Saturday, February 25, 2012

Pengembala Kambing itu...






Alhamdulillah, cuti 3 hari sudah tamat hari ini..heheeh

Apa aku buat?

hari pertama.... Plan ingin ke Tanjung Piai,the southest place kot. Hmmmm tapi disebabkan ada hal dipertengahan hari, aku dekatkan jarak dengan menambah destinasi,iaitu Tanjung Labuh dan Pantai Punggur. Petang membeli buku seperti biasa bila gaji masuk .ehehe

Hari kedua, jumaat. So, ko expect apa? Of courselah nak berehat dan solat jumaat di masjid kampung tercinta. hehehe... Habis solat, aku membawa rakan ke Carefour dan pasar malam. Sebelum tu, sempena Jumaat, maka destinasi Masjid besar Batu Pahat adalah impian aku untuk merasai solat berjamaah bersama imam 'muda'. hehe.... Alang-alang ke bandar, basuh kereta sementara menanti waktu asar, dan sampai masjid beberapa minit sebelum asar. Usai solat Asar berjamaah, terus shopping!! Yeah. Menghabiskan duit gaji!!

Hmmmm.. Bukan membazir cuma menggunakannya untuk keperluan.


Hari ketiga, actually hari yang penuh bermakna dalam perjalanan hidupku. Bukan kerana apa, cuma impian aku ,mungkin boleh jadi cita-cita aku juga masa kecil,telah bermula. Alhamdulillah.

Pernah suatu ketika, ketika ustaz dan juga ustazah menceritakan perihal Rasulullah masa kecilnya dan masa remajanya, baginda merupakan seorang peniaga dan pengembala kambing. Dari situlah, lahir sifat kepimpinan,kejujuran dan kehebatan dalam kepimpinannya.

Maka, sejak itu juga, aku ber'mimpi' untuk mengikuti sunnah rasulullah itu andai aku sudah mampu.

Memang terlalu awal, bagi seorang pekerja kerajaan yang baru 6-7 bulan bekerja terus melabur dalam bidang ini. Namun, apakan daya, ada sebab aku lakukannya dalam masa ini. berkorban dan berusaha keras merealisasikan impian ini.

Bukan aku yang jaga, semuanya aku serahkan kepada ibu bapa dan yang utama abang aku yang akan menguruskan hampir 90% kerja penjagaan. Kerana dia sentiasa berada di kampung.

Baru sahaja memulakan, aku tidak tahu masa hadapan. Catatan ini hanya diari pengorak langkah dalam menjejaki  ke mana perginya impian aku suatu masa nanti.

Pukul 1 am, ibu aku mengejutkan aku. " Pak cik hantar kambing dah sampai. Jom tolong bawa kambing ke kandang."

" Alhamdulillah, excited 'giler' aku masa ni. Terasa nak menangis pun ada, sebab buat pertama kalinya aku berjaya memiliki haiwan yang menjadi 'peliharaan rasulullah ini'. Terharu dengan nikmat dan bantuan Allah. semoga perlindungan Allah itu berterusan buat hamba ini yang lemah dalam memikul tanggungjawab ini."

Aku membantu menurunkan kambing dari kenderaan tauke, yang merupakan seorang pegawai dalam syarikat besar di Batu Pahat ini. Dia menternak kambing sebagai kerja sambilan,tetapi serius.

" Alhamdulillah, selamat juga kambing ini sampai di rumah barunya. Saya memelihara kambing ini kerana sunnah. Banyak barakah yang kita tak akan perasan diberi kepada kita. Memang sedikit payah dalam mengendalikan kambing ni sebab kambing ni cerdik dan kalau yang nakal, memang susah. Tapi, saya beri kambing yang jinak. Baka kambing yang besar itu, harganya mencecah Rm1000 lebih. Tapi pak cik jual dengan harga yang jauh lebih rendah sebab ayah kamu datang ke tempat pak cik, dan entah macamana, pak cik pun tak kisah nak berikan padanya. Mungkin sebab kesungguhan dan serius dalam mencuba dalam bidang baru ini. InshaAllah, kalau kita serius dan ada rezeki ,boleh tambah lagi bilangan kambing ini. Buat masa ini, Belajar dahulu membela dan jika sudah mahir nanti boleh besarkan kandang.

Kambing yang itu adalah  kambing kesayangan anak pak cik. Pak cik kata padanya, jika kita membela kambing ke apa, tak boleh nak sayang-sayang. Nanti tak ikhlas jika kita mahu sembelih atau menjualnya. Kita jaga seadilnya. Bagi pak cik, apa yang pak cik sayang, itulah yang pak cik akan berikan pada orang. Itu yang lebih baik.

Apapun, semoga berjaya dalam menternak kambing ini. InshaAllah, kalau ada apa-apa masalah, boleh rujuk pada pak cik."

Inilah pesanan dan kata-katanya yang telah aku edit untuk nampak lebih jelas mesejnya.  Aku terpegun, seorang yang bergaji besar masih mahu membela binatang yang berbau, dan sanggup berkotor untuk membela kambing. Dia adalah tauke, tetapi dia juga membawa kambing ke kanding kami juga. Seorang yang rendah hati memberi contoh . Seolah aku merasakan Rasulullah masih ada bersamaku kerana setiap hari ada saja yang mengingatkan aku tentangnya. InshaAllah.

Esok Ahad,aku sudah bekerja. Kampung aku tinggalkan.Maka, aku harap, abang aku berjaya belajar menjadi seperti pak cik tersebut.

Walaupun nampak macam picisan sahaja cerita ini, hakikatnya nilai meneruskan sunnah suatu yang amat berharga.


Sekadar berkongsi cerita bersama kalian semua.

Sunday, February 19, 2012

Dan suatu ketika itu....



Dan suatu ketika itu, pertemuan yang tidak dirancang... hanya suatu doa kupanjat agar dipertemukan dengan insan mulia . Bukan untuk aku menyerap segala haknnya tetapi untuk aku belajar erti sebuah kehidupan. 

Ukhwah itu indah... Hanya indah ketika Allah itu menjadi tunjang persaudaraan.
Kerana aku percaya, kita akan terpisah suatu masa... bukan kerana kebencian, tetapi kerana ia suatu ketetapan.

Hanya padaMu aku mohon,Kau ampunilah dosa-dosa sahabat-sahabatku, rahmati mereka,sayangi mereka, lindungi mereka daripada segala bahaya dan segala kejahatan. Kau bimbinglah mereka pada jalanMu. semoga persaudaraan kami kekal dibawah naungan rahmatMu.

Thursday, February 16, 2012

Suatu Cerita



Alhamdulillah, masih dapat lagi idea nak menulis di sini.

Hmm.. suatu hari itu, aku buatlah kerja seperti biasa. Selepas bos datang, maka kenalah aku dan rakan-rakan menyempurnakan apa yang bos kami suruh. Hehehe..

Aku pun tolong 'merawat' luka di kaki seorang 'mak cik' lah, umur 50-an kot.

Semasa merawat,aku menyuruh mak cik baring dan jangan duduk melihat procedur. Mak cik tersebut cakap, " tak puas hati lah kalau tak dapat tengok kaki yang kena bersihkan tu. "

"errk? Kenapa pula"

"hmmm ... saja, nak tengok betapa seriusnya luka kaki tu".

"oooo... fuhhh.." heeh ingatkan nak buat spot check budak picisan ni buat kerja. eheh

Aku pun buat dengan bersungguh-sungguh.(ye ye je bersungguh-sungguh.. or buat dengan malasnya.. lama giler kot buat kerja simple tu).

Setelah tamat, aku pun dengan rasa bersalah memohon maaf, wheelchair tak adalah nak bawa ke katil. Katil dekatlah juga. Mak cik kata, " tak apa, boleh jalan, dah biasa dah."

Aku pun dengan berat hati merelakan dia jalan dengan terinjut-injut.

Kemudian,aku pun check balik di katilnya, adakah lukanya tidak berhenti lagi atau sudah berhenti.
Dia pun cakap, " tak puas hati lah tak dapat tengok. hmmmm. Akak dah biasa tengok dan dah biasa masuk ward. "

"ye ke?"

" hmmm.. dulu pernah kena sakit belakang."

" oh ye ke? Hmm mesti banyak kali masuk ward. Sebab peratusan untuk berlaku balik tinggi juga kalau tak jaga gerak kerja seharian.Opss. Bukan mendoakan."

" eh, janganlah doakan. Minta dijauhkan.ehehe.. Memang banyak jugalah sebelum ni"

" Tulang belakang ni sebenarnya dah buat operation, bedah masuk besi."

" Ya Allah, betul ke? 'Dahsyatnya kak ni. Sudah jadi orang besi ni. eheh"
"Hehehe (gelak sakan). Sebenarnya, mata akak sebelah ni buta. Tak nampak pun. Kena glaucoma. "

" Ya Allah, besarnya dugaan akak. Semoga sihat sejahtera selepas ini. InshaAllah, jaga kesihatan, makan minum, hidup lebih sejahtera. "

... terdiam aku selepas beberapa kali dugaan besar diluahkan. Sedangkan aku, dugaan hanya tersandung bartu, sudah melatah dan merungut seolah mahu mati saja. Sedangkan seorang mak cik itu hidup penuh dugaan tetapi sentiasa tersenyum ketika aku datang melawatnya. Hebatnya hati mereka.....

Tuesday, February 14, 2012

Sahabat yang ku cari...

"Hai anakku! Apabila engkau ingin mempersaudarakan seseorang, maka buatlah dia marah terlebih dulu. Sekiranya dia memaafkanmu sewaktu marahnya, maka ambillah dia sebagai saudaramu. Jika tidak, maka berhati-hatilah terhadapnya"
-luqman al-hakim-

Al-kisah



Alhamdulillah... sudah lama bekerja, akhirnya aku mahu sisipan beberapa cerita lawak.

Hari itu, aku ke jabatan XX ingin meminta sesuatu procedure. Aku datang awal ,sebelum pukul 2. Namun, aku dinasihatkan untuk datang balik pukul 2pm. Maka, pukul 2 pm terus aku sampai di jabatan tersebut.

Aku pun masuk ke bilik procedure.

" Kak Nurse, doktor mana?" eheheh lagak macam sudah biasa lah.. apa boleh buat. Kak nurse tu cakap. Hmm " alahai, doktor lambat sikit masuk sini, baru pukul 2pm. Hmmm.. Dia pergi sembahyang lagi ni".

hmmm alahai.. aku mengeluh.

Aku senyap seketika. Kak Nurse tadi pun berborak dengan orang lain.

Tiba-tiba aku terlintas soalan, " Kak Nurse, siapa doktor oncall?"

" oh, Dr Chua(bukan nama sebenar)"

" ha? Dia pergi sembahyang juga ke?" aku buat-buat terkejut sambil tergelak dalam hati . Ayat menusuk kalbu.
" Agak-agak lah kak. Tak baik lah macam ni" Selamba saja aku mengeluarkan kata-kata. Aku Tak mampu menanggung marah, aku terus 'sound' direct.

Kamu adalah orang lebih tua daripada aku. Janganlah mengajar aku berbohong. Janganlah berkelakuan sebegitu teruk. Kita orang Islam.

Jagalah hati kita. Hidup di zaman nak qiamat. Kenalah berjaga-jaga dalam amal.

Apapun, semuanya selesai. Aku tidak marah pun, cuma sedikit kecewa dengan sikap suka membohong. Sikap aku juga yang terus 'sound' tanpa ada belas kasihan. Biarlah Kak Nurse terasa di'sound' dan terkesan daripada dia terus berkelakuan sebegitu. Tidak semua berkelakuan sebegini, di tempat anda juga ada. Cuma...... aku dalam beberapa minggu ini, semakin garang pula ,beremosi... ilmu pula entah ke mana..

Cukuplah, aku mahu fokus Ilmu dan amal aku.

Biarlah soal sahabat, soal kawan-kawan dan apa saja diletak ketepi sekejap. demi ketenangan hati padaMu.

Tuesday, February 7, 2012

Hargai


Alhamdulillah...

walaupun perjalanan kita mungkin panjang lagi, hakikatnya sesuatu yang membuatkan kita berasa dihargai sudah cukup membuatkan kita merasa hidup ini penuh bermakna.

Hmmm bukanlah dihargai itu bermaksud kita diberi hadiah.

Bagi aku, pertolongan rakan sekerja ketika aku sedang sibuk melakukan kerja lain amat aku hargai. Amatlah aku terasa diri dihargai. Walaupun pertolongannya 'simple' atau sekadar picisan, tetapi jika dia melakukan seolah ingin membantu dengan ikhlas, aku terasa sangat bertuah. Aku yakin setiap yang berlaku adalah dari Allah. Dialah sebaik pengatur segalanya. 

Biarpun seorang sahabat itu berlaku diam sekalipun, belum tentu ia seorang tidak ambil tahu tentang diri kita. Mungkin dalam diamnya penuh dengan doa dan harapan pada kita. Selagi kita mengenalinya, doakanlah sahabat kita. 

Dalam kehidupan juga,ada juga kisah yang menyakitkan hati.

Setiap apa yang berlaku... ada kala kita berlaku di luar batasan. Ini lumrah kehidupan. Setiap yang berlaku, pasti memberi kesan mendalam pada hati yang sensitif. Ingatlah, seburuk mana layanan yang kita dapat. Tenangkan jiwa, jangan membalas dengan yang buruk. Biarlah Allah yang membantu kita. Dia lebih tahu apa yang Dia lakukan. Lakukan kerja kita dengan sebaiknya dan berhati-hati dengan sesiapa yang selalu membuat 'celaka' pada kita. Bukan membenci, tetapi berhati-hati demi menjaga status kehidupan kita.

Kata-kata itu lebih tajam daripada pedang. Lebih hebat kesannya daripada tsunami. Sekali kata-kata itu keluar, mampu menghancurkan hati yang berbunga . Sekali pertengkaran berlaku, mampu memutuskan ikatan yang berkurun lama tercipta. Mungkin... kita akan bertemu kembali atau terus terpisah kerana kata-kata.

Apapun, hargailah sesiapa sahaja di sekitar kita. Hargai mereka agar Allah bersama kita.

Sunday, February 5, 2012

Jalan-jalan




Pagi ini, 5 Februari 2012, aku merupakan salah satu peserta untuk perarakan Maulidurasul di Daerah Muar. Hihihi... pertamanya aku bersyukur kerana dipilih menyertai program sebegini, alhamdulillah. Mengapa aku seronok?

Kerana aku dapat berjalan-jalan di kawasan muar dengan aman. Malah aku dapat berkenalan dengan warga tempat kerja aku. Tak lah semua aku dapat berkenalan, hanya beberapa.Well, u know me, aku susah sikit bila nak join perbualan dengan warga 'tua' yang selalunya menceritakan tentang isu keluarga dan hal-hal berkaitan dengannya yang selalunya tak mengasah minda, tak menambah iman. heheeh.. Tapi tak semua begitu, cuma kebanyakan topiknya akan berkisar di tempat yang sama. Asal ada seorang yang muncul membuka topik yang lagho, semuanya terjebak. 

Apapun, program hari ini memang Ok. Cuma yang tertanya tanya untuk apa perarakan sebegini dilakukan? Sebab maulidurasul untuk mengingati tarikh kelahiran Nabi. Akan tetapi mengapa kita perlu berarak? Alangkah baik kita berkumpul berselawat dan mendengar ceramah ringkas sambil menjamu selera mengikut sunnah.

Sepanjang perarakan ini, aku sangat kecewa dengan mereka yang sesudah berarak... terus merokok! Terus ketawa berdekah-dekah seolah tidak menghayati apa itu maulidurasul. hmmmm entahlah.. Sekadar memenuhi ruang waktu untuk aktiviti rutin agaknya. 


Apapun yang berlaku, aku suka aktiviti berarak sebegini sebagai aktiviti merapatkan ukhwah dan menikmati persekitaran bandar Muar, bandar maharani. Aku pun dapat ber'exercise' .hehehe...

Semoga kita menjadi umat Muhammad yang terbaik.

Saturday, February 4, 2012

Kisah Suatu Jumaat

Alhamdulillah, masih mampu menulis sedikit lagi cerita....


Jumaat semalam, aku agak kelewatan sedikit kerana ada kerja ,jadinya aku rela ditinggalkan oleh kawan-kawan yang mahu ke masjid beramai-ramai. Katanya mahu makan cendol sebelum solat...eheheh.. Bahaya niat macam tu. Alhamdulillah, aku mampu melarikan diri.eheheh... Maklumlah, aku tak suka fokus ibadah dicampurkan dengan makan minum. Hihihi Sesetengah orang mampu fokus dalam ibadah, macam aku, susah sikit bila fikir cendol, tak pasal-pasal khusyuk lari. Jadi, aku pun naik kereta sendiri terus ke masjid berdekatan dengan tempat kerja dan masjid kegemaran aku di Sungai Abong ini.


 Nak dibuatkan cerita, aku pernah diusik ketika aku keluar daripada MRSM,
" Si fadzli tu keluar MRSM sebab dia nak pergi surau kita selalu tiap-tiap malam. Kat MRSM mana ada surau macam kita, asyik-asyik study je"

Ini merupakan usikan daripada seorang guru lama aku yang sudah pencen dan menjadi jemaah tetap surau sejak berada di kampung aku. Hmmmm bukan nak nyatakan yang aku selalu ke surau. Aku memang selalu pergi surau, tetapi ada masa aku tak mampu untuk 5/5 di surau iaitu berjamaah 5 waktu di surau. Aku insan lemah. Seumpama solat berjamaah itu nyawa seorang muslim.

Begitu hebat kesan solat berjamaah di masjid dalam hidup aku.


Kisah semalam simple sahaja, ketika aku berbaris ingin mengambil wudhuk, kelihatan adik-adik sekolah beratur di hadapan aku dengan sabar.

Tiba-tiba, datang seorang tua yang pastinya kulit sudah berkerut dengan baju melayu bersamping, menuju ke  tempat wudhuk tanpa rasa segan silu, menepuk adik yang sedang mengambil wudhuk. Tanpa ada suara minta maaf. Dia memberi isyarat ke tepi, yang dia mahu membasuh kakinya.

Aku tersentuk dan memandang dia dengan penuh amarah! Melihat gelagatnya dan aku pasti orang disekitar aku perasan yang aku sedang marah dengan sikap biadab dia.

Seorang tua yang tidak ada adab dalam menghormati anak muda mengambil wudhuk, langsung tidak merasa bersalah, menunjukkan kepada kami semua yang dia senior dan sesuka hati boleh bertindak apa. Apa kes beb!!!
" Kau mahu orang muda hormat bukan? Tapi kau tak pernah nak hormati kami? Kau mahu kami jadi anak baik, tapi kau tunjuk akhlak buruk lagi hina. Benda nampak simple, tapi benda simple macam inilah yang melahirkan generasi yang hancur! Jangan mahu salahkan generasi hari ini teruk kalau diri generasi lalu sangat buruk dalam mendidik!! Jangan menghina dan mengkritik generasi hari ini , kalau  generasi lalu tidak amanah dalam mendukung tanggungjawab keluarga.  "

Aku kecewa seorang tua yang berperangai macam tu. Sudah siap membasuh kaki, terus tinggal tanpa rasa malu pada Tuhan, tanpa rasa bersalah pada anak muda yang khusyuk mengambil wudhuk. hmmm

Sejurus kemudian, aku dipelawa untuk wuduk oleh adik di depan aku tanda adik  itu hormat aku. Tetapi aku menolak kerana, apa beza aku dan dia, sedangkan aku datang kemudian. Maka kenalah aku menunggu. Aku terharu adik itu sangat menghormati aku. Aku meminta dia wudhuk dahulu sementara amarah aku turun menahan sakit hati perangai orang tua itu. Aku tidak tahu siapa dia.



p/s:Alhamdulillah, sejak aku berpindah ke rumah sewa bersama rakan baru, terasa tenang bila dapat meluangkan masa berjamaah di masjid walaupun tak sesempurna insan soleh yang lain. peace! :)