Dalam perjalanan ini... emosi kena jaga, fokus dan ketenangan maksimum diperlukan. Kalau tak ... hmmm bahaya... Jadi, lepas viva 20hb, aku terus mendiamkan diri dan ambil risiko untuk tak bertanya apa-apa pun pasal exam. Kalau aku ada masalah dengan viva exam aku tu, aku khuatir aku punya perjalanan terjejas dan mood bersama keluarga juga akan bercelaru. Famili mahu raikan kejayaan adik aku... tapi nanti aku buat masalah plak. Ini tak adil. Biarlah , mereka semua happy, aku yang ter'gantung' tak tahu result.

Yang pasti, result viva aku tau pagi ini, dan kesannya, aku kena isi log book yang kosong dan baru lagi bukunya serta kena dapatkan tandatangan MO. Kena juga isi CPD.. semuanya dalam beberapa jam saja disebabkan keputusan yang aku buat.hmmm yang paling teruk..kena tahan kena sound dengan boss/MO sebab lambat isi log book dan CPD. ahahah expected...

" Bukan penting sesuatu pilihan itu betul atau pun tidak, tetapi yang penting bagaimana kita menghadapi dan menguruskan sesuatu setelah keputusan dibuat! "

Esok masuk dunia baru!

Sunday, November 25, 2012

3 Hari cuti lagi...

Kat Bachok...... heheheh Saja kacau lembu ni... ehehehe..


hmmm kat Terengganu... Saja melepak kat sini,. UMT

Macho x? Dapat bunga masa konvo!! cayalah...

 Alhamdulillah, cuti 3 hari hanyalah saat yang singkat untuk berehat .. sekadar menutup seketika masalah yang ada jika tidak diselesaikan... Hmmm entahlah... Ujian dan cabaran semuanya melanda dengan begitu pantas... hmm Sehingga aku tidak mampu merasakan mampu menghadapinya.. Apapun, jika Tuhan telah tetapkan aku menghadapinya, maka wajiblah bagi aku untuk menyelesaikannya. Semoga Allah membantu aku.


Hari pertama cuti, aku terus bersiap untuk bertolak ke Kelantan....Jam 9 am...bergerak.. jam 10am..sampai Segamat. Entah berapa banyak speed trap yg aku kena pun, aku tak tahu...huhu.. Yang aku pasti, perjalanan ke Kelantan, aku bawa sendiri kereta aku..... Ini matlamat aku.. Tapi, aku failed bawa kereta balik ke BP!! Seriusly, stamina aku menurun mendadak bila balik BP.. adeshh.. hihihi maklumlah, xsemangat sebab cuti dah habis.

 Di Kelantan, sempat berjumpa dengan member di USMKK.. ALhamdulillah sempat melihat suasana USMKK yang baru siap membangun..ehehe

Jam 12am... selesai jumpa member di USMKK, terus balik rumah kat Bachok, sambung tidur!... Esok paginya nak melepak di Wakaf Baru dan bergerak ke UMT. Percutian yang singkat saja....

Apapun Syukur pada Ilahi , diberi izin menjejaki negeri Tok Guru lagi.. :)

..... inshaAllah, bersambung.... mengantuk dah! :)

Saturday, November 10, 2012

Kagum dengan mereka....



Alhamdulillah masih aku ada keupayaan dalam menyatakan sesuatu di dalam blog ini.


Hmmm.. sejak dua menjak ni terasa lemahnya seluruh badan..hihi entahlah.. salah makan ke apa... easily tired. Tapi semuanya ok kot Hopefully!

Hmm entah berapa lama lagi aku di sini menempuhi satu posting yang amat dahsyat dugaannya. Bila difikirkannya, aku hanya boleh mampu katakan, Allah letakkan aku di sini kerana ada sesuatu untuk aku lakukan. Allah berikan sesuatu untuk habuan sesuatu yang lebih besar. Dan Allah juga berjanji, tiada yang layak bagi suatu kezaliman melainkan suatu kehancuran!

hmmm. Aku bekerja, melihat rakan seperjuangan... ada seorang rakan ni, begitu baik dan sangat rajin. Suatu masa dia tengah makan, dan 'bos' datang. Dia terus tinggalkan makanan sambil mengunyah makanan tersisa semasa 'bos' tanya. Aku gelak kecil.ehehe.. kelako! sentiasa memberikan yang terbaik untuk orang lain.

Dia ni rajin dan sangat humble. Berfikiran positif sentiasa. Bagus. Aku pula asyik berfikiran negatif. Boleh botak kepala yang berambut nipis la ni..ahahaha


hmmm...

hmmmm. Semalam , aku plan nak balik kampung, keluar rumah selepas azan maghrib, mengharap sempat solat di masjid... tapi, bila keluar je ke jalan besar, aku ternampak kereta kancil tersangkut dalam longkang.. hmmm mesti terbabas.. Aku pun tolong apa yang patut...

Tapi ia tak berakhir di sini.. selesai solat maghrib kat masjid secara solo sebab terlambat sangat... aku pun  bergerak ke kampung dengan harapan dapat solat isyak di masjid tepi jalan. tapi... selepas isi minyak, aku 'bertembung' dengan kejadian penunggang motor terbabas.. pengsan pak cik tu.. hmmm.. aku pun berhentikan kereta tengah jalan yg lampu isyarat tengah merah..hmmmm pastikan pak cik tu ok. bila lampu hijau, terus aku parking kereta tepi jalan. hmmm aku asses juga pak cik ni.. xlah teruk sangat. Yang penting ambulance sudah di panggil.  Orang di sekitar memaksa untuk bawak ke Hospital dengan kereta.  tapi aku tak galakkan sebab ia sangat bahaya kesan salah teknik... jika tulang ada patah... ia akan merosakkan keadaan. hmmm tunggu ambulan yang tak lah jauh sangat. Masjid sebenarnya depan aku.. bersama aku ada pesakit ,mangsa kemalangan. Ketika itu, aku perhatikan orang dalam masjid memandang kejadian kemalangan seperti memandang 'haiwan' di zoo, sambil berbual di beranda... tak turun langsung ke ? Paling tak pun, turun mengambil tahu, dan menunjukkan kalian jamaah yang prihatin. Walaupun kami dah call ambulan, tetapi tunjukkanlah yang kalian juga ingin membantu , bukan berborak-borak atas beranda.hmmm.... azan berkumandang, tapi ambulance tak sampai.. aku menanti dengan sabar agar tiada sesiapa mengalih pak cik ni kemana-mana sebab ia amat mengancam keadaannya jika berlaku patah tulang belakang..

Sesudah ambulan sampai je..mereka pun turun. Hmmm terus bertemu pesakit dan buat tak nampak je kami yang sedang membantu.. hmmm aku pula dihalang untuk membantu  walaupun untuk menghulur alatan, sebab ia memudahkan procedure jika dibuat berdua." Sabar encik!" inilah suara yang sangat menyakitkan hati.. setelah sekian lama menanti kehadiran ambulance... setibanya mereka untuk pesakit yang tak lah dahsyat sangat, tetapi kurang 'adab' dalam interaksi. Aku pun berpesan pada saksi yang nampak kejadian tersebut dengan lebih jelas , agar mereka tunggu dan beri keterangan. Aku cabut balik rumah! hihihi.. Malas aku nak layan orang yang dah pandai.... hiihi.. nak tolong pun tak kasi, so, buatlah sendiri. Aku pun banyak keje lain nak buat. Asal pak cik ni selamat di hospital, it is Ok. Aku pun p ward melihat pak cik ni, tengok file je... Oh, tiada pendarahan otak! Hanya gegaran otak sahaja... malah tulang belakang pun tiada yang cedera teruk. OK je. fuhhhh... Alhamdulillah...


hmmm... letih lah.. Rehat dulu!hihi