Monday, March 26, 2012

karya...


Manusia itu dan ini...hmmm entahlah.

Mersing!



Alhamdulillah, bila memikirkan duniaku, perjalananku... banyak juga aku menemui insan-insan yang baik. Biarlah apa yang tersirat, aku hanya melihat yang tersurat. Inilah yang aku kena teguhkan kerana prasangka buruk dalam hati aku sudah bertakhta lama, kini masanya digulingkan buat selamanya. Biarlah hati sendiri ini disemai dengan cahaya husnuzan untuk merasai nikmat Islam.


Dalam suatu perjalanan, ada kala kita bertemu dengan insan yang amat sukar kita nak terangkan. Ia mungkin wujud atau tidak. Dunia teknologi yang amat hebat. Sehingga kita terasa kita bercakap dan berimaginasi dalam dua dunia berbeza. Sudah macam tajuk lagu Too Phat pula aku membebel. Hmmm. Hakikatnya macam itulah.
Ia amat rumit. Ia amat sukar. Namun, satu demi satu ujian dipilih dalam merentasi batas kehidupan yang dibekalkan dengan kekuatan yang tidak seberapa ini. Ia pasti sukar relatifnya.

Apapun, hidup mesti diteruskan dengan suatu pencarian yang lebih nyata. Ada jalannya... Allah pasti akan tunjukkan pada hambanya ini yang sentiasa buta dalam setiap langkah. Ada mata tetapi masih buta...

hmmmm.. Yeah.

Apapun, siapa pun kita.. Setiap hati itu milik Allah. Dialah yang akan menentukan segalanya.


Entri kali ini amat rumit difahami.. Cehhh... Saja merekod perjalanan ini.

Dan jika itu,,,


Wednesday, March 21, 2012

Nilai Seorang Sahabat Yang Dicari...



Ia amat sukar, tapi alangkah indahnya jika kita yang menjadi permulaan dalam pencarian kita sendiri. :)

Hargai Pengalaman.... untuk dikongsi dan difahami.




Aku pernah berbual..

Seorang sahabat,
Sekarang dia bekerja sebagai seorang jururawat lelaki . Sebenarnya dah  hampir 5 tahun. Boleh jadi pakar dah ni..eheheh

Aku pun bertanya sebelum dia menjadi jururawat ni,dia dari sekolah mana,selepas itu melanjutkan ke mana?

Perjalanannya agak panjang juga sebelum mendapat kerja tetap.

Tapi zaman sekolahnya,dia seorang yang aktif. fuhhh.. Mantap silatnya!

Dia mengakhiri sekolah dengan bekerja di beberapa syarikat. Pelajar biasa yang terpaksa bersaing. Inilah perjalanan seorang yang aku kena fahami. Result exam yang biasa dan terpaksa melalui liku-liku kehidupan.
'Sukar menjalani kehidupan yang result exam cukup-cukup makan.' Itulah yang dia sampaikan.

Bekerja keras mengumpulkan duit.
dalam masa sama cuba memohon kerja tetap..... dan sambung belajar dalam bidang jururawat. Entah dalam berapa ribu permohonan,akhirnya dia terpilih. Alhamdulillah. Itulah syukurnya bila mendapat tawaran sambung belajar. Ketika itu dia bekerja di stesen Minyak Petronas.

Belajar jauh 3 tahun di Sungai Petani Kedah. Akhirnya bekerja di Johor Bharu 2 minggu sebelum minta tukar ke Muar.

Hampir 4 ke 5 tahun bekerja. Di tahun akhirnya di Muar,sempat aku berjumpa di posting surgery. Dia memiliki watak,personaliti yang sedikit lain dengan yang lain, maksudnya dia berpendirian yang hebat dan tegas. Kerjanya sangat bagus. Hampir semua sahabat aku,rakan sekerja aku memuji kerajinan dan  kebaikannya.  Bagus !
Cool. Banyak mengajar aku tentang kehidupan berdikari dan seorang pekerja yang bagus.

Aku muhasabah diri, yang jarang sekali bersyukur. Aku selalu merungut. Why!!???and...why...?

Aku tamat sekolah,terus ke matrik,selepas itu aku ke USMkk. Apa masalah aku? Jalan terus tanpa ada teka-teki yang payah berbanding sahabat atau saudara aku yang lain. Hidup ditaja sejak sekolah dengan biasiswa dan elaun.Mudah. Mengapa aku masih lemah,mengeluh?
Fadzli oh fadzli....

Wajib bagi aku bersyukur. Apa yang aku ada hari ini adalah milik kita semua. Sama-sama syukuri.

Because of you - my friends, inspire me! semoga Allah merahmati sahabatku sekalian.

Coretan kisah perjalanan sahabatku, kerana mereka sahabatku,tidak mampu aku membayarnya kerana nilai sahabat dan persaudaraan Islam kita lebih bernilai daripada yang lain.

Nak dibuatkan cerita, aku ini sedikit sensitif dengan ukhwah.. huhu Maklumlah, anak muda yang baru belajar bermasyarakat.

Kisahnya.....

Minggu lalu, aku telah dijadualkan untuk menduduki exam viva dan esoknya pula ada presentation. Sedikit haru biru bila maklumat pesakit lambat diperolehi sebab masalah teknikal yang aku kena faham. fuhh!! Sabau je la..

Jujurnya, 60 % je baru siap presentation dua hari sebelum hari presentation. Exam preparation pula macam tak sempat start lagi pun. Ward busy, presentation lagi. adeshhh...
Dalam masa yang sama ada beberapa masalah lain. eheheh

Buat pertama kalinya, aku abaikan presentation dan study sebab nak discuss pasal 'aku selepas tinggal seorang di rumah sewa ini. " eheheh.. Alhamdulillah ,settled.

..... Sampai aku tidak study untuk exam esok harinya sebab mahu meluangkan masa berborak dengan sahabat yang baru sahaja mendapat berita berpindah. Fuhhh... Sampai jam 8:30pm,dia pergi kerja,aku ke masjid,kemudian,mula siapkan presentation sebelum study untuk exam.Lebih kurang jam 10:30pm,aku dah terlelap,presentation tak siap dan study pun tak. Why? Terlalu keletihan.... Ehhe...

Motor baru beli.. ansuran je  bro!  Lagenda dan Teluk Wawasan.. Hehehe Kebetulan yang amat menarik!


Apa boleh buat, rugilah aku kalau aku tak hargai orang yang banyak berjasa dalam hidup aku. Peace!

Percutian 5 Hari lalu... Melangkaui batas kelemahan.



Alhamdulillah.

5 hari cuti berlalu... hanya coretan tersisa.
Mulanya merancang untuk bercuti di Kelantan. Ingin merasa naik kereta api ke sana.ehehe..tapi apakan daya, ada suatu yang aku tak mampu nak ubah. Ia adalah takdir Allah.

Projek ke sana dibatalkan. Mengapa? Mungkin nilai sebuah persahabatan lebih bernilai daripada sebuah percutian .

Aku pernah ditanya, antara makan dan tidur mana lagi penting. Aku jawab 'of course lah tidur.' tapi,antara sahabat dengan tidur, demi Allah, aku ingin menuruti sunnah. Bantulah Ya Allah,  agar aku berjaya menjaga amanah daripada rasulullah. Menjaga nilai persahabatan,ukhwah fillah adalah suatu yang terlalu berharga. Bukan balasan yang diharap tapi keredhaan Allah yang aku impikan.

Hari pertama sebenarnya,housemate aku ingin mengemas barang. Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ini.
http://www.lagendatelukwawasan.blogspot.com/2012/03/jumpa-lagi-housemateku.html

Maka, itu saja peluang nak jumpa kali terakhir secara rasminya sebelum dia meninggalkan rumah. Ehehe..inshaAllah, suatu masa Allah akan ketemukan lagi. Pertemuan kita semua atas kehendaknya,maka perpisahan kita semua atas takdirnya juga. Semoga rahmatNya menaungi perjuangan kita masing-masing.
Satu ucapan! You are my very good and among my best friends in this world lah! 



Hari kedua, pergi berjalan-jalan di Selatan tanah air. Melawat saudara seislam. Cewwah! Ahahaha.. Tak mau lah cerita,sebab ia terlalu rumit.
Seharian di sini. M-13

Hari ketiga,secara jujurnya,hari terakhir aku cuti,tapi aku tukar jadual sampai memperolehi 2 lagi extra cuti. Alhamdulillah.
Maka, niatnya ingin...

Explore and learn! Dont be afraid!
(pesanan daripada x-housemate)

Inilah temanya...hehehe 

Aku ke Tanjung Piai.perghhhh.. Aku tak sangka, selama ini aku memandang rendah kehebatan diri. Kononnya tak mampu nak drive ke sana. Tengok-tengok,aku drive dari BP ke Tanjung Piai,lepas tu patah balik,siap boleh ke Muar dan balik Bp. Terlebih extra energy plak. Eheheh.. Alhamdulillah. Kurnian Tuhan dalam kesamaran aku mencarinya. 

Tanjung piai,tempat paling selatan di asia. Hmmm best juga. Tujuan utama mahu survey tempat dulu,suatu masa nanti,aku akan ke sini lagi. Yang syooknya dapat bergambar masuk facebook.eheheh..

Dapat juga aku membawa rakan sekampung berjalan-jalan.eheh.. Best apa! 

Heeheh..lepas tu,kami pun bercadang ke Muar untuk ke Sabaq Awor. Konon-konon nak makan ikan bakar. Tapi terlalu syoook main facebook,sampai isyak berjamaah kat rumah saja, makan western food je kat restoran terdekat... Badan sudah keletihan....

Dari BP ke Tanjung Piai. Patah balik dari Tanjung Piai ke Bp tapi aku terus ke Muar untuk balik ke rumah sewa sekejap.



Honestly, aku balik muar sebab di rumah aku ada 4 ekor ikan sepat yang cantik milik exhousemate aku. Dia nak bagi kawan dia, tapi ditangguhkan. Hehe.. Jadi, siapa yang bertanggungjawab menjaganya sekarang? Aku lah kot. Maka, aku drive dari Tanjung Piai ke Muar sebab nak bagi makan ikan ni. Khuatir kelaparan. Sebab hari keempat,aku nak ke Mersing pula, tak pasti akan dapat ke Muar,at least,ikan-ikan  tu kelaparan sedikit pada hari keempat.heheeh  dont wori, ada makanan dalam aquarium tu. Pelik misi aku ni- 1-2 jam extra perjalanan semata-mata nak bagi makan ikan. Yeah! Aku bukan nak menunjukkan aku baik. Hakikatnya, ia amanah yang nampak simple, tapi amat bermakna buat aku.  Aku sendiri tak suka kelaparan,walaupun makan minum aku terganggu dek tugasan sampai hilang hampir 14 Kg selama 8 bulan ni,tapi jangan sampai orang lain kelaparan disebabkan aku. Semua pakaian aku sudah terasa besar.huhu. Ikan-ikan milik sahabat aku itu amanah, maka,aku wajib menjaganya. Lagipun, ikan-ikan itu adalah makhluk Allah,dia berhak untuk mendapat apa yang dia perlu.


Jika, ada orang menuduh aku, sengaja membiarkan pesakit aku kelaparan, maka fikirkanlah dulu sebelum anda berkata demikian. Aku sanggup drive berpuluh kilometer balik ke rumah sewa aku semata-mata ingin beri makan dedak ikan yang beberapa biji kecil itu,inikan pula pesakit dalam ward yang hanya beberapa meter. Sedangkan,aku sudah berkali-kali risau akan setiap pesakit aku jika ada masalah,sehinggalah ia selesai,barulah aku mampu bertenang.









Hari ini, Keempat-20 March 2012 ke Mersing...
bertiga...
bertolak dalam jam 11.30am dan sampai dalam jam 2pm. Alhamdulillah.


Sampai sahaja terus ke masjid Mersing. Solat dan rehat.



Kemudian,makan nasi ayam di tempat yang pernah aku impikan untuk kembali.





Aku pernah ke mersing 8 bulan lalu. Aku pernah cakap' aku akan ke sini lagi untuk mengecapi keindahan alamnya'




Alhamdulillah, ia makbul juga.
Perjalanan yang berliku,banyak selekoh dan lori besar. Apapun, ia mencabar.

Sempat bergambar di tepi pantai sekitar Mersing.  Melihat alam yang indah. Subhanallah.

Kemudian,pergi membeli keropok pula.yeah..
Banyak juga duit habis.ehehe
Yang penting minyak RM40 untuk pergi dan balik,mencukupi.inshaAllah,naik proton saga lah.

Pulang ke rumah dalam pukul 5:30pm. Sampai dalam pukul 7:45pm.
Fuhhhh... Alhamdulillah.
Hari kelima: lepak di rumah sewa. Bersedia untuk kerja esok. Bersiap untuk menghabiskan posting di ward Orthopaedic. InshaAllah.

Sunday, March 18, 2012

Jumpa lagi Housemateku..


Alhamdulillah, hari ini,sabtu, aku melepak di rumah. Sempena penghijrahan sahabat baik aku ke Melaka, terasa amat rugi kalau aku tidak turut membantu mengemas. Hakikatnya ,dia terlalu hebat mengemas sampai aku hanya jadi pemerhati saja.

Memang aku bercadang bercuti ke Kelantan, tapi mungkin hanya Allah yang tahu mengapa aku batalkan. Mungkin salah satunya kerana nilai sahabat itu melebihi sebuah percutian . Mungkin nilai itu mampu membayar berganda keseronokan bercuti.

Maaf, sahabat dan saudaraku di Kelantan,aku ingin sahaja melawat kalian. Namun, apakan daya... Aku tidak mampu meneruskan program tersebut. Malah, aku sudah ada program lain dan percutian aku juga diubah ke destinasi yang lebih dekat.


Selepas maghrib, satu familinya datang mengangkut segala barangnya. Alhamdulillah selesai juga berkemas.

Sempat juga makan dan lepak-lepak makan di restoran terdekat, masih berkongsi cerita dan pengalaman. Sesi taaruf seolah tidak pernah ada kesudahan. Ada saja nak ditanya. heheh. Maklumlah, berbual dengan 'alien dari planet marikh' memanglah jakun dalam bab bermasyarakat.


Apapun terima kasih atas tunjuk ajar.

Wednesday, March 14, 2012

Sahabat Yang Aku Hormati


Khas Buat Sahabatku Yang Baru Dipindahkan Tempat Kerja


Sahabatku
Mungkin pertemuan ini adalah kebetulan,
mungkin juga ia suatu yang diharapkan oleh aku sendiri,
Bertemu
Menerima segala yang ada sebagai seorang sahabat duniawi
Memahami erti persaudaraan islami yang kesudahannya untuk yang hakiki.

Hanya pada Ya Allah, 
aku panjatkan segala doa agar sahabatku sekalian ini,
kau rahmati, kau lindungi mereka daripada segala kejahatan dan yang sia-sia.

Mungkin dan pasti suatu masa aku ,kamu dan dia terpisah,
Berpisah kerana berbeza hala dan cita-cita,
Terpisah dua dunia yang pasti,
Hidupku dan hidupmu suatu yang sukar diramal,

Ketika itu,
Saat itu,
Tuhanku, kuatkan hati, jiwa, iman dan jasmani sahabatku,
dia juga saudaraku ,
untuk menjadi hambaMu yang Taat. 
Sayangilah mereka dan masukkanlah mereka dalam golongan yang soleh,
Jangan biarkan mereka terus lalai ,
Jangan biarkan mereka terus alpa dengan cinta dunia.
Kerana mereka itu sahabatku.
Sahabat sepertimana Abu Bakar dan Rasulullah,
Begitulah juga aku yang sangat mahu menjunjung sunnah baginda.

Hakikatnya, 
Hari ini, aku tidak mampu ,
tiada kudrat untuk mengubah segalanya,
Aku lemah untuk menegur sahabatku 
Solat menepati masa kerana aku turut lalai,
Mengingatkan sahabatku,
'ayuh solat berjamaah,'
'Ayuh hayati kalamullah,ayat suci al-quran,'
sedangkan aku sendiri cuai.
Bagaimana mampu aku mengingatkan sahabatku?
Bagaimana mampu aku mengubah kelemahannya?
Sedangkan aku lemah.
Khuatir menasihati,khuatir menegur kerana aku sendiri takut kehilangan sahabatku kerana kekasaran aku,
kerana keegoaan aku.

Ya Allah, ampunilah aku. Ampunilah aku. Ampunilah aku.
Sesungguhnya aku hanya insan menuruti sunnah perjalanan rasulullah yang masih jauh ketinggalan memahaminya.

Ya Allah ,Ya Rahman...Rahmati sahabatku sekalian,dunia dan akhiratnya. Amiin.

Monday, March 5, 2012

Santai :Apa sorry-sorry? (or sorry kuasa dua)




Alhamdulillah,

Segala pujian hanya bagi Allah yang memberi masa untuk aku menulis. Segala kudrat yang dipinjamkan kepadaku,harap aku terus dapat memanfaatkannya demi menjadi hambaNya yang baik.


Fuhhh... Lama tak menulis. Apa yang mengujakan aku? 

Tengok tajuk saja kamu sudah boleh agak, yang aku tengah dalam amarah. hmm tak boleh blah la kan,aku nak marah membabi buta. Sebenarnya, aku rasa teruja dengan Facebook. 

Suatu masa dulu, aku selalu menonton Tv, especially rancangan kartun atau sains fiksyen yang selalunya aku akan lupakan tajuknya tetapi aku ambil intipatinya. Kelemahan zaman lampau iaitu tak kenal nama tetapi ambil isinya sahaja. Dalam cerita tersebut,seseorang pengintip akan berusaha menyelongkar segaal rahsia musuh atau sesiapa sahaja yang dia mahu dengan segala maklumat dan dia akan menyusun segala klue dalam hidupnya demi menafsir siapa diri seseorang itu. Itulah yang menarik minat aku. Aku juga suka dalam mengenali siapa sesetengah orang itu dan mengapa dia hadir dalam hidup aku? Apa kebaikannya atau apa sumbangannya dalam hidup aku? Sebab setiap yang berlaku tidak ada yang sia-sia. Hmmmm.... 

Aku mengatur dan mengorak langkah. 
Setiap yang berlaku aku cuba simpan dalam suatu memori tertentu. Ada yang aku simpan dalam bentuk lukisan(sudah hilang pun lukisan tu semua sebab buku-buku aku dipinjam oleh sepupu sepapat yang rajin lepas tu, fuuuhhhh  entahlah ke mana perginya). 

Hari ini......

Facebook banyak memberi maklumat yang cepat dan mantap. 

Siapa aku nak cari? Contohnya si A. Si A mestilah menggunakan nama samaran atau nama yang mungkin bukan nama sebenarnya. Apa yang aku akan lakukan? Aku kenali rakan baiknya? Rakan sekerjanya? Atau sesiapa yang terdekat dengannya. InshaAllah, pasti ada 'event' yang menangkap mereka bersama. "tag' button sudah ada, maka kebarangkalian untuk 'trace' si A pasti mudah. hihi Sebab itulah Facebook antara 'alat Scan Manusia yang boleh aku katakan terhebat buat masa ini. 

Hanya dengan beberapa klik sahaja, aku boleh tahu siapa Si A. Siapa engkau sebenarnya.

Mungkin, kita bertemu dengan suasana yang nampak skema. Akan tetapi di sebaliknya, siapa engkau? Siapa aku? Hanya Facebook dapat merungkainya. cehhh.. itu nikmat atau barangkali malapetaka buat sesetengah orang.huhu

Punyalah hensem masa kerja, nampak baik ,sopan. Hakikatnya, di luar kerja..... hanya manusia kebanyakan yang penuh dengan aktiviti lalai dan menjauhi Tuhan. Contohnya lah. Bukan betul pun. Kalau terasa, apa boleh buat. Aku pun insan kebanyakan pun, cuma aku berusaha untuk menjadi lebih baik. Tak mahulah digelar manusia kufur nikmat.

Ada juga yang bertudung cantik. Kemas dan cun. Lepas kerja. Jalan sebelah aku, rambut macam girlfriend tarzan. Perghh.. Sabau je lah. Yang ni tak ada kaitan dengan Facebook. Aku sudah masuk cerita lain. 

Dalam hidup, jadilah manusia yang sebenar. Jangan pisahkan hidup dengan agama. Islam di hati akan membawa engkau ke mana-mana dengan penuh keselamatan. Islam adalah benteng kehidupan yang hebat.

Mungkin kesilapan yang kita lakukan hari ini, kita akan sesali kemudian. Kita akan cakap, maaf, aku menyesal hari ini kerana aku alpa dulu kala. 

Hmmmm.. Sorry no cure. Unless kamu bertaubat dengan sepenuhnya!

Sebab itulah, hari ini sukar untuk mencari seorang sahabat yang baik. Seorang sahabat yang baik hari ini dianggap musuh kerana menyusahkan, merimaskan, leceh dan memalukan. Sahabat yang membantu kamu,membantu aku dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah yang diredhai,dipandang picisan kerana amarah dan ego kita sendiri. Allahuakhbar. Bantulah kami dalam menjadi seorang sahabat yang baik dan menjadi hambaMu yang taat.