Monday, September 24, 2012

Memori itu dan ini...

Ikan pari ni mencecah 60kg kot... berjaya ditawan oleh abang aku yang bukan dalam gambar ni. Fuhhh... Dahsyat giler! aku?? Ikan sepat pun tak dapat .... Tau makan dan tidur!! haish..




Alhamdulillah.. masih teringat nak menulis dalam blog yang sudah 4 tahun lebih rasanya.. hmmm, tiada apa yang lebih baik melainkan untuk merekodkan sesuatu agar ia menjadi kayu pengukur diri untuk menilai siapa diri dulu kini dan selamanya. ehhe..


Terpandang gambar kat atas ni, teringat masa kecil dulu yang suka memancing , berkubang... menangkap ikan dalam parit, longkang. tangkap dan kumpul..... lepas hujan adalah saat paling best nak berkubang dan saat kemarau pula saat paling senang nak dapat banyak ikan...eheheh.. Air kurang, so, ikan-ikan tiada tempat lain nak lari. Betul tak?
Inilah hasil tangkapan abang aku juga semalam 23 September 2012.  Ikan tu semua masih bernyawa lagi masa aku ambil gambar ni. Menunjukkan ia semua masih fresh! Sedia untuk di jual... Saja tangkap ikan sementara ada masa.



Tempat yang wajib aku lepak kalau cuti... menghabiskan masa dan duit dalam kedai buku... beli ..tengok... jalan.. tengok.. beli.. baca sikit... tdo! opss.. ahah.. Kumpul dulu, ada masa baru baca! yeah!
Bergambar di hujung lautan.. ehehe at Teluk Wawasan.. sebenarnya ,kawasan ini dulu masih hutan,tapi telah ditebang dan dibersihkan ...hmmmm maka berkuranglah hutan paya bakau sebagai benteng.




Itu saja gambar untuk hari ini...

Apapun, cabaran dalam dunia bekerja hari ini banyak mengheret aku untuk terus berjuang dalam takdirNya. Mengharapkan Allah membantu aku dalam qada dan qadarNya. Kerana aku tersangat lemah dalam perjalanan hidupku. Tiada daya bagiku melainkan daripadaMu.

Saturday, September 15, 2012

Code 1 :ada masa ( code peristiwa tronx013)



Alhamdulillah, lama tak menulis akhirnya dapat juga menulis walaupun sedikit.

hmmmm entahlah sejak dua menjak ini, aku lebih pula garangnya daripada biasa. Hati yang sangat menghormati orang kini telah dicabar kekuatannya untuk aku terus berperang dengan penceroboh.

Bagaimana aku mahu menghormati orang yang tak mahu menghormati orang lain? bagaimana aku mahu memberi respon yang baik kalau cara meminta itu adalah suatu arahan paksaan dan bukan pertolongan. Kerana ia sesuatu yang memberi manfaat pada orang lain, maka aku lakukan demi orang lain . Bukan kerana engkau! Ingatlah! Jangan sesekali memandang orang yang rendah itu seorang yang 'rendah'. Akuilah Tuhan Maha Agung dan dia akan memberi apa yang dia mahukan! Jika kau zalimi orang lain, percayalah, tiada yang layak bagi suatu yang zalim melainkan suatu kehancuran!!! Bersedialah.

Jangan sekali-kali mencabar hati aku yang baru belajar untuk menjadi baik . Jangan cuba bermain kata dengan insan seperti aku yang jarang sekali memberi kata-kata yang sedap dihadam. hmmm Bukan poyo! tapi hakikat yang nyta. hahah.. Saja tulis ayat-ayat mengamuk untuk mengingatkan sesuatu peristiwa.

Apapun, berbincanglah secara profesional kerana kita berurusan dengan benda hidup dan ia terlalu dinamik. Jangan fikir soal diri sendiri dan orang lain menyusahkan, fikirlah bahawa kita mungkin menyusahkan orang lain ketika kita tiada. Maka, sedia bekorban demi agama.


Cabaran mendatang sangat hebat, maka hadpi dengan sabar. Walaupun ia sukar tetapi ia adalah ketetapan Tuhan. hmmm..

p/s:Dalam dunia ini juga, di saat sukar menemui insan yang baik, tiba-tiba ada pula terselit manusia yang sangat baik, sangat pemurah... sampai kita sukar percaya ia betul ataupun tidak. Seorang yang macam apa yang ko inginkan ia ada dan sentiasa ada, tetapi dalam masa yang sama, ia terlalu mustahil ada.... tapi.. ia wujud. Wujudkah? aku pun tak tahu.hmm

Friday, September 7, 2012

Alhamdulillah, lama tak menulis...akhirnya...

Alhamdulillah,

Terasa begitu lama tak menulis, bukan sebab tak ada idea, tapi terasa berat nak menulis kerana diri yang terlalu lemah menghadapi hari muka. hmmmm.. banyak kelemahan , banyak kekurangan dan banyak sekali dugaan menduga yang membuatkan diri tersekat dalam ruang waktu yang menghalang komunikasi dua pihak dengan lebih berkesan.

Apapun yang berlaku, sambutan raya sudah jauh berlalu sehingga aku tidak dapat merasakan apa-apa sangat kerana kesibukan waktu bekerja yang penuh dengan tugasan. Keletihan menutup keindahan raya lalu. Apapun, syukur pada Tuhan kerana memberi aku peluang untuk terus membetulkan diri. Segala kesilapan dan kekurangan aku masih lagi diberi pertolongan dan dibenarkan untuk ditingkatkan kualiti diri. Insaf! Namun, keadaan sangat menduga!hmmmm

Apapun yang datang, kelemahan dalam diri mesti diatasi dan kita mesti berani. Seumpama kita takut akan kegelapan. Mengapa kita takut kegelapan? kerana kita tidak tahu apa yang ada masa gelap itu dan bagaimana keadaannya sehingga kita mampu menghadapinya. Jadi, untuk menempuh masalah, kita kenali masalah dan bersedia dengan segala ilmu dan persiapan semoga kita mampu hadapinya dengan baik.

Yeah, aku insan banyak kelemahan , tapi itu bukanlah alasan diri untuk terus mengaku lemah. Tuhan tidak meletakkan aku di sini dengan alasan sia-sia. Pasti ada sesuatu untuk aku dan mereka. Pasti!