Thursday, July 26, 2012

Langkah seterusnya ...

Alhamdulillah, sempat lagi aku bertarawih malam ni walaupun sekadar 8 rakaat yang mampu aku lakukan. Ketika dulunya, aku bersemangat menghabiskan malam dengan tarawikh 20 rakaat, tapi sejak beberapa tahun ini lebih selesa 8 rakaat sahaja.

Ramadhan tahun ini sudah menampakkan cabarannya. Aku berada di posting medical , ward paling dahsyat kesibukannya. Malah, ramadhan antara bulan yang membuatkan hati aku lebih sensitif entah kenapa. Auranya sangat hebat. Terasa keheningannya ketika sendirian. Hmmmmm... Ramadhan memang hebat kehadirannya.

Hmmmm apapun yang mendatang, esok aku kena tempuhi posting baru aku... hmm Semoga Allah berikan aku dan rakan-rakan aku ketenangan, kesabaran, kekuatan dan kebijaksaan agar menjadi insan-insan yang mampu berjasa dan selamat membantu orang lain.

p/s: Hmmmm.. ramalan aku, mungkin kesibukan bekerja dan keletihan yang amat berganda itu membuatkan blog ini kaku buat sementara waktu.... mungkin 4 atau 7 bulan...atau... entahlah.. hanya Allah yang tahu.

Salam ramadhan!

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan 2


Alhamduluillah, masih bernafas lagi... walaupun sudah 3 hari batuk-batuk, demam pula sudah reda. Hari ini badan terasa sihat. Alhamdulillah.

Hari kedua sakit yang mewakili ramadhan 1 pun, aku masih berjalan-jalan ke bandar, balik terus tidur lena sampai nak pergi pasar atau bazar ramadhan pun kelewatan. ehehe...  terlalu letih dan sakit kepala. 

Hari ini, balik ke Muar untuk kerja malam ni!!!! Boleh pula letak aku shift malam..hmmmmm.... sabau je lah. Tulis cuti 2 hari, tapi permainan sistem shift menyebabkan cuti itu menjadi satu hari setengah je. hampeh.

Petang ni aku gerak ke pasar malam!!! kononnya nak cari parking jauh sikit untuk beli makanan, mengelak dari kesesakan! Akhirnya memang aku terperangkap dalam jerat percintaan lalulintas di kawasan perumahan. 

Ceritanya begini, heheheh pertamanya nak minta maaf dulu kalau ada puak yang terasa. 



Aku melalui satu lorong, yang kanan kiri penuh kereta yang boleh kata hanya satu kereta setengah je boleh lepas. belakang aku ni kereta MYvi putih bukan berbangsa melayu lah begitu rapat follow aku kononnya nak sama-sama lepaslah!!.... depan aku pula ada kereta merah hmmmmm...

Aku melalui lorong itu dengan mudah tetapi apabila kereta merah di hadapan aku terus bergerak seolah tidak memberi laluan, dia telah menyekat kedua-dua arah kereta.Sedangkan dia patut tahu yang dia akan menyekat di hadapan jika terus bergerak sebab jalan itu hanya memuatkan satu kereta sahaja. Jalan tersekat! Kereta aku tak boleh nak bergerak. Belakang aku ada kereta putih yang sangat rapat, depan aku ada kereta merah yang menyekat dan kiri aku pula ada kereta tengah park . Kalau aku teruskan memang suku kereta aku akan kemek. Kereta merah itu meneruskan pergerakan tanpa mahu undur sedangkan belakangnya kosong. Namun, beberapa saat kemudian, kereta lain datang menghalang di belakang kereta merah!


Pergh!!!!! aku terperangkap!

" Ya Allah, aku terperangkap. Bantulah aku. Berikanlah penyelesaian padaku."
Inilah doaku ketika itu apabila hati mula buntu. Aku tak mampu nak buat apa. Orang lalu lalang apa peduli. Kereta merah  itu pun senyap dalam kereta. Semua tak mahu ambil peduli macamana nak selesaikan. Orang sekitar hanya menjadi penonton je. Melihat gelagat kereta. 


Hero sampai!! (Inilah kerja 'gila' pernah aku buat dalam bulan ramadhan. Sebab aku dah geram , apsal sengal giler semuanya ni ( tak termasuk aku lah.. ahaha sebab aku dah jadi 'Hero'.hihiu). Takkanlah  korang nak aku teruskan gak kereta aku?? Korang tak nampak jalan aku dihalang dua kereta??" .... sabar bro!bisik hatiku... aku keluar dengan muka separuh macho. )

Aku tengok kereta merah, pemandunya... " la perempuan ke?...hmmm" .. aku toleh kebelakang kereta Myvi putih aku tu... patutlah kereta Myvi ni tak mau undur, dia pun kena sekat. aku pandang pemandu kereta tu.. " la... perempuan lagi. Mak cik ke? adeshh". 

Aku pandang depan dan belakang...  OK , aku mengarahkan kereta di belakang aku undur dahulu sebab ada ruang lagi untuk bergerak berbanding kereta depan aku yang memang dah tak ada peluang untuk undur. 

Hanya arahan tangan je. 

tiba-tiba, "  abang, suruh kerta belakang undur"

Aku pun , " yeah! ok!" . Ko ni slow lah!! aku dah lama suruh undur lah wei... now your turn untuk undur. 

" Aku masuk ke dalam kereta dan terus bergerak slow-slow dan pecut keluar!!! argh! Malunya terpaksa keluar mencapab jadi petunjuk arah kereta bergerak. hahah.. segan dalam macho. Lepas tu, cari parking lain, terus beli makanan.. hampeh betul. simple je kot. Tapi sebab kebanyak pemandu kat situ seolah menanti malaikat turun beri pertolongan, sampai mati pun jalan tu akan jadi macam tu. hmmm.. apa dah!

hmmmmmm... Macam ni lah keadaan kita yang nampak berpendidikan tapi tak ada common sense nak buat sesuatu. Aku terasa jadi Hero plak petang-petang ramadhan 2 ni. hahaha

p/s: Actually, aku berkongsi, yang aku baru je perbaharui lesen memandu 20 hb Julai lalu. hahah.. Lama tak perbaharui.  Apapun, semoga aku diberi ingatan yang baik.

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, dapat lagi bertemu dengan ramadhan tahun ini. Permulaan ramadhan yang indah kerana aku dapat bercuti. Berkemungkinan tahun ini juga aku tidak dapat beraya bersama famili kerana sudah berpindah  bahagian tempat kerja. Adeshhhh..... sadisnya.. Masuk Ward Perubatan. Mestilah busy dan sangat menekankan!!

Apapun, selamat menjalani ibadah Puasa dan beribadah dalam bulan ramadhan!

Gunakanlah kesempatan yang ada untuk mencapai ilmu dan kebahagian di bawah redhaNya.

Mohon kemaafan daripada saya!

Tuesday, July 17, 2012

Syukurku


Alhamdulillah, hari ini aku drive seawal 5am dari Batu Pahat menuju ke Muar. Sampai dalam pukul 5.45am. Alhamdulillah,perjalanan lancar. 

Pagi ini aku ada workshop Finger injury and tendon repair. Best! Sangat suka pada program berkaitan Orthopaedic walaupun aku ni bukanlah sehebat mana pun, bak kata bijak pandai, aku hanya picisan sahaja dalam kalangan mereka yang hebat.

Suatu ketika itu, bos Paediatric-Specialist paed seorang ni, dia beritahu aku, 'kamu like ortho kan, ada workshop ortho paedic this July. Mau pergi x?" . about 2 month ago.... " Ok je. " spontan menjawab. 
Actually, aku respect betapa dia mengambil berat terhadap kami,pekerjanya. hihih..  Walaupun selalu buat hal tapi dia tetap ambil berat. 

Paediatric adalah suatu bidang yang paling aku minat zaman student. Keduanya ortho paedic dan ketiga ENT. eheheh. tapi.. zaman berubah bro! Suasana telah memerangkap kita dalam suatu kelompok yang kita sukar fahami. Terpaksa memilih satu sahaja untuk diberi fokus, tapi dalam masa yang sama kita kena belajar banyak benda.




Alhamdulillah. Workshop hari ini sangat best. Semoga aku dapat mengaplikasikan segala ilmu itu untuk masa hadapan. InshaAllah. Bos ortho, Mr R pun sangat sporting. Aku sangat kagum dengan dia,specialist yang berjiwa bapa dan member, tak kisah kes apa, pertanyaan apa, diskusi apa, dia tetap akan memberi respon sebagai rakan perbincangan. Tak semua specialist bersikap seperti dia.


p/s: walaupun ada insan yang cuba memerli atau mengkritik siapa kita, jangan terus bersangka buruk. Teruskan perjalanan. Berlatih untuk bersangka baik. Sabar dan ikhlaskan jiwa. Tuhan tahu segalanya. Semuanya adalah ketetapan bukan kebetulan.

Friday, July 13, 2012

12-13 Julai 2012

Alhamdulillah...

dapat juga berehat seketika... letih menghadapi hari-hari yang penuh dengan dugaan dan ujian. Berurusan dengan manusia tidak pernah mendamaikan. Terutamanya bila berurusan dengan manusia yang sudah COP kau sebagai makhluk yang kurang disenangi. Hihihi.... So what? Abaikan.. Husnuzan.. Teruskan perjalanan. Hadapi hari muka dengan Senyuman. Biarlah segala cerita atau gossip itu tersimpan dalam diariku.. heheh.. Cerita yang best tak boleh diletak di blog atau FB. Habis kau nanti dihentam dan dibaham oleh makhluk perosak alam. heheh..

Day 1- 12 Julai. Bangun pagi terus balik BP. Sampai rumah bersiap dan sempat tidur setengah jam, dan terus bergerak ke rumah member untuk ke Gunung Ledang!!... Kenapa Ledang? sebab aku tak biasa ke sini. heheh..Saja ambil angin dan belajar tentang jalan.






eheh..

Kemudian, perut sudah lapar, plan untuk makan di Parit Jawa. Medan Asam Pedas.

Sebelum itu...

Singgah di sini... KMJ.




Kemudian.... singgah di ...Masjid Payamas.







Akhirnya.... makan!!


eheh..



Lepas makan,melepak pula di.... Kolam Air Panas,Gersik sebelum sampai di rumah!





Alhamdulillah, lega hati dapat berjalan melihat ciptaan Tuhan. Janganlah jadikan akun hambaMu yang rugi,Ya Allah. Ampuni dosa-dosaku. Jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur atas segala apa nikmat yang dikurniakan.

Monday, July 9, 2012

Karya

.... tenang bila melihat ciptaan tuhan,tika dan saat yang penuh cabaran dan bakal ujian yang mendatang sudah  terbentang menanti aku menempuhinya.

Forgive me..