Saturday, October 27, 2012

malam

alhamdulillah, masih bernyawa untuk terus menaip di sini...

Entah berapa lama lagi aku di sini untuk menulis mencatat segala perjalanan ini. Huhu.... Semua akan pergi , tapi waktunya kita tak tahu lagi. Alah, ayat ni biasa kamu semua dengar. Tap perlulah aku ulang banyak kali.

Apapun, apa yang akan berlaku jika aku tidak ada di sini? siapa yang akan update blog? kalau aku boleh update kat alam barzakh, hihihi mesti seram orang kat dunia ni.... hmmm sekadar renungan.


Masuk kerja pun dah busy memanjang, nak update blog pun susah, inikan pula masuk alam barzakh, kalaulah aku ni seorang yang soleh, boleh je lepak2 dalam kubur... ini, perangai macam hantu.. entah apalah hukuman di sana nanti. Hmmmm... termenung memikirkan seksa yang dahsyat buat diri yang lalai..hmmm..

hmmmm..

Cerita lain...

Masa kecil  dulu, aku selalu tidur awal...
tapi kalau free, aku selalu juga panjat bumbung rumah.. Jalan dalam bumbung (antara ceiling dan bumbung dengan lampu suluh. ) Padahal, ia sangat bahaya. Wayar elektrik sangatlah bersepah-sepah. Aku pun pernah terserempak dengan bangkai tikus yang mati sebab gigit wayar eletrik.. Tapi buat tak tahu je.. Jalan atas bumbung melihat kegelapan ... sampai di hujung, rumah, melihat luar rumah yang gelap sedikit disimbahi cahaya lampu  jalan dan bulan... sunyi... sepi.... ada kala kucing melintas.


Malam.. suasana yang sunyi, penuh rahsia. Gelap gelita... tiada siapa yang tahu rahsianya. Ketika ini, binatang yang jarang dijumpai keluar , binatang berbisa juga ligat. Hmmmm... tapi ketika ini juga, manusia berehat dalam kediamannya. Maka terselamatlah kita dripada ancaman kerana tidak berkeliaran.

 Biasanya, aku dengan adik-adik aku lah buat kerja macam ni. Explore! konon-konon macam national geography. eheheh..

Hmmm.. itulah, bila difikirkan, aku masih terselamat, tak jatuh dri bumbung  rumah walaupun umur aku masa tu 7-10 tahun, tak terkena renjatan elektrik.. hmmm.. mungkin masa tu aku sudah tahu bezakan bahaya dan langkah selamat. Kalau tersilap langkah berjalan atas bumbung rumah, boleh jatuh ke lantai... hmmm.. Hari ni.. ramai je yang mati kat bumbung.. huhu dengar pun seram.

Sebab Allah masih panjangkan umur aku lagi... untuk apa? Hmmm.. Apapun, aku hanya menurut perintahnya...... Berusaha kepadaNya. Itu saja yang aku mampu.

Wednesday, October 17, 2012

Sembang ilmiah .. :P

alahai..... jauh lagi perjalanan ni... hmmmmm... 

Tanjung Balau is much better than DESARU!!! 


Alhamdulillah, lama juga aku tidak menulis di sini...

tempat yang banyak aku luangkan masa merekod sesuatu yang aku rasa perlu untuk aku fahami...


Semalam, aku pulang dari tempat kerja setelah selesai kerja shift malam, pukul 3 lebih juga sebab ada banyak kerja. Sepatutnya 10 am sudah selesai... tapi macam biasa, mesti terpaksa balik lewat....hmmmmm.. lotih!!

Memandu kereta perlahan melaui lorong di tempat kerja, ternampak dua adik beradik yang aku pernah jumpa ketika dulu. Mereka didiagnos thallasaemia yang memerlukan tranfusi darah sepanjang hayatnya. hmmmm.. Mereka kecil sahaja seperti budak darjah enam atau tingkatan satu sedangkan umurnya sebaya dengan aku.hmmmmm.... Melihat mereka meneruskan hidup... amat hebat. Mereka datang dengan tenang dan balik dengan tenang. Tidak nampak muka mereka yang tertekan. Kesengsaraan mereka yang berterusan. Ujian yang maha hebat buat mereka. Masuk darah hampir setiap dua minggu sekali... kena cucuk , kena makan ubat....hmmmm tumbersaran mereka terbantut kerana penyakit dan komplikasi transfusi darah...itu belum lagi kesan ubatan dan masalah kewangan lain.. Sedangkan kita, hayat yang sihat, makan minum pun tidak dijaga.

Duit?? Duit banyak katakan..... nak apa semua ada. Mc D, KFC dan blah... blah... rasa mewah, rasa hidup senang..

Hidup kita bukan sekadar kekayaan harta.. tapi hidup kita dan apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah ...

KEPIMPINAN kita dan ILMU kita. Malah akhlak dan tingkah laku kita melambangkan ilmu dan kepimnpinan kita juga. Jadi, tidak perlulah berbangga dengan sebuah kereta mewah dan harta melambak jika kita tidak memiliki kepimpinan dan ilmu yang banyak. Kerana, semuanya akan lenyap kerana kebodohan kita dan kelembapan kepimpinan kita dalam mengurus diri dan keluarga.

Jika kita memiliki ilmu dan harta, usah pula bongkak kerana kita sudah genius dan berharta, kerana ilmu tidak menghasilkan manusia bongkak. Manusia berilmu lebih tawaduk dan sedia mengajar. Aku pernah berurusan dengan manusia yang diberi ilmu lebih sedikit, tetapi perangai mashaAllah, sangat 'gempak'. Macam bagus je lah.. eheheh.. Akhirnya, aku telah menemui banyak kesilapan dalam keputusan yang diberikan apabila aku bekerjasama dengannya..hmmm.. Sebab itu , aku berusaha untuk menambah ilmu tetapi aku tak mahu jadi seperti itu bila ilmu aku bertambah. Umat Islam mesti menambah ilmu, lebih yakin dan berusaha membaiki kelemahan diri. Bukan menyerah kalah atas lahirnya kita dengan berjuta kelemahan. Hmm kerana aku juga dilahirkan dengan banyak kelemahan yang aku sendiri tidak mampu hadapinya, tetapi atas doa saudara-saudaraku, akhirnya aku di sini meneruskan kehidupan yang tersisa lagi ni.  Kerana hidup, untukNya.

Monday, October 15, 2012

Lautan..... potret!

Tangjung Balau, seminggu lalu... hmmmm Indah lautan... terasa hati dan nyawa terserah padaNya. Terasa dekat diri padaNya. Melihat keagungannya... hmmm bila saat ini terus berlalu, terasa seksa menjalani perjalanan yang amat penuh dengan sisa longkang dunia yang perlu kita jaga agar percikannya tidak mencemarkan hati yang masih lemah. hmmm

Sejauh mana perjalanan... ada masa kita bertemu dengan insan yang baik dan smart... hmmmmmm... Apapun, jangan berputus asa pada Tuhan!