Thursday, March 31, 2011

Karya : Masa berlalu pantas...



InshaAllah,perjuangan dan usaha dalam membaiki diri dan semuanya akan diteruskan...

Yakinlah Allah bersama kita. Juga,apa yang pasti juga Qiamat yang menemukan saatnya.. Bersediakah kita?

Saturday, March 26, 2011

Karya : Copy and Paste




Hmmm.. Maaf kepada yang menjadi mangsa copy dan paste.huhu.. Saja ambil ambil ayat dan bina suatu cetusan gambar dalam waktu yang penuh tekanan. huh...

Tinggal beberapa hari lagi ,ya 22 hari menanti untuk exam! Preparation dan practise!


Doakan kami agar dapat melalui saat genting itu dengan baik. 5 tahun sudah kami di sini menanti saat genting ini. Allahuakhbar! Final exam ini benar-benar menguji kami sebagai hambaMu.

Buah Tangan Karya : Kucing Kelahiran 'Kelantan'

huhu...bukan jual kucing.. saja letak 'sold out'.


Kucing ini dilahirkan di U aku. Huhu saja ambil gambar kucing yang posing dalam rumput.  Agak-agak kalau kucing ini dibawa ke Johor, kucing lain boleh faham ke loghat atau kucing ini kecek/mengeow?

hmmm.. entah-entah, tikus pun jakun dengan kedatangan kucing kecek klate.. Gurauan sahaja. Apapun, Kelantan adalah negeri serambi Mekah yang mesti umat ISLAM pertahankan kerana kedaulatan Islam jelas terpapar di sini. Percayalah,Allah bersama kita!

Friday, March 25, 2011

Karya : Thank You



Kuasa Yang Maha Agung. Terima kasih atas kurnianNya

Dalam hidup ini, pasti ramai yang kita ingin bertemu dan mengharapkan mereka akan sentiasa berada di sisi. Paling tidak,andai tidak menjadi kenalan, cukuplah kita bertemu. Ya, ada kala hadiah pertemuan berkali-kali cukup memberi kenangan yang terindah. Life is complicated. hihi.. :)

Wednesday, March 16, 2011

InshaAllah, aku berusaha!









Suatu masa, bila kita berada dalam duka atau nestapa, kita mula kembali pada Tuhan. Mengapa Engkau menguji aku sebegini? Mengapa aku mendapat bahagian sebegini dalam ruang takdirku? Inilah keluhan biasa manusia yang selalu lupa akan TuhanNya dalam senang. Aku tidak mahu jadi seperti itu. Aku mahu hidup dan matiku sentiasa ingat Allah. Malah, setiap perjalanan hidupku mengikuti sunah Rasulullah. InshaAllah.


Peperiksaan Akhir,Profesional 3 buat pelajar perubatan USMKK 2011 akan bermula dalam 31 hari lagi. Allahhu akhbar! Aku gementar mendengar perkhabaran itu. Ia amat rumit dan sangat besar peristiwanya dalam hidupku. Apa yang aku mampu lakukan hanyalah berusaha bersungguh-sungguh moga Allah kurniakan kurat kepadaku dan keizinan untuk aku bergelar seorang doktor pada penghujung April 2011 ini semasa pengumuman keputusan dilakukan. Ya Allah, Maha Besar engkau. Hari ini aku diuji dengan ketakutan dan kelemahan. Bantulah kami Ya Allah moga harapan dan amanah Engkau kami capai dalam rahmatMu.

 Dunia medicku TRONX013

Saturday, March 12, 2011

Santai : Ada Kala




Alhamdulillah, pagi ini aku buka tirai hari jumaat dengan rutin biasa, membasuh baju dan terus ke kedai makan Pokok Getah sebelah USM. Apa yang best sangat dengan kedai makan tu? haha... kat sini ada kuih yang best dan cantik molek buatannya. Itu yang menarik perhatian aku. Biasalah orang Johor memang tiap-tiap hari layan kuih sehingga paling  terdesak, buat lempeng andai kempunan nak makan kuih. Ini cerita akulah. Aku bukanlah nasi dependent, aku lebih suka makan roti atau produk daripada tepung. Sebab itulah lempeng  tepung menjadi makanan dinner aku kalau balik ke kampung. 

Pagi ini juga, seorang senior yang sekarang ini bergelar doktor MO, datang menjenguk dan hanya sebentar pertemuan kerana aku mahu menyelesaikan tugasan. Maafkan aku, abang Gjol! haha.. You 're my favourite brother here! Bro Gjol banyak mengajar aku untuk bermurah hati, sedia mengajar orang lain walaupun ilmu kita tak lah sebanyak mana, namun, kita mencuba dan teruskan mencuba. Malah, kehadiran abang Gjol ini dalam pengajian aku, telah banyak mengubah aku dari segi prinsip, pandangan dan segala macam pegangan dan kesilapan. Hanya lontaran senyuman dan lagak cool dia melayan budak manja dan  kebudak-budakan ini semasa tahun 1. Alhamdulillah, konsep penuh hikmah beliau telah banyak mengubah pendirian aku. Cara dia 'berdakwah' kepada aku amat hebat dan boleh membuka pintu hati aku yang sukar sekali dibuka oleh sesiapa.  Tinggal beberapa pintu lagi pintu hati untuk di buka untuk meneruskan perjalanan sebagai umat nabi Muhammad. InshaAllah.

Cerita akan kebaikan beliau juga, dia insan biasa tetapi  dia banyak membantu aku. Dia tak pernah marah aku . Haha.. sebenarnya umur dia sebaya dengan abang sulong aku! Jauh beza perangai. Abang aku sangat garang. Pernah aku ber'perang' sampai main pisau, ' main gusti' ,'kejar-kejar' kerana sikap aku yang pasti suka cari pasal. Huh.. Kisah zaman muda. Namun, bila dewasa, aku pula kekok nak bergurau sebab sikap tegas dia yang kalau dengar suara, alahai, boleh pecah hati aku sebab ketakutan. Kalau suara aku, orang lain dengar, boleh cair . hihih... Gurau sahaja. 

InshaAllah, dalam keriangan pagi, tersentak jiwa yang baru ingin bertenang apabila terbaca berita Jepun dilanda gempa bumi 8.9 skala Ritcher. Malah ,ia dituruti dengan tsunami. Allah Maha Besar. Kita miliknya kepadanya kita kembali. Aku sepenuh jiwa berada dalam suatu perasaan yang amat bergantung padaNya. Kerana kejadian ini benar-benar membuktikan janji Allah itu pasti.  Semoga Allah selamatkan semuanya. 


Malam ini, aku  ke kelas , alhamdulillah, banyak soalan yang tak tahu dijawab dan kalau tahu jawapan pun tak tahu nak jawab dengan jawapan yang baik. Allah, aku lemah dalam mencari ilmuMu. Bantulah kami ini. Kami yang mendamba ilmuMU. Aku yakin, segenap masa dan segenap ilmu semuanya itu daripadaMu. Kaulah segalaNya. Kau akan jaga hambaMu yang menjaga segala perintahMu. Inilah janjiMu. Aku akan berusaha dengan segala kurniaanMu ya Allah. Kau hadiahkan Islam padaku, kau penuhi hidupku dengan motivasi satu persatu, kau susun segala perjalanan aku tanpa aku ketahui semuanya adalah terbaik dan terindah,kau juga meletakkan aku di jalanMu, janganlah kau pesongkan aku daripada jalanMu. Aku takut akan kehilangan arah, aku takut akan khayalan yang melupakan aku tentang kau. Biarlah butir mulut ini menyebut dan bergetar mengingatiMu. Biarlah hati ini sentiasa ingat akan keagunganMu. Biarkanlah hidup ini dihiasi rasa cintaku padaMu. Kerana hidup dengan naunganMu adalah kehidupan yang rasulullah ajari. Ia adalah suatu kemenangan abadi di dunia dan akhirat.

Thursday, March 10, 2011

Hari Itu Adalah Hari Istimewa Bagi Mereka



Selamat Hari Lahir aku ucapkan kepada rakan-rakan semua yang menyambutnya dalam beberapa hari ini. 

Anataranya, kawan sekampung yang merupakan 'musuh' semasa zaman sekolah  dan juga sahabat masa sekolah dan mungkin selamanya. Harap ukhwah kita semua berterusan sehinggalah kepenghujung masa yang tidak mampu kita tahan akan saat pemergian itu. Malah, 'kembar' nya seorang wanita 'melayu' terakhir. Selamat Hari Lahir. Rakan sekelas yang paling popular di zaman sekolah. Hmmm..hmm.. Semoga Allah menguatkan ukhwah kita semua.



Alhamdulillah, di universiti. Seorang sahabat yang telah menjadi pembantu aku untuk merealisasikan blog ini ketika berada di Tahun 3 pengajian. Membina blog ketika saat genting exam final tahun 3. MashaAllah. Saat itu adalah saat kegemilangan sebuah persahbaatn apabila perjuangan kami sepakat dan membawa keberkatan. Alhamdulillah. namun, selepas masuk tahun 4, masing-masing berubah seolah menjelma nilai sebenar diri mereka. Allah Maha Agung. Akan aku turuti jejak langkah rasulullah. Aku insan yang sentiasa mencari keredhaanMu ya Allah. Selamat Hari Lahir EBA! Semoga Allah memberi kekuatan kepada kamu menjadi hamba yang lebih bertaqwa. InshaAllah.


Sebuah catatan dunia medic aku di sini...TRONX013 khas buat mereka yang ingin mengetahuinya. :)

Wednesday, March 2, 2011

Karya : Hidup ini





Tiada mampu aku ungkapkan apa yang berlaku melainkan melalui gambar di atas. Allah Maha Agung rahmat dan kasih sayangnya. Semoga aku tidak menjadi hamba yang melupakanNya.

Ampunilah dosa hambaMU yang lemah ini...