Tuesday, May 31, 2011

Santai : Ziarah Artis


Semalam, aku ke rumah mak cik aku, terbacalah akhbar Utusan Malasysia, Mingguan Utusan. Belek punya belek, maka terlihatlah aku di suatu muka surat yang amat menyentuh hati iaitu mangsa-mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Taqwa. Aduhai....

Apa yang merisaukan aku bukanlah soal anak-anak Yatim tersebut tetapi keratan akhbar tersebut yang memaparkan artis-artis melawat mereka. Bukan tidak boleh tapi...

Aku risau akan pemikiran rakyat mengharapkan agar artis-artis akan melawat mereka pada masa hadapan jika mereka ditimpa kepayahan.

Di mana golongan pendakwah? Mereka ada,cuma mereka tidak dipaparkan dalam akhbar. Aku yakin.

Akan tetapi 'kejahatan' media sebegini memaparkan kemuliaan artis di mata masyarakat telah merosakkan pemikiran kita secara perlahan. Killing us slowly. Bagaimana mereka mampu membantu kita andai diri mereka sendiri tidak mampu mereka bantu? Mereka terjebak dengan dunia penuh maksiat. Janganlah kata lakonan di Malaysia ini suci murni jika  berpelukan,berpegangan dan mendedah sana sini. Cerita Nur Kasih yang dianggap paling suci sekalipun telah penuh dengan adegan berpelukan. Aduhai...

Orang kata, "Alah, kalau pakai tudung tapi hati macam dajjal buat apa? Harap je pakai tudung labuh, nak pakai purdah lah, bla bla... tapi mulut mashaAllah, macam murai, bisa menyakitkan hati orang je".

Inilah dugaan hari ini.

" pakai songkok, kopiah, tapi perangai malas. Tak beri kerjasama. Pentingkan diri".

Aduih, inilah dugaan pendakwah yang sepatutnya menyedarkan diri.

Hari ini ramai pendakwah tetapi mereka berhati batu. Sukar untuk berubah dan menerima teguran.

Sebagai pendakwah, setiap teguran itu adalah emas permata. Manakala, orang yang menegur pendakwah itu hanya mahukan Si pendakwah berkata " maaf atas kelemahan saya, terima kasih atas teguran. InshaAllah, saya perbaiki diri".

Ini sahaja ayat yang sepatutnya keluar daripada pendakwah yang masyarakat mahukan.Ia mudah dan pendek. Tetapi disebabkan EGO, kita tidak mahu melakukannya kerana malu ditegur dikhalayak ramai. Sedangkan,jika pendakwah mengatakan ayat sedemikian, bukan sahaja masyarakat suka dan sedar, ada kala mereka pun malu kerana menyangka pasti pendakwah akan menegakkan benang yang basah. Masyarakat sememangnya akan bersangka buruk terhadap pendakwah, tetapi tidaklah semua masyarakat. Cuma , kita kenalah memahami mereka dan diri sendiri.


Berbalik isu di atas, golongan pendakwah mestilah mendahului aktiviti artis dalam urusan kebaikan. Kalian mampu mendoakan dengan doa yang menenangkan, memberi apa yang mampu dan memberi sokongan spiritual agar pesakit atau mangsa mampu menjalani hidup dengan tenang.

Sunday, May 29, 2011

Cuba teka?


Disebabkan mood untuk menulis blog telah hilang entah ke mana, sesudah aku check GPS pun masih tak ketemui, maka aku buatlah entri ini....

Cubalah teka di mana tempat ini tanpa google atau menipu,sila guna pengalaman dan memori anda?

Friday, May 27, 2011

Arigatogozaimas Pelukis Potretku!



Jumaat, hari ini rumah aku didatangi rombongan dari Kelantan, Pak Cik yang menjaga aku semenjak aku mengaji di sana selama 5 tahun. Cuti sekolah, mereka datang untuk bercuti beberapa hari.

Pagi ini, aku telah diberitahu bahawa ada barang yang dikirimkan oleh seseorang kepada aku, yang aku tak kenal dan aku tak berapa tahu siapakah dia. Hanya Allah yang tahu.

Aku pula, hmmm macam biasa, suka melayan dingin , buat tak tahu, tak tahu nak hargai persahabatan dan sebagainya. Entahlah, aku tak belajar lagi soal bagaimana nak hadapi semua itu. hmm.. Apa yang penting, dia dah pun send barang kepada aku. Mengapa aku beri alamat?

Aku juga takut menerima harta atau pemberian, aku bukan dan tak mahu jadi hati yang mahukan harta,duit. Akan tetapi, dia telah pun siap bungkus tinggal untuk hantar sahaja. Hmmm..hmmm. Aku tidak mahu mengecewakan dan menghalang kebaikan orang. Apa yang aku mampu, hanya berdoa. Aku tiada apa untuk membalas segala pemberian tersebut.

Ilmu dan pengalamannya banyak membantu. Terima kasih. Lelaki atau wanita bukanlah menjadi persoalan. Biarlah rahsia.

Bagaimana aku mahu ucap terima kasih setelah barang itu sampai? FB pun telah dia deactivated. Aku pula tidak mengambil no hanset dia, mungkin boleh email? Tapi emailnya?....

Blog ini mungkin, tempat yang sesuai juga. Terima kasih !

Terima kasih juga buat mereka yang banyak menyumbang harta,ilmu, buku-buku, pakaian,duit, pengalaman dan segalanya, semoga Allah membalas jasa-jasa kalian. :)

Tuesday, May 24, 2011

Santai : Di mana mereka?

Sejak aku pulang ke kampung, sebenarnya aku ingin memburu kuliah agama. Namun, ada kala iman ini turun dan ada kala ia naik.

Naik atau turun iman itu tidaklah menggugat kehadiran aku ke kuliah agama kerana sudah beberapa kali kuliah dibatalkan di beberapa masjid. Entah mengapa? Asal aku balik je, batal. Asal batal je aku balik!.. Aduih, mengapakah ini berlaku? Mengapa aku kisah sangat?

Pertamanya, orang kampung mahukan ilmu agama dan kuliah itu ibarat 'top up' iman.
Keduanya, makanan disediakan wahai penceramah!! mereka berusaha keras untuk masak! Ada juga yang bawa sendiri untuk menjamu ustaz!
Ketiganya, ramai yang sudah plan awal-awal nak dengar kuliah agama, tetapi akhirnya kecewa sebab dibatalkan last minit.
Keempat dan seterusnya, silalah sambung sendiri. cukuplah aku beritahu sampai ketiga.


Aku tertanya, dimana golongan ustaz ini?
Aku yakin di setiap kampung ada ustaz dan golongan profesional. Golongan ini,bukankah mereka sangat bagus ilmunya dan perlulah menyumbang kepada masyarakat?

Malangnya, aku jarang melihat kelibat mereka di sana sini. Hanya muncul pada waktu tertentu. Kemudian hilang begitu sahaja.

Bayangkan betapa ruginya dakwah Islam yang mereka boleh buat tetapi mereka semua hilang .
Tahukah mereka, masyarakat kampung sangat suka bersama mereka?
Tahukan ustaz, bahawa kalian sangat disukai oleh orang-orang kampung?
Tahukan ustaz, bahawa apa yang kalian katakan akan difahami dan dipegang baik-baik oleh orang kampung?

Tapi... di mana kalian semua? Di mana?
Sibuk menjalankan tugas sendiri sedangkan jiran-jiran sendiri terabai.
Peluang dakwah yang luas dan di depan mata, disia-siakan begitu.

Di surau atau masjid, golongan ustaz ini jarang 'stay' lama di sini. Mereka seolah tidak mahu bergaul dengan masyarakat.

Cuma aku memuji seorang ustaz ini, katanya " jika saya terlihat golongan muda di surau atau masjid kalau boleh saya nak dekati mereka ini. Jaga mereka kalau boleh biarlah mereka istiqamah ke masjid Allah. "

Jadi, mudahlah aku buat kesimpulan, bahawa para ustaz hari ini belum lagi menjadi pendakwah selagi ia membuktikannya. Inilah kesimpulan yang bakal menjejaki pemikiran kami semua, jika pendakwah masih melupakan tugasnya. Mereka akan kata,semua adalah pendakwah, akan tetapi fikirkah kalian jika ilmu yang sedikit ini berdakwah tentang agama tanpa bimbingan?apa kesannya?

Walaubagaimanapun mereka, kita hendaklah berfikiran positif,bersangka baik dan berusaha membaiki diri.Ini lebih penting daripada mengharapkan mereka yang melupakan kita. Kita sendiri kena ada inisiatif.

Monday, May 23, 2011

Santai : Cabut lari dari makan !!



Baru tadi aku selesai solat isyak, selesai doa, hadis dibaca. Sebelum hadis dibaca, ada pengumuman disampaikan. Aku tak dengar dengan jelas kerana suaranya agak perlahan.

Tiba-tiba, seorang pak cik ini menegur aku, macam faham je aku tak dengar. " ustaz ceramah tak datang, makanan dah siap, nanti makanlah ,jangan balik dulu."

Aku berbelah bagi. Kalau aku makan bersama mesti aku disoal banyak tentang latar belakang aku maklumlah, aku ini penduduk kampung jiran yang menumpang solat di Masjid M, sebab masjid ini paling dekat disamping surau kampung aku. Selesai solat sahaja, aku pulang laju tanpa sempat berbual dengan sesiapa. Maklumlah, tak ramai pemuda di masjid untuk berborak. Aku ini jenis pemalu mengalahkan perempuan melayu terakhir. Seganlah nak berbual dengan mereka. Maka, mereka ini pasti tertanya-tanya siapa aku sejak beberapa minggu ini, aku kerap ke masjid. Sebelum ini, aku datangs sesekali masa cuti sahaja. Akan tetapi, kali ini kerap kali ada. Buktinya, seorang pak cik bertanya " Kerja kat mana?", aku katakan aku masih belajar dalam samar-samar kedengaran kerana suara azan berkumandang menghalang pendengaran. pak cik hanya angguk macam faham kot.

Masjid ini juga tempat aku solat Jumaat. Maka, tidak perlulah ada insan-insan mempertikaikan mengapa aku mesti ke masjid bukan ke surau. (ada aku kisah ke pertikaian mereka?) Masjid atau surau aku tidak kisah sangat, cuma aku rasakan di masjid ia lebih tenang. Naluri.

Aku melangkah keluar masjid, nampak makanan terhidang. Toleh kanan dan kiri. Tiada pun rakan kenalan yang agak-agak kenal masa sekolah dulu. Sebenarnya, tadi masa solat, ada kelibat mereka.

Maka, aku mulalah tukar 'plan' nak balik sahaja. Siapalah aku? "Orang kampung lain datang menyibuk nak makan kat sini". Aduih, seram pula aku memikirkan ada orang fikir macam itu. Dunia hari ini. Semua berkira. Lagipun, perut aku kenyang makan Mee Ruski-Tom Yam, mengidam nak makan sejak 3 berbulan-bulan lamanya tak makan. Huhu..duit tengah banyak dulu, makan sedap-sedap je. La ni balik kampung, semua sapu. Namun, aku percaya, orang kampung itu baik hati... cuma aku rasa tidak lagi masanya aku bersama mereka untuk majlis makan itu. InshaAllah, suatu masa. Aku tidak sombong ,aku ok sahaja, makan berhidang,makan bersila, makan ikan kering berkicap(memang kegemaran aku makan ala-ala kampung,bersila ramai-ramai, ia mengingatkan persaudaraan aku bersama sepupu aku di kampung yang hari ini terpisah dan menjauhi kerana haluan masing-maisng). Cuma perasaan dalaman yang aku tidak sedia lagi. Entahlah.

Balik rumah, terasa serba salah pula. Aduih, maaflah pak cik, saya balik rumah dulu ye!(Walaupun pak cik tak baca blog ini.hehe).

Dont worry. I love Masjid. InshaAllah, saya akan menziarahi rumah Allah ini bila masanya saya ada di kampung.

Photo : luqskywalker







Friday, May 20, 2011

Santai :Jumaat Kali ini..


Jumaat di kampung memang berbeza rutinnya berbanding di kampus. Jika di kampus, hari jumaat adalah hari untuk aku berehat. Rutin aku tetap, pagi-pagi ini aku akan membasuh baju dan menyidainya di ampaian. Baju seminggu tu,kalau busy lah minggu itu .Selepas itu, aku akan tonton video  kuliah TGNA(Tok Guru kita ...hmmm- kalau pak cik mak cik aku tau, mesti kena perli. huhu.. ada aku kisah? Kisahlah juga.. sebab kan bagus kalau depa join... hihi) sebab tiada kenderaan nak ke Kota Bharu mendengar live. Malas pun ada,sebab aku ni berserabut sikit. Banyak fikir negatif berbanding positif. Aduih!! Mendengar ceramah sambil baring di katil bawah, katil roomate aku tanpa kebenarannya. hihi.. Nasiblah, sape suruh pilih katil bawah. Akhirnya, tertidur dan bangun untuk makan dan mandi solat Jumaat.

Aku gembira bila  hari Jumaat tiba. Bila menghampiri waktu solat, aku bersiap dan sedia menumpang sahabat baikku, dia atau dia. hihi.. Alhamdulillah, mereka baik hati menumpangkan aku. Aku mahu solat di Masjid Demik . Tempat ini lebih menenangkan aku berbanding masjid lain. Entah mengapa alasannya,tetapi bagiku mestilah  ada alasan, biarlah rahsia.

Berbalik ke kampung....

Melihat gelagat pemimpin keluarga di barisan pertama soff masjid kampung. Aduhai, pasti keletihan pemimpin kita. Ada yang bertasbih panjang sampai butir tasbih habis tak ada pusingan sudah. Ada juga yang bertafakur sampai kaku sendinya. Malah, tak pasti aku akan bunyi orang yang menangis semacam dengkur tidur di dalam masjid. Macam-macam. Ini di barisan hadapan, di tengah? hmm..Di belakang pula, semuanya sangat bertenaga. Gossip? Lawak? Macam-macam ada. Yang kat luar lagilah. Selamba saja.

Bagi akulah, apa kata hari Jumaat diberi cuti untuk Satu Malaysia!! Boleh fokus solat Jumaat. Setiap hari jumaat, mesti mereka berkejaran dan tergesa-gesa nak solat jumaat. Pukul 12 pm, baru tamat kerja. Nak balik, nak makan, mandi dan sebagainya... Aduhai... kesian mereka ini.

Aku menghormati negeri yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti mingguan.

Agama Islam didahulukan. Inilah keagungan dan kemuliaan sebagai seorang pemimpin Islam. Siapa pemimpin itu, kitalah semua. Kita semua pemimpin.

Apapun yang berlaku, sejujurnya, solat Jumaat itu indah dan aku juga merasa sedikit gelisah bila ketika sekolah dahulu, aku terpaksa berkejar dan tertekan dengan masa. Akhirnya, solat yang begitu nikmat tidak dapat dirasai dengan penuh.

Ketetapan Allah tidak boleh diubah,tetapi ketetapan manusia boleh diubah mengikut kesesuaian kita. Maklumlah, manusia itu lemah dan mesti sedia berubah. Kalau tidak berubah, sememangnya kita tidak akan maju.

Kayu dan Kapak

Semalam aku, selepas membaca Yasin di surau, adalah seorang pak cik ni menyampaikan suatu kata-kata bernas. Sedikit motivasi katanya.

" Kapak dan kayu"

Tajuk yang nampak simple tapi amat mendalam maksudnya.

" Kalau sekarang ini,saya tidak tahu sama ada anak-anak masih tahu apa kegunaan kapak dan kayu . Sebab, masa saya kecil dulu, kita gunakan kapak untuk belah kayu. Kayu tersebut kita guna untuk masak makanan. Maklumlah zaman sekarang ini, masak guna dapur gas. "


Ketika ayat ini disampaikan, bermacam-macam lontaran idea dan amarah aku keluar merasuk pemikiran. Apalah si pak cik ni nak kutuk sangat ni. Zaman sekarang ni pun, guna api. Api berasal daripada mana? Pastinya pembarakaran bahan api seperti kayu,daun, gas atau minyak yang mempunyai unsur hidrokarbon. So what? Apa bezanya dengan dulu. Mungkin sekarang sudah jarang guna kayu api sebab ia leceh. Akan tetapi, kalaulah mereka, anak-anak zaman sekarang ini tidak kenal kapak dan kayu, maka janganlah disalahkan mereka, salahkan diri generasi tua hari ini yang tidak mengajar mereka! Kalian bangga dengan akhlak dan intelek anda semua, tetapi sedarkah kalian akan segalanya itu adalah usaha generasi sebelum kalian? Begitu juga kami. Kami mengharap bimbingan kalian untuk membesar bukannya kutukan dan hentaman! Realiti hari ini. Memang aku marah generasi yang suka merosakkan dan merendahkan motivasi manusia lain. Dalam masa sama, bukanlah aku menghukum semua, ada insan-insan yang amat memberi motivasi,mengambil berat terhadap diri ini walaupun aku tidak pernah bersua dengannya, tetapi aku mendengarnya melalui insan sekeliling aku. Terima kasih.

" Kapak ini fungsinya untuk membelah. Manakala kayu itu untuk menjadi bahan bakar. Persoalannya, mampukah kapak membelah kayu?"


Terdengar beberapa orang menjawab, " Ya, dah memang kerja kapak membelah.". Riuh sebentar.

Hati aku membisik, apa yang nak dia sampaikan. Pada kapak sendiri ada unsur kayu . Kayu dimasukkan dalam kepingan besi tajam membentuk kapak. Kapak tidak akan terjadi tanpa ada kayu. Ok. Maksudnya...

" hmm.. Ok, perumpamaan atau analogi ini amat sukar difahami, tapi saya harap kalian akan cuba memahaminya sedalam mungkin. Benar kapak itu akan membelah kayu. Tapi, sebenarnya, kapak tidak mampu membelah kayu jika kayu tidak diberikan pada kapak."


Aku tersentak, yeah! Sepertimana aku fikirkan. Itulah apa yang nak dia sampaikan. Perosak sesuatu kumpulan berasal daripada kaumnya sendiri. 

"Secara ringkas, bangsa Melayu tidak akan rosak jika orang bangsanya tidak merosakkan kaumnya. Sama-samalah kita jaga bangsa kita"

Arghh!! sempat lagi pak cik ni buat promosi bangsa dalam surau ini. Sudahlah aku tawar hati bertemu dengan mereka. Malam ini,mereka menambah kepayauan bertemu dengan mereka. Usahkan promote kepada aku akan perkara sebegini. Sudah jelas dalam jiwa aku. Sudah nyata jalan kebenaran dan kemunafikan. Maka, sedarlah wahai jiwa-jiwa yang semakin tua dan menghampiri mati, bahawa kalian telah tertipu dan menipu diri sendiri.
Suara insan yang akan menyelamatkan kalian sering kali tertindas. Suara insan yang inginkan kalian hidup diberkati Allah sering kali dihapuskan. Inilah 'clue' dalam kehidupan. Suara munafiq selalunya menang dalam perbicaraan.

Pertama, aku setuju dengan perumpamaan itu. 'Kapak dan kayu' menjelaskan bahawa golongan munafiq ini adalah musuh kita yang sebenarnya selain musuh nyata. Golongan munafiq ini sememangnya jahat!.... Andai kalian tidak faham akan perangai Si Munafiq ini, tengoklah cerita Nur Kasih ,TV 3, jam 5 pm. Watak Sara yang mengganggu Nur dan Alia memang jelas menunjukkan dia itu talam dua muka. Bukanlah aku nak tuduh Sara munafiq, tapi watak itu berkesan dan mudah untuk kita faham sifat munafiq. Cakap berbelit-belit.

Aku sendiri selalu bertafakur,muhasabah diri agar aku tidak tergolong dalam golongan munafiq. Sikap sendiri tiada siapa yang tahu, kita kena menilai berdasarkan komen dan kritikan orang lain. Aduih... jauhilah sifat-sifat munafiq -berbohong, tak amanah, mungkir janji dan berlebihan ketika bergaduh.

Setiap kali aku menjadi fasilitator, aku suka bertanya kepada pelajar sekolah. Terutamanya ketika aku menjaga stesen Kembara Malam. Apabila mereka tiba lambat  di tempat yang diarahkan dan bergelak ketawa. Sudah pasti, aku akan bertanya, " Kamu tahu maksud munafiq? Apa pula ciri-ciri munafiq?" .Mereka terdiam. Mereka tahu aku sedang marah dan bertegas. Adakala dan selalunya  pelajar bijak pandai dan tingkatan 5 pun tidak tahu menjawabnya. Sedangkan aku yang ketika darjah 6 sudah segar ingatan akan sifat-sifat munafiq kerana sering ditanya ketika kelas agama. Ustazah ketika itu amat tegas. Setiap soalan agama, pasti kena jawab. Apabila semua senyap,maka antara orang yang akan menjadi mangsa adalah aku dan juga beberapa rakan lain. Sebab itu, kami sentiasa ingat.

Ketika pak cik itu menyimpulkan kata-katanya, aku yang duduk diam mendengar hanya menahan amarah. Kehebatan kata-kata itu memang nyata. Akan tetapi kesilapan penggunaan juga amat jelas dan pendengar lain juga mentah-mentah dipermainkan dengan kata-kata itu. Aku tak salahkan pak cik itu. Akan tetapi, aku salahkan sumber yang memberi kata-kata itu kepada pak cik .

Bangsa Melayu tidak akan rosak jika orang bangsa Melau sendiri tidak merosakkannya. Jagalah bangsa Melayu. Kalu tidak ia akan musnah.

Aku teringat balik, apalah nilai seorang Melayu tanpa agama Islam?
Lihat sahaja kampung aku, mereka bersatu kerana kuatnya agama Islam di kampung ini. Surau dibaiki dan dinaik taraf. Penghawa dingin dan karpet yang indah. Aktiviti surau pula semakin hebat dan semakin ramai.  Ketua Kampung sendiri jadi imam. Tegas dan ambil berat terhadap apa yang berlaku di kampung dan surau. Kehadiran di surau amat dititik berat. Syabas buat mereka ini.Inilah hadiah menjaga agama Islam buat kampungku. Masihkah kalian tidak sedar? Agama Islam adalah no 1. Muktamad. Kelalaian kalian membuatkan kalian pasti goyah dan hancur.

Kalian jangan sesekali menyangka sesiapa yang kuat agama itu miskin atau jahil. Mereka sudah menyerahkan diri kepada Allah. Maka Allah adalah segalanya. Kerana rezeki itu datangnya daripada Allah. Allah mampu memberikan berjuta harta dalam sekelip mata. Begitu juga dengan kita, dalam sekelip mata, semuanya akan hilang. Maka berhati-hatilah bila berkata-kata tentang kebesaran Allah dan agama Islam.

Bangsa Melayu tidak akan  musnah jika kita berpegang teguh kepada agama Islam. Islam telah menyatukan hati kita. Islam telah memajukan kita. Motivasi mengenali Islam lebih hebat dan paling agung pernah aku temui!

Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mampu menjaga agama Islam dalam dirinya. Kerana pemimpin sebgini memiliki package yang lemgkap sebagai pemimpin. Tanpa menyatakan kami akan mendahulukan orang pimpinan kami, semua rakyat sudah tahu,pemimpin yang kuat agama dan berkepimpinan ini akan menjaga kebajikan mereka. Percayalah!

Thursday, May 19, 2011

Karya : 'Mood'




Hidup ini ada kala mudah, pertemuan,kenalan, kawan atau sesiapa sahaja, kalau rasa kita menyampah, kita terus 'buang' mereka sesuka hati. Adakah mereka ingat manusia lain seperti sampai? Kalau benci,boleh disepak-sepak? hmm.. Inilah manusia di bumi yang menghampiri kesudahannya.

hmmm...aku syukuri nikmat pertemuan walaupun ada kala tidak bersua, hakikatnya cukuplah aku mensyukuri bahawa sahabat aku atau saudara aku masih lagi sihat dan bahagia. :)

Tuesday, May 17, 2011

Karya : Sungai

.... perjalanan yang semakin menghampiri garisannya. Apakah kesudahannya.. Entahlah. Ayuh teruskan lagi. Kata semangat untuk mara ke hadapan!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru



Alhamdulillah, 15 May lalu,aku sempat menyiapkan gmbar di atas untuk diberi kepada guru-guru yang aku kenali walaupun dalam bentuk maya sahaja. Inilah kerja aku bila ada masa lapang ataupun ketika sibuk. Tidak mengira masa,aku akan buat/edit gambar untuk diberi kepada sesiapa yang aku rasa perlu. Sebab itulah, bila aku mahu exam, aku tinggalkan kamera di kampung untuk mengelakkan aku edit gambar sahaja dan melupakan study(konon-kononnyalah).

16 May 2011, sekali lagi Hari Guru. Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada semua guru formalku dan juga guru yang tidak formal. Terima kasih. Segala jasa baikmu pasti Allah balas. Semoga Allah memberi hidayah dan taufiq ke dalam hati kalian untuk menjadi hambanya yang baik dan diredhai.


Jika suatu ketika dahulu, semasa keputusan SPM aku diumumkan, beberapa guru bertanya kepadaku " Apakah cita-cita kamu?" . Aku menjawab secara spontan, " Aku ingin menjadi guru". Cikgu bertanya lagi, " Mengapa bukan doktor,engineer atau yang lain? Keputusan kamu kan baik?". Aku hanya tersenyum tanda aku 'blur' nak jawab apa masa itu. Setelah memikir jawapan yang mudah, " Hmm.. Saya tak minat yang lain. Jadi cikgu kan seronok". Dalam fikiran aku, menjadi seorang guru sememangnya seronok kerana kerjanya tidak terlalu tertekan, mungkin melambak kerja tetapi tidaklah terlampau banyak sampai tidak boleh bersama keluarga. Lagipun, untuk menjadi cikgu,aku hanya perlu belajar 'skills 'sahaja. Namun, dalam masa yang sama, beberapa guru kurang yakin akan kemampuan aku menjadi guru. hmm Katanya,aku ni pendiam dan pemalu. Untuk menjadi guru, kita mesti yakin dan mampu bercakap. Hmmm yeah! Cabaran yang aku ambil !

Setelah tamat mengaji di Kolej Matrikulasi Johor, aku memilih untuk menjadi doktor dan bukannya seorang guru. Kenapa ia berubah. Entahlah, jawapannya aku pun tidak tahu. Tangan yang bergerak, otak dalam separa sedar memilihnya. Kerana bagiku, aku bertawakal padaNya akan pilihan tersebut yang dipilih mengikut keputusan peperiksaan aku. Ya, akhirnya aku berjuang dalam bidang perubatan.

Setelah memasuki bidang ini, maka aku menyaksikan bahawa menjadi doktor juga mampu menjadi seorang guru. Guru kepada pesakit,pelajar perubatan dan juga kepada sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat doktor. Rupanya inilah rahsia di sebalik pemilihan aku yang baru kuketahui. Bidang yang lebih hebat dan amat mencabar.

Menjadi pelajar perubatan juga, aku telah bertekad mengubah penampilan diri serta segala kelemahan menjadi suatu kekuatan dan kehebatan. Pelbagai rintangan dan perubahan aku lakukan secara perlahan dan ada kala mendadak. Di sini(di kampus),aku mungkin di anggap sebagai seorang insan yang masih mentah dan 'bodoh' dalam kepimpinan dan semua bidang. Hakikatnya, aku seorang pelajar dan sememangnya kosong ilmu aku tentang segala yang perlu aku lakukan. Keberadaan aku di kampus sememangnya untuk belajar semua soft skills dan apa sahaja. Tiada kepimpinan sangat aku ini,tetapi apa yang aku ada hanya prinsip dan kekuatan dalaman yang orang lain pasti tersentak. Kerana ia motivasi diri yang bukanlah boleh dicapai dengan mudah. Ia suatu kekuatan tersendiri,bukan diminta tetapi dibina melalui perjalanan yang kita pilih.

Walau apapun yang berlaku,aku juga insan yang akan mengenang jasa seorang pendidik. Terima kasih semua. Arigatogozaimas!

Kepada sahabat aku yang bergelar guru sekarang ini. Ya, Alhamdulillah, sudah ramai yang boleh menaja makan minum petang aku. Hihi... Andai suatu masa dahulu, kita berangan-angan ingin menjadi itu dan ini. Akhirnya, hari ini, kita sudah bergelar insan yang mendapat pekerjaan  tersendiri. Besar atau kecil gajinya atau pangkat,bukanlah urusan kita. Semua itu ketetapan Ilahi. Apa yang penting, kita amanah,ikhlas dan gigih melaksanakan tugasan. InshaAllah, kita pasti boleh!

Saturday, May 14, 2011

Karya : Perjalanan Meredah











Aku teringat akan dialog di dalam Novel Kitab Cinta : Yusuf dan Zulaikha,  " Kegembiraan sahabat adalah kegembiraanku, kepayahan sahabatku adalah kepayahanku juga. "  Ayat ini nampak biasa, hakikatnya ia amat berat dan jarang sekali kita dengar.

Hidup di dunia, ada kala kita merasa perbuatan kita sudah menggembirakan orang lain,kejayaan kita sudah menggembirakan orang lain, kelebihan kita sudah membantu orang lain, tetapi perjalanan dunia amat pelik dan sungguh sukar dijangka. Bersedialah dengan sebarang kemungkinan. Bukan ia suatu kezaliman tetapi ia suatu cabaran buat hamba Allah yang merayu cintaNya.
 

Thursday, May 12, 2011

Santai : Hobi



Alhamdulillah, hari ini aku berjaya juga menamatkan Novel Kitab Cinta : Yusuf dan Zulaikha. hmmm Aku bukanlah peminat novel, tetapi telah melangkah masuk ke alam novel ini kerana ada sesuatu yang aku cari terutamanya novel Islamik sebegini. Nampak seperti biasa dan tiada nilai, tetapi bila aku mula melangkah masuk ke dalam dunia novel ini, terasa sesuatu pengalaman dan pengajaran serta panduan bagaimana mahu menghadapi dunia muda ini agar tidak tersalah langkah.

Hampir 4 hari aku mengambil masa menghabiskan novel sebanyak 391 helai mukaurat. Kalau pembaca tegar, sudah pasti sehari pun boleh habis. Maklumlah aku ini, baru berkecimpung dalam dunia pembacaan. PenulisnyaTaufiqurrahman al-Azizy, merupakan penulis dari Indonesia. Hebat juga jalan ceritanya. Kreatif. Penilaian aku ini hanyalah penilaian seseorang yang tidak berilmu banyak, maka tidak perlulah berasa pelik jika aku tidak memuji secara hebat atau aku mengkritik secara jujur. Akan tetapi, aku suka jalan ceritanya dan suasana ang digambarkan dalam novel ini jelas terpapar dalam kotak fikiran aku sebagai pembaca.


Kisah Yusoff dan Zulaikha. ....hmmm... merungkai segala persoalan kehidupan sesiapa sahaja yang mahu memahami perjalanan kehidupan sebagai hamba Allah.

Monday, May 9, 2011

Dialog : Aku Vs Cikgu Sekolah Rendah



Suatu malam, dalam suasana bosan sambil menonton TV aku sms sahabat aku yang bekerja sebagai guru sekolah rendah. Siapa yang tahu siapa dia, sila senyap ye. SMS kami pada mulanya melawak dan tak serius, tetapi akhirnya bertukar ke mood serius. Bila bercakap tentang masalah remaja hari ini. Dialog di bawah ada sedikit perubahan untuk menjadikan ia lebih menarik tetapi masih dalam haluan yang sama.

Aku : hmm, kau kerja sebagai guru kenalah didik anak murid kau dengan baik. Jangan sampai jadi macam kat TV dan kat Teluk Wawasan tu. Melepak dengan pasangan haram.huhu

Cikgu : Tugas cikgu hanya di sekolah, ibu bapalah yang bertanggungjawab mendidik anak mereka . Cikgu tak ada kuasa selepas mereka keluar sekolah.

Aku : Betul,tapi... bukankah cikgu juga bertindak sebagai ibu bapa? Kalau kau kata macam tu, seolah cikgu-cikgu di Malaysia ini umpama robot bergajilah? hmmm... Memang hebat siapa yang menjadikan industri pendidikan bermodalkan manusia (nama lain manusia adalah insan). Hari ini, kita menjadi robot yang tidak mampu membuat apa-apa. Seolah binatang dalam Zoo.

Cikgu :Berdasarkan thesis cikgu senior untuk pHD mereka, menunjukkan punca masalah remaja hari ini adalah ibu bapa.  Jadi, cikgu menyumbangkan faktor kecil sahaja.

Aku : hahahah.. Thesis? phD? huhu... Buat lawaklah, itu kajian yang dibuat oleh manusia. Aku susah mahu mempercayainya untuk menghadapi dunia realiti. Hidup ini dinamik. Segala yang dilakukan itu pasti berubah. Ia tidak tetap. hmmm...(sengaja jujur untuk lihat reaksi cikgu)

Cikgu : Aku percaya pada thesis senior aku, kerana mereka lakukan dengan sangat terperinci bukannya seperti undergraduate yang buat sambil lewa.

Aku : Ok. Percayalah. Aku tak nafikan kehebatan mereka. Akan tetapi aku kurang menyukai thesis walaupun suatu masa aku kena hadapinya juga. Its Ok. Sumber yang baik. Walau apapun, cikgu mesti buat sesuatu untuk membantu pelajar. Ok lah, dah malam. AKu minta diri dulu.

SMS terakhir tidak terjawab kerana cikgu sudah tertidur.huhu.. Sabau je lah.

Akhirnya, baru aku faham apa yang berlaku di negara ini. Mengapa cikgu-cikgu ramai yang tidak melakukan sesuatu untuk menangani masalah remaja? Rupanya mereka telah terikat dan dihalang oleh pelbagai ragam undang-undang, peraturan dan saman. Lagipun, ibu bapa hari ini seolah ibu bapa yang mahukan anaknya jadi raja dan pemaisuri. Kalau yang lelaki bakal menjadi si pondan dan kalau yang perempuan jadi apa ye? Entahlah. Ini realiti. Semasa aku belajar di univerisiti ,aku sendiri melihat pelbagai ragam anak-anak manja. Kena panas dah terus pengsan. Lilin pun kalau kena panas tak terus lembik. Aduhai, nak kata puteri lilin, muka tak lah cantik. Mungkin puteri sotong kot. Sotong kurita, buat sambal pun sodap. Aduhai.
 
Cabaran buat anak muda, kalau anda lemah. Jangan biarkan diri anda lemah. Berubah menjadi seorang yang lebih kuat dan lebih baik. Jika anda berterusan sebegitu, maka rugilah anda.

Realiti hidup yang mesti kita hadapi. Siapa pemimpin kita? Bagaimana mereka memimpin? Apakah penagruh mereka dan sumbangan mereka dalam mendidik orang-orang di bawah kepimpinannya? Berapa kali kalian bertemu dengan mereka?.... Semuanya menggambarkan kehebatan pemimpin anda.

Saturday, May 7, 2011

Photo : Seindah lautan

Pengalaman : Study Week


Imbas kembali minggu study week selama 2 minggu sebelum exam 17 hb April 2011.

Jika nak bayangkan minggu ini,pasti terasa berat badan memikul kerana minggu ini terlalu berat untuk dihadapi oleh diri ini kerana banyak persediaan yang perlu aku lakukan. Bukan setakat persediaan minda,persediaan fizikal dan spiritual juga perlu ada. Ilmu yang dipelajari sejak 5 tahun, itulah bekalan dan minggu ini hanya mengimbas dan mensistematikkan segalanya. Minggu ini juga, kesihatan badan menjadi kurang baik. Tekanan merupakan faktor sistem pertahanan badan menjadi lemah. Demam dan batuk itu biasa dihadapi tika saat ini. Namun, sebagai pelajar,aku yakin mampu harungi dengan baik.

Aku boleh belajar berkumpulan dan juga bersendirian. Cuma, di saat ini, aku suka study berkumpulan kerana ia melatih aku bercakap dan keyakinan diri. Berbanding study seorang diri, skill dan konfiden itu sukar bercambah baik.

Dalam minggu study ini juga, aku lebih suka mendiamkan diri daripada bercakap tentang perkara yang tak penting. Malah, aku lebih suka study di surau. Surau di kampus aku pula ada air cond dan selesa berada di sini. Maka, di sinilah tempat aku study jika tiada study group. Tempat ini tenang, walaupun ramai yang study di sini, tetapi,semuanya terpaksa menjaga akhlaknya. Malah, minggu study selama 2 minggu  ini, semua pelajar mesti memahami antara satu sama lain. Cuma, Pak Arab yang suka bercakap kuat ketika kami semua study kerana mereka merasa surau itu tempat awam dan bukan persendirian. Sedangkan surau itu di Asrama kami. Malah, kebanyakan antara kami faham surau itu juga dijadikan tempat study juga.  Hmm.. Apa boleh buat, bersabar itu lebih baik. Bertahan untuk 30 minit maksimum kerana mereka atau Pak Arab ini akan pergi meninggalkan surau selepas solat fardhu. Sebenarnya, bila fokus dalam study, suara-suara mereka yang bising tak akan didengari ditambah dalam jiwa yang tenang. Tiada masalah yang mampu menggugat. InshaAllah.

Bilik study di asrama ada, tapi tidak tenang untuk berada di situ kerana pelbagai ragam, bau,makanan, sampah, lagu-lagu, pakaian yang pendek dan tidak berbaju. Merimaskan pemandangan dan tumpuan. Lebih baik di surau kerana ia lebih sopan dan tenang. Inilah kurniaan Allah dalam rahmatnya.


Pengalaman menarik di surau, suatu ketika aku dan beberapa orang pelajar lain sedang study di surau, tiba-tiba kami terpandang suatu 'nukilan' di papan putih. Ketika ini, yang kerap berada di surau adalah aku sahaja kerana aku tahun akhir dan sedang dalam study week. Maka, hampir setiap masa aku akan berada di surau untuk study. Malah, banyak juga buku aku bawa turun ke surau, dan aku susun molek-molek atas meja kecil di tepi surau.  Ya, tersusun rapi dan aku tidak mengganggu orang lain beribadat. Akan tetapi, tiada siapa mampu memuaskan hati manusia yang lain. Pasti ada yang menyampah dengan perbuatan kita. Aku tak peduli! Aku sedang study week! Aku perlukan ruang untuk study demi perjuangan aku dalam pelajaran aku! Aku berada di surau kerana di sinilah bermulanya sebuah kejayaan dalam hidupku. Di suraulah aku belajar erti kehidupan. Sebab itulah, tempat yang akan aku pergi untuk menenangkan diri adalah surau/masjid serta tempat yang hampir dengan Allah seperti melihat pemandangan alam,bintang malam,bulan dan sebagainya.

Teguran di atas Ok, cuma mesej yang akhir itu amat merobek jiwa. Sebab aku tidak pernah jadikan surau ini seperti bilik aku pun, tapi aku jadikan surau ini seperti 'rumah' aku! Kena jaga,kena datang dan kena beribadat.  :) I love Masjid.


Apapun teguran yang diberi, aku kenalah hormati. Tempat itu bukanlah untuk aku seroang diri. Kebetulan hari aku kena 'sound' tu ketika hari pertama exam, aku terbaca ketika aku ingin menunaikan solat zohor,30 minit datang ke surau untuk berehat atau tidur sekejap. Petang itu juga aku ada kertas exam esei II. Maka, tergugat juga ketenangan aku bila tengah exam macam ni di beri teguran sebegini seolah aku melampaui batas. Namun, bila aku duduk sejenak memikirkan apa yang aku lakukan di surau, alhamdulillah, aku kembali tenang, aku hanya menumpang buku yang tersusun rapi di tepi, dan aku hanya duduk sendirian sambil membaca nota-nota. Aku duduk diam.

Nota-nota semuanya telah aku bawa ke bilik ketika itu,kerana kebetulan nota-nota itu adalah untuk persediaan exam Essay  yang sudah tamat hari itu. Fuhh!! Nasib teguran itu lambat kena.  Kalau awal-awal lagi kena, memanglah aku gelabah juga.

Sejak kena sound dengan si penulis itu, aku hanya membawa buku yang perlu sahaja dalam bag, kerana study untuk exam seterusnya tidak memerlukan nota yang banyak, hanya fokus kepada beberapa bahagian penting sahaja.  Inilah strategi dalam halangan yang menimpa.

Nampak tak betapa banyak meja study? Ini dari satu sudut, kalau nak tau, sebelah belakang dan kanan surau pun ada lagi. Dalam banyak-banyak meja ni, meja aku berada di bilik jiran aku. Huhu.. Masa bingung nak mengemas bilik nak balik rumah kerana banyak barang, masa itulah meja study aku muncul Aduhai!!  Akhirnya,meja itu berapa di Johor sekarang ini. Kedudukan meja atau buku jika menghalang solat, tidaklah menjadi masalah untuk orang berilmu untuk mengalihkannya. Manusia yang datang ke surau adalah manusia yang akur pada perintah Allah. InshaAllah. Kami sedia bertolak ansur. Musim exam adalah musim yang penuh stress. Jika kamu stress, janganlah buat orang lain stress. Tak adil lah kan.


Mengapa aku terasa sangat dengan teguran itu?

Pertamanya, hanya aku dan seorang junior sahaja yang kerap berda di surau untuk study dalam 3 hari itu. Malah, aku paling lama berada di surau untuk study. Di tambah pula, meja study aku (meja pinjam) hanya di bawah papan putih itu, dan nota-nota aku pula di situ. Aduhai. Jika dia tidak bermaksud aku,maka aku bersyukur, tapi jika dia maksudkan aku juga, maka aku ingin berterima kasih dan memohon maaf. Kerana aku perlukan teguran demi menjada hubungan dengan Allah dan manusia.

Dalam masa yang sama, aku tersentak,sejak 5 tahun ini, aku study di kampus, inilah pertama kalinya aku di'sound' sebegini rupa. Mengapa tahun ini banyak komen dan seolah melambangkan manusia hari ini kurang bertolak ansur dan suka merungut. Ini realiti. Kita kena hadapi orang-orang sebegini. Jika ketika ini, aku melihat, ramai junior yang berbangga bila usul-usul mereka diperkenankan oleh pihak atasan seperti memboikot itu dan ini,membantah itu dan ini. Hakikatnya, aku khuatir, jika suatu masa yang payah, mereka tidak mampu beradaptasi dengan suasana. Impaknya, mereka akan 'mati' kerana kelemahan sendiri.

Inilah realiti hidup. Kita berubah atau kita mahu mengubah sekeliling mengikut kehendak diri. Untuk berapa lama? Berjayakah kalian? Atau sebaliknya...

,

Friday, May 6, 2011

" To dearest friend of mine-tronx013 "

" thank you very much from me,
for becoming a helping hand for me,
my words can't describe the utmost feeling,
my acts can't display the deepest meaning,
As what really worthwhile in my life time,
Is having you as a friend of mine.

Ups and downs ,joys and sorrows,
wish we can always stay together,
People change but my heart never changes,
my fondness for you will last forever,
But as we go on,our lives may change,
whatever comes on, we'll be friends forever"

Alhamdulillah, ketika aku mencari hadiah-hadiah sahabat aku berikan, terutamanya pemberi hadiah hari lahir aku,yang  hampir setiap tahun memberi tanpa aku sedari. Hanya setelah aku mendapat kelapangan ini, kufikiri apakah sumbangan aku terhadap sahabat yang lain, terasa buntu dan kosong dalam agenda pemikiran ketika ini. Seumpama tiada nilai aku di sisi sahabat aku semua kerana aku tidak mampu menyumbang apa-apa yang baik. Hanya selalu membuat masalah dan mementingkan diri. Inilah ketakutan aku dan perkara yang juga menjadi agenda utama aku sejak masuk ke alam universiti ini,berusaha keras berubah semata-mata mahu menamatkan 'sumpahan' tersebut.

Nukilan di atas itu merupakan kata-kata seorang sahabat aku yang tertulis dalam buku yang diberikan pada aku tahun lepas,jika tidak silaplah.

Bak kata orang, kita baru menghargai sesuatu ketika ia sudah hilang atau menjauhi. Ia benar. Semasa aku membelek dan membongkar buku-buku yang aku beli, terpandang aku akan tulisan ini yang akhirnya memberi sedikit kesan dalam hidupku hari ini. Ayat di atas benar-benar suatu penghargaan kepadaku. Hakikatnya, aku alpa dan aku seolah khayal dalam memahaminya suatu ketika dahulu.

Sebenarnya, bukan seorang yang memiliki hati murni yang menghargai kewujudan aku sebagai sahabt mereka. Tidaklah seramai orang lain, tetapi cukuplah aku merasa mereka itu cukup memberi aku suatu kehidupan.Cuma,hati yang lemah ini selalu sahaja merasakan ia adalah suatu yang biasa dan berlaku adil seperti biasa. Kerana aku khuatir dan bimbang, aku tidak mampu hadapi suatu saat itu. Saat perpisahan yang paling aku benci. Hakikat kehidupan yang pasti. Kerana itu, aku hidup dan bersahabat seperti biasa sekarang ini kerana aku masih lemah. Lemah dalam keyakinannya. InshaAllah, suatu masa, kekuatan untuk memahami bahawa sahabat itu bukanlah di dunia sahaja tetapi bersahabat itu adalah sehingga ke dunia selepas di muka bumi ini ,pasti aku kecapi. Inilah kemanisan dalam Islam yang aku pelajari.

Semoga Allah merahmati sahabat-sahabt aku, saudara-saudaraku, kenalan-kenalan aku, serta mereka yang mendoakan kebaikan aku. Hanya padaMu aku meminta dan memohon segala rahmat dan limpah kasih sayangMu untuk kau berikan pada mereka yang berhati murni ini.

Thursday, May 5, 2011

Photo : Malam Graduasi USM 2011




Alhamdulillah, malam ini 1 May 2011, aku sempat meluangkan masa untuk mengambil gambar para doktor-doktor muda yang diraikan oleh Pusat Pengajian Sains Perubatan USM Kampus Kesihatan, Kelantan.

Sebenarnya, hari itu, aku baru sahaja sampai di Kelantan pada pukul 6.45pm, sempat makan roti canai+roti cotek/tampal selama 15 minit. Perjalanan ke bilik daripada tempat turun bas mengambil masa 10 minit. Alhamdulillah. Sempat lagi aku online sebelum solat maghrib dan mandi sebelum solat. Alhamdulillah, banyak dapat dilakukan dalam masa yang begitu singkat.




Fuh.. kamera Sony Alpha 230,DSLR yang aku miliki bukanlah sehebat photographer pro,aku hanyalah seorang pelajar lagi. Lambat belajar kerasa ini merupakan tugasan sampingan sahaja sempena hobi aku yang suka melihat keagungan pencipta melalui pengembaraan ke tempat yang memiliki pemandangan yang indah-indah.

Barisan Dr muda yang masih di awal perjalanan. Semoga kalian ikhlas dalam profesion yang diamanahkan.InshaAllah.

Alhamdulillah, tahniah aku ucapkan kepada semua Dr muda yang telah bekerja keras dan study sampai nak termuntah dan panas kepalanya. InshaAllah, yakinlah Allah akan membantu insan yang sentiasa ingat padaNYA.

Janganlah sesekali merasa bahawa kejayaan anda dikecapi dengan mudah walaupun anda mengabaikan agama! Kerana Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Tidakkah kalian merasa rugi bahawa saudara seislam anda merasa kemanisan dalam beribadat dan berharap pada Tuhannya. Mengharap agar Tuhan sentiasa membantu mereka. Dalam masa yang sama,mereka memiliki hati yang cekal,ikhlas,sedia membantu dan membaiki diri serta rajin. Inilah perjuangan Islam. Umat Islam mesti lebih hebat daripada biasanya.

Bersama rakan seperjuangan. Cool dan sempoi sahaja. Jumpa lagi suatu masa!


Apapun, perjuangan kalian semua belum berakhir, selangkah anda memasuki dunia realiti, maka bersedialah dengan cabaran baru dan perangai manusia yang amat menjelikkan kerana hilangnya agama dalam diri mereka. Ibarat tiram yang hilang mutiaranya. Nampak gah, tapi tak bernilai.





Wednesday, May 4, 2011

Hari-hari terakhir di Kelantan

Alhamdulillah, 4 May 2011, Rabu, aku berada di rumah pak cik aku di Bachok sebelum berangkat pulang ke Johor. Setelah 6 hari keputusan diumumkan,akhirnya aku pulang ke Johor. Bercuti dan berehat untuk seketika sebelum dipanggil untuk kursusu induksi dan kerja.


Semalam, Isnin dan Selasa, aku berkemas secara habis-habisan,kerana hari Jumaat dan Sabtu aku pulang ke kampung, manakala Ahad pula aku terperangkap dalam perjalanan Bas Transnasional seharian suntuk,22 jam di dalam perjalanan. Allahuakhbar. Perjalanan yang amat mencabar fizikal kerana panas sebab air con sudah rosak, dan juga mencabar jiwa agar sabar menanti masa.


Malam tadi kami ke Wakaf Che Yeh untuk membeli apa yang patut, aku hanya membeli 2 helai baju. Diikuti pagi ini ,ke Pengkalan Kubur untuk membeli barang-barang lain. Alhamdulillah, beres.

Perjalanan pulang diiringi hujan setelah hampir 2 minggu tak hujan lebat. Hari ini hujan dengan lebatnya di kawasan Kubang Kerian seolah memahami hati yang memangnya terasa sayu meninggalkan kawasan yang penuh makna. I like Kelantan walaupun jarang sekali mendengar ada orang yang suka Kelantan. Tidak kisah pun jika tiada orang Kelantan yang sukakan kehadiran aku, tetapi cukuplah,aku suka Kelantan kerana kekuatan dan kehebatan yang menggugat para penawannya.

InshaAllah, perancagan masa depan, pasti ada. Ada masa,aku pasti kembali di sini.


Coretan ini,beberapa minit sebelum aku tutup laptop untuk bertolak balik ke Johor. InshaAllah, esok pula aku online di rumah.

Sayonara Kelantan! USM juga!

Monday, May 2, 2011

6:30pm








Sehari sebelum result kami diumumkan, aku bersama 4 orang rakan yang lain makan di D-Village, depan USM Kampus Kesihatan , Kubang Kerian, Kelantan. Alhamdulillah, inilah restoran yang kami selalu 'lepak' untuk makan malam. Sate,pizza dan sebagainya pun ada. Memang cukuplah untuk makan damai.

Ketika itu, kami berbual dan berbincang mengenai khabar angin tentang keputusan peperiksaan dan apakah yang akan berlaku nanti.

Persoalan yang aku kemukakan sambil melihat jam, " Waktu sekarang 6:30pm, kita sedang makan di restoran ini. hmmm Bayangkan, waktu yang sama tetapi tarikh yang berlainan,iaitu esok? Apakah status kita? Apakah perasaan kita? Di manakah kita?"

Sampuk rakan saya " hmmm... ko nak nak cakap, hari ini kau sebagai pelajar, esok pukul yang sama kau sudah punya gelaran istimewa". Aku hanya tersenyum sambil mendiamkan diri kerana aku sendiri khuatir akan keputusan aku kerana aku merasakan kurang berpuas hati dengan performance aku sendiri yang kurang segar dalam exam lalu. Allahuakhbar, seminggu terjejas makan minum dan kesihatan juga. Demam batuk dan sakit perut juga. Aduhai, mungkin kerana tertekan dan runsing membuatkan aku tidak kuat menghadapinya dengan baik. InshaAllah, akhirnya ia sudah berlalu.

Malam ini, 2 May, kami makan malam lagi sebelum terpisah dek kerana penghabisan pengajian yang telah ditetapkan. InshaAllah, hala tuju kami pula sudah berbeza dan masing-masing menuju ke destinasi masing-masing. Allahuakhbar. Sekali lagi, rakan-rakan aku akan hilang seketika. Semoga aku akan ingat mereka dan menghargainya.

Malam ini, ternyata jawapan 6:30pm hari esok terjawab walaupun terlambat. Memang kami sudah mendapat gelaran baru, tetapi itu bukanlah kesudahan atau kejayaan sebenar. Ini kerana kejayaan kita adalah untuk agama. Walaupun ada rakan yang belum diberikan rezeki untuk turut menyertai kejayaan kami, namun aku sendiri kagum melihat mereka begitu tabah dan hebat mengharungi situasi ini. Mereka kuat dan diharap mereka mampu merancang strategi yang lebih baik bersama para pensyarah untuk meningkatkan kualiti pengajian mereka. InshaAllah,mereka dan kami mampu berjaya! Allah akan bantu kita!



alhamdulillah, inilah pemberian daripada keluarga ankat di Kelantan, keropok dan kain pelekat. Huh, walaupun segan menerimanya, tetapi kena ambil juga untuk menerima kebaikan orang.  InshaAllah, semoga Allah membalas jasa mereka.
Sebuah Al-quran dan 2 buah buku. Alhamdulillah, pemberian yang sungguh bermakna kepadaku. Allahuakhbar. Miracle the reference itu merupakan 'buku' yang aku ingin milikinya dahulu. Akan tetapi atas sebab tertentu, aku lupakan untuk memilikinya. Terima kasih pada EBA!!!!!
Pemberian 2 buah buku daripada seorang hamba Allah, buku yang nampak lama tetapi memiliki rahsia tersirat mahupun tersurat. InshaAllah,semoga aku mampu memanfaatkannya. InshaAllah. Lama atau baru bukanlah masalah, yang menjadi masalah adalah pembacanya(kelazimannya).