Tuesday, January 31, 2012

Bila...


Alhamdulillah, aku masih mampu bekerja hari ini walaupun keletihan semalam terkejar ke sana sini demi memenuhi tanggungjawab untuk menyempurnakan kerja. Hmmm.. Sukar saat itu apabila kerja yang baru dibuat tiba-tiba datang pula kerja baru dan belum sempat kerja pertama selesai datang kerja ketiga pula sehingga terasa berat badan memikul. Allah sahaja yang tahu betapa berat beban untuk menyempurnakan semua tugasan. Sehingga diminta bantuan, belum pasti akan mendapat pertolongan manusia. Hanya Allah tempat aku mengadu untuk meminta pertolongan.

Hari ini, aku tersentak  dengan peristiwa di dalam lif. Aku mahu ke tingkat 3 manakala dua orang pengawal keselamatan senior dan junior ingin naik ke tingkat satu.

Aku masuk bila lif terbuka. Diikuti pengawal keselamatan juga berdua.
 Aku tekan butang 3. Manakala senior guard tidak menekan butang, tiba-tiba junior guard menekan button 1.
" Kenapa kamu tekan butang 1, biarlah lif naik tingkat 3,kita turun ke tingkat satu. Nanti lambatlah doktor nak naik ke atas."
Junior guard tadi terdiam dan terus membisu. Hmmm Entah apa yang difikirkannya aku tidak tahu.

" Eh, tak apa cik. Ok je."Aku menyampuk.

Sebenarnya, Senior guard berbangsa India itu seorang yang bagus dan sangat menghormati pekerja atasan. Entah mengapa dia begitu baik dan menghormati orang atasan sehingga meletakkan jurang yang besar dalam kasta kerja di sini. Mungkin ini disiplin dia. Bagi aku, aku lebih selesa jika kita melakukan kerja sebagai rakan sepasukan, susah dan senang bersama. Tidur sama banyak, rehat sama sikit, makan sama kenyang , kerja sama susah, kena marah sama-sama perbaiki. eheheh

Apapun, semoga aku beroleh keinsafan sebagai hamba Allah di muka bumi ini.

Sunday, January 29, 2012

Alhamdulillah

Hari ini aku cuti, tiada apa yang menarik untuk dibuat melainkan bertemu dengan sekolah lama aku, SMKDO.

Pagi-pagi lagi aku diajak datang ke sekolah SMKDO,sekolah lama aku untuk bertemu dengan cikgu,Wak Mael untuk projek rahsia aku. Hehehe.. Patutlah diajak pukul 8am, batalkan temujanji pukul 9am,sebab nak ajak makan sekali rupanya.

Alhamdulillah, dapat makan pagi free.

Membawa kereta sendiri masuk ke dalam sekolah lama, terasa..fuhhhhh.... bestnya. Sebab ada perubahan yang aku bawa walaupun kereta Proton Saga FLX saja. Kereta Malaysia yang menjimatkan. eheheh

Melihat SMKDO dengan projek dewan terbuka yang masih dalam binaannya, bangunan baru dan padang rumput yang sedang dibaikpulih... terasa mahu kembali saat sekolah lalu. Hakikatnya, beban saat sekolah terlalu berat untuk dikembalikan jika diberi pilihan. Biarlah, aku terus berjalan meninggalkan kenangan indah. Terus berjalan.

Hmmmm, tak tahu pula nak sambung apa lagi bila berdepan dengan komputer ni. Sebelum ni, macam banyak idea, bila nak type,terus hilang.


-----------------------------------------------IMBASAN.......................................

Suatu ketika itu, aku menyertai program derma darah, dan aku tukang jaga kaunter tekanan darah . jadi, aku memeriksa penderma darah secara keseluruhan juga termasuklah kandungan haemoglobin, tekanan darah, tahap kesihatan dan sebagainya.

Selesai semuanya, aku pun dijemput makan.

Proses berkemas juga aku turut bantu untuk mempercepatkan proses bersiap.

Bila sampai dewan makan, kami semua termasuk doktor-doktor, jururawat, driver van dan attendans juga turut bersama. Melihat hidangan makan, ada 2 meja utama, satu meja 3 kerusi,manakala satu lagi 6 kerusi. Why? Sedangkan kami ramai. Meja utama dihidangkan dengan ikan sweet sour dan macam-macam seperti hidangan ikan bakar di Medan Selera Sabak Awor.

Aku duduk, mengambil tempat. Melihat attendance dan driver yang lebih tua daripada aku makan dengan mengambil pinggan dan lauk di meja belakang yang berasingan. Mereka ambil makan layan sendiri,ceduk lauk di dalam tray lauk dan duduk. What? fuhh... Terasa diri ini dilayan macam anak raja pula. Adesh... Aku terasa kurang selesa dan terasa sedih kerana apa beza aku dengan mereka semua sehingga dibezakan meja makan, hidangan dan layanan. Berbeza gred gaji? Berbeza kelulusan? Tak perlulah dibezakan bila menjamu selera, kita kan manusia manusia juga bila makan. hmmmmm.... Rasa macam nak ajak je pak cik mak cik semua makan lauk pauk yang pastinya tak terabis untuk kami.


hmmmm.. bila melihat ada kasta ketika itu, teringat masa kecil dulu, nak makan ayam pun susah dalam seminggu sekali dua je. Selalunya ikan masin, telur goreng,sardin. Hari ini berbeza, sudah tak tahu nak masak apa lagi sebab semua sudah bosan. Hmmmmmm..... Apapun kasta hari ini, biarlah aku menjaga hati agar tidak membezakan siapa aku dengan orang lain. Siapa aku di sisi Allah? Tiada siapa tahu.

..................................................................................................................................................................

Sunday, January 22, 2012

Jeti dan Lautan



Pernah suatu masa dahulu...

Teringin berada di hujung jeti seorang diri, melihat alam sendirian...

Alhamdulillah, tercapai sudah melepak di hujung jeti sendirian,melihat alam, melihat nelayan ke laut.

Bila berada dihujung jeti, akan terasa sesuatu yang amat sukar digambarkan. Saat kau berada di suatu penghujung jalan yang kau tak mampu untuk meneruskan lagi langkah perjalanan kerana di hadapan kamu adalah lautan..... Yang ada hanya kamu dan Tuhan.

Dari situ, wujud rasa untuk kembali padaNya ketika kita tiada apa lagi di sisi. Cabaran yang ada membuatkan kita terus tabah,sabar dan berserah padaNya. Ya Allah , ya rahman ya rahim.

Dan perjalanan...

Alhamdulillah masih bernafas hari ini untuk menulis.

Dalam kesibukan kerja, masih mampu menulis.

fuhhh begitu kuat dugaan sepanjang beberapa minggu yang penuh dugaan luaran dan hati. Hmmm..

Apapun yang berlaku, hanya padaMu kuserahkan segalanya...

Biarlah fokus aku sekarang ini. Aku tak mampu memastikan apa yang seterusnya, tetapi aku hanya mampu berdoa. Yeah! Semoga Allah menunjukkan aku jalan kepadaNya. Amiin.

Sunday, January 15, 2012

Photo : Belangkas

Alhamdulillah indah ketika aku mengambil gambar ini. Seawal jam 7am, aku sudah sampai di sini, ketika mentari belum sepenuhnya terbit. Saja melihat alam dan lautan sendirian. Menghirup udara yang sejuk di tepi  Selat Melaka bertemankan alam, berlatar belakangkan alunan suara alam. Memang tenang.

Tiba-tiba terjumpa belangkas yang sudah tidak bernyawa,tinggal cengkerang saja. Maka, dikesempatan ini, aku menjadikan ia bahan dalam photo aku.

"Hari ini, belangkas tidak seperti belangkas dalam pepatah.
Belangkas yang jauh lagi menghampiri lautan. "

Friday, January 13, 2012

Sarang Buaya - Sawah Padi












Cuti 4 hari


Alhamdulillah, aku minta cuti 2 hari untuk berehat disebabkan aku sudah mula berperangai garang pula dan lebih tegas. Khuatir pula aku jadi pekerja yang 'over' atau 'poyo' walaupun tak sepandai dan tak sehebat manapun. Well, aku sedar siapa diriku. hehe pekerja biasa saja. Hadirnya aku untuk menjadi hamba pada Allah dalam dunia pekerjaan aku hari ini.

Cuti 2 hari menjadi 4 hari kerana kawan aku berbangsa cina adjust masa shift untuk extend cuti dia sehingga aku pun terlibat sama, yang akhirnya,aku dapat cuti 4 hari.adeshhhh.. Asal dia bahagia ok je.

Aku pun cuti dengan lenggang kangkung balik rumah dan berehat. 


Pengalaman yang best:

1. Dapat temankan member pergi hantar 'kawan-kawannya' ke KLIA.eheheh balik Bangladesh setelah 5 tahun tak balik. Fuhhh... hantar pukul 11.30pm lalu Pagoh tu. Balik ikut jalan sama. Fuhhh.. Yang membezakannya, waktu balik, aku sempat tidur. ehehehe.. Tak boleh harap betul aku, ingat nak tolong drive, tapi disebabkan aku tak pro dalam kereta manual, so, aku ambil keputusan untuk tidur. eheh.

2. Sempat aku bertemu dengan pak cik yang selalu sangat puji aku masa aku melepak kat surau. Ibu mertuanya meninggal dunia di rumah. Penyakit kronik. Jumpa pak cik ni, sekali lagi dia puji aku depan anak bongsu dia. Adeshhh... Yang paling penting, pak cik ni akan tanya balik nama aku. ehehe.. Tak pe dimaafkan, kerja dia lecturer, banyak student yang perlu dia ingat namanya. Apapun, dia mengalami perubahan yang amat hebat sejak datang di kampung aku. Well! aku observer yang 'hebat' dalam senyap dan dalam 'bodoh2' aku. :P

3. Sempat shoot gambar dengan rakan sekampung! Wah! bestnya melihat sawah padi. Best!
Hijau nan permai. Dengan hembusan angin petang. Then, tiba-tiba kena 'sound' suruh berambus sebab masuk bendang tuan punya tanah. ehehe.. Spoil mood betul. ehehe tapi... ada aku kisah, pengembaraan diteruskan sehinggalah aku puas melihat HIJAU!

4. Makan mee rebus mak masak!

Hmmmm cukuplah, esok aku kerja. hmmmm cuak pula rasanya. Apapun,

sempat dengar ceramah Best.

Tuesday, January 10, 2012

Terasa... adesh

Tersentak baca ayat di bawah ni.... jumpa di laman sosial Facebook.


:::SEDIKIT PERBEZAAN KITA DENGAN RASULLULLAH S.A.W ::::


Rasulullah sedikit tidur
kita sikit-sikit tidur

Rasulullah sedikit makan
kita sikit-sikit makan

Rasulullah sedikit marah
kita sikit-sikit marah

Rasulullah sedikit bergurau
kita sikit-sikit bergurau

Rasulullah sikit-sikit beramal
kita sedikit beramal

Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam
kita sedikit pengorbanan

Gambar : Nasihat buatmu...


Ada kesilapan dalam gambar di atas... ehehe malas nak ubah disebabkan program asal tak Save pun. Then sudah 'dicetak'... bagaimana mahu membetulkannya..


Apapun semua orang faham mesejnya....

"Ya Allah, baikkanlah agamaku yang menjadi pelindung hidupku, baikkanlah duniaku kerana di dalamnya ada kehidupanku, baikkanlah akhiratku kerana di dalamnya pula ada tempat kembaliku."

Lama tak edit gambar. Alhamdulillah, dapat cuti beberapa jam ini, ingin meneruskan hobi yang simple dan best!

Wednesday, January 4, 2012

5 Jawapan teka teki lalu

Jika kalian terbaca entry ini : http://lagendatelukwawasan.blogspot.com/2011/07/kursus-induksi-ud-41-ku.html

maka aku berhutang jawapannya....

Alhamdulillah, sempat lagi aku memberi jawapannya hari ini. fuh...

Jawapannya

1. Nabi Adam
2. Hawa
3 Ular daripada tongkat Nabi Musa.
4 Kambing biri-biri/kibas.
5.Unta nabi Soleh yang keluar dari Batu

p/s: Aku terlupa jawapan No 5 tu, aku rujuk di blog http://albesuty.blogspot.com/2011/03/lima-makhluk-allah-yang-dicipta-tanpa.html


Arigatogozaimas .

10 Tahun dahulu- Kampungku

Alhamdulillah.

Sempat kemas rumah sewa, rumah sewakah? Rumah teres dua tingkat 5 bilik yang sangat besar lah juga. Kemas budak pemalas je pun. Matlamat hari ini, nak kemas ruang depan je dulu. Sebab tempat letak kereta tu, pastinya menjadi tatapan umum orang lalu lalang. Apa pula orang kata nanti. " Harap je kerja bagus, pergi masjid, tapi rumah macam semak." walaupun orang tak boleh samakan halaman rumah aku dengan semak, sebab lantai rumah disimen semuanya. Tidak akan ada pokok mampu tumbuh melainkan semak rumput dari jiran sebelah.huhu. Aku? Kerja tak lah bagus. Cuma jawatan aku itu yang nampak sikit bagus dari pandangan orang. Itu aku tak peduli. Yang aku tahu, apa pun pekerjaan kau, kau mesti bertanggungjawab atas apa yang kau diamanahkan! Pergi masjid? hmmm ada juga pergi. Ada juga kantoi solat kat rumah. Tak larat satu cerita sebab khuatir drive kereta mengantuk, tak pasal-pasal, orang solatkan aku pula. Solat kat masjid itu bukan perkara yang nak dibanggakan, tetapi sudah menjadi kewajipan bagi seorang jejaka(hehehe)  yang bergelar Muslim .Sepatutnya, kau malu kalau kau tak pergi masjid! hmm...

Berbalik pada tajuk, 10 tahun dulu... masa tu umur aku....hmmm zaman sekolah menengah lah. heheh. 

Bangun pagi, kalau cuti mesti sambung balik tidur lepas solat subuh. hehehe.. Konon-konon nak menikmati cuti. Tapi kalau balik kampung, confirm kena sound dengan nenek. Habis hamparan ditarik, bantal diangkut. Tidur atas lantai beramai-ramai. Fuhhh.. best giler cuti di kampung. 
p/s: maaf, musim naik sekolah ni tajuk entri aku pula tentang cuti sekolah. eheheh.. 

Kedengaran bunyi ayam berkokok, burung merbok dan terkukur sahut menyahut . Pelbagai bunyi burung kedengaran. Maklumlah, rumah dihujung kampung, belakangnya belukar.  Bangun pagi dengan tak mandi terus lepak keluar, melihat alam yang permai dengan kabus pagi. Dalam fikiranku. Kalaulah aku ada kamera, boleh aku ambil gambar keindahan alam ketika itu. Perghhh.. Mesti best. tapi.... mana mungkin . apapun, hanya ingatan yang mampu merekodkan keindahannya. Sinar mentari meniti di celahan ranting pohon . Udara sejuk pagi  pula menambah nikmat kalau dapat sambung tidur. hihi.. Kalau arwah atuk ada kat rumah, dia mesti tengah solat dhuha. Aku pula tertanya-tanya, rajinnya solat pagi. hehehe..

Lempeng gulung panas buatan nenek menjadi sasaran pagi. Sambal tumis yang dibuat pun sangatlah best. Hidup simple tapi sangat indah.
p/s : ketenangan mengatasi kemewahan. Sebab itulah, hidup aku hanya mahu mencari ketenangan. Ketenangan amat mahal.

Selepas sarapan, aku menjadi nelayan darat. Mengail beramai-ramai memburu belut dan haruan. Huhu.. 
itulah rutin seharian aku. Kalau free, boleh tolong jaga kambing. hmmm apa yang busy sangat? ahaha.. balik kampung kot, mana ada busy.

 Yang paling best kalau petang, boleh mandi air perigi. ahhaha.. gatal badan dibuatnya, nasiblah. Nak feel hidup kampung konon-kononnya,walaupun bilik air kat rumah ada.  

Malam pula.... jeng jeng!! Misi selepas solat isyak. TV akan ditutup dan dibiarkan kotak hitam itu terpadam kerana, kami semua akan masuk bilik dan semua bersiap dengan selimut dan bantal , duduk rapat-rapat untuk mendengar cerita hantu di kampung ini dan segala pengalaman sepupu aku semua. Hahah.. best! Sampai sekarang teringat. Ia memberi impak yang kurang baik pada aku sebenarnya sebab aku punya ingatan kuat sikit bab benda mengarut ini. So, all those scary story haunt me!!

Masa ini, arwah kakak sepupu aku masih ada. Dia ni yang selalu layan kami di kampung. Aku kagum dengan dia sebab dia mampu hidup berdikari tanpa mengharap bantuan keluarga. Dia tinggal bersama nenek kami, berpisah dengan keluarganya di kampung sebelah sebab nak jaga nenek.  Kakak aku memang rajin, selalu memberi motivasi pada aku untuk terus berjaya .Pandai masak. Selalu ingatkan aku untuk jaga agama. Memang cool lah dia. Ada masa, bawa aku dan adik beradik aku pergi pasar malam .Jalan kaki atau berbasikal. Aku rasa, jalan kaki saat yang paling best. Cerita punya cerita, tak habis-habis sampailah ke destinasi. Gelak sakan.  Makan beramai-ramai dengan sepupu sepapat. Fuh... Syoook lah. hari ini, masa berlalu. Semuanya terpisah kerana mengejar cita-cita. Famili keluarga masing-masing seolah cuba memisahkan kami semua. Mungkin masalah dihadapinya. Entahlah.

Hari ini, aku terasa kehilangan semua sepupu aku. Yang paling penting, kakak kesayangan aku itu telah meninggal dunia bulan April lalu ketika aku sedang menduduki exam akhir pengajian aku. Tidak sempat dia melihat kejayaan aku. hmmmm.. Terasa  suatu kehilangan besar dalam hidupku kerana pemergiannya amat mengejutkan dan amat menyayatkan. Dia telah dianiaya dan dizalimi.

Apapun kebaikan yang yang dilakukan olehnya, akan dibalas oleh Allah. Semoga Allah memaafkan kesilapannya juga. Semoga rohnya dirahmati Allah yang Maha Penyayang.

ya, cukuplah di sini. Aku saja merekod suasana 10 tahun dulu, kampungku.