Sunday, May 27, 2012

... dan perjalananku.



Alhamdulillah, indahnya hidup ini andai aku dapat mengenaliMu dan merasai nikmat yang kau limpahi dengan setulus hatiku. Siapa aku sebenarnya di sisiMu ya Allah?... hinanya aku ini kerana kelalaian aku. Hinanya aku kerana hanya duduk tanpa berbuat apa demi memartabatkan agamaMu.


Suatu masa.... pegangan aku akan diuji.

cabaran... Ugutan.. bermula.

Harta? Jawatan? Hilang pangkat? Hilang pengaruh? Hilang  sahabat? Hilang kepercayaan? Keluarga? Jiran? Kediaman? Pemulauan?

Hari ini aku mencatat sesuatu yang akan berlaku dan mungkin akan terjadi.

seorang makhluk hina, berlatar belakangkan kosong, memiliki harta yang kosong. Ilmu yang hanya sedalam kolam cetek yang menanti kering. Jasad yang lemah dan lesu, tetapi memiliki amarah yang melampau...
cuba untuk memberi peringatan kepada yang lain kerana kesedarannya akan lemah dan hinanya diri. Memberi peringatan kerana sayangnya dia terhadap saudaranya yang memiliki ilmu, harta dan kekuatan.. untuk tidak terus lalai dalam menjadi hamba Allah yang baik.

Hakikatnya, siapa akan memandang seorang pengemis jalanan yang cuba memberi sedikit nasihat kepada seorang hartawan dan insan yang sudah menjulang sijil tinggi?  tersenyum kelat menahan kelemahan.

Apapun yang berlaku...

cukuplah apa yang Allah berikan padaku. Sedangkan aku hanya insan biasa yang memiliki berjuta kelemahan untuk dibaiki. Berbekalkan sedikit ilmu dan usaha menumpaskan ego dalam diri, aku harap mampu menjadi seorang yang lebih baik daripada semalam.

Sahabatku, saudaraku... andai aku mampu bersuara menasihatkan dan menegur salah silap kalian, pasti sudah lama aku lakukan. Diam aku bukan kerana aku malas atau menyampah... Diama ku kerana aku tahu jawapan daripada mulut kalian. Bukan kerana aku bersangka buruk, tetapi itulah hakikatnya yang akan berlaku  berdasarkan apa yang aku kenali kamu.

Nasihat teguran aku bukan kerana aku sempurna. Kerana jika menanti sebuah kesempurnaan, pasti aku tidak akan mampu menasihati kalian jika mati hidup semula beribu kali. Aku tahu siapa aku, aku tahu betapa jauhnya aku untuk mengejar kehebatan orang disekitar aku. Aku tahu tahap aku hanyalah seorang insan biasa yang tidak ada apa-apa.

Kerana agamaku sebuah agama yang sempurna, maka banyak kelemahan  mampu aku perbaiki. Agamaku menaikkan aku ke tahap yang lebih baik. Hidup aku bermula di rumah ibadathku... Maka, terasa ruginya aku jika aku membiarkan sahabatku, saudaraku terus dilalaikan oleh dunia sedangkan mereka mempunyai kekuatan yang lebih hebat daripadaku. Jika mereka menggunakannya pasti hasilnya amat hebat juga.

Hmmm.. inilah perjalananku.. suatu masa, kita akan ditinggalkan kerana rimasnya orang disekitar kita terhadap sebuah peringatan kita. Kehilangan mereka suatu perkara yang amat merugikan buatku... tetapi andai kehilangan mereka suatu yang lebih baik..maka, aku redha. Allah maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Dialah Tuhan yang sentiasa mendengar bisik hati hamba yang hina ini sejak dia mengenali Tuhannya.  PadaMu ya Allah, aku bersujud.

Monday, May 21, 2012

YEah ...cuti 3 Hari dah habis!!



Alhamdulillah...

Tajuk entry yang konon-kononya gembira, yang pada hakikatnya tengah bergelora stress cuti dah habis. Hahaha..

Hmmm Hari pertama.. Majlis pertunangan selesai..



HAri kedua..... Hari kedua selesaikan transport sepupu yang nak balik KL dan uruskan hal-hal kat tempat kerja.


hari ketiga.. Servis kereta. huh!!

Yang syooknya, masa servis kereta, ada dua orang pak cik yang sedang hangat berbual tentang politik!!!

Wah!! Aku duduk 'bodoh' sambil baca buku Rich Dad ,Poor Dad... Kemudian aku bandingkan mereka berdua.. opsss.. mana ada, tak ada kaitan..

Mereka punya semangat berborak tentang politik. Sampai ayat
" Aku ni batch sama dengan ANuar Ibrahim. Cuma sekolah je berbeza. Aku tahu siapa dia".

hmmm ok fine. Whats next?

Dia pun memberi komen tentang akhbar Harakah, Metro dan lain-lain sedangkan di tangannya terdapat akhbar NST.. opss.. Aku tahu serba sedikit apakah pemikiran pak cik ini. Penampilannya sudah mencerminkan siapa dia. Malah, pengakuannya bahawa dia bangga menjadi anak Jawa pun aku sudah faham. Perbualan mereka berpusatkan bangsa. Agama Islam hanya sampingan menjadi perencah perjuangan dalam jalan penceritaan. Hmmm... Setiap lafaz tutur kata, jarang sekali mendengar suara hati  yang sentiasa ingat pada Tuhan. Ucapan zikrullah sudah hampir lenyap dibenam kata-kata semangat yang semakin hangit.

Sayang sekali.....

Sebenarnya, aku pun dengar-dengar sudah dipandang sinis  sana sini. Soal politik view lah!

Hmmm cuma... AMARAN aku buat mereka.

Jatuh dan bangun aku adakah kamu peduli? Senang susah aku adakah kamu peduli? Siapa aku juga adakah kamu tahu? Urusan aku biarlah aku uruskan. Urusan kamu, jika kamu memilih untuk berpegang tali Allah, maka aku adalah saudaraMu yang bersamamu. Begitu sebaliknya.

Jangan sesekali melibatkan keluarga aku dalam urusan aku ,pemilihan aku. hehehe alah, aku tak marah pun (p/s: sambil dua tangan di dada, mata pandang ke atas.) Alah, esok dalam kubur, aku kena jawab sendiri wei soalan munkar nakir. Korang tak leh tolong aku. So, bagilah can kat aku untuk belajr membuat keputusan sendiri. Ok pe? Betul tak?

Kalau korang dah bersedia nak mati, korang buatlah hal sendiri, sebab aku masih dalam proses persediaan. Jangan kacau aku ye. Aku cuma perlukan orang-orang yang menjaga agama Allah sahaja untuk membimbing aku. Cukuplah! Jangan mengelirukan perjalanan aku!

Wednesday, May 16, 2012

Karya Kedua : Bunga


Terima kasih pada member sekampung yang sedia membantu aku dalam mengenali apa itu Hanset serba canggih ini. Hanset ini merealisasikan impian untuk 'main-main lukis dalam dunia maya!

Opss.. azan Isyak!! Jom P masjid!

Hari Guru 2012


KMJ ,USM lupa nak letak lah... :P


Assalamualaikum...

Pertamanya, aku ingin berterima kasih pada guru-guru yang telah mengajar aku sejak lahir lagi lagi. Terima kasih! Semoga Allah membalas jasa kalian.

Mengimbau kisah lampau!

Banyak kenangan manis dan pahit atas lemahnya iman masih menyimpan kenangan pahit itu.sigh!

tapi yang bestnya.... pernah aku mengimpikan untuk menjadi seorang guru. Kenapa?

Sebab kerja guru simple dan banyak waktu untuk berehat. Walaupun nampak macam busy, tapi guru memiliki masa yang banyak untuk digunakan. Alangkah bestnya jika menjadi guru ketika itu. Inilah impian dulu kala. hihi...

Suatu ketika dulu, aku selalu tertarik dalam bidang agama. Mudah untuk tangkap dalam matapelajaran Islam. Ia payah tetapi mudah masuk. Alhamdulillah. Memang berhasrat untuk menjadi seorang ahli agama dan menjadi seorang guru agama. Bila melihat ustaz-ustaz/ustazah, terasa ketenangan yang luar biasa sampai ke hati yang kerdil. Pasti terasa ingin memiliki kelebihan seorang yang ada ilmu dekat pada Ilahi. 

Hari ini, saat berbeza......

Segala impianku, harapanku tidaklah sama sekali musnah, tetapi Allah hadiahkan aku lebih daripada sebuah harapan kecil. Kerana Dia Maha Mengetahui aku memerlukan sesuatu untuk keluar dan mengatasi kelemahan aku sendiri.

Jika suatu ketika dahulu aku seorang yang penakut itu dan ini, hari ini, Dia membawa aku keluar dari penjara ketakutan itu kepada sebuah keberanian yang lebih mendekatkan diri padaNya.

Jika suatu ketika dahulu aku seorang yang sambil lewa, hari ini dia 'memenjarakan ' aku untuk belajar menjadi hamabaNya yang lebih cekap dan teliti. Dia Maha menyayangiku.

Jika suatu ketika dahulu aku tidak mampu bersuara, tetapi hari ini Dia beri aku ruang untuk berbicara memimpin diri dan yang lain. Alhamdulillah.

Syukurku padaMu Tuhan. 

Erti sebuah tunjuk ajar guru-guruku mengenaliMu, amatlah aku syukuri. Amatlah aku hargai pengorbanan mereka. 

Semoga Kau berikan mereka hidayah dan taufiq untuk menjadi hambaMu yang taat.

Sunday, May 13, 2012

Alhamdulillah!



Dua hari cuti yang best!

Dapat berehat!

Dapat berjalan dengan member. dapat belajar sesuatu yang baru especially teknologi.

Dapat Bertemu dengan rakan dan sesiapa yang aku dah lama tak jumpa. hmmmm..

Hari ini juga, sempat juga basuh kereta, basuh motor! heheh...

Setelah berbulan-bulan memiliki kereta, aku belum pernah basuh kereta sendiri melainkan hari ini..hehehe.. apa leh buat.. busy konon-kononnya.. padahal tak tahu nak basuh dan malas. Hari ini dengan tekad, terus basuh kereta sebab rasa banyak kolesterol dalam badan dan mahu lebih sihat. hehe

Dalam masa yang sama, baru sempat menghabiskan novel pemberian UNKNOWN yang sudi meminjamkan Novel Denyut Kasih Medik yang saya kira, tak tahu nak pulang ke alamat mana. Kalau sempat jumpa kat Akhirat, saya bagi kat sana lah. heheeh.. :) Thanks you. Banyak belajar daripada watak PERFECT Muslih. fuhh.. terlalu sempurna. :)

Hmmm baru nak type balik dan update blog ni setelah sekian laam tak update.

Wednesday, May 2, 2012

Karya : Ingatan dan perjalanan...

Ingatan buat saudaraku


Karya : Urusanku




Alhamdulillah, masih juga nak hasilkan gambar photo yang berupa peringatan buat diri. Ia suatu kepuasan bila dapat menghasilkan photo di atas. Mungkin ia suatu kata-kata kekuatan buat yang menghasilkannya. 

Setiap hari ada saja perkara yang mengusik fokus, cuma kuat atau tidak menghadapinya. Bak kata orang... kita melihat masalah sebesar gunung seperti bayang yang besar, sedangkan objeknya adalah sekecil semut.  Melihat masalah terlalu besar sedangkan kita perlu menyelesaikannya dengan tenang dan profesional. Tidak mudah dipengaruhi oleh nafsu amarah atau perasaan. Tenang!! Yeah! Sukar! tapi... kena juga belajar!

Tuesday, May 1, 2012

Angin pagi...



Alhamdulillah, pagi ini aku cuti. Yeah! Dapat juga aku menulis. Kepada pelawat yang sedia datang, yang baru, lama ke, terima kasih. Catatan di sini untuk aku melihat dan belajar menjadi hamba Allah di muka bumi.

Pagi ini, tersedarnya aku dari tidur bila dentuman pintu bilik air berbunyi oleh rakan serumah. Tidaklah kuat tetapi cukup mengejutkan lena aku. Opss 6.30am. Matlamat utama nak pergi solat subuh berjamaah di Masjid sebab cuti. Akhirnya, solat di rumah sahajalah.


Setelah siap, rakan serumah aku ingin pergi kerja. Jadi, aku kenalah alihkan kereta yang menghalang keretanya. 

Aku bertanya," Eh, kenapa pintu rumah ni ko buka awal-awal pagi(pintu kaca terbuka, manakala pintu besi 'jaring' itu masih terkuncilah. Pintu rumah teres biasa) . Ke aku tak tutup pintu kaca ni malam tadi? "

" Eh,tak lah. Aku buka tadi. Biar udara segar masuk. Dulu masa arwah ayah aku, dia selalu buat macam tu. So, aku ikutlah apa yang ayah aku buat. Best juga rasa udara segar. "

'' Oh. Bagusnya."

Menghargai insan yang disayangi. Suatu yang amat menyentuh. Terutamanya bila insan itu telah pergi.

Suatu ketika dulu, aku selalu bangun awal pagi, dan buka pintu depan rumah di kampung aku, semata-mata untuk melihat matahari terbit di depan rumah aku. Melihat kabus pagi. Menghirup angin dan udara pagi. Mendengar kicauan burung dan melihat alam. Indah. Seolah nyawaku dihujung nafasku. Suatu suasana yang begitu indah. Hanya sekejap tetapi penuh maknya. 

Hari ini, jarang dapat buat seperti itu sebab malas kot.eheheh.. Tapi, ada kala aku melepak juga di tepi laut seorang diri. Melihat lautan, pohon bakau, hidupan di hutan paya bakau. Indah. Cukup menghiburkan hati. 


Apapun dan siapapun kita, hargailah siapa di sisi kita.