Friday, June 29, 2012

Bila Diuji....



Alhamdulillah, cuti aku yang diperuntukkan sudah habis dibaham MC selama 6 hari kerana jangkitan mata. Aku gelarkan saat ini, mata aku sudah berubah kepada mata sharingan. Apa itu ? Lihat kat google sendiri... hihi peminat Naruto kot dulu..


Alhamdulillah, sepanjang percutian ini.... aku juga dihinggapi oleh  'makhluk halus' iaitu bacteria penyebab Acute tonsillopharingitis. Demam turun naik, tekak perit, badan sakit-sakit. fuhhhh... Best gilerr dapat lepak tidur kat rumah... Mandi lewat sebab kesejukan pagi-pagi dengan badan panas sejuk tak tentu. Huhu.. Makan pun jimat, selera tak macam serigala,sekadar  makan secukup rasa. hihihi.. Boleh lepak dengan famili kat rumah.. Main dengan baby kambing pertama kami. ehehe. Comel giler. 3 hari MC pertama tamat, esoknya, konon-konon nak  pergi kerja, mata masih merah. " fadzli, kenapa datang dengan mata merah?" hmmm aku hanya senyum tanda penuh kesabaran menahan betapa pelan untuk 'vacation' on this early July already exploded and lost. fuhhhh... aku pun bertemu dengan dr lagi dan MC ditambah 3 hari lagi. Yeah! 6 hari semuanya.

3 hari seterusnya itu termasuk hari aku bekerja yang dikira MC day 1. Huhuhu aku tak mahu balik!!! Aku nak kerja juga. ahahah.. Aku balik pukul 6.30pm lepas semua kerja aku siap. Masa tu demam on and off plak.. perghh.. makan Panadol dua biji, tunggu lega baru boleh drive dengan baik.

Day 2- Khamis, 28 hb... Aku sampai di BP dalam pukul 12 pm, terus ke BP Mall. ShoppinG!! ahaha
Beli buku....

Petang pula, teringat aku akan seorang rakan di kampung sebelah... lama tak jumpa dan aku yakin dia ada di   rumahnya.. Heheh..Teka guna instinct je. Nasib menyebelahi.

Jom!! Melepak di Parit Simin..... terus Ke Sri Menanti, Batu pahat.. ke Pantai Mesra. (Nama tak komersial langsung... eheheh.. Sorri to say lah.. Bagilah nama yang best sikit. huhu)









 Alhamdulillah, badan semakin sihat, cuma mata merah lagi.
Aku sebenarnya memang mengimpikan untuk melihat matahari terbenam di sini suatu masa. Dan hari inilah suatu masa itu. Alhamdulillah. Melepak sampai azan maghrib. Dah nak maghrib, terus pecut keluar menuju MASJID.. jejaka soleh katakan.. hihi.... Ke mana pergi, masjid destinasiku. cewwah.. riak pulak orang kata, tapi rasanya tak ada soal isu riak pun sebab berjamaah di Masjid sebenarnya amat perlu untuk kita sebagai seorang muslim. Lainlah kalau masyarakat memandang seseorang yang pergi masjid itu sebagai makluk asing, itu yang kata aku riak. eheheh. So, berjinak-jinaklah ke masjid, di situlah tempat kita mendapat 'energy ' dalam hidup seharian.



Day 3 : Jumaat. 29 Jun 2012. Pagi ini, pelan untuk  ke Minyak Beku! Tempat Batu dipahat dan diambil nama Batu Pahat pun sebab peristiwa tu. Padahal, arwah atuk aku pahat batu kat belakang rumah, tak plak jadi tempat bersejarah... huhuhu..Gurau je.













Banyak insan baru dan lama aku temui. Semuanya seolah tersemai suatu ukhwah yang Allah kurniakan dalam kesamaran untuk difahami sebagai manusia biasa seperti aku ini. Semoga Allah pelihara aku dan saudaraku daripada kejahatan. Berkahi dan rahmati kami sepanjang hayat dunia dan akhirat. 


Aku sisipkan beberapa gambar yang sempat aku edit. Thanks kerana hadir si sini.

p/s: apapun, mata aku..hmmmm masih dalam proses penyembuhan.

Setelah seminggu menanggung ujian sebelum seminggu mendatang penuh hikmah. Alhamdulillah, Tuhan memberi suatu kerehatan dalam ujian dan ketika aku sukar memahaminya jua. Begitu hebat peraturan dan perancangan Tuhan melenyapkan kegelisahan dan kepayahan kita dalam sedikit sukar. Alhamdulillah.

Wednesday, June 20, 2012

Menjaga Langkah!


Alhamdulillah,

hari ini tidur lewat sikit, saja siapkan presentation last minit. Memang sengaja cari pasal dengan senior yang incharge kitarang..ahahah.. Sengal gila bila buat last minit. Hehehe... As u know, i am a person who never do  last minute in each assgment... tapi sejak dua menjak ni, saja practise buat last minut untuk biasakan diri menghadapi kes yang tidak terduga. Entahlah....

 Apapun, almost siap!!

Hari ini, tiba-tiba dapat mesej daripada mak cik aku " Salam, sihat ke?"

Apa agaknya yang membuatkan dia sms macam ni? Mesti dapat mimpi tak kena. Mimpi aku mati ke? ahahah

" Sihat. Nape?"

Dia membalas. " xda apa.ehehe "
Aku balas balik, " dapat mimpi apa? "

" mimpi ko mati. " :P

Opsss... expected. Aku senyum je. Hihiihi.. alahai.. nak mati, bila-bila pun boleh. nak sakit pun bila-bila pun. Tak kisahlah.... Aku cuma risaukan bagaimana aku hari ini......

Hmm sejak kerja, pergaulan, agamaku susah untuk aku tafsirkan.

InshaAllah, lepas ini boleh lah aku jaga batas pergaulan dengan lebih baik.  :)

Apapun.... Dunia bekerja di sini amat hebat. Setiap hari berdepan dengan kepala wanita yang tak bertudung! adeshhhh... aurat sana sini rasa selamba. Kopiah songkok tapi anak tak bertudung dok rilaks je... Macam bangga plak. Mak nenek plak bertudung rapi, cucu dan anak berpakaian ketat , tak bertudung rasa macam berjalan dengan artis.. kalaulah rambut depa tak beruban dan kulit kental macam Siti, pastinya teringin juga nak bergaya macam anak dara sekarang?? Maruah anak perempuan tercemar kerana kebodohan sendiri dan penjaganya yang tidak menghiraukan. Hmmmm..

Apalah nasib kita umat Muhammad! Aku juga layu dalam usaha menegur !....
Selat Melaka

Monday, June 18, 2012

Nilai Sebuah Kepercayaan

alhamdulillah..

Nilai sebuah keeprcayaan.. mengahrap padanya juga suatu yang sukar.. dan untuk memberinya juga menempah suatu risiko yang amat dahsyat pada impak kehidupan kita.


Bila kita mula memberi nilai kepercayaan pada yang lain, apa yang kita harapkan yang terbaik daripada orang itu untuk terus bersama berkhidmat. Namun, tak semua yang kita harapkan itu berjalan lancar. Kita meminta A, mungkin apa yang kita dapat adalah A+B yang nampak macam baik tetapi hakikatnya ia suatu yang mengganggu perjalanan tugasan kita.

Yeah.... hmmm..

Bukan mudah untuk kita memberi nilai ini, tetapi bila kita beri.... tatkala itu ia dimusnahkan. Bukan setakat musnahkan, malah ia memusnahkan kehidupan orang lain ada kalanya.

Maka, secara baiknya, kita wajib meletakkan nilai ini di atas suatu ikatan yang mampu kita kawal. Sentiasa menggunakannya tetapi sentiasa memastikan ia benar-benar mampu dieprcayai. Bukan untuk mempertikaikan kebolehan atau kemampuan, tetapi ingin selamat daripada kemusnahan.

Iktibar... Berhati-hatilah bila memberi kepercayaan pada orang lain.

Sunday, June 17, 2012

Kisah Di Sebalik Gambar Edisi ke-2

Jalan bertar dalam kebun yang menghubungkan antara kampung A dan kampung B. Kampung A ialah kampung Mampan, dan kampung B adalah kampung Biarlah Rahsia(hehehe sebab aku tak pasti kampung apa namanya sebab lalu je, tapi tak jumpa  signboard. Rasanya kampung Parit Bengkok kot!)... Jalan ni, sunyi sepi, tenang.... aku selalu ke sini time pagi seawal jam 7 pagi lebih.. atau pukul 7 petang lebih dah nak maghrib, sebab ketika itu, suasana lagi sunyi sepi..ehehe aman jiwa raga. Tapi, ketika itulah suasana kat kawasan ini bahaya, sebabnya binatang liar, Barbiey Hijau Angry bird ,ular, dan seumpamanya akan berkeliaran..ehehe
Jalan yang best untuk berbasikal!

Cantik tak? Subhanallah. Aku edit sikit, untuk menambah suasana ala-ala petang. Padahal tengah pagi cerah pun... Aku melihat deretan bunga seri pagi ni, kagum dengan ciptaan Tuhan. Indah, tapi hari ini hambanya ramai yang mengaku taat padaNya tapi engkar arahan. Sekadar beribadat untuk melepaskan tanggungjawab. hmmm Tuhanku, ampunilah kami.

Monday, June 11, 2012

Kisah disebalik Gambar! hehehe

Alhamdulillah, dapat juga merasa dua biji durian! huh... sampai sekarang sendawa pun sudah ada bau durian! hmmm ni yang tak syoook!! huhu.. nasib hari ni, xkeje.. Terima kasih pada ayah aku yang belikan masa balik kerja. Aku tak minta belikan sebab aku tak minat durian. Tapi, sudah dibeli, kenalah makan. :)

Inilah gambaran orang yang jarang ikut ke pasar!
aku berjalan ke pasar.. Mak kirim ikan kembung! yeah! senang je nak beli!!... tapi.. bila p pasar, ada dua  jenis ikan yang macam serupa dengan ikan kembung.. satu lagi matanya besar!! krebb!! yang mana satu ni?? nasib ada Samsung Galaxy notes! eheheh Google : IKAN KEMBUNG.. ahahah.. lawak giler.. lepas tu compare.. gotcha! siap! dapatlah ikan kembung tu.. Saja tambah beli sotong.. macam best je. :P

Inilah pantai yang cantik yang tersembunyi dalam dua destinasi setiap  kali aku melalui jalan pulang ke kampung. Memang cantik dan tenang!

Cool! best lepak sini!

Tu dia!! pantai Mesra!! hihi Seri Menanti.

Hidup dan Kehidupanku


Alhamdulillah..

10hb jun... hari ini penuh peristiwa sejak beberapa minggu tiada apa yang mampu aku nak coretan.

Malam ni,selesai solat maghrib..bersiap untuk solat isyak pula. Sempat aku mengedit gambar di Teluk Wawasan.


 Jam 7:10pm,di hujung lautanlah tempat aku melepak sendirian dengan sebuah kamera atau hanset. Hanya untuk merakam keindahan! Sudah biasa dengan amalan sebegini. Kerana maghrib saat paling indah untuk dinikmati! Masjid dekat je dengan laut ni, jadi usah risau... bila azan kedengaran, boleh pecut ke masjid.


Orang tua kata, dah maghrib,jangan melepak di lautan!
p/s :  Tapi... 'kau melepak berkaraoke di tepi laut,kau makan minum di tepi laut sambil dengar azan, boleh plak?'




hmmm... Ya, petang ini sangat sedih sebab tidak dapat mengikuti ceramah ustaz Azhar Idrus,di masjid berdekatan rumah sewa aku. Aku keletihan hari ini dan ada beberapa hal ingin aku uruskan. Maka, petang ini sebelum maghrib, aku terus menunggang motor ke lautan. Melihat bagaimana hujung tebing,benteng yang ditambak sudah dimamah ombak yang kegeraman dengan sikap manusia di situ yang lalai menjerit-jerit meronta-ronta melanggar larangan Allah! Ha! Nak kata aku merepek?? Nak kata aku menfitnah ke? Nak kata aku buat cerita?...KATAKANLAH! Kalau kau free, pergilah ke sini di waktu malam sebelum 11pm. Lihat! Adakah rasulmu melakukan aktiviti seperti yang kamu lakukan itu? Adakah para sahabat melakukan amalan sebegitu? Adakah  wujud persamaan antara orang di kelab malam dengan kalian?????
Aku sedih kerana aku tak mampu lakukan apa-apa untuk aku dan kamu.


Hmmmmmm... Suasana petang di hujung lautan ini amat indah! Subhanallah. Terasa angin lekit membawa garam lautan membasahi kulit aku. Hmmm..

beberapa photo sempat aku ambil.
Jam 7:15pm...dah nak maghrib! Jom balik!


Alhamdulillah, sempat solat di masjid berjamaah. Tenang!

Sebelum ke masjid untuk solat isyak, terpandang aku taburan bintang di langit. Subhanallah. Sangat indah dan tenang. Terasa diri terlalu dekat padaNya.


Memohon dan mengharap agar Dia mendengar segala bisikan dan keluhan dari hati yang penuh dengan kelemahan dan kehinaan.

Ada kala bersendirian itu lebih baik untuk memberi ruang pada diri ini untuk bermuhasabah dan mengadu segala yang terbuku di hati pada pencipta segala perasaan.


Alhamdulillah. PadaMu tuhan,aku bersujud.

Tuesday, June 5, 2012

Serius?



Alhamdulillah...

Serius ! Itulah jawapanku pada soalan, Sudah bertunangkah?

Ya, memang adik aku berumur 25 tahun sudah bertunang!.. Aku belum lagi. Bukan nak promote, saja nak buat  masalah. Heheh... Saja nak sedapkan jiwa raga yang masih membujang. mungkin 2-3 tahun lagi. eheheh... InshaAllah.  Kenapa itu biarlah rahsia.


Hmmmm... Apapun, aku bersyukur di tempat kerja aku hari ini, bos selalu menunjukkan aku cara kerja yang baik. Mengajar aku dengan penuh semangat. Selalu memberi motivasi pada aku yang nampak stress je kot. hahaha.. apapun yang berlaku... aku tau.. itu adalah kurnian dari Allah buat hambaNya yang sentiasa membisikkan sesuatu yang jarang didengari oleh jiwa yang seumpama dengannya.... hmm.. Yeah. Alhamdulillah. Semoga aku menjadi hambaMu yang taat.

Terima kasih pada insan-insan yang sentiasa memberi semangat dan memberi sesuatu yang begitu rumit untuk aku fahami.

Terima kasih khas buat si pembuat kek lapis, baju melayu, kopiah dan pelukis potret aku. Arigatogozaimass!! May Allah bless you. Ada masa, hantar satu lagi kek lapis durian!! .. thank yoU!

Sunday, June 3, 2012

..... Bosan kah?



Alhamdulillah aku masih bernyawa untuk terus berusaha beramal ibadat. Mengharap diri terus dikurniakan kudrat untuk menjadi hamba Allah yang taat dan bertaqwa padaNya.


Hmmmm.. Bosan.. itu mungkin ada pada pemikiran orang pada kehidupan aku..

hmmmm.

Soalan orang, ko dah tengok Avenger? Battleship?

Aku : belum lah wey...

Member : perghH! rugi beb, best gilerr.. Tak rugi  tengok banyak kali.

Aku : oh , ye ke? InshaAllah, nanti aku tengok. ehehe.

Soalan lain dari member yang lain , minggu ni ko nak p tengok wayang tak?

Aku : kerja lah weyy! Lagipun, aku nak balik kampung.

Member : hmmm... tak ada member lah macam ni nak p tengok wayang.

Soalan lain dari member yang lain dari yang lain, hehehe

" hmmm.. cuti-cuti hujung minggu ko buat apa? Ada pergi tengok wayang? Main games ke?"

Aku : Hmmm.. Akhirnya aku nak bagi jawapan sebenar, aku tak pernah jejak mayung panggung wayang lah. Sorrylah. Semua cerita ,movie tu aku tengok dalam you tube, triller je. eheheh.

Member aku semuanya " perghh. sucinya. kah3..(sambil gelak sinis kot sebab masih ada lagi orang yang macam aku wujud dalam dunia hari ini). "

" hmmm apa boleh buat.hehe aku bertekad untuk terus tak mahu jejak masuk pawagam boleh tak? eheheh InshAllah."


...... Kisah lain, rumah aku ada astro... tapi astro itu untuk TV nenek aku saja. Aku tengok TV di ruang tamu yang kena ketuk dua tiga kali baru boleh jelas. Hehehe. Yang ada TV3 atau TV1/2 tak ingat sangat lah.. Tv 9 ada juga kot ikut keadaan. Hehhe.. aku jarang sangat tengok TV sejak masuk universiti sebab lebih cenderung bermain internet.

Pernah orang bertanya , "ko pernah tengok cerita A tak siaran dalam televisyen setiap ahri ahad?"

Aku bertanya balik , " Tv berapa tu? Kalau TV selain Tv 3 /Tv1/Tv2 ...aku tak ada kot. Rumah aku, siaran yang ada hanya tu je sejak kecil sampai besar." huuhu... Tak maju langsung. Apa boleh buat.


............. suatu ketika itu, member mengajak aku ke bandar.
Tiba-tiba... " Jom p karaoke"
" O'oooo... hmmm.. Ada orang tak boleh masuk wey!! " member aku gelak sinis bila mengetahui yang aku tak akan masuk pusat karaoke walaupun yang jenis Box/ karaoke 'jamban'. heheh

Hmmm seperti biasa, " korang pergilah masuk, aku pergi kedai buku jap.(cewwah, skema lah kononnya)
Padahal aku memang membenci pusat karaoke!!!!

Hari ini, ramai je yang lepaskan tekanan di pusat karaoke. Berpakaian manis, bertudung molek pun akhirnya tumpas di pusat karaoke. Ia sudah dianggap biasa dan tidak menjadi apa-apa..... Yang menjadi pelik bila ada manusia yang seperti aku . huh!

..............................habis tu?? Masa cuti, ko buat apa?  Mesti baca buku ea?

Aku : entah! aku pun tak tau. Sukan pun aku tak minat, games aku tak minat, hmmm. tidur kot.

kalau cuti... pagi bangun, naik basikal pusing kampung, balik rumah, naik motor pergi laut sekejap ... ambil mood baru.. balik rumah, breakfast . kalau ada majalah, baca majalah atau seumpamanya... Tengahari makan.. Zohor, of koslah pergi lepak masjid. Balik..... tidur sekejap kalau tak sempat tidur sebelum zohor. ehehe.. Bangun, hmm sambung kerja yang patut, Asar .... Lepak masjid lagi.. Petang, balik tempat kerjalah..  Kalau perlu, pergi bandar lah.. hmm bangun, makan... tidur... hmmm


p/s: Malam tadi aku bawa member aku yang tak pernah ke Teluk Wawasan pada  waktu malam.

NAH!!! tengok sendiri. Siang nampak 'alim' je bumi Allah ini... Malamnya.. Karaoke dengan pak cik yang sudah dekat umur matinya sedang bergelek or menari kot atas pentas kecil. Hmmmm... Baguslah sangat perangai tu. Buat bertaubat wahai pak cik sekalian. Anak muda ini sangat takutkan dirinya menjadi lalai dan bimbang diri hanyut dengan dunia yang penuh pancaroba. Pak cik pula warga lama sepatutnya lebih kuat menjalani hidup sebagai hamba Allah !! Mahukah kami mengingatkan kalian sedangkan kalian sendiri sukar menerima nasihat anak muda!