Thursday, June 30, 2011

Surau : Kau dan Dia

(entri ini agak panjang dan entri ini juga tentang aku dan seseorang.... agak bosan jika membacanya buat mereka  yang tidak melaluinya mungkin. Apapun, aku harap... entri ini tidak menjadi bahan celaan orang yang mencela.)
Alhamdulillah, setelah berehat dua hari kononnya, ingatkan mahu berehat seminggu, tapi ada banyak perkara yang menguji ke'poyo'an aku untuk berehat seminggu. Allahuakhbar. Hanya Allah yang tahu betapa apa yang berlaku hari ini dan semalam merupakan rahsia buat aku dan Dia(Yang Maha Kuasa).

Hari ini, Khamis, aku bercadang puasa sunnat setelah semalam aku terlepas mengingati Hari Isra' Mikraj kerana tersalah tarikh. Apa boleh buat. Perkara kecil sahaja. Alhamdulillah, hari ini dapat juga aku sempurnakan puasa sunnat atas kudrat yang Allah pinjamkan.

Petang tadi juga, aku melawat keluarga sahabat aku, yang anak abangnya berusia 2 minggu telah kembali kerahmatullah atas sebab-sebab tertentu. Semoga Allah berikan kekuatan serta rahmatnya atas keluarganya untuk menempuhi ujian Allah. Percayalah, anak itu yang masih suci akan menjadi bidadari syurga. Aku yang tak merancang untuk bersama solat jenazah dan bersama melihat majlis pengebumian, akhirnya turut serta. Aku berasa amat bersyukur kerana inilah jalan yang Allah bimbing aku. Aku seolah dibawa mempelajari dunia atas kehendak Allah. Alhamdulillah. Itulah yang aku rasakan, bahawa diri ini terbimbing oleh Maha Pencipta. Aku tahu betapa hinanya aku, aku tahu betapa lemahnya aku ini, sebab itulah bimbingan daripada Allah, perlindungan daripada Allah, amatlah aku harapkan.


Aku bergegas pulang ke rumah, jam menunjukkan 7.15pm, beberapa minit lagi azan berkumandang.  Aku menanti dengan sabar.

Malam ini, aku ke surau untuk membaca Yassin, dan bertahlil. Alhamdulillah. Selepas majlis itu, ada sedikit pengisian dan kata-kata daripada warga surau.

Sudah lama aku ingin tuliskan kisah ini, tetapi belum ada kesempatan sehinggalah malam ini takdirnya mungkin...

Daripada seorang pensyarah Maktab Perguruan Batu Pahat. Pensyarah Mathematik(yang aku kenal lah dulu). Beliau meminta izin menyampaikan sepatah dua kata. Dalam hati aku," hmmm sepatah dua kata je, tak leh lebih tau.". Beginilah hati aku yang masih nakal dan degil nak kenakan orang...  Hati aku sebenarnya goyah sedikit malam ini kerana mengenangkan beberapa peristiwa lalu yang aku amat marah dan amat kurang selesa berdepan dengannya. Sebab itu ,aku kurang suka mendengar kata-kata orang berjawatan di mana-mana pun.

Beliau ini, aku kenal sebagai seorang jiran aku yang tinggal di sebuah lorong di kampung ini. Lorong yang memiliki rumah yang besar,mewah.Aku mengenalinya sejak 10 tahun lalu. Itu pun kerana aku sudah menjadi budak surau. Ketika itu juga, aku masih budak-budak lagi, masih membuat kecoh ke sana dan ke mari. Melastik burung termasuk yang singgah di atas tiang bumbung, sehingga aku kena marah sebab membuat bising melastik bumbung bukannya melastik burung . Aduih!!... Kena sound sekali, teruslah aku tidak buat lagi kerana aku ini budak yang faham bahasa. Masa 10 tahun lalu, aku memang merayau ke lorong kediaman pensyarah ini.  Rumahnya di hujung lorong. Sekitarnya penuh dengan hutan dan semak kerana tanah lot di situ belum dibangunkan lagi. Kedudukan rumahnya amat terpencil. Bagi aku , ia amat bahaya. Semasa awal kehadirannya, beliau membawa keluarganya solat di surau. Ketika itu, aku perhatikan dia amat kekok sedikit. Sehinggalah, suatu masa aku mendapat berita yang anaknya telah meninggal dunia. Sejak dari saat itu, beliau berubah daripada banyak aspek. Aku amat menghormati dia. Malah, aku juga mengenalinya apabila beliau meminta tolong aku untuk mengangkut tanah menambak halaman rumahnya. Upah diberi RM 5 rasanya. Aku cakap, tak apa. Namun, dia cakap, ini duit raya,,pak cik ikhlas nak bagi ni. Maklumlah, musim raya belum habis ketika itu. Aku hanya tersenyum dan mengambil dengan gembiranya. RM 5 memang besar ketika itu. Angkat tanah je pun. Ketika itu, beliau mungkin tidak mengenali aku sangat. Tidak mengetahui siapa aku melainkan hanya budak kampung yang 'melepak' di surau.Lazimnya, jarang orang akan mengenali siapa aku. Sebab itu gelaran budak MISTERI masih menjadi milik aku.Perlukah tau siapa aku? Tak perlu rasanya.

Sepanjang aku di surau, beliau selalu berpesan kepada aku, kalau ada masalah matematik, bolehlah tanya pak cik. InshaAllah, pak cik akan tolong. Alhamdulillah. Aku tersenyum atas kebaikannya. Sesungguhnya malam itu aku amat bersyukur kerana ada orang sebaiknya ingin membantu aku, malah ambil berat padaku. Doaku padanya, biarlah ia menjadi rahsia aku dengan Allah.Beliau insan yang amat baik dan baik. Walaupun aku tidak mengenali dengan rapat, tetapi aku tahu ketulusan hatinya.

Ucapan beliau malam ini yang aku coretkan mungkin ada tokok tambah, tetapi tidak lari daripada maksud asalnya.

" Assalamualaikum, malam ini saya ingin menyampaikan ucapan sepatah dua kata khas buat anak-anak muda di surau. Pesanan ini khas daripada pak cik buat anak-anak yang pak cik sayangi. (mendengar ayat ini terasa semacam saja hati aku. Hati, manalah boleh dikawal dengan mudah). Pak cik ada menulis artikal berkaitan 'mengapa pak cik sayangkan anak-anak". Pak Cik tuliskan artikal itu untuk anak murid pak cik. Pak Cik menulis artikal itu untuk mengetahui bagaimana melahirkan anak-anak yang hebat akademik,sahsiah dah agamanya. Pak cik ada baca tulisan prof , dalam kajiannya yang menjemput 50 master students untuk diuji bacaan al-qurannya. Hanya 30 yang mampu membaca al-fatihah dengan baik. Amat kecewa apabila seseroang memiliki intelek yang baik tetapi terabai ilmu agamanya. Pak cik hari ini mencari model pembinaan sahsiah. Banyak kajian menujukkan bahawa tempat ibadah merupakan tempat yang terbaik untuk pembentukan sahsiah. Apabila ibu bapa berjaya mengajar anak-anaknya mendirikan solat di masjid, inshaAllah, secara tidak langsung, ia akan membuatkan akhlak dan pembangunan diri anak-anak itu lebih baik. Malah, apabila ada desakan naluri tersendiri yang membawa anak-anak itu sendiri ke masjid, maka ia mampu membentuk jati diri yang hebat. Kita boleh lihat betapa baiknya seorang yang rajin menunaikan solat berjamaah. Malah, mereka yang solat dan terbimbing dengan masjid, akan menjadi insan yang hebat. Dalam kampung kita, saya pernah kenal seorang anak, dulu saya kenal dia tapi sekarang sudah lupa. Mungkin sibuk. Seorang yang rajin ke surau dan membesar di surau. Memiliki personaliti yang amat hebat. (Aku pun tertanya, siapakah insan hebat itu? Hebatnya dia. Kalaulah aku mampu jadi sehebatnya,memiliki personaliti yang mengagumkan ramai orang.) Anak ini, pernah  bertanya soalan mathematik kat saya ketika zaman sekolahnya. Masa itu, saya sukakan penampilannya dan berdoa kepada Allah" Ya Allah, kau berikan kebahagiaan kepada anak ini ". (Fuh.. syahdunya ucapan pak cik ni. Terasa sedih pula . Aku memang suka cara pak cik bercakap. Punyalah suara dia macam dari dalam lubuk hati. Dia rendah orangnya, tapi, suara dia garau dan tegas.) Anak muda yang saya maksudkan itu adalah anak kampung kita ini. Yang sudah membesar lamanya, ketika saya  berada di sini sampai sekarang ini. Dia ini sekarang ambil medic kan?(sambil melihat kawasan aku)... (errk? Kenapa pandang aku pula? Aku tersenyum terpaksa, segan, malu, risau ,debar semua bercampur baur. Ya, sambing menganguk-angguk dan senyum kelat 'blur'.). Saya dulu kenal dia ni, tapi dah lupa namanya, kamu Fadil ea? Fadzli?( ketua kampung memberitahu nama aku dengan jelas.).  Fadzli ini membesar di surau. Memiliki perjalanan yang baik dalam akademik dan sahsiah(agaknyalah kot Pak cik ini kata macam ni, aku lupa-lupa ingat ni). Kehadiranya cukup memberi tamparan hebat dan menjentik semangat saya untuk terus berubah menjadi lebih baik.(Huh.. besarnya impak kehadiran anak muda itu.)Ya, kalau boleh kita semua dapat solat berjamaah bersama di surau ini agar dapat membentuk sahsiah diri kita dan juga anak-anak dnegan lebih baik.( Aku yang terpinga-pinga, hanya duduk senyap dan diam . Dalam masa yang sama, aku berhenti menaip ucapannya di dalam hanset kerana apa yang dikatakannya selama tadi, rupanya menceritakan perihal aku dan dia. Betapa angkuhnya aku selama ini sehingga melupakan insan-insan yang mendoakan aku dalam senyap. Walaupun aku sebenarnya sangat kagum dengan Pak Cik ni, sebab dia  baik, peramah dan suaranya juga mengingatkan aku seorang sahabat di matrikulasi yang sudah lama tidak dapat dijejak. Betapa banyak doa dan harapan pak cik, begitu juga doa aku pada pak cik ini semoga Allah memberikan rahmatNya, kebahagiaan, kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga segala kebaikan pak cik ini, Allah akan lihat dan meletakkan pak cik serta keluarga dalam kalangan ahli syurga firdaus serta mendapat syafaat rasulullah kerana menyanyangi anak-anak muda. Terima kasih atas sebuah penghargaan ini.)

Majlis ditutup dengan solat isyak dan jamuan.

Banyak perkara yang aku fikirkan setelah sebuah penghargaan diberi....

1. Mengapa tiba-tiba ada penghargaan sebegini buat kali kedua atau ketiga daripada pihak surau kepada aku? (pertamanya -penghargaan kepada aku atas keputusan yang baik PMR. Keduanya- penghargaan atas kejayaan dalam SPM bersama rakan-rakan). Hari ini, aku dikejutkan lagi. Mengapa ye? Walaupun tidak perlu ditanya, namun aku khuatir jika ada maksud disebalik ini. Aku tidak mahu aku dipergunakan untuk mencapai matlamat masing-masing. 'Gunakanlah' aku untuk kebajikan bersama. Itu aku lebih rela. Aku tahu ucapan khas ini dirancang dengan teliti oleh beberapa orang di surau aku. Husnuzan wahai Fadzli. :)

2. Dalam sekelip mata, mahasiswa yang baru habis pengajiannya ini menjadi bahan tumpuan sekejap malam ini. Walaupun, aku sudah menjadi budak surau dalam 11 tahun, tempoh yang agak lama juga, akan tetapi dalam tempoh 7 tahun terakhir, aku sudah jarang berada di surau ini kerana melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Hari ini, baru aku habis mengaji medic. Alhamdulillah ini semua atas doa kalian. Aku difahamkan oleh ibu bapa aku, ramai yang tidak mengenali aku sejak kewujudan aku beberapa bulan ini yang sentiasa ada di surau. Penganggur katakan.  Ada yang kata, aku ini adik kepada ayah aku. Badan sama besar dengan ayah aku kot. Ada yang tertanya-tanya pada orang surau. Tapi, hanya seorang yang sempat tanya aku siapa, seorang pak cik yang aku tak kenal sangat lah tetapi dia kawan ayah aku. Dia tanya aku tetapi cara dia tanya macam dia amat kenal adik aku yang mengaji di Terengganu,UMT. Adesh!! Aku tak famous lah macam ni. Dia ingatkan aku ini adalah adik aku. Pelajar di UMT.

3. Aku bimbang ada pihak yang kurang selesa dengan ucapan Pak Cik Pensyarah itu. Khuatir yang amat sangat.Cuma aku nak luahkan, penghargaan ini untuk kita semua. Tiada beza kita di sisi Allah melainkan taqwa. Aku bukanlah tahu level taqwa aku. Maka, usahlah risau atas pujian ini. Kita semua sama. InshaAllah, kejayaan aku juga kejayaan semua. Aku membangun dalam bantuan kalian.

4. Mungkin ucapan beliau,Pak Cik itu adalah untuk menyeru dan menjentik semangat anak muda yang ada. Malah memberi sedikit tamparan buat penduduk kampung agar lebih cenderong memakmurkan masjid. Secara psychologynya. Namun, jika ini yang cuba dibuat,aku kurang yakin kerana memakmurkna masjid bukan suatu yang mudah. Ia memerlukan hati yang benar-benar mahu dan kuat. Aku sendiri masih lemah. Kesedaran itu yang utama.

5. Aku sangat berterima kasih atas ucapan itu. Kata-kata Pak Cik itu merupakan hadiah buat aku yang sentiasa ingat akan Pak Cik yang selalu menjadi sumber aspirasi dalam kehidupan saya. Pak Cik mengajar saya untuk berbuat baik, bersedia membuat perubahan dan meningkatkan kualiti diri. Walaupun kita berada pada tahap yang hebat tetapi kita juga masih memerlukan orang lain untuk bersama membaiki diri. Kita semua sama. Dan Pak Cik ini yang baru sahaja memuji aku dengan penuh ikhlas itu, cukup menjawab  10 tahun pertemuan aku dan keluarganya. Aku dan adik aku rapat dengan beberapa orang anaknya yang berumur 18 dan 15 tahun itu.(Rasanya ,adik aku yang rapat dengan anak-anaknya tu sebab umur mereka lebih kurang) .Alhamdulillah. Semoga ALLAH rahmati kita semua. Maafkan aku jika tersalah perkiraan. Secara jujurnya, Pak Cik Lecturer ini juga membantu sahabat baik aku untuk mendapat pekerjaan berdasarkan kelayakannya.


Aku pula, bukanlah seorang yang sombong jika ada yang memerhatikan aku ini sebagai seornag yang tak banyak cakap, tak banyak berbual, duduk senyap, tetapi aku hanyalah insan lemah yang tidak memiliki apa-apa, harta,duit, tanah atau apa pun. Aku tiada apa-apa, itulah yang memberi motivasi kepadaku untuk terus berusaha. Wajah yang nampak serius ini bukanlah membenci, tetapi penuh dengan harapan agar ukhwah islamiah kita terus kukuh menjadi ikatan selamanya atas redha Ilahi. InshaAllah, siapa yang tegur aku, pasti aku balas dengan senyuman 'macho'. Peace!

Aku merasakan seolah doaku 10 tahun dulu terjawab malam ini dengan jelas walaupun ia sudah terjawab lama. Namun, malam ini ia jelas dengan sepenuh penjelasan yang amat membuatkan aku sedih akan kelemahan diri ini.Aku juga amat bersyukur memiliki seorang yang masih mendoakan aku walaupun aku ini hanya budak kampung yang hidup sebagai jirannya sahaja. Terima kasih.

Tuesday, June 28, 2011

Berehat


Cukuplah bagi aku untuk semua masalah hari ini. Bagaimana hati-hati manusia yang nampak kental akhirnya dilunyaikan dek kata-kata seorang yang tiada ilmu, tiada pengaruh, tiada harta, tiada apa-apa.

Anda lemah. Lemah menerima sedikit lontaran suaraku sahaja.

Sedangkan hati aku yang lemah ini masih mampu menahan sakitnya tuduhan kata-kata palsu yang bisa membinasakan aku.

Apa perjuangan hidup kau? Perjuangkan agama atau rasa cinta manusia?

Perbaiki perjuangan kamu, jangan kerana serangan senjata kata-kata membuatkan hati yang gagah menjadi luluh.


Maafkan aku buat hati-hati yang dalam kesakitannya. Kewujudan aku berpegang pada niat asal persahabatan. Tidak melampaui batas kerana aku ada ruang perjalanan aku sendiri yang aku aturkan dan mengharapkan izinNya. Maka, terimalah aku seadanya dan janganlah mengharap sesuatu yang aku tak mampu berikan. Perjalanan aku masih jauh walaupun noktahnya mungkin setapak, tiada siapa yang tahu.

fuhh.. Rasanya, cukuplah aku berehat................. daripada menulis di blog buat seketika.

Monday, June 27, 2011

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe



I Believe (LYRICS)

When you're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He's always close to you

He's the one who knows you best
He knows what's in your heart
You'll find your peace at last
If you just have faith in Him

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
I'll follow you no matter what
If God wills we'll meet one day

Chorus

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace

Chorus

I believe I believe, I believe I believe


Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Video Directed by: Lena Khan



Copy and paste daripada You tube Awakeningrecords. Daripada link Bro Maher Zain.. :P

Sunday, June 26, 2011

Santai : BERSIH : Gotong- royong Kampung









Rajinnya abang kita sorang ni. Huhuhu.. Siapa? Entah. Aku post je gambar dalam hanset aku. Tak bawa baby DSLR  aku, khuatir menunjuk pulak, dah lah murah... berlagak plak kat sini.. kah3

Blur!! Demi keselamatan. Pak Cik baju merah tu.. cool!! Baik. Pernah upah aku masa tolong dia angkut tanah depan rumah dia dulu. La ni, dia tak rapat dah ngan aku sebab aku jarang ada kat surau sebab mengaji di rantau orang.

Add caption

Hang pi celup kaki dalam parit sape suruh!
Alhamdulillah. Pagi ahad yang mulia ini,aku yang macam malas nak join  gotong-royong akhirnya dapat menghadirkan diri. Syukur kerana kaki lebih kuat daripada hati. Atau syaitan telah kalah menghasut aku untuk sambung tidur. Maklumlah, aku tidur lewat dalam pukul 3 am lebih. Aku menonton video Ustaz Hasrizal, tentang ceramahnya. Link :http://www.youtube.com/watch?v=htelX7nSSD0&feature=share

Bangun pagi, pastilah letih badan ini. Kuat semangat untuk mencari publisiti kat kampung ini melawan YB UMT, adik aku yang sudah ke balairaya lebih awal 5 minit. Errk!! Psycho giler!  Aku dengan muka baru bangun tidur dengan lemah gemalai pergi ke balairaya dengan basikal kesayangan aku! Haha. Nasi lemak? Adeih, perut aku punyalah sensitif dengan sarapan. Kalau nak buat kerja, aku tak suka makan kemudian tanpa rehat, terus buat kerja. Maka, aku cuma menjamah sedikit  buat-buat makan dengan seleranya.

Basikal aku wei!
Dalam suasana gotong royong atau kerja berkumpulan, kita akan dapat lihat pelbagai ragam manusia. Antaranya :

- orang yang rajin dan komited.
- Orang yang perlahan dalam kerjanya tetapi masih melakukan kerja.
- Orang yang perlahan kerja, malas, tetapi banyak bercakap.
- Orang yang datang dan hanya berbual pemberi semangat katanya.
-Orang yang hadir untuk tunjuk muka.
-Orang yang suka bagi arahan yang tak boleh blah!

Apa yang penting, kumpulan aku, semuanya buat kerja. Cuba tengok gambar-gambar tu. Hahaha.. Semua tengah buat kerja. Aku tak kata siapa itu dan siapa ini. Apa yang kau katakan  di atas ini hanyalah secara umum.

Banyak lagi kelas manusia dan komitmennya. Akan tetapi aku suka melihat golongan yang tak pernah turun ke parit atau pegang penyapu, cangkul, cakar tetapi sangat bersemangat nak buat kerja. Pergh, orang-orang macam ni aku suka tengok. Bukan apa, sebab ada kala lucu tengok depa. Kah3.. Sebab aku pun sama. huhu. Aku punyalah jarang pegang cangkul. Walaupun kat rumah ini dikelilingi oleh tanaman, tetapi semuanya dalam bag hitam dan sistem penjirusan automatik. Melainkan sistem penyiraman itu dihentikan,atau rosak, maka aku ada kala menyiram menggunakan baldi air. Buat beberapa minggu ini, hujan turun berkala, maka tak perlu siram sangat. Air masih bertakung di dalam bag sabut tersebut. Yeah, petani moden katakan.


Menggali parit untuk mencari kelapa air

Apabila, golongan profesional turun parit membersihkan kawasan tersebut, maka....
- Mampukan mereka menahan bau parit?
- mampukan mereka menahan licin dan tanah lembik?
-mampukah mereka menerima percikan air parit yang 'harum semerbak'?
- mampukah mereka memegang sampah di parit?

Dan.... bila aku menerima tugas ini? Huh.. Persoalan di atas inilah yang aku tanya balik pada diri.
Namun, aku menjawab kepada diri aku balik :
- kalau aku datang untuk tunjuk muka saja, silalah balik rumah sambung tidur. Malaikat tak bawa amalan orang yang tak ikhlas.
- Kalau aku tak tahan bersih, tak payah buang masa kat parit, sebab parit tak akan bersih kalau ada orang seperti aku yang pembersih itu.
- Kalau aku datang kerana nak suka-suka dan tak serius, maka ia membazir masa. Ambil masa yang banyak tanpa ada hasil yang baik.

Bila dapat pegang cangkul, mulalah aku excited. Sudah lama tak pegang. Dulu, masa kecil, cangkullah senjata aku untuk melombong tanah. Banyak kolam dibuat oleh aku dengan saiz yang kecil ala-ala perigi. Kolam terbesar yang pernah kami buat hanyalah 2x2 meter saja. Manalah ada tanah  yang luas di belakang rumah. Itulah sebab kami tak mampu nak buat kolam besar. Seronok main parit.

Aku banyak berdiam diri daripada bercakap. Entah mengapa badan penat sedikit, terasa nak pitam pun ada, perut sudah meragam sebab makan nasi lemak dan kuih di rumah. Fuh.. Aku bersihkan perlahan-lahan.  Kami berempat membersihkan kawasan parit di beberapa rumah mengikut apa yang dirancang. Fokus utama membersihkan parit terutamanya di kawasan jambatan rumah yang ada sampah, menghalang laluan air. Misi utama memastikan pengaliran air parit lancar dan bersih.

Fuh... Banyak sampah. Ramai yang mengeluh dengan hasil kerja pengorekan atau pembersihan parit oleh syarikat yang bertanggungjawab. Ramai yang mengata seolah mereka membersihkan parit sekadar melepaskan batuk di tangga. Tak bersih dan masih banyak sampah serta rumput. Buat acuh tak acuh. Impaknya, kerja pembersihan parit terpaksa dilakukan  semula oleh orang kampung pula. Inilah hasil kerja manusia hari ini. Bila bekerja, mahu cepat siap, tetapi tidak ada kualiti yang cemerlang. Masalahnya, pendapatan kita tidak akan BERSIH jika amanah itu tidak dilaksanakan dengan baik.

Aku hampir nak pitam bila mengeluarkan buah kelapa yang banyak dari dalam parit. Hmmm..Banyak sungguh, hampir 20-30 biji rasanya buah kelapa di parit. Buah tersebut menghalang laluan air. Air bertakung dan busuk. Dalam keadaan sebegini, aku akui yang stamina aku terlalu lemah berbanding orang kampung yang kuat dan gagah.

Bau busuk badan, baju penuh dengan percikkan air parit. Fuhh.. Perfume aku berubah baunya menjadi perfume parit. Kaki, tangan, baju semua bercalitkan lumpur dan tanah. Air peluh memenuhi badan dan muka dek panas membahang dan juga metabolism badan. Jantung aku pula terasa degupannya kuat menahan diri meminta untuk berehat dan kalau dapat tidur. huhu.. Mana boleh wei! Aku mesti terus kerja, Banyak lagi yang tak dibersihkan. Tengok orang lain masih membersihkan di parit. Tak kanlah aku nak balik. Paling tidak, aku berehat sebentar dan sambung kerja. Memang aku nak tumbang je. Bersandar di pokok dan tarik nafas panjang untuk berehat. Memerhatikan orang kampung maish tak bergerak dari tempat asalnya. Kenapakah mereka terlalu lama berada di tempat yang sama? Membersihkan parit atau buat parit baru? Entahlah. Tengok sebelah kanan pula, eh.. tadi ada, mana pula mereka pergi. Hehe.. tengok warung depan sana, FULL. keh3.. Depa dah give up awal-awal. It is OK. Time given  45 minutes only to finish our jobs. So, they deserve to get some rest. Tapi aku masih tak berpuas hati nak bersihkan sampah dalam parit. Aku bangkit dari rehat, terus membersihkan sedikit lagi dan terus pecut balik rumah. Mandi!!!!!! Air sirap ! Sumber tenaga. Yeah, update blog juga.Walaupun aku post malamnya kerana terlalu letih untuk semak balik ayat-ayat aku. Khuatir ayat aku menyakiti si hati yang lemah.


Dalam bermasyarakat, aku masih kurang kemahiran lagi. Aku banyak senyap daripada berkata-kata. Aku banyak tersenyum tanda membalas ramah . Aku kurang berbual. entah mengapa,rasa macam tak ada idea nak dibualkan.Sedangkan banyak saja perkara yang boleh dibualkan. Pengalaman menjadi fasilitator secara mengejut pun banyak kali juga. Semua berjalan lancar.  Mungkin, aku masih berpegang pada konsep 'biarlah rahsia' . Biarlah orang tidak mengenali aku . Itu lebih baik  buat masa ini. Walaupun ia nampak kejam, tapi tunggulah suatu masa, aku pasti berubah. InshaAllah. Cewah. Koya je..

Bekerjasama 'memetik' buah kelapa. Orang kampung kata, buah kelapa ni tak leh dimakan. Sebab jenis pokok kelapa air, buahnya 'haram' dimakan sebab ia tak bersih .hehe sheshe

Ia berbeza dengan adik aku yang semangat nak berbual. (berbanding buat kerja. Buat kerja ke? hahah.. buatlah juga setelah aku berehat sebentar aku beri cangkul. Alatan terhad. Dia hanya membuang sampah yang superficial saja.) Yah, dia melayan orang di kampung, aku pula boleh fokus kerja. Tapi loteih den...haahaha.

p/s: Menaip entri sambil membau jari jemari yang masih tak hilang bau parit setelah disental dengan sabun Dettol! Adesh... Kena gaul sambal belacan , budu, perkasam, bau hilang bau parit di tangan ini.

Thursday, June 23, 2011

Santai :Yeah


Alhamdulillah, minggu yang paling seronok sehingga tak dapat nak digambarkan. Entah mengapa ujian mendatang terasa ringan saja. Mungkin kerana betapa ramai yang membantu Melalui email, YM, Gtalk, atau FB.

Alhamdulillah.. Ku lihat betapa ramai yang membantu daripada yang tak membantu aku. Apakah ini membuatkan aku kena lagi tingkatkan usaha membantu orang lain? Berapa kerat sangatlah aku bantu orang setakat ini, sedangkan yang membantu aku terlalu ramai.

Apapun, kuucapkan terima kasih kepada yang memberi nasihat, semangat, motivasi, teguran, kritikan, komen dan sebagainya. Apapun yang dilemparkan kepada aku , cukup ia menjadi pemangkin kepada aku menjadi lebih matang. cewwah!! huhu. Baru nak serius, dan merepek.

Well, arigatogozaimas.

Wednesday, June 22, 2011

Luahkan Segalanya

Fuhhhh.... (sigh...)

Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah.


Pertamanya, entry kali ini aku tulis adalah untuk memberi ruang kepada sesiapa yang ingin memberi komen, nasihat, teguran dan apa saja yang ingin disampaikan, agar tidak menyimpannya. Luahkan segalanya kepada aku jika ada rasa yang kurang senang kepada diri aku yang tidak ada apa-apa ini.

Aku tiada apa-apa. Buatlah apa saja, hakikatnya, aku tidak memiliki harta untuk dirampas,tidak memiliki wang yang banyak, tidak memiliki kereta, tanah atau apa saja yang kebanyakan orang mahukan. Jadi, berdamailah dengan cara yang sebaik mungkin.

Aku mengaku ada silap dan salah. Aku manusia. Aku ada amarah. Maka, memang ada masa kita tak mampu menahannya. Maka, mohon maaf atas segala kesilapan lalu.

InshaAllah, kita berusaha menjadi lebih baik. Teguran dari aku jika dirasa ia tidak tepat atau tidak benar, maka tidak perlulah diambil.

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

~Imam Hasan al-Basri~
Silalah selesaikan masalah : tronx013@gmail.com

Photo : Santai : Overprotected


Gambar di atas ini aku 'rosakkan ' guna PhotoScape. yeah!

Monday, June 20, 2011

Tips : Waspada Dengan Perkataan

 Alhamdulillah, aku masih terdaya menulis entry yang aku rasa perlu untuk mengingatkan diri ini serta sesiapa yang mahu beringat.

Tip hari ini adalah berwaspada dengan setiap apa yang kita katakan tidak kira melalui penulisan, lisan atau isyarat. Apa yang kita lakukan itu pasti mengundang masalah JIKA ada orang yang mahu membuatkan perkara itu menjadi masalah atau isu besar.

Sebab itu konsep " Berkata baik atau diam" yang diajar oleh Rasulullah cukup menyelamatkan kita daripada masalah.

Namun, jika musuh itu sudah berniat musuh, jangankan kamu buat baik, tak buat apa-apa pun boleh dibuat isu. Ini adalah lumrah kehidupan.

Kawan aku pesan, " Anggaplah musuh itu sahabat. Kerana dalam doa kita mungkin kita lupa mendoakan musuh kita mendapatr hidayah dan kemaafan". hmm hmm..

Antara pesanan buat diri aku :

1. Jangan sesekali menggunakan nama orang sama ada jelas atau tidak bila mengulas isu-isu semasa atau masalah. Kerana ia pasti mengundang masalah lain pula.

2. Jangan menggunakan nama tempat, nama daerah atau yang menunjukkan dengan jelas kawasan yang menjadi isu. Gunakan perkataan yang umum.

3. Ulaslah isu secara umum agar ia tidak melibatkan sesiapa jika dibaca oleh orang lain. Melainkan yang terasa menghuru-harakan keadaan, jadi kalau satu Malaysia tak tahu siapa yang terlibat, tetapi atas komen dan kekecohannya, telah membuatkan satu Malaysia tahu siapa yang terlibat. Dalam hal ini, siapa yang bersalah? Lu pikir sendiri! Tips jika masalah ini berlaku, kita perlu REMOVE atau DELETE dengan segera untuk mengelakkan perkara lebih serius berlaku.Kita tutup sebentar blog,Fb atau apa saja demi keselamatan.

4. Perkataan yang menjadi kontroversi hendaklah dielakkan dalam penulisan bagi mengelakkan isu itu diketengahkan oleh orang-orang yang suka membuat masalah.

5. Jika timbul masalah, maka hadapinya dengan tenang. Check balik ayat-ayat lalu, dan kalau boleh minta pandangan rakan-rakan tentang ayat-ayat itu. Jika mampu direkod pandangan rakan-rakan itu, lebih baik. Malah, segala tuduhan juga jika mampu direkod adalah lebih baik. Ini bagi memudahkan kita membela nasib kita yang dicabar.


Kita kan umat Islam. Allah bersama orang yang sabar. Maka, kepadaNya kita bergantung! Usah gentar! Akan tetapi, sebagai Muslim, jangan pula kita melampaui batas, kerana Allah melarang perkara yang buruk dan zalim!.

Sunday, June 19, 2011

Photo : PhotoScape : try and error

Alhamdulillah, I'm still alive.

This entry is just for you to do some changes in your photo.

Simple and easy. Just do it.

Aku bukanlah hebat untuk mengajar orang mengEDIT gambar. Cuma aku kongsikan beberapa teknik yang aku guna dalam mengubah gambar yang ada kepada luar biasa. Gambar yang kurang menarik kepada yang lebih menarik.

Semuanya berpunca daripada teknik " try and error''. Aku hanya masuk ke dalam beberapa software dan mencuba sana sini sampai ia kelihatan menarik.

Bagi yang ingin mengedit gambar, dipersilakan untuk mencuba.

Software : PhotoScape (You can download from the internet- Just Google!)

Mengapa aku pilih PhotoScape? Kerana ia pilihan yang paling mudah, mesra pengguna. Lagipun, banyak yang boleh diEDIT. Nampak canggih!

Ini dia gambaran PhotoScape.


Below is the front page of the software, choose edit.



Choose your photo and see. Opss,my photo unbalanced. So, just click on the image as shown in the picture below. Adjust!

Senget!


Gerakkan button dengan perlahan ke kanan atau kiri mengikut kesesuaian gambar.

After that, you also can try to 'sharpen'. Membuatkan gambar kelihatan lebih 'tajam' atau jelas. Adjust! If you see your photo become worse, just CANCEL to sharpen.

Anda boleh cuba dan jika nampak tak sesuai,silalah Cancel. Teknik ''Sharpen'' menjelaskan object pada imej.


Next, colour editing. Choose Bright and Colour.
Just klick!! Then,adjust!

Aku hanya menggerakkan button '' Hue'' dan lihat perbezaan warnanya.
Adjustlah gambar anda secara berhikmah. Gerak perlahan lahan untuk melihat perbezaan. Dan pilihlah setting kegemaran anda. Huhu... Rajah di atas,menunjukkan beberapa perubahan yang aku buat.

Also, you can FILTER, as shown below.

Pelbagai teknik edit di Filter ini. Jadi, anda boleh cuba mengikut citarasa anda. Just do it! try and error.
Nampak perbezaan, bayang gelap di atas dan bawah? Lebih nampak menarik lah.


Add some images to decorate. Jadi Mat Bunga aku kejap.

Cari object bersebelahan ''Home'' . Terlindung dek kotak tersebut. Di Object, anda akan dapat menghias gambar dengan pelbagai object dan tulisan.

Objek pilihan aku adalah bunga biru ini. Sebelah kirinya bertanda ''+'' berfungsi untuk tambah bilangan. Manakala tanda ''x'' untuk delete image. manakala tanda anak panah atas sekali berfungsi untuk menggerakkan image. Setelah anda duplicate image bunga biru, cubalah gerakkan bunga itu ke kanan atau ke kiri agar ia kelihatan bergerak. Bukannya statik. Itulah fungsi arrow for rotation. Jika semua image duplicate mempunyai arah yang sama, ia seolah kaku. Pandangan akulah. Jika, kalian katakan tidak, aku mana tau. Aku lakukan untuk rasa puas menghasilkan gambar. Hihi.


or you can write something on your photo.

Tulisan yang tidak lengkap? Sengaja dibuat seperti itu.
Aku membuat kombinasi 2 jenis tulisan seperti yang anda perhatikan.  Jenis 1 untuk perkataan " uatu hakikat perjalanan" dan Jenis 2 untuk huruf "S".
Huruf tadi disusun untuk lebih kemas. Kemudian,decoratelah mengikut kesukaan kalian. Mudah. Hanya perlu kreativiti. Andai kita kurang kreatif, kita lihat hasil karya orang lain. Kita 'tiru'lah(belajar melalui pemerhatian) ala-ala mereka buat tetapi jangan sesekali tiru bulat-bulat, khuatir kena saman 8 Juta. Mana mau cari duit?

Finished.

Yeah! Aku rasa orang suka kalau aku letak gambar ini. Bukan kerna ia cantik barangkali, tetapi apa yang terkibar-kibar di atas sampan.

Harap maaf jika ada kekurangan. Diharap dengan perkongsian ilmu 'try and error'' ini banyak membantu saya dan kalian untuk lebih maju membaiki ilmu yang ada.

Ada orang yang tidak mahir edit gambar sedangkan bagi aku, edit gambar secara 'simple' lebih baik daripada kita tak edit langsung kerana biasanya kamera yang kita ada memberi imej yang agak hambar dan kurang menyerlah. Sebab itu,aku cuba edit untuk memberi gambaran imej yang lebih baik. Bukanlah terbaik, tapi ia cukup sedap mata memandang. InshaAllah.

Teknik : Mencapai keamanan 1


Hari ini aku ingin menulis beberap langkah yang perlu kita lakukan untuk mencapai keamanan sejagat.

Bagaimana anda menghadapi tuduhan?

Lazimnya :

- Orang yang dituduh melenting. Dia akan memaki hamun dan menemplak si pemberi fitnah. Mungkin ada yang sampai berbunuhan.

- Orang yang menuduh pula, buat-buat tak bersalah. malah menambah 'perisa ' dalam fitnahnya.

- Pemimpin atau ketua dalam kelompok itu pula serba salah dan risau sesuatu perkara menjadi di luar kawalan.



Jadi, dalam kes sebegini, kita sebagai orang yang di sekitar perlu berlaku waras. Kita jangan sebarkan lagi masalah. Sebaliknya membuka satu ruang keinsafan dalam diri kita dan saudara-saudara kita agar menerima masalah ini sebagai cabaran.

Menghadapi masalah tuduhan ini amat payah. Tak semua mampu menghadapinya.

Bukan aku khuatir kumpulan, negara atau kawasan kita akan hancur. Aku bukan khuatir masalah berlanjutan. Akan tetapi aku khuatir jika rahmat Allah tiada buat kita semua kerana keangkuhan kita.Maka, kehilangan rahmat Allah,bermakna kehancuran buat kita itu bila-bila masa.

Kehilangan rahmat Allah membuatkan kita semua terumbang ambing.

Jadi, apa langkah terbaik?

Boleh dikatakan pengalaman anda menghadapi hidup sebelum ini mengajar anda bagaimana mahu menyelesaikan masalah.

Ia tidak mudah.

Sebagai :

Mangsa
- kita hendaklah bersabar. Kalau dapat solat sunnat taubat, solat minta petunjuk dan sebagainya agar kita ada kekuatan rohani serta setiap tindak tanduk kita mendapat perlindungan Allah. Ya, inilah kekuatan yang ada pada mangsa. Jika mangsa ini seorang yang kecil tarafnya atau orang yang dipandang hina kerana statusnya,tetapi dengan berkat rahmat Allah, usah dibimbangi kekuatannya. Kerana Allah bersama orang yang sabar. Inilah jalan kedamaian yang Islam ajarkan.

Masalah dihadapi dengan tenang tanpa ada amarah.

Amarah menghancurkan pertimbangan yang waras.

Yakin pada Allah, selesaikan masalah itu dengan mencari punca kepada fitnah dan tuduhan. Ia pasti mambantu menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan. Selagi punca tidak diketahui, maka ia akan berlarutan.

Tips : Jika mangsa ini tahu dirinya tak bersalah sekalipun, mulakan ucapan dengan baik. Beri salam dan pertamanya mohonlah maaf atas kesilapan atau salah faham yang berlaku.

Diakhiri dengan maaf juga serta mengharap perkara ini selesai di sini sahaja tanpa ada lanjutan masalah yang tak sepatutnya. Serta mengharap rahmat Allah. Inilah saja kekuatan buat kita jika kita terlibat dalam masalah ini.

Sebagai pemfitnah/membuat tuduhan:


Ada ke penfitnah nak mengaku salah? hmmm hmm susah aku nak bagi pandangan.
Cuma,buat pemberi berita yang salah atau tuduhan yang mahu berubah dan merasa dirinya bersalah,  janganlah rasa diri ini terlalu jahat sampai mahu bunuh diri.
Ambillah ikhtibar dan berusaha memperbaiki keadaan. Jangan menambah buruk keadaan.

Namun, jika berita dia benar. Maka, bersedialah menghadapi cabaran atas penegakkan keadilan itu. Cuba bersikap bijak, jangan terburu-buru membuat tuduhan. Jangan biarkan amarah menguasai diri.

Itu saja yang mampu aku katakan kerana dalam kes ini, jarang orang yang bersalah mengaku melainkan mereka yang ada hidayah daripada Allah.



Sebagai orang tua,*pemimpin-pemimpin atau orang dewasa:


(*pemimpin di sini bukan tertakluk kepada sesiapa.Ia umum. UMUM. Harap pembaca blog saya memiliki pemikiran yang hebat daripada saya,agar tidak kolot dalam menilai. )

Tugas kita:

- Bila menerima berita itu, kita kenalah faham isi kandungan apa yang disampaikan. Kalau boleh kita catat,rekod atau simpan bahan itu, maka itu lebih baik kerana khuatir kita terlupa dan mungkin kita pula yang menokok tambah.
- Siapa yang memberitahu berita itu,kita kenalah fahami siapa dia? Apa hubungan dia dengan mangsa tuduhan itu? Apa tujuan dia membuat tuduhan?
-Berilah amaran atau peringatan kepada si pemberi tuduhan itu bahawa kes ini bakal mengundang buruk,mungkin menyebabkan pergaduhan. Jika dia mahu teruskan usaha tuduhan itu, maka dia kena hadapi akibatnya.
-Setelah faham kes ini, maka pemimpin kenalah merahsiakan dan memastikan kes ini diperkecilkan sekecil mungkin tanpa ada hebahan sehingga mencemar keharmonian sesebuah tempat. Fikirkanlah pro dan cons. Jika kebaikan menyimpan rahsia itu lebih baik,maka biarlah rahsia.

Jangan ditanya pandangan kepada si penuduh tentang perlukah berita ini disebarkan kepada umum? Kerana kebanyakan si penuduh memang mahu dan berhajat merosakkan nama baik orang. Ini lumrah. Mereka sudah memiliki nama yang harum  dalam senarai orang-orang yang rosak,hari ini dia mahu bawa orang lain ke tempatnya. Inilah dendam yang paling kita risaukan berlaku.

-Pemimpin kenalah bertemu dengan si kena tuduh/mangsa dengan bertemu muka. Bertanya dengan baik dan tidak ada isu perli memerli. Jangan sesekali memandang rendah tarafnya. Jangan merasa mangsa yang mungkin seorang miskin ,seorang yang tidak berharta itu lemah. Pemimpin perlu sedar bahawa orang yang dizalimi doanya amat makbul. Malah, jika si mangsa seorang yang taat pada Allah melebihi pemimpin, maka haruslah pemimpin itu khuatir kerana kesabarannya itu,ada pertolongan daripada Yang Maha Kuasa!

- Pemimpin kenalah sedia menerima pandangan si mangsa/tertuduh. Sedia memberi pembelaannya.Menjaga haknya.


Langkah seterusnya bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin itu menyelesaikan keputusan. Ingin menghukum atau memaafkanya,itu bergantung kepada penilaian.

Pengajaran:

- Berhati-hati dengan perkara yang menjadi masalah.
- Sentiasa berubah menjadi lebih baik.
- Belajar daripada pengalaman tersebut dengan sebaiknya.
- Jangan berdendam dan menyimpan hasad dengki. Ia pasti merugikan buat ahli ibadath.
- Yakin Allah bersama orang yang sabar.

Mengapa aku menulis entri sejak dua menjak ini yang tidak lari daripada unsur fitnah,kepimpinan dan sebagainya. Mengapa? Kerana isu itu terlalu bersepah-sepah. Sehingga ia menjadi sumber makan buat seorang muslim. Aduhai, rosak hati sebegitu.

Jika ada salah dan silap. Maaf. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Apa yang aku tulis itu adalah sebagai langkah untuk aku tokok tambah dalam menghadapi hari muka.  Tips menghadapi masalah.



Photo : Sabak Awor : Santai

Kami bertiga saja ke Muar untuk bersiar-siar dengan cara terjah saja. Emergency plan. Lastly, my friend, Mr L wanna join us. yeah! Finally!

Di bot itu ada orang sedang memancing udang. Banyak juga yang dia dapat udang. Pemandangan petang ini di Sabak Awor pula memang OK. Walaupun awan 'nano' menuntup mentari yang terbenam.

Aku suka suasana edit sebegini. hii.

Bersedia untuk makan besar!!

Sekadar di pinggiran.



Dari 'puncak alam' ,menara Sabak Awor. Memerhatikan restoran sesuai untuk dipilih. Adesh. Aku tak suka memilih kerana rasa bersalah atau rasa kesian. Biarlah aku pilih kerana alasan yang sesuai.

Jalan menuju ....makan besar!Yeah
Sate Sudah lesap! Kupang sambal masih banyak, Tom Yam, Ikan Siakap Sweet Sour and Kailan Ikan Masin. I like it esp Kupang Sambal. huhu. Marvelous!
No komen... Cuma nak cakap, dunia ini kecil, sejauh mana kita pergi, akan diketahui juga manusia yang menyibuk tentang kita. Kalau dalam hati penuh dengan sifat keji dari kecil, sampai ke tualah sifat itu akan ada. Dont expect others forget about you. but expect yourself to change in the future! Kalau tak mahu berubah, memang! hehehe sheshe...

Setelah sampai ke Batu Pahat semula, kami ke Teluk Wawasan untuk melihat suasananya di waktu malam. Alhamdulillah, best! Cantik Teluk Wawasan di penghujungnya. Bukan di pertengahannya. Percayalah, jika aku mahu memberi komen di sini apa yang berlaku di Teluk Wawasan, pasti akan ada makhuk Sang Kips-kipas dan Si Lalang yang akan membuat fitnah dan cerita bodohnya. Setakat ini, aku berpuas hati dengan keadaan Teluk Wawasan.Biarlah mereka dengan sifat dan amalan mereka.

Hakikat manusia hari ini tidak mahu berubah. Hati batu. Buat macamana pun tetap keras. Selembut mana pun nasihat, kalau degil tak mahu berubah tetap tak berubah.


Percayalah, apa yang ada tertulis di blog ini atau di mana-manapun, aku memiliki niat untuk maju berubah ke arah yang lebih baik.

Peringatan buat mereka yang merasakan dirinya sebagai pemimpin, bakal pemimpin, atau diri kita sendiri yang merupakan pemimpin,khalifah di muka bumi. Setiap masalah hendaklah diselesaikan dengan baik. Jangan menunjukkan kebodohan kita sampai masalah picisan menjadi isu besar.

Inilah realiti hidup yang kita kena hadapi!

Saturday, June 18, 2011

Perhentian Mahkota 1 : Ilusi

Surutnya laut...


Antara dua daratan...

Sejuk...

Hijau....

Nelayan...


Santai : Ribut



Alhamdulillah, masih bernyawa diri ini.
Malam tadi ribut tapi aku tidak perasan pun keadaan yang mungkin menakutkan aku itu. Mungkin ia berlaku ketika aku tidur nyenyak. Pukul 2 am baru aku tidur, memanglah aku susah nak sedar kalau ia berlaku beberapa selepas itu. Biasanya hujan lebat atau ribut boleh didengari oleh aku dengan jelas kerana bumbung rumah aku menggunakan zink,jadi senanglah merasai kelebatan hujan, kekencangan angin ribut. Berdasarkan bunyi di zink.

Awal pagi, aku melalui dapur, terlihat mangkuk menadah titis air bocor. Oh! Hujan ke tadi malam? Aku tak tahu, aku bangun lewat sedikit. Terasa sejuk sedikit pagi ini. Dalam keriuhan pagi ini, ayah aku memberitahu pokok bunga kertas yang besar di depan rumah tumbang dihempas ribut. Sah, aku tidur mati.

Apapun, walaupun ribut alam itu terjadi. Ia cukup membuktikan kuasa yang maha Esa. Bahawa Dialah Tuhan yang mampu melakukan apa saja. Pokok bunga kertas di hadapan rumah saya itu,sangat kukuh, dan tidak pernah tumbang buat beberapa tahun ni. Akhirnya ia tumbang mungkin kerana sudah tua. Begitu tradisi dunia. Yang berkuasa bersedialah untuk ditumbangkan atau direhatkan.

Suasana hidup ini ada kala mudah, ada kala susah dan ada kala disusahkan sama ada oleh diri,orang yang dikenali atau yang tak dikenali. Ini adalah cabaran hidup.

Bagaimana anda menyelesaikan masalah menunjukkan kematangan anda menghadapi hidup.

Umur? Tidak menjadi masalah untuk membuktikan kematangan. Orang tua pasti merasa mereka lebih kedepan dalam menyelesaikan masalah. Ini resam dan logik penerimaan orang ramai. Walhal, dalam Islam, kita kena ada sikap menerima pandangan orang lain. Merasakan kita perlu pandangan orang lain untuk pertimbangan. Jika tidak,kalau kita melakukan keputusan mengikut nafsu, maka jadilah pertimbangang!

Sebagai pemimpin, pemimpin sepanjang penulisan aku bermaksud kita semua yang menjadi khalifah di bumi ini. Kita semua pemimpin. Bukan setakat mereka yang berjawatan. Kita hendaklah cekap dalam menyelsaikan masalah:

- Memastikan masalah yang mampu diselesaikan dengan baik.
- Tidak membesarkan isu yang tidak sepatutnya dibesarkan.
- Menjaga kemuliaan anak buah atau pimpinannya.
- Berlaku adil dalam penilaian.
- Menyiasat berita yang diperolehi dan memastikan kebenarannya atau kepalsuannya.
- Menyiasat fitnah dan menyelesaikan isu fitnah ini dengan sewajarnya.

Banyak lagi tugas pemimpin. Namun, kenapa isu fitnah aku timbulkan di akhir perenggan atas ini?
Itulah yang aku kaitkan dengan ribut. Bila fitnah disebar, maka ributlah keadaan. Ada kala, yang bijak pandai hilang pertimbangan.

Perkara yang kecil dibesar-besarkan sehingga merosakkan keadaan baik masyarakat.

hmmm.. Jika aku difitnah, adakah aku akan dapat melalui saat getir itu dengan baik?
Entahlah.....

Hidup aku ini,sentiasa aku perhatikan dengan baik. Setiap ruang waktu dan peninggalan, ia membawa erti. Maka, putaran masa membawa peristiwa yang sama untuk level kehidupan yang berbeza. Maka, perkara yang dijangka telah dan mungkin berlaku, cuma persiapan saja menjadi rahsia menghadapi saat getir itu.

Thursday, June 16, 2011

Maher Zain feat. Fadly "Padi" - Insha Allah




Lagu InshaAllah..

Lagu yang aku selalu dengar masa nak dekat final exam. Sebab liriknya sudah macam tazkirah yang tulus ikhlas. Dengar saja mampu membuatkan aku lebih bersemangat.

Ada kala, aku dengar lagu ini berulang-ulang sampai tertidur.

Liriknya indah. Memberi harapan pada kita untuk terus berusaha kerana Allah yang akan membantu kita.

Kunci kehidupan adalah kena yakin pada Allah.

Wednesday, June 15, 2011

Santai : Jumpa Ketua Kampung

Alhamdulillah, program peribadi selesai tadi pagi. InshaAllah, Zohor nanti aku kena datang surau kampung aku untuk memastikan Ketua Kampung aku ada atau tak. Maklumlah, hanya di surau sahaja tempat yang paling 'best' bertemu dengan ketua kampung. Surau kampung aku,sudah siap dengan aircond. Panas-panas dari  luar, bolehlah masuk di surau.. Memang kalau ada bantal, sudah tidur aku kat surau tu.

Selesai solat, aku bertemu dengan Ketua Kampung,(selaku imam juga ) tetapi bertemu di rumahnya. Di ruang hadapan rumahnya terkurung seekor kucing 'gergasi'. Besar saiznya. Mungkin aku saja yang jakun tak pernah tengok kucing besar-besar.hehe.

Tujuan sebenar, mahukan pengesahan surat tawaran dan keputusan pengajian untuk masuk kerja. MAklumlah, sekarang ini penganggur yang menanti kerja. Kenalah buat sedikit tugasan.

Sebelum nak dapatkan tandatangan,seperti biasa , kenalah disoal siasat. Its OK. Small matter je.

Antara nasihat beliau...

" tahniah ye.Semoga terus berjaya"
" Kalau esok dah kerja, ada gaji. Jangan lupa mak ayah. Kamu berjaya kerana doa mereka. Kamu kena tahu tu.Jangan sombong. Manalah tau, dah kerja nanti. Tiba-tiba perangai berubah."

Fuhhh... terbakar jiwa mendengar ayat tu. Memang tak dapat dinafikan bahawa perangai boleh berubah bila-bila masa. InshaAllah, aku berusaha keras untuk menjadi yang terbaik buat agama Islamku.

" Kalau kamu dapat Batu Pahat, lagi bagus. Boleh memakmurkan surau kampung kita ni "

...hehehe.. terasa aku yang macam chipsmore pergi surau. Ada kala ada, dan ada kalanya tiada. Surau dan masjid sudah macam isteri . Kejap pergi Masjid, kejap pergi surau. Maklumlah, rumah aku terletak antara dua rumah ibadat masjid dan surau. Mana-mana boleh pergi. Cuma masjid itu merupakan masjid kampung jiran, tapi aku solat Jumaat di situ sebab dekat.  Aku ada kala suka solat di Masjid, entah mengapa daya tarikan ke masjid melebihi ke surau. Mungkin, surau terlalu selesa buat aku. Aku suka ke masjid untuk menambah kenalan di kampung orang mungkin. Tak pasal-pasal, orang kampung jiran terpinga-pinga. " Siapalah budak yang sokmo datang masjid kampung ni. Orang baru ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni? Baru dapat hidayah ke?" huh... Entahlah. Saja aku solat di merata tempat.Kalau boleh, semua masjid aku nak pergi.

" Tapi kerja HO nanti busy. Susah nak pergi surau" aku bagi alasan.

" ye la. paling tidak kamu ada kat Batu Pahat ni. Bolehlah jenguk kalau free"

Hehehe.. Aduih, terkena lagi. Tak leh lari. hmmm.. Di mana saya akan dipostingkan nanti? Hanya Allah yang tau buat masa ini.

Apapun. terima kasih atas sokongan dan bantuan serta doa.


Semoga Allah merahmati Ketua Kampung sekeluarga dan mendapat rahmatNya. InshaAllah. Semoga kampung kita dilindungi Allah daripada segala kejahatan dan malapetaka. Hanya padaMu ya Allah, kami pohon segala perlindungan dan memohon diberi kekuatan.

PhotO : Asal

Asalnya.....

Tuesday, June 14, 2011

Photo : Lagu Ketika 2

Photo : Teluk Wawasan 3



Lebih kurang 100m daripada benteng, jalan masuk ke Teluk Wawasan.

Bangunan baru siap, mungkin dewan sebaguna untuk penduduk Parit Salam. Manakala, bangunan kecil sebelahnya merupakan surau dan sebelahnya ada tandas awam.Masih cantik dan baru. Ia dijaga.
Kereta Proton Saga siapa lah tu..hihi.. Kedai makan di Teluk Wawasan. Belum pernah aku mencuba masuk sebab gelap sedikit dan jauh dengan 'pantai'. Tak ada feel nak makan .


Projek Pembinaan Jeti Nelayan. Ia menunjukkan bahawa jeti tersebut mesti sudah siap kerana tarikh akhirnya bulan Februari lalu. Hari ini sudah masuk bulan Jun. Kita lihat, mana jeti tu...yeah! ce tengok kat bawah?
Ya, inilah jeti yang dimaksudkan kot, sebab ini saja jeti yang baru siap dibina. Ok tak? Hmmm. Macam tak kemas kan? Bagi Nelayan yang hidup sentiasa sederhana, mungkin Ok kot. Tapi bagi penduduk luar yang sentiasa pandang bangunan yang gah dan kemas, pasti akan mengatakan , " La! Ini je ke? Simple giler! Buatlah yang lebih kemas, cantik dan komersial sikit. Dah letak nama Pantai teluk Wawasan, tapi jeti lebih kurang je.. alahai. Seganlah."  Ya, yang kata macam tu aku je kot. Sebab aku suka lihat kemajuan yang lebih maju daripada kawasan lain di sekitarnya. Biar budget sederhana, tetapi kita mampu membuat sesuatu yang lebih hebat melebihi pemikiran orang biasa.

Ini namanya motivasi ! Semangat luar biasa!
 
Cuba tengok, mana ada tempat untuk meletakkan feri aku? Nak letak bot Teluk Wawasan Sea Cruise pun tak muat. hehehe. Angan-angan je. Penuh dengan bot  orang Melayu Islam di sini. Bot yang abang aku naik tak ada di sini sebab baru saja berlepas ke laut masa aku ke sini. Kalau ada pun kat sebelah aku, bukan aku tau pun. Keh keh.. Memang ambil ringan aku ini. hmmm

Ini bot pilihan aku. Saja shot! Warna asal telah berubah untuk mengelakkan daripada disaman 1 juta kerana mengambil gambar tanpa izin. hihihi..
Penduduk tetap yang belum mendaftar untuk mengundi PRU13. Mereka tidak termasuk dalam 3.9 juta layak mengundi belum mendaftar.

Alhamdulillah, dapat lagi buat sambungan tentang Teluk Wawasan. Cuma aku tidak tahu, sejarah tempat ini. Masih mencari. Sesiapa yang tahu, bolehlah kongsi. Terima kasih.