Monday, April 23, 2012

Tukar Pamper!



Semalam, aku jaga ward bayi baru lahir. Fuhh.. keadaan lengang. Tiada masalah.

Maka, aku pun berjalan ke bayi lain untuk melihat keadaannya. Ada seorang bayi ini menangis. Di sebelahnya ada bayi lain dengan ibu dan bapanya. Hmm aku fokus terus ke bayi itu. " haiii.. adik, kenapa nangis? Nak susu ke?" . Akak nurse menjawab, " baru je susu tu. "

"oo ye ke? Hmm pampers basah ea? Meh abang check"

hmmm oh, penuh dengan 'sisa susu' hehe..

Seorang rakan aku, berbangsa cina. " Fadzli, cepatlah tukar pampers!! ahahah"

"Oh , kreb!! mana aku tau!"... macamana aku mahu tukar pampers!!

" Kamu tak mahu tukarkan ke Lee? Kamu kan perempuan, mesti expert punya?"

" oh, saya pun tak tahu meh." eheheh dia gelakkan saya, sebab dia tahu saya yang kena tukarkan juga sebab telah membuka pamper tersebut.


Aku berjalan ke almari mengambil sarung tangan getah untuk mencuci pamper.
"eh, kamu buat apa tu. Kenapa pakai 'glove'? ahhaah lawaklah kamu ni. Mana pernah orang buat tukar pampers guna sarung tangan?" 

" ye ke? Tak boleh ke?" ahhaha aku tergelak sendirian.. Nampak sangat tak observe masa nurse cuci pampers. heheh bukan tak observe, saja buat lawak ambil glove untuk elak keracunan makanan. eheheh

Apa harus aku buat. Aku pandang akak di sebelah yang sedang menyusukan anaknya.

" Kak, boleh ajar tak? hihhih saya tak tahu ni nak tukar pamper"

" tak apa, kamu ambil pamper kat bawah tu, tisu lembab tu kamu ambil satu dua helai, kamu lap je punggung baby tu. "
Dia pun ajar aku satu per satu. Heheh sampai siap. Lawak betul. Kalau ada anak, tak tahulah apa jadi dengan baby aku nanti. Hehehe.. Long term plan.. Lama lagi beb!! lepak dulu.

Apapun, aku telah belajar untuk tukar pamper hari tu. eheheh.. Maklumlah, jarang dapat peluang macam tu. Terima kasih kak kerana ajar saya!! Aku hanya tersenyum bila bertembung dengan akak yang ajar saya tukar pamper bila bertemu di jalan. ehehe..

Kaki Ayam




Alhamdulillah,pujian hanya layak untukMu.


Jumaat lalu, aku cuti tetapi ada beberapa benda yang aku kena uruskan. Urusan peribadi. Kononnya cuti itu untuk study lah. Akhirnya, terperangkap dengan keadaan yang penuh tidak diduga.

Pagi-pagi ingin sambung rehat dengan sambung tidur dalam jam 9am sebab keletihan kerja malam tadi masih terasa. Main internet pun dah tak mampu mencelikkan kelopak mata, maka aku tidur sekejap. Hanset berbunyi, seorang kawan lama ingin bertemu di tempat kerja. Dalam masa yang sama, pukul 11am, aku ada kelas. Antara member dan kelas. Aku pilih untuk berjumpa kawan sebab kelas itu tidak wajib dihadiri. Hmm oklah. 

Selepas bertemu dalam pukul 10.30am, kami pun makan pagi di cafe. Hmmmm Rupanya dia ingin membuat pemeriksaan perubatan-medical check up, yang pastinya aku tak mampu tolong apa-apa. Hanya sementara menanti jam 2pm, aku ajak dia lepak di rumah aku. Tolong apa yang aku mampu.

Jam 1.15 pm , kami baru gerak ke masjid, azan tengah dilaungkan ketika itu.. adeshh.. terlambat. 

Solat jumaat seperti biasa, cuma tak sangka pula, selipar asadi aku yang murah itu di'culik' oleh orang. heheh.. Tersenyum saja aku mengenangkan kehilangan selipar itu. Sebab tersenyum adalah hati aku baru terdetik setelah mendengar khatib berucap tentang tajuk utama penggunaan internet. Ada kala internet suatu rahmat dan ada kala ia bala yang amat dahsyat. Detik hati aku... " apakah perasaan berjalan di atas bara api neraka. Pastinya panas. Kalau aku dapat berjalan atas jalan yang panas merasai kepanasan itu, pasti cukup menyedarkan aku. " Maka, aku pun mencari setakat yang termampu. Hilang. Detik hati itu terus terbukti dan aku sempat merasa sedikit kepayahan dan perit seksa panas itu yang terlalu sedikit berbanding seksaan api neraka.

Aku pun berjalan dengan kawan aku ke kereta melalui atas jalan tar hitam yang begitu panas.Kaki ayam. Sehingga hari ini juga, aku masih terasa kepijaran tapak kaki berjalan atas tar yang panas! Cuma hari ini terasa kurang 'pijarnya'.Lebih kurang 20 meter sahaja jarak ke kereta, tetapi sakitnya kaki berjalan atas tar panas bahang matahari cukup menyedarkan aku betapa hebatnya 'NERAKA'!

Kepada pelawat, saudaraku sekalian, silalah mencuba untuk berjalan atas tar atau jalan yang panas di bawah matahari terik. Fuhhhh... Memang perit. Inikan pula azab neraka Allah. 


berusahalah untuk menjadi yang terbaik. Usah biarkan diri kita berada dalam dosa. Sedia memaafkan dan berusaha meminta maaf.

Petang itu aku kena hadiri sesi exam di Paediatric walaupun sesi aku hari khamis,sehari sebelumnya. Aku sudah lulus,tapi kena juga hadiri sesi tersebut untuk memberi bantuan dalam sesi praktikal. It is OK. Ingatkan dah lulus hari pertama, hari kedua tak perlu datang lagi. Heehhhe.. Apa boleh buat, usai sesi exam tersebut, aku bertemu kembali member lama tadi yang juga sudah selesai medical check upnya. Jom!!! Makan besar di Sabak Awor! Yeah! lama tak pergi di sini.Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk belanja makan member lama. Walaupun hari jumaat itu cuti, tapi sangatlah penuh dengan aktiviti di luar jangkaan. Selepas makan besar, bergegas ke Batu Pahat  untuk mengambil buku yang aku tempah.... 

Pulang memandu kereta pun sudah 3-4 kali menguap, maka... malam ini aku tidur di rumah sahajalah. Pagi esok bertolak ke Muar. Alhamdulillah. Semuanya selamat. 


Jumaat itu.. dan seterusnya ... 

Sunday, April 22, 2012

HUSM dan Aku

Alhamdulillah, sudah hampir setahun aku meninggalkan HUSM, setelah berhempas pulas mengejar cita-cita, akhirnya aku dapat merasa bebanan kerja.

Pengalaman di HUSM banyak mengajar aku tentang kehidupan beragama Islam dengan lebih jelas dan selamat. Maka, tidak sia-sia Allah meletakkan aku di USM Kubang Kerian, Kelantan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran. Alhamdulillah.

Kelantan? Apa yang ada? Pawagam pun tak ada, pusat hiburan pun tak ada.  Semuanya terhad. Konsert pun jarang diadakan.

Apapun,pawagam ke shopping kompleks yang mewah-mewah tidak memberi apa-apa tamparan pada aku kerana cara hidup aku mudah. Aku tidak berminat dalam menonton wayang, aku juga jarang menonton TV. Aku juga jarang dan tidak suka membeli belah secara besar-besaran dan mengambil masa lama . Sebab itu, Kelantan adalah negeri yang sesuai untuk insan seperti aku. Aku redha dan aku senang berada di sini.


Belajar di HUSM, hospital mesra ibadah, memang memberi nafas baru dalam hidup aku. Malah, kekuatan dan azam dalam perlaksanaan konsep Hospital Mesra Ibadah dikuatkan lagi dengan persekitaran yang begitu Islamik. Peringatan tentang ibdah solat ketika sakit sentiasa diberi. Secara langsung atau pun tidak.

Sehinggakan ramai pesakit terasa ada kekuatan untuk solat walaupun berada dalam keadaan yang teruk.

Berbanding dengan hospital yang kurang mengamalkan konsep mesra ibadah. Pesakit diuji dengan kesihatan yang terjejas. Malah, dalam masa yang sama, dia juga diuji keimanannya untuk beribadah dengan menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Alangkah ruginya jika ujian sakit itu menyebabkan kita jauh pada Tuhan. Rugi.


Ini antara komen aku tentang HUSM suatu ketika dahulu... di dalam blog : http://muhdkamil.org/blog/2011/06/07/rasa-hati/




Komen ini diambil oleh sahabat aku, kemudian di pamerkan dalam FBnya... adesh, segan sebab aku terpaksa menyamar sebagai insan yang lain dalam komen di atas.


Terukan baca di

Antar komennya :

Friday, April 20, 2012

Detik Waktu


Pagi jumaat ini, aku cuti.

Sambung tidur dan rehat setelah puas baca apa yang patut di internet sebab keletihan malam tadi kerja seharian.

Tiba-tiba telefon berdering membuatkan aku terbangun, kawan sekolah lama ingin membuat pemeriksaan perubatan di Hospital Muar. Dalam hati aku, apakah yang mampu aku bantu sedangkan aku hanya  pekerja biasa je. Yang paling penting, aku jumpa dan teguhkan ukhwah yang sedia ada. InshaAllah, suatu masa aku akan bantu jika aku sudah mampu.

Apapun yang berlaku, aku mesti berusaha menghargai suatu pertemuan sebelum perpisahan membuatkan kita merasa suatu penyesalan kerana tidak melakukan apa-apa.


Hari ini nampak sahaja cuti, tapi ada beberapa aktiviti yang aku kena hadiri. Pagi ini ada kelas , tapi disebabkan tak wajib, maka aku ponteng untuk bertemu dengan kawan aku yang datang dari Batu Pahat seperti yang aku sebut di atas. Hehehe.. Biarlah ponteng kelas untuk suatu pertemuan yang kita tak akan mampu jangkakan bila pertemuan seterusnya. Ilmu boleh dicari tapi suatu ukhwah belum mampu dicari dengan mudah. cehhh.. alasan nak ponteng kelas. Hihi.. Apa boleh buat, aku dah siap dah nak pergi kelas,tapi budget masa, memang akan terlepas kalau aku luangkan masa untuk ebrtemu member. As usual, hanya satu pilihan. Maka, aku pilih satu- Jumpa kawan lama.

Ok lah, saja merekod masa ini sebelum aku terlupa. Maklumlah, aku ini manusia pelupa!

Jom! Berzikir pada Tuhan dan saat kematian kita. :)

Wednesday, April 18, 2012

Imbasan Makan Malam 2011





Alhamdulillah, masih aku mampu untuk menulis setelah berhari-hari tersekat untuk menulis. Mungkin kerana tekanan yang aku sendiri tidak mampu mengenalpasti atau mungkin aku kelemasan dalam dunia yang tak pasti.

Haish! Dalam dunia ini tidak boleh ada yang tak pasti! Semua kena jelas! Tak boleh blur!!

InshaAllah, satu persatu aku akan perbaiki kelemahan aku. Aku lemah aku lambat aku juga seorang yang nakal or 'jahat'. Semuanya itu bukan alasan untuk membenarkan syaitan menguasai aku.

Aku manusia. Umat Muhammad. Biarlah aku hidup sejauh mana zaman pun. Biarpun aku hidup sendirian pun. Biarpun aku tidak memiliki apa-apapun. Namun, yang jelas, ada insan yang masih menyayangi aku . Ada insan yang masih mendoakan aku. Paling tidak seorang! Dialah Rasulullah. Insan yang mendoakan aku dan seluruh umatnya. Mengapa aku masih lagi was-was dalam hidup. Mengapa masih lemah dan longlai?

Mahu menjadi orang yang tak bersyukurkah? Pasti tidak.

InshaAllah, ada masa kita lemah dan kurang bermotivasi, tetapi jangan biarkan kita lemah dan dihempas nafsu malas.

..... Apapun, ingin aku imbas kenangan gambar di atas yang aku ulanginya. Gambar yang penuh makna dalam hidupku , bukan kerana aku baru lepas lulus final exam, tetapi hari itu adalah hari aku baru melepasi perjalanan hampir 24 jam dari Batu Pahat ke Kota Bharu. Normalnya, hanya 12 jam sahaja. Namun, ketika itu hampir 2-3 x bas yang kami naiki rosak. 4 jam terakhirnya, air cond bas rosak. Bayangkan apa yang berlaku? Satu per satu penumpang seolah mementingkan diri sendiri. hmmm entahlah...

Namun, cukup bagi aku merasa dan mengingati suatu doa aku...

" Ya Allah, alangkah indahnya aku dapat menikmati perjalanan dari rumahku ke Kelantan ini di waktu siang dan melihat keindahan alamMU." 

Inilah detik hati aku sebagai insan yang selalu memohon merayu pada Tuhan meminta-minta sesuatu yang aku tak mampu lakukan.

Alhamdulillah, ketika itu... aku merasai perjalanan yang begitu panjang. Solat subuh di tepi jalan. Solat di atas lereng bukit dan berwuduk dengan air dari paip bocor. Ketika itu, aku tidak mampu berkata apa-apa, kerana paip bocor itu aku anggarkan baru sahaja berlaku. Kerana air yang bertakung tidak banyak dan melimpah ke jalan pun masih tidak jauh membasahi jalan di lereng bukit. Subhanallah.

Cuaca mendung sedikit, namun, cahayanya cukup memberi idea kepada aku di mana arah kiblatku.

Ramai yang berada di dalam bas. Baru turun untuk solat ketika waktu sudah hampir habis. Aku mahu berjamaah, tetapi tiada kekuatan aku mengajak mereka yang terlalu senior dan terlalu alim bagiku.

Aku menanti bas back-up dengan sabar. Namun, sampainya setelah 4 jam menanti. Perjalanan yang panjang membuatkan aku keletihan, tetapi sempat melihat satu per satu laluan ke Kelantan. Indah alam ciptaan Tuhan. Bumi hijau yang permai. Lautan biru mengiringi perjalanan aku turut memberi ketenangan yang aku impikan. Laut dan bumi hijau dua perkara yang menggambarkan bumi dalam orbitnya.

Alhamdulillah...

Ketika kepayahan itu, baru aku sedar doa aku itu termakbul secara tidak aku sedar. Alhamdulillah, aku tidak merungut atas kepayahan perjalanan ketika itu kerana aku tiada apa urusan pun ketika itu melainkan untuk menghadiri majlis makan malam. Pada aku, " jika Allah izinkan aku menghadiri majlis itu, maka aku akan berada di situ."

Ketika itu juga, aku yang pulang ke Kelantan dikejutkan dengan berita pemergian 'kakak' aku . Beliau telah meninggal dunia beberapa minggu lalu ketika aku sedang menduduki final exam. Tanpa pengetahuan aku. Ia berlaku sekelip mata. hmmm..


Hikmahnya... Setiap gambar itu.... menyimpan seribu rahsia yang sukar untuk dikongsi bersama. Gambar atau karya, ia rumit untuk dihayati. Gambar yang cantik dan dipamerkan tanpa apa-apa makna, adalah karya biasa bagi aku. Biarlah gambar dari hanset yang murah tetapi ia menyimpan banyak makna dan mendekatkan pemiliknya kepada pemilik yang Agung!

Tuesday, April 10, 2012

yeah!


Off tag!




Alhamdulillah, itulah lafaz yang aku ingin sentiasa ada. Itulah lafaz yang aku mahukan ia menjadi haemoglobin aku. Hidup dan mati aku hanyalah dengan aliran kesyukuran pada Allah. Tanpanya, aku lemah. Tanpanya aku akan mati.

Hari ini, aku baru sahaja naik cuti 2 hari. Sebetulnya, jumaat lalu aku kena jumpa mentor aku untuk off tagging. Maksudnya, aku kena  jumpa penasihat untuk menamatkan tempoh latihan di ward Paediatric. Akan tetapi, dia busy. So,aku pun cuti dua hari tanpa off tag. Hari ini aku kena jumpa beliau. 

Wah, penasihat yang paling digeruni kot. Soalannya yang killer!!! Aku hampir putus asa! Namun, Jauh di sudut kecil aku berkata-kata. " Dont ever give up beb!! Just do it. Assume you are in the scenario given. No MO, no senior doctor, no specialist, what should you do!!" Inilah yang aku praktikkan. Sehingga semanagt ini menaikkan semangat aku untuk terus belajar. Walaupun hakikatnya aku bukanlah seorang yang sehebat kawan-kawan aku yang lain. Insan picisan yang berjiwa sederhana dan memiliki kudrat yang biasa. Pasti sukar menjalani kehidupan seperti insan lain.  Disebabkan Allah meletakkan aku di sini, maka keimanan aku hanya padaNya, maka aku percaya Dia meletakkan aku di sini bukan sia-sia. 

Hanya dua soalan scenario yang complicated. Aku jawab dengan apa yang aku faham dan aku belajar sepanjang 2 minggu ini. Cuti dua hari lalu pun aku tak optimise kan untuk study sebab aku sibuk menguruskan hal-hal pembayaran itu ini dan menyambut kelahiran adik aku yang ke-25.ahaha..

Hmm.. alhamdulillah, " Ok lah, you off tagging. Otherwise, you show your effort to learn in paed. "

Aku blur sebentar, sebab 2 je ke soalan dia tanya? Kemudian, macamana beliau boleh katakan aku tunjuk effort nak study in paed? huhu aku selalu sembunyikan diri daripada doktor kot.  

Aku yang blur ketika itu terlambat mengatakan thanks to Dr N. hihihi... Sorry. Aku tahu siapa aku, dan inshaAllah, aku berusaha membaiki kelemahan aku. 

Alhamdulillah. 

Selepas keluar dari bilik 'penyembelihan', aku gembira dan blur sekejap.. kepada siapa aku nak share kegembiraan ini? hmmmm eheheh.. Small matter.  Nak beritahu ibu bapa aku, depa mana faham sangat bab off tag ..eheh.. nak beritahu  adik-adik aku, lagilah blur. Kawan sekolah lama? hmmm sama je. Kawan hospital? hmmmm tengah mencari kawan-kawan itu tapi semuanya pasti busy. Member rapat pun tengah busy dengan dunianya. Tak pasal-pasal kena sound. huhu...

Apapun, Just gembirakan hati sahaja. Biarlah aku dan Tuhan menyimpan segala perasaan itu. 


"Cukuplah bagi aku ada Allah. Ketika aku merasai tiada lagi kekuatan untuk bertahan, Dia limpahi aku dengan sebuah harapan yang sukar aku tafsirkan. Sehingga aku tertutup pintu logik akal memikirkan betapa hebatnya Dia. "

Sunday, April 8, 2012

"25 tahun dah rupanya adik aku tu... "

Dah lebih 5 tahun lukisan karya sendiri. hehehe.. Masa student  lagi, masa tak ada kerja..opss masa bosan study kot, aku buat benda alah ni. Hihi.. Rasa dua lukisan yang amat bermakna. Dua suasana yang berbeza tetapi ia amat bersebelahan. Menyimpan suatu rahsia dalam waktunya. Hmm Mungkin ia gambaran siapa aku sebenarnya. Cewaah! hehehe.. Bak kata orang, karya yang kita buat secara spontan itu ada kalanya menggambarkan siapa pemiliknya. 
,.


Potong Kek..kecilnya kek ni!! Beli lah besar sikit!.. ahha

Opss... Selamat Hari lahir bro!

Nak juga mencapub!

Tiba-tiba masuk lukisan siapa ni? hmmmm siapa yang perasan lukis ni, sila angkat tangan. heheh.. Rajin lukis gambar photo aku dalam blog ni. Hmm Banyak masa kosong lah tu. Apapun, terima kasih.
Sebelah lukisan itu ada karya tulisan jawinya, sebelahnya lagi ada lukisan gambar aku. Pergh, terharu aku ada orang lukis gambar aku yang machoo tu.ehehe.. sebelahnya,kalendar 2012. Dua lukisan di hujung itu karya aku. Gambar penghias bilik rumah sewa aku.


Alhamdulillah, hari ini genap 25 tahun umur masihi Saudara aku, Hilmi. Saudara yang menemani sejak dalam kandungan lagi. Tetapi berlainan bilik. Hanya bertegur melalui kata hati. Apakan daya, hanset dilarang bawa masuk ke bilik penginapan. Malah, line internet pun tiada. Sampai suatu masa, beban yang dikandung terpaksa diluahkan untuk melepaskan kita ke dunia nyata dari alam kegelapan.

Semoga perjalanan berliku itu kita dapat tempuhi dalam menuju ke hadrat Ilahi. memahami sunnah dan mencapai makrifat Tuhan. Amat sukar perjalanan itu. Hakikat insan lemah, meletakkan cita-cita itu adalah suatu usaha, membaiki diri ke arahanya adalah suatu usaha. Maka, doa dan harapan menjadi kekuatan.

P/s: Lupa !! nak tambah, terharu member sekampung bagi SMS pertama wish birthday!! hahah Thanks Luqman Halim! ahaha...  Tak semua ingat birthday aku melainkan orang Johor je..ehehe..  Sebab sama dengan birthday Sultan Johor yang sudah mangkat. So tahun ini, tak ada cuti, maka tiada siapa yang akan ingat melainkan yang biasa dengan aku. :)

You are my very first thought in the moring and my last at nightfall.

Selamat Hari Lahir ke-25. Semoga Rahmat Allah dan perlindungannya melimpahi atas kita semua. Tiada yang mampu menyentuh untuk menyakiti kita jika Allah melindungi kita. Jaga Allah, pasti Allah akan jaga kita.